Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)

By nurflnh

73.9K 3K 96

Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pan... More

Prolog
TAMD 1
TAMD 2
TAMD 3
TAMD 4
TAMD 5
TAMD 6
TAMD 7
TAMD 8
TAMD 9
TAMD 10
TAMD 11
TAMD 12
TAMD 13
TAMD 14
TAMD 15
TAMD 16
TAMD 17
TAMD 18
TAMD 19
TAMD 20
TAMD 21
TAMD 22
TAMD 23
TAMD 24
TAMD 25
Salam Ramadhan, semua!
TAMD 27
TAMD 28
TAMD 29
TAMD 30
TAMD 31
TAMD 32
TAMD 33
TAMD 34
Not an update
TAMD 35
TAMD 36
HIATUS

TAMD 26

1.8K 77 14
By nurflnh

Terima kasih, yang mana masih nak saya teruskan. Saya teruskan demi awak semua sebab kalau ikutkan hati saya, saya betul-betul nak delete this story dan jugak acc ni. Saya bukan nak cakap saya cepat koyak tapi saya dah lama fikir nak quit tapi saya sayang dengan idea yang muncul. 

Saya tak cakap yang saya ni perfect sampai tak boleh terima kritikan tapi saya manusia biasa yang mudah sakit dengan kata-kata. I know ramai lagi writer and author yang kena lebih teruk dari saya, tapi elok je diorang stay. Awak kena ingat something,

" setiap ujian tak sama. Awak jangan expect, semua orang mampu bertahan dengan kata-kata kita. Everyone is struggle. Semua orang struggle dengan diri mereka. Masing-masing struggle dengan masalah sendiri."

 Saya sendiri pun banyak perkara yang boleh buatkan saya exhausted cepat. saya ada anxiety, saya seorang yang introvert, saya seorang student yang full dengan assignment dari lecturer ii, dan macam ii lagi yang tak mampu saya nak sebut satu-persatu dan harapan saya, wattpad adalah tempat saya lepaskan semua masalah hidup saya ke dunia fantasi. Dan saya pun tak nak lah dunia fantasi ni turut bagi problem pada saya.

Saya tulis hanya untuk fun dan bukan untuk jadikan menulis ni sebagai career saya. Saya tulis waktu saya free, dan saya harap kita semua mampu jadi orang yang tak menjatuhkan orang lain. Dan sikit pun saya tak ada niat untuk novelkan karya saya sebab saya tahu saya banyak lemahnya dalam dunia penulisan. Kalau ya pun saya nak terbitkan, saya akan terbitkan kalau ada syarikat yang offer. Untuk self publish, InshaAllah takkan pernah terjadi.










Hampir 3 jam perjalanan balik, aku dengan Zulfan sampai di rumah keluargaku.

" along pun ada?" aku terangkat kening bila nampak kereta abang sulungku di garaj kereta.

" abang sulung awak dah kahwin ke?" tanya Zulfan bila nampak anak sedara aku keluar dari rumah menyambut kami.

" haah dah, dekat 4 tahun dah." aku buka pintu kereta bila nampak kelibat mama dengan papa dah keluar rumah.

" Assalamualaikum, mama papa." aku berjalan ke arah orang tuaku. Tangan pantas mencari tangan mereka bersalam.

" waalaikumussalam." balas mereka serentak.

" ni ke orangnya?" Papa menyambut huluran tangan Zulfan bila anak muda tu nak salam.

" Assalamualaikum, uncle, aunty." Zulfan menyapa sopan. Senyuman dihadiakan buat orang tua Safiyyah. Hatinya agak gementar berhadapan dengan mereka.

" kenalkan, ni along. Abang sulung saya. Sebelah along, kak long saya. Kakak ipar saya." aku kenalkan dia dengan along. 

Zulfan hulur tangan nak bersalaman. Kepala dianggukkan tanda menyapa.

" Iskandar." Zulfan kenalkan namanya.

" Muiz." aku tersenyum bila along turut kenalkan namanya.

" makcu, amanya makcu ak atang umah Ana." ( maksu, lamanya maksu tak datang rumah Ana) Raihana, anak sulung abang aku menegur dengan bahasa pelatnya. Mimik wajahnya masam.

Aku melutut ke tanah, menyamai paras ketinggian anak saudaraku. Tangan mencuit hidung comelnya, memujuk rajuk si kecil.

" maksu sibuk la, Ana. Ni maksu dah balik ni." aku memujuk dia. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia rindukan si cilik yang bijak ni.

" makcu ni". ( maksu ni) 

Gadis yang berusia 3 tahun itu terus memeluk tubuhnya. Masih tak terima alasan aku.

" Maksu ada mainan baru untuk Ana. Nak tak?" cubaan rasuah dimulakan bila pujukan tak berjaya.

" nanak, nanak." (nak, nak.) terus bersinar mata Raihana bila dengar mainan baru.

" kalau nak, jom kita masuk dulu. Kat luar ni panas ni." aku mengajak dia masuk rumah, kalau tak lama lagi lah kami semua tersidai kat luar ni.

" tu lah, along. Ikutkan busy sangat sampai tak tahu anak sendiri rindu mak sedara dia yang cantik ni." aku bebel pada Muiz. Banyak kali aku suruh dia jenguk aku di kampus, tapi alasan dia asyik busy saja.

" adik pun tahu kan kerja along macam mana? baru nak rehat dah kena panggil on call, macam mana tak busynya." balas Muiz. Kerjanya sebagai doktor, memang kadang-kadang sampai tak ada masa dengan keluarga. Hari ni pun nasib dia baik sebab ada kawannya yang boleh tolong ganti.

" malas la cakap dengan along. Jom, ma kita masuk." aku dukung anak sedaraku sebelah tangan, lagi sebelah menarik mama masuk.

" tak padan dengan dah besar, kuat betul merajuk. Mana anak aku tak ikutnya." Muiz mendesis perlahan. Badan dipusing menghadap Zulfan yang diam dari tadi.

" jom, masuk. Dia memang macam tu. Habis la kau kena jaga dia 24 jam nanti." dia mengajak bakal adik iparnya masuk. Isterinya dah ikut mama dengan adiknya tadi.

" kamu jangan nak cakap yang bukan-bukan, Muiz." Papa di sebelah awal-awal bagi amaran sebelum anak sulungnya tu bagi ajaran sesat pada Zulfan.

" mana ada yang bukan-bukan, pa." nafi Muiz laju. Bahunya menolak bahu Zulfan, isyarat agar lelaki tu backup dia.

" haah, uncle. Muiz tak cakap yang bukan-bukan pun." Zulfan ikutkan saja.

Muiz tersenyum. Nampak gaya boleh masuk air dua ni.

" papa, Is jom masuk." muiz mengajak mereka berdua masuk ke dalam rumah.







" apa plan kamu lepas grad nanti, Is?" Papa bersuara ketika kami semua tengah menikmati makanan tengahari.

Aku angkat kepala memandang Zulfan yang duduk bertentangan dengannya. Kunyahan mulutnya terhenti seketika. Lelaki tu tampak berfikir sejenak memikirkan jawapannya. Aku kembali mengunyah makanan yang berada di dalam mulut perlahan-lahan.

" Tunggu posting dulu, papa." jawab Zulfan. Dia turut menukar panggilan pada Encik Ahmad atas permintaannya.

" habis lah kau, dik. Nanti si Is ni dapat posting ke Sabah/ Sarawak, mereput lah kau kat sini." celah Muiz, sengaja menyakat adiknya.

" ish abang ni. Apa cakap macam tu dekat adik." Suraya, isteri Muiz menampar perlahan lengan suaminya.

" KPM takkan posting ke sana kalau calon tu dah bertunang ke ataupun dah berkahwin." beritahu Zulfan sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka.

" jadi, saya sebenarnya.." Zulfan jeda seketika. Mata naik memandang wajah satu persatu ahli keluargaku.

" sebenarnya apa, Is?" mama mengulang semula ayat dia.

" sebenarnya saya nak minta izin papa dengan mama, Is nak bertunang dengan Safiyyah bulan depan." Zulfan menghabiskan ayat. Air liur ditelan kelat, takut permintaannya ditolak orang tua Safiyyah.

Ruang dapur sunyi. Papa pandang mama, mama pandang aku. Aku pandang Zulfan di depan mata.

" papa dengan mama tak halang tapi tak paksa jugak. Jadi, lebih elok kalau Is tanya tuan badan sendiri. Apa pun keputusan yang dia pilih, itu lah keputusan papa dengan mama." setelah beberapa minit berfikir, Encik Ahmad menjawab.

" haa, kau setuju ke dik?" laju Muiz tanya adiknya. Tak sabar dia nak uruskan majlis adiknya pula sebab majlisnya dia tak sempat uruskan semua.

Aku diam dulu. 3 hari lepas dia ada buat solat istikharah, minta Allah berikan dia petunjuk sama ada Zulfan baik untuknya atau sebaliknya dan memang dia nampak Zulfan dalam mimpinya cuma dia nampak perempuan lain di sisi Zulfan. Mukanya tak jelas tapi riak wajah Zulfan ketika itu nampak sangat sedih. 3 hari dia lakukan solat istikharah dan mimpinya tetap sama cuma hari ketiga dia dan Zulfan pakai baju nikah yang sama warna.

Aku tarik nafas dalam, cuba menenangkan hati dari terfikir mimpinya 3 hari lepas.

" Adik setuju." aku tahu keputusan yang aku ambil besar tapi sebab mimpi hari terakhirnya dia nampak Zulfan dan dia pakai baju yang sama, dia ambil keputusan untuk setuju.

" 3 hari lepas adik solat istikharah, adik nampak Zulfan dalam mimpi adik." aku hanya beritahu tentang itu walaupun dalam hati masih ada was-was, aku cuba untuk yakinkan diri yang Zulfan dan dia ada jodoh.

 " kalau dah dia setuju, kami setuju lah. Nanti bawak family datang sini. Kita ada adat dan kita ikut cara adat melayu. Boleh?" Papa pandang Zulfan lama. Jujur hatinya masih belum kuat untuk lepaskan satu-satu anak perempuannya, tapi dia sedar Safiyyah juga berhak bahagia seperti Muiz dan dia.

" boleh, pa." Zulfan mengangguk. Bibirnya terukir senyuman bahagia. Akhirnya dia berjaya mengikat satu-satunya wanita yang telah mencuri hatinya.

Kami sekelurga meneruskan makan macam biasa. Kadang terselit dengan gurauan dan sesekali mama dengan papa menyoal latar belakang keluarga dan diri Zulfan.





" Is." Muiz memanggil buah hati adiknya bila nampak lelaki tu ralit merenung halaman rumah mereka.

Zulfan menoleh ke sisi kirinya. Senyum nipis diukir buat Muiz.

" kau betul sayangkan adik aku tu?" tanya Muiz serius. Dia abang, mesti lah dia nak yang terbaik buat adiknya. Tambahan lagi Safiyyah adalah satu-satu adik yang dia ada.

" betul. Aku sayang dia lebih dari nyawa aku sendiri." balas Zulfan, turut serius.

" kalau suatu hari nanti, adik aku sakit parah kau nak jaga dia seumur hidup kau?" Muiz ingin menguji Zulfan. Kalau hanya dengan kata-kata siapapun boleh bercakap.

" Aku akan jaga dia sampai dia tak rasa pun sakit tu. Kalau sakit tu perlukan aku kat sisi dia, aku sanggup ada dengan dia walaupun aku akan hilang semuanya." tutur Zulfan. Satu hari nanti dia akan buktikan kata-katanya bukan hanya sembang.

" andai kata, kalau suatu hari nanti jodoh kau dengan dia tak panjang kau akan cari pengganti adik aku?"





Salam Ramadhan Mubarak, semua. Macam mana puasa ketiga? Dah ada yang tinggal tarawih ke😂😂🫢

Sekali lagi, thank you untuk yang masih nak lagi saya teruskan. Saya minta maaf kalau cara penulisan ataupun jalan cerita story ni tak menepati cita rasa awak semua. Saya akui, penulisan saya agak tak menarik. Dah, tak payah nak komen sedapkan hati saya😂









Continue Reading

You'll Also Like

49K 2.4K 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai A...
53.2K 1.4K 53
Megat Iskandar,dikatakan memang idaman para wanita yang di luar sana.Dengan wajahnya yang macam pak Arab,bertubuh Sasa,tampan,kacak,tinggi.Tapi garan...
207K 14.2K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
18.8K 1.7K 42
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...