I'M LOST

By violetfasha

3.2K 157 182

Mengisahkan tentang seorang fresh graduate dalam bidang IT, yang tinggal di negara kapitalisme, nepotisme. A... More

Mutiara Kata
PROLOG
BAB 1: Chasing That Dream
BAB 2
BAB 3: Software Angine
BAB 5: You Betray Me
BAB 6: First Downfall
BAB 7: I'm lost
BAB 8: Finding The Purpose of Life
BAB 9: You will be found
BAB 10: First Day
BAB 11: The feeling is weird
BAB 12: Love Bombing
BAB 13: Ask The Right Person

BAB 4

82 9 5
By violetfasha

"Dah? Semua okay?"

"Okay, tapi semua benda doktor itu cakap badan aku teruk." Aku mengadu pada Hertz.

Hertz hanya tertawa. "Dr Thalia kan? Dia memang macam tu, perangai macam mak-mak. Tapi kalau dia cakap teruk, maksudnya memang betul teruk. Aku pun kena banyak kali dengan dia. Sebab gaya hidup aku teruk. Tengok mata aku ni." Dia menunjukkan mata kirinya yang merah seperti biji saga. "Aku dapat MC tadi, doktor suruh tidur."

"Wah, tak cukup tidur pun dapat MC." Aku membeliakkan mata.

"Tuan Dayyan sukakan produktiviti. Dia tak suka pekerja yang tak boleh bagi komitmen kalau mengantuk." Hertz mengangkat bahu. "Lagi pula, kerja aku dah siap. Saja join hackathon sebab nak tengok perisian dan teknologi baru."

"Nak ikut tengok booth dengan aku?" Ajak aku selamba.

"Aku kena tidur ini." Hertz menjawab dengan mata yang kuyu. "Lagi pun hackathon seminggu, pameran teknologi itu ada masa lagi kalau nak join."

"Oh, ya. Pergilah tidur. Aku boleh balik masuk dewan sendiri." Aku melambaikan tangan aku pada Hertz. Hertz hanya tersengih menghantar pemergian aku.

"Esok aku tengok pembentangan kau." Sempat Hertz memberitahu.

Aku berjalan dengan wajah yang ceria ke dalam dewan semula. Masih ramai orang di dalam dewan. Pameran pelbagai perisian yang canggih menarik aku ke satu booth.

Ada seorang lelaki dikerumuni orang ramai di podium tengah dewan, padahal lelaki itu cuma menaip sesuatu pada komputer. Mereka semua seolah-olah menunggu lelaki itu mengeluarkan magisnya. Tiba-tiba, lelaki tersebut meletakkan telefon pintar di atas lantai. Wayar telefon pintar yang bersambung pada komputer ditanggalkan.

Lengan aku disinggul dari tepi. Aku menoleh untuk mendapati Angela di sebelah aku. Dia tersengih pada aku, turut menyaksikan persembahan dari lelaki misteri itu.

"Siapa dia? Kenapa semua orang tengok dia?" Tanya Angela di sebelah aku.

"Kau tengok dia kenapa?" Soal aku.

"Sebab dia kacak."

Aku menggelengkan kepala. "Dia Raid Rinamoto." Aku menjawab perlahan. "Anak Tuan Ezra Rinamoto." Anak lelaki Tuan Ezra juga boleh tahan hebat, tapi Raid tidak terkenal dan bakatnya seolah-olah disembunyikan dari dunia luar. Aku juga tidak pasti mengapa. Hanya sebilangan kecil manusia dalam industri siber sahaja yang tahu akan kewujudan Raid.

"Kau dah lama dekat dewan tadi, mesti kau tahu dia tengah buat apa?" Tanya aku semula.

"Dia tengah tunjukkan produk S.A yang tidak akan sesekali diguna atau disebarkan pada dunia luar. Demonstrasi ini khas untuk peserta dan pelawat yang datang ke pameran hackathon." Jawab Angela.

Raid mengambil telefon pintar kemudian menekan-nekan telefon pintar itu. "Sekejap, saya suruh Dayyan telefon saya." Telefon pintar yang berada di atas lantai berbunyi menandakan panggilan masuk. Raid menunduk kemudian menjawab panggilan itu. Dia berdiri menjauhi telefon tersebut. Satu cahaya terpancar keluar dari telefon, membentuk hologram manusia.

Itu hologram Tuan Dayyan! Aku membulatkan mata.

"Wahhh!" Ramai orang menjerit kagum.

"Sabar, belum lagi!" Raid tersengih. "Hologram satu perkara biasa di S.A. Tapi macam mana kalau hologram itu boleh bergerak dan menyentuh apa-apa yang berada dalam radius 10 meter?"

Hologram Tuan Dayyan bergerak keluar dari telefon pintar, tubuhnya lengkap seperti manusia sebenar. Dia berjalan ke meja yang berada di situ, kemudian mengambil sebatang pen di atas meja. Bergerak-gerak, seolah dia betul-betul wujud di hadapan kami.

Tidak cukup dengan itu, hologram Tuan Dayyan, menumbuk prop yang berada di situ sehingga hancur. Semua orang tercengang. Kekuatan seperti manusia sebenar.

"Cuma hologram, tapi dia wujud dalam bentuk pejal." Raid tersenyum sinis. "Saya memperkenalkan Teknologi 6 Dimensi, dalam kata lain kita boleh mendengar, melihat, menghidu, merasa, menyentuh, berjalan atau bergerak dalam radius 10 meter walaupun kita berada di ruang yang berlainan melalui hologram." Dia berjalan ke arah hologram tersebut kemudian memeluk tubuh Tuan Dayyan seperti dia memeluk orang sebenar. "Khas untuk hubungan jarak jauh."

Tuan Dayyan tergelak mendengar kata-kata itu. "Rindu? Call sahaja, dan mereka akan muncul di hadapan mata." Tambah Tuan Dayyan.

"Wahhhhh!" Riuh satu dewan tersebut dengan jeritan takjub.

"Tapi malang sekali, projek ini tidak akan dilancarkan untuk orang awam." Raid menolak Dayyan perlahan. "Bawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan." Dia memutuskan panggilan telefon tersebut, dan hologram Tuan Dayyan hilang. "Ia cuma cahaya tapi kita boleh menyentuh mereka dalam bentuk pepejal."

"Kenapa tuan tak nak lancarkan produk ini?" Ada seseorang bertanya lantang kepada Raid.

"Apa contoh bahaya yang akan berlaku kalau produk ini dilancarkan?" Tanya seorang lagi.

Raid menghela nafas, seraya menyandarkan tubuh pada meja di belakangnya. "Pembunuhan..." Dia terhenti sebentar. "Pembunuhan boleh berlaku dengan mudah, ia cuma hologram tapi kalau dia menyerang kita, kita tetap akan rasa sakit. Lagi-lagi kalau dia boleh angkat pisau, pistol. Kita tak boleh bunuh hologram kerana pemilik sebenar hologram tersebut berada di ruang yang berbeza. Dan yang paling bahaya, tiada kesan cap jari, tiada DNA, pembunuh boleh terlepas dengan mudah. It's like a double edged sword." Dia menggelengkan kepalanya. "You know what? If you miss someone, put effort in your relationship, and meet them face to face. It's better than hugging a hologram." Kata-kata akhirnya seakan bercanda.

Kami semua tertawa, tapi di sebalik kata-katanya kami tahu dia serius maksudkannya.

"Tapi kita boleh tengok call log mangsa yang terakhir, siapa yang berhubung dengan mangsa melalui teknologi 6D itu." Satu suara membalas. "Sekiranya mangsa dibunuh atau dicederakan."

Aku menoleh ke arah pemilik suara tersebut, kemudian tersenyum herot. Itu Amer. Baru muncul.

"Okey," Raid mengangguk. "Saya ada satu soalan, tolong jawab dengan jujur. Siapa dalam dewan ini yang tak tahu macam mana nak padam call log atau sebarang data dalam telefon orang, tanpa kita perlu pergi sentuh secara fizikal telefon pintar itu?" Dia mendepangkan tangannya dengan kening terangkat, menunggu manusia di bawah menjawab.

Satu dewan nyata terdiam. Walaupun aku tak pernah buat perkara itu, tapi aku tahu caranya. Sama ada mahu atau tidak mahu sahaja untuk melakukan perbuatan itu.

Raid tertawa berdekah dengan kesunyian di dalam dewan itu. "Lance antara negara yang termaju dalam bidang IT, AI dan teknologi." Dia tersenyum sinis. "Dalam kata lain, jika teknologi 6D itu boleh diguna oleh orang awam, dan jenayah berlaku, kita semua dalam dewan ini merupakan suspek utama sama ada pembunuhan, atau boleh jadi kita orang yang menghapuskan bukti dengan kemahiran hacking yang kita ada, dan boleh jadi kita keduanya sekali." Dia mengangkat bahu. "Ini Lance, budak 12 tahun pun dah pandai buat coding."

"Hacking is illegal in Lance, tapi berapa ramai yang buat? Berapa ramai yang duduk dalam laman web gelap dengan nama samaran, berperang dalam dunia maya?" Raid menggelengkan kepala.

Aku menelan air liur kerana aku merupakan salah seorang pengguna laman web gelap.

"Tapi semua orang ada alasan masing-masing, tujuan mereka menggodam. Saya tidak menghalang dan juga tidak menggalakkan penggunaan dark web untuk tujuan tertentu. Cerita sini, habis sini." Raid mengenyitkan mata. "Realitinya dunia siber ini gelap, kita bermain di belakang algoritma dengan persona yang pelbagai. Kita tersenyum memandang manusia di dunia realiti, tapi dalam masa yang sama menikam manusia di dunia maya."

Pap!

Raid menyatukan kedua telapak tangannya, mengembalikan manusia ke alam realiti. "Konklusinya, setakat ini teknologi 6D hanya boleh diaktifkan oleh dua orang, iaitu saya dan juga Dayyan."

Dewan itu senyap dipenuhi dengan manusia yang ligat berfikir tentang kemungkinan besar yang berlaku.

"Dan, saya nak semua yang berada di dalam dewan ini jadi saksi, jika saya dibunuh hologram, maka suspek utama ialah?" Raid mengangkat kening.

"Tuan Dayyan!" Serentak kami menjawab. Gamat tawa kami bila kepala Raid tidak semena-mena ditunjal Dayyan yang tiba-tiba naik ke podium. Kami terhibur apabila dua lelaki berpengaruh itu bergaduh di atas podium seperti kanak-kanak riang.

Aku tersenyum herot melihat mereka berdua. Aku cuma fresh graduate, masih baru lagi dalam industri. Ada banyak lagi yang aku tidak tahu, dan aku harus melompat ke dalam industri yang dipenuhi manusia yang berbakat. Tapi aku tidak tahu adakah hati kita dalam industri ini membara atas tujuan yang sama?

Kadang aku juga tertanya, adakah aku terjun ke dalam industri ini semata sebab aku nampak kerjaya sebagai seorang developer ini nampak hebat? Atau hobi aku sekadar koding tanpa ada tujuan, atau aku sebenarnya nak duit banyak semata. Atau aku cuma nak bekerja dengan S.A sebab syarikat dia menjaga gaya hidup pekerja? Atau aku terpengaruh dan terinspirasi dengan Tuan Ezra Rinamoto sehingga aku rasa nak jadi seperti dia? Apa yang membuatkan impian aku bermakna sehingga aku harus bermati-matian mempertahankan impian aku?

Tiada jawapan, yang aku tahu hati aku teruja setiap kali aku buat koding. Mungkin itu yang dinamakan sebagai passion, perkara yang buat aku teruja, dan ia bukan sekadar impian semata. 

*****

Silalah komen. Aku minat Raid Rinamoto sebab dia gegegegegenius

Continue Reading

You'll Also Like

130K 13.2K 61
tak salah kan kalau kita pernah berdoa untuk tidur selama lamanya dan tidak melalui dunia kejam ni ? Highest Ranking: #2 in Adventure [ EDITING ] cov...
101K 10.4K 51
Atas dasar rasa ingin tahu, Aleya membuat keputusan untuk menerima satu jemputan misteri ke Perlis. Ezlan pula yang dikurniakan satu kebolehan cuba...
6.6K 627 19
[BoBoiBoy Galaxy] *Selepas BoBoiBoy menang melawan retak'ka dan satu tahun selepas Stesen Tapops telah dibina semula. Apa yang akan terjadi sekiranya...
320 0 9
Kisah liku-liku hidup perjalanan seorang pensyarah universiti tempatan yang menerima biasiswa penuh dan tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat...