ZAR

By tihatti

262K 17.2K 2.3K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41

BAB 24

6.1K 450 104
By tihatti

Recommended song: sumpah dan cinta matiku by nidji.

Dilihat jam di pergelangan tangan, sudah pukul sepuluh setengah malam dan kelibat wanita yang ditunggu masih lagi tidak kelihatan. Hati terasa sebu, darah bagaikan dipam-dipam. Dia marah, dia kesal dan segala perasaan negatif mula bercampur baur dan ianya menyebabkan emosi yang dirasakan sekarang berkeceramuk. Angin malam yang berhembus lalu menampar wajahnya juga tidak mampu menenangkan rasa di hati.

Lelah.

Sakit, sakit yang berdarah. Sakit yang menyebabkan hatinya berasa perih. Sakit yang membuatkan seluruh tubuh terasa dipaku dan tidak mampu berbuat apa-apa. Sakit yang menjadi punca dirinya tidak merasa aman sedari tadi dan punca sakit ini berpunca daripada darah daging sendiri. Bukanya orang luar.

Ayah yang memaksa, Ayah yang tidak memahami dan juga membuang dirinya bertahun- tahun lamanya. Anak mata hitam itu meliar ke kiri dan kanan, pasangan yang bahagia, bergelak tawa, bertepuk tampar dan semestinya itu bukan dirinya.

Esok pagi Adwa bakal bergelar isteri kepada lelaki yang bernama Zafran. Dan dia masih di sini, mengikut kata sang ayah walaupun hati berkata tidak. Hati lelakinya tidak setuju akan tindakan yang dia lakukan sekarang ini.

Kalau Hawa masih hidup agaknya apa yang wanita itu akan lakukan?. Zar senyum hambar, pandangan mata dibawa ke arah hadapan. Melihat laut malam yang tenang.

Hawa akan menyokongnya, Hawa akan menasihati dirinya, membebel melihat sikap bodohnya seperti sekarang dan Hawa akan sentiasa berdiri teguh di belakang Zar tanpa berdolak dalih. Kerana Hawa adalah insan yang sangat memahami dirinya, lebih daripada sesiapa pun.

"Abang bodoh kan Hawa?, Tak suka tapi ikut jugak kata pak...". Gumamnya perlahan.

Hawa, sebaris nama yang mampu mengentarkan hatinya, wanita yang memegang takhta yang paling tinggi dalam carta hati, namun itu dahulu. Pandangan nya mula terasa berbalam, air mata yang bertakung sedari tadi mula tumpah namun cepat-cepat dia kesat.

"Mesti Hawa rasa abang bodoh kan?". Dan ingatanya kembali melayang ke masa lalu.

Enam tahun yang lepas, Nurul Hawa Binti Abdulullah telah kembali ke rahmatullah, meninggalkan Zar dan ahli keluarganya di dunia fana ini. Hawa adalah anak angkat yang dibesarkan oleh Ibu dan Ayahnya semenjak dia berusia dua belas tahun disebabkan kedua ibu bapanya meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

Zar senyum nipis, teringat segala memori antara dia dan Hawa.
Sepanjang Hawa bersama keluarga mereka, tiada sedikit pun layanan kekok ataupun tidak baik diberikan padanya, Hawa ditatang bagaikan minyak yang penuh, dan dalam kalangan ahli keluarga Zar, ayahnya yang paling rapat dan menyayangi Hawa. Dia dan Hawa sebaya, jadinya mereka mudah rapat.

Pergi sekolah, pulang, sekelas, senang cerita semuanya dilakukan bersama-sama menjadikan dia dan Hawa erat, lebih daripada adik beradik Zar yang lain.

Hingga dia dan Hawa mencintai satu sama lain. Degup jantung mereka berirama satu lagu yang sama. Dan apabila ayah mengetahui hal ini, dia yang paling gembira, dia yang paling merestui hubungan mereka berdua. Lagi satu bulan berbaki sebelum mereka bakal melangsungkan majlis akad nikah, Hawa, kekasih yang dia kasihi dan disayangi dianayai oleh sahabat yang dia percayai.

Sahabat yang bertahun-tahun dia kenal memilih untuk menikam Hawa hingga mati jiwa wanita itu. Diupah kaum Adam untuk memperkosa kekasih hatinya, dipukul hingga seluruh badan Hawa lebam sana sini dan asbab perilaku kejam itu adalah disebabkan dirinya. Wanita yang bertanggungjawab melakukan semua ini memberikan satu alasan yang sangat tidak munasabah, Alasanya adalah dia menyukai dirinya, dan dia tidak mampu menerima hakikat bahawa Hawa bakal menjadi suri hati kepada lelaki yang dia cintai.

Dan hasilnya? Hawa mati, mati pada jiwanya. Hari demi hari Zar lihat sinar bahagia pada kolam mata itu mulai kosong, tiada yang tersisa. Bukan dia tidak cuba, berkali-kali dia mencuba untuk mengembalikan jiwa Hawa, dia berjanji itu ini. Namun hasilnya tetap sama, dia sanggup tangguhkan majlis mereka asalkan Hawa kembali pulih.

Namun wanita itu tidak mampu menunggu dirinya. Zar berjanji bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Berkali-kali dia memujuk Hawa, berkata bahawa dia masih menyayangi wanita itu setelah apa yang terjadi namun tidak pada si dia. Jijik. Marah. Sedih. Dan segala emosi negatif kerap bermain di fikiran wanita itu menyebabkan Hawa tekad untuk menamatkan hidupnya. Kekasihnya tidak dirampas oleh lelaki lain, namun kekasihnya memilih untuk menghadap illahi.

Dan itu salahnya kerana tidak membantu Hawa mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Satu titik hitam dalam kisah keluarga mereka. Dia redha, dia terima hakikat bahawa Hawa dan dia bukanlah kekasih untuk satu sama lain yang tertulis di luth Mahfuz namun tidak pada ayahnya.

Zar gelengkan kepala, ingin membuang bayangan masa lalu. Buat apa dia mengingati perkara lampau?. Dia sudah melepaskan Hawa sesungguhnya, tiada lagi rasa cinta pada si dia yang sudah terpisah dunia, yang ada hanyalah rasa ralat kerana terlambat menyelamatkan Hawa.

Hawa masa lalu, dan Adwa...masa kini yang tidak pasti buat dirinya. Esok dia bakal menerima satu lagi kenyataan perit. Rasanya apa yang dikatakan Endika benar berlaka, dia harus mandi bunga, biar untung sedikit dalam hal pencintaan.

Dia lihat lagi jam di tangan, sudah lewat. Kertas yang diberikan oleh ayahnya semalam menyebabkan dia terpacak di sini, di padang kota. Bukan sekali namun dia rasakan lebih daripada lima kali sudah ayahnya ingin menjodohkan dirinya dengan anak perempuan rakanya. Namun semua dia tolak mentah- mentah, diberi pelbagai alasan dan kali ini dia tiada pilihan.

Selain menjadi anak yang taat.

Walaupun hati berkali-kali menjerit tidak, menyuruh dirinya membawa langkah pergi. Pergi kepada Adwa.
Cinta matinya.

"Hang kan anak yang baik, hadap ja la Zar." Gumamnya lagi.

Padang kota, Penang. Jarang untuk kawasan ini lengang, sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Meriah disana sini. Menyebabkan kawasan ini sentiasa bingit, lampu berwarna warni yang digantung di pokok-pokok di sini menambahkan lagi rasa hidupnya . Penang, satu tempat yang layak digelar syurga makanan. Kalau orang luar datang ke sini tidak lain tidak bukan mencari Nasi Kandar, Pasembur dan lain-lain makanan yang menjadi daya tarikan Pulau Mutiara.

Sedang dia ralit memerhati laut malam, bahunya disentuh lembut dari arah belakang, dia pusingkan badan, di hadapanya ini ada seorang wanita. Tubuhnya kaku, tidak tahu hendak berikan reaksi apa.

"Awak anak Pak Zaihuddin dengan Puan Halimah?". Soal wanita asing itu.
Zar tidak angguk ataupun menggeleng.

Dia tahu di hadapan dirinya sekarang ini mesti orang yang dimaksudkan ayahnya. Tangan digepal kuat, ini bukan kehendaknya, ini bukan yang dia mahukan, lantas apa yang seharusnya dia lakukan sekarang?.

"Encik, betul ke? Ke saya salah orang?". Wanita di hadapanya menyoal lagi.

Dia mahukan Adwa, yang dia cintakan adalah Adwa Naila dan bukanya wanita lain. Dia ingat lagi ketika mana dia tidak sengaja menyebabkan wanita itu jatuh ke dalam bendang opah, ketika dia baling high heel Adwa hingga termasuk ke dalam reban ayam, ketika dia dan Adwa berbual di tepi pantai sambil memegang jajan di tangan, ketika dia selamatkan Adwa ketika mana wanita itu nyaris dilanggar, dan ketika mana Adwa merawati luka yang ada di badan akibat sifat keras kepalanya.

Dan semua itu cukup untuk membuatkan laki-laki yang bernama Zar Uzair ini sanggup mengambil satu lagi keputusan. Antara dia dan Adwa tidak boleh terhenti di sini sahaja. Dia ingin lebih lagi, biarpun dia menjadi pilihan yang tidak pasti. Dia tidak kisah kalau menjadi sandaran, ataupun peluang kedua bagi wanita itu biarpun hanya sebagai sahabat. Dan andai dia menuruti apa yang dipinta oleh ayahnya, ibarat dia menipu perasaan hatinya. Akhirnya, bibirnya berkata...

" Maaf, hang silap orang."

Itu jawapan kepada pertayaan wanita asing di hadapanya. Dia tahu ayahnya bakal memarahi dirinya sekali lagi namun biarlah dia menjadi anak derhaka pada pandangan ayahnya. Tidak sanggup dia menipu lagi. Dipacu langkah deras menuju ke motosikal berkuasa tingginya, helmet dipakai lalu terus dia pecut ke satu destinasi.

Destinasi yang bernama Adwa Naila.

Aku lihat pernampilan Aku sekali lagi, senyuman di bibir tidak mampu Aku tahan. Hingga ke telinga rasanya. Aku...cantik dalam persalinan baju kurung pahang berwarna putih, tudung yang sudah disarung terletak elok, labuh menutupi dada atas permintaan aku sendiri. Makeup yang dikenakan pula tidak tebal ataupun nipis, sedang-sedang sahaja. Dari cuping telingaku dapat Aku tangkap suasana hingar bingar dari luar bilik Aku ini, mesti ramai tetamu sudah datang, iyalah lagi setengah jam lagi Zafran bakal melafazkan akad nikah terhadapku.

Semuanya tampak sempurna, seperti yang Aku idamkan, weeding yang selalu bermain di kotak fikiran. Berkahwin dengan lelaki yang Aku cinta, sama seperti kisah dongeng yang selalu Aku baca. Namun ada satu hal yang Aku rasakan lompong.

Mana Zar?

"Pewitttt cantik bakhang, kawan sapa la ni?"

Aku pusing badanku ke arah belakang, Dahlia sedang elok berdiri di muka pintu, senyumanya lebar menghiasi pandangan mata Aku. Dia hampiri diriku lalu dipeluk tubuh Aku kejap.

"Lawa gila hang, awat Aku pulak nak nangis ni? Padahal hang yang nak kawin?".

Dia lepaskan pelukan, jari-jemarinya dibawa untuk menghapuskan air mata yang bertakung di tubir mata. Aku senyum manis, tanganya Aku pegang kemas.

"You ni Dahlia, I nak kahwin je pun, bukanya nak pergi perang. Bukanya dah tak boleh jumpa dah, boleh je Cik Dahlia oii.". Aku cubit pipi tembamya perlahan. Dia mencebik bibir.

" Hang ni, bagilah Aku berdrama sat, bukanya selalu. Tu Aku tadi pi la jenguk sat kat bawah, family Zafran rasanya ramai dah sampai, Cuma tunggu tok kadi ja".

Aku mengangguk faham, dibiarkan dirinya mengemas kan lagi tudung dan baju di badan sebelum Aku bertanya sesuatu padanya.

"Abang you tak datang ke?". Dia hembuskan nafas. Nafas yang Aku dengar berat sekali.

"Biaq la kat dia, bukanya Aku tak ajak, berbuih mulut Aku sampai Aku naik fedup. Merajuk apa taktau"

Dan jawapan Dahlia lagi menambahkan rasa hairan di hati, Zar...merajuk ke? Aku ada buat salah ke?. Padahal untuk beberapa minggu ini Aku bermesej denganya dan cara dia membalas pesanan Aku baik-baik sahaja, Seingat memori 3gb Aku, Aku langsung tidak pernah tuturkan kata-kata kesat kepadanya, langsung tidak mencari gaduh jadinya kenapa dia tak datang?

Walhal Aku sudah menganggap dia sebagai salah satu sahabat yang rapat.
Terasa kecil hati Aku, bibir diketap kuat. Ahh Aku tida mahu menangis, jangan disebabkan Zar seorang habis comot makeup Aku akibat air mata yang berjujuran jatuh. Dan sentuhan terakhir Dahlia menyebabkan Aku kembali ke dunia nyata, khayalan Aku tadi terbang entah ke mana.

Rintik-rintik hujan yang jatuh membasahi bumi juga semakin lebat. Aku kerutkan dahi, rasanya tadi bukan main panas terik lagi. Ahh biarlah, bukan kami tidak pasang khemah di luar, siap package lima buah khemah lagi, lagipun ruang halaman rumah kami cukup lebar dan luas, dan kalau difikirkan secara positif, hujan itu bukankah rahmat dari tuhan?

"Sayang....Tok kadi dah sampai.". Mama menghampiri kami berdua.

Aku rasa tangan mama mengelus lembut kedua pipi Aku, dan dengan jelas mata itu berbias rasa sayu. Aku faham, bagi mama dan papa untuk melepaskan satu-satunya anak perempuan mereka bukanya mudah, lagi-lagi Aku adalah anak yang selalu berada bersama mereka. Aku lihat Along juga menapak masuk, matanya tidak lepas daripada memandang ke arah Aku. Dia peluk erat bahu mama.

"Kau...nampak hodoh siak harini adik"

Amsyar Amrullah, Abang sulung yang satu ini memang jenis mulut puaka. Entah dari mana dia dapat perangai seperti ini, hendak kata daripada mama dan papa bukan kerana kedua orang tua kami adalah soft spoken, Dia dengan lagak yang bersahaja siap dengan package senyuman sinis berkata seperti itu. Aku cebik perlahan bibir munggilku, belum sempat Aku memijak kakinya, mama terlebih dahulu meluku kepalanya. Haa, puas hati Aku!

"Aduh sakitlah Ma, kenapa pukul kepala Am?, Biar Adwa sorang yang sengal dahla, jangan babitkan Am". Dia usap kepalanya perlahan, dan mama masih lagi menjeling tajam ke arahnya. Aku senyum tipis, lepas ini Aku akan rindukan perkara yang remeh temeh seperti ini, mama yang membebel, Am yang adakalanya berkelakuan seperti anak bongsu walhal dia yang paling tua.

Sekali lagi Aku rasakan adanya alasan untuk Aku tumpahkan air mata. Amsyar bergerak ke hadapan sedikit lalu batang tubuhku dia dakap buat seketika, dipegang pipi Aku lembut lalu dia tayangkan senyuman manis hinggakan lesung pipitnya jelas kelihatan.

'Kau asal nak nangis gila?, kahwin ajelah. Fasal mama dan papa jangan risau, Aku kan Ada, pandai-pandailah Aku jaga diorang. Lagi satu bila kau kahwin, tak bermaksud rumah ni bukan rumah kau lagi, bila-bila masa sahaja yang kau rasa kau nak balik, kau balik. Kami sentiasa alukan kau. Lagi satu, kalau suami kau buat benda tak elok dekat kau, kau bagitahu Aku, biar Aku settlekan dia, kau nak dia masuk hospital mental? Don't worry beb, Abangmu yang satu ini akan lakukan".

Aku tergelak halus. Aduh Along, dalam perangai sengalnya, Ada juga rasa peduli terhadapku. Aku genggam tanganya lalu Aku iyakan sahaja setiap patah yang dia katakan.

" Dah jom".

Aku pegang erat tangan mama dan Along. Dahlia pula berjalan seiring di sebelah kanan Aku. Detak jantung yang Aku rasakan semakin laju berdetak mulai menggila. Fuh Adwa....releks, cuba bawa bertenang, Insyallah semuanya akan berjalan lancar. Allah akan permudahkan segala urusan kami hari ini.

Tangga Aku turuni dengan langkah yang berhati-hati, dari jauh Aku sudah mampu lihat tok kadi sudah bersiap sedia, keluarga Zafran juga sudah tiba dan Zafran, dia di situ. Segak dalam persalinan baju melayu berwarna putih, sedang tersenyum melihat Aku.

Bagaikan kisah dongeng menjadi nyata. Dimana si hero dan heroin bersatu dan hidup bahagia buat selama-lamanya.
Namun dari luar pintu masuk rumah mama dan papa, Aku lihat adanya seorang lelaki, dengan langkah yang terkocoh-kocoh dia berlari masuk ke dalam dengan keadaan hujan lebat di luar. Seluruh badanya basah kuyup dan Aku rasakan saat ini masa seakan terhenti. Badanku mengeras.

Dia... Zar Uzair.

"Weh,, tu abang Aku.".Dengan nada yang terkesima Dahlia tuturkan ayat itu. Terasa seluruh tubuh ini terpaku. Aku gembira kerana dia sudi datang, namun separuh lagi Aku rasakan dia tidak pantas ada di sini, kerana lihatlah seraut wajah itu.

Riak wajah Zar yang tidak pernah Aku lihat.

"Mama...suruh tok kadi tunggu kejap, Adwa nak pergi jumpa kawan Adwa. Lima minit je tak lebih."

"Adwa, nanti lewat pula"

"Kejap aje mama, dia bukanya orang luar, kawan baik Adwa, Adwa jemput dia datang.' Mama mengangguk faham, dihampiri papa untuk memberitahu hal itu. Setakat lima minit aku bazirkan masa untuk Zar, tidak akan terganggu majlis ini. Aku yakin Zafran juga memahami.

Aku angkat kaki menuju ke arah si dia, Zar yang sudah tegak berdiri di depan pintu rumah, Seusai Aku berada tepat di hadapan dia, Aku lihat mata itu berubah rentak menjadi lembut memandang ke arah Aku.

"Cantik...hang pakai tudung." Itu ayat pertama yang terletus di bibir merah itu. Seraut wajahnya bertukar lembut selembutnya. Bukan nya bengis ataupun cemberut seperti riak yang selalu dia tayangkan.

"Salah satu asbab adalah awak, sebab hadiah yang awak selalu berikan pada saya lah. Saya ingat awak tak datang, jomlah masuk, rasanya baju Along saya muat dengan saiz badan awak. Tok kadi tu dah lama sampai, apa pulak dia kata nanti". Aku pegang hujung bajunya, kerana Aku tahu, Zar Uzair bukanya lelaki yang suka menyentuh perempuan bukan mahram. Dia bukanya lelaki kebanyakan yang tidak menghormati wanita, dia lain.

Kerana sesungguhnya dia adalah Zar.

Tapi badanya tidak berganjak, kakinya seolah terpasung di lantai marmar ini. Aku lepaskan pegangan Aku padanya, hairan dengan tindakan dirinya.

"Aku nak tanya hang"

" Tanya apa?". Dan dia diam sejenak, tubuhnya dipusing ke arah lain, dapat Aku tangkap desah nafasnya yang semakin laju dan setelah beberapa saat dia pusing menghadap Aku kembali, matanya terpaku pada Zafran dan bibir itu bertanya soalan yang sama, buat kesekian kalinya.

" Hang betul sukakan dia?"

Dua kali dia bertanya, dan dua kali juga jawapan yang sama Aku berikan.

" Ya, macam yang awak tahu. Saya sentiasa dan akan selalu cintakan dia, takkan ada lelaki lain selain dia, dia yang pertama dan juga terakhir."

Dia tarik senyuman hambar, senyuman yang terlalu plastik dan Aku tidak bodoh untuk tidak memahami, Aku tarik nafas dalam-dalam dan soalan yang terlalu lama bermain di akal fikiran akhirnya Aku luahkan.

" Awak sukakan saya kan?". Dan soalan itu cukup membuatkan rentak wajahnya berubah. Redup matanya yang lembut itu semakin lunak. Aku tahan perasaan, Zar, dia tahu Aku bakal menjadi isteri orang, dia tahu Aku cintakan orang lain jadi kenapa dia harus memilih untuk mencintai orang tak sudi?

Hatinya bakal dilukai, bukan sekali bahkan berkali-kali.

Yaa, Aku tak sudi. Antara dia dan Aku hanyalah sahabat, sahabat yang Aku anggap rapat dan tidak akan lebih dari itu. Hujan yang turun membasahi bumi terasa semakin lebat, dan sebalik wajah dia yang basah kuyup, dapat Aku lihat kolam matanya akhirnya pecah jua.

"Kalau Aku cakap Aku suka dekat hang, hang boleh batalkan majlis akad nikah hang?"

" Tak, saya takkan. Awak tahu saya anggap awak macam mana."

"Hang tau, sepanjang 128 hari, 3072 jam, 184320 minutes dan 11059200 saat, Aku tak perlukan lebih lagi banyak waktu untuk Aku cakap haa, Aku sukakan hang, terlalu sayang tapi Aku tau, kalau cinta bertepuk sebelah mustahil untuk bunyi."

Dia senyum lagi, senyuman yang dia ukir ketika mana air mata jantanya semakin galak jatuh ke pipinya. Aku kejam, yaa Aku akui. Tapi Zar lebih kejam, kerana melakukan hal seperti ini ketika mana lagi beberapa saat Aku bakal dinikahi. Aku toleh ke belakang, Zafran, keluarga Zafran, Mama dan papa, semuanya sudah siap sedia, hanya menunggu Aku sahaja.

"Aku ada hadiah untuk hang, mai sini tangan hang."

Kali ini dia kesat air mata di pipi, ditarik tangan Aku yang berlapik kain itu dan dia tadahkan tangan tepat di hadapanya, lalu dia letakkan satu rantai. Rantai yang penuh dengan kesan calar balar, rantai yang terukir satu nombor di atasnya.

"Hang ingat dak lagi rantai hat Aku bagi dulu dekat hang waktu dekat rumah opah dulu?"

Aku mengangguk perlahan, tidak berani menatap anak mata hitam itu. Aku takut serkiranya Aku pula yang muntahkan mutiara jernih.

"Aku bagi hang nombor diri Aku. Aku takkan ambik balik tapi Aku nak hang simpan, jaga elok-elok. Mana tau satu hari nanti rantai ni berguna. Sebelum Aku lupa...selamat pengantin baru Adwa...bukan...Puan Adwa..."

"Aku tau cinta Aku tak berbalas, tapi Adwa hang kena ingat satu perkara, Aku akan ada dekat sini, kalau hang perlukan orang untuk bercakap, nak luahkan panggil Aku, then I will be with you selama mana yang hang nak, dah sebelum Aku melalut jauh lagi, tu pi lekaih semua dah tunggu hang. Aku takkan pi mana- mana, macam yang hang nak, Aku akan ada dekat sini."

Aku lihat sekali lagi wajahnya, tiada lagi air mata yang mengalir, yang ada hanyalah senyuman buat Aku, senyuman yang selalu dia tunjukkan hanya buatku. Aku angguk kepala, lalu dengan langkah yang Aku rasakan berat sekali Aku aturkan ke pelamin impianku, di situ mama sudah siap menunggu.

Zar rasakan segenap jiwanya sudah direntap keluar. Kalau diikutkan akal tidak warasnya, dia ingin merosakkan majlis ini dan bawa lari Adwa sejauh-jauhnya. Namun dia tahu itu adalah tindakan yang sangat mementingkan diri, dan ianya akan menyebabkan Adwa terluka. Dan melukai Adwa adalah hal yang paling dia ingin elakkan.

Jadi dia di sini, biar dia sahaja yang terluka dan bukanya Adwa. Biar dia sahaja yang rasakan racun yang memakan jiwa. Kerana sedari awal lagi dia tahu dan sedar bahawa mencintai Adwa umpama meminum racun yang manis rasanya tetapi mampu membuatnya hilang nyawa.

"Tuhan tidak menguji hambanya melebihi kemampuan mereka." Dia tahu, dan dia akan terus memegang kata-kata itu hingga akhir.

Di sebalik pintu yang terbuka luas ini, dia mampu lihat dan mendengar segalanya.

"Muhammad Zafran Anaqi Bin Engku Aiman, Aku nikahkan akan dikau dengan anakku, Adwa Naila Binti Muhammad Ameer dengan mas kahwinya sebanyak RM 10,000.00 ringgit tunai."

" Aku terima nikahnya Adwa Naila Binti Muhammad Ameer dengan mas kahwinya RM 10,000.00 ringgit tunai."

" Sah?"

" Sah!."

Zar ukirkan senyuman hambar, sebelum ini dia katakan dia tidak ingin melihat Adwa menikahi lelaki lain, tidak di hadapan matanya, namun siapa sangka kerana wanita yang memegang seluruh hidupnya, dia sanggup biarkan hatinya terluka buat kesekian kalinya, dia biarkan jiwanya terseksa.

Zar ketap bibir kuat, hinggakan dia rasa adanya darah yang mengalir. Hujan yang lebat membasahi bumi seakan faham seluruh pelusuk rasa di hati. Adwa, wanita itu sudah sah menjadi isteri lelaki lain, dan dia akan tetap mencintai wanita itu setulusnya biarpun cintanya hanya sia- sia.

Kerana Zar merasakan Adwa adalah sumpah mati baginya. Tanpa menunggu lebih lama lagi dia bawa langkah kaki menuju pergi. Tidak betah berada di situ untuk tempoh waktu yang lebih panjang. Dia lihat rumah agam Adwa Naila buat kali terakhir, mesti meriah meraikan mempelai baru tetapi tidak baginya. Ditunggang motosikalnya laju menuju ke tempat yang jauh, jauh daripada Adwa.

Kerana hatinya sudah cukup berkecai, lebur tiada sisa. Tapi satu hal yang dia yakin, antara dia dan Adwa tiada noktah yang terhenti.

"Vroom"

Dipecut motosikal berkuasa tingginya laju membelah jalan yang sunyi, cukup laju hinggakan ada kalanya dia merasakan bandanya ringan. Air mata yang disangkakan sudah kering kembali tumpah, pandangan mula kabur mengaburi mata, dengan jalan yang lincin dek hujan yang turun tidak henti....

" Honnn!"

Hon yang berbunyi nyaring kedengaran berdengung di cuping telinga. Dia toleh sekilas ke arah kiri, ada satu kenderaan berat laju menuju ke arahnya,

" Allah!".

Cintakan selalu abadi,
Walau takdir tak pasti,
Kau selalu di hati, cinta matiku,
Seraya Aku berdoa merayakan cinta,
Kau selalu ku jaga,
Sumpah mati...







PART I: HAPPY EVER AFTER?
Menikahi lelaki yang Aku cintai separuh nyawa, pujaan hati yang Aku selalu puja, Zafran ibarat hero dan Aku adalah heroin di dalam kisah yang Aku selalu baca, Hidup bahagia buat selamanya.

PART II: DISASTER EVER AFTER.
Namun bagaimana kalau kisah happy ever after yang Aku selalu bayangkan itu adanya plot twist yang Aku tidak sangka?, Adakah bahagia selamanya masih ada antara kita?.

Continue Reading

You'll Also Like

4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
262K 17.2K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.5M 92.7K 75
"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...
9.4K 400 8
"Saya cintakan awak." - 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐞𝐞𝐝 𝐄𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 "Tapi saya perlukan masa, Tengku." - 𝐀𝐭𝐢𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐤𝐚𝐡 Ika yang baru sahaj...