I'M LOST

By violetfasha

2.7K 337 346

Mengisahkan tentang seorang fresh graduate dalam bidang IT, yang tinggal di negara kapitalisme, nepotisme. A... More

Mutiara Kata
PROLOG
BAB 1: Chasing That Dream
BAB 2
BAB 3: Software Angine
BAB 4
BAB 5: You Betray Me
BAB 6: First Downfall
BAB 8: Finding The Purpose of Life
BAB 9: You will be found
BAB 10: First Day
BAB 11: The feeling is weird
BAB 12: Love Bombing
BAB 13: Ask The Right Person
BAB 14 : KNIGHTS OF THE ROUND TABLE IN ACTION
BAB 15: When It Rain
BAB 16: When it Rained (part 2)
BAB 17: Just a Normal flu
BAB 18: Self Pity
BAB 19: First Lie
Bab 20: It's My Privacy
Bab 21: Humiliating in Public
BAB 22: Humiliating in Public (part 2)
BAB 23 : Rezeki yang tidak disangka
Bab 24: Spread Hate
BAB 25 : I Resign
Bab 26: I resign (part 2)
BAB 27: You're Safe with Me
BAB 28 : A Silent Genocide
Bab 29: Dark Metaphor
BAB 30 : The plan
Bab 31 : Australia, Off We Go!
BAB 32 : Ate with no crumbs.
BAB 33: I Want it, I got it
BAB 34: Help, I'm still at the restaurant
BAB 35 : Still Sitting in the Corner I haunt

BAB 7: I'm lost

62 9 9
By violetfasha


Aku berbaring di atas lantai papan di hadapan pintu masuk rumah. Rumah kami merupakan banglo kecil dua tingkat dengan gaya rumah istana tradisional China. Kaki lima papan di sekeliling rumah itu sudah menjadi adat dalam keluarga Wong.

Hari sudah melabuhkan tirai, mengeluarkan bulan mengambang yang terang. Aku tidak membuka lampu rumah kerana tiada sesiapa di rumah, dan aku tidak mahu ada sesiapa nampak aku di koridor rumah. Aku cuma mahu mengambil angin malam, menghidu bau tumbuh-tumbuhan selepas hujan.

Ibu dan ayah tiada di rumah kerana melawat saudara ibu di kampung sebelah. Kemungkinan besar mereka tidak akan pulang untuk dua hari. Mereka ada mengajak aku untuk pergi bersama, tapi aku tiada semangat untuk keluar dari rumah. Walaupun kebanyakan orang kampung tidak tahu pun apa itu hackathon. Mungkin mereka akan terfikir tentang Wak Ton si tukang urut, tapi aku masih tiada keyakinan diri untuk berhadapan dengan manusia. Aku perasan sendiri, diri ini popular di media kerana aku kerap dibandingkan dengan Amer Faiqal.

Semua orang memuji Amer di laman web hackathon kemudian berkata, 'Stay strong Amer, biasalah orang hebat sentiasa hebat cabarannya, sistem kena curi itu menunjukkan sistem Amer hebat sampai orang nak mencuri.'

Jijik aku yang membaca.

Setelah seminggu hackathon berlalu, aku mendapat berita bahawa Amer Faiqal mendapat markah tertinggi untuk Software Angine's Prodigy, asbab sistem yang aku cipta. Aku bernasib baik kerana tidak mempunyai sosial media. Tidak perlulah aku menghadap muka Amer di mana-mana sosial media yang aku lawati.

Dia berjaya hasil merompak usaha aku. Aku menyentuh dada aku yang sakit bagai ditusuk sembilu. Aku rasa ralat ingin melepaskan sistem yang aku bersengkang mata buat seorang diri kepada orang lain.

Nasib baik aku masih ada kawan-kawan dari dark web yang tak kenal pun aku siapa.

Bunyi motor kedengaran masuk ke pekarangan rumah. Aniq memarkir motosikalnya di hadapan rumah, lalu menanggalkan topi keledar. Pasti dia baru pulang dari studio di bandar, merekod lagu barunya. Tidak cukup mendengar Aniq melalak di rumah, aku akan mendengar lagi Aniq melalak di radio. Dan lagu tersebut akan viral hampir 6 bulan lamanya di setiap siaran radio, dan media sosial.

Seketika Aniq ingin bergerak ke pintu hadapan, matanya bertembung dengan aku yang terbaring dengan rambut mengurai di atas lantai.

"Aaaaa!!! Momok!" Jeritan high pitch milik Aniq terkeluar. Lantas, dia mengambil penyapu di tepi rumah, cuba melibas aku yang berada di atas lantai.

"Ini akulah, Aniq!" Aku menyambut penyapu yang lagi beberapa sentimeter akan mengena tubuh aku.

"Hish kau ni! Kenapa tak buka lampu?" Bengang Aniq apabila kejantanannya dicabar begitu. Tidak pasal-pasal terkeluar suara nyaring. Hilang macho.

"Aku tak nak orang nampak aku."

"Baik kau jadi momok, akak. Orang pun takut nak pandang." Perli Aniq. Dia melangkah masuk ke dalam rumah kemudian menghidupkan lampu di ruang tamu.

Aku masih lagi terbaring di kaki lima papan di hadapan pintu rumah. Termenung memandang bintang di dada langit. Cahaya dari ruang tamu yang terpantul keluar ke kaki lima luar rumah sedikit sebanyak mengganggu aku.

"Kak, dah makan ke belum? Aniq beli piza ini. Akak nak tak? Ini piza buatan kedai kawan Aniq. Dia baru buka kedai."

"Tak nak." Perlahan aku membalas.

"Burger nak?"

"Tak nak."

Aku hanya duduk di luar rumah. Tangan mengambil bola tenis di sebelah, lalu aku membaling bola tenis ke dinding tepi rumah sebelum menangkapnya kembali.

Aniq menolak pintu gelangsar kayu itu semakin luas, menangkap bola yang melantun di hadapannya, sekaligus menghentikan aktiviti aku yang merosakkan dinding rumah. Dia tidak berkata apa-apa, tapi aku tahu dia cuma nak ada dengan aku.

Aku mengeluh, menyandarkan kepala pada dinding rumah. "I just graduated, and stepped into the industry." Luah aku. "And people accused me of stealing someone else's project which was supposed to be my project. I have been scammed. Now the whole people in the industry know who I am, I cannot pursue my dream in the industry anymore.

I don't even have money to sue him for stealing my project and tarnishing my reputation." Aku menangis di hadapan Aniq. "I'm only 22, and he already ended my career before I even had the chance to start! Now who wants to work with me when my reputation is tarnished?"

"Akak, 22 tu muda lagi." Aniq cuba menenangkan aku. "Lebih baik gagal umur 22 daripada gagal umur 60."

"Memanglah, masalahnya siapa nak kerja dengan akak kalau satu industri dah tahu kontroversi pasal akak curi sistem orang! Dekat hackathon, semua orang dalam industri AI dari seluruh dunia ada, dan pembentangan itu siaran langsung, Aniq." Aku membentak marah. "Amer tak guna! Laknat ke atas kau sampai kau mati!"

Aniq hanya mendiamkan diri. Dia tahu ini bukan masanya untuk beri nasihat sedangkan apa yang aku perlukan hanyalah seorang pendengar yang baik.

"I can't even face him, setiap kali akak nak berdepan dengan dia, nak maki dia, my hands..." Aku memandang tangan aku yang menggeletar. "They are shaking... It's not even my fault, why am I scared!" Aku menumbuk dinding rumah. "Dia yang curi sistem aku, kenapa aku yang rasa takut, kenapa aku yang jadi tak tenang? Kenapa aku yang sakit?"

"Akak marah sangat sebab itu sampai jadi begitu. Akak bukan takut dekat Amer, akak cuma takut apa yang akak akan buat pada Amer dalam keadaan akak marah." Begitu sahaja dia pusingkan persepsi aku. "It's good that you can control your anger to not be like him, but it's not good when you consume and suppress your anger in order to control your urge to kill somebody. That's why you're sick, you feel nauseous, your stress triggers your gastric."

