Senja Terakhir [COMPLETE]

By luv_ani

1.6K 125 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... More

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
30. Lewat
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

31. Tentang maaf

23 2 0
By luv_ani

"Biar Iraz buka, mak duduk saja." Syiraz tersenyum sembari berdiri daripada kerusi meja makan. Dia mengatur langkah ke arah pintu rumah. Raudhah kembali duduk.

Adib pula hanya tersenyum melihat perbuatan anaknya. Sungguh gentleman! Seperti dia, hehe.

Selepas beberapa kali ketukan, akhirnya pintu rumah dibuka oleh Syiraz. Pandangan mata mereka berdua bertemu seketika sebelum sang gadis akhirnya menunduk kecil.

"Elfira?"

Syiraz bingung. Waktu sekarang ialah waktu makan tengah hari, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Dan, mereka berdua baru saja membuat mesyuarat organisasi tadi.

Bermakna, Elfira datang selepas pulang dari sekolah kah?

Elfira gigit bibir dari dalam seraya mengangkat wajah. Dia perlahan menelan liur. Sedikit kekok.

Kerana kini dia sudah tahu hubungan mereka yang sebenar bukanlah sebatas seorang kawan, ataupun ex crush.

Syiraz sedar bahawa Fahrie berada di belakang gadis itu.

Telinga dia tiba-tiba memerah.

Bab 31: Tentang maaf

Raudhah mengusap belakang tangan Elfira. "Nama kamu Elfira Amelia, kan?"

Elfira angguk. Syiraz dan Fahrie berada jauh di atas sofa, sedang memerhati segalanya. Syiraz pelik, sejak bila pula mak dengan Elfira berkenalan?

Tetapi saat itu juga, dia menyedari bahawa wajah Raudhah dan Elfira hampir seiras. Sama-sama cantik.

"Dulu, makcik ada juga anak perempuan, sama namanya macam kamu." Raudhah ketawa kecil, menghadirkan rasa janggal dalam diri gadis itu.

"Makcik ingat lagi betapa susahnya nak beri nama itu," Raudhah tersenyum. "Makcik cari sumber-sumber dari berbagai platform supaya nama anak makcik unik, dan ada maksud yang tersirat."

Elfira tiba-tiba sebak dalam dada. Dia mengemam bibir. "Jadi, apa maksud nama saya?"

Raudhah berfikir sejenak. "Elfira itu merujuk kepada pengadil, selalu adil dengan orang lain. Sedangkan Amelia bermaksud anggun dan cantik. Rajin, tekun dan bersemangat. Singkatnya.. seorang yang pekerja keras. Jika dia mahu sesuatu, maka dia akan dapat dengan usaha sendiri."

Elfira menghambur ketawa kecil. "Itu nampak seperti harapan makcik kepada dia."

Raudhah mengangguk. "Itulah harapan makcik kepada dia sebagai tanda sayang."

Mata Elfira berkelip beberapa kali, seraya dia mendongak kecil. Sebak.

"Makcik berhutang banyak dengan anak pertama makcik."

Elfira menatap Raudhah.

"Kerana saat dia lahir, ilmu parenting makcik masih sedikit, dan dia yang menanggung segala kesalahan makcik saat menjadi ibu buat kali pertama."

Tangan mereka berdua bersatu.

"Yang sering marah bila dia buat salah, padahal dia masih bayi ketika itu.. yang tak faham cara sebenar untuk mendidik, yang banyak menghilang sebab tak pandai mengatur jadual hidup, yang belum tahu cara baik untuk berkomunikasi dengan bayi.." Suara wanita paruh baya itu semakin kendur.

Hiba.

"..yang buang dia sebab tak menerima Takdir. Makcik menyesal," Raudhah menunduk, dengan air mata yang meluncur laju.

Rupanya Raudhah juga menahan sebak selama bercerita.

Syiraz menatapnya risau, dia tidak mendengar.

"Makcik," Elfira mengusap pipi Raudhah, mata merah mereka bertemu. "Saya lah Elfira yang makcik maksudkan."

Raudhah tersentak.

"Saya lah.. yang dibuang di rumah anak yatim Jannah. Saya lah bayi yang dianggap malang itu.." Ujar Elfira, dia tidak tahu harus beri reaksi apa. Tetapi, dia sebak.

"Saya.. rindu ibu saya. Saya rindu ayah saya.. saya rindu adik saya.. saya rindu keluarga saya.." suara Elfira melentur, tubuhnya menggigil halus.

"Saya lah anak ayah.. Elfira Amelia binti Muhammad Rafi.." Suaranya bergetar menuturkan nama penuhnya.

Dia menunduk sejenak, bibirnya bergetar menahan rasa. Dia menelan liur yang terasa perit sebelum mendongak, menatap kembali sepasang mata ibunya.

"Kakak pembawa malang ke, mak?"

Saat itu juga, Raudhah menggeleng dan tampak tidak percaya. Dia memegang kedua-dua pipi gadis itu, menikmati wajah yang sudah lama dia cari.

"Hari-hari mak doa supaya dapat jumpa kakak.." Wajah Raudhah basah lencun dengan air mata. "..ya Allah.."

Raudhah pantas menarik anak itu ke dalam pelukan. Elusan demi elusan diberi, Elfira semakin banjir dengan air mata.

"Ya Allah, terima kasih..." Raudhah mengucup sisi kepala anak kandungnya. Hatinya tidak berhenti mengucap syukur. Elfira pula semakin menangis dalam pelukan seorang ibu.

Dia akhirnya dapat menangis sekencangnya sekali lagi, di dalam pelukan seorang ibu.

Dia sudah memastikan, wanita bergelar Ibu itu mempunyai darah yang mengalir dalam tubuhnya.

Sekarang, dan selamanya.

"Terima kasih, ya, nak. Elfira selalu berada dengan mak walaupun mak penuh kekurangan sewaktu bayi dulu. Tapi mak selalu anggap anak mak sebagai dosa.." keluh Raudhah. "Mak minta maaf, sayang..."

Bahu Elfira terhinjut-hinjut menahan rasa. Segala beban yang terpikul kini perlahan jatuh.

Fahrie yang berada jauh di atas sofa, hanya memandangnya.

Dia sanggup membonceng motor straight forward ke sini dari sekolah kerana Elfira yang minta.

Akhirnya, Elfira dapat menjumpai ibunya. Sedikit demi sedikit, Fahrie mula sebak. Dia tidak kuat memandang sosok kecil itu menangis seperti tiada hari esok.

Rasanya, dia juga ingin menangis.

+++

"Oh.. rupanya itu kau.." lirih Syiraz perlahan. Entahlah apa yang dirasainya, tetapi dia rasa terlalu berat.

Dan sedih.

Mengenangkan misi arwah Aariz yang dulu ingin mencari kakak kembarnya, semakin membuat Syiraz sedih.

Lelaki itu tidak sempat melihat kakaknya tumbuh dewasa, apalagi melihat paras rupa Elfira yang sungguh cantik dan matang. Hampir menyamai paras rupa sang ibu.

Syiraz sentiasa merenung sendirian tentang misi Aariz yang tertunda itu. Dia pergi, dalam keadaan masih belum menyelesaikan sesuatu.

'Kakak kau tumbuh dengan baik, Riz. Cantik pula tu. Baik juga. Aku tak sangka dapat bersama dengan orang yang kau cari selama ini, aku semakin rindukan kau..' Bisiknya dalam hati.

"Tabah." Ujarnya lagi. Dia tahu bahawa Elfira pasti merindukan sosok adiknya. Dia juga rindu, akan sahabatnya.

Elfira hanya angguk kecil. "Maaf, Raz.."

Syiraz tersenyum tawar, memahami apa yang ingin gadis itu katakan.

"Jauh dalam sudut hatiku, aku hanya nak aku saja ada dalam hati kau." Syiraz berkata jujur. "Tapi aku tak boleh ego. Ada orang lain yang lebih layak memiliki hati kau."

Ekor matanya dapat melihat gadis itu tercengang.

"Sekarang, giliran kau untuk bahagia. Pilihlah seseorang yang layak, yang baik, yang sentiasa memahami keadaan kau.."

"..seperti Ryan. Dia suka kau dari dulu lagi. Katanya, kau cinta pandang pertama dia. Aku mungkin suka kau sebab perwatakan kau, atau mungkin sebab kau cekap dalam organisasi, hati aku tercuit. Tapi aku tetap kalah dengan Ryan.. dia pendam segalanya.. bahkan dia tak marah pun aku jika kau suka aku. Dia kawan yang baik, dan aku mahu lindungi dia. Jadi.. pergilah.. pergilah sejauh mana yang kau mampu bersama dia.. sebelum aku rampas kau kembali.."

"Syiraz?"

"Sakit, Fira. Sejak munculnya kau tahun lepas, hidup aku mula berwarna kembali. Hanya Allah tahu betapa bahagianya aku bila kita memiliki perasaan yang sama. Tapi.. aku terpaksa korbankan hatiku, perasaanku.. mulai sekarang.. kita harus hidup sebagai keluarga.. kenapa dunia sekecil ini? Kenapa? Aku tak layak bahagiakah? Sakit..."

"Syiraz!" Bahunya digoncangkan berkali-kali.

"Y.. ya?"

"Kau dengar tak apa yang aku cakap?"

"Kau cakap apa?.."

Elfira tepuk dahi sendiri. "Aku. Minta. Maaf. Aku ingat.. haih. Kuat betul kau termenung."

Syiraz meraup wajah sendiri. Ya Allah, rupanya dia hanya meluahkan perasaan dalam bayangan.

"Kau okey.. kan?" Soal gadis itu, risau.

"Ya.."

"Boleh aku dengar sesuatu?"

Syiraz menatap gadis itu sekilas. "Dengar apa?"

"Tentang adik aku."

Hati Syiraz mula gundah. Jujur, dia tidak ingin dibayangi lagi dengan kesilapan masa lalunya.

Tetapi Elfira berhak mengetahui itu. Gadis itu tidak sempat bertemu dengan adik kandungnya, hanya mampu bertemu dalam cerita.

Syiraz faham. Sungguh.

"Tapi kau perlu janji."

"Janji apa?" Soal Elfira.

"Jangan benci aku, okey?"

Elfira terkebil-kebil.

Dengan itu, Syiraz mula membuka cerita. Daripada persahabatan mereka yang terjalin ketika berada di bangku sekolah rendah, sehinggalah kepergian lelaki itu.

Mimik muka Elfira sentiasa berubah mendengar alur itu. Semuanya sebati, dan dia juga turut merasakan sakit.

Syiraz menutup separuh wajah dengan tangannya, dia merenung lurus ke depan. Seakan-akan tahu apa yang ditanggapi gadis itu.

Elfira pasti membenci-

"Segala puji bagi Allah,"

Namun sangkaannya meleset.

Syiraz angkat wajah.

"Terima kasih."

Syiraz sungguh tidak menyangka ucapan itu.

"Terima kasih sebab bantu dia lafazkan kalimah syahadah waktu itu. Kita tak tahu bayangan apa yang dia lihat ketika nyawanya ditarik. Kita tak tahu sebesar mana godaan syaitan yang ingin mulut dia terkunci. Terima kasih, Syiraz."

Syiraz tertegun.

Gadis itu senyum. Manis.

"Maafkan lah dia,"

Ini kali pertama Syiraz menerima reaksi sebegitu.

"..supaya dia dapat hidup bahagia di sana."

"Aku sudah lama maafkan," Syiraz menjawab tertahan. "Persoalannya, dia maafkan aku tak.."

"Aku tahu.. dia akan maafkan kau jika..," Elfira angguk berkali-kali, sengaja memotong ayat itu. "Tapi.. ini tentang maaf."

Syiraz mengernyit bingung.

"Maafkan lah.."

Lelaki itu mampu amati iris Elfira mula berkaca.

"..diri kau."

Syiraz meneguk ludah.

"Berdamailah dengan diri sendiri.."

Syiraz mula menyedari sesuatu.

"..nescaya semua ini akan berakhir, secepat mungkin."

Menyedari bahawa untuk dimaafkan Aariz, dia harus memaafkan diri sendiri terlebih dahulu.

"Kau hanya menyeksa diri kau selama ini. Kau mencari sesuatu yang dapat tebus dosa kau, tapi masih tak jumpa. Sesuatu itu seperti.. samar. Kau teruskan hidup, tapi tetap sama. Kau sibukkan diri untuk lupakan dia, tapi tetap sama. Kau maafkan dia, tapi tetap sama. Kau berdamai dengan ayah kau, tapi tetap sama. Kau terima ibu kami, tapi tetap sama.."

Rasa yang sama itu.. ialah gelisah dan rasa bersalah.

"..hanya satu caranya.."

Mungkin, bukan semua orang kecewa dengan dia. Dia berhak meluahkan rasa sakitnya waktu itu. Dia tidak patut menyesal kerana semua ini bukan salah dia.

Benar, semuanya.. bukan.

"..kau harus memaafkan diri sendiri."

Begitulah hidup yang harus difahami. Perjalanannya masih panjang, dan dia harus memaafkan. Syiraz kira dia akan hidup tenang jika sentiasa bertegur sapa dengan arwah Aariz, sentiasa menyedekahkan al-Fatihah dan Yaasin kepada lelaki itu,

namun dia salah.

Justeru, hal yang pertama dia harus lakukan ialah mengampunkan diri sendiri dan meminta keampunan daripada Yang Maha Kuasa.

++++++

"Barang lagi?"

Rafi menyoal pegawai itu. Pegawai itu mengangguk dan memberinya satu bungkusan sederhana, persis seperti bungkusan kelmarin.. namun lebih bersaiz.

Dia ambil bungkusan itu dan duduk bersila di atas lantai penjara.

Dia tergamam saat melihat barang di sebalik bungkusan itu. Hatinya menghangat.

Ada buku nota kecil dan wirid ma'thurat. Ada juga set jubah putih.

Dia mengambil sepucuk surat yang sengaja digulung oleh si pemberi. Hatinya berdebar.

'Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.'

Kini, satu rasa asing menerjah.

Hatinya bergetar, pelupuk matanya memanas. Mata dia bergerak nanar membaca sebait kata itu.

Demi Allah, hatinya rasa digoncangkan oleh sesuatu.

"Ya Allah..,"

Setelah dua tahun lamanya dia meringkuk dalam kegelapan yang mencengkam, dia akhirnya menuturkan nama indah itu. Nama sang Pencipta yang tiada tandingannya.

Nama yang berhasil membawa cahaya kembali.

Perlahan, tangannya mengusap jubah putih itu dan mengucupnya. Lama.

Harum, sangat harum.

"Aku kembali, ya Allah.." ujarnya, bersama genangan air mata yang akhirnya bebas.

Rafi tersenyum, menikmati setiap helaian benang yang tercantum sehingga membentuk jubah putih seindah itu. Jubah itu sudah berjaya bersatu dengan tubuhnya.

Rugi sekali tidak ada cermin di sini.

Kopiah yang dikirim kelmarin dicapai dan diletakkan di atas kepala. Sungguh, dia rasa segar kali ini. Giliran sejadah pula dihampar di atas lantai simen. Tasbih kayu digenggam erat seraya dia duduk di atas sejadah tersebut.

Dia berfikir seketika, sama ada ingin membaca wirid ma'thurat dulu ataupun berzikir.

Tanpa melengahkan masa, dia segera bangun dan mengangkat takbir.

Solat sunat taubat dua rakaat ditunaikan setulus hati, suaranya merdu membaca surah al-Fatihah dan surah-surah kecil.

Untunglah.. Allah tidak menarik ingatannya perihal bacaan dan gerakan dalam solat. Ibadah wajib pertama yang bakal dihisab.

"Raudhah tak boleh kahwin dengan dia!"

"Mereka pergi honeymoon? Aku akan bunuh anak dia.. tengoklah nanti!"

"Aariz.. a.. anak ayah.."

"...ayah tak sengaja.."

"Kalau dia tak berkahwin dengan si Adib tu, anak aku tak akan mati, bangsat!"

Mata Rafi mula bergenang mengingat kembali dosa masa lalunya. Rakaat kedua dia penuh dengan air mata seolah-olah ada sesuatu yang menjentik hatinya.

"Siapa je ada dengan aku?!!"

"Kenapa aku hidup macam ni?! Kalau betullah Dia wujud.. kenapa Dia biarkan aku begini?"

Bibirnya bergetar membaca surah Ad-Dhuha. Entahlah, surah itu menjadi pilihannya dan masih lekat hafalannya.

"Anak-anak aku dah tak ada! Semuanya kerana aku! Kalau aku tak tinggalkan isteri aku hari itu, semua ini tak akan terjadi.. Raudhah tak akan buang mereka.."

"Mā wadda'aka rabbuka wa mā qalā."

Bahawa Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak benci kepadamu.

Jatuh. Air matanya jatuh setitik ke atas sejadah. Benar, Allah tidak akan membenci hambaNya. Segagah mungkin dia cuba menyambung bacaannya.

"Wa lal-ākhiratu khairul laka minal-ụlā."

Mengenangkan maksud di sebalik ayat itu, makin menghambat air matanya. Wajahnya basah lencun.

Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Rafi menangis di dalam solat, merasakan sakit yang tiada tara. Ya Allah, dia kembali. Dia benar-benar kembali.

Tanpa Rafi sedar, pegawai tadi tidaklah beredar, hanya berdiri di sebalik dinding. Menyembunyikan diri agar tidak terlihat, tetapi mampu melihat sosok itu mendirikan solat.

"Ayahmu.. hebat." Bisik pegawai itu, sambil merakam pergerakan itu dengan telefon pintar.

Satu tangannya naik mengesat air mata, sungguh terharu dengan suasana ini. Dia bersiap-sedia untuk memberi tunjuk ajar kepada Rafi jika lelaki itu memerlukan bantuan.

Persis sama seperti mesej yang dihantar oleh pengirim barang tersebut tempoh hari.

011*******
Saya mohon, ajarlah dia jika dia sudah lupa caranya. Semoga Allah membalas kebaikanmu.

__________

"Haih," Fahrie mengeluh singkat. Sekali lagi dia berdepan dengan budak lelaki itu.

Zayn Ezrin.

Elfira yang meminta dia untuk menghantarnya ke sini kerana ingin menziarahi Dahlia.

Hari ini terlalu padat. Lepas saja pulang dari sekolah, adiknya ingin bertemu dengan ibu kandung. Selepas itu, datang pula ke hospital kerana ingin bertemu kawan kandung. Err.

Fahrie hanya mengikuti. Tetapi sungguh dia tidak sangka mereka akan datang ke hospital yang sama. Tempat terjadinya pergaduhan antara dia dan Zayn.

"Apa pula kau rancang kali ini?" Soal Fahrie sambil berpeluk tubuh.

Zayn tersenyum tipis. "Tak ada."

Senyum sinis tersungging di sudut bibir Fahrie. Ingat dia percaya ke?

Walaupun betul tak ada, dia akan tetap lindungi Elfira di setiap penjuru!

"Ya lah tu." Sindirnya. "Eh aku nak tanyalah ni.. sini tak ada tempat untuk berehat ke? Aku penat ni, hari ini penuh teman budak tu saja."

"Ada."

Mata Fahrie terbeliak. Dia mula rasa teruja. Yes! Akhirnya boleh berehat seketika. "Kat mana?"

"Itu." Zayn memuncungkan bibir ke arah katil pesakit yang tidak terlalu jauh daripada mereka. Katil awam.

"Heh, itu kan katil pesakit!"

"That's my point."

Fahrie menggertak gigi. Kena jadi pesakit dulu untuk tidur atas katil itu. Ish!

"Tak guna." Bisiknya perlahan, menghadirkan ketawa kecil milik Zayn.

"Abang adik sama saja." Zayn mendengus. "Sama-sama kata aku tak guna."

"That's my point." Getus Fahrie.

Sementara mereka berdua menunggu di luar, Elfira dan Dahlia pula hanya bungkam dan menatap satu sama lain di dalam wad Baba.

"Sorry, aku tak ingat nak beri ini." Elfira memberi sesuatu yang berwarna biru. Dahlia terperanjat.

"E.. El.." Dahlia menelan ludah.

"Kau tak bawa inhaler kan tadi? Kau tahu kan limit kau setakat mana saja. Sepatutnya, kau buat sikit-sikit saja hukuman itu. Atau.. cakap hal yang sebenar agar Syiraz dapat pertimbangkan. Dia tak sekejam itu. Lagi-lagi kau kawan kami."

"Ni.. aku beri." Elfira meraih tangan Dahlia dan meletakkan inhaler biru tersebut.

