OAK VALLEY'S SECRET [halilint...

By -ayrain

4.8K 663 1.9K

❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa e... More

OAK VALLEY'S SECRET
prologue + ros merah
1 + putera ros merah
2 + hantu sesat
3 + sakura
4 + kenyataan pahit
5 + masa lalu
6 + lelaki dari atlas
7 + bersiar-siar
8 + oak valley
9 + bertahan hidup
10 + roti hangat
11 + gula-gula strawberi
12 + ibu
13 + bilik muzik
14 + harlett rosenberg
15 + hidup dan mati
16 + hospital
17 + hukuman
18 + pertemuan pertama
19 + nenek beruban
20 + hidup seperti boneka
21 + bermain pedang
22 + bodoh dan cengeng
23 + cahaya yang indah
24 + tawaran
25 + lemas
26 + atuk jerung
28 + kematian
29 + para syaitan
30 + penyamaran
31 + tong sampah
32 + terlambat
33 + terima kasih
34 + bekas ketua
35 + cuti sekolah
TAMAT SEASON 1
SEASON 2
36 + tomato
37 + ulang tahun
38 + cinta
39 + ahli baru
40 + kawan 'sementara'
41 + kawasan perempuan
42 + mimpi buruk
43 + lari rumah
44 + kad jemputan
45 + tonton
46 + kamar sakura
47 + kata-kata menyakitkan
48 + kecantikan tak terlihat
49 + mengamuk
50 + lelaki itu
51 + rahsia terungkap
52 + luahan perasaan

27 + melihat masa depan

70 10 27
By -ayrain

27 + melihat masa depan

"HALI, sepatutnya kau jangan lengah."

Musuh. Hayes menelan liur, pahit. Blaze bila berlawan memang gila. Tanpa strategi, dia menyerang mengikut kata hati. Hayes mula melancarkan beberapa serangan kilat ke arah Blaze, pantas dielak Blaze. Para pelajar yang kebetulan ada di kantin mula melarikan diri.

Hayes menghembus nafas berat.

"Ice selalu kata aku bodoh. Tapi Hali, kau tahu kenapa aku dipilih jadi ahli Sakura?" Sengaja Blaze menyoal Hayes yang kesukaran melawan kuasa apinya.

Hayes seraya melindungi dirinya dengan perisai kilat tatkala Blaze mengeluarkan bebola api. Semakin lama, Blaze mendekatinya seraya mengambil kesempatan untuk membakar wajah Hayes. Sepantas kilat Hayes berundur ke belakang.

Dia tiada kesempatan untuk menyerang Blaze sedikit pun.

"Aku ugut Gempa kalau dia tak ambil aku sebagai ahli Sakura, aku akan bakar sekolah ni," beritahu Blaze lalu tersengih lucu apabila mengingatinya. Hayes mengetap bibir.

Air muka Blaze perlahan-lahan berubah. Tersentak Hayes apabila serangan Blaze jadi agresif, lelaki itu mula menyerang secara kasar buat rambut Hayes sedikit terkena api.

"Sial!" Tangan Blaze mula digenggam Hayes kuat, namun belum sempat Hayes melakukan apa-apa, Blaze menarik satu lagi tangan Hayes seraya menjatuhkannya ke lantai.

Hampir terkeluar suaranya namun cuba ditahan Hayes. Dia ingat Blaze benar-benar bodoh, tetapi lelaki ini kuat. Silapnya kerana meremehkan Blaze. Padahal waktu itu dia berlawan dengan Blaze, Hayes dapat mengalahkannya tidak sampai satu jam.

Apa dia menyembunyikan kekuatannya?

"Tapi Gempa, dia dah cuci otak para pelajar di sini. Disebabkan semua tu, Asteria mati. Dia dah bunuh Asteria, satu-satunya perempuan yang aku cintai. Aku akan berbuat benda yang sama, nyawa dibalas dengan nyawa!"

