I'M LOST

By violetfasha

2.6K 337 346

Mengisahkan tentang seorang fresh graduate dalam bidang IT, yang tinggal di negara kapitalisme, nepotisme. A... More

Mutiara Kata
PROLOG
BAB 1: Chasing That Dream
BAB 2
BAB 3: Software Angine
BAB 4
BAB 5: You Betray Me
BAB 6: First Downfall
BAB 7: I'm lost
BAB 8: Finding The Purpose of Life
BAB 9: You will be found
BAB 10: First Day
BAB 11: The feeling is weird
BAB 12: Love Bombing
BAB 13: Ask The Right Person
BAB 14 : KNIGHTS OF THE ROUND TABLE IN ACTION
BAB 15: When It Rain
BAB 16: When it Rained (part 2)
BAB 17: Just a Normal flu
BAB 18: Self Pity
BAB 19: First Lie
Bab 20: It's My Privacy
BAB 22: Humiliating in Public (part 2)
BAB 23 : Rezeki yang tidak disangka
Bab 24: Spread Hate
BAB 25 : I Resign
Bab 26: I resign (part 2)
BAB 27: You're Safe with Me
BAB 28 : A Silent Genocide
Bab 29: Dark Metaphor
BAB 30 : The plan
Bab 31 : Australia, Off We Go!
BAB 32 : Ate with no crumbs.
BAB 33: I Want it, I got it
BAB 34: Help, I'm still at the restaurant
BAB 35 : Still Sitting in the Corner I haunt

Bab 21: Humiliating in Public

52 9 6
By violetfasha

"Kak, kau datang kan? Kenapa tak balik rumah lagi?" Aniq merengek sekali lagi di dalam panggilan video. "Sampai hati, akak dah janji!"

"Aku datang esok." Aku hanya meletakkan telefon pintar aku di atas meja solek, bertentangan dengan almari baju bilik di rumah sewa aku. "Esok pagi akak balik rumah. Persembahan kau waktu malam. Ada banyak masa sebelum pertandingan itu bermula." Tangan aku masih lagi menelek pakaian dari dalam almari. Aku tiada baju untuk dipakai untuk majlis malam nanti.

"Kenapa tak balik malam ini aje?" Aniq tidak berpuas hati selagi aku tidak memberi jawapan. "Siapa nak jemput akak dekat stesen LRT? Aniq dah bertolak ke Lionel untuk penggambaran, dan temu duga backstage."

"Ibu dengan ayah ikut sekali ke?"

"Tak, ada pemandu ambil ibu dan ayah dari rumah, hantar dekat stadium."

"Oh tak apalah, nanti aku terus pergi stadium dari LRT dekat aje." Tenang aku memberitahu. "Kau nervous kan sebab ini pertandingan kau yang pertama semenjak kau debut jadi penyanyi."

"Yelahhh, pertandingan dibuat untuk pertama kali di Stadium Negara Lance. Lebih kurang 50 ribu orang tengok aku dekat stadium. Masuk televisyen siaran langsung pula itu. Aku satu-satunya penyanyi termuda yang bertanding dengan penyanyi veteran. Lebih kurang 33.57 juta populasi manusia tengok aku dekat televisyen. Kau faham tak kak?" Aniq meramas rambutnya sehingga serabai.

"You will be amazing. I believe in you. This is not a competition, it's a concert. Your concert. Just enjoy it." Tenang aku meyakinkan dia. "Dari kecil lagi, aku tahu kau gila, Aniq. But, why be ordinary when you can be crazy? Siapa aje yang nak jadi biasa-biasa dalam dunia ini?"

Aniq tergelak mendengar kata-kata aku.

"Kadang aku macam tak percaya kita membesar dalam rahim yang sama." Usik aku. "Aku tahu masa dalam perut ibu kau banyak makan tahi, sebab itu kau macam selenga, tapi tak sangka kau jadi penyanyi."

"Diamlah kak." Aniq mengacah mahu menumbuk aku dari dalam telefon. "By the way, kau bersiap nak pergi mana?"

Aku mengeluh perlahan. "Tuan James nak buat hari keluarga untuk bonding pekerja, tapi hari yang dia nak buat itu, semua pekerja tak nak datang. Addien dan Tuan Pascal pula outstation masih tarikh itu. Maka, tarikh ditukar. Hari keluarga digantikan dengan majlis makan malam, hari Jumaat pada hari ini."

