OAK VALLEY'S SECRET [halilint...

By -ayrain

5K 670 1.9K

❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa e... More

OAK VALLEY'S SECRET
prologue + ros merah
1 + putera ros merah
2 + hantu sesat
3 + sakura
4 + kenyataan pahit
5 + masa lalu
6 + lelaki dari atlas
7 + bersiar-siar
8 + oak valley
9 + bertahan hidup
10 + roti hangat
11 + gula-gula strawberi
12 + ibu
13 + bilik muzik
14 + harlett rosenberg
15 + hidup dan mati
16 + hospital
18 + pertemuan pertama
19 + nenek beruban
20 + hidup seperti boneka
21 + bermain pedang
22 + bodoh dan cengeng
23 + cahaya yang indah
24 + tawaran
25 + lemas
26 + atuk jerung
27 + melihat masa depan
28 + kematian
29 + para syaitan
30 + penyamaran
31 + tong sampah
32 + terlambat
33 + terima kasih
34 + bekas ketua
35 + cuti sekolah
TAMAT SEASON 1
SEASON 2
36 + tomato
37 + ulang tahun
38 + cinta
39 + ahli baru
40 + kawan 'sementara'
41 + kawasan perempuan
42 + mimpi buruk
43 + lari rumah
44 + kad jemputan
45 + tonton
46 + kamar sakura
47 + kata-kata menyakitkan
48 + kecantikan tak terlihat
49 + mengamuk
50 + lelaki itu
51 + rahsia terungkap
52 + luahan perasaan
53 + dulu terasa bahagia

17 + hukuman

114 12 22
By -ayrain

17 + hukuman

PANDANGANNYA lemah. Dia masih boleh ketawa sedangkan lehernya diikat dan ditarik menggunakan tali. Sakit, tetapi dia harus tersenyum. Jangan menumpahkan air mata hanya kerana hukuman begini.

Taufan tahu dirinya kuat.

"Argh!" teriak salah satu orang yang menerima hukuman yang sama dengannya. Pandangan Taufan datar, tiada perasaan.

Lehernya diikat, kemudian ditarik kuat. Dicekik sekuat hati namun tidak sampai mati. Kali ini giliran Taufan, seorang lelaki yang sememangnya disuruh menghukum para pelajar Oak Valley yang melakukan kesalahan mulai menarik tali yang mengikat lehernya.

Tubuh Taufan jatuh terduduk, cuba tidak mengeluarkan suaranya. Seakan mencekik-cekik, apa lehernya akan putus dan kepala ini berguling ke bawah? Bawah bibir digigit hingga mengeluarkan darah.

"Berdiri!" Kali ini apa lagi? Taufan cuba berdiri, menahan sakit yang teramat.

Tergamam Taufan melihat beberapa orang membawa hidangan yang masih belum terlihat. Pesalah disuruh duduk termasuk Taufan. Apa mereka memberi makan? Ternyata masih ada perasaan simpati.

Namun saat melihat hidangan yang disediakan, Taufan terus menahan muntahnya keluar.

"Makan. Jangan sisakan sedikit pun." Lelaki yang menjadi ketua menghukum pesalah itu bernama Fang.

Taufan meneguk liur. Gila ke apa suruh makan otak manusia? Lehernya pula diikat, disuruh makan otak ini. Apa otak ini mereka dapat dari para pelajar yang menjadi korban pembunuhan?

Apa tujuan Gempa melakukan ini sebenarnya? Taufan tidak dapat menggunakan kuasanya kerana disekat.

"Ke... kenapa kami kena makan ni?" soal salah satu pesalah. Taufan hanya pasang telinga.

Fang mengatur cermin matanya sebelum menjawab.

"Apa kau pernah baca satu buku? Kalau kau makan otak manusia, kekuatan kau meningkat. Jadi, makan."

Siapa nak percaya karut itu? Taufan mengetap bibir. Namun kerana dipaksa makan, Taufan hanya menurut. Dia tidak dapat melawan, kalau melawan sedikit pun, pasti nanti lehernya putus.

Rakus Taufan memakan otak, dia tidak kunyah dan hanya terus telan. Rasa tak payah cakap, Taufan tidak mahu mengingat rasanya.

"Berdiri!" Kali ini apa lagi?

Tiba-tiba seorang lelaki membaringkan tubuh telanjang dada Taufan secara meniarap dengan leher Taufan yang masih diikat ketat. Taufan cuba angkat kepala, alangkah terkejutnya Taufan saat melihat besi di tangan lelaki itu.

Plak! Plak! Plak!

"Akh... argh!"

"Argh! Argh!"

Bunyi mereka dipukul menggunakan besi, hanya Taufan yang tidak teriak.

Taufan menggigit bawah bibirnya. Membiarkan seluruh tubuhnya dipukul menggunakan besi. Dari atas kepala hingga tapak kaki, terlalu sakit sampai Taufan hilang kata.

Asalkan Halilintar selamat, Taufan sanggup menjalani hukuman ini.

Kerana Halilintar ialah kawannya.

+++

SUDAH sebulan berlalu, hidup di dunia ini bagai orang mati. Walaupun setiap minggu Hayes bertukar tubuh, namun kali ini lebih parah.

Dia melihatnya. Manusia saling berbunuhan sesama sendiri. Tiada siapa yang ingin menyelamatkan mereka. Penat, lelah dengan semua ini. Halilintar selalu menemaninya, namun Hayes berasa kosong. Dia ingin putus asa.

Tetapi kalau Halilintar tidak dapat melihatnya lahir, apa yang harus dia lakukan? Hayes buntu.

Dia ingin semua ini berakhir.

"Hei, dia yang mulakan semua ni, kan? Hali!" Disepak kuat meja belajarnya mengejutkan Hayes yang berada dalam tubuh ayah tersentak.

"Guna kuasa kau lawan aku! Kau hebat sangat, heh?" desak seorang lelaki seraya menampar kuat pipinya. Berdenyut-denyut pipinya menahan sakit, Hayes tidak melawan hanya bungkam.

Kolar seragamnya ditarik oleh lelaki bernama Mark. Kemudian kepalanya dihempas ke lantai tanpa belas kasihan. Orang-orang yang berada di kelas hanya diam melihat, tidak berani masuk campur. Hayes mengetap bibir.

Dia sudah terbiasa. Lagipun rasa ini tidak begitu sakit.

Bawah bibir diketap. Tangan Mark digenggamnya buat Mark mengangkat kening.

"Se... sedang apa kau?" soal Mark takut-takut. Tiba-tiba sahaja Hayes melawan, mana tidaknya Mark terkejut.

Hayes tatap tajam sepasang iris milik Mark. Dia begitu lelah namun lelaki ini sengaja mencari pasal dengannya. Sebulan, Hayes sudah bersabar selama sebulan tanpa melawan. Dia hanya mengelak dan sering masuk hospital.

Tetapi Gempa tidak pernah menemuinya. 'Si gila! Kau cabar aku sangat, kan?' gumam hati Hayes kesal.

"Lepaskan aku! Aku kata lepaskan!" Mark mula meronta-ronta menarik perhatian Solar yang sedang duduk bersilang kaki layaknya bos.

Kenapa Hayes tiba-tiba melawan? Itu buat Solar tertanya-tanya.

"Aku kalau boleh nak je habisi kau! Tapi aku sabar, tiada masanya untuk aku gaduh dengan budak pendek akal macam kau orang. Bila ada yang sakitkan hati kau orang sikit je, terus bunuh macam apa! Heh, berhentilah membunuh, sial. Kau orang tak kesiankan mak bapak kau orang yang melahirkan kau orang, hah?" Dah lama pendam sebenarnya. Mana ada ibu bapa yang inginkan anak mereka menjadi pembunuh.

Solar yang mendengarnya mengetap rahang. Baginya, ibu telah mengajar dia menjadi pembunuh. Ibu yang baik? Bagi Solar ibu seperti itu hanya wujud untuk mereka yang layak mendapatkannya. Solar menganggap tujuannya dilahirkan untuk membunuh.

Mark terdiam seribu bahasa. Dia teringat ibu dan ayahnya, tanpa sedar dia jadi suka membunuh disebabkan sekolah ini. Mark ingin lari dari sini, ingin pergi dan berhenti membunuh.

Mana mungkin Mark tidak terseksa? Mereka semua yang berada di sini tidak meminta untuk menjadi pembunuh.

"Diamlah, kau! Kau tak tahu apa-apa baik diam jelah! Anak haram macam kau dah cukup beruntung diambil anak angkat oleh keluarga Grandville! Kenapa kami kena selalu tunduk dengan keluarga kau, hah? Sebab abang kau ada kuasa, kau sepatutnya pujuk abang kau hentikan semua ini! Kau pun tak boleh buat apa-apa, kan?" Dengan sekali nafas Mark mengatakannya buat Hayes mengetap bibir.

Memang benar apa yang dikatakan Mark. Dia sepatutnya hentikan Gempa, namun Gempa tidak mahu menemuinya. Dia sudah berkali-kali pergi ke kamar ahli Sakura dan memohon agar pembunuhan di sekolah ini dihentikan.

Namun rayuannya sia-sia. Hayes tidak dapat mengubah apa-apa. Dia tidak dapat mengubah masa depan.

Mark tersenyum senget. Ditarik kasar tangannya dari terus digenggam Hayes.

"Kawan kau Taufan tu, kau tak nak selamatkan dia? Dia dah sebulan jalani hukuman tu, kenapa kau tak fikirkan dia langsung? Sebelum kau hentikan pembunuhan kat sekolah ni, fikir-fikirlah kawan kau yang menderita diseksa setiap hari, sial! Hah, boleh gila aku!" Pak! Mark menyepak salah satu meja seraya berganjak pergi. Hilang moodnya ingin mencederakan Hayes.

Tergamam Hayes mendengarnya. Kenapa dia boleh melupakan Taufan? Lelaki itu terpaksa menjalani hukuman kerana menyelamatkannya. Bawah bibir diketap, selama ini Hayes terlalu sibuk memikirkan bagaimana ingin menghentikan semua ini.

Betapa bodohnya dia.

+++

"KETUA sedang tidak ingin jumpa dengan sesiapa, harap faham."

"Sial!" carutnya. Rasa bersalah kian menyebulungi diri Hayes sekarang.

Dia bahkan tidak dapat menyelamatkan kawannya. Kawan jenis apakah dia ini? Hayes mengetap bibir, dia sudah penat dengan dunia yang dia rasa sangat gila ini. Apa pada akhirnya semua usaha Hayes sia-sia?

Bibirnya bergetar hebat. Gara-gara lelaki gila itu, gara-gara lelaki yang mengaku abang Halilintar. Memang patut si gila itu mati di masa hadapan! Itu balasannya kerana telah mencuci otak para pelajar untuk membunuh antara satu sama lain.

"Taufan... maafkan aku. Aku, aku memang tak guna. Kau dah selamatkan aku, aku biar kau jalani hukuman tu. Aku jahat, aku benar-benar jahat..." Dadanya terasa sesak. Hayes tidak ingin menangis. Dia tidak mahu mengalirkan air matanya.

Tetapi sakit ya Tuhan. Dia benar-benar ingin membunuh si gila itu.

"Maafkan aku ibu... aku tak dapat buat apa-apa. Kalau disebabkan aku ayah mati, lebih baik aku tak dilahirkan. Aku tak berusaha apa-apa, untuk apa aku hidup?" soalnya tanpa sedar air mata sudah mengalir deras.

Di hadapan pohon sakura, Hayes mengatakannya. Bagaikan dejavu. Dia tidak sedar berjalan tanpa arah membawanya ke sini.

Sama seperti waktu itu, pohoh sakura yang sama. Apa ini kebetulan?

"Pahal aku nangis sebab macam ni? Bencilah. Lebih baik aku balik ke kelas, nanti Gopal tu marah aku." Selamba je Hayes menyebut cikgunya menggunakan nama.

Saat tubuhnya berpaling ingin meninggalkan pohon sakura, langkah Hayes terhenti. Dia tergamam, tanpa sedar mata merahnya bertaut dengan sepasang iris merah jambu itu.

Berambut putih bersih dengan paras yang jelita.

Apakah hari ini? Hari yang merupakan pertama kali ayah bertemu ibu.

"Hali?"

Finished on Thursday, 22 February 2024
Published on Monday, 4 March 2024

1272 words

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 106K 59
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
18.9K 1.2K 25
Sambungan dari Misi Ace Aaron kembali lagi dan masih ada dendam yang nak dibalas kepada MATA. Jadi dia cipta satu benda dengan bla bla bla sains. Kom...
1.7K 428 52
"Aku mempunyai seutuh kasih yang tidak pernah terusik hanya untukmu." [Not edited]
1.5K 294 18
Adventure | Fantasy | Action Mengisahkan tentang pengembaraan seorang remaja bernama Lycus yang pergi ke Dark continent bagi mencari penawar untuk me...