I'M LOST

Da violetfasha

2.8K 337 346

Mengisahkan tentang seorang fresh graduate dalam bidang IT, yang tinggal di negara kapitalisme, nepotisme. A... Altro

Mutiara Kata
PROLOG
BAB 1: Chasing That Dream
BAB 2
BAB 3: Software Angine
BAB 4
BAB 5: You Betray Me
BAB 6: First Downfall
BAB 7: I'm lost
BAB 8: Finding The Purpose of Life
BAB 9: You will be found
BAB 10: First Day
BAB 11: The feeling is weird
BAB 12: Love Bombing
BAB 13: Ask The Right Person
BAB 14 : KNIGHTS OF THE ROUND TABLE IN ACTION
BAB 15: When It Rain
BAB 16: When it Rained (part 2)
BAB 17: Just a Normal flu
BAB 18: Self Pity
BAB 19: First Lie
Bab 20: It's My Privacy
Bab 21: Humiliating in Public
BAB 22: Humiliating in Public (part 2)
BAB 23 : Rezeki yang tidak disangka
Bab 24: Spread Hate
Bab 26: I resign (part 2)
BAB 27: You're Safe with Me
BAB 28 : A Silent Genocide
Bab 29: Dark Metaphor
BAB 30 : The plan
Bab 31 : Australia, Off We Go!
BAB 32 : Ate with no crumbs.
BAB 33: I Want it, I got it
BAB 34: Help, I'm still at the restaurant
BAB 35 : Still Sitting in the Corner I haunt

BAB 25 : I Resign

54 9 7
Da violetfasha

Bangunan 2 tingkat yang tertulis PASCAL itu aku perhati dengan pandangan kosong dari seberang jalan. Lampu isyarat untuk pejalan kaki bertukar merah entah kali yang ke berapa. Daripada tadi aku tidak mampu untuk menggerakkan kaki untuk melintasi lintasan zebra. Untuk seketika aku rasa aku kurang upaya, dan memerlukan seseorang untuk memimpin aku ke jalan yang benar. Aku sesat dalam fikiran aku sendiri yang berserabut dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku hari ini. Sekali aku melangkah ke arah bangunan itu, aku sudah tidak mampu menahan tekanan, dan bila-bila masa sahaja aku akan meletup hari ini.

Adakah aku akan ditengking lagi hari ini?

Adakah mereka akan bercakap di belakang aku lagi?

Adakah aku perlu menatap muka yang menikam belakang aku lagi?

Adakah aku perlu berhadapan dengan manusia yang berumur lewat 40 an tapi masih lagi berperangai kanak-kanak?

Adakah aku perlu bekerja di bawah mereka dan pura-pura tidak tahu apa-apa bahawa mereka sedang menjatuhkan aku dan Addien antara salah seorang yang percaya akan gosip murahan itu.

Adakah aku perlu menghadapi semua ini, membazir 8 jam setiap hari dalam hidup aku untuk bekerja dengan mereka, sampai aku mati?

Bila semua ini nak berakhir?

Aku tidak mahu menghadap muka Addien hari ini. Aku benci dia, aku benci Bianca, aku benci semua orang dalam ofis.

Aku rasa aku manusia yang paling naif kerana menandatangani kontrak tersebut, menyangka bahawa Bianca akan berubah. It's a pattern of behavior, sekali dia buat, dia akan buat lagi, kemudian meminta maaf. Kemudian dia memburukkan aku di hadapan staf lain, memalukan aku di khalayak ramai, dan berpura-pura melayan aku baik di hadapan orang. Sedangkan aku dah tahu hakikatnya bahawa dia memang bermuka-muka. Kemudian Bianca akan menunjukkan bahawa aku yang buat perangai di hadapan semua orang, bila aku tidak mahu menurut kata-kata Bianca dan aku tidak mampu menahan tekanan setelah diasak dari pelbagai arah.

'Dekat mana-mana pun toksik.'

'Generasi zaman sekarang semua lemah, kena tengking sikit terus nak berhenti kerja!'

'Stop self pity, Amalia.'

'Tak payah emosional sangat, move on jelah.'

Arhhhh! Aku menjerit di dalam hati aku. Telinga aku kembali berdesing. Tangan aku sudah menggeletar. Aku mengetap bibir aku dengan mata yang sudah berair. Aku betul-betul harap semua ini akan berakhir. Aku betul-betul harap ini pengakhirannya. Mata terpejam rapat, mendengar degupan jantung aku yang sudah menggila. Aku sesak nafas. Aku harap ada orang yang mendengar jeritan meminta tolong aku, dan keluarkan aku dari semua keserabutan ini.

'Just face it, Amalia!!!' Suara di otak aku sudah menggila. 'Tak ada orang yang dengar, tak ada siapa faham kau, mereka semua anggap kau lemah. Ayah kau pun suruh kau sambung kerja, dia memang fikir duit aje, tak fikir perasaan kau pun Amalia. Ayah kau tak faham kau.'

Aku memejamkan mata rapat, berharap ini semua akan berakhir. Air mata sudah berlinangan jatuh di pipi. Dengan nafas yang tersekat-sekat, aku melangkah ke arah jalan raya, berjalan bersama mereka yang berpakaian elegan, kasut berkilat berjenama, mendaki tangga korporat. Air mata aku semakin menggila di tengah lautan manusia di saat aku merasakan nafas aku semakin sesak.

Akhirnya langkah aku terhenti di tengah-tengah jalan raya, kemudian aku menangis di situ. Lampu untuk pejalan kaki bertukar merah. Telinga aku kembali berdesing mendengar bunyi hon di tengah hiruk pikuk bandar. Samar-samar, aku nampak sebuah lori menghala ke arah aku, tetapi kaki aku langsung tidak berganjak. Mata terpejam rapat. Mungkin ini pengakhirannya.

Pinnnnnn!

Tubuh aku ditarik seseorang.

Aku tersentak di saat lori itu bergerak laju, sipi mengenai aku. Angin kuat hasil inersia kelajuan lori menampar pipi ini. Ada seseorang tercungap-cungap di hadapan aku. Mata aku diselaputi air mata, membentuk kaleidoskop, menyukarkan aku untuk melihat manusia di hadapan aku.

"Kau kenapa?!" Dia menggoncangkan tubuh aku, untuk menyedarkan aku.

Aku memandang lelaki yang memakai topeng kain hitam yang menutup mulut dan hidungnya dengan pandangan kosong. Aku tidak mampu menjawab kerana nafas aku sudah tersekat-sekat di kerongkong. Bibir aku sudah menggeletar. Air mata aku mengalir deras. Aku menekup telinga aku apabila suara itu semakin menggila di dalam kepala aku. Jika aku mati, mungkin mereka tidak akan memarahi aku lagi.

Andai saja aku mati.

****

"Tell me what you need." Tanya lelaki misteri itu. Barangkali dia rasa bersalah selepas menengking aku sampai aku menangis. Lelaki itu masih lagi memakai topeng pelitup muka kain berwarna hitam. Rambutnya pula disisir rapi ke belakang kemudian diikat menjadi satu menjadi tocang kecil di belakang. Aku nampak ada parut kecil di sisi kiri dahinya. Tapi tidaklah ketara melainkan ia dilihat dari jarak yang dekat.

Kepala aku lantas menunduk memandang kasut yang lusuh di saat mata kami bertembung. Lelaki itu yang mengajak aku ke kafe Blossom Brew, katanya ingin membelanja aku makan sarapan. Pelbagai pastri sudah berada di hadapan aku, tetapi tekak sungguh loya melihat semua makanan itu. Aku menekan perut yang pedih.

Setiap kali aku tertekan, asid refluks dalam perut aku naik, aku gastrik, dan sebentar lagi aku akan muntah-muntah seperti yang berlaku sebelum ini. Aku benci kerana aku terlalu lemah. Mental dan fizikal aku terlalu lemah untuk menghancurkan mereka yang menyakiti aku. Kadang aku tertanya-tanya kenapa orang yang dibuli sahaja yang mendapat sakit ini, tapi mereka yang pembuli boleh bersuka ria seperti tiada apa berlaku selepas buat hidup orang lain merana.

Telefon pintar aku bergetar menandakan mesej masuk. Aku mengeluarkan telefon pintar dari beg lusuh aku, yang hanya bergantung pada satu benang sahaja lagi sebelum tali beg itu putus. Aku membaca notifikasi daripada Kak Nana yang bertanya mengapa aku lambat setengah jam ke tempat kerja.

Bahu aku jatuh membaca mesej itu. Aku tidak tahu mahu membalas apa. Aku tiada alasan untuk diberi. Kalau aku pergi kerja sekarang, aku akan dimarah kerana datang lambat. Kalau aku cuti tanpa sebab pun akan dimarah. Kalau aku cakap aku sakit, aku tiada surat sakit, dan besok aku perlu menghadap mereka lagi, dan sekali lagi gastrik aku akan menyerang. Ia merupakan kitaran yang aku tidak boleh lari, aku ditolak ke penjuru tanpa ada peluang untuk menerangkan apa yang berlaku pada diri aku sekarang.

Kalau aku mati sahaja aku tidak akan dimarah.

Aku seolah-olah bercakap dalam bahasa C++, Python, dan semua di dalam ofis tidak faham bahasa aku. Tiada orang faham aku, dan apa yang bermain dalam fikiran aku.

"Awak tak cukup duit ke? Ada hutang?" Perlahan-lahan lelaki itu bertanya apabila aku mendiamkan diri. Dia mengacau Jasmine Pearl White Tea di cawannya.

Aku menggelengkan kepala. Pasti dia menyangka aku miskin, melihat beg aku yang sudah lusuh. Aku menarik nafas dalam. "Saya nak berhenti kerja." Suara aku tersekat dan serak. Sekaligus, air mata aku jatuh.

"Jadi berhenti ajelah." Semudah itu dia mengatakan.

"Saya baru tandatangan untuk sambung kontrak minggu lepas. Saya tak boleh berhenti tanpa sebab, dan saya kena bagi notis untuk berhenti. Kalau tak saya kena bayar pampasan pada syarikat." Mata aku berair lagi. "Saya tak nak jumpa dia orang lagi dah. Saya tak nak." Aku menunduk memandang tangan di riba.

Kuku pada jari telunjuk kanan aku menekan kuat pada ibu jari, menghantar tekanan pada bahagian itu sehingga ia terasa sakit. Tangan aku menggigil apabila ibu jari aku terluka. Itu seakan habit yang aku buat, supaya otak menumpukan perhatian pada rasa sakit itu, dan bukan pada perkara yang berserabut dalam otak aku.

Dia mengangguk faham. Dia memandang aku lama sebelum dia bertanya. "Awak ada anxiety ke?"

Aku mengangguk.

"On medication?"

Aku menggeleng. "Saya cakap dengan doktor tak nak makan ubat, terapi je dah cukup."

Dia juga turut mengangguk. "Saya tolong awak, tapi awak kena dengar cakap saya, kalau nak semua ini berjaya." Jasmine pearl white tea di hadapannya dikacau dengan sudu. Tapi tidak pula dia menghirup air itu. Mungkin dia tidak mahu membuka topeng pelitup mukanya di hadapan aku.

Aku mengangkat kepala, memandangnya terpinga-pinga.

"Pertama sekali," Dia terhenti, memandang aku dengan iris kelabu asap miliknya. "Sekarang awak hantar mesej dekat bos awak, cakap awak MC hari ini. Kedua, kita pergi klinik, dapatkan rawatan sebab awak gastrik, betul tak?" Aku mengangguk. "Then, awak hantar surat MC yang doktor bagi dekat bos awak."

Dia terus bangun dari kerusi. "Jom," Kepalanya digerakkan, memberi isyarat pada pintu.

Aku hanya mengikutinya dari belakang. Lelaki itu sungguh tinggi, dan tubuhnya bidang dari belakang. Pelik, aku tidak mengenalinya, namanya, bahkan wajahnya, tetapi aku mempercayai dia untuk menyelesaikan masalah aku. Aku kecewa dengan ayah aku yang menyuruh aku sambung kontrak, di saat aku berharap yang dia faham bahawa anaknya ini berada dalam tekanan yang sangat tinggi. Aku harap ayah aku jadi tempat untuk aku pulang di kala aku perlukan tempat berteduh.

Kami berdua masuk ke dalam klinik swasta yang beberapa blok tidak jauh daripada situ. Dia menyuruh aku duduk di ruang menunggu di dalam klinik tersebut. Aku nampak dia bercakap sesuatu pada penjaga kaunter perempuan itu, lalu dia menunjukkan kad berwarna hitam yang aku tidak pasti itu lambang apa.

Dia bergerak ke arah aku, kemudian duduk di kerusi sebelah aku. "Ini nombor giliran awak. Nanti awak masuk, cakap dengan doktor sakit apa, minta MC." Kertas yang tertulis nombor giliran 143 itu bertukar tangan.

Dia memasukkan tangannya ke dalam jaket besbol berwarna biru pekat, manakala warna lengan baju jaket itu berwarna putih. "Lagi satu, minta doktor surat rujukan ke hospital untuk dapatkan rawatan psikiatri, bagitahu yang keadaan mental awak dah semakin teruk, dan awak perlukan rawatan segera. Minta doktor surat yang mengesahkan yang awak, unable to continue work because your mental condition is getting worse."

Aku mengangguk lemah.

"This is for the best. If you don't know what to choose, choose your mental health." Tambah lelaki itu. "Your company can't reject your resignation letter, and you will not be subject to any action if you resign because of mental illness. It is valid under Lance Labour Law." Tenang dia menerangkan kepada aku. Suaranya dalam dan kedengaran sungguh misteri. "People at the office may mock you, resigning because of anxiety or depression. Just walk away with respect, ignore the haters. This is your life."

Aku terdiam di kerusi dengan bahu yang mengendur. Kepala mengangguk dengan mata berair. Aku cuba menyorokkan air mata aku, tapi ia tetap juga mengalir.

Dia menghulurkan sapu tangan kepada aku. "We need to break the toxic cycle. Don't be afraid to resign because of toxic management. We need to show them we are capable of doing so. Don't let them think that our generation is easy to manipulate. If they think you're replaceable, let them replace, replace and replace.

They will get tired doing it over and over when more people resign. Only then, they will realize, they are the toxic one. You go to the place where you're valued." Suaranya sungguh tenang, dan dia seakan memujuk. "Hidup kita ini singkat, kenapa harus membuang masa pada kerja yang kita tidak suka dan toksik?"

Aku mengambil tisu yang dihulur, mengesat air mata aku rakus. Sekurang-kurangnya ada orang asing yang faham aku, yang menyokong tindakan aku. Lelaki ini tidak menuduh aku mengada-ngada atau self pity pun. Dia baru kenal aku, dan dia percaya aku tanpa aku menerangkan apa yang berlaku dalam hidup aku. Dia faham aku, seolah-olah kami sedang bercakap dalam bahasa C++ dan Python. Dia mampu mentafsirkan semua kod aku dengan betul.

"Is there anyone you can trust?" Dia bertanya lagi. Dia tidak memandang aku tetapi memandang dinding di hadapan aku.

Kepala hanya mampu mengangguk.

