SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

By Mrs_pororo

204K 8.6K 273

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
58
59
60
TAMAT
EPILOG
🦋

57

2.9K 120 12
By Mrs_pororo

       ARIFF dikejutkan dengan berita dari pihak hospital. Kini dia bergegas menuju ke hospital.

Beberapa jam yang lalu, dia pulang kerumah kerana dipaksa mummynya, kini giliran Afaf pula yang menjaga si gadis.

Namun, setelah beberapa jam dia tidak berada di pangkuan isterinya, pihak hospital malah memberi satu berita untuknya.

Kereta diparkir usai sampai di halaman hospital. Dia terus bergegas lari ke lift, tapi ramai.

Tanpa melengahkan masa, Ariff berlari menaiki tangga dari tingkat satu sehingga tingkat enam.

Dia terus menerpa masuk ke dalam bilik peribadi tersebut usai sampai.

Dia mengeluh nafas lalu mata berair.

"Sayang.." ujarnya dengan dada turun naik kepenatan. Dia terus berlari lalu memeluk figura tersebut.

Tangisannya dilepaskan dibahu figura tersebut.

"Kau ni! Tidur lama-lama buat apa? Penat aku tunggu.." katanya lagi lalu mencium pipi gadis itu. Gadis itu tersenyum kecil.

Ariff memeluknya sekuat hati. Melepaskan pelukan rindu setelah beberapa hari tidak memeluk.

"Saya minta maaf.." ujar Aira. Ariff memeluknya lagi lalu menangis perlahan.

"Jangan lah nangis.. saya tak pergi pun." Kata Aira lembut lalu mengusap  kepala jejaka tersebut.

"Aku rindu kau.. aku takut kau tinggalkan aku, sayang.." katanya. Aira meleraikan pelukan tersebut lalu mengusap air mata yang mengalir dipipi jejaka tersebut menggunakan ibu jarinya.

"Saya takkan tinggalkan awak.. kita dah janji kan?" Katanya. Ariff tersenyum mendengar ujaran gadis tersebut lalu menarik tangan Aira dan menciumnya.

"Sayang awak." Kata Aira lalu tersenyum manis. Walaupun bibirnya sedikit pucat kerana sakit, namun senyuman itu tetap manis.

Tok! Tok!

Pintu diketuk sebelum doktor tersebut memasuki ruangan tersebut.

Doktor yang bernama Nisa tersebut berjalan mendekati mereka berdua.

Lalu dia berdiri disebelah kiri katil Aira dan mengambil beberapa maklumat kesihatan Aira.

"Ada rasa tak sedap badan?" Soal Nisa, lembut. Aira membalasnya dengan menggeleng.

"Kesihatan puan okey, cumanya puan jangan tinggalkan ubat." Pesannya. Aira tersenyum seraya mengangguk.

Walaupun dia tak suka ubat, tapi yang penting angguk dulu.

"Tuan. Boleh ikut saya sekejap?" Soal Nisa. Ariff memandang Aira. Aira tersenyum lalu menolak lembut tubuh Ariff untuk mengikuti doktor tersebut.

Ariff hanya akur lalu berjalan mengikuti langkah Nisa yang sedang berjalan keluar dari wad peribadi tersebut.

"Ada apa panggil aku ni?" Soal Ariff apabila sampai diluar wad tersebut. Pintu wad ditutup rapat.

"Tahniah." Ujarnya lembut. Ariff mengerut kening.

Hari bukan birthday dia rasanya. Tahniah apa benda?

"Huh?" Soal Ariff tidak faham. Nisa tertawa kecil.

"Tahniah atas kembalinya puan Aira, dan yang paling penting.." Nisa berhentikan bicaranya.

"You will be a daddy soon!" Katanya bersemangat. Membulat mata Ariff mendengarnya.

"Apa? Aku salah dengar ke?" Soal Ariff inginkan kepastian. Nisa menggeleng.

Mestilah awak tak salah dengar. Tak pekak lagi kan?

"Tuan tak salah dengar. Kandungan puan Aira dah nak masuk 2 bulan." Ujarnya tersenyum lebar. Ariff juga turut mengukir senyuman lalu meraup wajah.

"Kau tak tipu aku kan?" Nisa menggeleng.

"Alhamdulillah.." Ariff tersenyum dan menutup mata sejenak.

"Congratulations!" Kata Nisa lagi. Ariff tertawa kecil lalu membuka pintu wad ingin memasukinya.

"Thanks, Nisa." Katanya sebelum memasuki wad peribadi tersebut.

Nisa hanya membalasnya dengan senyuman lalu dia berjalan pergi dari situ.

"Sayang!" Panggil Ariff. Aira tersenyum manis.

"Kenapa tak bagitahu?.." soalnya dengan nada yang meleret. Aira tersenyum bahagia.

"Sebab awak tak tanya.." balasnya selamba. Ariff tersenyum lalu mencium pipi gadis itu.

"Terima kasih, sayang.." ujarnya lembut. Aira hanya membalasnya dengan senyuman.

☜⁠ ☞

"Awak. Farhan macam mana?" Soalnya lalu sedikit mendongak memandang wajah tampan Ariff dari bawah.

"Dia dah jumpa Ilahi." Balas Ariff seraya menolak kerusi roda yang diduduki Aira.

Doktor melarang Aira untuk tidak terlalu banyak berjalan kerana Aira sudah kehilangan banyak darah beberapa hari yang lalu.

Jadi untuk menggelakkan daripada terjadi apa-apa perkara yang tak diingini, Aira perlu menggunakan kerusi roda.

"Ouh. Bagus." Aira menghembus nafas lega.

Berkat rezeki Allah, lenyap pun budak beban tu.

"Macam mana dengan uncle Aaron?" Soalnya lagi.

"Aaron tolong sambung kerja aku dekat office." Kerusi roda dihentikan dihadapan kereta milik Ariff.

Pintu belakang dibuka Raykal untuk Aira dan Ariff masuki. Ariff mengangkat tubuh kecil Aira lalu diletakkan didalam perut kereta.

Kerusi diberikan kembali kepada pihak hospital lalu Raykal terus memecut apabila semuanya selesai.

"Kalau Syaz pula?" Ariff mendiam. Begitu juga dengan Raykal.

"Awak. Syaz macam mana?" Soalnya lagi. Ariff mengeluh sejenak.

"Dia masuk penjara atas tuduhan pembunuhan Farhan." Balas Ariff sekilas. Membulat mata Aira mendengarnya.

"Serious lah, awak?" Ariff mengangguk.

"Tapi kan saya yang bunuh dia. Kenapa Syaz pula yang-" mulutnya terus ditekup Ariff.

"Syaz berkorban demi kau, sayang." Ujarnya perlahan. Aira mengetap bibir.

"Berapa lama?"

"Tak lama. Setahun jer."

"Setahun!?" Soalnya kuat. Ariff menganggukkan kepala.

"Lamanya.." rungut Aira perlahan.

Ariff hanya mendiam lalu membuang pandangan diluar tingkap.

"Ma-mayah macam mana..?" Soalnya tergagap.

Jantungnya tiba-tiba bergetar hebat. Kali terakhir dia melihat Mayah ditembak. Mayah kelihatan sangat tidak bermaya tika itu.

Dia memandang wajah Ariff. Ariff mengeluh lalu menggeleng.

"Awak. Maksud awak apa?" Aira memegang lengan Ariff.

"Doktor tak dapat selamatkan dia.. dia kehilangan banyak darah.. jadi.." Ariff berhenti berbicara. Air mata Aira jatuh membasahi pipi.

Seriously? Salah satu penemannya didunia sudah pun tiada?

"Bila?" Soalnya lalu menunduk.

"Lima hari lepas." Balas Ariff. Dia juga turut sedih akan kematian pembantu rumah tersebut.

"Ke-kenapa.. saya selalu menyusahkan orang?.. kenapa kehadiran saya ni banyak menyusahkan orang?.." soal Aira sambil menangis. Ariff terus menariknya masuk kedalam pelukannya sambil memujuk gadis tersebut.

"Bukan salah kau, sayang.. kalau dah memang namanya takdir, tiada siapa boleh ubah." Ariff mengucup ubun-ubun isterinya. Lalu memujuknya lagi.

"Tapi.. saya punca semua ni.. mesti aw-awak benci saya kan?.. saya punca sepupu rapat awak masuk penjara.. saya punca Mayah meninggal.. sa-saya juga punca hiks awak terluka.." Aira merintis menangis dipelukan jejaka tersebut.

"Tak sayang.. ini bukan salah kau.." ulangnya lagi. Dia memeluk erat tubuh tersebut sambil menenangkan gadis tersebut.

"Awak mesti benci saya kan?" Soalnya lagi. Air mata tidak berhenti mengalir.

"Tak, sayang.. aku tak pernah benci kau.." ariff memujuknya. Aira menangis teresak-esak didadanya.

"احبك في الله.."
(Aku mencintaimu kerana Allah..)

"Aku tak akan pernah benci kau. Kalau kau ada salah, aku perbetulkan. Kalau kau ada silap, aku ubah. Manusia tak akan pernah terlepas daripada buat kesilapan. Jadi jangan anggap diri kau terpaling buruk dalam dunia ni. Semuanya akan bersinar diwaktu yang tepat, cinta.." Ariff masih setia memujuknya..

Benar..

Kelip-kelip bersinar diwaktunya, begitu juga dengan manusia..

Semuanya bersinar diwaktu yang tepat.

Hari ini awak jatuh, jangan risau. Esok akan jadi hari yang indah untuk awak.. stay strong, my readers lope-lope >3💐

Bahhh!
Mesti terkejut kan, kan, kan!? Lahh! Author tiberrrr. Btw, sorry sesangat sbb lama tak up, hihi.. saya sebenarnya mcm ni.......
Ha mcm tu lah, sbb tu saya lama tak up. Sorry okey? Muahh 💋

Heheh, bye .
Nah, ambil ni, free aje 💌❤️🌷

Continue Reading

You'll Also Like

845 53 15
HANYA SEPARUH BAB SAHAJA YANG DI-PUBLISHED, SEKIAN. [𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐈𝐈] AYYUB ALQADRI × AISYA HUMERA Apabila extrovert ditemukan denga...
25.8K 1.1K 62
AUTHOR : AUREL > My first book ‼️ > DILARANG COPY ‼️ > Sorry kalau salah eja atau kurang menarik sebab ni first book hehe > Sorry kalau ada tersamar...
296K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
204K 8.6K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...