I'M LOST

By violetfasha

2.8K 337 346

Mengisahkan tentang seorang fresh graduate dalam bidang IT, yang tinggal di negara kapitalisme, nepotisme. A... More

Mutiara Kata
PROLOG
BAB 1: Chasing That Dream
BAB 2
BAB 3: Software Angine
BAB 4
BAB 5: You Betray Me
BAB 6: First Downfall
BAB 7: I'm lost
BAB 8: Finding The Purpose of Life
BAB 9: You will be found
BAB 10: First Day
BAB 11: The feeling is weird
BAB 12: Love Bombing
BAB 13: Ask The Right Person
BAB 14 : KNIGHTS OF THE ROUND TABLE IN ACTION
BAB 15: When It Rain
BAB 16: When it Rained (part 2)
BAB 17: Just a Normal flu
BAB 18: Self Pity
Bab 20: It's My Privacy
Bab 21: Humiliating in Public
BAB 22: Humiliating in Public (part 2)
BAB 23 : Rezeki yang tidak disangka
Bab 24: Spread Hate
BAB 25 : I Resign
Bab 26: I resign (part 2)
BAB 27: You're Safe with Me
BAB 28 : A Silent Genocide
Bab 29: Dark Metaphor
BAB 30 : The plan
Bab 31 : Australia, Off We Go!
BAB 32 : Ate with no crumbs.
BAB 33: I Want it, I got it
BAB 34: Help, I'm still at the restaurant
BAB 35 : Still Sitting in the Corner I haunt

BAB 19: First Lie

52 9 3
By violetfasha

"Amalia, can we talk for a second?" Tegur Addien setelah aku duduk di tempat kerja aku. "In my room." Dia tersenyum sekilas.

Aku hanya mengangguk, kemudian mengekorinya dari belakang. Dia duduk di kerusi besar miliknya. Dan aku hanya duduk berhadapan dengannya di meja kerja.

Tangan disatukan, kemudian dia memandang aku dengan wajah yang serius. "Your contract will be over in less than a month. Everyone wants you to stay, everyone talks good things about you in front of the boss." Nyatanya berhati-hati.

I doubt that everyone is saying good things about me. Not Bianca and Nana, I believe.

"And to be honest, I want you to stay, you do your work very fast, and it's very good. I already convinced my father for you to stay at our company." Tambahnya lagi. Aku perasan gaya dia bercakap sungguh berhati-hati seolah-olah ada berita yang aku akan tidak suka dengar sebentar nanti.

"But you know... because of Covid-19, the company is not doing well. We can't take you as permanent staff." Melihat perubahan di wajah aku, Addien mempercepatkan kata-katanya. "Dalam masa yang sama, kita ada dapat program daripada kerajaan. Kerajaan akan bayar gaji pekerja fresh graduate untuk kontrak selama 8 bulan, kalau syarikat bersetuju untuk ambil fresh graduate bekerja dan latih mereka. Bos nak Amalia sambung kontrak dengan masuk program ini. Sebab Amalia masih lagi fresh graduate."

Maksudnya bos nak pekerja percuma, sebab gaji aku kerajaan yang bayar, sebab itu dia suruh aku masuk program ini. Dan kenapa aku rasa kelakar bila dia babitkan Covid-19, sedangkan pandemik itu sudah 5 tahun berlalu.

Aku menekan belakang pen, dengan muka tidak beriak, melihat semua penipuan Addien. Walaupun aku tidak bercadang pun untuk sambung bekerja di syarikat ini, tapi aku rasa terkilan sebab Addien tergamak tipu aku dengan mengatakan syarikat tiada untung sebab Covid-19, padahal syarikat ini tetap boleh berjalan ketika Covid-19.

Covid-19 dah berzaman berlalu, dia boleh guna alasan ini untuk tipu aku. Syarikat ini pula syarikat kapal laut, tidak ada interaksi dengan orang awam pun sampai nak terjejas sebab Covid-19. Kau bukan jual air tepi jalan sampai pendapatan nak terjejas. Kebanyakan interaksi syarikat ini secara atas talian. Langsung tidak terjejas, bahkan bil elektrik dan bil air, bos dapat jimat kerana tiada sesiapa guna pejabat ketika Covid-19.

Syarikat tiada untung, tapi bulan depan mereka sekeluarga akan bercuti di Iceland.

Macam itu sahaja dia memperbodohkan aku. Mereka fikir Gen Z ini naif sangat sampai tak ada common knowledge, boleh tertipu dengan semua propaganda ini.

"But don't worry, the boss said he will add another 200 dollars as an increment. Now the deal is 2200 dollars, if you agree to be in that program." Nyatanya lembut. Dia tersenyum seolah-olah aku termakan dengan semua kata-katanya.

Sama sahaja tawarannya. Aku tetap pekerja kontrak, yang tiada caruman untuk berpencen, dan tidak dapat keistimewaan seperti pekerja tetap. Bos hanya membayar aku 200, itu nilai aku di mata dia. Selebihnya, kerajaan yang bayar. Dia cuma nak pekerja percuma. Nanti bila kontrak yang terbaru ini tamat, dia akan suruh aku masuk lagi program kerajaan, dan semua itu berulang sampai aku mati. Aku sudah nampak permainan dia.

"You can think first and tell me when you're ready. I heard that you don't get your driving licence, and your parents want you to work here until you get your driving licence. Because you only walk to the office, and it's easier for you to come. And I think you don't get another job yet. It's a good opportunity for you." Tenang sungguh dia berkata seolah-olah tiada apa berlaku. "Why not Amalia kerja sini dulu sampai dapat kerja lain?"

Aku hanya mendiamkan diri. I'm hurt, not because of the offer. But I can't believe a guy like Addien can lie in front of my face. Dan sekarang aku sudah tidak percaya sesiapa lagi di pejabat. Setahu aku, aku tidak pernah memberitahu Addien bahawa aku tiada lesen kereta, atau perihal ibu dan ayah aku suruh kerja di sini sampai dapat lesen. Bianca. Pasti dia, kerana dia pernah bertanya kepada aku perihal ini.

"Amalia ada apa-apa soalan?" Tanya Addien apabila aku membatukan diri. Aku rasa macam kena khianat.

"Tak ada." Aku tersenyum kelat.

"Okay, if you don't have anything. You can do your work."

Aku mengangguk sebelum keluar dari biliknya. Langkah dilajukan ke arah bilik air. Aku menutup pintu, sebelum aku menangis di dalamnya. Kenapa hati aku sakit? Sedangkan aku memang tidak mahu menyambung kontrak pun. Aku sakit, sebab aku tak sangka ia keluar dari mulut Addien. Dan dia tidak habis-habis menggunakan nama ayah dia untuk berselindung di sebalik penipuan itu, seolah-olah ayat itu bukan dari dia, tapi ayah dia.

****

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang, dan aku sudah berkira-kira untuk pulang. Beg sandang disilang pada tubuh. Seperti biasa, aku perlu menyapa senior dan Tuan James sebelum pulang ke rumah, jika tidak aku akan jadi bahan gosip sebab balik pukul 5 petang tepat setiap hari. Tuan James dan Addien yang bagi aku lampu hijau untuk balik tepat pada masanya. Tapi ada beberapa orang yang tidak suka.

Sejujurnya, itu yang aku suka pada Tuan James, dia berlembut dengan aku, tapi pada pekerja lain bukan main dia marah. Barangkali dia nampak aku jenis yang tidak suka membodek, dan suka buat kerja dengan aman.

Aku mengetuk pintu bilik Tuan James yang sememangnya terbuka luas. "Tuan James, saya balik dulu."

"Ya, Amalia. Pergi balik, dah pukul 5 ini. Saya pun nak balik." Ramah dia menyuruh aku balik.

Aku hanya mengangguk sebelum aku beredar ke bilik Bianca pula. Kalau aku tidak menyapa Bianca sebelum balik, pasti dia cakap belakang lagi, cakap aku junior sombong. Aku cuma layankan sahaja dia. "Bianca, saya balik dulu." Tegur aku perlahan.

"Yes, Amalia. Balik cepat-cepat nak buat apa? Sini berbual dengan saya dulu." Tiba-tiba pula dia mengajak aku. Bukan hari itu tidak suka?

Semenjak dia menengking aku, aku sudah tidak mahu rapat dengan dia, atau berbual perihal keluarga aku kepadanya lagi. Manusia, jika aku buat perkara yang memberi manfaat kepada dia, semua dia cakap baik, tapi bila sekali aku buat silap, sampai mati dia ungkit. Selepas kejadian itu, aku lebih berhati-hati agar tidak terlalu rapat dengan rakan sekerja.

Aku menggeleng. "Sorry Bianca, saya ada kerja nak buat dekat rumah. Tak sidai baju lagi." Selamba aku memberi alasan. Padahal rumah sewa aku ada dryer.

"Did Addien tell you about the offer?" Tanya Bianca seakan membisik.

Aku mengeluh kecil. Sudah tentu mereka sudah berbincang sesama mereka dahulu sebelum memberitahu aku.

"Dah, Bianca." Aku tersenyum kelat.

"How do you feel about the offer?" Tanya Bianca.

"Saya sakit hati. Sebab dia tipu. Dia cakap the company is not doing well because of Covid-19, so he can't take me as permanent staff." Aku jujur memberitahu dia. Sebab aku tahu, semua kata-kata aku kepada Bianca, akan disampaikan kepada Addien. Aku mahu Addien tahu yang dia sudah sakitkan hati aku. Bianca jenis yang tidak tahu menyimpan rahsia.

Bianca berdecit, "I already told him, Amalia will be pissed." Seolah-olah dia benar-benar kesal dengan perbuatan Addien. "Everyone knows the company is doing well. The project that you do with Addien, actually gives the company extra 200 thousands every month. We all worked hard on the project. Don't worry, Amalia. I'll fight for you. I'll fight for your increment."

"Thank you for your help." Aku menggelengkan kepala. "But it's okay. Saya memang tak pernah rancang nak stay dekat syarikat ini." Aku tersenyum. Benar aku maksudkannya. Aku tidak suka memaksa keadaan. Jika tidak dihargai, pergi sahajalah. Tidak perlu mengemis, sedangkan kita tahu, kita layak dapat yang lebih baik. Bos yang menghargai kita akan nampak apa yang kita buat untuk syarikat. Kalau dia tidak nampak, maksudnya aku di tempat yang salah.

"Jangan macam itu, jujur saya suka kerja Amalia. Amalia buat kerja laju. You contribute a lot to the company. The company needs some fresh ideas from generations like you." Bianca seakan memujuk. "Let me tell you, Addien is fighting for you in front of Pascal. We cannot force the boss to take you. Boss is very opportunist, kalau boleh dapat pekerja percuma, ambil ajelah. I understand why the boss does it like that. Addien tersepit antara ayah dia dengan Amalia. Apa yang Addien cakap dekat Amalia tadi, itu apa yang bos suruh Addien cakap. Dia cuma ikut arahan. But I know he didn't mean it that way."

"Tak apa, Bianca. I don't want people to fight for me for something that does not belong to mine. If I have to fight for something, it means it is not mine in the first place." Aku menarik senyum. Setelah aku memerhatikan hidup aku, aku sedar apa yang milik aku, tidak perlu dipaksa. Ia akan datang sendiri. Jika dipaksa, ia akan jadi lebih teruk.

"Janganlah menyerah kalah, Bianca fight for you when the boss comes tomorrow." Semangat Bianca berkata.

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Why do people want me to stay real bad? Oh, so people can be bootlickers while I do all their work? Bianca pula tiba-tiba baik dengan aku seperti ada makna tersirat.

Setelah perbualan kami tamat, aku mengundurkan diri untuk pulang ke rumah. Pintu lif ditekan. Kebetulan, Addien keluar dari lif tersebut.

"Hai, Amalia. Nak balik dah?" Sapanya dengan senyuman ceria.

Hati aku terluka setiap kali melihat Addien tersenyum. Kadang aku juga keliru, adakah dia benar-benar baik, atau dia baik sebab politik semata? Aku dah hilang kepercayaan pada Addien. Aku tahu dia baik, aku tahu dia berjuang untuk aku di hadapan bos. Dari dulu lagi Bianca sudah memberitahu bahawa Addien selalu bercakap tentang aku di hadapan ayahnya, supaya aku diserap masuk sebagai pekerja tetap.

Tapi, perlu ke bagi alasan syarikat tak ada untung sebab Covid-19. Mahu menipu, tolonglah bagi alasan yang relevan. Bila mengenangkan perihal itu, aku jadi malas mahu bergaul lebih rapat dengan dia. Aku rasa sia-sia solat istikharah aku, beria aku minta Addien jadi jodoh aku. Di saat aku menyebut namanya dalam doa, maksudnya aku tidak main-main bila aku minta kepada Tuhan aku mahu Addien sebagai suami aku.

But, never mind. No thanks. I already got the answer for my istikharah. Thank you Allah, for showing a very clear answer, for this stupid servant, who falls in love only because a guy is nice to me and makes me a green tea once in a while, and sends me home with his mom's Maserati. I feel really stupid for having a crush on him, without knowing everything he has actually belongs to his parents. Even his voice belongs to his father. He doesn't have a right to speak his opinions.

He's a papa boy. He doesn't have opinions. No wonder he is Slytherin. Acap kali dia berkata, 'sir said, madam said,' seolah-olah Draco Malfoy cakap, 'My father will know about this.'

"Ya, nak balik dah." Aku menarik senyuman Made in China.

"Jom, saya hantar Amalia balik. Kunci saya tertinggal atas meja. Saya ambil sekejap." Pelawa Addien.

Aku menggeleng tidak mahu. "Tak apa, hari ini saya nak jalan kaki."

"Are you sure?" Tanya Addien sekali lagi. "Dah nak hujan ni."

"Ya, saya suka hujan." Aku harus bertindak rasional dengan menjarakkan diri daripada Addien. Sekarang baru aku sedar kenapa orang selalu menasihatkan supaya jangan jatuh cinta dengan rakan sekerja, lagi-lagi dengan anak bos.

There will be conflict of interest, no professionalism. I'm out of this stupid love. Office romance is so not professional.

Aku pantas masuk ke dalam lif. Dengan senyuman, aku menekan butang untuk menutup pintu lif. Mata aku dan Addien bersabung tenung, sebelum renungan kami diputuskan oleh pintu lif yang tertutup.

Keluhan berat aku lepaskan. Bahu aku mengendur, dan pandangan aku jatuh pada kasut aku yang lusuh.

Ting! Secara tiba-tiba pintu lif terbuka sekali lagi.

Mata aku membulat besar, dan kepala aku terus terdongak memandang insan yang berada di hadapan lif. Addien masih berada di situ.

Aku memandang butang pada dinding lif. Aku lupa nak tekan butang ke tingkat G tadi, dan akhirnya pintu lif tidak bergerak.

"Hai, Addien." Aku menarik senyuman pura-pura aku.

"I'm sorry Amalia." Dia juga tersenyum. "Saya lupa nak bagitahu Amalia. Boleh ke Amalia tukar semua akaun yang Amalia buat untuk Pascal, kepada email syarikat? By right, the Lit Workers' account is supposed to belong to the company. So, you shouldn't use your personal email. Can you change it by tomorrow? I want to have full access to the account. Especially the Workers Lit account. I want every account that you handle to change it with the company's email. Give me your password also."

Jantung aku seakan berhenti berdetak. Air mata aku bergenang. Perlahan-lahan aku menarik senyum aku. "Okay. Anything you want." Kepala mengangguk dengan bibir diketap menahan tangisan.

"Good." Dia tersenyum seakan tiada apa berlaku. "Amalia dah boleh balik." Dia menutup semula pintu lif, meninggalkan aku bersendirian dalam lif yang kosong.

Aku pantas menekan butang ke tingkat G. Air mata yang aku tahan perlahan-lahan menitik. Akaun Workers Lit tersebut memang aku langgan pakai akaun personal aku asalnya. Tapi aku gunakan akaun tersebut untuk memudahkan kerja aku. Aku tak pernah pun berniat untuk buat akaun untuk syarikat. Tiba-tiba Addien nak ambil akaun aku dengan begitu mudah. Tak apalah Addien, ambil lah akaun itu. Aku malas nak bergaduh. Nasib baik aku cuma langgan yang versi percuma. Nasib baik juga dia tidak tahu bahawa aku yang mencipta aplikasi itu.

Kau siap, lepas aku berhenti kerja, aku buang aplikasi itu dari playstore. Atau tukar semuanya kepada berbayar. There will be no free version after 6 months.

He just made it clear, he wants me out of the company. He knows I'm going to leave the company, so he makes sure every account that I handle belongs to the company. Just like that, he takes everything.

Aku mengesat air mata aku rakus, di dalam lif. Aku terseksa mahu berpura-pura bahagia dan positif di hadapan Addien. Addien tidak suka perkara yang negatif, orang yang terlebih emosi, dan orang yang sedih. Kalau boleh setiap hari Addien mahu dikelilingi dengan sesuatu yang positif. Dia tidak mengiktiraf perasaan negatif. Aku ini pula perempuan yang bergenre melodrama dengan hormon yang turun naik. Mahu berpura-pura positif itu sukar. Kalau aku tidak menunjukkan wajah bahagia, pasti Addien akan berleter kepada aku tentang 'self pity'. Which is more annoying than being sad.

Kalau boleh semua perkara negatif dia nak suruh aku move on, semudah itu.


******

2338 words 

Continue Reading

You'll Also Like

17.4K 1.2K 33
Tahun 2020 (Covid-19 xder dalam ni faham) 7 elemental sedang melakukan perkara yang biasa mereka lakukan tetapi pada suatu hari telah berlakunya per...
51.7K 4.4K 64
Adudu berjaya tangkap satu power sphera yang hebat untuk pisahkan 7 elemental ke dimensi yang lain. Solar terpaksa mencari pecahan nya ke dimensi...
138K 3.8K 200
Lanjutan "Beruang Salju". *note : Jilid kelipatan 5 di cinkeng ini cayhe private, hanya follower yg dpt membacanya. Kamsia
1.1K 58 18
Baca la kalau nk Ini kisah BoBoiBoy dengan abang dia iaitu Elemental(iye la kan tak kan sape lagi) Buku cover bukan milik saya. Saya main ambik je...