Aryan: Her Biggest Heartbreak

By flowerbeandee

2.1K 170 1

Darya menjengket kaki sebelum mengusap rambut Aryan, "Dapatkan dia. Pergi lah. Arya tahu Aryan nakkan dia" "M... More

Prologué
1
2
3
4
5
6
7
8
9
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22

10

69 7 0
By flowerbeandee

AKU terpinga-pinga memandang ke arah seorang gadis kecil yang tiba-tiba datang menegur aku dan sekarang ini sedang berdiri di hadapan aku. Sesekali aku mengerling ke kiri atau kanan risau client sampai.

"Kakak Arya kenapa balik sini? Nak jumpa ibu ke?" Soalnya.

Hah?

"I-ibu?" Persoalannya, macam mana dia kenal aku?

Mana dia tahu nama panggilan aku ini yang kebiasaannya sememangnya orang terdekat sahaja yang tahu.

Gadis itu mengangguk laju. Raut wajah dia comel bersama kulit putih melepak. Berdasarkan pemerhatian aku, mungkin umurnya dalam linkungan 10 tahun.

"Haah, ibu! Eh mana ibu?" Kini dia pula terpinga-pinga mencari kelibat ibunya. Tangannya masih setia memeluk plushie berbentuk arnab warna putih itu.

Hairan. Biarpun dia sedang gelabah mencari ibunya, dia masih tidak menangis seperti kanak-kanak lain menangis apabila kehilangan ibu mereka.

"Awak tak nangis ke ibu hilang?" Aku mencangkung di hadapan dia, lalu mencubit sedikit pipinya yang gebu itu sambil menanya.

"Kakak Arya kan ada!"

Ah, sumpah aku blur!

Biarlah, aku tak mahu ambil tahu tentang hal itu sekarang, yang penting dia mesti berjumpa dengan ibu dia memandangkan sebentar lagi aku perlu berjumpa dengan client.

"Nama awak siapa?" Aku membetulkan rambut dia yang nampak kian serabut itu. Mesti sebab tak duduk diam mencari ibu dia.

"Nama kita Qayra!" Gadis kecil bernama Qayra ini terus mengeluarkan sesuatu objek berbentuk segi empat tepat nipis berwarna putih.

Amboi, kecil-kecil dah ada telefon!

Ala budak kecik ni kan senang kalau dia keluarkan telefon awal-awal. Penat-penat saja dia berpusing-pusing mencari kelibat ibu dia.

"Ibu! Qayra ada dengan kakak Arya, ibu pergi mana?!" Soalnya marah, tetapi kerana dia masih gadis kecil, nampak lebih comel dan bukannya raut wajah marah.

Aku hanya membiarkan perbualan ibu dan anak itu lalu berdiri menggenggam telapak tangan kecilnya. Kejap lagi hilang, tak pasal-pasal kena cari.

"Hmm, yalah ibu. Jangan lama-lama tau, kakak Arya macam tak kenal Qayra je.." Qayra menggoyangkan tangan kami sambil mendongak memandang aku.

"Iyaaa ibu, Qayra tutup mulut, nanti abang marah ish gigit abang kang baru tau." Qayra meletakkan telefonnya.

"Kakak Arya." Panggilnya.

"Ya?"

"Ibu minta tolong kakak Arya teman Qayra, sebab ibu ada emergency, kakak boleh temankan?" Aku menggaru kepala. Boleh ke bawa budak kecik ni jumpa dengan client? Dia tak ganggu ke? Kalau dia berlari macam mana? Tetapi nampak gaya macam behave aje budak ni.

"Kakak ada kerja, kalau Qayra ikut tapi duduk diam-diam je boleh? Kakak takut client kakak marah nanti kakak takda duit." Ah, tibai jela tak ada duit ke apa. Bahasa senang sikit kanak-kanak seperti dia untuk faham.

"Janji! Qayra pernah ikut abang kerja la kakak Arya! Qayra janji duduk diam-diam!" Dia mengangkat telapak tangan kanan separa bahu selepas mengepit plushie di ketiak kiri membuatkan aku ketawa kecil. Comelnya budak ni!

"Okay okay jom."

SESEKALI aku menjeling Qayra yang hanya diam duduk disebelah. Kadang kala kakinya digoyangkan sambil sepasang matanya tertancap ke skrin telefonnya.

Kusyuk.

"Adik kamu taknak makan ke, Darya? Bagus budak ni, tak kacau orang." Puji Tan Sri Wildad. Aku hanya tersenyum manis.

"Ingat tan sri nak kata dia anak saya tadi." Gurauku. Kadang-kadang kan orang tua tak boleh dijangka! Kena dengan mulut bawang, ha sudah!

"Besar macam ni mestilah nampak baya adik-kakak kamu ni.." Tan Sri Wildad menggeleng kepala.

"Kiranya kita proceed terus kan projek ni tan sri? Risau saya, saya ingat ada masalah besar tadi."

Tan Sri Wildad mengangguk kepala.

"Saya tahu orang macam kamu ada solution dia sendiri. I put my trust on you."

Aku mengukir senyum.

"Qayra lapar tak?" Tanyaku.

"Lapar sikit tapi kakak Arya kan kerja! Qayra taknak ganggu kakak nanti kakak takda duit!" Aku membulatkan mata. Wajah Tan Sri Wildad aku pandang sekejap sambil tersenyum malu.

Budak ni..

"Tak, uncle tak potong duit kakak kamu pun." Qayra tersengih tanpa rasa bersalah.

"Saya pergi dulu ya, Darya. Ada appointment dengan share partner saya petang ni. Apa-apa awak info saya ya?"

"Baik, tan sri. Terima kasih."

Aku hanya menghantarnya menggunakan pandangan. Tanpa merenung lama, aku terus memandang ke arah Qayra,

"Okay budak kecik! Awak nak makan apa?"

"Nak makan spaghetti carbonara!"

DENGAN berhati-hati aku memotong lamb grill dihadapan mata.

Aku menyuakan kepingan daging yang telah dipotong ke arah Qayra.

"Qayra nak rasa?"

"Nak!"

Aku hanya memerhati riak wajahnya ketika mengunyah daging. Comel!

Dengan pipi penuh!

"Sedap?"

"Sedap! Abang pun suka daging macam ni,"

Erk. Sikit sikit bercakap pasal abang dia. Suka betul promote abang dia.

Telefonnya yang berbunyi memberhentikan mulutnya yang sedang berceloteh. Makanannya sudah habis sejak tadi.

"Hello.. abang? Bila masa abang balik?!" Jeritnya teruja. Nasiblah meja kami agak jauh daripada pelanggan lain.

"Okay, Qayra tunggu dengan kakak Arya dekat kedai tau. Abang lambat-lambat sikit, Qayra nak duduk dengan kakak Arya lama lagi." Aku mengecilkan mata.

Suka eh duduk sini?

"Bye bye abang. Hate you!" Selamba sahaja dia mematikan panggilan.

Aku syak, abang dia pun sudah sehabis baik redha dengan perangai adiknya.

"Nanti abang datang. Kakak Arya datang sini bila lagi? Hehe manatau nanti Qayra boleh ajak kakak Arya jalan jalan!"

Aku mengetuk dagu, buat-buat berfikir. Siapa je tak mahu lepak dengan budak comel macam ni? Kalau dah ibu dia pun percayakan kita. Aku okay je

"Taktau, kakak datang sini sebab balik kampung." Jawabku ringkas.

"Bagi Qayra nombor kakak Arya lah macam tu! Nanti Qayra chat kakak Arya!"

Tanpa menunggu lama, Qayra menghulurkan telefonnya. Terus jari mengetik satu persatu nombor telefon milikku.

"Ehem!" Deheman seorang lelaki dari belakang membuatkan badanku mengeras. Wangian ini.. wangian yang sering menjadi kegemaranku dulu.

"Abang!"

"Ya adik, abang la ni. Suka eh duduk dengan kakak ni?" Suara lelaki dibelakangku ini agak dalam sedikit biarpun tersangatlah familiar. Hairannya, aku tidak mahu mengerling ke arahnya.

Takut.

"Suka! Nanti Qayra nak ajak kakak Arya keluar. Tapi abang tak boleh ikut! Girls only!" Tegasnya.

Betul dik, kakak pun taknak keluar dengan abang awak. Semacam sahaja aura dia biarpun tak nampak wajahnya lagi.

"Fine adik.. lagipun kakak Arya awak ni abang punya." Jelas tidak jelas sahaja ayatnya di belakang.

Argh kenapa harini aku pekak pulak!

"Bye kakak, Abang Ary dengki jadi dia ajak balik. Hehe muah!" Dan suaranya seakan hilang apabila aku dapat merasakan mulutnya ditutup menggunakan telapak tangan abangnya.

DUM!

Abang Ary?

Aryan?

Aku tidak menoleh. Membiarkan mereka pergi dahulu. Setelah yakin mereka sudah jauh, aku memusingkan badan, memandang lelaki bersama Qayra yang sedang membayar di kaunter.

Susuk tubuh belakang dia mirip.. Aryan?




kekeke

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 305K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
126K 13.7K 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang...
1.4M 53.2K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
6.5K 359 26
Kebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict...