Senja Terakhir [COMPLETE]

By luv_ani

1.6K 125 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... More

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
29. Keep A Friend
30. Lewat
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

28. Hancur

38 3 2
By luv_ani

"Kau harus hancur.."

Suara garau itu terdengar nyaman, namun racun dalam diam.

"...untuk menjadi milikku."

Tika itu, bulu roma Elfira menegak. Dia terdiam seribu bahasa. Mata mereka masih bertemu.

"What the.." umpat Fahrie. "Zayn suka Elfira kah?" Soal Jannah di belakang.

Fahrie kaget. Dia segera menjarakkan diri. Terangguk-angguk dibuatnya meskipun dia tidak pasti.

"Itu bukan suka..." Fahrie memandang Zayn kembali. Lelaki itu masih tidak ingin memutuskan pandangan.

"Terus?" Soal Jannah.

"..itu obses." Fahrie berbisik keras, mengundang kekeliruan di mata Jannah.

"Suka bukan begitu, kak." Dia terus berbisik. "Suka akan memastikan orang yang disukai itu bahagia, bukannya sengsara."

Jannah terkesiap.

Dan kini, Elfira berundur. Dia menggeleng laju.

"Kau gilakah?"

"Yes!" Jerit Zayn. "Aku gilakan kau!"

Fahrie dan Jannah juga tergamam. Elfira kepal penumbuk.

"Kau tak dapat tengok kah? Aku stalk kau bermula dari media sosial sehingga kita bersemuka! Aku cari tuisyen malam yang kau masuk, dan aku paksa walid aku hantar aku ke situ! Aku selalu tengok kau dari jauh.. cari sesuatu agar dapat bercakap dengan kau, bertemu kau.. aku nak hanya aku yang ada dalam fikiran kau! Sebab itu aku buat pertarungan, sebab aku pasti.. kau akan selalu fikirkan aku.."

Dada Elfira berombak laju.

"..kau tak sedarkah seberapa cintanya aku kepada kau?" Soal Zayn, matanya menggelap. "Aku sembunyikan segala maklumat tentang keluarga kau supaya kau terus cari aku, bersama dengan aku! Sebab, nanti kau bertemu mereka dengan cepat, kau akan lupakan aku, Ra!"

Segala kebenaran itu, menyakitkan.

"Aku buat semua itu untuk bersama dengan kau." Ujar Zayn, nadanya turun seoktaf. "Kau harus terseksa untuk jadi milik aku!"

"Tak adil," Hanya itu yang keluar dari bibir Elfira, sesingkat itu, yang mampu membuat darah Zayn menggelegak.

"Kau tahu apa yang lebih tak adil?" Rahang Zayn tegang. "Aku lambat 10 tahun!"

Mereka semua mengernyit bingung.

"Walaupun selama 10 tahun itu aku tengok kau dari jauh, aku tetap terlambat.. aku tetap tak dapat kalahkan Ryan!" Teriaknya sekuat hati.

"Kerana bukan aku kawan yang mendengar semasa kau tewas, kerana bukan aku yang sentiasa boleh tengok senyuman kau dari jauh tanpa harus menunggu. Dan kerana.. Ryan sudah pegang hati kau selama 10 tahun, dan itu.."

Zayn menelan ludah, penumbuk dikepal erat. "..buat aku kalah."

Dia benci kerana dia pernah menjadi pengecut dulu, mengenali Elfira untuk 10 tahun lamanya tetapi baru munculkan diri, dia benci kerana dia harus menunggu masa yang tepat untuk menjadi pemberani.

Fahrie dan Jannah saling menukar pandangan. Zayn yang sekarang, sudah berubah 180°, seperti lelaki yang kalah dalam percintaan.

"Kerana apa? Kerana kau nak tipu perasaan kau selamanya? Kau takut kau akan kehilangan dia sebagai sahabat.." Suara Zayn mengendur. "..kenapa bukan dengan aku?"

Elfira menggeleng dan berundur setapak.

"Kau tak akan takut untuk hilang aku sebagai sahabat, sebab dari awal memang kita tak bersahabat! Aku memang suka kau dari mula lagi! Sebab itu aku buat semua ini, Ra!"

Zayn masih tidak ingin berhenti meluahkan perasaannya. "Aku.."

"Kerana kau bukan Ryan Haikal."

Mata Zayn berubah layu bila ayatnya dipotong laju. Riaknya berubah.

"Itu kan.. pengakuan yang kau nak dengar?"

Elfira menyorokkan tangannya yang mula menggeletar. Dia mula menyoal adakah tindakan ini bijak atau tidak.

"Kau.. bukan dia. Dia.. tak akan pernah menjadi orang lain, dia tetap Ryan Haikal yang aku kenal selama 10 tahun. Apa pun perasaan aku kepada dia, kau.. bahkan dia tak perlu tahu tentang itu."

Elfira menjaga ketat hatinya yang entah milik siapa, membuatkan semua orang keliru.

Sebaiknya, biarlah hanya dia yang tahu.

"I wish I could be him, Ra! Sepatutnya aku, bukan dia! Kau tak boleh bersama dengan orang lain selain aku, aku boleh hancurkan dia!!"

Bbuk!

"Itu untuk adik aku."

Fahrie Fayyad bertutur dengan tenang, bersama tatapan yang mampu membunuh orang. Satu tumbukan mendarat di rahang Zayn.

"Dan ini untuk semua tipu helah kau."

"Fahrie!" Jannah menjerit tertahan saat lelaki itu menghantam perut Zayn.

Zayn terhuyung ke belakang, tangannya tadi memegang rahang, automatik berpindah ke perut.

"ZAYN!"

Elfira masih kaku saat Syiraz berlari melindungi Zayn.

"Apa yang terjadi?!"

Syiraz menjerit sederhana. Dia memandang mereka bertiga bergilir-gilir.

Fahrie mengepal penumbuk di sisi tubuh. Masih tidak puas melampiaskan segala kemarahan kepada Zayn.

"Tepi."

Arahan Fahrie membuat semua orang membeku.

"Aku kata tepi!"

Syiraz ditolak menjauh sebelum satu lagi penumbuk jatuh pada rahang Zayn. Bibir lelaki itu pecah sedikit.

"Sudah,"

Elfira dan Jannah memandang Syiraz. Lelaki itu memohon, dengan tangan penuh bergetar.

"Bonda Zayn.. perlukan dia.." bisik Syiraz saat pandangannya bertukar dengan Elfira. Gadis itu mengemam bibir.

Bab 28: Hancur

"Bonda! Bonda!" Zayn menerobos masuk ke bilik itu sesudah mendapati sang ibu sedar.

Bonda tersenyum. Manis.

"Bonda..." Zayn mendakap erat tubuh yang terlantar di atas katil itu. Segala penjelasan yang diberikan oleh doktor dicerna dengan baik sebelum masuk.

Zayn menghela nafas berat, syukur pelukannya masih boleh disambung oleh sang ibu.

"Apa yang Bonda lakukan ni?" Zayn melepaskan pelukan itu, mata mencerlung wajah lembut Syurganya. "Kenapa tak beritahu sepatah pun tentang penyakit Bonda kepada Ez?"

Bonda dilanda perasaan gementar. Dia menyentuh pergelangan tangan anak lelakinya. "Bonda takut kamu risau.."

"Malah Ez lebih risau jika Bonda tak beritahu sepatah perkataan pun," Zayn hembus nafas panjang. "Ez tahu Ez tak penting.."

"Tak, Ez penting sangat.." Bonda menggeleng.

Zayn mengemam bibir seraya bangun daripada katil. Dia menjauh perlahan. Bonda menatapnya dengan mata berkaca.

"Ez penting.." ulang Bonda, tetapi Zayn semakin menjauh.

"Kenapa semua orang nak hancurkan hidup Ez?!" Bentaknya. Perasaan dia sungguh sensitif sekarang. Bonda terperanjat.

"Ez call Walid, dia tak angkat!" Teriaknya. "Sebab Ez tak penting untuk dia? Sekarang, Bonda tak beritahu sepatah pun tentang penyakit Bonda dari dulu lagi.. sebab Ez tak penting?!"

Bonda menggeleng, matanya berkaca. "Tak.. Ez..."

Zayn menekan kedua-dua mata dengan ibu jari dan jari telunjuk untuk menolak air mata terus jatuh.

"Ez?"

Walid datang, lengkap dengan pakaian kerjanya yang berwarna biru berlencana emas. Rambutnya kusut.

Syiraz berada di belakang.

"Kenapa Walid datang?" Zayn mengepal penumbuk di sisi tubuh, dia ketawa tiba-tiba. "Walid tak perlu datang,"

"Kenapa tak ada satu pun yang beritahu Ez tentang Bonda?!" Teriak Zayn, kuat. "Nak tunggu Bonda kanser tahap 4 dulu.. baru beritahu?"

Walid memandangnya dengan mata bergetar.

"Seriuslah.." Zayn mengeluh berat sambil berundur. "Sudah berapa tahun aku hidup dalam penipuan.."

"Tahu tak?.." Suara Zayn mengendur, memandang sang ayah dan ibu bergantian. Tangan naik menyentuh dada sendiri. "Ez ni kecil lagi tau!? Baru 17 tahun.. Ez ni belum dewasa! Sekuat apa pun Bonda dan Walid nampak Ez macam ni..."

"..Ez tetap budak! Budak lagi!? Masih memerlukan ibu bapa!!" Zayn jatuh terduduk. Kedua-dua lutut menongkat tubuh. Saat ini, dunianya kembali hancur.

Dan dia kembali lemah.

Syiraz pantas berlari dan memeluk bahu lelaki itu. Sungguh, dia tidak sanggup melihat sahabatnya bersedih.

"Cukuplah.." Zayn mengerang. "Cukuplah.. tolong.."

Kala itu, Walid dan Bonda harus menerima bahawa Zayn Ezrin yang berumur 15 tahun, yang menyorokkan segala rasa sakitnya dan tidak membenci sedikit pun.. sudah lenyap secara perlahan. Yang ada hanyalah Zayn Ezrin berumur 17 tahun.

Iaitu lelaki yang berusaha untuk mengekspresikan perasaannya, merayu untuk berhentikan semuanya.

"Ez taknak dewasa.."

Rayuan demi rayuan didengar.

"Ez hanya nak ibu bapa Ez bersatu!"

"Ez..." Walid mendekat, matanya bergerak nanar. Sukar untuk dihadam apa yang ada di depan matanya.

"Ez budak lagi, sumpah!!" Dia terus meraung dalam dakapan Syiraz. Dia masih tergolong di dalam budak remaja, dia masih tidak dewasa.

Dan dia masih belum bersedia untuk dewasa.

Bonda menggeleng, ingin menenangkan anaknya tetapi dia tidak boleh berganjak daripada katil. Tubuhnya penuh dengan wayar. Wajahnya memucat, tidak terurus.

Zayn hanya dahagakan kasih sayang. Dia hanya perlukan perhatian. Itu saja.

Sumpah, hanya itu.

+++++

"Kau.. tak dengar kan apa yang.."

Elfira gugup saat mata Ryan menjegil tajam ke arahnya. Selama lima minit mereka berjalan, tidak ada satu pun yang ingin bersuara sehinggalah dia yang membuka cerita.

"Apa?"

Elfira menggeleng, dia memandang ke arah lain. Sungguh, jantungnya tidak dapat bertenang saat ini. Apalagi pengakuan tadi..

Mata Elfira terbeliak saat mendapati Ryan hadir tiba-tiba waktu itu. Tanpa menunggu sesaat, Elfira pergi ke arah Ryan dan..

"Jom pulang."

Dan tanpa sepatah perkataan pun, lelaki itu angguk setuju.

Kini, mereka berdua hanya berjalan kaki memandangkan waktu sudah petang mencapai pukul enam, teksi atau grab sudah tidak ada. Fahrie pula hanya menaiki motor, menunggangi Jannah dengan penuh rasa terpaksa.

"Rahsia apa?" Soal Ryan, suaranya datar.

"T.. tak ada apa.." Elfira sanggup berdiam diri asalkan Ryan tidak tahu tentang itu.

Tetapi Elfira salah kerana bertanya. Sepatutnya, dari mula lagi dia tidak patut bertanya supaya Ryan tidak rasa terpinggir.

Dan.. itulah yang Ryan rasakan sekarang. Terpinggir. Asing.