Tergamam Hayes mendengarnya.

"Aku tahu bukan Gempa yang bunuh Asteria, tapi disebabkan dia Asteria mati. Kalau sahaja dia mati, pasti semua ni akan berakhir. Jadi jangan halang aku, Hali," rayu Blaze. Dia sudah menganggap Halilintar sebagai idolanya.

Tidak sampai hati ingin menyerang idolanya sendiri. Hayes cuba bangkit akibat dijatuhkan Blaze, nafasnya turun naik. Membulat mata Blaze apabila Hayes tiba-tiba berada di dekat wajahnya, bila masa?

Buk! Kepala Blaze dicengkamnya kuat lalu dihentakkan pada lantai buat Blaze mengerang kesakitan.

"Kenapa kau salahkan orang lain kalau kau sendiri tak dapat lindungi perempuan yang kau cintai? Kau kata Gempa tak bunuh dia, kan? Kau fikir diri kau yang paling menderita, tapi apa kau tak pernah fikir apa tujuan Gempa selama ni?" Mata merahnya tatap Blaze yang berada di bawah. Kancing kemeja sekolah dibuka sedikit, berasa hangat.

Blaze cuba angkat kepala memandang Hayes. Dia bangkit perlahan-lahan meski kepalanya berdarah dan berasa pening. Apa rancangan untuk membunuh Gempa ternyata sia-sia? Blaze mengetap rahang, selama ini dia sudah menderita menjadi bawahan lelaki itu.

Tiba masanya untuk melenyapkan Gempa dari muka bumi ini.

"Nah, mari dengarkan sebab Gempa buat semua ni." Pantas Hayes mengenggam kolar seragam Blaze seraya menghempasnya hingga ke dinding. Pak!

Blaze memejam mata. Tindakan Hayes terlalu cepat sehinggakan Blaze tidak dapat melakukan apa-apa. Apa maksud kata-kata Hayes sebentar tadi? Gempa ada sebab?

Mana mungkin begitu. Selama ini dia melihat Gempa, lelaki itu seakan terbiasa dengan pembunuhan ini.

"Aku tahu kau tak nak bunuh sesiapa, kan? Bekerjasama dengan aku untuk selamatkan Gempa," jelas Hayes buat Blaze tergamam.

Sebenarnya kenapa? Blaze tidak mengerti. Kenapa dia harus menyelamatkan Gempa kalau dia ingin membunuhnya?

"Aku... aku boleh lihat masa depan."

+++

Sebelum Hayes bertemu Blaze,

"JADI cincin ni boleh tunjuk aku masa depan?" Lama Hayes tatap cincin yang diberikan atuk jerung. Tiada yang menarik terhadap cincin ini.

Air liur diteguk Hayes. Kalau benar begitu, apa dia boleh mencubanya? Kiri kanan Hayes melilau memastikan tiada siapa melihatnya, laju Hayes masuk ke dalam tandas serta menguncikan pintu.

"Aku nak lihat masa depan si gila... ah, Gempa. Ya, dia dulu sebab dia yang mati awal, kan?" Tiba-tiba cincin di jari hantu Hayes mula bercahaya buat Hayes tergamam. Apa dia benar-benar boleh melihat masa depan?

"Sial kau Thorn! Kau dah buat apa, hah?" Ditarik kolar seragam Thorn buat Thorn tergamam. Tajam tatapan mata kelabu menembus mata hijau bersihnya.

Bergetar hebat bibir Thorn, matanya sudah berkaca-kaca.

"Maaf... maaf Solar," ucapnya tidak berani menatap Solar. Semua ini salahnya, kalau sahaja dia mengikut kata Solar mungkin tidak berakhir begini.

Solar mengetap rahang. Kasar dia melepaskan kolar seragam Thorn buat nafas Thorn turun naik. Rambut dikusutkan Solar, berasa serabut. Sekarang ini apa yang harus mereka berdua lakukan?

"Aku tak pernah setuju kau untuk bunuh Gempa, kenapa kau buat? Dahlah kau buat diam-diam tanpa pengetahuan aku! Berapa lama kau dah beri dia minum teh tu?" soal Solar mulai bengang. Thorn menggigit bawah bibirnya. Bibir Thorn menggigil hebat, dia harus menjawabnya.

"A... awal aku diterima ahli Sakura. Maaf, Solar! Aku minta maaf! Aku... akan selamatkan ketua. Aku akan gadaikan nyawa aku! Sebab aku, sebab aku..." Terkeluar tangisan yang ditahan dari tadi, Thorn sudah tidak mampu meneruskannya.

Dia memang memberi Gempa meminum teh itu. Teh tersebut dapat membuat seseorang mati secara perlahan-lahan. Namun rancangan Thorn ingin membunuh Gempa tidak berjaya, Gempa mulai ada tanda-tanda ingin mati setelah lama meminum tehnya. Namun bukan itu masalah rancangan Thorn tidak berhasil.

Thorn tidak tahu kalau 'syaitan' juga ingin membunuh Gempa. Sepatutnya dia gembira kerana rancangan membunuh Gempa hampir berjaya, namun Thorn menyesal.

"Ketua... ketua selalu baik dengan aku. Dia tetap lindungi aku dari mereka para syaitan sedangkan ketua dalam keadaan menyakitkan. Ketua suruh aku lari, tapi aku tak nak. Aku terpaksa. Aku... aku nak selamatkan ketua."

Solar mengetap bibir.

"Aku menyesal," ucap Thorn buat Solar terdiam seketika. Decitan kesal keluar daripada bibirnya.

"Aku akan serahkan otak aku." Tersentak Solar mendengarnya. Thorn mula berlari keluar dari kelas buat Solar tidak percaya.

"Thorn! Hei, berhentilah, gila!"

"Jangan halang aku, Solar. Semua ni salah aku!"

Solar mengetap bibir. Salah? Dia tidak mengertinya. Kenapa dia sedang cuba menghentikan Thorn? Tetapi apa dia patut biarkan Thorn mati di tangan syaitan itu?

Thorn ialah satu-satunya manusia yang berkawan dengannya meskipun tahu diri Solar begini.

"Sial! Dia tak faham ke sekarang keadaan sekarang macam mana? Syaitan di mana-mana! Kita takkan boleh tahu mana satu syaitan mana satu manusia!" Sempat Solar membebel sambil mengejar Thorn.

Namun Thorn yang berkeras ingin menyelamatkan ketua, menghentikan langkahnya buat Solar berasa aneh. Serta-merta tubuh Solar merinding, baru sedar mereka telah masuk ke dalam perangkap.

Sekarang koridor sekolah dikuasai sepenuhnya oleh 'mereka'.

Perlahan-lahan para pelajar yang berada di koridor berubah menjadi syaitan. Thorn dan Solar diam di tempat, sampai mata mereka berdua tertuju ke arah seorang lelaki yang sepertinya menghantar syaitan-syaitan tersebut.

"Siapa kau?" soal Thorn dengan berani. Kaki yang menggigil dibiarkan sahaja.

"Apa aku boleh ambil otak kau, juga? Pasti bos suka, heheh," katanya seraya menyerang dengan menggerakkan syaitan-syaitan yang tadi menyamar jadi para pelajar.

Thorn cepat-cepat mengelak agar serangan syaitan tersebut tidak terkenanya. Daun menjalar digunakan untuk melarikan diri agar syaitan-syaitan tersebut tidak dapat meraihnya sedikit pun. Lelaki itu tersenyum senget.

"Dia berbahaya, Solar. Kau pergi minta bantuan ahli Sakura lainnya, cepat!" desak Thorn seraya berlari mendekati lelaki itu. Tangannya menggenggam erat daun menjalar, mengambil kesempatan menembak duri tepat mengenai syaitan-syaitan milik lelaki tersebut.

Solar mengetap bibir. Dia tahu Thorn lebih kuat daripadanya, tetapi tetap sahaja.

Kehilangan Thorn bukan pintanya.

Membulat mata Solar apabila lelaki yang tadi tersenyum sinis, perlahan-lahan mengubah dirinya menjadi syaitan. Berbeza dengan syaitan-syaitan lainnya, tubuh dia lebih besar dan nampak kuat.

"Thorn, bahaya!" Thorn berpaling memandang Solar saat namanya dipanggil. Terjegil matanya.

Semuanya terjadi dalam sekelip mata, Solar berlari dan melompat cuba menyelamatkannya. Ditolak kuat tubuh Thorn ke tepi buat Thorn meringis kesakitan. Wajah Solar yang kesakitan akibat serangan dari lelaki yang bertukar syaitan tadi buat belakang tubuhnya tertembus sesuatu.

Shrak! Syaitan tersebut menarik kembali tangannya yang menembus tepat mengenai jantung Solar. Bibir Thorn bergetar hebat.

Dia melihatnya, kematian.

"So... Solar!" jeritnya. Thorn bangkit seraya cuba menyambut tubuh Solar yang jatuh lepas dihabisi syaitan tersebut.

"Solar! Bangunlah!" Dipangku kepala Solar atas pahanya. Bibir lelaki itu pucat dan suhunya mulai dingin.

Tanpa sedar air matanya merembes laju hingga mengenai wajah Solar. Thorn masih belum dapat menerimanya, dia terus menggoncang-goncang tubuh Solar. Berharap dia dapat mendengar suara Solar meskipun sekali.

"Solar... jangan tinggalkan aku... jangan mati!" teriaknya. Namun hampa, tiada suara. Tiada bunyi nafas, tiada bunyi degupan jantung.

Tiada kata-kata terakhir daripada Solar, itu membuatkan Thorn sedih. Dia berharap, Solar mengucapkan selamat tinggal. Bukan meninggalkannya tanpa ucapan perpisahan.

"Aku minta maaf... maafkan aku, Solar. Semua ni salah aku... aku tak dapat selamatkan kau. Maafkan aku, maaf... hah..." Tiada gunanya, Solar tidak mendengar apa yang dia katakan. Semakin erat Thorn memeluk tubuh tidak bernyawa Solar bersama air mata.

Pelukan terakhirnya.

Syaitan yang tadi melihat mula berasa tidak puas hati.

"Dah-dah la tu menangis, sial! Lawan aku!" marahnya. Saat syaitan itu ingin melancarkan serangan, tiba-tiba tubuhnya mencair. Cecair tubuh syaitan tersebut lalu jatuh di atas lantai.

"Argh!"

Thorn hanya berdiam, dia menggunakan racun menghabisi syaitan tersebut secara senyap-senyap. Setiap kuasa durinya, ada racun yang merupakan hasil buatan Thorn sendiri.

Sekarang tiada lagi yang dapat mengganggu Solar.

Finished on Thursday, 7 March 2024
Published on Wednesday, 27 March 2024

1489 words

Continue Reading

You'll Also Like

68.5K 340 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
My bad Mafia√ By cikin

Mystery / Thriller

3.8K 304 21
Mafia.... semua tahu klu org biasa masuk dlm keluar ga mafia, mereka x kan bebas seperti dulu lagi..... Gempa yang secara kebetulan berkawan dgn anak...
6.5K 568 71
Just for funn ! No Ship. just Friendship <3 ☆ There's other characters beside horror squad but mostly Ro brothers cus both of them are my favourite...
1.4K 157 6
[complete] kim hongjoong leader ateez abang kepada adik beradiknya hongjoong akan berkorban untuk adik beradiknya dan selalu berkerja keras siapa saj...