Senja Terakhir [COMPLETE]

By luv_ani

1.5K 125 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... More

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

30. Lewat

41 3 2
By luv_ani

Ryan encem
psst.. ada orang tak tu? 😺
aku ada nak cakap sesuatu ni, sebab aku rasa aku boleh percayakan kau. 😺
aku beritahu kau seorang saja, okey?
jangan beritahu sesiapa!

apa tu? 😙

Ryan encem
oh mungkin adakah ini cinta pandangan yang pertama?
kerana yang ku rasa ini tak biasa ☹️
jika benar ini cinta.. mula dari mana?
oh dari mana~

tanda ii apa ni?

aku.. suka seseorang.. hehe..

ah, aku pun! tak sangka HAHA

Ryan encem
SERIUS?
kalau begitu, kita beritahu sama-sama.. nak tak?

hmm.. bolehlah.. risau pula aku.

Ryan encem
alaa.. jomlaaa.. aku dulu okeh!
aku suka Elfira hehe.
syiraz?
kau pula suka siapa?

aku.. tak tahu nama dia.. next time lah

Ryan encem
apakah.. 🥲
baru excited nak tahu, kau bukannya mudah suka orang!

kau pun.. nothing special.

Ryan encem
aku bukan mudah suka sebab memang aku dah suka Fir dari dulu.
hehe.. hanya kita berdua tahu tentang ni, okey?
sebabnya aku takut.. benda tu menghancurkan persahabatan kami.
aku suka dia dari darjah satu lagi!
dia ada sesuatu yang bukan semua orang ada.
she's pretty, smart and attractive.
and she's mineeeee😺

Syiraz mengeluh berat membaca mesej-mesej mereka pada tahun lepas.

Andai Ryan tahu bahawa mereka berdua menyukai orang yang sama pada masa yang sama.

Dia masih ingat bagaimana dia mencari alasan agar Ryan tidak terus bertanya siapa perempuan yang disukainya.

Syiraz terpaksa menyembunyikan perasaan itu untuk melindungi persahabatannya. Sebaiknya, biarlah tiada sesiapa tahu. Dia bersyukur kerana Ryan dulu yang beritahu, apa akan jadi jika dia yang mula dulu?

Tidak boleh dibayangkan!

Sejak kejadian itu, Ryan sentiasa bercerita tentang gadis tersayangnya kepada Syiraz. Cara wajah gadis itu disinari cahaya mentari, disinari senyuman yang indah, dan gelak tawa yang renyai.

Sedangkan Syiraz hanya mampu mendengar.

Meskipun serba sedikit rasa cemburu.

Bab 30: Lewat

"Baba.."

Baba menoleh, tersenyum.

Melihat senyuman itu, mata Dahlia berair. Dia cuba untuk tegar.

"Angah nak Baba kuat, tau." Dahlia tersenyum sambil mendekati katil pesakit itu. "Nanti, boleh tolong Ibu doakan angah. Makin kuat angah berjaya. Kalau Baba tak ada, tak lengkap hidup angah.."

Bibir tua itu tersenyum. Tangan naik mengusap kepala anaknya, lembut. "Anak Baba.. cantik.."

Dahlia mengemam bibir.

"..anak solehah."

Mata Dahlia mula berkaca.

"Tolong kuat, Ba." Lirih anak perempuan itu. "Sebulan lagi angah SPM. Angah perlukan Baba.."

Tidak sempat Baba membalas, Dahlia pantas melarikan diri daripada situ. Dia berlari ke tandas hospital dan mengunci pintu.

Dia menghambur tangisan. Pilu.

Semua orang sepatutnya belajar pada waktu sebegini, tetapi dia berada di hospital. Dia terpaksa membawa buku-buku datang ke sini untuk belajar.

Sekarang pun jam sudah menunjukkan pukul tujuh pagi. Dia harus segera berangkat ke sekolah.

Sudah hampir seminggu dia harus menjalani hidup sebegini, ulang-alik ke hospital dan rumah. Tetapi bermula pagi kelmarin, Baba disahkan masuk wad. Setiap pagi harus memandikan dan menyiapkan kelengkapan solat serta kelengkapan harian bapanya.