"Apa yang aku tak tahu, Fir?" Nada Ryan menekan. "Apa yang kau rahsiakan dengan Zayn sampai aku tak boleh tahu?"

Ryan berhenti melangkah. Nadanya dikawal seboleh mungkin. Dia kecewa. Seberusaha apapun dia ingin menyembunyikan itu, dia tidak boleh.

Dia tetap kecewa.

"Kau terlalu dekat," Gadis itu menunduk seraya berhenti melangkah. Tak terasa mereka sudah di depan halaman rumah mereka.

Ryan pula menunduk, melihat jarak mereka. Tidak dekat, dan tidak jauh. Malah, dia berundur agar gadis itu selesa. Jadi, apa yang Elfira maksudkan?

"Aku memerlukan seseorang yang tak terlalu dekat, yang tak tahu semuanya tentang aku, yang tak tahu kelemahan aku. Boleh tak? Boleh tak kau.. kau faham aku? Aku penat, Ryan, aku penat. Aku tahu aku penat, dan aku penat lakukan itu.." Elfira terus saja menunduk, tubuhnya gementar. Dia gugup.

Jauh di sudut hatinya, dia sebenarnya terlanjur berkata-kata kerana sakit hati dengan peristiwa tadi.

Maka, dia menarik nafas sebelum menyambung. Ryan tidak boleh syak apa-apa.

"..boleh tak.. boleh tak kau.."

"Tak."

Elfira angkat wajah dan menatap lelaki itu.

"Kau boleh menjauh, kau boleh buat apa pun yang kau nak. Kau boleh bohong semua orang, tipu semua orang. Tapi kalau kau tanya aku, jawapannya tak. Aku tak boleh."

Elfira terkebil-kebil. Batinnya berbisik, tak boleh apa?

"Aku tak boleh jauh dari kau."

Ryan mengenggam jemarinya erat, berusaha menyembunyikan tangannya yang kian menggeletar. Dia juga gugup.

Elfira kaku.

Ryan menghembus nafas lelah. "Aku minta maaf jika kau terasa, tapi.. aku cemburu."

"..dan aku penat menahan itu." Tutur Ryan sebelum berganjak ke pagar rumahnya.

Sebelum tangan membuka pagar, dia memandang gadis itu yang masih kaku.

"Sumpah, aku cemburu sangat."

Bisiknya, yang hanya boleh didengar oleh diri.

Tak terasa, pelupuknya memanas. Dia melihat semuanya, tetapi dia tidak mendengar. Dadanya terasa dihempap batu, apatah lagi encik jantung mula menjalankan tugas.

Memang hiperbola, tetapi selama 10 tahun.. dia tidak dapat mengawal lagi perasaan itu.

Sehinggalah dia sendiri yang membuat keputusan untuk menjauhkan diri. Tangan membuka pagar, dan selepas itu tidak ada lagi kepala yang menoleh, dan mata yang memandang penuh sayang.

_________

"Aku tahu kau penat dengan semua ini, tapi aku nak tegur sedikit. Seeloknya, kau berbincang baik-baik dengan ibu bapa kau. Lagi-lagi ibu kau itu.. berisiko." Syiraz mendudukkan diri di tepi Zayn. Buat masa sekarang, Zayn ingin bersendirian.

"Sebelum dia jadi ibu kau, dia pun pernah jadi budak kecil yang diasuh oleh ibu bapa dia juga." Tutur Syiraz, lembut dan syahdu. Zayn menunduk, menutup sepenuh wajah.

"Jangan hanya kerana dia sudah tua, kau sesuka hati meninggikan suara kepada dia, seperti tadi.."

Segenap rasa bersalah datang.

"..kau tak tahu apa yang dia korbankan demi kau, hanya saja ibu tak tunjuk kesusahannya."

Zayn mendengus seraya mengangkat wajah. "Aku.. tak berniat buat macam itu.. aku cuma rasa ditipu, kau faham tak?"

Keadaan Zayn tidak terurus, dia stres.

"Ya, aku tahu.." Syiraz mengusap pundak sahabatnya. "Aku tegur.. sebab aku tahu rasanya."

Syiraz juga pernah merasakan perasaan itu.

"Aku tegur.. sebab aku taknak kau menyesal." Syiraz bukam sejenak, menelan liur dengan perit sebelum menyambung. "Aku taknak kau jadi seperti aku. Sebab itu.. aku tegur.."

Zayn tergamam, dia menunduk kembali.

"Tapi tentang berbincang itu.. Elfira suruh aku sampaikan. Dia nampak.. takut.. sebelum dia pergi."

Kali ini, Zayn ada sebab kenapa dia terus memandang mata Syiraz.

Kerana nama itu, baru saja dia hancurkan, tetapi.. gadis itu masih saja memberi semangat.

"Mana dia?"

Syiraz angkat bahu. "Dia sudah pergi."

Sudah pergi..

"Ke mana?"

"Ryan datang tadi, jemput dia."

Zayn meraup wajah kasar apabila mendengar nama itu. Kepalanya memutar ulang cara Elfira berbicara, cara gadis itu mengungkapkan perasaan.

Bahkan dia tidak sedar bahawa dia sama saja seperti Ayuni.

Saling menghancurkan orang yang sama, orang yang tidak bersalah sedikit pun.

"Dia tinggalkan aku untuk lelaki itu?"

Syiraz tidak berkutik, malah menyembunyikan rasa terkejutnya.

"Dia tinggalkan aku.."

Syiraz hanya tenang, tetapi tiada siapa tahu apa yang bermain di fikirannya.

"..untuk lelaki itu?"

Zayn semakin rasa serabut, dia menjambak rambutnya frustrasi.

"Elfira itu pusat dunia, jika dia hancur, dunia juga turut hancur.."

"..namun begitu, dunia tak akan hancur begitu saja. Mereka akan mencari siapa penghancur tersebut."

Suaranya sendiri menghantui dia tiba-tiba. Fikiran Zayn tidak kosong, penuh dengan sosok itu.

Di bawah alam sedar, sebenarnya bukan Elfira yang hancur.

Tetapi Zayn lah yang hancur, kerana dia berusaha menghancurkan gadis itu.

Bukankah tugas pusat dunia begitu?

Akan ada bahagian lain yang datang melindungi, padahal ia hanya kekal menerima tanpa berdendam dan berganjak sedikit pun.

Bahkan pihak lawan tidak sedar bahawa mereka menghancurkan diri sendiri kerana betapa baiknya pusat dunia.

+++++

"Terima kasih, sir."

Elfira mengemas barang-barangnya ke dalam beg sandang sebelum berganjak pergi daripada tempat duduk. Semua orang beratur untuk keluar daripada pusat tuisyen itu.

Tetapi pada saat dia ingin keluar, matanya tertacap pada meja di hadapan, kosong.

Zayn tidak hadir tuisyen malam ini.

Elfira angkat bahu seraya keluar daripada situ. Akhirnya, sudah pukul 11 malam. Yang dia fikir hanyalah dua perkara.

Tidur, dan..

Ryan.

Elfira duduk di bangku penunggu seperti yang dia lakukan selama ini. Tidak ada perubahan selepas pengakuan Zayn itu.

Elfira fikir bahawa Zayn tidak harus datang, bahkan pada awal cerita ini. Dia tidak harus wujud kerana dia menyusahkan.

Tetapi dia juga berfikir jauh, semua yang Zayn lakukan bersebab dan ada alasan. Jika tidak ada lelaki itu, dia tidak akan tahu siapa keluarga kandungnya.

Ya.. walaupun lambat.

Terlebih lagi arwah adik lelakinya, Aariz, sudah tenang di alam lain. Jika tiada Zayn, maka..

Elfira membasahkan bibirnya yang terasa kering. Segalanya datang bertimbun antara satu sama lain. Dia lemah, tetapi dia harus tetap kuat.

Dia memahami apa yang Ayuni dan Zayn hadapi, kerana itu.. dia hanya diam tanpa niat untuk membalas, jauh lagi berdendam.

Tetapi kadang-kadang, memahami juga memenatkan.

Dan pemikiran itulah yang membuatkan dia berada di bangunan tingkat atas tuisyen itu. Kakinya terasa lemah, mata hanya menatap kereta-kereta yang ada jauh di bawah. Langit malam yang pekat mampu membuatnya tenang. Desiran angin yang menyapa dirinya, berhasil membuat dia memutar kembali moment hidup.

