[C] Aryan: Her Biggest Heartb...

By flowerbeandee

57.4K 2.1K 40

Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelil... More

Prologué I
Prologué II
Part I
1
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
Part II
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
Epilogué

2

1K 35 0
By flowerbeandee

SPAGHETTI carbonara ditenung lama. Nak makan pun kena bebel. Aku menjeling rakan baikku ini tajam. Tanda aku cukup tak puas hati dengan bebelannya. Serupa mak nenek. Kalau dia sudah ada anak nanti, mesti bernanah telinga.

"Jeling aku lagi. Kau yang sembunyikan pasal tu dari aku! Kau bertunang tak bagitau aku. Aku nak merajuk!" dia jengil aku. Aku hanya menyedut air iced lemon tea tanpa hiraukan dia. Si Nisa ni, dramatik saja lebih. Suka besarkan masalah kecil. Sudah masak dengan perangainya yang satu itu.

"Sebab mak aku yang uruskan. Aku pun tak kenal tunang aku tu, Nisa. Bukan aku yang nak pun tunang kahwin semua ni," aku menjawab malas. Sesekali skrin telefon dijeling. Sambil menanti kehadiran seorang lagi rakan kami. Lambat pula minah ni hari ini.

Nisa terdiam. Aku dah agak. Expectation dia semasa aku terlepas cakap yang aku dah ada tunang mesti dia fikir aku sengaja sembunyikan daripada dia.

"Okay, look. Kau pun kenal aku macam mana. Nonsense lah kalau aku tiba-tiba ada boyfriend. Aku selalu busy dengan kerja. Mana aku nak kisah pasal relationship ni." Bersungguh aku cuba yakinkan Nisa. Risau juga jika aku hilang kepercayaan rakan baik sendiri.

"Manalah tahu..." dia menjawab perlahan. Bibirnya dicebik. Tahulah bahawa dia masih tak puas hati.

"Aku nak makan. Tutup kes. Aku lapar," aku alih pandangan ke arah makanan yang sedia terhidang sejak beberapa minit lepas. Gara-gara sikap drama queen Nisa, tergendala niat asalku tadi.

"Kerja kau makan aje dari dulu, Arya." Ujar Nisa.

Mana dia tak kenal jika dia merupakan sahabat aku sejak sekolah rendah. Segala aib dan rahsia tersimpan kemas dalam memori dia.

Lainlah aku, mudah hilang ingatan. Malas mahu ingat perkara tak penting.

Termasuk masa lalu.

"Majlis kau bila eh, Nisa? Aku nak set tarikh balik. Aku kan pengapit kau. Nanti buatnya aku kerja, kena cepuk dengan kau pulak," aku menggulingkan biji mata ketika menghabiskan ayat terakhir. Nisa ini bukan boleh percaya, nanti dia over sampai nak putus kawan hanya sebab tak jadi pengapit dia. Suka buat drama!

"Lagi empat bulan, bulan sepuluh. 4 haribulan 10," beritahunya ringkas. Aku mengangguk.

"Kenapa tarikh tu?" Nisa yang leka memotong croissant itu angkat kepala.

"Sebab birthday dia. Senang sikit aku, nanti kalau annivesary, bagi hadiah sekali aje," hampir ternganga aku mendengar jawapan dia. Selamba betul. Ingatkan sebab tarikh berjumpa ke, tarikh baru mulakan hubungan ke...

"What the fish?" Nisa senyum tanpa rasa bersalah.

Ada eh perempuan macam ini? Haih. Nak hairan tetapi Nisa. Suka hati kau lah, Nisa. Asalkan kau bahagia.

"Umur kau tu hujung tahun dah masuk 26 tahun tau. Kau nak lansungkan majlis bila?" Soalnya.

Aku mengangkat bahu.

Manalah aku tahu. Aku sendiri pun kadang-kadang ragu dengan pertunangan ini. Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada pun, nak broken apa, kan? Bukannya aku pernah bercinta dengan lelaki itu pun.

Erk!

"Yang dulu berkeras konon tak mahu kahwin, tengok tengok dia yang kahwin dulu. Siapa entah? Lepastu sibuk nak suruh aku kahwin," aku perli dia. Tak mahu lagi dia banyak tanya pasal aku.

Jujur antara kami bertiga, Nisa yang dikatakan terpaling anti-romantic.

Anti-lelaki pun boleh beri kepada dia. Pantang sahaja dengar tentang makhluk berstatus 'lelaki', berbakul-bakul sumpah seranahnya bagi menunjukkan segala kebencian dalam diri.

"Sorry lambat. Tadi aku keluar kitchen lambat," tanpa meminta izin aku, air tadi disedut Eliesya yang baru sahaja mengambil tempat disebelah aku.

Tak guna punya member.

"Arya dah ada tunang," serentak, Eliesya tersedak apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada bibir Nisa itu.

"Kau memang tak menyabar tunggu dia telan air dia dulu ke. Kesian member," aku membebel sambil menghulurkan tisu ke arah Eliesya. Ini lagi seorang si tak guna.

Jangan hairan. Aku dengan Nisa sememangnya love-hate relationship. Gaduh gaduh manja. Namun sentiasa ada untuk satu sama lain. Tapi, sekali gaduh besar, seminggu tak bertegur. Masa itu, mulalah Ellisya pening mahu menyelesaikan masalah memandangkan dia sentiasa menjadi orang tengah.

"Mak kau yang aturkan, kan?" soalnya. Aku hanya mengangguk.

Nasib Eliesya ini cerdik sedikit orangnya. Taklah susah mana untuk aku terangkan kepada dia satu persatu.

"Handsome tak?" aku mengangkat bahu sebelum menjawab,

"Tak tahu. Aku tak pernah tengok muka dia. Nama penuh dia pun aku tak tahu." Balasku selamba.

Pak!

Siapa lagi yang tepuk aku kalau bukan Eliesya yang sedang berada di sebelah? Cepat-cepat aku menggosok perlahan apabila tamparan berbisa Eliesya terasa di lengan. Berdesing.

Malang betul bakal suami dia nanti.

"Nanti nanti aku kahwin, kau orang berdua tahu lah dia macam mana. Tanya aku sekarang, aku pun tak ada jawapan." Aku membalas lagi.

Serentak, mereka berdua mengeluh.





SUASANA di ruang tamu ini hening. Menambahkan lagi ketidakselesaan aku yang sudah tentu pulang ke rumah ini hanya dua bulan sekali. Baru balik dah dapat kejutan ke?

"Tapi mama, tak awal sangat ke kalau lagi 5 bulan. Kiranya bulan November? Sempat ke nak buat persiapan? Arya memang lah tak ambil tahu pasal perkahwinan ni, tapi Arya pun ada citarasa sendiri," aku cuba memberi seribu satu alasan.

"Arya nak yang macam mana?" Mama cuba memujuk. See, kalau aku membantah sudah tentu dia mengamuk sebentar lagi memandangkan dia berkeras juga mahu mengikut rancangan yang telah ditetapkan dia.

Ah, serabut!

"Arya nak konsep minimalist, tetamu yang tak sarat dengan ramai orang. Cukup satu dewan 500 orang. Kalau mama nak jemput kawan-kawan mama yang terlalu ramai itu, mama buat majlis asing, khas untuk bersanding dan makan makan sahaja." Aku mulai mengalah.

Lari sejauh mana pun, mama akan kejar juga. Jadi, kerana tak mahu keruhkan keadaan. Aku terpaksa terima keputusan mama sekali lagi.

"Kos perbelanjaan?" Mama sentiasa berkira tentang duit. Sampaikan hari ini pun dia masih utamakan duit itu daripada aku. Buktinya, dia tak mahu keluarkan duit untuk majlis aku kalau boleh.

Aku menghela nafas sebelum menjawab,

"Wedding Arya, Arya boleh tanggung. Tapi untuk majlis yang mama nak bawa kawan-kawan mama, Arya tak cukup budget. Arya tengah fokus dengan renovation company Arya."

Mama hanya angguk.

"Okaylah macam tu, kau nak request apa lagi?"

Aku termenung seketika. Pandangan dilabuhkan kepada mama semula.

"Arya nak tema warna putih dengan champagne, tetamu kena ikut colour code tu untuk wedding Arya punya. Cuma, pengantin perlu putih jadi hanya warna champagne dibenarkan." Putusku. Aku melilaukan pandangan ke sekeliling. Nampak lain rumah ini apabila sudah di cat dengan warna lain.

Nampak lebih teratur.

"Pihak lelaki tak apa ke kalau ikut tema Arya macam ni?" Tanya aku hairan. Pelik juga apabila mama hanya mengikut apa yang aku mahu. Takkanlah pihak lelaki tak ada cadangan daripada pihak mereka?

"Dia orang kata ikut kau. Sebab kau kan bakal menantu kesayangan keluarga dia orang." Mama sekadar membalas. Aku sudah kerutkan dahi. Baru bertunang dah kena cop bakal menantu kesayangan?

"Kiranya ada berapa majlis, mama?"

"Tiga. Pihak lelaki akan adakan majlis bertandang dekat hotel." Balas mama lagi. Kali ini aku sudah tercengang. Lelaki ini siapa sebenarnya saimpakan dia nampak begitu berada? Semua pun tahu jika majlis diadakan di hotel. Kos agak tinggi. Bukan, memang tinggi!

What the fish?

"O-oh.. Arya naik bilik dulu."

Continue Reading

You'll Also Like

6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
33.6K 2.4K 53
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...
1.2M 57K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...
260K 11.1K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...