Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)

By nurflnh

73.8K 3K 96

Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pan... More

Prolog
TAMD 1
TAMD 2
TAMD 3
TAMD 4
TAMD 5
TAMD 6
TAMD 7
TAMD 8
TAMD 9
TAMD 10
TAMD 11
TAMD 12
TAMD 13
TAMD 14
TAMD 15
TAMD 16
TAMD 17
TAMD 18
TAMD 19
TAMD 20
TAMD 21
TAMD 23
TAMD 24
TAMD 25
TAMD 26
Salam Ramadhan, semua!
TAMD 27
TAMD 28
TAMD 29
TAMD 30
TAMD 31
TAMD 32
TAMD 33
TAMD 34
Not an update
TAMD 35
TAMD 36
HIATUS

TAMD 22

1.6K 63 3
By nurflnh

Selesai saja game explorace kami, aku dengan Najwa merancang untuk berjalan-jalan di sekeliling rumah ni. Kami malas nak tengok acara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang menang.

" habis basah orang-orang yang datang ke checkpoint aku tadi. Zulfan punya kerja lah pergi simbah dorang air." aduku pada Najwa ketika kami berjalan. Tak kami nafikan di sini tenang tempatnya. Ada tasik, ada taman bunga, ada surau dan macam- macam lagi lah. Walaupun namanya rumah, dia tak macam rumah tapi macam institut.

" tahu. Ada yang datang tempat kami basah kuyup lepastu si Haziq tanya lah kenapa. Diorang cakap kerja korang." sahut Najwa. Punya berdekah la dia gelak waktu diorang datang ke tempatnya tadi.

" wa." aku berhenti melangkah bila nampak sekumpulan gadis yang duduk tak jauh dari kami.

" eh, diorang tak kumpul sekali ke kat dewan?" dia menyoal pelik bila nampak apa yang aku tunjuk padanya.

" aku pergi kat diorang, kau tunggu sini. Apa-apa jadi, kau call Zulfan ke Ibu Aisyah ke Haziq ke ataupun siapa-siapa lah." kataku. Mata masih memandang ke arah mereka.

" bahaya lah, Pya. tak payah la pergi, kita patah balik je." larang Najwa. Takut pulak dia tengok perempuan-perempuan tu. Siap merokok lagi.

" takpe. Kau tunggu je sini. Kalau tengok pelik sikit, kau call je siapa-siapa." aku tetap ingin ke sana. 

Najwa tak mampu menghalang. Dia menyorok di belakang pokok bila aku mula mendekat ke arah sekumpulan gadis di sana. Dia terus mendail nombor Zulfan sebaik saja kawannya pergi.

" Is, kau datang sini jap. Nanti aku bagi kau live location dekat whatsapp." pintanya sebaik saja Zulfan angkat telefon.

" datang mana? kau kenapa? Safiyyah mana?" Zulfan disebelah sana bertalu-talu menyoal dia.

" kau datang sini dulu. Aku rasa Pya dalam bahaya baik kau datang cepat. Bawak Ibu sekali datang sini." usai saja dia beritahu, talian terus ditutup.





" Assalamualaikum." aku menyapa mereka mesra walaupun dalam hati ada perasaan takut jugak.

" Assalamualaikum." aku memberi salam kali kedua bila mereka hanya buat tak peduli dengan salam pertamaku. Mereka semua ada lima orang mengikut kiraannya.

Mereka berhenti bergelak tawa bila serasa aku seperti mengacau. Gadis yang masih pegang rokok di tangannya memandangku atas bawah.

" kau nak apa?" tanyanya kasar. Rokok di tangan dia lempar ke tanah sebelum apinya dipijak mati.

" kenapa tak kumpul sekali kat dewan?" aku menyoalnya berani walaupun dalam hati terbersit rasa takut.

" suka hati kami lah nak buat apa pun yang kau sibuk ni kenapa? Rumah ni kau punya ke?" dia membalas kasar.

Aku telan air liur yang terasa kelat. Dia berundur setapak ke belakang.

" maaf kacau korang semua. Saya pergi dulu." aku bertindak meminta diri sebelum muncul masalah lain. Tak pulak dia sangka mereka sekasar ini kalau tak memang dia takkan dekat tadi.

" kau nak pergi mana? report dekat Ibu?" gadis yang aku fikirkan ketua mereka menyoal aku.

" aaa...s-s-saya n-na-nak ba-balik dewan." aku tiba-tiba gagap. 

Tu lah kau, Safiyyah. Berani sangat kat tempat macam ni. marahnya dalam hati.

" heh jangan harap kau boleh pergi macam tu je." Dia merapat setapak demi setapak ke arahku.

Aku membulat mata bila dia tiba-tiba keluarkan pisau lipat dari poket bajunya. Kakinya kaku tak dapat bergerak.

" lain kali jangan sibuk urusan orang lain." dia berkata sinis padaku disambut tawa kawan-kawannya di belakangnya.

Aku hanya diam tak membalas. Risau kata-katanya hanya menambah minyak ke api sehingga membawa pergaduhan.

" ajar dia sikit, Ana." salah seorang dari mereka sengaja menjadi batu api.

" bagi dia rasa sikit, Ana." sambut yang lain.

Mukaku menjadi pucat bila perempuan yang dipanggil Ana tu senyum jahat padaku. Dia menapak lebih dekat ke arah aku.

" s-saya tak buat benda jahat pun." aku membela diri walaupun takut.

" diam." arahnya keras. Aku terus menunduk ke bawah memandang tanah yang dipijak.

Melihat aku leka memandang bawah, tangannya sepantas kilat ingin menikamku.

" aaahh." mata dipejam rapat sambil mulut spontan menjerit.

Agak lama matanya dipejam tapi dia tak rasakan apa-apa sakit. Dia menghela nafas perlahan bila sedar Allah masih panjangkan umurnya. Mata dibuka tapi pandangannya terhalang bila Zulfan berada di depannya.

" Zulfan, apa awak buat kat sini?" aku menyoalnya laju tapi lidah tiba-tiba kelu bila dia nampak setitik demi setitik darah menitik di atas tanah.

" Suhana!!" jerit Ibu Aisyah kuat menahan marah.

" Awak." aku memanggil Zulfan panik bila nampak tangan kirinya yang mengenggam pisau mengalir darah laju.

Aku merapat ke arahnya lalu pisau yang dia genggam aku buang ke tanah. Aku menarik lengan bajunya mengikut aku menjauh daripada gadis yang hampir-hampir menikamku tadi.

" semua ikut ibu ke office. isi borang keluar dari sini. Ibu dah penat nak jaga perangai kamu semua. Tak pernah hormatkan tetamu Ibu. Mana ibu nak letak maruah ibu?" Ibu Aisyah lantang bersuara marah.

" kami pun tak pernah nak duduk tempat terkurung macam ni lah. Dah alang-alang kena buang ni baguslah. Kami pun boleh hidup bebas lepas ni." balas Suhana kurang ajar.

Aku hanya menggeleng bila mereka biadab dengan orang yang selama ni menjaga mereka seikhlas hati.



" Is, tangan kau." Haziq menegur bila sekumpulan gadis tadi mengikut Ibu Aisyah ke office. Sempat wanita berusia tu minta maaf pada Zulfan bagi pihak anak jagaannya.

" sikit je ni." Balas Zulfan tenang walaupun dia mendesis sakit perlahan. Nasib lukanya tak berapa dalam.

" Haziq, awak boleh tolong amik first aid tak? Saya nak rawat luka dia." Aku meminta tolong pada dia. Najwa yang sebelah hanya diam. Dia fobia dengan darah.

" Okay." Tanpa banyak kata, Haziq setuju.

" Nak ikut." Pinta Najwa. Dia tak boleh duduk sini lagi bila darah Zulfan masih tak berhenti.

Haziq mengerutkan dahi. Dah kenapa tiba-tiba nak ikut dia pulak ni. Dia mengalihkan matanya melihat ke arahku.

" She phobia with blood." Beritahuku tentang fobia Najwa dengan gerakan mulut tanpa suara pada Haziq.

Haziq mengangguk faham sebelum mengajak Najwa mengikutnya kembali ke dewan utama.


" duduk sini dulu." aku mengarah Zulfan duduk di tempat Suhana dan kumpulannya duduk tadi. Tangan masih lagi mengenggam kuat lengan bajunya.

Zulfan hanya menurut. Matanya tak lepas memandang muka aku dari tadi.

" awak bukak baju kemeja luar awak ni. Pakai t-shirt tak kat dalam?" aku kena hentikan darah yang keluar dari tangan dia takut nanti darahnya hilang banyak.

" pakai." Zulfan mengikut arahanku. Dia membuka baju kemeja kelabunya sebelum diserahkan padaku.

" saya nak bagi darah ni berhenti dulu sementara tunggu Haziq bawak first aid." aku beritahu dia. Bajunya tadi aku ikat pada pergelangan tangan kiri dia. Mata meliar mencari air bersih di sekeliling kami.

" awak tunggu sini kejap. Saya nak pergi isi air bersih kejap." pesanku bila nampak air paip berada tak jauh dengan kami. Nasib di tempat mereka duduk ada botol air kosong yang mungkin digunakan geng Suhana tadi.

Zulfan hanya mengangguk. Dia agak pening bila darahnya banyak keluar tadi. Hampir saja dia pengsan kalau Safiyyah masih tak hentikan pendarahannya. Walaupun luka tak dalam, darah tetap mengalir keluar dengan laju.


Aku kembali bersama sebotol air paip di tangan. Haziq dan Najwa pun dah kembali bersama first aid di tangan.

" Haziq, nah awak buat lah." aku menyuruh Haziq merawat luka Zulfan memandang dia lelaki.

" eh, saya bukan tak nak tapi saya tak reti rawat luka, Safiyyah." Haziq menolak panik.

" dia tu dah macam intan payung dah." perli Zulfan perlahan.

" eh kau. Sakit-sakit pun banyak mulut eh." Haziq menolak kepala dia perlahan.

" dah diam. Jangan bergaduh kat sini." aku leraikan bunga-bunga pergaduhan mereka.

" tahan sikit, saya nak bersihkan darah awak." aku capai tangan Zulfan berlapik. Air dalam botol aku tuang perlahan-lahan ke tangannya bagi bersihkan darah dia yang mengalir.

" ah, sakitlah sayang. Slow-slow sikit." Zulfan mendesis sakit. Dahinya berkerut menahan pedih luka terkena air.

" tahu sakit. Dah tahu tu pisau yang pergi genggam tu kenapa? Nak tunjuk yang diri tu hero?" aku mula membebel padanya sambil tangan ligat mencapai antiseptik.

" sayang, saya baru aje selamatkan awak dari kena tikam tau. Takkan dapat kena bebel aje?" rungut Zulfan.

" padan muka kau." sampuk Haziq di tepi. Najwa hanya tayang sengih. Dia auto jadi pendiam bila nampak darah.

" diamlah kau." marah Zulfan bila kawannya hanya menambah minyak.

 " takde. Saya tak habis bebel lagi. Dengar saya bebel sampai habis baru saya bagi terima kasih kat awak." kapas ditangan ditekan-tekan mencuci luka dia.

" ah, sakit awak. Slow lah sikit." dia mendesis lagi.

" goodluck bro. Kitorang cau dulu, nak tengok yang lain kat dewan." Haziq menyampuk lagi. Dia rasa kena bawak Najwa kembali ke dewan sebab nampak tak okey.

" pergi je lah. Ada pun menyakitkan hati je." Zulfan guling mata ke atas.

" sampai hati awak. Nak merajuk lah macam ni." dia sengaja mengubah nada suaranay seakan-akan berjauh hati sebaik saja Haziq dan Najwa berlalu pergi.

" merajuk lah. Takde siapa nak pujuk." selarku. 

" Sayang, apa ni." Zulfan tepuk dahinya. Susah dapat buah hati heartless ni.

" lain kali jangan buat macam ni lagi. Nak luruh jantung saya tahu tak?" aku mengendurkan suara. Tangan masih lagi mencuci lukanya berhati-hati.

" oh, sayang jugak eh kat saya. Ingatkan tak sayang." dia sengaja mengusikku. 

Aku tekan tempat lukanya bila dia senyum senget padaku.

" ouch, sakit lah sayang. Awak ni tak boleh jadi doktor kalau macam ni gayanya." Zulfan larikan tangannya. Tak sanggup nak kena tekan lagi.

" sini la tangan tu. Mana siap lagi tu." aku meminta tangannya.

" tak nak. Nanti awak tekan lagi. Biar la saya buat sendiri." 

Dia merajuk.

Aku gelak lepas. Siapa suruh main-main lagi dengan dia.

" okey, tak tak. Meh sini, saya nak habiskan cuci luka tu. Nanti kena jangkitan kuman lagi susah." aku pujuk dia balik.

Zulfan hulurkan tangan dia kembali.

" lain kali jangan sakitkan diri sebab saya. Saya tak suka tengok awak sakit sebab saya." ujarku perlahan.

" same goes to me. Saya tak suka tengok awak sakit lebih-lebih lagi kalau bukan saya yang buat awak sakit." 

Mendengar ayat terakhirnya, aku sekali lagi menekan lukanya. Main-main betul dia ni.

" ada niat lah nak sakitkan saya. ouh, faham." aku menekan lukanya sambil membalas ayatnya tadi.

" t-tak sayang. Saya gurau je. awak, saya dah la sakit tau. Awak pergi tekan lagi. Kalau saya mati awak jawab eh dengan ibu." 

" melebih pulak. Luka banyak ni takde maknanya awak mati."

" kita mana tahu ajal kita, sayang." sambung Zulfan lagi.

" dah, diam." aku tak suka dia sebut yang bukan-bukan.

Zulfan ketawa kuat.



" Is, tangan awak kenapa?" Athirah yang tiba-tiba muncul depan kami menghentikan ketawa Zulfan. 

Continue Reading

You'll Also Like

1.6K 159 17
Seorang lelaki yang bernama Jibril Fayyadh mempunyai kisah silam yang tak mampu diterima oleh sesiapa pun. Cukup jahilkah dia di masa lalu? Ya. Bag...
815K 42.3K 67
Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. ...
23.5K 2.2K 30
[KARYA PERTAMA | COMPLETED] Disebalik wajah bersahaja Inspektor Adyan terselit seribu satu rahsia yang disimpan kemas selama dua tahun. Kejadian yang...
232K 16.7K 36
Fleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung ce...