Senja Terakhir [COMPLETE]

By luv_ani

1.6K 125 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... More

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
30. Lewat
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

24. Misteri

29 4 1
By luv_ani

Selepas kejadian itu berlalu, Papa, atau nama yang disandangnya, Daud, tidak pernah mendengar lagi seruan daripada anak perempuannya.

Dan dia juga tidak berani menegur. Selama seminggu ini, terasa hidupnya sepi.

Selalunya, lepas kejadian seperti itu, Elfira lah yang datang memohon maaf berkali-kali dan berjanji kesilapan itu tidak akan berulang lagi.

Pagi itu, Elfira tidak mengucapkan selamat tinggal. Dia pergi tanpa pamit ke sekolah. Padahal setiap hari, gadis itu akan mengucapkan khabar.

"Memang hidup aku sesunyi inikah sebelum ini?" Daud berceloteh sendirian. Matanya mengamati Elfira yang berjalan sendirian ke sekolah dari koridor atas.

Anak perempuan itu akan menghindarkan diri tika mereka bertemu empat mata.

"Papa!"

Daud menoleh laju.

"Kenapa dengan awak ni? Saya panggil awak banyak kali. Memang kena panggil papa juga ke?" Suraya mencebik dan mengambil beg tangan yang ada di atas meja.

Daud bungkam.

Suraya bercekak pinggang. "Kenapa pula awak diam di situ? Kita kena pergi kerja! Lepas itu, kenapa pula awak duduk di situ pagi-pagi? Mimpi apa awak ni..."

Suraya menggantungkan sebiji kerongsang di bahunya untuk lebih mengemaskan tudung. Matanya masih menatap si suami.

"Awak okey tak ni?"

Daud berjalan masuk sebelum menutup sliding. Dia menghela nafas berat. Selalunya, dia tidak merasa seperti ini. Tetapi kali ini dia sedar satu perkara, Suraya tidak pernah membangkitkan isu dia memukul anak itu supaya tidak jadi pertengkaran.

Walaupun kejadian itu berlaku sangat teruk. Daud akui, dia seakan.. dikawal oleh kemarahan.

"Elfira tak tegur saya selama seminggu."

Suraya terpegun. Baru dia sedar akan hal itu. Ketika waktu makan malam pun, Elfira tidak turun. Malah, Fahrie yang menawarkan diri untuk membawa makanan ke bilik si adik.

Padahal waktu makan malam ialah satu-satunya masa untuk mereka bersatu sebagai keluarga.

Tetapi walaupun begitu, Elfira tidak pernah lupa untuk bersalaman dengan Suraya sebelum berangkat ke sekolah. Mungkin, hanya Daud...

"Awak ini kenapa?" Suraya menyelutuk. "Selama ini tak ada pun fikir budak itu layan ke tak, tegur ke tak. Yang awak fikir, hanya pencapaian dia."

Daud terasa bagaikan ada sesuatu yang menikam dadanya. Sesuatu yang tidak pernah dia rasakan.

Dia mengenggam erat tangannya di sisi tubuh. Fikirannya penuh dengan cara anak itu menangis, esakannya yang terdengar kuat buat kali pertama, tubuh yang gementar hebat, dan cara anak itu cuba untuk menyembunyikan wajah dengan tapak tangan.

Sungguh, dia tidak tenang seminggu ini.

Apalagi ayat-ayat anak lelakinya, Fahrie. Semuanya menusuk ke dalam kalbu.

"Sudahlah, jom berangkat." Daud memilih untuk mengabaikan segala fikiran buruknya.

Suraya menatap kepergian suaminya, dia tersenyum tipis.

Lelaki itu benar-benar ego.

Bab 24: Misteri

Hari ini hari pertama sekolah selepas seminggu bercuti, selepas hari dimana pelajar-pelajar menerima slip keputusan peperiksaan, selepas Elfira dimarahi, selepas Ryan menangis sejadi-jadinya, selepas Fahrie memohon agar adiknya tidak pergi, selepas Ayuni dibanggai, selepas Zayn merasa cemburu dan selepas Syiraz blushing membaca cebisan-cebisan kertas yang sudah terkoyak.

Elfira angguk, menyakini diri sendiri. Ada satu hal yang membuatnya janggal, iaitu keputusan kimia.

Dia menjerit kecil apabila matanya dapat menangkap seseorang yang begitu dia kenal. Sahabatnya!

"Ayuni!"

Tiba-tiba tangannya ditarik sebelum Ayuni menoleh ke belakang. Sekali lagi, dia terjerit kecil kerana tersentak. Orang itu memaksanya untuk berlari.

"Eh, eh, Qas.. Qaseh?!"

Mereka berdua berhenti apabila sampai di kawasan taman sekolah. Elfira berlutut, mencari nafas secepat mungkin.

Qaseh hanya membeku, seakan-akan tidak terjadi apa-apa. Nafasnya dikawal sebiasa mungkin.

"Ke.. kenapa Qas.." Elfira tertegun saat mendapati Qaseh mengepal penumbuk di sisi tubuh. Dia perlahan berdiri normal, menatap wajah itu.

Qaseh tidak berkutik, dia tersenyum tipis sebelum melambai tangan. Kemudian, perempuan itu berlari meninggalkannya.

Elfira tercengang. "Q.. Qaseh!"

"Elfira."

Jantung Elfira tiba-tiba berdegup kencang. Dia perlahan menoleh.

"R... Ryan?"

Ryan tampak seperti orang lain, memandangnya dengan penuh menakutkan. Lelaki itu berhenti melangkah, menyisakan jarak 1 meter.

Agak jauh, tetapi untuk mengawal detakan jantung masing-masing.

"Fir.."

"..rindu.."

Elfira kaku. Riak wajah itu berubah tiba-tiba apabila di sini hanya menyisakan mereka berdua. Tidak terlalu sunyi, namun cukup untuk berbual pribadi.

"H.. ha?"

"Rindu."

"Rindu siapa?"

"Kau."

Elfira menelan liur perlahan.

"Sekarang, boleh aku berhenti pura-pura tak tahu?" Kepala Ryan dimiringkan, mata tertacap pada kedua-dua pipi gadis itu.

Elfira menyentuh pipinya sendiri. "Ke.. kenapa?!"

"Seminggu cuti, seminggu tu juga kau tak keluar rumah, tak jumpa aku. Aku terseksa,"

"Aip!"

"Aip?"

Elfira menahan senyum.

"Jadi, kau okey tak?" Ryan menyoal. "Pipi kau dah okey?"

"Apa pula?"

"Itu, kenapa masih merah?"

Elfira menggertak gigi. Memang pipinya merah saat ini. Kerana Ryan! Tolong.. jangan terlalu jujur!

"Aku suka cara abang kau."

Elfira terkebil-kebil.

Ryan tersenyum manis. "Kau sudah buat yang terbaik. Aku yakin. Aku tahu. Tapi ada sesuatu yang tak kena. Boleh cerita?"

Kening lelaki itu diangkat sebelah. "Tolong cerita, aku siap mendengar."

"Apa kau cerita masa-masa ni?" Elfira mendengus. "Ini saatnya untuk masuk ke kelas!"

"Jadi nak jumpa di kantin? Atau di kelas waktu rehat?"

Elfira ternganga.

"K.. kau ni kenapa?"

"Sebab, aku dengar segalanya. Aku dengar apa yang terjadi malam itu, Fir." Ayat itu membuat Elfira menggigit bibir bawahnya. Dia hampir lupa bahawa lelaki itu sentiasa mendengar.

"Apa.. yang kau dengar?"

"Suara kau menangis, suara papa kau, suara kau memohon, suara abang kau.." Ryan menatapnya lurus ke mata. "..dan itu kali pertama aku mendengar kau menangis, Fir.."

"Lepas apa yang terjadi, akhirnya kau bebaskan diri kau." Ujarnya, lalu menepuk tangan sekilas.

"Aku bangga, sayang."

"Eh!" Pipi Elfira kembali memerah. Jari naik menuding wajah kacak itu. "K.. kau.. jangan panggil begitu!"

Mata Ryan melilau, menikmati setiap inci wajah gadis itu. "Sakitkah?"

"Ha?"

Ryan ketawa kecil. "Aku tanya, sakitkah?"

"A.. apa?"

Jari Ryan memegang pipi sendiri. "Pipi itu. Merah."

Elfira mengemam bibir. Pipinya sudah menyamai udang bakar. Darahnya berdesir.

"Ish!" Elfira akhirnya membelakangi lelaki itu dan mula berjalan pergi.

"Eh, eh, tunggu! Sayang!" Ryan melompat kecil, berlari mengejar gadis itu.

"Senyap!"

"Eh, apa salahnya? Aku tanya sakit ke!"

Elfira berhenti dan memandang lelaki itu. "Apa? Sakit? Lepas itu, kau tak pernah ke rasa pipi kau merah? Hari itu, ada aku nampak pipi kau merah sebab aku puji tangan kau aje! Aku tanya, sakit ke?"

Ryan mengerut kening. Apa kena dengan dia ni?

"Eh, itu kan.. malu.."

"Itulah apa yang aku rasa!"

Hening.

"Pfft.. apa?.." Ryan tidak berupaya menahan gelak. "Kau malu, sayang? Sebab aku panggil.."

"Jangan panggil semua orang macam tu!"

"Okey, semuanya boleh untuk awak, sayang." Ryan akhirnya berdiri di sisi gadis itu. Mereka berdua berjalan bersama.

"Sebenarnya, aku maksudkan tentang pipi kau itu.. kan kena tampar. Sakit ke?"

Elfira menahan malu. Dia ingat Ryan sengaja menyakat dia punya pipi! Rupanya.. lelaki itu cuba bersikap prihatin.

"Sakit." Dia mengakui. Gila ke tak sakit? Kepala lagi kena hentak. Nasib amnesia tidak berkunjung.

Jika amnesia, Ryan pun dia tidak ingat, hahaha!

"Maafkan aku tau."

Elfira tergamam.

"Sebab aku tak dapat tolong kau. Aku hanya mampu minta tolong dengan Allah saja."

Elfira tersenyum. "Tak apalah, simpan untuk kau seorang saja."

"Of course aku simpan. Buat apa aku nak sebar, itu main kotor, kan?"

Mendengar perkataan terakhir itu, hati Elfira tiba-tiba gusar. Dia berhenti melangkah padahal mereka sudah hampir sampai ke kelas.

"Eh, kenapa?" Soal Ryan.

"Ryan, aku rasa.. ada seseorang tak puas hati dengan aku. Aku serius boleh jawab kimia hari itu. Tapi.. dalam result, aku gagal. Selama ini, aku tak pernah gagal walau sejauh mana pun aku tak boleh jawab. Tapi kali ini, Allah Maha Mengetahui, aku.. boleh jawab hampir semua soalan."

Ryan menatapnya penuh tanda tanya. "Kau fikir begitu?"

"Kalau kau tak percaya.."

"Allah itu Maha Melihat." Ryan memotong. "Aku juga rasa pelik. Gagal bukanlah kebiasaan kau bahkan kau tak pernah. Jika bukan A, bermakna ia lulus. Tapi.. ni gagal.."

Tangannya naik menyentuh dagu sendiri. "Aku rasa.. ada seseorang yang.."

"Ya Allah, akhirnya.." Elfira berucap syukur. "Kau ni bijak juga ya?"

Ryan tersengih. "Aku akan cari siapa yang berani buat kau macam ni. Aku janji."

Elfira segera menggeleng. "Tak, tak.. maksud aku.. aku hanya.. rasa macam itu.."

"Tak apa, itu bukan hanya rasa. Itu fakta, Fir. Aku akan cari sampai dapat. Dan aku akan pastikan dia menyesal buat kau macam ini. First, kita tanya guru kimia kita."

Mereka berdua saling berpandangan sebelum menatap blok yang mengandungi bilik guru.

"Cikgu Nurul."

++++++

'Sedikit bengap, mohon beri lebih perhatian di rumah.'

-Komen guru kelas.

"Dasar," Amir berdecih. "Kenapa semua orang kata aku bengap ni.. memang aku bengap ke?"

Amir ialah orang yang terakhir mengambil slip keputusan peperiksaan kerana dia tidak hadir pada hari itu. Amir lebih memilih untuk menonton pertandingan bola sepak yang berlangsung di studio berdekatan.

Namun begitu, dia tetap mendapatkan gred yang boleh dikatakan bagus.

Bermakna, tiada gagal.

Matanya melilau dari atas sehingga bawah, melihat satu persatu gred yang dia dapat untuk setiap subjek.

"Bijak juga aku ni," pujinya. "Semua gred aku sapu."

Ada gred A, B, C, D, dan E.

"Aish," Amir menjambak rambut sendiri apabila sekali lagi matanya mendarat pada komen guru kelas. "Rasanya betul apa yang Syiraz kata,"

Omong-omong, sampai sekarang masih tidak ada teguran antara dia dan si ketua pengawas. Kadang-kadang dia tertanya, adakah Syiraz betul-betul memaksudkannya?

Tetapi lelaki itu bertegur sapa dengan Ryan. Dia mengerut dahi. Keliru akan situasi ini.

"Amir?"

Amir tertegun. Panjang umur Syiraz. Baru aje terfikir, tuan punya badan sudah datang.

Amir bungkam, sambil menatap lekat slip keputusannya.

"Kenapa kau tak datang ke sekolah hari itu?"

"Tengok bola sepak."

Syiraz ketawa. "Kau ni, tak pernah berubah."

Amir berpeluk tubuh.

Syiraz berdiri di hadapan kawannya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum bertutur. "Amir, aku minta maaf tau. Aku tahu aku salah.. aku tak sepatutnya macam itu.. aku cuma.. stres.."

Dan di dalam situasi begini pun, Syiraz masih tidak mahu jujur tentang Zayn. Dia tidak ingin nama Zayn tercemar.

"Hmm.." Amir bergumam panjang.

"Hm?"

Amir mengangkat wajah. Mampu dia amati mata Syiraz yang berbinar penuh dengan harapan agar hubungan mereka dapat diperbaiki.

"Aku sudah minta maaf dengan Danial, Shahrul.. hanya kau.. aku.. tak berani.. aku minta maaf.. Mir.."

Syiraz mencebik. Wajah menyimpan penuh harapan agar lelaki itu memaafkannya.

"Aku tahu aku salah. Aku tak sepatutnya panggil kau begitu. Aku janji tak buat lagi!" Syiraz mengangkat tangan, tanda berjanji.

"Amir..."

Amir berpeluk tubuh, masih tidak ingin menanggapi.

"Em, tak apalah. Mungkin kau perlukan masa. Tahniah tau atas keputusan kau."

Syiraz cuba memujuk, mencari topik untuk dibualkan.

"Apa? Tahniah?" Amir mengangkat kening sebelah. Tangan mencapai slip keputusan dan menuding jari ke arah komen guru kelas.

"Ini kau kata tahniah? Ke.. kau memang nak buktikan yang apa kau kata itu.. betul, huh?"

Syiraz ternganga. Sekuat hati dia menahan ketawa membaca komen itu. Apa? Bengap?

"Hei, kau bahagia lah tengok aku macam ni?!!" Amir sedar akan tindakan tubuh Syiraz. "Ish, janganlah gelak!"

"Eh tak tak... Aku..." Syiraz mengemam bibir. Dia menggeleng laju. "Aku tak gelak!"

"Ish," Amir menghembus nafas lelah. "Sudahlah!"

Syiraz angguk. Mungkin sudah cukup dia memaksa Amir. "Aku harap kau maafkan aku. Aku.. pergi dulu ya.. aku ada saja kat tempat duduk aku tau.. aku tunggu di situ."

Amir cuba menghindari dari menatap lelaki itu. Malangnya, Syiraz benar-benar meninggalkan dia.