"Jadi apa yang aku kena buat sekarang?" Aku memeluk tubuh aku, membuang pandang ke halaman rumah.

"Stop thinking about him and start taking action."

"By killing him?"

Aniq tepuk dahi. Dia menarik tangan aku supaya bangun. Aku mengeraskan diri di atas lantai, tidak bermaya untuk bangun. "Sini, kau bangun sekarang." Dia menarik aku sampai aku terseret masuk ke dalam rumah. Lengan aku ditarik sampai aku berdiri menghadap dinding rumah kami yang tergantung beberapa buah potret dan anugerah kecemerlangan. Kebanyakan potret, piala dan anugerah di situ milik aku.

"Kau tengok ni," Dia menuding gambar kami ketika berumur 6 tahun. Aku yang mengajak Aniq untuk mengambil piala tersebut dengan aku. "6 tahun akak dah juara pertandingan matematik, masa sekolah rendah akak selalu dapat nombor satu dalam sekolah. Sekolah menengah pun akak dapat anugerah cemerlang peringkat negeri, dalam kata lain akak paling pandai dalam negeri ini."

Negeri Lionel, ibu kota utama di Lance. Orang pandang tinggi pada negeri Lionel sebab saingan tinggi tapi akak berjaya dapat tempat tertinggi." Aniq cuba meyakinkan aku. "Masa tu Aniq rasa macam hebatnya kakak aku." Dia menumbuk dadanya. "Aniq ini tak ada sijil sekolah menengah tau. Aniq tak dapat sambung belajar sebab Aniq koma masa peperiksaan sebab rusuhan tak guna itu."

Aku terdiam mendengar kata-kata Aniq. Aku ingat lagi, di kala semua orang mendapat tajaan pergi menyambung pengajian ke luar negara dengan keputusan peperiksaan mereka, aku sebagai pelajar paling pintar dalam negeri tidak berjaya menyambung pengajian ke luar negara hanya kerana aku datang dari keluarga miskin.

Bukan kerana negara Lance tidak memberi tajaan, tapi dia lebih memberi peluang kepada orang kaya. Jika kami tiada duit, pengurusan dilambatkan, jika berduit baru pengurusan untuk menyambung ke luar negara berjalan dengan lancar. Dalam kata lain, tajaan untuk pelajar ada, tapi pelajar harus mengeluarkan duit lebih untuk 'merasuah' pihak pengurusan supaya bergerak lebih pantas. Jika tidak, kita akan diuruskan yang paling akhir, sehingga tarikh kemasukan ke universiti sudah berakhir, baru kami diuruskan. Akhirnya aku hanya menyambung pengajian di dalam negara, itu pun dengan duit biasiswa daripada kerajaan.

"Dan akak berjaya jadi graduan University of Lance." Aniq tersenyum bangga. "All your struggles..."

"Are wasted." Aku menyambung, menjadikan ayat itu lebih negatif. "I went from gifted to nothing real quick." Air mata aku mengalir lagi. "Masa 6 tahun akak nak jadi saintis, masa 12 tahun nak jadi angkasawan, masa 15 tahun nak jadi doktor, 17 tahun tiba-tiba nak jadi full stack developer or programmer, and then boom!" Aku tertawa macam orang gila di dalam rumah. "22 and still nothing!" Aku menggoncangkan bahu Aniq. "Kelakar kan kisah hidup aku?" Terbahak-bahak aku ketawa sehingga air mata aku terkeluar.

Aniq menepis tangan aku dari bahunya. Riak wajahnya jelas kerisauan dengan reaksi aku yang melampau. Hatinya turut terluka melihat kakaknya bagai sudah hilang kewarasan.

"Aku tak ada tujuan hidup, Aniq." Aku menumbuk bahu Aniq perlahan. "Aku keliru nak jadi apa dalam hidup. Aku cuba bagus dalam semua subjek, aku cuba capai ke tahap yang tertinggi sebab aku tak tahu nak fokus pada bidang apa. Aku fikir aku akan tahu nak ceburi bidang apa bila aku dah mahir semua benda.

Aku fikir lebih mudah untuk aku memilih kerjaya yang aku minat kalau aku mahir dalam semua perkara. Tapi aku makin keliru." Suara aku serak menahan tangisan. Aku menyapu air mata yang mengalir. "Bila akhirnya aku dah jumpa inspirasi dan sesuatu yang aku minat, impian dan usaha aku hancur dalam sekelip mata. Satu je silap aku Aniq, aku tak ada duit. Walaupun aku bagus macam mana pun, orang kaya sentiasa berada di atas."

"Mak ayah dah tua, aku anak sulung, dan aku langsung tak buat apa-apa untuk balas jasa mak ayah! Aku tak ada apa, kau faham tak?" Tangisan aku pecah sekali lagi.

"You can always start over like you always do." Aniq menggoncang bahu aku. "I never see you as gifted, sis. I don't see any talent in you. But I see you... I see my sister studying late at night, I see you waking up at 5 am to study, I hear you crying in your room when you don't understand anything that you study.

I see you getting sick, vomiting, passing out because you are pushing too hard to achieve something that is beyond your capability. I see you are not asking money from your parents and working part time to buy your computers. What I see is only a hardworking girl, full of dedication, passion and persistence to achieve her dream and I see a girl who is tired from all the expectations and pressure from people around you. I see a girl who is anxious about her future." Aniq menekup pipi aku. Matanya berkaca-kaca, bibirnya menggeletar menahan tangisan. Dia merenung ke dalam mata aku lama.

"Tuhan nak suruh akak rehat." Nyatanya perlahan. Dia mengangguk cuba meyakinkan aku. "Rehat akak, kemudian bangkit lagi." Dia berbisik perlahan. Ibu jarinya mengesat air mata aku yang berlinangan. "Kadang Allah tutup satu pintu tapi Allah buka pintu lain untuk kita. Mungkin ini bukan yang terbaik untuk akak."

"Most people at our age don't know what they want to do and to be after they graduate. You can always figure out along the way about what you want to be, you're allowed to try and fail. And it doesn't matter. Failure is just an entry ticket to success. Nobody succeeds on the first try. Nobody is successful at the age of 22 unless his parents are rich. And those successes belong to his parents, not him."

"But we don't have rich parents, which is fine. Kita perintis, bukan pelapis. Kita cipta kejayaan kita sendiri." Dia mengangguk lagi. "Ujian yang kita hadapi hari ini untuk mempersiapkan kita untuk sesuatu yang hebat. Impian tak semestinya dalam bentuk kerjaya, tapi dalam bentuk tujuan." Dia menepuk bahu aku perlahan. "Sekarang ini, akak cuma perlu rehat, ambil masa fikirkan balik tujuan hidup akak. Bertenang, Allah ada. Aniq ada."

Dia tersenyum kelat. "Aniq pun anak sulong." Nyatanya lagi. "Just because you come out a few seconds earlier doesn't make you the eldest daughter! I just called you sister as I am being respectful. You should call me big brother."

Aku tergelak kecil dengan mata yang sayu. Air mata yang jatuh aku kesat lagi.

"Sekarang ini, akak nak makan piza ke tak sambil tengok Teen Wolf?" Tanya Aniq sekali lagi.

Aku mengangguk laju. 

Continue Reading

You'll Also Like

5.6K 580 18
[BoBoiBoy Galaxy] *Selepas BoBoiBoy menang melawan retak'ka dan satu tahun selepas Stesen Tapops telah dibina semula. Apa yang akan terjadi sekiranya...
17.3K 1.2K 33
Tahun 2020 (Covid-19 xder dalam ni faham) 7 elemental sedang melakukan perkara yang biasa mereka lakukan tetapi pada suatu hari telah berlakunya per...
1.6K 193 31
EA Story.
2.7K 337 37
Mengisahkan tentang seorang fresh graduate dalam bidang IT, yang tinggal di negara kapitalisme, nepotisme. Amalia pelajar cemerlang, dekan dan semua...