SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

Autorstwa Mrs_pororo

183K 7.6K 260

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... Więcej

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
53
54
55
56
57
58
59
60
TAMAT
EPILOG
🦋

52

2.5K 145 5
Autorstwa Mrs_pororo

       ARIFF memecut laju kereta Hondanya. Nak jumpa malaikat maut awal katanya.

"Sekejap. Sekejap jer lagi." Pedal minyak ditekan kuat. Bibir bawah digigit.

"Boss belakang boss!" Jerit seseorang dari walkie talkie milik Ariff. Ariff memandang cermin keretanya sebelum..

Bam!

Kereta Ariff dilanggar kuat seseorang sehingga membuatkan kereta Ariff terlanggar pokok berdekatan.

Asap keluar dari kereta Ariff.

"Uhuk uhuk!" Terbatuk-batuk Ariff. Dia membuka mata perlahan-lahan. Matanya sedikit kabur dan seluruh badannya terasa sangat sakit.

"Boss keluar dari kereta tu! Nak meletup dah tu!" Arah seseorang dari walkie talkie itu. Ariff membuka tali pinggang keledar yang dipakai dan cuba untuk membuka pintu.

Tapi hampa. Pintu tidak boleh dibuka. Ariff sedikit meraung kesakitan beserta geram dengan pintu yang tak boleh buka itu.

"Bodoh lah!" Ariff menendang kuat pintu itu sehingga terbuka.

Dia terus berjalan keluar dari situ dan duduk sedikit jauh. Darah mengalir dipipi dari bahagian kepala yang terluka.

Walkie talkie miliknya ditinggalkan didalam kereta. Dia memandang drone diatas kepalanya. Drone itu terus berputar pergi dari situ.

Tiba-tiba seseorang keluar dari kereta yang melanggarnya tadi. Ariff terus mengeluarkan pistol didalam kocek seluar dan mengacukannya pada figura tersebut.

Dia tidak takut. Meski tubuhnya dipenuhi luka dan darah, dia tetap bangun berdiri.

Tangan kanan mengacu pistol, tangan kiri memegang perut yang sedikit senak.

"Kau siapa?" Soal Ariff. Figura tersebut tidak begitu kelihatan wajahnya kerana masih didalam asap.

Figura itu berjalan keluar dari asap itu sambil mengangkat tangan. Ariff terkejut memandangnya.

"Kau.. budak Daniel." Ujar Ariff. Baru dia ingin menurunkan pistolnya, baru dia perasaan ada seseorang dibelakang figura tersebut. Ariff kembali mengacu pistol.

Kedua figura itu berjalan keluar dari asap. Figura dibelakang berbaju merah gelap. Dan didepan biru terang.

Figura berbaju merah itu menyuakan kepalanya dari belakang Syafiq sambil tersenyum lebar. Matanya besar, senyumannya menakutkan.

"Kau!" Ariff mengetap bibir. Dia berjalan mendekati kedua figura tersebut. Lalu figura berbaju merah itu lantas melarikan diri.

"Kau nak lari mana, babi!?" Jerkah Ariff. Dia ingin berlari mengejar langkah besar figura tersebut, namun dia tidak mampu kerana tubuhnya terlalu sakit. Bahagian kakinya pun sangat sakit kerana tersangkut di kerusi kereta.

Dia meraung kesakitan. Dia memandang kakinya yang darah merah pekat meleleh turun dan kembali mengangkat kepala memandang kearah tadi, namun, figura itu sudah hilang.

"Argh! Memang sial!" Marah Ariff.

Tiba-tiba lampu kereta seseorang menyinari mata mereka. Ariff memandang kereta tersebut. Dua figura berlari keluar dari kereta.

"Boss! Boss okey tak ni?" Soal Wirdad. Ariff mengangguk.

"Hantar orang suruh jual kereta bodoh ni." Dia berjalan kearah kereta Alphard itu seraya menunjuk kearah kereta Hondanya itu dijual.

"Tuan." Panggil Syafiq. Ariff memandangnya sekilas.

"Bawa budak bodoh ni juga." Ariff meneruskan perjalanannya.

Semasa kejadian tu, keadaan rumah Ariff:

"Wirdad. Kita kena pergi dekat boss." Kata Ammar lalu memberikan tempat mengawal drone kepada Hazmi.

Hazmi terus mengawal drone tersebut untuk kembali kerumah Ariff.

"Buat apa ramai-ramai ni?" Soal Aira dan berjalan mendekati mereka dimeja makan.

Dia memandang luar. Sudah larut malam namun Ariff masih belum pulang.

"Puan." Semua yang berada disitu berdiri lantas menunduk sambil tangan kanan memegang dada. Tanda hormat sebagai bawahan Ariff.

"Saya dah cakap kan, kalau nampak saya tak payah tunduk." Aira memandang mereka sekilas.

"Erk.." Wirdad menggaru kening serta meminta diri untuk pergi. Aira hanya mengangguk dan membiarkan mereka pergi.

Aira memandang tingkap yang bersebelahan dengan kolam renang luar rumah.

Entah kenapa, dia rasa seperti dipantau. Namun dia hanya mengabaikannya. Dia duduk disofa dan bermain dengan Mikha.

Kereta Wirdad dan Ammar sudah pun berlalu pergi dari perkarangan rumah tersebut.

Tiba-tiba..

Bang! Bang!

Dua das tembakan dilepaskan tepat pada jam didinding. Mereka semua langsung terkejut.

Aira berdiri dari duduknya sambil memegang Mikha. Habis semua pengawal disitu berterabur lari menjaganya.

"Jaga puan!" Jerit Hazmi. Semuanya membuat bulatan mengelilingi Aira. Jantung Aira bergetar hebat tika ini.

"Bawa puan pergi!" Arah Hazmi lagi. Beberapa pengawal mengangguk lalu berjalan mengiringi Aira. Bom asap kian memenuhi rumah.

Tiba-tiba Mikha terlepas dari tangan apabila dia terkejut mendengar beberapa das tembakan lagi.

"Ya Allah! Mikha mana!?" Soal Aira kuat. Dia menggagau lantai mencari Mikha. Situasi disitu tidak begitu kelihatan kerana asap memenuhi rumah.

"Puan! Keselamatan puan yang utama! Kita kena pergi sekarang!" Jerit salah seorang daripada mereka. Aira menggeleng.

"Saya akan cari Mikha dulu! Baru kita pergi!" Mustahil Aira akan meninggalkan Mikha. Mikha merupakan kucing kesayangan Ariff kerana Mikha adalah pemberian terakhir arwah bapanya, Muhammad Azrul Ismail bin Roslan.

"Puan! Mikha tak penting puan!" Katanya lagi. Aira langsung mengetap bibir. Air matanya berderai jatuh.

"Saya nak Ariff.. mana dia?" Soal Aira perlahan.

Pengawal atau lebih dikenali sebagai Ridhwan duduk bertinggung dihadapan Aira.

"Puan tolong dengar cakap saya puan. Kita takde pilihan lain. Kita kena lari."
Ridhwan memujuknya lagi. Aira mendiam dan setuju apabila dirayu berkali-kali.

Situasi yang didengar dan dilihat oleh Aira adalah tembakan demi tembakan dilepaskan. Ada yang mati, ada yang sekarat.

Dia berjalan mengikuti beberapa pengawal tersebut berjalan keluar melalui pintu belakang. Tiba-tiba..

"Argh!" Seseorang meraung kesakitan. Membulat mata Aira dibuatnya. Dia terus berhenti jalan dan berlari kearah suara tersebut.

"Mayah!" Aira menjerit. Tubuh kecil Aira terpaksa disentuh dan ditahan pengawal-pengawal tersebut.

Perut Mayah ditembak dan darah mengalir deras.

"Erhh! Ya Allah!" Mayah memegang perutnya yang dipenuhi darah.

"Macam ni rupanya nak bagi kau patah balik.." kata wanita itu sinis. Aira terkejut memandang figura tersebut.

"Apa yang kau buat dekat sini?" Soal Aira. Bergetar hebat jantungnya kerana takut.

"For this.." wanita itu menunjuk gambar Ariff dari dalam telefon miliknya.

"Kenapa kau selalu muncul? Kenapa kau ada dalam hidup aku!?" Aira menjerkahnya sambil menangis.

Hazmi terkejut dengan jerkahan Aira. Sungguh kuat kedengaran. Orang yang sedang berlawan pun berhenti dan memandang Aira.

"Menyerah lah. Suami kau ada dalam tangan aku sekarang." Katanya lagi.

"Aku benci kau, Erina. Aku benci kau." Kata Aira. Erina tersenyum sinis.

"Serang!" Arah Erina kuat. Semua bawahan Erina berlari dan menyerang beberapa orang yang menjaga Aira.

Aira menangis dan tiba-tiba terdengar suara kucing. Aira berpaling dan memandang kearahnya.

"Mikha. Mana awak?.." soal Aira sambil bangun berjalan mencari Mikha.

Nak tengok tak rupa Mikha macam mana? Sini saya tunjuk. Btw ni kucing saya.


Tak aesthetics macam kucing awak. Kucing saya tak sweet. Dia tak nak tangkap gambar🗿

"Mikha?" Panggil Aira lagi. Dia berjalan kearah bawah sofa kerana kedengaran bunyi suara Mikha disitu.

"Mikha!" Aira mengambilnya masuk kedalam pelukan.

"Puan!" Jerit Hazmi. Aira berpaling memandangnya.

Bang!

"Ya Allah! Hazmi!" Aira jatuh terduduk memandang Hazmi yang sudah jatuh menyembah lantai.

Tubuh Hazmi terkulai lemah kerana ditembak Erina.

"The target missed.." Erina tersenyum lalu memasang peluru lagi. Erina mengacu pistol pada Aira. Aira terkedu.

"Surrender or you will have the same fate as they." Ujar Erina sinis. Air mata Aira semakin mengalir deras. Dia menggigit bibir bawahnya.

Dia mengangkat kepala memandang Mayah yang sudah lemah. Dia turut memandang Ridhwan. Ridhwan menggeleng.

"Release them." Aira bangun berdiri.

"Sure." Erina tersenyum lebar.

Setelah mendapat aira, seperti yang dijanjikan, semuanya dilepaskan.

Sempat juga Mikha dititipkan kepada mereka.

Kereta Alphard itu laju pergi meninggalkan rumah tersebut.

"Ridhwan.." panggil Hazmi perlahan. Ridhwan terus berlari mendapatkan Hazmi dan meletakkan Hazmi diatas pehanya.

"Bagitahu tuan fasal benda ni.." kata Hazmi lalu perlahan-lahan mata Hazmi tertutup.

"Hazmi! Hazmi buka mata, Hazmi!" Ridhwan menjerit sekuat hati. Dia memeluk erat tubuh Hazmi. Air mata jatuh seperti sungai. Kini tuannya atau atau lebih tepat, sahabat kecilnya sudah tiada.

Hanya tinggal beberapa orang pengawal yang masih hidup. Yang lain sudah kembali ke rahmatullah...

{Unlock 30 votes 😸 Saya penat lah nak fikir. Jadi kena lock 💌
Nak rehat kejap, boleh? Hihihi
Bye-bye. Jumpa lagi nanti.
Hehehe ❤️}

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

47.5K 2.3K 30
Malay ✓ Dia adalah seorang gadis yang amat meminati pada psycho dan Mafia, namanya ialah Rose. Rose sangat suka membaca wattpad/novel dan semestinya...
368K 12.4K 56
#1 Rashliyaa Alana , Gadis remaja berumur 16 tahun . Seorang gadis yang ceria namun satu dugaan hebat menimpa dirinya . Sekelip mata kehidupannya ber...
403K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
614K 37.3K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...