"Ma.. macam mana kau ada benda ni?" Soal Dahlia, dia mula mengenggam inhaler tersebut. Dia memang ada asthma, inhaler nya sudah habis.

Bukan sebarang orang ada inhaler.

Elfira hanya tersenyum sambil mengeluarkan satu lagi inhaler daripada poket bajunya. Kali ini, berwarna oren.

"E.. El.. jangan kata.."

Dahlia gugup. Inhaler oren itu digunakan setiap hari untuk pesakit asthma.

"Tak. Ini Syiraz yang beri. Katanya, dia ada banyak stok benda ni. Dia degil, tak ikut arahan doktor. Sebab itu masih ada."

"Tapi ini guna setiap hari untuk kurangkan asthma." Ujar Dahlia. "Kenapa Syiraz ada?"

"Dia ada anxiety." Lirih Elfira. "Asthma tak semestinya daripada keturunan. Kadang-kadang dia sesak nafas apabila anxiety menyerang. Jadi, dia dapat benda ini. Dia ada stok lebih, masih belum buka.. dan dia beri kepada kau. Nanti, kau kena sambung ubat, tau."

Dahlia mengemam bibir. "Janganlah risau.. aku bukan selalu sesak.."

"Shhhh, kau ada kami, okey?"

Mata Dahlia mula berkaca.

"Kau patut cakap kenapa kau datang lambat. Kami boleh membantu. Kau kan kawan kami."

"Aku taknak menyusahkan.."

"Sikit pun tak," ujar Elfira. Dia mengusap tangan kawannya lembut. "Apa-apa yang aku boleh bantu, aku bantu."

"Ekonomi keluarga aku merosot. Bil rawatan ayah aku.. kami tak mampu nak bayar. Lepas itu, kita akan exam pula. Nak jaga ayah aku lagi. Banyak benda dalam kepala ni," Dahlia menunjuk kepalanya. "Banyak benda berlaku dalam satu masa."

"Aku faham," Elfira tersenyum.

"Jangan beritahu sesiapa tentang ini, El.." Dahlia memotong. "Aku memang betul-betul taknak susahkan sesiapa."

"Tapi semua dah tahu." Ujar Elfira. "Sebab kau pengsan tadi."

Dahlia mencebik. "Aku memang menyusahkan."

"Tak lah. Sikit pun tak." Elfira menggeleng. "Kita kan kawan susah dan senang."

Dahlia mula sebak.

"Ya Allah, aku tak tahu nak berterima kasih macam mana.." Lirih Dahlia, pilu. "Aku betul-betul beruntung ada kawan macam kau, El. Untung sangat.."

Elfira hanya tersenyum.

"Aku lebih beruntung ada kau."

Dahlia geleng.

"Terima kasih kerana hidup, Elfira."

Dan untuk itu, Elfira hanya mampu memberi senyuman tulus.

___________

"Opocot!"

Habis bersepah lantai rumah itu dengan hamburan fail-fail serta dokumen yang perlu diurus oleh Elfira. Gadis itu mengeluh panjang sebelum tunduk untuk mengutip.

Fahrie sudah hilang ke pusat rumah anak yatim Jannah selepas menghantar dia ke sini. Entah apa tujuannya, yang pasti lelaki itu tidak mengerti penat.

Padahal mereka pergi banyak tempat. Sekolah, rumah Syiraz atau rumah artis hehe, hospital, dan akhirnya ke rumah sendiri.

Tetapi Fahrie masih berdegil ingin ke situ. Elfira hanya membiarkan dia.

Sudahlah dipaksa oleh si ketua pengawas untuk uruskan fail ini! Katanya, Amir tidak function. Jadi, Elfira sebagai timbalan setiausaha haruslah memainkan peranan untuk menolong setiausaha agung.

Ya, memang lelaki itu tidak berguna!

"Ya Allah.." Gumamnya.

Satu persatu fail dikutip olehnya, sebelum dia melihat bayangan kaki yang ada di depan mata. Dia mendongak.

Papa..

Daud menunduk, dan mengutip fail-fail milik anak perempuannya sebelum dongak kembali. Dia memberi fail-fail itu kepada Elfira yang masih membeku.

Papa pulang awal hari ini.

Sudah lama mereka tidak berkomunikasi. Jarang sekali bertentang mata.