Aku tersengih. "Jadi, tolong akak pilih baju yang sesuai untuk majlis makan malam terakhir." Aku menunjukkan dua helai baju di hadapan kamera. Gaun berwarna merah dan juga hitam.

"Makan malam ini dekat mana? Aku kena tahu dekat mana tempat dulu, baru boleh pilih baju yang sesuai."

Senyuman aku semakin lebar. "Kalau aku cakap dekat mana, mesti kau akan cakap aku perasan." Aku tergelak.

"Mana? Dekat tepi pantai? Dekat resort?"

Aku berdehem. "For your information, your sister is too lazy to call a restaurant. Aku bagi cadangan dekat Addien, untuk buat dekat Kapal Cruise Hykel. Dan dia setuju." Aku mengangkat-angkat kening aku dengan penuh lagak.

Jatuh terus rahang Aniq. "Amboiiii, majlis makan malam buat dekat cruise." Aku menyelak rambut aku dengan penuh gaya.

"Nak tahu tak apa yang membuatkan aku bangga?" Aku tersengih. "Lepas mesyuarat, Bianca terus datang meja aku dengan Kak Nana, lepas tu dia cakap, 'aku benci kau, tahun lepas aku cadang dekat Addien, mentah-mentah dia reject. Aku yang dah kerja lama pun tak pernah naik kapal Hykel. Tiba-tiba kau baru datang terus naik kapal dia."

"Peh, peh. Kau delulu lah kak." Aniq tergeleng kepala. "Entah-entah dia terima cadangan kau sebab masa memang dah suntuk, dan dah tak ada pilihan lain."

Aku mengangkat bahu. "Mungkin. Tapi aku rasa agak bangga sebab aku bagi cadangan itu, sekarang semua pekerja dapat merasa naik kapal cruise." Mata dikerdipkan dengan senyuman meleret. "Jadi, baju mana yang sesuai?" Aku mengangkat dua helai gaun tadi di hadapan Aniq. "I just want to highlight that I want to look nice and cute."

"Pfft." Kembang tekak Aniq yang mendengar. "Kau tak sesuai comel, kau nampak matang, gaya yang kau bawa sepatutnya elegan. Pakai gaun satin hitam itu."

"Tudung?"

"Rose gold."

"Kalau aku tak lawa siap kau Aniq."

"Kalau akak tak lawa, salah akaklah. Citarasa Aniq memang tinggi. Bukan semua muka boleh sesuai dengan citarasa Aniq." Dia menjelirkan lidah.

"Make up?"

"Smokey eyes, but make it simple. Don't put too much blusher, pinkish lipstick. Simplicity is elegance."

Aku tergelak. Sebab itu aku selalu minta cadangan daripada Aniq. Citarasa fesyen dia memang mantap.

******

Aku menghantar gambar aku yang lengkap bergaun hitam, bertudung Rose Gold, dengan wajah yang siap disolek kepada Aniq. Mesej ditaip laju. "Aku cantik, kan?" Bila tak ada teman lelaki halal, maka adik aku jadi mangsa melayan kerenah aku.

"Terima kasih." Balas Aniq ringkas.

"Apa yang terima kasih?"

"Kau puji diri sendiri, maksudnya kau puji aku. Kita kembar, muka kita sama, kak. Terima kasih puji Aniq cantik. But I don't need other people's opinions to tell me I'm pretty. My opinion is enough." Balasan mesej Aniq yang menjengkelkan buat aku menggolek mata meluat. Pantas aku menutup telefon pintar aku.

Beberapa orang pekerja sedang beratur di hadapan pintu masuk terminal untuk masuk ke dalam kapal persiaran yang tersergam indah di hadapan aku. Kak Nana sudah mengajak aku masuk, tetapi aku sudah memberitahunya aku mahu menunggu Angela dan rakan sekerja sebaya aku yang lain. Aku rindu ingin berborak dengan mereka. Mata aku melilau di hadapan kapal persiaran Hykel, mencari-cari kelibat Angela, untuk masuk bersama-samanya di terminal.

Sebuah kereta kodok berhenti tidak jauh dari tempat aku berdiri. Di dalam kereta tersebut, aku sudah nampak kelibat Angela, Aina, Liam dan Rafiq sebagai pemandu mereka hari itu. Geng hiking aku sudah sampai. Senyuman aku meleret.

