I'M LOST

By violetfasha

2.8K 337 346

Mengisahkan tentang seorang fresh graduate dalam bidang IT, yang tinggal di negara kapitalisme, nepotisme. A... More

Mutiara Kata
PROLOG
BAB 1: Chasing That Dream
BAB 2
BAB 3: Software Angine
BAB 4
BAB 5: You Betray Me
BAB 6: First Downfall
BAB 7: I'm lost
BAB 8: Finding The Purpose of Life
BAB 9: You will be found
BAB 10: First Day
BAB 11: The feeling is weird
BAB 12: Love Bombing
BAB 13: Ask The Right Person
BAB 14 : KNIGHTS OF THE ROUND TABLE IN ACTION
BAB 15: When It Rain
BAB 16: When it Rained (part 2)
BAB 17: Just a Normal flu
BAB 19: First Lie
Bab 20: It's My Privacy
Bab 21: Humiliating in Public
BAB 22: Humiliating in Public (part 2)
BAB 23 : Rezeki yang tidak disangka
Bab 24: Spread Hate
BAB 25 : I Resign
Bab 26: I resign (part 2)
BAB 27: You're Safe with Me
BAB 28 : A Silent Genocide
Bab 29: Dark Metaphor
BAB 30 : The plan
Bab 31 : Australia, Off We Go!
BAB 32 : Ate with no crumbs.
BAB 33: I Want it, I got it
BAB 34: Help, I'm still at the restaurant
BAB 35 : Still Sitting in the Corner I haunt

BAB 18: Self Pity

55 7 8
By violetfasha

"Are you okay, Amalia?" Tanya Addien dari pantri. Ketika itu ofis masih lagi kosong. Addien datang agak awal, dan membuka pintu pejabat.

Kebanyakan pekerja masih belum datang, kerana mereka senior. Sekiranya senior datang lambat, tiada sesiapa boleh pertikaikan, walaupun mereka yang pegang kunci pejabat. Dan junior yang datang awal perlu menunggu kadang-kadang sampai satu jam, hanya kerana aku satu-satunya junior. Waktu pejabat bermula pukul 9 pagi, dan seringkali pekerja lain datang pada pukul 9.30 pagi, kadang-kadang mencecah 10 pagi jika bos tidak datang.

Bila junior terlewat datang ke pejabat 5 minit, walaupun pintu pejabat tidak dibuka kerana yang memegang kunci ialah senior. Aku tetap akan jadi bahan gosip antara senior yang lain. Aku sudah maklum perihal ini. Senang cerita, semua orang ada kunci pejabat kecuali aku. Kerana aku junior. Aku benci budaya senior dan junior. Tidak bolehkah kalau aku menghormati seseorang semata kerana dia ada nilai yang baik, bukan semata kerana dia tua?

"Amalia, okay?" Dia bertanya dengan nada yang lembut. Barangkali perasan tingkah aku yang agak dingin. Ketika aku masuk ke pejabat, aku senyum ketika terserempak dengan dia, tanda profesional. Tidak sangka, dia perasaan senyuman penuh kepuraan aku.

Aku hanya memencilkan diri di ruang kerja aku. Muka aku ditutup dengan penghadang meja. Addien hanya nampak dahi aku sahaja di kala ini. Ibu jari diangkat menunjukkan tanda 'okey'.

"Dah makan?" Addien bertanya sekali lagi.

Aku tidak menyahut kemudian mengangkat ibu jari lagi. Semenjak apa yang berlaku semalam, aku sudah malas mahu melayan Addien. Sudah hilang hormat aku terhadap Addien.

Aku dapat dengar dia mengeluh kecil. Dia membawa air kopi yang baru dibuat ke ruang kerja pekerja yang kosong, beberapa petak jauh dari aku.

"You know, Amalia, sir said, bila senior marah kita walaupun kita tak buat salah, just admit it, and move on. Tak payah self pity."

Aku tercengang mendengar kata-katanya. Nasib baik muka aku dihadang dengan pemisah antara meja kerja. Aku diam sahaja, dia boleh tuduh aku self pity? Aku malas mahu melihat muka Addien di kala ini. Dia tuduh aku self pity? Ingat senang ke nak maafkan orang yang memalukan kita depan khalayak ramai, padahal salah itu bukan aku yang buat, dan aku hanya mengikut arahan.

Aku ingat lagi semalam, Bianca tiba-tiba menghempas fail di hadapan aku, ketika mesyuarat. Di hadapan Tuan James, Addien, Kak Nana dan beberapa jurutera senior dari limbungan kapal. Depan semua orang dia marah aku mengatakan kerja yang aku buat salah. Sebelum ini aku hantar kerja yang sama, dia kata okey sahaja. Sebelum ini boleh sahaja dia memberitahu aku baik-baik. Padahal aku cuma tolong dia sahaja, semata berlaku ihsan, itu bukan tugas aku pun. Orang dah bagi betis nak peha.

Aku tahu dia cuma nak melampiaskan marah aku. Padahal apa yang berlaku bukan salah aku. Aku baru kerja, dan hanya mengikut arahan senior. Aku kerja dengan Kak Nana dan Addien, sudah tentulah aku mengikut arahan mereka berdua. Manalah aku tahu Bianca takut sangat mati.

"Sir said, dekat mana-mana pun ada aje orang yang toksik, walaupun kita tak buat apa-apa. Bila ada masalah, just admit it, say that you're sorry, and fix the problem. Just as simple as that. Semua orang kena benda yang sama. Even the boss. Sebelum dia jadi bos pun dia banyak kena marah dengan senior. But just move on. Tak perlulah nak self pity."

Addien membebel pada aku pasal self pity hampir 15 minit, dan aku hanya buat acuh tak acuh, sambil tangan menekan kekunci komputer, melakukan kerja aku. Aku perasan satu perkara tentang Addien, sekiranya dia hendak bercakap apa-apa, pasti akan dimulakan dengan perkataan, 'sir said', seolah-olah Addien tak ada pendapat sendiri, semua benda perlu guna nama mak ayah, atau berlindung dengan pangkat mak ayah dia. Ia sungguh menjengkelkan.

Dia sudah bercakap mengenai pengalaman ayahnya, pengalaman dia tentang budaya toksik di syarikat, dan suruh aku go with the flow. Hanya disebabkan semua orang kena benda yang sama, that doesn't mean that I have to go through the same thing.

Why does this guy want me to normalise toxic culture just because everybody goes through the same toxic? You guys realise it's wrong, but you guys just normalise it, and just let the cycle repeat, with no effort to change it whatsoever. This is so sickening.

Bunyi pintu pejabat dikuak menghentikan Addien dari berleter pasal self pity. Bianca masuk ke dalam ofis kemudian menghempas pintu dengan kuat seolah-olah menunjuk perasaan sebelum masuk ke biliknya.

Addien dan aku masing-masing terkedu.

Have you ever seen a baby with the age of 49? Is she cute? No, her behaviour is disgusting, and immature.

Sudahlah datang lambat, lepas itu nak hempas pintu. Tak tahu malu. Okey, sekarang siapa yang self pity? You want me to move on, but have you ever said to Bianca to move on? Some people just keep making it an issue and drag the problem even though it is not related to the situation.

Itu ke senior yang kau nak aku minta maaf? Aku kalau bergaduh dengan mak aku, tak pernah sampai hempas pintu macam budak-budak kecil, tidak matang.

"Tak apa, lama-lama nanti dia okey." Tambah Addien.

Sejurus selepas itu, Bianca keluar dari biliknya. Dengan wajah yang masam mencuka, dia masuk ke dalam tandas, lalu menghempas pintu tandas sekali lagi, seolah-olah sengaja nak bagi aku dan Addien dengar.

Aku menggolekkan mata tanda menyampah. Syarikat ini bapak kau punya, Addien, dan kau langsung tak ada keberanian nak tegur perangai dia, hanya kerana dia senior. Tapi kau boleh tegur aku sebab aku junior dan aku muda. Oh, mungkin aku nampak macam pushover. Atau sebenarnya kau yang pushover, Addien. Ini ke bakal peneraju yang akan menggantikan bos? Lemah.

*****

Aku nampak Bianca dan Nana sudah mula berbaik-baik, siap boleh tertawa bersama. Aku hanya mengabaikan. Tapi setiap pagi, Bianca akan melayan aku dingin, kemudian menghempas pintu setiap kali dia nampak aku. Aku tidak pasti kenapa ia salah aku? Sedangkan punca masalah itu datang daripada Nana, tapi dia boleh buat baik dengan Nana, tapi bukan dengan aku. Dia tahu aku cuma pekerja baru, yang hanya mengikut arahan. Tak akan dah 20 tahun lebih kerja pun tak boleh fikir?

Semua yang bermula dengan marah, akan berakhir dengan malu.

Lama-lama dia akan malu sendiri dengan perangai kebudak-budakan dia, di mana aku tidak ambil kisah langsung. Dia nak aku hormat dia, tapi dia tunjuk perangai tantrum budak umur 3 tahun.

Aku mengeluh melihat kerja aku yang sudah siap. Sebenarnya bukan kerja aku, tapi Bianca sesuka hati sahaja pas kerja dia pada aku. Walaupun aku sepatutnya bertugas di bawah Addien dan Nana sahaja. Menjengkelkan. Aku membawa fail tersebut ke bilik Bianca.

Pintu diketuk. "Hai Bianca, ini fail yang Bianca minta. Saya dah siapkan."

Dia hanya mengangguk, langsung tidak memandang aku dengan riak acuh tidak acuh. Aku hanya meletakkan fail di atas meja dia.

Aku hanya melayan dia secara professional. Sejak pertama kali aku menjejakkan kaki di dalam syarikat ini, aku tidak pernah menganggap rakan sekerja sebagai keluarga. Bianca yang selalu melanggar sempadan itu. Bila aku tidak mahu dengar cakap dia, mulalah ungkit pasal 'kita keluarga'.

Addien pun tidak pernah mengatakan pekerja sebagai keluarga kepada aku. Dia tahu batas. Aku rasa dia pun tidak mahu ada keluarga dengan orang bawahan. Sudah tentulah, dia anak bos. Tapi bila Bianca asyik paksa mereka keluarga, Addien terpaksa mengeyakan sahaja.

"Amalia, come sit here." Pelawa Bianca tiba-tiba.

Aku hanya menurut, entah apa lagi yang perempuan ini mahu.

"I apologise, I lost my cool the other day." Pintanya tiba-tiba. Suaranya bergetar, seolah-olah dia tidak mahu mengungkapkan kata-kata itu. Seolah-olah dia dipaksa untuk minta maaf.

Kening aku terangkat tinggi. Trust me, you're not only losing your cool, you lose your respect too. Aku fikir orang yang sudah bekerja lama lebih matang dan boleh selesaikan masalah dengan lebih profesional, tapi sangkaan aku meleset. Mungkin dia terlalu melampau dalam menganggap kita keluarga sehingga boleh melampaui batas pergaulan.

"But you're wrong too." Tambah Bianca lagi.

Aku dah agak penambahan ayat itu. Perempuan ego macam dia mana mahu mengaku salah. Aku tidak nampak keikhlasan dari kata-katanya.

"Okey." Kemudian aku tersenyum, sudah mahu mengangkat punggung untuk melakukan kerja aku. This discussion is so unproductive. Kalau dia mahu meminta maaf dengan cara begini, aku pun tidak ingin. Nafas aku sekali lagi jadi sesak.

"Where are you going, I haven't finished talking." Tengkingnya tiba-tiba. "Amalia tak sepatutnya sorokkan masalah daripada pihak pengurusan."

"Saya tak sorokkan apa-apa pun. Bianca orang pertama yang saya beritahu. Saya ingat semua orang dah tahu. Sebab Addien dengan Nana pun dah tahu." Aku membela diri aku. "Fakta yang saya tak sorokkan apa-apa daripada Bianca. You're mad because you just felt left out when everybody knows what you don't know. You think everyone is against you. You feel that you're entitled to know everything." Aku cuba sedaya upaya untuk bersuara walaupun dawai berduri imaginasi itu, sekali lagi membalut tekak aku. Sehingga suara aku kedengaran serak.

"No!" Terjegil mata Bianca mendengar bidasan aku. Dia menghempas meja, tercabar dengan kata-kata aku. "I'm mad because what you do is not ethical. Macam mana manusia yang waras boleh rahsiakan perkara yang rakan sekerja ada yang terkena Covid-19? I care about everyone, that's why I'm mad. Semua yang dekat dalam ofis ini ada keluarga, ada anak, you don't care about everyone. Macam mana kalau kita semua terjangkit. Ini perihal nyawa. If I was you, the first thing I would do is tell the management, and tell other people. If you were in my place, how would you feel?"

'If' is not an argument. 'If' won't make you look empathetic. If you ask me what I feel, to be honest I don't feel anything. You cannot force people to feel what you feel. Everybody has their own priority in life. You can only tell people what you feel, and if people really care, maybe they will take precautions of what hurts you and what makes you happy. But, Bianca is not my priority.

Kalau aku cuba nak faham pun, aku tak akan faham. Tak semua orang kisah pasal benda yang sama. Tak semua orang takut benda yang sama. Aku dibesarkan dengan cara yang berbeza yang ada kepentingan yang berbeza, dengan tujuan hidup yang berbeza. Agama aku dan Bianca juga berbeza. Aku tak pernah dididik untuk takut dengan Covid-19. Realitinya kita tak boleh paksa orang rasa apa yang orang lain rasa atas dasar empati pun. Kalau setakat rasa, tapi tiada apa yang boleh dibantu, aku rasa tidak perlu pun perasaan itu. Hatta orang yang tidak berperasaan pun boleh bantu tanpa ada sekelumit perasaan.

Aku menarik nafas dalam cuba menenangkan jantung yang berdetak kuat. Aku tidak suka situasi ini berlaku. "Everyone has vaccines. Sudah 5 tahun pandemik berlalu. Covid-19 is considered as a normal flu. Your reaction is too much." Aku membalasnya dengan fakta. "Everyone already knew Sir Fahd has mild covid-19, but they just chill. You're the one who reacts too much. Seolah-olah macam kami ini semua tak fikir pasal keluarga. I know you're just mad because Nana told me to not tell everyone, but I still tell you. Now I understand why, just look at your reaction." Aku cuba membalasnya tenang.

Aku tidak mahu dia fikir aku muda dan baru bekerja, maka dia boleh sesuka hati membuat perkara yang tidak profesional kepada aku.

"You know Amalia, I'm here to make peace with you because we are working together. You have no respect towards your seniors." Matanya tajam memandang aku. "You don't overpower me!"

Tiba-tiba pula nak mengungkit dia senior, aku junior.

Ladies and gentlemen, this is what 20 years of experience taught you. A Bianca.

Bunyikan drum!

Yup, Bianca.

Aku mengangguk seolah-olah menyerah kalah untuk berdebat dengan orang yang hanya mengikut emosi. "My mistakes. I'm sorry. I understand the tragedy that had happened during the pandemic. As much as everyone moves on, I wish you can move on too. The pandemic passed 5 years ago. You can be worried, but you can't force other people to worry like you. I can only understand your concern, but you don't shove your trauma onto other people. If you want to wear a mask, go ahead. You don't have to act lunatic. Be matured, Bianca."

Hidungnya kembang kempis apabila aku menyuruhnya untuk jadi matang. Dia menghentam meja lagi.

Aku terus keluar dari biliknya. Aku sudah tidak tahan. Nafas aku terlalu sesak. Aku risau anxiety aku semakin teruk jika aku berlamaan duduk dengan Bianca. Aku tak suka nak memanjangkan pergaduhan yang tidak memberi manfaat. Tentang siapa betul dan siapa salah. Benda dah berlaku, fokus solusi sahajalah.

The dog is dead, what do you want me to do? Cry? If you want me to apologize, I already did. But that's all. Now Bianca is the one who needs to do her part, overcoming her trauma of Covid-19. I can only do my part. Why does she want to torment other people when we cannot feel what she feels? I don't understand her victim mentality.

Aku tak suka betul dengan orang yang tak boleh move on, lepas itu buang trauma dan insecurity dia dekat orang lain. Aku pun ada trauma aku sendiri, tapi tak ada pun aku nak menjerit dekat orang yang tak ada kaitan dengan trauma aku. Tak akanlah setiap kali anxiety aku datang, aku tak tahu nak kawal diri lepas tu menjerit macam Bianca? Aku yang baru setahun jagung ini pun tahu mengawal diri sendiri.

Ini nak paksa orang rasa apa yang dia rasa. Kemudian, natijahnya apa?

'Oh saya dah rasa apa yang awak rasa, tapi solusi tak ada. Ayuhlah kita mati bersama-sama. Asalkan awak dah rasa apa yang saya rasa, itu sudah memadai.'

The first step to help people is not to feel, but enough to see. Trust me, I can help people without feeling anything. My mind is solution oriented, not panic oriented. Dengar orang dapat Covid-19 terus melenting, lepas itu layan orang lain macam virus. So not professional. The first step during an emergency is not to panic.

Of course the second thing to do is telling other people they have Covid-19. And I told her, with no intention to hide anything. Because I really thought everyone in the office already knew.

And then suddenly there is Bianca, 'You need to feel what I feel!' Self centered sungguh.

Sejurus selepas aku keluar, aku mencemik. Malas aku mahu melayan. Perangai tidak matang. Aku yang baru pertama kali bekerja pun tidak ada merentan macam orang gila, siap boleh hempas-hempas pintu depan bos. Tidak professional sungguh.

Aku tahu akibat daripada perbuatan aku. Aku akan jadi bahan gosip sekali lagi oleh senior. Somebody must stop the toxic cycle. Wrong is wrong even if you're a senior with a thousand years of experience. People who always talk behind, are already behind. I don't want to give a damn anymore.

Biarlah, aku lagi sebulan sahaja lagi sebelum kontrak tamat. Lepas itu, aku mahu beredar. Tak ada orang normal yang mahu bekerja di syarikat ini dalam keadaan tiada kenaikan pangkat, gaji, mahupun bonus, dalam keadaan semua bidang aku kena buat kerja.

Keesokan hari, aku cuma melayaninya seperti biasa. Menyapa dia setiap pagi dengan senyuman yang dibuat ceria, walaupun aku tidak mahu. Bianca ada juga berbahasa basi dengan aku. Nampaknya semua sudah kembali kepada asal, tapi aku tahu dia masih marah. Aku tidak peduli dengan semua itu, dan hanya membuat kerja aku. Bukan tugas aku untuk menjaga perasaan orang lain. I am not paid enough to handle her immature behavior.

*****

2524 words 

Continue Reading

You'll Also Like

51.7K 4.4K 64
Adudu berjaya tangkap satu power sphera yang hebat untuk pisahkan 7 elemental ke dimensi yang lain. Solar terpaksa mencari pecahan nya ke dimensi...
1.1K 58 18
Baca la kalau nk Ini kisah BoBoiBoy dengan abang dia iaitu Elemental(iye la kan tak kan sape lagi) Buku cover bukan milik saya. Saya main ambik je...
138K 3.8K 200
Lanjutan "Beruang Salju". *note : Jilid kelipatan 5 di cinkeng ini cayhe private, hanya follower yg dpt membacanya. Kamsia
198K 483 3
Reen merupakan sepupu dan pasangan seksku...