[C] Aryan: Her Biggest Heartb...

By flowerbeandee

59.7K 2.2K 40

Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelil... More

Prologué I
Prologué II
Part I
1
2
3
4
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
Part II
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
Epilogué

7

990 36 0
By flowerbeandee

TANGAN diletakkan di atas penghadang balkoni. Aku hanya membiarkan Aryan melangkah mendekati aku. Pandangan dilabuhkan ke segenap inci permandangan yang terpapar di hadapan mata. Tiada yang menarik. Hanya terlihat suasana lobi hotel bersama pelbagai jenis ragam manusia.

"Speak." Aku bersuara dengan penuh autoriti. Mengabaikan Aryan tercungap mencari nafas kerana mengejar langkah aku dari jauh tadi. Kemudian aku diam. Sekadar memberi ruang untuk dia bercakap. Aku tahu jika aku elak sekalipun dia akan cari aku.

"Aryan minta maaf," ujarnya dalam satu nafas.

"Untuk?" Lansung tidak pandang dia. Bukanlah tidak mampu. Cuma aku malas. Tambahan lagi, terasa menyampah pula dengan dia secara tiba-tiba. Mungkin, terlalu lama tempoh aku bagi untuk dia betulkan semuanya semula. Sehinggalah tiba hari ini. Saat ini. Perasaan itu mati.

"Everything."

"Okay then," aku membalas dingin. Aryan menghela nafas. Mungkin tidak sangka dengan respon aku. Ataupun mungkin kecewa. Kecewa?

In your dream, Arya.

"You look stunning tonight." Aku mengukir senyuman sinis.

"Thanks. But no thanks."

"You've changed." Ujar Aryan.

"People change," balas aku lagi. Aku memusingkan tubuh. Berura mahu melangkah pergi. Tetapi Aryan lebih pantas. Kini dia berdiri di hadapan aku. Menghalang aku pergi. Jarak kami hanya dipisahkan dengan dua langkah. Aku mendongak. Mencerlung Aryan dengan tatapan tajam. Tidak suka dengan apa yang sedang dia lakukan.

Dejavu.

Hanya berbeza tempat, masa, dan umur. Orangnya masih kekal sama.

"Do you love me?" Cuma kali ini, situasinya terbalik. Jika dulu aku di tempat Aryan yang sekarang, kini aku di tempat Aryan yang dulu. Sepasang mata amber itu menikam ke dalam anak mata aku. Memerhati segenap inci wajah aku. Begitu juga dengan riak wajah aku.

Ergh, biar betul mamat ni? Kalau dia nampak makeup aku crack macam mana? Belum lagi dia nampak jerawat satu yang baru timbul dekat dahi!

"Done eye-raping me, mister?" Soal aku selamba. Aryan berdehem. Menyedarkan dirinya semula selepas sesi 'Merenung Anak Dara Orang'.

"'Do you love me?' Soalan tu.. kelakar kan? Bila ditanya balik selepas sembilan tahun berlalu?" Tanya Aryan. Lebih kepada bertanya kepada diri sendiri. Aryan ketawa kecil. Mencetus kerutan di dahi aku. Dah gila ke?

Aku hanya diam. Memberi ruang untuk dia bercakap. Lagipun, aku sendiri tak tahu nak kata apa. Situasi ini sungguh janggal.

"Aryan mengaku, dulu Aryan tak matang. Soalan itu Aryan balas sekadar dengan anggukan. Tapi sekarang Aryan dah ada jawapan." Aku diam lagi. Tidak menjangka dengan tindakan Aryan. Kenapa tiba-tiba hari ini baru dia nak beri jawapan kepada soalan lapuk itu?

"Aryan Hameen cintakan Arya kerana Allah SWT. Dengan izin Allah, Aryan cintakan Arya. Aryan berserah semuanya kepada Allah. Aryan biarkan Arya dibawah lindungan Allah. Aryan sedar. Aryan banyak dosa dengan Arya. Dosa Aryan dengan Allah boleh meminta ampun. Dosa dengan Arya, Aryan kena mohon ampun dengan Arya." Tergamam. Jawapan Aryan terlalu matang. Lansung menunjukkan dia jauh lebih matang berbanding dahulu.

Ikut kata hati mahu percaya. Namun akal bertindak sebaliknya.

Aku mendongak semula memandang Aryan,

"okay. Dah habis? Kalau sudah tolong ketepi sikit. Saya nak lalu." Aryan menjatuhkan wajah. Matanya dipejamkan seketika. Dia mengundurkan diri memberi ruang untuk aku pergi. Setelah itu, telinga aku menangkap keluhan dari kedua belah bibirnya.

Terlambat Aryan. Aku dah mati rasa.





BERGEMA dewan ini dihiasi sorakan dan tepukan daripada bekas-bekas pelajar sekolah ini. Manakan tidak meriah apabila upacara diakhir majlis bakal bermula sebentar lagi. Aku memandang Lydia di sebelah. Sudah tentu dia paling teruja. Dia cukup pantang dengan majlis-majlis keramaian sebegini. Pantang tengok.

"Next, King and Queen of The Night! Acara kemuncak pada malam ini! Siapakah Calians bertuah pada malam ini?!"

Aku mendekati Lydia. Dewan ini riuh rendah. Terpaksa aku bercakap di telinganya.

"Cliche gila. Bukan benda ni dah ada ke masa prom night dulu? Dah besar panjang pun still ada."

Lydia menghadiahkan jelingan. Kemudian dia pula mendekati aku.

"Ini namanya nak mengimbau nostalgia semula. Kau sejenis tak ambil kisah aktiviti macam ni mana nak value kenangan lama." Aku buat muka. Ceh, bernostalgia pulak dia. Drama betul ayatnya.

"The King of The Night is given to Mr Aryan!" Aku hanya memandang dari jauh. Lansung tidak berminat untuk memberi sebarang tepukan. Lydia menyenggol siku aku. Ada aku terajang minah ni kejap lagi. Tidak hairan pun Aryan menerima anugerah itu. Busana yang dikenakan dia sememangnya lebih menyerlah berbanding orang lain.

"And The Queen of The Night is given to..." Seluruh dewan kini sepi. Menanti pengumuman penerima anugerah tersebut. Spotlight bergerak merata. Mencari si penerima terakhir sebagai penutup acara.

"Miss Darya!" Spotlight yang tadi bergerak tidak tentu hala kini mendekati tempat duduk aku sekarang. Aku memandang sekeliling. Ada Darya lain ke? Rata-rata memandang ke arah aku.

"Kau lah, siapa lagi!" Lydia tepuk lengan aku.

Siapa juri acara terakhir ini? Rasa nak ajak open table. Sengaja ke macam mana? Kan tak pasal-pasal aku kena berdiri atas pentas itu dengan Aryan! Sudahlah tadi kononnya sesi deep talk sebelah pihak iaitu Aryan.

Dengan terpaksa aku menyusun langkah ke arah pentas. Aku ulang sekali lagi. Terpaksa. Riak wajah aku kawal. Lansung tiada perasaan. Nak buat-buat malu? Oh, tolonglah! Umur 26 tahun takkan nak buat perangai macam budak mentah lagi.

"Nampaknya Queen of the Night kita ice queen hadirin dan hadiran sekalian!" Seisi dewan bertepuk tangan. Tidak kurang dengan laungan dan siulan. Menyetujui kata-kata pengacara majlis. Aku berdecit halus. Rasa macam budak-budak pula.

Mahkota dipakaikan. Turut juga sejambak bunga diberi. Kemudian, si pengacara majlis meminta untuk memberikan sepatah dua kata.

Mikrofon dihulurkan. Tanpa ragu-ragu aku menyambut senang. Kadang-kadang, kita patut gunakan peluang yang ada. Betul tak?

"So many people tried to break me in the past. But I'm still standing. You know who you are. Watch out."

Serentak. Tepukan gemuruh diberikan. Aku mengukirkan senyuman sinis. Memerhati wajah-wajah yang pernah memandang rendah terhadap aku suatu ketika dahulu.

Aku menapak satu langkah kebelakang. Sekadar mendengar arahan apabila pengacara majlis meminta. Sesi bergambar. Mahu atau tidak mahu, terpaksa aku bergambar di sebelah Aryan. Sekali lagi setelah sembilan tahun berlalu. Jika dulu kami mengambil gambar sebagai pasangan dan bukan di atas pentas. Kini sebaliknya.

Ngam pulak kedua kami mengenakan warna busana yang sama. Hitam.

"My queen," ujarnya ringkas. Sekadar perlahan cukup hanya kami berdua mendengar.

"In your dream." Aku mendengar Aryan terkekeh kecil. Aik? Tadi bukan main patah hati dekat luar. Sekarang dah gila pulak berangan di atas pentas. Tch, lelaki. Dah kena reject, move on terus. Nampak sangat dia tidak serius dengan kata-katanya tadi.

Malam ini sahaja, Arya. Bersabarlah. Lepas ini kau tak jumpa dia dah.

Pujuk kata hati. Aku berdehem kecil. Mengiyakan dalam diam. Mahu angguk. Nanti dicop gila.

"I'm not lying, you look gorgeous tonight." Aryan bersuara lagi. Aku menjeling. Aku tahu. Tak perlu beritahu pun. Memang aku cantik.

"Is that your engagement ring?" Aku mengangguk. Lansung tidak menunjukkan minat untuk berbual kecil. Kenapa lama sangat ni acara bergambar pun? Aku dah mati kutu ni nak tadah telinga dengar macam-macam dari orang sebelah.

"Congrats. Beruntung dia dapat Arya,"

"I bet." Sebab, aku pun tidak tahu samada tunang aku beruntung atau tidak.

Continue Reading

You'll Also Like

35.2K 1.4K 53
DZAFIR RIFQ-Seorang yang perwatakannya lemah lembut,matang dan menurut kata. Merupakan jurulatih kriket peringkat negeri Perak dan seorang CEO DR SPO...
43.8K 4.2K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
262K 11.2K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
232K 9.3K 34
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...