Sedar akan itu, Elfira terus mengambil pemberian bapanya dengan riak biasa.

"Terima kasih."

Ucapan penghargaan tetap diucap. Dia mula mengatur langkah meninggalkan lelaki itu.

"Bulan depan exam."

Elfira mengeluh dalam diam. Nada yang digunakan Daud agak berbeza, sedikit lembut namun tegas.

Elfira mula rasa lelah. Dia jadi teringat apa yang berlaku pada malam itu. Pukulan, tengkingan, tangisan, dan jeritan, sangatlah membuat dia trauma.

Dan.. pengkhianatan.

Tangannya mula bergetar tidak terkawal.

Dia mula rasa tubuh tegap itu mula mendekatinya. Dia rasa ingin menjerit kuat, rasa ingin menghindarkan diri.

Saat Daud mengangkat tangan ke arahnya, dia jatuh terduduk. Fail-fail tadi kembali jatuh berterabur.

Daud terkejut saat gadis itu menutup wajah dengan tangan bergetar dan mula merayu.

"Ja.. jangan.. pu.. pukul.."

Daud menjatuhkan tangannya di sisi tubuh. Nafasnya memberat. Dia tidak berniat untuk memukul, dia hanya ingin memberi sehelai kertas yang terlepas dari fail gadis itu.

"Papa.. tak pukul.." ujarnya, cuba untuk menenangkan. "Papa hanya nak bagi kertas ni.."

Jantung Elfira berdebar laju apabila dia cuba mendongak. Benar kata lelaki itu, dia tidak ingin memukul. Elfira mengenggam erat tangannya yang bergetar laju.

Dia tangkas bangun dan mengambil kertas itu. Fail-fail yang berterabur pun dia kutip lagi.

Terlihat sangat tenang, namun hanya Allah tahu betapa takutnya tubuh dia bertindak balas. Hanya dia yang rasakan getaran ketakutan itu.

Namun, Daud mampu melihat tangan yang mengutip fail-fail itu bergetar hebat. Dia mula faham bahawa Elfira tidak ingin terlihat lemah.

"Jangan ampunkan El kalau El tak dapat apa yang papa nak." Ujar gadis itu tiba-tiba, yang mana membuat Daud tercengang. Tubir mata Elfira mula berair, dia tidak berniat untuk mengatakan ini.. tetapi..

"Jangan taruh harapan tinggi. Jangan mengharapkan El sempurna. This is a warning."

Itu kata-kata terakhir sebelum kaki kecil itu naik menaiki tangga dan masuk ke biliknya dengan timbunan fail-fail di genggaman.

Daud mengepal penumbuk erat di sisi tubuh.

"Dan kamu pula jangan gagal, lagi." Bisiknya, meskipun anak itu tidak dapat mendengar.

Anak itu kini berwajah datar, tidak seceria dulu. Anak itu kini sudah bersikap matang, tidak berusaha untuk mencari perhatiannya lagi. Dan anak itu kini sudah tidak ingin menegurnya.

Tidak semesra dulu.

Hakikatnya, Daud rindu untuk berbual dengan anak itu walaupun selama ini mereka hanya berbual singkat. Daud tidak ada topik lain selain membangkitkan peringatan tentang peperiksaan.

Sejenak, dia mengeluarkan sehelai kertas A4 yang sengaja dilipat kecil agar muat di dalam poket. Dia membuka kertas yang mengandungi lukisan keluarga itu.

Daud mengemam bibir.

Lukisan ini dijumpai di kamar milik Elfira, dia baru saja keluar daripada kamar itu.

Lukisan tersebut mengandungi empat orang lidi yang dinamakan Papa, Abang, Mama dan Adik. Tampak dilukis ketika Elfira belum mencapai umur 10 tahun, kerana lukisan itu sungguh kebudak-budakan.

Keempat-empat orang lidi itu tersenyum teruja, saling berpegangan tangan seperti keluarga yang bahagia.

Ada tulisan kecil yang berantakan.

'Adik sayang Papa, Mama dan Abang.'

Hati seorang bapa terenyuh.

"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

Continue Reading

You'll Also Like

642K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
296K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
898 390 15
"Sakit sedalam laut, memaafkan seluas langit."