Momen dia dipukul dan dimarahi oleh Papa. Dia dikhianati oleh kawan baiknya, Ayuni. Dia dituduh oleh Fahrie suatu ketika dahulu. Seberusaha apapun dia, tidak dapat memuaskan hati batu Papa. Terkadang dia menyoal,

"Papa sayang aku tak?"

Sampai sekarang, dia tidak sedikit pun bercakap dengan Papa. Dia hindarkan diri daripada bertentang mata. Dia jadi, takut.

Selain itu, Elfira memilih untuk memutar kembali layar peristiwa yang indah. Dia mula lihat perubahan abangnya, Fahrie. Dia mula rapat dengan Mama. Dia masih ada kawan-kawan yang lain. Dia masih ada potensi untuk menjadi pelajar cemerlang. Dia bahkan pernah menyukai ketua pengawas!

Dia rasa disayangi dan dihargai, candaan demi candaan, tangisan demi tangisan. Untuk 10 tahun lamanya, dia berkongsi banyak suka duka dengan seseorang itu.

Dan sekali lagi, Elfira merasa bersalah.

Ryan Haikal kini tidak ada bersama dia. Dan itu agak menyedihkan.

Tangisannya mula datang, dadanya rasa dihiris. Pelupuknya memanas, dan mata mula bergerak nanar. Entah mengapa, tetapi dia rasa terlalu berat sekarang.

Sudah tiba waktunya dia untuk menghambur tangisan.

Kosong renungan yang dipasakkan ke bawah. Air matanya mula bergenang di pelupuk, bibirnya bergetar. Sesungguhnya, menahan air mata itu menyakitkan.

Semangatnya hilang.

Di saat matanya terpejam erat, deraian air mata jatuh membasahi pipi. Tidak dapat diungkap betapa pedih jiwanya.

Inilah sisi Elfira Amelia yang tiada siapa pun tahu, tiada siapa pun lihat dan tiada siapa pun dengar.

"Elfira.."

Elfira menoleh. Dia terkejut, jelas. Segera dia kesat air matanya, menghapuskan segala jejak.

"Syi.. Syiraz?" Elfira menyapu pandang ke sekitar sebelum kembali menatap lelaki itu. Dia menutup separuh wajah. "Kau.. buat apa di sini?"

Syiraz hanya melangkah mendekat dan tanpa disangka, dia tiba-tiba berdiri di sebelah gadis itu. Tangan juga diletakkan di balkoni.

Elfira tersentak.

"A.."

"Fira.."

Makin tersentak dia dibuatnya. Syiraz mana pernah panggil dia dengan panggilan itu.

"Di sini tempat Zayn selalu datang."

Gadis itu bungkam.

"Selepas pastikan kau pulang dengan selamat, dia akan naik ke sini.." sambungnya. "Dia suka berada di tempat tinggi, kerana itulah yang menyedarkan dia tentang kematian. Rumah dia pun, tinggi."

"Aku gayat.."

"Jadi kenapa naik?" Soal Syiraz, Elfira terbatuk kecil.

Bukannya dia tidak tahu bahawa gadis itu baru saja menangis. Ini kali pertama dia lihat Elfira menghambur tangisan sekencang tadi.

"Saja," Ujar Elfira singkat.

"Aku terfikir, apalah Zayn buat sampai kau macam ini.." lirih lelaki itu.

Elfira geleng kecil. "Bukan salah dia."

"Tahu tak?" Syiraz menatap lurus ke depan. Ada lampu-lampu kereta, lampu-lampu bangunan, semuanya menghiasi kepekatan malam. "Aku selalu tengok pergerakan Zayn, aku kenal dia macam mana.. sebab itu aku tahu dia selalu datang sini."

"Aku.. ada mata-mata." Kali ini, Syiraz berbisik. Seperti itu kalimat rahsia.

"Mata-mata?"

Syiraz angguk. "Macam spy gitu, sebenarnya itu spy ayah aku.. tapi aku ambillah mereka untuk jadi spy aku. Bijak, kan?"

Elfira geleng seraya ketawa kecil, nadanya sedikit bergetar. "Kalau anak artis, anak dato'.. memang macam ini ya?"

Syiraz menghambur ketawa.

Dan Elfira tersentak. Ini kali pertama mereka berdua bercakap kosong. Selalunya, lelaki itu suka berborak hal penting saja. Apa lagi ketawa itu.. kerana dia! Lawak ke?

"Macam mana kau tahu aku di sini?"

Seketika, mereka bertukar pandang.

Elfira menekup mulut. "Jangan kata.."

"Apa?"

"Jangan kata kau spy aku juga!"

Syiraz ketawa terbahak-bahak. "Apalah! Mana ada!"

Elfira menunduk malu. "Le.. lepas itu?"

"Aku datang dengan driver aku, untuk teman kau lah. Zayn kan dah tak ada."

"Eh, aku dah biasa seorang lah." Lirih gadis itu. Apa? Ingat dia budak kecil?

"Tapi.." Elfira mengamati ke bawah. "Zayn dah tak datang sini ke?"

Syiraz angkat bahu. "Aku rasa dia memerlukan masa untuk bersendirian."

Elfira angguk faham.

Jeda.

Tidak ada percakapan selepas itu.

Tetapi mungkin hanya Elfira yang sunyi, kerana Syiraz berusaha fikir topik apakah yang menarik untuk dibualkan.

"Hm.." Syiraz bergumam panjang.

"Kau ni kenapa?" Soal Elfira. Dia merasakan sesuatu yang janggal.

"Apanya?"

Bahkan cara Syiraz bercakap pun berbeza.

"Selama lima tahun kita kenal, sedikit pun kau tak borak kosong dengan aku tau. Selalunya, borak hal yang penting saja. Hari ini kenapa? Iman tak kuat?"

Syiraz terbatuk. Iman.. tak kuat?!

"Sorry sikit," Syiraz menjeling. "Aku ada nak beritahu sesuatu."

"Ha, nampak sangat iman tak kuat." Tawa Elfira meletus. Geram sungguh. Dia baru saja nak menangis sendirian, lelaki itu pula muncul.

"Aku.."

Drett..

"Ah, ada orang call." Elfira tersenyum tipis sebelum mencapai telefon bimbit di dalam beg. Syiraz menghela nafas berat.

Abang Fahrie ><

Elfira tersentak kecil sebelum mengangkat panggilan.

"Hei, kau pergi mana? Aku tunggu tempat biasa ni. Ke kau nak kena ambil dengan hantu?!"

Tanpa salam, tiba-tiba kena cop balik dengan hantu.

"Sorry bang, nak pergi dah ni.."

Syiraz lihat gadis itu terangguk-angguk mendengar bebelan abangnya sebelum menamatkan panggilan. Elfira menarik nafas lega.

"Aku tak nampak serabut, kan?"

Syiraz angguk, meskipun mata itu sedikit sembab. Nampak sangat wajah itu baru saja menangis. Tetapi kini, mata itu terlihat kuat yang mana masih menunggu jawapan.

"Kau serabut pun tetap cantik, Fira."

Elfira terbatuk.

Syiraz mengangkat sebelah kening. Elfira tidak ingin berlama, jadi dia segera meminta diri untuk pergi.

"Sekurangnya aku tahu kau pernah suka aku."

Bisikan Syiraz sungguh halus dan syahdu, namun tetap menerpa telinga gadis itu.

Elfira tersentak, lagi-lagi di hadapannya kini ada Fahrie, memandangnya dengan penuh geram.

"Lambat." Elfira berbisik, dia menunduk kerana gerun.

"Bukan aku yang lambat, kau yang lambat. Aku suka kau sebelum kau suka aku lagi."

Tidak sempat Syiraz berpaling ke arahnya, Elfira terus berlari turun daripada bangunan itu.

Meninggalkan Fahrie yang terkebil-kebil, dan Syiraz yang pantas menekup mulut.

"Matilah aku.."



"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

Continue Reading

You'll Also Like

907 132 13
Dari writing tips berpindah ke review book ♡ Follow acc @tsweetestnight- dan @tsweetestrain- untuk mendapat vote dari kedua ii acc ^ Hanya menerima 1...
899 390 15
"Sakit sedalam laut, memaafkan seluas langit."
644K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
147K 13.2K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...