[C] Aryan: Her Biggest Heartb...

By flowerbeandee

62.9K 2.4K 41

Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelil... More

Prologué I
Prologué II
Part I
1
2
3
4
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
Part II
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
Epilogué

5

1K 39 0
By flowerbeandee

KAD undangan atas talian aku tatap. Berkali-kali aku zoom. Memastikan apa yang dilihat ini betul. Tak lama kemudian aku menghela nafas. Perlu ke pergi majlis itu?

Invitation to Calian Reunion for all Calians
High School Reunion
Saturday, June 20th
EQ Kuala Lumpur

Nak ke tak?

-kau kena pergi
-reunion 5 tahun lepas kau
dah skip
-jom la aryaaa

Aku telan liur. Mesej Lydia ditenung lama. Lagipun, aku tak ada lah rapat mana dengan bekas rakan sekolah dahulu. Macam tiada guna kalau aku pergi sekalipun. Risau mati kutu di tengah-tengah alam.

-kau pun tahu aku
bukannya rapat dengan
dia orang pun!
-malaslah, banyak
lagi kerja lain

Aku cuba mencipta alasan. Terang-terang mahu mengelak. Dan aku tahu, Lydia sudah masak dengan alasan yang sama. Alasan yang dicipta semata tidak mahu berjumpa bekas rakan sekolah. Beria-ia aku berfikir. Semata mahu mengelak. Semuanya sudah lepas. Reunion mesti akan mengingatkan masa lalu semula. Sudah lama aku tinggalkan semuanya. Tiada kebaikan lansung untuk mengungkit semula. Perit. Untuk buka luka lama.

-arya, tunjukkan dekat
dia orang yang kau dah
berjaya
-kau dah cantik gila
-biar terlopong semua
-jangan risau, aku ada
untuk kau, tau!
-jom? arya sayangg

Aku menggeleng kepala. Gigih betul Lydia memujuk. Aku mengetap bibir. Kasihan dengan Lydia. Kerusi dipusingkan. Sambil-sambil berfikir seribu sebab aku perlu hadir ke sana. Mahu menunjuk kejayaan? Aku bukan orang macam itu. Jatuh riak. Macam mana kalau ada yang kurang bernasib baik? Mesti dia terasa.

Otak bisnes aku mula menghasilkan idea. Bernas. Sangat. Mana tahu kalau aku hadir ke reunion tersebut, ada yang mahu beli rumah? Buat apa nak lepaskan peluang sebegini. Mungkin kali ini aku kena move on dari semuanya. Dia orang pernah buli aku? Lantaklah. Tunjuk sikap profesional.

Lagipun bukan mereka tahu pekerjaan sebenar aku. Mungkin pada pandangan mereka aku sekadar ejen hartanah biasa. Tangan mencapai telefon tadi. Skrin telefon sudah terpadam. Tiada lagi mesej dari Lydia. Aku mengekek ketawa sendiri. Kalau orang tengok, sudah macam orang gila. Tiba-tiba rasa mahu mengusik Lydia.

-kalau aku pergi,
kau sponsor dress

typing...

Laju.

Ingatkan dah merajuk tadi. Setia aku menunggu Lydia menaip. Sekejap perkataan typing itu hilang, sekejap ada. Gelabah lah tu aku minta sponsor baju. Padahal, aku bergurau aje. Sekali-sekala mengusik. Bukan selalu.

-boleh boleh!
-tapi bajet aku tak banyak
-kau jangan amik baju
mahal mahal

Aku hamburkan tawa. Kadang-kadang boleh tahan lurus juga si Lydia ini.

-gurau
-aku pergi
-janji jangan biar aku
sorang sorang

Aku memadamkan skrin telefon. Fail bertimbun di bahagian kiri dicapai. Galak sangat melayan Lydia. Tergendala semua kerja. Aku menggeleng kepala. Padah dapat kawan semua masuk air. Macam ini lah jadinya. Masa kerja pun terganggu dek gangguan mereka. Tak kira samada Lydia atau Nisa. Mahupun Elliesya.





AKU merenung Lydia. Entah kenapa, tiba-tiba dia bangkitkan soalan yang tak diterima dek akal. Lydia mencucuk-cucuk lengan aku menggunakan jarinya. Risau jika aku tiba-tiba melepaskan bom kemarahan.

"Kau tanya apa tadi?" Soal aku semula.

"Ha tanya apa?" Soalan dibalas soalan. Aku menarik nafas panjang. Nak bersembang dengan Lydia ini, kadang-kadang perlu menggunakan otak. Sebab soalan dia kebiasaannya di luar kotak!

"P-pasal tu ke?" Lydia tergagap. Aku mengerutkan dahi. Hairan. Sejak bila pula minah ni gagap? Ada terkena sawan dekat mana-mana ke?

"Iya Lydia Irdina, pasal TU," perkataan 'tu' ditekan. Mengundang rasa gerun terhadap Lydia. Silap mulut cabulnya. Tiba-tiba mencari pasal tanya soalan sebegitu.

"Macam mana kalau kau terserempak dengan dia.. ?" Tanpa berfikir lama. Sudah tentu aku dapat menangkap maksud Lydia. Siapa lagi yang dia tuju kalau bukan Aryan? Bertahun-tahun aku tak ada dengar lagi orang sebut nama dia di hadapan aku.

Semua faham aku tak mahu ambil tahu pasal dia.

"Dia datang ke?" Tanya aku. Mungkin dulu aku cepat triggered bila dengar nama dia. Sekarang tak lagi. Masing-masing sudah menginjak dewasa. Sudah matang. Kisah aku dan dia cukup sekadar masa lalu. Tapi untuk aku memaafkan dia. Mungkin tak boleh.