"Lepas keluar dari klinik, berhenti kerja, telefon orang yang awak paling percaya, rehat, balik kampung ke, bercuti. Just go." Tambahnya lagi. Dia mengerling sekilas jam di pergelangan tangannya. "I want to stay with you, but I must go. I have work to do. Stay safe, and stay well." Dia terus bangun dari kerusi bergerak ke arah pintu klinik.

"Awak." Panggil aku, seraya bangun dari kerusi. Dia memusingkan tubuhnya memandang aku. Mata kami bertaut lama sebelum aku mengeluarkan isi hati aku. "Nama awak siapa? Kenapa awak tolong saya?"

Aku tidak nampak wajahnya di sebalik pelitup muka kain berwarna hitam yang menutup hidung dan mulutnya. Tapi, aku tahu dia sedang tersenyum nipis kerana matanya mengecil. Dia menutup pintu klinik semula. Langkahnya ringan menuju ke arah aku. Dia berhenti betul-betul di hadapan aku. Kepala aku terus terdongak, di saat aku sedar tinggi aku hanya separas dadanya.

Lelaki itu mengeluarkan tangannya dari dalam poket baju. Pada tangannya ada kad berwarna hitam dengan logo yang unik. "Nah," Kad tersebut dihulur.

Aku hanya mengambil tanpa banyak soal. Aku tidak pernah nampak kad berwarna hitam seunik ini. Ada ukiran logo berwarna emas yang nampak sungguh eksklusif. Kad ini untuk apa?

"Let's meet again someday. Masa kita jumpa, awak pulangkan kad ini dekat saya semula. Saya nak terima kad ini daripada tangan awak. Janji?"

"InshaAllah." Aku menjawab dengan tidak pasti. Aku juga tidak tahu sama ada aku akan hidup di masa hadapan atau tidak. Aku tidak yakin yang aku akan hidup lama.

"Janji?" Tekannya lagi.

Aku mengangguk. "InshaAllah. Ya, janji."

"Saya pergi dulu." Dia mengorak langkah menjauhi aku.

"Macam mana awak tahu dekat mana nak jumpa saya?" Tanya aku naif.

"Use the card, and I will know where you are." Dia terus keluar dari klinik.

"Wait!" Aku keluar dari klinik, melantunkan suara aku. "How to use the card?"

Dia memusingkan tubuhnya kemudian berjalan mengundur. Tangannya didepangkan. "Just swipe!" Laungnya dari jauh. Kepalanya tergeleng melihat kenaifan aku.

Aku terkebil-kebil di situ. Perlahan-lahan senyuman terharu terukir. Aku tahu dia sengaja memberikan barang terpenting miliknya, dan menyuruh aku berjanji untuk memulangkan kepadanya di masa hadapan dengan tangan aku sendiri.

Sebab dia tak nak aku bunuh diri.

Air mata aku menitis. Kad berwarna hitam itu aku genggam erat. "Aku janji." Bisik aku perlahan. "Aku janji tak bunuh diri."

****

Hari ini sahaja sudah beberapa kali aku menangis. Pagi tadi aku menghantar surat MC, dan di petang hari aku menghantar surat berhenti kerja. Aku baru sahaja menghantar surat berhenti kerja yang dikepilkan dengan dua surat doktor kepada Addien melalui email. Aku dikeluarkan dari group Whatsapp syarikat oleh Addien, menunjukkan yang dia menerima surat berhenti kerja itu.

Setelah itu dia menghantar aku pesanan mesej yang yang sangat dingin. Hati aku terobek sekali lagi.

Addien : Your resignation letter is accepted. You don't have to come to the office starting tomorrow.

Noktah. Dia langsung tidak bertanya khabar aku, perihal kesihatan aku, seolah-olah nampak sungguh dia mahu aku keluar dari syarikat itu secepat mungkin. Sungguh dingin.

Padahal aku sudah menyatakan notis 7 hari berhenti, bermakna hari jumaat merupakan hari terakhir aku. Walaupun aku tidak mahu datang, aku harus berhenti dengan sopan dan beradab dengan menghantar notis. Tapi jejaka ini suruh aku tak payah datang terus dengan begitu dingin.

Sometimes I wonder, did he ever think of me... after all this time? Did he ever fight for me after all this time?

Or did he ever love me?

Aku mengesat air mata yang mengalir dengan rakus. Walaupun aku yang memilih untuk berhenti kerja, tapi begitu sahaja dia membuang aku dari hidupnya, setelah apa yang aku lakukan untuk syarikat. Jika aku tiada kepentingan, begitu sahaja dia buang aku.

Setelah apa yang kita lalui bersama, aku tidak pernah istimewakah di matanya secara peribadi. Jika bukan sebab syarikat pun, aku ini tiada apakah di matanya sampai melakukan aku dengan begitu dingin.

Kepala aku mengangguk menerima hakikat yang pahit itu. Aku faham, Addien. Aku faham. Aku menggagahkan diri untuk membalas pesanan mesejnya, dan berpura-pura seperti kata-katanya tidak meninggalkan kesan pun.

Amalia: Alright, thanks Addien. I will come to the office tomorrow to pick my stuff.

Kalau boleh aku tidak mahu datang ke syarikat lagi, tetapi aku ada tertinggal buku cerita kegemaran aku di pejabat.

Addien : If you can't come to the office without any negativity, just wait in front of the office. I will pack your stuff and give it to you outside the office.

Aku mengetap bibir aku menahan tangisan. Kenapa Addien begitu dingin? Kenapa sampai macam itu sekali dia nak buang aku, seolah-olah dia tak nak aku jejakkan kaki langsung dalam syarikat dia. After all this time, he only thinks of me as negativity? Sedangkan dia tahu aku tak bersalah dalam hal ini.

I don't know having anxiety and depression is a type of negativity, until I can't even step into the office and take my stuff. He treats me like I'm a virus. Trust me, the only person who said something harsh and negative is only Bianca, yet you back her up everytime. Weak!

Amalia: I won't say anything harsh, why did you say something like that?

Addien: I just want us to think before doing anything.

Seolah-olah selama ini aku tak berfikir sebelum buat apa-apa tindakan. Aku dah dua bulan fikir untuk berhenti kerja, Addien. Kenapa kau buat aku seolah-olah macam aku ini suka buat keputusan yang terburu-buru. Kenapa kau tak cakap semua ini dekat Bianca yang tak pernah fikir sebelum melontarkan kata-kata, sebelum mengekspresikan marah dia dengan cara tak matang? Kenapa kau tak cakap semua ini dekat Bianca yang berperangai tak matang, seolah-olah dia tak pernah berfikir seumur hidup dia. Kau cuma berani cakap pada aku semua benda ini, sebab aku muda, dan cuma pekerja kontrak. Tapi di hadapan Bianca kau pengecut.

Dasar, ketua paling lemah yang aku pernah nampak!

Aku membaling telefon pintar aku pada katil. Aku harap syarikat kau bankrap, lepas tu keluarga kau jatuh muflis!

******

2779 words. Kenapa tak ada orang komen bab iniii? Korang nampak bab ini takk?

Continua a leggere

Ti piacerΓ  anche

30K 289 2
kerana terlalu mencintai seorg lelaki
129K 13K 61
tak salah kan kalau kita pernah berdoa untuk tidur selama lamanya dan tidak melalui dunia kejam ni ? Highest Ranking: #2 in Adventure [ EDITING ] cov...
51.7K 4.4K 64
Adudu berjaya tangkap satu power sphera yang hebat untuk pisahkan 7 elemental ke dimensi yang lain. Solar terpaksa mencari pecahan nya ke dimensi...
8K 86 8
aku yang telah dibuang keluarga akibat kebodohku yang lalu. Pertemuan yang tak diduga menjadikan kebodohan itu kembali. Banyak permainan dan situasi...