Amir berdecih kasar. Dia menumbuk meja beberapa kali. Tak guna punya Syiraz!

Pujuklah lagi!!!

_________

"Kau menang atau kalah?"

Elfira menjeling dalam diam. Tangan masih berusaha menyiapkan soalan yang diberi oleh guru.

"Liaaa," Elfira mencebik. Dia menggeleng, tidak suka akan ayat yang dilontarkan lelaki itu. Tahu tak? Dia sudah cukup kecewa dengan keputusan peperiksaan sendiri!

Dahlia mengangkat bahu. "Siapa suruh buat taruhan." Bisiknya.

Elfira berdecih. Ish, boleh tak dia nak menghilang?

"Ayuni..." Dia memanggil nama itu dalam diam. Entah mengapa, semenjak dua menjak ini Ayuni tidak mahu bertentang mata dengan dia, apalagi bertegur sapa.

Ayuni seperti menjarakkan diri.

Selepas rehat, dia akan pastikan Ayuni tidak dapat lari daripadanya! Dia akan bertanya apa masalah gadis itu.

Sekejap, pasti Ayuni ada masalah, kan? Mungkin keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan?

Elfira mengemam bibir, pen diletakkan di bawah dagu, menongkatkan anggota itu. Kesian Ayuni, pasti dia sengsara. Elfira memikirkan cara bagaimana untuk menjemput kebahagiaan daripada wajah kawannya.

Dia harus membuat Ayuni tersenyum walau apapun caranya!

"Aku menang, kan?" Zayn tersenyum tipis, tanpa menanggapi perasaan gadis itu. Ryan tidak ada di sebelahnya kerana pergi ke tandas. "Ucapkan tahniah kepada aku."

"Tahniah." Elfira tidak ada pilihan selain mengikuti lelaki itu. Dia kembali menumpukan perhatian pada buku. Zayn puas hati mendengarnya. Namun, dia ingin gadis itu berpaling belakang dan memandangnya.

"Ra,"

Elfira bergumam tanda menyahut. Dia tetap fokus menyiapkan kerja sekolah.

"Aku boleh tengok kesedihan kau walaupun kau tengah senyum."

Elfira tercengang. Tangan berhenti bergerak.

"Cuba tengok belakang."

Dan Elfira berpaling ke belakang. Mata bertemu mata. "Apa?"

"Dari sekian banyaknya tatapan, pada akhirnya tatapan kau lah yang meluluhkan segalanya." Ujar Zayn jujur, sebelum pantas menekup mulut sendiri.

Mata Elfira menjegil tajam ke arahnya. Zayn ketawa kecil.

"Sudahlah, apa lagi kau nak cakap? Aku nak buat homework ni." Tubuh Elfira ingin memandang ke depan kembali.

"Ra.. aku nak tanya sesuatu."

Elfira menghela nafas ringan sebelum menoleh kembali. "Apa?"

"Kenapa Allah masih hidupkan aku?"

Elfira memiringkan kepala. Seriuslah Zayn tanya soalan itu? Seketika, fikirannya kosong. Dia memegang dagu sendiri, mencari masa untuk berfikir.

Kemudian dia menggoyangkan pen yang ada di tangannya di hadapan wajah, mula mencari jawapan yang logik.

Oh! Akhirnya dapat idea.

"Kerana dosa kau terlalu banyak, dan Allah masih izinkan kau untuk bertaubat."

Zayn tidak berkutik, walau hakikat dia tersentap.

"Logik, kan?" Elfira ketawa kecil. "Sudah, jangan ganggu aku. Aku taknak gagal kimia lagi."

Saat tubuh itu ingin berbalik, Zayn sekali lagi menghalang.

"Macam mana jika semuanya bukanlah apa yang aku impikan?"

Elfira sekali lagi membeku. Soalan yang diajukan seringkali membuat fokusnya hilang. Dia menghembus nafas lelah sambil menggerak-gerakkan pen.

"Well.. kau boleh cari mimpi yang baru?"

Zayn tersenyum kecil. Suka mendengar jawapan itu, amat menyenangkan. "Betulkah?"

"Semoga Allah meringankan beban yang kau pikul, yang tak ada siapa tahu." Ujar Elfira dengan senyuman singkat, sebelum kembali menjawab soalan tadi.

Zayn tertegun. Dia menunduk, menatap buku-buku yang berselerak di atas meja. Di salah satu sisi buku itu..

Ada beberapa perkataan yang sama, ditulis dengan jumlah yang banyak.

Elfira. Elfira. Elfira.

Sejak itu, nama yang bermula dengan inisial E menjadi mimpi baru bagi seorang Zayn Ezrin.

___________

Ryan berfikir keras sambil menatap pantulan sendiri yang terhasil di cermin.

Siapa yang berani mengkhianati Elfira?

Cukuplah apa yang gadis itu lalui. Dia tidak sanggup melihat gadis itu sengsara lagi.

Ryan meraup wajah sendiri. Dia membetulkan rambutnya, memastikan parutnya tertutup rapi.

"Cantik juga style two block ni," Ryan meracau sendirian. Apabila rasa rambutnya kemas dan rapi, dia keluar daripada tandas.

Dalam perjalanan ke kelas, dia tiba-tiba berpapasan dengan perempuan yang membantunya tadi, Qaseh.

"Qaseh?"

Qaseh terkedu. Mereka saling bertukar pandang. Ini kali pertama Ryan menegurnya dulu.

"Hai, Ryan.."

Ryan tersenyum manis, membuat kaki Qaseh terasa lemah untuk berdiri. Dia mula rasa bahang meliputi atmosfera terdekat.

"Terima kasih tau tolong panggilkan Elfira tadi."

Qaseh angguk sekilas.

Canggung. Mereka berdua bungkam.

"Kalau begitu, pergi dulu.." Ryan baru saja ingin melangkah, Qaseh terus memanggilnya.

"R.. Ryan.."

Ryan berhenti, dia kembali memandang perempuan itu. "Ya?"

Ryan itu sungguh baik dan ramah kepada semua orang. Qaseh takut dia terlalu menaruh harapan atas sikap lembut lelaki itu.

"Sa.. saya suka awak.."

Ryan membeku.

"Saya.. minta maaf.." Qaseh sedar akan reaksi lelaki itu. Pasti Ryan tidak selesa.

Ryan pula hanya bungkam. Dia memikirkan jawapan apa yang sesuai untuk diberi agar Qaseh tidak disakiti.

"Qas tak akan suka saya."

Qaseh mengangkat wajah. "T.. tapi.."

Lelaki itu mendekat. Tanpa aba-aba dia menyingkirkan rambut-rambut yang menutupi dahinya dengan tangan.

Qaseh tergamam.

"Jadi, bagaimana?" Soal Ryan, membuat iris gadis itu membulat.

Parut.

Dahi licin itu mengandungi parut kecil. Ryan cukup insecure dengan parut itu. Seketika, dia teringat akan peringatan Elfira.

"Jangan tunjuk kepada perempuan lain selain aku, okey?"

"Kalau nak juga?"

"Tak boleh, nanti orang lain jatuh hati dengan kau."

Ryan pantas menjatuhkan semula rambutnya, sedikit kusut. Dia menggigit bibir dari dalam, penyesalan mula datang.

Dia tidak patut menunjukkan parut itu hanya kerana ingin Qaseh berhenti menyukai dia. Dan, tidak mungkin parut itu akan membuat seseorang jatuh hati. Dia pasti, tindakannya benar.

Tetapi bagi Qaseh Sofiyah, luka itu tidak sedikit pun mencatatkan rupa paras cinta hatinya.

Malah semakin menghiasi.

________

"Aku lupa nak tanya, kenapa tadi Qaseh yang bawa aku ke situ pagi tadi?"

Ryan tersenyum, jarak mereka sudah dekat dengan bilik guru. Waktu sekarang ialah waktu rehat, mereka berdua memilih untuk tidak makan di kantin. Hanya ada roti dan air minuman di genggaman masing-masing.

Sejenak, memori Qaseh mengungkapkan perasaan tiba-tiba menjelma. Untunglah gadis itu tidak mengambil hati, Ryan hanya melihat wajah Qaseh yang mula merah.

Kemudian, Qaseh meminta maaf dan pergi. Ryan sedaya upaya cuba untuk tidak menyakiti hati kecil itu. Walaupun hati Ryan milik orang lain, dia tidak mahu menyakiti hati orang yang menyayanginya. Dia cuba tolak perasaan itu selembut mungkin.

Untunglah, Qaseh memahami.

"Kami berjumpa tadi, dia ada tanya sesuatu."

"Tanya apa?"

"Tanya tentang keputusan peperiksaan aku. Aku jawab sajalah. Lepas itu, alang-alang suruh dia panggilkan kau."

"Tapi, aku.. peka sesuatu. Dia.. macam suka kau aje,"

Ryan mengerut kening sambil ketawa kecil. Itu memang kenyataan, tetapi dia memilih untuk tidak mengaku. "Aku? Siapa saja nak suka? Lainlah kalau Syiraz tu.."

"Eh, kau yang tak peka!" Elfira menyelutuk. "Ramai minat kau tau. Lagi-lagi bila kau naik pentas, tonjolkan diri, habis histeria perempuan-perempuan yang duduk dekat dengan aku tu."

Ryan ketawa.

"Suka pula dia. Cakap saja lah kau suka jadi perhatian."

"Kenapa? Cemburu?"

"Eh, excuse me! Kenapa pula aku nak cemburu?"

Ryan makin suka menyakat. "Cemburu sajalah. Asalkan dengan aku, bukan dengan orang lain."

"Siapa kata aku cemburu?!" Elfira makin geram.

"Sudah, sudah." Ryan akhirnya berhenti menyakat, hanya ketawa kecil yang berbunyi. Mereka akhirnya sampai di pintu bilik guru.

"Aku akan panggilkan cikgu."

Ryan berganjak, masuk ke dalam bilik guru tersebut. Elfira hanya diam di tempat.

Dia tidak pernah menyangka ada seseorang yang ingin menghancurkannya dengan bermain kotor. Rasanya, dia sudah cukup peka dengan sekeliling, dia hanya lebih memikirkan urusan sendiri.

Tidak pernah terjadi pertengkaran atau apapun antara dia dengan orang lain. Apa motif individu tersebut bermain kotor?

Tiba-tiba Ryan keluar bersama Cikgu Nurul di belakangnya.

"Cikgu.." Elfira tunduk sedikit sebelum mengangkat wajah. "Maaf menganggu."

Cikgu Nurul tersenyum. "Apa yang boleh cikgu bantu?"

Lidah Elfira kelu. Ryan menyedari akan hal itu. Dia menjelaskan satu-satu kejadian yang janggal, sehingga guru itu mengangguk faham.

"Sekejap," Cikgu Nurul memandang Ryan. "Apa kamu kata tadi?"

"Kemungkinan besar kertas Elfira ditukar, atau dibuang. Sebab nak kata kertas itu hilang, pasti cikgu akan tanda sebagai tak hadir. Tapi.. Elfira dapat gred gagal cikgu, jadi.. nama dia masih ada."

Cikgu Nurul tersentak. Memori itu mula bermain di fikiran. "Tak mungkin.."

"Kenapa, cikgu?"

Mereka berdua saling bertukar pandang. Rasa tidak senang hati mula menjentik.

"Takkanlah.."

Elfira mampu rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Individu itu pasti.. seorang yang rapat dengannya.

"Ayuni Natasya,"

Tatkala nama itu meniti dari bibir sang guru, Elfira terasa dunianya gelap buat seketika.

Matanya bergetar penuh kecewa.

"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

Continue Reading

You'll Also Like

148K 13.2K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
302 178 17
Sebuah hikayat. Satu cerita. Dua rasa. Bersatukah jua? Renjana Niskala || Rasa yang tidak wujud Andai Renjana, Nirmala bahari, Ku susun aksara buat...
645K 24.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
392K 13.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...