Dia menangis bukan kerana lelah harus ulang-alik, bukan kerana harus menyusahkan diri menjaga, bukan kerana harus belajar di hospital, tetapi kerana dia takut akan kehilangan sosok seorang bapa.

Dia memang tulus menjaga ayahnya, dia tulus menyara keluarganya tetapi itu tidak dapat mengubah kenyataan bahawa dia masih belum bersedia kehilangan.

Keadaan ekonomi keluarganya semakin membuat dia risau. Ingin saja dia cari kerja part time, tetapi Along tidak memberi keizinan.

Kata Along, dia satu-satunya harapan keluarga untuk banggakan Baba dan Ibu.

Dahlia menghapus tangisannya sebelum membuka pintu tandas. Tangannya pedih dan terluka kerana terlanjur ketika membetulkan tayar kerusi roda milik ayahnya. Kaki mengorak langkah ke singki. Seketika, pandangannya jatuh pada bayang sendiri.

Sembab.

"Boleh, aku boleh."

Dahlia tunduk, membuka paip. Dia membasuh wajah beberapa kali sehingga rasa segar.

"15 minit, aku harus sampai ke sekolah." Ujarnya sendirian dan angguk kepada bayang sendiri.

Dahlia mula meninggalkan tandas dan kembali ke katil bapanya tadi. Dia mencapai beg sekolah dan buku-buku di atas meja hospital.

"Angah pergi dulu, ya, Ba." Dahlia bersalaman dengan bapanya sebelum naik mencium pipi dan dahi tua itu. Hatinya kuat mengatakan bahawa kulit ini tidak akan hangat selamanya.

Bakal menjadi dingin.

"Angah dah nak pergi?" Ibu dan Along datang, bertelekung. Mereka baru saja selesai menunaikan solat Subuh.

"Ya, Bu." Dahlia mencium aroma tangan ibunya sebelum mahu mencukup wajah tua itu. Oh, wanginya.

"Duit belanja untuk minggu ini, along ganti juga dengan duit kelmarin." Along menyerahkan sejumlah wang. "Angah makan apa kat sekolah kelmarin?"

Dahlia tersenyum sebelum mengambil duit itu. "Angah puasa kelmarin."

"Puasa?"

"Puasa sunat. Hari putih, kan."

Along menggeleng. "Sempat sahur, tak?"

"Sempat. Memang niat nak puasa, long." Dahlia tersenyum tipis sebelum mencapai tangan lembut itu. "Angah pergi sekolah dulu ya. Along nak kerja, kan?"

"Ya, nanti pukul lapan along pergi. Sudahlah, pergi.. nanti lambat pula."

Dahlia angguk. "Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam." Ujar mereka bertiga, mengamati bayang-bayang Dahlia yang mula menghilang.

"Ark!"

Dahlia menjerit kecil saat beg sekolahnya tiba-tiba direntap kuat oleh seseorang. Dia terdorong ke belakang. Dapat dia rasakan seseorang itu berdiri di belakangnya.

"Dahlia.."

Suara garau itu tidaklah asing.

"Lepaskan aku," ujarnya.

"Kau masih belum ke sekolah?"

Dahlia mengepal buku lima di sisi tubuh. Dia benci jika seseorang tahu tentang ini.

Dahlia akhirnya melepaskan diri daripada beg sekolahnya. Dia segera menoleh, dan automatik mata mereka bersabung tepat.

"Impressive." Puji lelaki itu sebelum menyakut beg sekolah Dahlia di bahu. "Apa berat sangat beg sekolah kau ni? Harta karun ke apa?"

"Bagi beg sekolah aku." Dahlia berucap tegas.

Lelaki itu memandangnya. "Banyak soalan aku tak terjawab."

"Beri."

Sudut bibir Zayn terangkat.

Dahlia menggertak geraham. "Aku dah lambat nak pergi sekolah ni,"

"So?"

Dahlia semakin geram, dia mula membuka langkah untuk mengambil beg sekolahnya. Dia menarik sekuat hati beg yang tergantung di bahu Zayn.

"Buruklah beg kau,"

Kemungkinan besar beg itu akan hancur jika Dahlia terus menarik sekuat hatinya.

"Dahlia!" Zayn memegang kepalanya sakit saat buku yang Dahlia pegang mendarat di situ. Beg sekolah perempuan itu segera jatuh dari bahu.

Dahlia menghembus nafas lelah sebelum mengambil beg itu dan menyandangnya di belakang.

"Kau pergi sekolah?"

"Aku rajin. Kau malas." Dahlia menyerbu.

Zayn masih memegang kepalanya yang sakit. Dia bergumam panjang sebelum pergi meninggalkan gadis itu.

"Zayn!"

Teriakan itu membuatnya berhenti.

"Kenapa tak beritahu cikgu kau ada kecemasan?"

Zayn mendengus. "Sorry, jangan kesiankan aku."

"Siapa kata?!" Dahlia menghentak kaki sekilas. Geram betullah!

Ingin saja dia menerkam lelaki itu, tapi jam tangan dikerling. Sudah jam tujuh sepuluh minit. Dahlia menggertak gigi sebelum masuk ke dalam lift hospital.

Itulah rutinnya bermula seminggu yang lalu. Lepas pulang daripada sekolah, datang pula ke sini.

Dan seminggu itu juga dia mula tahu mengapa Zayn tidak hadir. Mereka berdua berada di hospital yang sama. Rupanya, lelaki itu sedang menjaga ibunya yang tercinta.

"Dia boleh saja datang ke sekolah.. walaupun lambat.. haih macam mana boleh survive sedangkan SPM dah dekat.." lirih gadis itu. Tak akan lah lelaki itu tidak ingin ambil peperiksaan?

Dahlia hembus nafas lelah sebelum mulut bergerak menghafal rumus-rumus fizik.

Tiba-tiba dia mengeluh panjang, rumus-rumus itu tetap tidak lekat di lidah sepenuhnya. Geram!

"Kalau ada Ayuni, bolehlah ajar aku fizik.." gumamnya sendirian. Jujur, dia merindui gadis itu, tetapi.. apa yang telah dilakukan Ayuni, sangatlah membuat dia kecewa.

Apatah lagi Elfira.

Setapak demi setapak diatur keluar daripada bangunan hospital, sehingga matanya berbinar melihat sebuah kereta menunggunya. Tidak ada jalan lain, selain menempah grab.

Sudahlah guna duit sendiri, hiks!

Setelah beberapa minit dia menaiki grab, akhirnya dia sampai ke sekolah. Dia berlari selaju mungkin ke pagar sekolah yang mula ditutup.

"Sabar!! Sabar!" Dahlia berlari sambil berteriak. Muka tebal dipasang. Apalah nasib pengawas lelaki hari ini yang menjaga.

Mana pengawas perempuan? Tak bertugas ni!

Dahlia menggertak gigi, tangan dililit di tiang pagar yang sudah ditutup. "Saya datang tepat pada masa!"

"Sekarang sudah pukul 7.50 pagi, kak." Ujar pengawas lelaki itu. "Kenapa akak datang lambat?"

Dahlia melirik jam tangannya. "Eh, baru pukul 7.49! Awak ni tak pandai mengira ke?!"

"Pagar seharusnya ditutup pukul 7.45, kak Dahlia."

Dahlia mengepal penumbuk. "Ikutlah apa yang awak nak beri sebagai hukuman, sekarang.. saya nak masuk. Saya nak belajar juga, dik."

Pengawas itu hanya kaku.

"Kenapa pula marah anak buah aku?"

Dahlia tiba-tiba gerun mendengar suara itu. Dia menoleh.

Syiraz kini berdiri sejajar di hadapannya, mengorak langkah ke pagar.

Pagar sekolah kini memisahkan jarak mereka berdua.

Tangan Dahlia perlahan melepaskan cengkaman pada tiang pagar. Dia menelan liur.

"Syiraz.. tolong.." rayunya.

Syiraz menatapnya untuk beberapa detik sebelum berpaling membelakanginya.

Dahlia menggerutu. Harapnya lelaki itu sudi membantu.

Tiba-tiba pengawas tadi kembali membuka pagar, senyuman Dahlia melebar. Baiknya hati ketua pengawas kita!

"Dahlia,"

Selepas saja dia berjaya melangkah ke dalam kawasan sekolah, nama dia meniti di bibir jejaka itu.