"Dia orang kata, dia pun macam kau. Tak attend majlis reunion lepas. Berkemungkinan besar dia tak datang," aku mengangguk faham. Tangan pula sibuk membelek dress yang bergantung. Sambil memasang telinga, ralit aku memilih baju.

"Baguslah macam tu, buat sakit mata kalau dia muncul depan aku." Balas aku mudah.

"Kau dah okay ke?" Soal Lydia. Sepasang matanya sibuk memerhatikan raut wajah aku. Memastikan setiap perubahan air muka aku. Samada terkesan atau tak. Aku menolak mukanya ke tepi. Mengganggu betul orang nak pilih baju.

"Tak okay pasal apanya?" Tanya aku malas.

"Pasal ex kau la!" Aku buat muka. Rajin pula hari ini dia nak menyibuk pasal aku. Selalunya paling cuak kalau terlepas sebut pasal Aryan.

"Dah berzaman dah pun. Entah-entah dia dah ada family. Aku pun dah ada tunang. Zaman cinta monyet, apa lah sangat." Balasku ringkas. Cukup untuk memberikan jawapan yang Lydia mahu. Lydia hanya mengangguk faham. Mata menangkap ke arah sepasang dress berwarna hitam. Tampak elegan pada pandangan aku.

"Lyd," panggil aku sepatah.

"Ha ya kenapa?" Aku mengangkat dress tadi. Lalu dihalakan ke arah Lydia. Meminta pendapat.

"Ni cantik tak?"

"Cantik gila, Arya! Sumpah. Kalau tiba-tiba ex kau ada, dia pun ternganga!" Aku menggulingkan mata. Menyampah pula dengar. Mentang-mentang aku dah tak kisah dia nak sebut pasal Aryan.

"Geli la dengar." Tak lama kemudian, telinga menangkap Lydia sedang terkekeh perlahan. Mentertawakan aku.

Aku melangkah meninggalkan Lydia. Kaunter dituju bersama dress bewarna hitam tadi di tangan. Mahu membuat pembayaran memandangkan aku sudah selesai memilih persalinan bersesuaian dengan majlis nanti.

"Ini sahaja, cik?" Aku mengangguk mengiyakan. Kad dikeluarkan bagi melakukan transaksi. Dalam diam, aku memerhatikan suasana butik. Rekaan dalaman tampak mewah sekali. Pasti pemiliknya mempunyai cita rasa yang bagus.

Setelah siap melakukan pembayaran, aku hanya menunggu Lydia. Tak dinafikan, boleh kata berejam menunggu dia mencari dress yang berkenan bagi dia. Agak bosan menunggu, aku meminta diri sebentar. Mahu ke kafe terletak di hujung blok kedai ini.

"Macam biasa miss?" Aku mengukirkan senyuman sebelum mengangguk kepala. Barista kafe ini pun dah kenal aku. Manakan tidak, aku sendiri pelanggan tetap kafe ini.

Aku memilih tempat biasa. Meja itu terletak di tepi tingkap. Sambil menunggu air siap bersama kehadiran Lydia. Tangan mengeluarkan telefon dari beg tangan. Aplikasi Instagram dibuka. Sekadar menghilangkan bosan membelenggu diri. Tiada yang menarik.

"Miss Arya punya? Kira sekali ajelah."

Samar-samar aku dengar suara lelaki tersebut di kaunter. Memandangkan meja sekarang agak jauh dari kaunter. Aku lansung tak cam wajah lelaki itu. Lekas-lekas aku bangun. Mahu mengejarnya.

Rasanya dia lah yang selalu 'belanja' air aku. Beberapa kali juga dalam seminggu air aku sudah siap dibayar. Mula-mula aku fikir kafe ini yang belanja memandangkan aku ini pelanggan tetap. Rupanya bukan.

Tiba-tiba aku tersilap langkah, entah siapa aku terlannggar. Telefon aku dengan sadisnya jatuh mencium lantai. Aku meminta maaf. Badan ditundukkan untuk ambil telefon. Setelah bangun, figura lelaki di kaunter tadi hilang. Mesti dah keluar semasa telefon aku jatuh tadi.

Aku melepaskan keluhan. Terlepas peluang untuk kenal lelaki itu. Bukan apa, kadang-kadang aku tak selesa juga bila asyik dibayar orang lain. Lebih-lebih lagi aku lansung tak kenal. Aku cuma mahu berterima kasih dan meminta dia berhenti bayarkan minuman aku.

Lelaki itu terlepas. Skrin telefon retak. Haih, malang betul nasib kau hari ini, Arya.

"Yang bayar air saya tadi, dia ke yang selalu bayarkan air saya?" Terus aku soal pekerja kafe itu di kaunter. Remaja lelaki itu mengangguk.

"Awak kenal dia tak? Nama ke?" Tanya aku lagi.

"Dia kerap datang ke sini juga, cik. Tapi kami pun tak tahu nama dia." Aku mengangguk perlahan. Tapi, macam mana lelaki itu kenal aku? Dia selalu nampak aku dekat sini ke?

Continue Reading

You'll Also Like

35.2K 1.4K 53
DZAFIR RIFQ-Seorang yang perwatakannya lemah lembut,matang dan menurut kata. Merupakan jurulatih kriket peringkat negeri Perak dan seorang CEO DR SPO...
33.8K 2.4K 53
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...
266K 11.4K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
961K 33.7K 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage...