SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

By Mrs_pororo

181K 7.5K 258

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
TAMAT
EPILOG
🦋

47

2.2K 55 2
By Mrs_pororo

       "AKU tengah cuba, Syaz.." Ariff memejamkan matanya sejenak.

"Aku tengah buang ego aku. Sebab tu aku cari kau. Hanya kau yang tahu kisah silam Aira."

"Salah. Kau salah." Kata Syaz secara tiba-tiba. Ariff terus memandangnya.

"Bukan aku seorang jer yang tahu fasal ni. Erina. Erina Sofea. Dia salah seorang punca Aira merana." Syaz memandang tajam mata Ariff.

"Habis? Tengah sibuk-sibuk ni kau nak suruh aku pergi cari budak tu pula? Ehh, susah lah. Tak boleh ke kau jer yang cerita dekat aku?" Ariff mengeluh.

Author mengantuk ni. Jadi kalau ada typo ker apa-apa ker, abaikan jer.

"Tak boleh lah masalahnya! Bangang betul lah." Syaz menjeling sekilas Ariff.

Ntahh! Otak mana otak? Kalau boleh, tak de lah susah-susah author beria nak perkenalkan character baru dekat kau. Halah, halahh.

"Please, Syaz.." rayu Ariff.

Mentang-mentang lah dia tahu Syaz ni sangat senang layu kalau dirayu. Main rayu jer dia.

"Huh! Fine!" Syaz mengeluh seraya bersetuju untuk bercerita. Ariff sudah berbunyi, yess!

"But! Kau pergi minta maaf dekat Aira lepas ni! Kalau tak.. aku bagitahu mak su." Ugut Syaz. Main mak pulak dia.

"Yes, of course." Ariff mengiyakan setuju.

Syaz mengeluh. Maleih aku cenni.

"Cerita dia sebenarnya bermula daripada Erina benci dekat Aira.."

Saya dah nak end cerita ni, so saya percepatkan yer. Kalau tak faham baca sampai faham.

FLASHBACK..

"Ehh, Aira! Aku ada kenal dengan seorang lelaki terkenal ni. Kau nak try jumpa dia tak?" Soal Erina. Mereka berjalan menaiki tangga untuk ke kelas.

"Tak pe lah.. aku nak focus belajar dulu. Kau tak payah lah susah-susah carikan aku. Kalau ada jodoh nanti ada lah." Aira menolak tawaran Erina yang ingin memperkenalkannya pada lelaki.

"Ouh, okey.." Erina mengetap bibirnya. Diwajahnya jelas meriakkan wajah marah.

Beberapa hari setelahnya.

"Aira. Kau tahu tak? Aku ada kenal dengan seorang starboy kelas belakang ni. Kau nak aku perkenalkan-"

"Stop it, Erina."  Aira memaparkan riak tidak suka.

"Aku dah cakap kan aku nak focus belajar dulu. Kau tak payah lah susah-susah nak carikan jodoh untuk aku. Allah tahu jalan yang terbaik untuk aku. Kalau ada jodoh ada lah. Jangan nak memaksa aku berkenalan dengan diaorang. Aku tak suka lah." Aira memarahinya panjang lebar lalu menjelingnya.

"Ehh! Kau ingat kau famous, semua orang nak kena tunduk dekat engkau ker!?" Erina memarahi Aira kembali dengan nada yang sedikit kuat. Habis semua manusia didalam kelas itu memandang kearah mereka berdua.

"Apa kau cakap ni, Erina?" Aira terkejut dengan soalan yang tiba-tiba dilontarkan Erina.

"Kau ingat aku tak tahu ker engkau macam mana? Kita bukan kawan minggu ni lah, kita kawan dari form 1 lagi. Perempuan acah ayu, acah terpaling jaga maruah macam kau ni sebenarnya murah jer! Tayang body sana sini!" Jerkah Erina selamba. Tangan Aira dengan ringannya menampar kuat wajahnya.

Habis terteleng sebelah wajah Erina. Erina memegang pipinya yang merah akibat ditampar.

"Kau jangan cabar aku, Erina. Aku dah cukup sabar dengan kau selama ni." Dada Aira turun naik menahan sabar.

Tu lah, lain kali sikit-sikit dah lah. Kan. Dah makan penampar sulung Aira.

"Apa!? Kau marah bila aku cakap kau murah!?" Jerit Erina kuat. Lalu dia tersenyum sinis.

"Kalau kau marah, maksudnya betul lah kan?" Erina menyoal sinis sekali.

Aira yang sudah cukup sabar dengannya bangun dan menolak kuat tubuh Erina sehingga tergenjak beberapa tapak kebelakang.

"Mulut tu jaga sikit, boleh tak!?"

"Apa!? Kau nak tampar aku lagi sekali? Ha, tampar. Tampar lah! Kau malu bila aku kata kau murah. Habis selama ni tayang body tak malu!?" Dengan lantang Erina menfitnah Aira lagi sekali.

Ehh, sajad nih! Tampar betul-betul karang.

Telinga-telinga yang mendengar pergaduhan mereka terus mulakan gosip.

Aira hanya mendiam sambil mengetap bibir. Sabor jer lah.

"See? Perempuan acah melayu terakhir macam kau ni pun murah jer sebenarnya. Dekat klub pun boleh dapat lah." Erina berkata dengan senyuman menyenget.

"Kurang ajar kau!" Aira berjalan mendekati Erina ingin memukulnya, tapi dengan pantas seseorang memberhentikan mereka.

"Kenapa dengan korang berdua ni!?" Syaz menolak kedua-dua tubuh itu menjauhi antara satu sama lain.

Syaz memandang Aira dan Erina silih berganti.

"Kita dah lama kawan, takkan fasal lelaki jer nak bergaduh!?" Syaz memarahi mereka lagi.

"Ehh, kau pun sama lah!" Tidak cukup dengan Aira, tubuh Syaz pula didorong kuat.

"Ehh, tak sedar diri betul, betina ni." Syaz memandangnya atas bawah.

Erina terus mengeluh kasar dan berjalan pergi dari situ. Erina sengaja mengibas kuat rambutnya sehingga terkena pada wajah Syaz.

Syaz yang geram dengan tindakannya langsung mengangkat jari tengah kepada Erina yang sedang berjalan pergi.

"Kau okey tak ni?" Soal Syaz sambil menggenggam erat bahu Aira.

"Aku okey." Aira menepis lembut tangan Syaz sambil tersenyum dan berjalan pergi dari situ.

Syaz membeku sejenak. Dia memandang orang disitu.

"Korang tengok-tengok apa!? Blah lah!" Syaz menengking mata-mata yang melihat pergaduhan itu.

Habis berterabur orang lari kerana takut dekat Syaz.

"Menyemak betul lah." Syaz menyusun kembali meja-meja yang berterabur didalam kelas itu akibat pergaduhan dua sahabatnya..

Beberapa minggu setelah pergaduhan itu..

"Syaz." Panggil Aira. Syaz yang sedang sibuk makan aiskrim terus memandangnya.

"Dah seminggu Erina tak masuk sekolah, dia okey ke?"  Soal Aira kerisauan.

"Ehh kau ni. Dia dah reka cerita sampai satu sekolah pandang kita murah, kau nak ambil tahu lagi fasal dia tu buat apa? Buat menyemak jer lah dengar nama dia. Disebabkan dia habis buruk nama kita dua." Syaz berkata perlahan tapi dengan nada yang ganas.

Akak Syaz kita ni garang.

"Tapi.. dia kawan kita dari form 1 lagi. Mana boleh tinggal dia macam tu.."

"Ya allah, Miesya. Jembalang mana yang sampuk kau ni? Kau tahu tak perempuan macam dia tu tak layak kita panggil kawan. Buruk nak mampus perangai." Syaz membaling lidi aiskrim itu dan terus bangun berdiri.

"Dah lah, jom gerak." Aira hanya mengangguk dan mengikuti langkah besar Syaz. Syaz memandang Aira dengan anak mata.

"Aku bukan tak bagi kau kawan dengan dia. Tapi perangai dia tu.. Ish, aku pun tak tahu lah nak cakap macam mana. Kau sendiri tahu kan?" Soal Syaz. Ini bukan memperburukkan, ini menyedarkan.

"Aku tahu.." Aira menunduk.

"Huh.. Please, Miesya. Janji dengan aku jangan contact dia dah lepas ni. Aku tak nak apa-apa jadi dekat kau.." ujar Syaz lembut. Dia memandang tepad pada wajah Aira.

Sungguh dia sangat kerisauan terhadap gadis kecil ini. Dia bukan tidak tahu bagaimana sikap Erina.

"Iyerrrr.. aku janji." Aira menyebutnya panjang.

"Good girl. So? Lepas ni nak pergi mana pula?" Syaz memasukkan tangannya didalam kocek bajunya.

Mereka tika ini sedang berada ditaman.

Beberapa hari kemudian..

Ting!

Chat masuk dari telefon milik Aira. Aira yang sedang study langsung mengambil telefon tersebut, lalu menekan button on.

Mesej dari Erina Sofea masuk. Aira terus menekan chat tersebut.

- Aira. Aku tahu pergaduhan kita beberapa minggu lepas memang teruk giler. So.. aku decide malam ni nak jumpa. Macam mana? Boleh tak?

Membulat mata Aira membacanya. Lalu secarik senyuman terukir.

- Boleh! Dekat mana?

Balas Aira bersemangat. Lalu dengan pantas chat masuk lagi.

- Jumpa dekat depan family mart yang baru buka tu. Aku tunggu.

Aira membacanya lalu dengan laju bersiap..

"Aku minta maaf, Syaz. Aku terpaksa mungkir janji."

Bersambung...................

Continue Reading

You'll Also Like

90.4K 695 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
47.5K 2.3K 30
Malay ✓ Dia adalah seorang gadis yang amat meminati pada psycho dan Mafia, namanya ialah Rose. Rose sangat suka membaca wattpad/novel dan semestinya...
85.6K 2.8K 41
Pertemuan yang tidak disengajakan, Takdir ataupun kebetulan telah menemukan Adryna Sofea Azkayra dengan Adryan Hafidz Akmal. Setiap kali pertemuan me...
283K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.