Dahlia mengeras.

"Lari keliling padang LAPAN kali." Sengaja perkataan itu ditekan sebelum kaki Syiraz melangkah meninggalkan perkarangan sekolah.

Dahlia ternganga.

"Kak, sabar ya." Ujar anak buah Syiraz tadi sambil menutup pagar sekolah. Dahlia mencebik bengang.

"Ih, awak ni tingkatan berapa ha? Suka hati sayalah nak terima hukuman macam mana.. awak niiii!" Dahlia meluapkan rasa geramnya kepada pengawas yang tidak bersalah itu.

Tetapi budak itu hanya ketawa kecil. "Apa kata akak pergi masuk kelas sekali dengan abang Syiraz? Tak adalah nampak lewat sangat."

"Bab perli nombor satu ya awak ni," Dahlia menjeling sebelum berlari mengikuti langkah Syiraz. Idea itu bernas juga.

Pengawas itu hanya menggeleng.

"Psstt,"

Bisikan itu membuatnya menoleh ke pagar.

"Boleh buka pagar tak untuk abang? Ketua pengawas dah tak ada, kan?"

"Abang Ryan?!"

_________

"Aku cakap lari keliling padang, kan, tadi." Syiraz berdecih sambil berjalan. Dahlia cuba menyamai langkah panjang itu dengan berlari kecil.

"Ala, nanti balik okey? Nak belajar juga." Dahlia melirih.

"Ikutlah, sebelum aku gandakan denda tu."

Dahlia ternganga di belakang. Apa?! Lapan itu sudah cukup banyak!

"Eh, tak mahuu!" Dahlia menggeleng. "Ya aku buat!"

Tiba-tiba Syiraz berhenti, sehingga dia tertabrak di belakang jejaka itu.

"Sakitlah! Kenapa berhenti?!" Dahlia mengurut dahi sendiri sebelum mengalihkan pandangan ke depan.

"Dahlia?" Elfira memiringkan kepala, menatap Dahlia yang separuh ditutup oleh tubuh Syiraz.

Dan di belakang Elfira, ada Ryan yang membalas pandangan mata Syiraz.

Nampaknya, Elfira tidak tahu bahawa ada sosok lain di belakangnya.

Dahlia merungut dalam diam.

Mereka berempat kini berdiri sejajar di luar kelas. Bermula dari kiri ialah Elfira, Dahlia, Syiraz dan Ryan.

"Sebab kau, aku perlu turun untuk pastikan kau datang atau tak." Syiraz mengeluh.

"Eh apa pula aku?! Aku ni bukannya VIP nak tunggu-tunggu!"

"Maksud kau, Virus In Program?" Ryan menyelutuk.

"Ih!" Dahlia semakin geram. "El, tengok mereka ni!"

Elfira hanya bungkam sebelum Dahlia mencubit lengannya. "Eh.. apa?"

"Kau tenung apa, Fira?" Soal Syiraz.

"Er.. tak.."

Elfira mengeluh dalam diam.

Mereka berempat terpaksa berdiri di luar kelas. Kerana menurut cikgu fizik, atau cikgu disiplin, mengatakan bahawa mereka tidak cakna dengan masa.

Tidak kira sebesar mana pun jawatan yang digenggam keempat-empat mereka, hukuman patut dilanjutkan.

Lewat sangat! 8.00 baru sampai ke kelas! Layak mendapat hukuman.

"Bukan sebab kau VIP," Syiraz mencelah tiba-tiba. "Tapi sebab ketua kelas kita arahkan aku untuk tunggu kau."

Entah kali ke berapa, Dahlia ternganga.

"Danial?!"

"Shhhh," Elfira mencelah. "Bukan ke sepatutnya benda ini dirahsiakan?"

Syiraz menoleh. "Atau kau nak Dahlia ingat dia VIP?"

"Aduh," Elfira menggeleng. "Biarlah dia halu."

"Ehh!!" Dahlia makin geram. "Sekepala betullah korang ni!"

Syiraz ketawa kecil, membuat Dahlia tercengang. Apakah..

"Nonsense." Suara Ryan muncul. Mereka bertiga automatik memandangnya. "Mohon jangan berbincang di sini. Beta mahu mendengar penjelasan soalan fizik yang ke sepuluh dalam buku latihan."

"Kau dengar ke?" Soal Dahlia.

"Kita berada di luar kelas, bukan luar negara, Dahliaku." Kutuk Elfira. Dahlia tersenyum kerang.

Meskipun mereka tidak berada di dalam kelas, suara cikgu fizik cukup kuat untuk mereka mendengar. Dalam hati, Ryan bersumpah serapah kerana datang lewat. Sudahlah, cikgu berbincang tentang soalan popular!

Tetapi dia tidak menyesal kerana katakanlah jika dia tidak datang lewat dan tidak dihukum, hanya Elfira, Syiraz dan Dahlia yang berada di sini.

Dan dia tidak suka jika Elfira dihukum tanpa keberadaan dia.

+++++++

"Bonda nak tidur?"

Bonda angguk.

Zayn tersenyum tipis sebelum membetulkan postur katil hospital agar ibunya selesa untuk tidur.

"Tidur yang nyenyak, Bonda." Ujar Zayn sebelum mencukup dahi ibunya.

"Ez mahu ke mana?"

Zayn berfikir sejenak. "Ez nak jenguk ayah kawan Ez, sebab kawan Ez pergi sekolah."

Bonda menatapnya kosong. "Ez patut pergi ke sekolah.."

"Tak apa," Zayn menggeleng. Jujur, dia tidak bersedia untuk menghadapi segala masalah yang dia sendiri cetuskan di situ. "Ez nak jaga Bonda. Bonda tidur dulu, okey? Ada nak apa-apa tak?" Soalnya prihatin.

Bonda menggeleng. "Nak tidur,"

"Ya.. tidurlah." Zayn mengusap kepala ibunya lembut dan penuh kasih. Akhir-akhir ini, dia cuba untuk menjadi anak yang memberi kasih sayang cukup kepada orang tua. "Ez pergi dulu, okey? Tak lama pun."

Selepas itu, dia keluar daripada bilik VIP itu, mengorak langkah ke blok wad sebelah.

"Assalamualaikum,"

Terdapat seorang lelaki paruh baya terlantar di atas katil pesakit, dan seorang wanita paruh baya duduk di atas kerusi.. yang Zayn anggap sebagai isteri kepada pesakit itu.

"Waalaikumusalam." Jawab wanita itu.

"Eh, Zayn!" Ibu bangun daripada kerusi. "Zayn datang ke sini lagi.. Bonda macam mana? Sihat?"

Zayn angguk lembut. "Sihat, alhamdulilah. Zayn ada bawakan buah tangan untuk pakcik."

"Susah-susah aje,"

"Tak susah pun, makcik. Alang-alang ada baki. Kongsi lah, kan." Zayn bertutur lembut sebelum mendekat ke katil pesakit, tempat bapa Dahlia baring.

"Pakcik macam mana?"

Baba hanya tersenyum tipis. Suka akan kehadiran kawan lelaki anaknya.

"Pakcik semakin okey, alhamdulillah."

Zayn angguk faham.

"Maaf kalau makcik nak tanya,"

Zayn menoleh.

"Zayn tak ke sekolah ke? Sebabnya.. Dahlia ke sekolah. Mungkin, Zayn masuk kelas online kah?" Soal Ibu disela-sela ketawa kecil untuk menghilangkan canggung.

Zayn menggeleng. "Saya belajar sendiri saja. Tak sangguplah nak tinggalkan Bonda, dia ada masalah kerap kencing. Susah pula orang lain nak papah dia kalau apa-apa berlaku."

Ibu angguk faham. "Dengan izin Allah, Bonda akan sihat."

Zayn menerbitkan senyum. "Dengan izin Allah.."

Ibu Dahlia sudah mengenali Zayn saat mereka menjejak kaki di hospital ini. Tanpa pengetahuan Dahlia, Zayn seringkali datang membawa makanan atau buah tangan untuk pasangan itu.

"Kalau apa-apa nak tanya tentang belajar, tanyalah Dahlia."

Zayn hanya angguk meskipun dia memang tidak akan melakukan itu.

"Baguslah, Zayn. Sanggup korban diri untuk jaga ibu tersayang." Puji Ibu. "Makcik kagum. Agaknya kalau makcik ada anak lelaki, macam ini juga ke?"

Mereka berdua menghambur ketawa.

"Makcik hanya ada dua orang anak perempuan, dah bersyukur.."

Zayn memotong. "Lebih baik daripada anak tunggal."

Ibu hanya angguk. "Ya.. makcik bersyukur. Hm.. ayah Zayn tak datang ke hari ini?"

Zayn geleng. "Tak, kut. Dia sibuk dengan kerja. Biarlah, saya kan ada untuk jaga Bonda."

Lagi dan lagi, wanita itu kagum dengan prinsip seorang Zayn Ezrin.

"Makanlah makanan ni nanti, pakcik, makcik." Zayn memandang lelaki paruh baya itu. "Dan.. doakan Zayn juga ya."

Ibu mengangguk laju. "Pasti, pasti."

"Terima kasih, ya, nak.." Bapa Dahlia bersuara.

"Tak apa,"

"Kami tak tahu apa kebaikan kami sehingga Allah utuskan orang sebaik kamu datang." Ujar Baba.

"Saya tak sebaik itu. Saya juga mahu tebus segala dosa saya.."

Baba dan Ibu tercengang.

"..saya bukan orang baik." Zayn mengemam bibir. Entahlah, dia merasa bersalah tanpa alasan yang munasabah.

Dia tidak menemukan titik kesalahan itu, tetapi dia rasa menyesal.

"Nanti Dahlia pulang, tolong jangan beritahu dia tentang kehadiran saya." Ujar Zayn sebelum meminta diri.

Itulah ayat yang sama dituturkan seminggu yang lalu sebelum dia beredar.

++++++

"Abangg!"

Syiraz menoleh. Mata dikucilkan ke arah sekumpulan anak buahnya yang berlari mendekat.

Dia baru saja selesai melahap makanan di kantin dan bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat pengawas 20 minit sebelum masuk ke kelas.

Masa semakin suntuk, jadi dia terpaksa mengambil waktu rehat untuk berbincang tentang hal ehwal pengawas.

"Apa lagi korang buat ni? Jangan masuk mesyuarat lambat." Ujarnya, tenang tapi menekan.

"K.. kak.." salah satu daripada mereka mencuba untuk menjelaskan sesuatu, tetapi aturan nafasnya laju.

"Tenang.. tenang." Bisiknya lembut. "Tak sempat makan ke? Makan aje lah. Abang tunggu."

Jujur, Syiraz rasa simpati dengan anak-anak buahnya yang harus ikut serta dalam mesyuarat itu. Tetapi tidak ada pilihan lain, hanya hari ini, dan waktu ini saja dia free time.

Masing-masing perlu saling berkorban.

Lepas ini, sudah kena fokus ke peperiksaan, no more pengawas!

"Kak.. Dahlia, bang!" Salah seorang yang lain tiba-tiba bersuara.

Syiraz mengerut kening. "Kenapa?"

"Dia.. dia pengsan!"

"Peng.. san?!" Syiraz terperanjat. Tangan dimasukkan ke dalam poket blazer untuk kekal bertenang. "Dia buat apa sampai pengsan?"

Kasihan, peluh rintik-rintik jatuh daripada wajah budak-budak itu. Nampak sangat mereka usaha untuk mencari keberadaan dia.

"Dia berlari di padang, tapi tak sampai lapan kali pun!"

Ikutkan hati, dia ingin ternganga, tetapi tiba-tiba datang sekumpulan anak buahnya yang bukan ajnabi. Bertudung manis.

"Bang, kak Dahlia pengsan!"

"Kenapa beritahu dia?" Kawan kepada gadis yang bersuara itu melanggar bahu.

Syiraz terkekeh dalam diam.

Kena stay cool!

"Tolong beritahu kak Elfira di kelas 5IQ." ujarnya sambil memandang anak mata itu sekilas. Kemudian, dia kembali melihat anak buahnya yang lelaki.

"Tolong pergi minta izin dengan guru yang bertugas di bilik kesihatan untuk kosongkan katil murid perempuan. Beritahu ini arahan saya," Syiraz bertutur sebelum lari kecil meninggalkan mereka.

Manakala pengawas perempuan tadi pula, tiba-tiba merah wajahnya. Aku eye contact sesaat dengan ketua pengawas, engkau ada?

Sementara itu, sudah tidak ada sikap tenang, Syiraz tergesa-gesa ke kawasan padang. Cuaca yang panas terik ini, sangatlah berbahaya.

Buatlah hukuman itu pada waktu pagi! Ini tidak.. tengah hari juga dipilihnya. Syiraz merungut dalam hati. Sekarang, siapa yang susah!

Peluh merintik-rintik jatuh. Rambutnya basah sedikit, dan wajahnya lembap. Syiraz berdehem tatkala mendapati Dahlia sudah dirangkul erat oleh seseorang.

"Pantas," Bisiknya, kagum.

Elfira yang sedang berusaha mencepung tubuh itu, tiba-tiba bertemu mata dengan Syiraz.

"Fira, bawa ke bilik kesihatan! Aku dah minta anak buah aku siapkan katil." Tanpa melengahkan masa, Syiraz terus mendekat. "Kau boleh angkat, kan?"

"Boleh." Jawabnya singkat seraya melarikan pandangan. Dia mencepung tubuh itu hingga sampai ke tempat berteduh.

"Elfira! Dahlia!"

Syiraz menoleh.

Ada sekitar lima orang rakan sekelasnya yang perempuan datang berlari.

Syiraz terpana.

Tidak membutuhkan waktu yang lama, mereka bekerjasama mencepung tubuh itu sehingga sampai ke bilik kesihatan. Syiraz hanya mampu mengekori mereka dari belakang.

"Ya Allah!" Syiraz menepuk dahi sendiri. Jam tangan dilirik.

"5 minit sudah berlalu.." Syiraz menghela nafas berat. Dahlia, kenapa kau perlu menyusahkan aku? Batinnya.

Tambahan lagi, penolongnya sudah tidak ada. Ayuni pasti tidak akan hadir. Sekarang, dia harus menjalankan tanggungjawab tanpa pertolongan gadis itu.

Syiraz mengepal buku lima di sisi tubuh.

"Elfira,"

Elfira yang baru saja ingin masuk ke dalam bilik kesihatan itu, tiba-tiba tersentak.

"Mesyuarat."

Gadis itu berdecih kecil. "Dahlia perlukan aku."

"Biar orang lain uruskan," Syiraz bertutur, tegas. "Sekarang, aku yang perlukan kau."

Kawan sekelas yang lain tiba-tiba menekup mulut sendiri, tidak percaya dengan kata-kata itu. Mereka mendengar dari dalam.

"Cepat, kibaskan Dahlia!" Zuhaira menegur, tangannya mengibas Dahlia dengan buku kecil meskipun kipas sudah ada. Dia juga mendengar, tetapi usahlah masuk campur hal mereka.

Mereka semua segera mengibas kembali. Wajah Dahlia pucat lesu, tubuhnya yang lemah berhasil diletakkan di atas katil.

"Kau setiausaha aku, Ayuni dah tak ada. I need you." Ujar lelaki itu sebelum pergi meninggalkan Elfira yang kaku.

Lihat, lelaki itu mula bertelingkah seenaknya. Sekali lagi.

Elfira menahan geram dan marah, seraya menyarung kasut sekolahnya kembali.

Kawan tengah sakit! Kecemasan! Nak juga suruh kita masuk mesyuarat!

Hati Elfira menjerit tertahan, namun dia tetap mengikuti langkah tubuh tegap itu. Dia sedar akan tanggungjawabnya.

"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 297K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.4K 74 5
Aku... Areena Imilya. Pernah terlibat dalam kemalangan dua tahun lalu hingga hilang ingatan. Kebanyakan memori yang datang seimbas lalu hanyalah laut...
818 399 26
Setiap percintaan pasti ada kisahnya tersendiri yang tidak sama dengan orang lain. Begitu juga dengan kisah mereka di dalam cerita ini. Mengisahkan t...
938K 97.6K 28
"matahari masih indah." > @mintytxt, | 2021 - n.