"Yo, Amalia!" Liam menjerit dari jauh.

Aku melambai ke arah mereka berempat. Beberapa orang pekerja yang di bawah jagaan aku juga berkumpul untuk menyapa aku. Kebanyakan mereka sebaya aku, kerana itu aku mudah bergaul dengan mereka.

"Black gown, you slay it gurlll!" Angela berseloroh melihat gaun yang aku pakai. Mereka yang lain juga tergelak mendengar seloroh Angela. Angela memang ada bakat dalam menaikkan suasana. Sempoi sungguh, kerana itu kami semua senang berkawan bersama.

"Lama kau tak datang pelabuhan, Amalia. Setiap hari dengar kau minta laporan dalam grup aje. Kau apa cer? Okey ke kerja?" Rafiq pula menyapa aku.

"Okey je." Aku tersenyum. Walaupun suasana di pejabat sungguh menyesakkan dengan manusia toksik. "Dengar cerita orang itu kena hantar ke Korea untuk kerja dengan Daewoo."

"Fuyooo!" Serentak kami semua berbunyi. Pekerja lelaki yang lain sudah menepuk-nepuk belakang Rafiq bangga dengan pencapaiannya.

Jika Bianca mendengar bahasa kami, cara kami bergaul, pasti dia akan mengecam bahawa Gen Z ini tidak beradab dan suka bercakap dalam bahasa alien. Aku selalu juga dapat tempias kemarahan Bianca, kerana anak Bianca selalu bercakap dalam bahasa yang dia tidak fahami. Padahal aku hanya bercakap dengan Bianca dalam bahasa formal. Aku tidak mengerti mengapa Bianca selalu generalisasikan bahawa semua Gen Z itu tidak beradab. Kami tidak pernah bercakap dengan Bianca dalam bahasa rojak. Anak dia yang bermasalah, aku pula yang kena. Tidak hairanlah jika anak dia bermasalah, jika perangai Bianca pun begitu. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Dalam lingkungan kawan-kawan kerja yang sebaya dengan aku, jika kami berbual, kami tidak pernah berbual perkara lucah. Tidak ada yang menengking, atau bercakap belakang. Bianca dengan tidak tahu malunya bercakap perkara dalam 'bilik tidur' di hadapan pekerja lain dengan suara yang kuat, kemudian mengatakan kami Gen Z tidak beradab kerana tidak mahu mendengar dia bergurau tentang hal lucah. Aku rasa Bianca yang perlu bermuhasabah diri sebelum mengecam Gen Z tidak beradab.

"Jomlah masuk. Aku tunggu kau orang daripada tadi." Aku mengajak mereka semua untuk masuk ke pintu masuk kapal persiaran Hykel. Aku tersenyum bahagia, akhirnya aku dapat berbual dengan orang yang sebaya aku, yang ada mental yang lebih kurang aku, dan tidak ketinggalan zaman, dan kami juga tidak perlu menggunakan bahasa formal ketika bercakap. Sedikit perasaan lega timbul di dalam hati aku.

Sungguh terseksa apabila aku ialah satu-satunya junior dalam pejabat. Addien juga lebih kurang umur aku, tapi dia hampir mencecah umur 30 tahun. Aku perlu berhati-hati bercakap dengan Addien, sebab dia anak bos, mentaliti kami jauh beza, dan umur kami juga agak jauh berbeza. Agak sukar untuk aku menceritakan masalah aku kepadanya.

Addien bukan orang biasa yang mengalami dan memahami fasa yang sama seperti aku. Senang cerita, dia tidak ada latar belakang rakyat marhaen seperti aku. Maka, masalah kami berbeza. Masalah dia mungkin tayar Maserati pancit, masalah aku dalam LRT berhimpit sempit.

******

Bulan purnama menghiasi langit malam dengan cahaya perak, mencipta pemandangan yang sangat indah di atas lautan. Suasana di atas kapal persiaran Hykel tenang dan damai, dengan segala aktiviti yang diatur untuk majlis makan malam syarikat.

