I'M LOST

Oleh violetfasha

2.8K 337 346

Mengisahkan tentang seorang fresh graduate dalam bidang IT, yang tinggal di negara kapitalisme, nepotisme. A... Lebih Banyak

Mutiara Kata
PROLOG
BAB 1: Chasing That Dream
BAB 2
BAB 3: Software Angine
BAB 4
BAB 5: You Betray Me
BAB 6: First Downfall
BAB 7: I'm lost
BAB 8: Finding The Purpose of Life
BAB 9: You will be found
BAB 10: First Day
BAB 11: The feeling is weird
BAB 12: Love Bombing
BAB 13: Ask The Right Person
BAB 14 : KNIGHTS OF THE ROUND TABLE IN ACTION
BAB 15: When It Rain
BAB 17: Just a Normal flu
BAB 18: Self Pity
BAB 19: First Lie
Bab 20: It's My Privacy
Bab 21: Humiliating in Public
BAB 22: Humiliating in Public (part 2)
BAB 23 : Rezeki yang tidak disangka
Bab 24: Spread Hate
BAB 25 : I Resign
Bab 26: I resign (part 2)
BAB 27: You're Safe with Me
BAB 28 : A Silent Genocide
Bab 29: Dark Metaphor
BAB 30 : The plan
Bab 31 : Australia, Off We Go!
BAB 32 : Ate with no crumbs.
BAB 33: I Want it, I got it
BAB 34: Help, I'm still at the restaurant
BAB 35 : Still Sitting in the Corner I haunt

BAB 16: When it Rained (part 2)

50 7 1
Oleh violetfasha

Pintu pejabat terbuka dari luar. Kak Nana masuk ke dalam pejabat. Seperti jangkaan aku, dia masuk ke pejabat semula pukul 4 petang. Masa dia datang ofis lambat, masuk kerja lepas makan tengahari lambat, tak ada pula aku jadi batu api pergi lapor pada Tuan James. Aku menggolek mata menyampah. Malas aku nak melayan Kak Nana lagi. Kak Nana boleh sahaja tegur aku secara berdepan, sedangkan meja dia cuma berada di hadapan aku.

If you have a problem with me, talk to me. Not talk to other people. The one who needs to change is me, not other people. Why be such a coward and talk bad behind my back?

If I never talk behind people's back, never care about other people's bad attitude, and I only focus on getting the job done, and go home. Why do people still want to bother me? I don't understand such people.

Why are women in this company so problematic? When dealing with guys are so simple. Addien likes me, he likes my work, and he said good things about me. Addien is my superior, I work under Addien, and then suddenly people who never work with me, unrelated to me, say stuff about me, when they know nothing about me.

"Tuan James dah masuk ofis?" Tanya Kak Nana seraya duduk di mejanya.

Aku mengangguk kepala. Tapi aku langsung tidak menatap wajahnya. Riak wajah aku tegang. Aku mungkin boleh kawal mulut aku daripada berkata perkara yang buruk, tapi aku tak mampu nak menahan riak muka aku di saat berhadapan dengan pengkhianat.

Kak Nana yang perasan riak muka aku, terus menegur. "Tadi ada apa-apa jadi ke?"

"Tak ada." Jawab aku perlahan.

"Lemah je suara, tak sihat ke?"

Aku tersenyum kelat. "Sakit perut sikit. Kak Nana ada apa-apa nak saya buat kerja ke?" Aku pantas menukar topik. Dalam hati aku dah mendoakan perkara yang tidak baik berlaku kepada Kak Nana. Aku juga tidak tahu kenapa, tapi kalau aku sakit hati, doa aku selalu makbul.

"Ada ubat tak?"

"Ada. Dah makan tadi." Aku tersenyum kelat.

"Okey, kalau ada apa-apa cakap aje dekat Kak Nana." Kak Nana duduk di tempatnya semula.

Kalau aku cakap, nanti Nana bagitahu dekat Bianca, lepas tu Bianca bagitahu satu ofis. Lebih baik tak payah. Aku juga keliru bagaimana manusia boleh senyum depan orang tersebut, lepas cakap buruk belakang orang itu? Aku tak boleh.

Pintu pejabat terbuka dari luar. Kali ini Addien masuk ke dalam pejabat. Dia tersenyum seketika nampak aku. Aku agak terkejut melihat dia datang ke pejabat hari ini. Kerana aku tahu dia sibuk seharian hari ini dengan mesyuarat. Aku membalas senyumannya. Entah kenapa senyuman dia bagi menyiram air pada api yang marak dengan kemarahan dalam hati aku.

"Addien? Ingat terus balik rumah. Lagi setengah jam nak habis waktu kerja." Kak Nana menegur.

"Ya," Dia tersenyum gaya duchenne smile, dan itu sangat manis di mata aku. Matanya disepetkan, sehingga aku nampak kedutan halus pada kedua sisi matanya. "Addien ada kerja sikit nak buat. Ada barang tertinggal di ofis." Dia terus masuk ke dalam pejabat.

Aku tersenyum melihat Addien melalui cermin lutsinar di pejabatnya. Aku rasa aku tak sengaja ada crush dekat dia. Sekadar suka dari jauh sahaja. Tidak adalah sampai aku harap dia jadi suami aku. Tak boleh. Bahaya.

Addien menoleh kepalanya ke kanan, dan secara tidak sengaja mata kami bertemu. Aku pantas melarikan mata aku pada komputer di hadapan, kemudian berpura-pura menaip. Semua kerja aku sudah siap sebelum tengahari lagi. Aku tunggu nak balik sahaja.

Dari ekor mata, aku nampak Addien keluar dari pejabat kemudian bergerak ke kubikel aku. Aku menarik nafas untuk bertenang.

"Amalia," Tegurnya setelah dia berdiri di sisi kubikel aku. Dia merehatkan kedua tangan pada palang di kubikel aku. Kemudian perlahan-lahan dia menunduk, meletakkan dagu di situ, memandang aku dari jarak yang agak dekat.

"Ya," Aku membulatkan mata, terkejut dengan perbuatannya. "Cik Addien ada apa-apa nak saya bantu?"

"Kerja yang saya bagi itu dah siap ke?" Dia bertanya. Matanya berbentuk almond dan bersinar memandang aku.

"Dah siap dah." Aku tersenyum. Tapi mata aku hanya pandangnya sekilas. "Cik Addien boleh cari dalam fail ini." Aku menggerakkan tetikus untuk membuka fail yang aku simpan semua kerjanya. "Saya dah buat poster, dah hantar surat dekat semua universiti di Lance, kita dah dapat lebih kurang 10 calon untuk ditemuduga. Saya dah susun jadual untuk interview calon dalam ini. Cik Addien, free ke waktu ini? Nanti saya susun balik kalau Cik Addien tak free."

"Wow, that was fast." Dia terus berdiri tegak. Matanya semakin terbuka luas. "I'm glad you're here Amalia. Usually it takes me and Kak Nana almost 6 months to settle all this."

6 bulan? Kening aku ternaik. Berapa banyak masa dibazirkan? Padahal kerja ini mudah sangat. Kenapa sampai perlukan dua orang? Sudah tentu 6 bulan lamanya kalau bekerja dengan Kak Nana yang suka menangguh kerja. Aku buat sehari je.Tapi aku rasa aku dah buat silap besar, sebab buat kerja ini cepat sangat. Aku takut dia tambah kerja aku.

Aku cuma tersenyum. Aku tidak mampu berkata apa-apa. "Yeah." Kepala mengangguk.

"By the way, are you okay?" Tanya Addien dengan dahi berkerut.

Kepala menoleh ke sisi memandangnya. "Ya, cuma sakit perut sahaja."

"Tak makan ke?"

"Taklah, senggugut."

"Ou." Dia terus terdiam. Kepala tergaru-garu, lalu terus masuk ke dalam pejabat.

Aku hampir hempuk kepala aku pada meja, kerana terlampau jujur. Aku kalau sakit sangat, aku susah betul nak menipu. Otak aku tak berfungsi di kala ini. Fikir cuma nak balik sahaja.

Addien keluar semula dari pejabat. "Nak kek coklat?" Dia menghulur sebungkus kek coklat yang masih di dalam plastik kepada aku. "Addien beli tadi sebab teringin, but you can take it."

Aku pantas menggeleng. Mata mengerling sekilas pada Kak Nana di hadapan meja aku. Aku tahu dia berpura-pura tidak kisah akan perbualan aku dan Addien. Aku risau, kalau aku ambil kek ini, nanti Kak Nana cemburu, kemudian lagi teruk dia kenakan aku.

Addien ini pun satu. Kalau nak bagi sesuatu, soroklah sikit!

"Tak apa." Aku menggeleng, sebab tidak mahu Kak Nana fikir yang bukan-bukan.

"You sure?" Tanya Addien sekali lagi.

"Yes." Aku mengangguk. Entah siapa yang ajar Addien, kalau perempuan senggugut bagi coklat. Bagus betul.

"Okey," Dia mengangguk. Kemudian tergaru kepala lagi. Kelakar pula aku nampak dia kalut. "Dah pukul 5 ini, jom saya hantar Amalia balik."

Aku membulatkan mata aku. Mata mengerling pada Kak Nana di hadapan. Risau aku ada kontroversi lagi. "Tak apa. Saya boleh jalan." Tolak aku lembut. Agak kerap juga Addien menghantar aku pulang. Aku tak boleh biasakan perkara itu.

"You sure? Come, let me send you home." Ajak Addien lagi.

"Tak apa. Nanti jalan sesak, sebab jalan kita balik rumah bertentangan."

"No, it's okay. I still got time. Let's go." Dia masuk ke dalam pejabat, mengambil begnya.

Aku lambat-lambat mengemas barang-barang aku di atas meja. "Saya... balik dulu Kak Nana." Lembut aku meminta diri. Tolonglah jangan ada kontroversi lagi.

"Okey." Kak Nana tersenyum seperti biasa. Tapi aku nampak ada tanda-tanda cemburu di wajahnya.

"Let's go, Amalia." Addien sudah membukakan pintu pejabat untuk aku.

Aku menahan senyum. How can I not have a crush with him when he is this gentleman?

Ketika di dalam lif juga Addien membenarkan aku masuk terlebih dahulu. Kami berdua senyap di dalam lif dalam perjalanan ke parkir bawah tanah.

Pintu lif terbuka ke tingkat bawah tanah. Ada banyak kereta mewah tersusun di bawah itu. Addien menghalakan tangannya ke arah pintu lif, membenarkan aku keluar terlebih dahulu. Aku hanya menurut. Badan berpusing ke belakang menunggunya keluar juga, kerana aku tidak tahu dia memarkir kereta di mana.

Tapi, ada sesuatu yang buat aku terpegun dengan perbuatan Addien. Setelah dia keluar, dia akan menekan butang ke tingkat atas semula, supaya orang yang berada di atas tidak perlu menunggu lif terlalu lama untuk turun ke bawah.

He is very thoughtful. Small things that he does are very sweet.

Mungkin untuk orang lain itu perkara biasa, itu ialah common sense. Walaupun itu common sense, tapi itu merupakan pertama kali aku nampak orang buat. Sebab aku sendiri tak pernah buat perkara itu. I feel like, he somehow teach me something about life, about ethics. At least I learn something thoughtful today. Aku tersenyum.

"Let's go." Dia berjalan mendahului aku sambil menekan butang pada kunci kereta. Sebuah kereta Maserati berwarna hitam berkelip lampunya, tidak jauh dari aku berdiri.

Dagu aku terus jatuh melihat kereta itu. Kaki aku berhenti berjalan. Mata aku meliar pada seluruh kereta tersebut, kagum melihat logo seperti mahkota dengan 3 bucu itu di hadapan mata aku.

Whatttt on earth I am seeing right now? Is that really a freaking Maserati?

Kereta idaman aku. Jantung aku berdegup kencang, teruja dengan apa yang aku lihat.

"Amalia?" Addien sudah membuka pintu Maserati hitam itu di bahagian pemandu. Dia memandang aku dengan kening terangkat. "Jom."

"Oh okey." Kalut, aku bergerak ke sebelah tempat pemandu. Sambil berjalan ke keretanya, aku sempat menyeret kaki aku pada lantai untuk menanggalkan sebarang kotoran atau lumpur pada kasut aku. Aku tidak mahu kereta mahalnya dicemari oleh tapak kasut aku. Biarlah kasut aku yang haus.

Aku duduk di dalam keretanya, dan aku perasan ia agak berbeza dari kereta murah yang aku selalu naik dengan Aniq. Ruang hadapannya sangat besar. Seolah di kerusi aku ini boleh duduk 2 orang. Dan di antara aku dan Addien, seakan boleh duduk lagi seorang manusia dewasa.

'Peh, halal gap kereta ini aku approve.'

Aku menahan diri daripada tertawa sebab terlampau teruja. Hilang sudah sakit senggugut aku.

When people say money cannot buy health, but a Maserati that costs hundreds of thousands can cure my period pain. Nanti balik rumah aku nak menjerit. Sekarang aku tahan dulu daripada menjerit. I need to have self control.

"It's my mother's car. I just borrowed it. Saja tukar mood." Selamba Addien berkata.

Aku tak kisah ini kereta siapa, yang penting aku dapat naik Maserati. Kerja dengan Addien ini memanjang dapat naik kereta mewah. Tempoh hari BMW, kemudian Vellfire, besoknya Ferrari, hari ini paling mantap. Maserati. Kereta idaman aku.

Dia menghidupkan enjin Maserati. Aku tersenyum-senyum mendengar ngauman enjin Maserati yang begitu macho. Seluruh ruang parkir bawah tanah itu bergema dengan ngaumannya sahaja. Kereta bergerak keluar dari parkir bawah tanah. Aku harap jarak rumah aku itu 5 km supaya aku dapat lebih lama lagi di dalam kereta ini.

"Amalia suka lagu apa-apa ke?" Addien bertanya di sebelah, memecah keheningan antara kami. Dia mencari lagu yang sesuai pada Ipad kereta ketika kereta berhenti di lampu isyarat. "Addien suka dengar lagu Jepun."

"Tak kisah pun." Aku tersenyum bahagia. Mood aku baik lepas naik Maserati. Kalau sekarang Addien nak buka lagu Lion King kesukaannya pun aku redha.

"Do you like Taylor Swift?"

"Yes, very." Mata aku membulat teruja. 'That would be perfect if he put Red song on the speaker. Then I'll be singing; loving him was like driving a new Maserati down a dead end street. Faster than the wind, passionate as sin, ended so suddenly.' Aku memusingkan kepala ke arah tingkap di sebelah kiri untuk tersenyum. Aku risau dia cakap aku gila.

"I think I have one Taylor Swift song here. I like the song. She's a storyteller." Addien menekan sebuah lagu pada Ipad dan irama itu selalu aku dengar.

Serta merta aku tersenyum. Ini lagu kegemaran aku. Blank Space. Aku memandang Addien dari sisi dengan mata bersinar. For the first time, finally we have something in common.

Addien menyanyi kecil di dalam kereta dengan bait-bait lirik lagu Blank Space itu. Dan aku hanya tersenyum memandangnya menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu itu.

Setitis demi setitis air hujan jatuh pada cermin hadapan Maserati. Lama kelamaan hujan semakin lebat turun. Aku tersenyum. 'Perfect.' Bisik aku di dalam hati. 'I'm in my dream car, with my gentleman crush, listening to Taylor Swift under my favourite weather, the magical rain. It is perfect. It's so romantic, dramatic and beautiful.'

Siapa yang kata romantik untuk perempuan itu perlukan benda yang mahal? Berjalan di bawah hujan sahaja sudah dikira romantik bagi aku. Tapi kalau nak lagi romantik kena ada Maserati. Hahaha.

"Nasib baik Addien hantar hari ini. Tengok, kan dah hujan." Addien memandang hujan yang semakin lebat menghentam cermin kereta.

Kereta tersebut berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk kondominium yang aku tinggal. Beberapa orang yang duduk di lobi kondominium itu sudah membeliakkan mata melihat kereta mahal di situ.

"Alright, thank you Cik Addien." Aku tersenyum gembira.

"You're welcome. Jangan lupa makan ubat. Rehat secukupnya." Pesannya kepada aku dengan senyuman manis di bibir.

Aku mengangguk sebelum keluar dari keretanya. Sempat aku melambai tangan kepadanya, menghantar dia pergi. Setelah dia pergi, aku melompat gembira. Sumpah aku rasa macam heroin dalam drama. Tak sangka aku dapat merasai perkara ini. Balik rumah nanti aku mahu menelefon Aniq kemudian menceritakan kepadanya, bahawa betapa cantiknya kakak dia sampai ada putera yang baik hati hantar dia sampai depan rumah. Aku tergelak kecil berjalan ke lif kondominium. 

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

436K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
171 28 29
Mendaki gunung yang kebiasan dilakukan selama 4 ke 7 hari. Tapi kali imi aku berjaya mencipta masa terpantas. Separuh perjalanannya adalah solo.
138K 3.8K 200
Lanjutan "Beruang Salju". *note : Jilid kelipatan 5 di cinkeng ini cayhe private, hanya follower yg dpt membacanya. Kamsia
Atin Oleh mrk1921

Pertualangan

69.2K 571 5
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua