OAK VALLEY'S SECRET [halilint...

Af -ayrain

4.8K 663 1.9K

❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa e... Mere

OAK VALLEY'S SECRET
prologue + ros merah
1 + putera ros merah
2 + hantu sesat
3 + sakura
4 + kenyataan pahit
5 + masa lalu
6 + lelaki dari atlas
7 + bersiar-siar
8 + oak valley
9 + bertahan hidup
10 + roti hangat
11 + gula-gula strawberi
12 + ibu
13 + bilik muzik
14 + harlett rosenberg
15 + hidup dan mati
16 + hospital
17 + hukuman
18 + pertemuan pertama
19 + nenek beruban
20 + hidup seperti boneka
21 + bermain pedang
22 + bodoh dan cengeng
23 + cahaya yang indah
24 + tawaran
25 + lemas
26 + atuk jerung
27 + melihat masa depan
28 + kematian
30 + penyamaran
31 + tong sampah
32 + terlambat
33 + terima kasih
34 + bekas ketua
35 + cuti sekolah
TAMAT SEASON 1
SEASON 2
36 + tomato
37 + ulang tahun
38 + cinta
39 + ahli baru
40 + kawan 'sementara'
41 + kawasan perempuan
42 + mimpi buruk
43 + lari rumah
44 + kad jemputan
45 + tonton
46 + kamar sakura
47 + kata-kata menyakitkan
48 + kecantikan tak terlihat
49 + mengamuk
50 + lelaki itu
51 + rahsia terungkap
52 + luahan perasaan

29 + para syaitan

59 11 21
Af -ayrain

29 + para syaitan

"KAU benar-benar boleh lihat masa depan?"

"Iya."

"Aku tak percaya." Laju sahaja Blaze membalasnya. Hayes sempat memberikan jelingan maut, sekarang dia sedang menarik tangan Blaze agar mengikutinya. Dia perlukan kekuatan Blaze untuk ini.

Walaupun Blaze sedang tidak mahu.

"Lepaskan aku! Aku tak ada masa untuk kau." Blaze berkali-kali cuba menarik tangannya. Kuat betul tenaga Hayes ini.

Hayes buat-buat tidak dengar. Entah Blaze ingin bekerjasama atau tidak, dia tidak kisah. Terangkat kening Blaze apabila Hayes menyuruhnya diam sebentar, senyap-senyap Hayes menyorok di belakang vending machine, memerhati manusia yang berada di hadapan kamar Sakura.

Bawah bibir diketap Hayes.

"Manusia tu sebenarnya syaitan. Jadi kita kena bertindak dengan tepat," beritahu Hayes buat Blaze terkebil-kebil. Syaitan? Apa yang lelaki ini sedang mengarut? Jelas-jelas itu manusia!

"Aku tahu kau takkan percaya. Tapi buat masa sekarang, tolong percayakan aku," paksa Hayes buat Blaze menelan liur. Dia tidak mengerti langsung. Kenapa Blaze kena percaya?

Tajam mata merah Hayes menatap sepasang iris jingga milik Blaze. Kalau kali ini dia benar-benar dapat mengubah masa depan Gempa mungkin kematian Halilintar tidak akan terjadi.

"Bukan kau dan Ice je yang nak bunuh Gempa. Aku tahu semuanya." Tergamam Blaze mendengarnya

Blaze kasar menarik tangannya yang dari tadi digenggam Hayes. Dikusut rambutnya menjadi serabai. Entahlah, nak percaya ke tidak ini? Blaze cuma tidak mahu ditipu sahaja. Tetapi dari tadi Hayes mendesaknya, seakan-akan Hayes tahu semuanya.

Apa benar Hayes boleh melihat masa depan?

Hampir terjerit Blaze apabila Hayes menarik semula tangannya  keluar dari terus menyorok di belakang vending machine.

"Syaitan tu dah masuk dalam. Aku akan masuk dulu, kau tunggu kat luar. Kalau terjadi apa-apa, jerit nama aku." Dilepaskan tangan Blaze seraya Hayes mula masuk ke dalam kamar Sakura. Blaze tidak sedar mengangguk, apa dia sebentar tadi menyetujui tindakan Hayes? Tidak mungkin.

Hayes tarik nafas dalam.

Tok! Tok!

"Aku Halilintar Grandville, izinkan aku masuk ke dalam," pinta Hayes sambil menelan liur. Tidak lama itu, pintu dibuka oleh Thorn yang berada di dalam.

Terkebil-kebil Thorn memandang Hayes. Hayes sempat melihat seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa, tatapan Hayes mulai tajam. Benar, lelaki itu syaitan. Apa tujuannya berada di sini?

"Hali? Kenapa kau ke sini? Kau nak jumpa Gempa?" teka Thorn bersama senyuman manis di bibir. Hayes menarik tali lehernya perlahan, berasa janggal pula apabila dengan Thorn.

"Ah... iya." Suka hati jawab sahajalah!

Thorn mempelawa Hayes masuk ke dalam. Hayes mula melabuhkan duduk atas sofa berhadapan dengan lelaki yang disangkanya syaitan. Lelaki itu menghadiahkannya senyuman, namun Hayes balas dengan senyuman senget buat lelaki itu agak blur.

"Ketua, ada dua orang nak jumpa," beritahu Thorn yang melihat Gempa baru tiba di kamar Sakura.

Sempat tatapan Hayes bertembung dengan sepasang iris keemasan milik Gempa. Tangan dikepal membentuk penumbuk.

Hari ini. Hayes mengetap bibir, dia berasa resah. Apa dia dapat mengubahnya? Itu tidak mustahil, bukan? Thorn mula menyajikan teh kepada Hayes dan lelaki yang tidak dikenali. Cepat-cepat Hayes bangun menyentakkan Thorn yang ingin menghulurkan teh kepada Gempa.

"Hali?" Hayas menepis teh tersebut. Prang! Kedengaran bunyi kaca yang pecah mengejutkan Gempa, Thorn dan lelaki tidak bernama.

"Teh tu beracun." Tenang Hayes menjelaskan.

Tergamam Thorn mendengarnya. Bagaimana Hayes tahu? Itu tidak penting sekarang, apa yang cuba dilakukan Hayes sebenarnya? Dapat dirasakan Hayes sedang menatap Thorn buat Thorn basah seluruh tubuh gara-gara berpeluh.

Aduh.

"Apa maksud kau, Hali? Beracun?" soal Gempa berasa aneh. Jantung Thorn mulai berdegup kencang, tanda gelisah.

Hayes tidak menjawab, malah mengalihkan pandangannya ke arah seorang lelaki tidak bernama. Permainan telah tamat, tanpa ragu-ragu Hayes menyerang lelaki tersebut seraya menembakkan kuasa kilatnya.

Namun lelaki tidak bernama itu mengelak dengan cekap buat Hayes berdecit.

"Aku tiada masa nak terangkan. Lelaki tu syaitan!" Tersentak Gempa dan Thorn mendengarnya, syaitan?

Lelaki tidak bernama itu mula tersenyum menyeringai. Aura hitam mengelilingi tubuhnya, perlahan-lahan dua tanduk muncul atas kepala. Hayes mengetap bibir, memang wujud syaitan bertopengkan manusia.

"Ke tepi, Hali! Kau tak boleh serang dia sendirian, biar aku dan Thorn," kata Gempa seraya membuka kuasa pelindung tanahnya, agar syaitan tidak dapat menyentuh Halilintar sedikit pun.

"Apa maksud kau? Aku boleh lawan dia!" Kesal Hayes membalas. Sempat lagi si gila ini menaikkan marahnya.

"Aku tak sangka kau boleh tahu aku syaitan. Lebih baik menyerah awal sebab aku takkan teragak-agak menyerang," ancamnya sinis sambil maju ke hadapan.

Terbeliak mata Gempa apabila syaitan tersebut berfikir untuk menyerang Thorn. Decitan keluar dari bibir Gempa. Secepat yang mungkin Gempa melindungi Thorn agar tidak terkena serangan syaitan tersebut. Pelindung tanah dikenakan agar Thorn tidak menerima luka.

Nafas Gempa tercungap-cungap. Dia bukan Halilintar, yang laju langkahnya seperti kilat. Dia bukan Solar, yang laju serangannya seperti cahaya. Tetapi ada yang membisik sesuatu di telinga Gempa.

Dia harus melindungi mereka semua.

"Kau okey? Soal teh nanti saja kita bincang." Terkelu lidah Thorn mendengarnya.

Gempa melindunginya. Mata terasa panas dan bibir bergetar hebat. Thorn tunduk memandang bawah, kenapa baru sekarang dia merasakannya?

Ternyata dia layak dilindungi juga.

Hayes mencebik. Dia menghancurkan pelindung tanah Gempa menggunakan penumbuk kilatnya tanpa ragu-ragu. Persetankan arahan Gempa yang menyuruhnya duduk berdiam diri, Hayes tidak mahu!

"Thorn, kau pergi buat penawar cepat! Secepat yang mungkin. Kalau kau betul-betul tak nak Gempa mati disebabkan kau, berlarilah! Aku akan selesaikan syaitan ni bersama si gila. Jadi pergi."

Thorn mengangkat kening mendengar apa yang Hayes katakan. Hayes tersenyum senget, langkahnya maju ke hadapan mendekati syaitan seraya melompat tinggi. Tangan membentuk pistol seraya diarahkan terhadap jantung syaitan tersebut.

"Beritahu Blaze untuk cari Solar. Kau tak perlu melawan sesiapa, aku akan tunggu penawarnya siap," jelas Hayes.

Duar! Tembakan kilatnya tempat sasaran, Hayes tersenyum kepuasan. Satu syaitan telah tumbang menyebabkan Gempa dan Thorn tercengang.

Thorn mula mengepal tangan membentuk penumbuk. Mengangguk.

"Aku akan cepat-cepat selesai! Kau orang kena tunggu aku, okey? Aku pergi!" Tidak sedar bibir Hayes tersenyum mendengarnya. Thorn yang berlari keluar dari ruangan kamar Sakura.

Gempa mengangkat kening apabila Hayes mulai meliriknya. Tangan dihulurkan ke arah Gempa buat Gempa tergamam.

"Mari lakukannya, si gila. Hentikan pembunuhan di sekolah ni, heheh."

Terletus tawa Gempa mendengarnya. Tangan Hayes disambut tanpa ragu-ragu.

"Aku ketuanya, jadi keputusan di tangan aku. Kau diam saja, Hali."

Dah tu kenapa menyambut tangannya? Heh.

+++

"DAH lama aku tak rasa semua ni. Menyenangkan!" Taufan tersenyum senget. Pada awalnya dia pelik apabila asyik-asyik tangannya ditarik hantu.

Ternyata hantu itu merancang untuk menjadikan Taufan sebagai hero yang membunuh para syaitan. Taufan tidak keberatan,  dia terus menyerang syaitan-syaitan yang berkumpul di koridor sekolah.

"Walaupun aku tak nampak kau, tapi kau nampaknya perlukan kekuatan aku. Apa aku sekuat tu? Mungkin ketua akan naikkan pangkat aku, hahah," bicara Taufan tiada hentinya. Halilintar pasang wajah jengkel. Ah, selesaikan sahaja syaitan-syaitan itu, kenapa perlu banyak bicara?

Halilintar mengeluh berat. Dia tidak dapat menggunakan kuasa kilatnya kerana menjadi hantu. Kalau menggunakannya, kuasa kilatnya bakal tembus. Apa dia benar-benar tidak dapat membantu? Terangkat kening Halilintar apabila terfikirkan sesuatu.

Taufan yang sedang seronok membunuh syaitan diperhati Halilintar. Yalah, kuasa Taufan kan disekat, jadi apabila kuasanya sudah kembali, bukan main seronok. Apa dia tinggalkan sahaja Taufan di sini?

Kerana Halilintar ada urusan untuk segera ke kelas perempuan.

"Aku tinggalkan saja, lagipun dia hidup ke mati bukan urusan aku."

Saat mengatakannya, Halilintar tidak tahu jika hubungannya dengan Taufan akan berubah setelah pembunuhan di sekolah ini berakhir. Entah semakin jauh atau dekat.

Matanya melilau kiri dan kanan, sekolah benar-benar sudah dikuasai syaitan. Sebenarnya dari mana syaitan ini berasal? Bagaimana mereka boleh masuk ke dalam kawasan sekolah? Sedangkan sekolah ini dilindungi dengan kuasa pelindung, namun dapat dipecahkan begitu sahaja.

Tatapan Halilintar mulai berubah. Apa para syaitan sedang mencari  sesuatu?

Selain Hayes, hanya 'dia' yang memang lahir di dunia ini dapat melihatnya. Ada seorang gadis berambut putih bersih sedang menghabisi para syaitan sendirian. Seketika Halilintar tergamam.

Lima syaitan tumbang dalam sekali serangan?

Mungkin sahaja dia pilihan yang tepat.

"Hei." Terangkat kening Alette yang baru selesai menghabisi para syaitan apabila tidak sengaja mendengar suara dikenalinya.

"Ha... Hali?"

Halilintar... dalam bentuk hantu? Bagaimana boleh berlaku?

"Kau dapat lihat Hayes, sudah pastinya kau dapat lihat aku, kan?" teka Halilintar. Alette mengerutkan dahi mendengarnya. Apa tentang Hayes lagi?

Lelaki ini tidak habis-habis lagi ke dengan cinta kunyitnya? Halilintar tertelan liur tanpa sedar apabila Alette menatapnya dengan tatapan maut.

Apa dia membuat kesalahan?

"Ah... kalau kau betul-betul dapat lihat hantu, bermakna kau dapat kawal hantu, kan? Tolong kawal aku. Arahkan aku untuk berlawan."

Terpempan Alette. Apakah?

Buat scene berlawan buat otak sy tepu, maaf tak jadi hahah TT

Finished on Saturday, 16 March 2024
Published on Sunday, 31 March 2024

1405 words

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

42.6K 3.9K 100
Boboiboy tiba-tiba mati dan dilahirkan ke dunia lain. Dunia penuh magis dan fantasi yang bakal ditempuhi. Nama anime yang author gunapakai untuk fanf...
22.5K 481 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
1.1K 75 9
☆ Apabila mereka dapat bertemu secara bersemuka dan meluangkan masa bersama dengan pelbagai aktiviti selepas 2 tahun bersemuka online , dengan niat h...
3.8K 296 35
Selepas Kematian kedua Akibat Pertarungan terakhir dia dan Rudy yang menghancurkan planet bumi mereka Ali kini dihidupkan kembali didalam badan seora...