Di atas dek kapal yang mewah, meja-meja bulat tersusun rapi dihias dengan cahaya lilin yang lembut, mengelilingi kolam renang berbentuk segi empat tepat. Pekerja Syarikat Pascal berkumpul dalam pakaian mereka yang mewah. Sebahagian daripada mereka memakai gaun malam dan manakala yang lain berpakaian santai namun elegan. Masing-masing saling berbual dengan senyuman di wajah, menikmati momen makan malam yang 'pertama kali' dibuat oleh syarikat itu.

Aku nampak di tengah dewan, keluarga Addien berada di situ sedang beramah mesra dengan pekerja lain. Aku melihat dua orang adik beradiknya dari jauh. Seorang daripada mereka membelakangkan aku. Wajah adik perempuan Addien dan juga Addien seakan dicetak oleh mesin pencetak. Sungguh seiras. Baik hidung, bibir, bentuk wajah dan mata. Tapi ada sesuatu yang buat aku tidak sedap hati melihat adik perempuannya. Wajah adik perempuannya ada seiras dengan seseorang. Perut aku menggelodak kegelisahan. Aku menggelengkan kepala menyangkal fikiran yang cuba menakutkan aku.

Bunyi tepukan gemuruh menyentakkan aku dari lamunan. Tuan Pascal sudah bersedia di atas podium untuk memberikan sepatah dua kata.

"Selamat malam semua! Saya amat gembira kita semua boleh bersama-sama di sini malam ini, untuk meraikan program makan malam. Ini adalah bukti kerja keras semua pekerja kita. Alhamdulillah, walaupun syarikat tak ada untung, cukup makan sahaja, tapi kita masih boleh survive dalam keadaan ekonomi merudum." Bangga dia berkata di atas pentas.

Bianca dan Nana mula berbisik-bisik antara satu sama lain, tidak jauh dari tempat aku berdiri. Gerak mulut Bianca aku dapat baca, di mana dia berkata, 'Menipu, kedekut tak nak bagi pekerja bonus, lepas tu cakap tak ada untung. Kereta boleh pula tukar setahun sekali. Majlis makan malam ini pun bukan main liat nak dapat persetujuan dia. Menyampah aku.'

"Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pekerja saya, Bianca, Nana, Amalia, Addien, yang dah bertungkus lumus menyiapkan majlis makan malam ini untuk kita semua. Kita semua dah macam keluarga, Bianca dan Nana pun dah bertahun-tahun bekerja dengan syarikat Pascal."

Aku, Angela, Liam dan Rafiq saling memberi pandangan seolah-olah berkata, 'He screams toxic workplace when he says we are family.' Kalau benar kita keluarga, bagilah kami semua kapal persiaran seorang satu, macam kau bagi dekat anak kau.

Selaku generasi yang hidup dalam zaman teknologi maklumat, aku tidak dapat menafikan sejak dari universiti lagi kami telah didedahkan tentang tempat kerja toksik, keluarga toksik dan rakan toksik. Oleh itu, kami lebih cepat dalam mengesan perkara itu, dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Kami telah diberi pendedahan tentang apa yang perlu dibuat sekiranya perkara-perkara toksik itu berlaku. Sama ada membuat laporan pada pihak atasan, berhenti kerja, atau pergi psikiatri sekiranya kesihatan mental sudah merudum. Mungkin kami akan dituduh lemah kerana membuat langkah itu. Tapi kami peduli apa? Daripada kami menjadi toksik dan memberikan toksik itu kepada generasi seterusnya, ada baiknya kami melangkah pergi. Nasib baik aku lagi 2 minggu sahaja nak habis kontrak.

"Dalam majlis ini saya nak mengucapkan tahniah kepada anak kedua saya yang memenangi pertandingan 'Software Angine's Prodigy' ketika Hackathon beberapa bulan yang lepas. Beri tepukan gemuruh kepada anak saya, Amer Faiqal. Saya yakin dia akan membawa sistem daripada S.A untuk dibawa masuk ke dalam syarikat, dan akan mengembangkan syarikat Pascal ke persada dunia dengan sistem yang dibawa."

Jantung aku seakan berhenti berdegup mendengar nama yang berpuaka itu. Aku menggenggam penumbuk aku dengan rahang yang terketap. Amer naik ke atas pentas dengan muka bersahaja, melambaikan tangannya seolah-olah dia menang dengan hasil kerja kerasnya. Tolonglah dia kena sambar petir atas pentas itu. Kalau dia nampak aku dalam kalangan pekerja, mesti dia akan menghinakan aku lebih teruk, kerana aku bekerja di syarikat bapanya.

Memang satu keluarga dia perangai macam jembalang ke?

Mata aku berair kerana aku terlampau marah dan benci sebab aku tak mampu nak buat apa-apa di kala dia meninggikan diri di atas podium, dan aku masih di bawah pentas, makan gaji kuli. Aku rasa seperti dimainkan dengan satu keluarga dia. Amer ambil sistem aku dan bekerja di syarikat S.A dengan gaji setiap bulan boleh beli Ferrari. Manakala aku di sini bekerja keras untuk kayakan keluarga Amer dengan gaji 2 ribu sebulan, itu pun kontrak yang tak ada apa-apa faedah perubatan, pengangkutan dan pencen pun.

Aku cuba tukar bidang untuk melarikan diri daripada Amer, tapi akhirnya aku bekerja di syarikat bapa dia? Absurd! Aku tak sangka pelajar cemerlang seperti aku dimanipulasi oleh keluarga yang cuma tahu memanipulasi orang miskin yang terdesak mahukan duit. Aku tak boleh terima ditindas sebegini rupa.

"Amalia, kau okey?" Angela berbisik perlahan.

Nafas aku jadi tak teratur. Aku tak boleh bercakap dalam keadaan marah, pasti tangisan aku akan pecah. Aku terus mengundurkan diri ke belakang. "Pergi toilet sekejap." Pendek aku membalas dengan suara yang serak.

Aku tidak pergi ke tandas, tetapi pergi ke dek kapal tingkat dua, di mana tiada orang di situ melainkan kru kapal. Mata dilemparkan pada laut yang bergelora di malam hari, disimbahi cahaya perak bulan purnama.

Apa aku nak buat? Aku dah cukup serabut dengan Addien, dan juga rakan sekerja yang tikam belakang aku, bos yang kedekut, sekarang ini tiba-tiba Amer pula datang? Kenapa aku tak pernah siasat syarikat ini sebelum setuju untuk bekerja di sini dahulu? Aku serabut!

Arghhhh!

Aku menjerit geram tapi masih lagi dalam nada yang terkawal. Macam mana aku nak naik ke atas dan berhadapan dengan Tuan Pascal? Pasti Amer akan mengenali aku. Aku nak balik. Aku tak sepatutnya datang ke sini.

Senyap-senyap aku naik ke atas. Kebanyakan mereka sudah beratur di meja bufet untuk mengambil makanan. Aku juga menyibukkan diri berada di kelompok yang ramai, untuk melindungi diri daripada dilihat Amer. Aku mengambil pinggan di meja buffet kemudian menutup muka dengan pinggan itu, Amer sedang bercakap-cakap dengan ayahnya di hujung dek, memandang lautan yang luas.

Bahu aku tiba-tiba dicuit dari belakang. Angela mengangkat kening. "Kau kenapa?"

"Tak ada apa-apa." Aku menunduk, mencedok lasagna masuk ke dalam pinggan. Mata aku menangkap kambing golek di hujung meja bufet. Alamak, macam tak jadi nak balik awal.

"By the way, itu bukan kawan kau ke masa kita terjumpa pertama kali dekat hackathon S.A?" Angela menegur sekali lagi. Mulutnya dimuncungkan ke arah Amer di hujung sana.

"Shhh!" Aku menyuruh Angela merendahkan suara. "Kita orang tak kawan dah."

"Oh, sebab itu ke kau menyorok ini?"

"Angela, punca aku putus kawan dengan dia itu lebih complicated. Tolonglah. Jangan sebut lagi perihal aku dan Amer." Tangan aku laju sahaja mengambil makanan yang terhidang di meja bufet, setiap satu jenis. Sebentar nanti, aku mahu makan di tingkat bawah, berhadapan dengan laut. Aku perlu mengambil peluang merasa semua makanan ini, kerana bukan setiap hari bos nak belanja makan.

"Cepat ambil makanan, kita makan dekat tingkat bawah. Ajak Liam, Rafiq dengan Aina sekali. Aku tak nak sedut sama udara dengan Amer."

"Habis itu, selama ini kau sedut gas argon ke?"

Aku mengecilkan mata. "Aku nak pergi bawah, kau ikut nanti." Aku berjalan mendahului Angela ke meja bulat yang paling belakang. Pinggan yang dipenuhi makanan aku letak di atas meja, kemudian aku bergerak mengambil air pula.

Seketika, mata aku bertembung dengan Tuan Pascal. Aku mahu berpura-pura tidak nampak dia, tapi dia sudah tersenyum kemudian berjalan ke arah aku.

"Amalia!" Tuan Pascal sudah menyeru nama aku dari jauh, membuatkan ramai mata yang memandang. Aku sudah nampak Amer menoleh.

Oh tidak!

Apa yang patut aku buat sekarang? Patut ke aku berpura-pura pengsan?

"Dekat sini awak rupanya." Tuan Pascal semakin mendekati aku. Anak-anak dia yang lain juga sudah bergerak ke arah aku.

Aku terus terkaku di situ seketika aku bertemu empat mata dengan Amer yang tajam memandang aku. Nafas aku sudah tidak teratur.

Tuan Pascal tersenyum profesional memandang aku. "Addien said that you've done a good job. Everyone talks good things about you. I really wish you stay, sementara Amalia tak dapat kerja lain lagi. Addien cakap Amalia pandai buat video, design, and your computer skills are very good. Kerja Amalia semua siap cepat. It's very good to have young people in the company." Sungguh diplomatik dan lembut cara dia bercakap. Padanlah Addien cakap ayah dia ialah ayah yang terbaik.

Aku tersenyum memandang Tuan Pascal. Seketika, masalah aku dan Amer diketepikan. Aku perasan, dari jauh tadi aku sudah nampak bagaimana santun Tuan Pascal melayan Puan Prisca. Sungguh mesra, penuh dengan kasih.

Tangan Tuan Pascal, akan sentiasa memeluk pinggang isterinya walaupun ketika bercakap dengan pekerja lain. Sesekali bibirnya akan mencium sisi kepala isterinya. Dia tidak malu mengekspresikan perasaan cinta kepada isterinya walaupun di khalayak ramai. Aku juga nampak dia memanjakan anak perempuannya dan cara dia melayan anak perempuan sungguh berbeza dengan lelaki.

Mungkin, Tuan Pascal kedekut di mata pekerja, tapi dia malaikat di mata keluarganya. Dan aku faham kenapa Addien sangat menghormati bapanya. Hormat anak kepada bapa bergantung pada layanan bapa kepada ibunya.

Hati aku jadi lembut apabila aku dipujuk oleh Tuan Pascal sendiri untuk menyambung kontrak di syarikat Pascal. Aku rasa gembira kerana dapat pengiktirafan daripada bos sendiri.

"Ya, Amalia? I really hope that you can stay. Because everyone says that you've done a very good job." Tekan Tuan Pascal lagi.

Tanpa sedar aku mengangguk. "Yes sir." Begitu sahaja aku digula-gulakan.

Aku menahan tawa dan malu dalam masa yang sama ketika aku nampak Addien berdiri tidak jauh dari Tuan Pascal, dan dia sedang memeluk lengan Puan Prisca. Dari tempat aku berdiri aku dapat dengar Addien seperti kanak-kanak kecil menarik maknya ke arah aku, mengatakan, "Mama, itu Amalia. Ma, itu Amalia. Mama... Amalia..."

"Ya, Addien, mama nampak." Tekan Puan Prisca setelah Addien mengulang-ulang nama aku sampai tiga kali. Kerana ketika itu, Puan Prisca sedang berbual dengan Bianca yang tidak habis-habis mahu 'mengipas' Puan Prisca, supaya Puan Prisca suka kepadanya.

Aku menahan senyum. Hati aku sudah berbunga. Addien nampak bersungguh nak kenalkan mak dia dengan aku. Aku tidak tahu dia mahu memperkenalkan aku sebagai pekerja yang dia paling suka, atau sebagai bakal menantu.

Haisy, Amalia, jangan berangan!

Ingat Amalia, kau dah tak ada crush dekat dia. Addien bukan orangnya.

Kau sanggup ke nak masuk dalam keluarga yang paling dibenci dan diumpat oleh pekerja sebab Tuan Pascal seorang yang kedekut?

Kau sanggup ke nak ada adik ipar macam Amer, yang menyakitkan hati?

Kau nak ke ada suami macam Addien yang tak mampu nak berjuang untuk kau di kala kau ditengking, dimarahi dan dimalukan di hadapan khalayak ramai?

Kau nak ke ada mak mertua yang clingy dekat anak sulung lelaki dia, sampai semua keputusan yang Addien nak buat, kena dapatkan persetujuan mak dia?

Bawa bala. Patutlah Addien itu tak kahwin lagi. Kesian aku tengok Addien ini. Lembut macam mana pun keluarga dia berkomunikasi, I don't have any sense of belonging in their family. The upbringing is too different.

"Ini anak saya, Amer." Tuan Pascal memecah kesunyian apabila aku terdiam lama. Amer ditarik ke sisinya, lalu bahu Amer yang bidang itu ditepuk bangga. "Saya dengar Amalia graduan University of Lance juga, sama macam Amer. Tak pernah jumpa ke dekat universiti dulu?"

Aku pantas menggeleng. "Tak pernah. Universiti besar, tuan." Selamba aku menipu. Aku nampak Amer menggolekkan mata meluat.

"Saya nampak Amalia ada bakat dalam buat video, celik dalam bidang IT, mungkin boleh berkolaborasi dengan Amer untuk naik taraf sistem syarikat yang dah lama." Cadang Tuan Pascal. "Kami ini orang lama, tak tahu sangat pasal sistem zaman sekarang."

"Taklah, saya tahu asas je tuan. Rasanya anak tuan lagi pandai daripada saya. Yalah, sampai menang hackathon yang dianjurkan S.A, pasti geliga sungguh otak anak tuan." Sindir aku selamba dengan jelingan maut. "Tak akanlah dah menang hackathon tak boleh buat sistem untuk syarikat ayah sendiri, seorang diri, daripada mula. Lainlah kalau dia curi sistem orang, itu saya percayalah dia tak boleh buat daripada mula. Betul tak, Amer?" Berdas-das peluru aku hantar pada Amer, menusuk ke kalbu.

Itu pun kalau dia ada kalbu. Kalau spesis orang tak ada common sense, mungkin dia tak akan terasa lepas curi sistem orang.

Amer hanya tersenyum sinis dengan sindiran aku. "Ya, betul lah tu. Kalau dia hebat mesti dia tak kerja dekat syarikat ayah." Dia membalas sindiran aku. "Dengan gaji lagi murah dari tiket kapal terbang pergi dan balik Greenwood."

Berdesing telinga aku direndahkan sebegini rupa. Jarak bandar Lionel ke bandar Greenwood itu cuma satu jam jika menaiki kapal terbang, semata untuk menunjukkan betapa murahnya gaji aku di negara kapitalisme ini.

Ya Allah, tolonglah bagi kesedaran dekat manusia yang tak ada common sense ini. Sambar petir sikit sahaja, bagi otak Amer ini berfungsi sikit pun jadilah. Mungkin dia hilang ingatan, yang dia curi sistem aku beberapa bulan yang lepas, sampai aku terpaksa kerja dekat syarikat bapa dia yang kedekut tahi hidung masin.

Tuan Pascal seakan dapat merasai ketegangan antara aku dan Amer, sedangkan itu merupakan 'kali pertama' kami bersua muka. "Apa kata, kita semua makan dulu. Meja bufet pun dah tak ramai. Nanti kita borak lagi, Amalia." Dia terus bergerak ke arah isterinya untuk makan bersama. Sempat lagi Amer menjeling aku, sebelum mengekori bapanya.

Angela merapati aku dari tepi. "Jadi, masih nak balik awal?" Senyumannya meleret.

"Tak payah, Amer dah nampak aku. Dah terlambat semua itu. Lebih baik aku habiskan makanan malam ini. Aku nak makan hasil usaha aku, yang mengkayakan bapa dia, sampai dia boleh sara Amer jadi orang tak sedar diri." Bengang aku menarik kerusi di hadapan aku.

Angela hanya mampu menggelengkan kepala. Aina, Liam dan Rafiq juga menarik kerusi di meja bulat yang aku duduki untuk makan bersama.


******

3551 words. 

Continue Reading

You'll Also Like

83.4K 9.9K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...
230K 12.7K 44
Hi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. An...
17K 45 1
isteri digilir
139K 11.6K 38
Gamers. I wish to be one of them. And I want to meet her. Quinn Eden. Semoga kita akan berjumpa. (all the characters and Photos belong to their owne...