Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)

By nurflnh

73.7K 3K 96

Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pan... More

Prolog
TAMD 1
TAMD 2
TAMD 3
TAMD 4
TAMD 5
TAMD 6
TAMD 7
TAMD 8
TAMD 9
TAMD 10
TAMD 11
TAMD 12
TAMD 13
TAMD 14
TAMD 15
TAMD 16
TAMD 17
TAMD 18
TAMD 19
TAMD 21
TAMD 22
TAMD 23
TAMD 24
TAMD 25
TAMD 26
Salam Ramadhan, semua!
TAMD 27
TAMD 28
TAMD 29
TAMD 30
TAMD 31
TAMD 32
TAMD 33
TAMD 34
Not an update
TAMD 35
TAMD 36
HIATUS

TAMD 20

2.5K 111 4
By nurflnh

" awak nak sambung mana?" tak terus menjawab, aku menyoalnya balik.

" UKM. jom lah sekali dengan saya kalau nak sambung." ajak Zulfan. 

" kalau saya nak sambung oversea macam mana?" dari dulu memang impian aku nak sambung belajar di luar negara.

" Malaysia kan banyak U hebat-hebat?" soalanku dia balas dengan soalan.

" tengok lah macam mana nanti lagipun saya ada lagi setahun nak grad. Entah-entah awak pun dah tahun berapa kat sana. Tinggal saya sorang-sorang jugak nanti." 

Zulfan ketawa lagi. Betul jugak apa yang gadis tu cakap. 

" ye lah, ikut awak lah." Zulfan tak membantah tapi dia harap Safiyyah tak pilih U di luar negara.

" saya mengantuk dah la. Awak tak nak tidur lagi ke?" aku menguap lagi. Entah kali ke berapa dah dia menguap depan Zulfan.

" awak pergi lah tidur dulu. Saya nak join Najwa dengan Haziq kejap." balas Zulfan. Dia belum rasa mengantuk lagi walaupun dia selalu tidur awal.

" okay." aku tak menghalangnya.

" awak tak nak wish good night dekat saya ke, sayang?" hati Zulfan berbisik.

" nanti awak bagitahu Najwa saya tidur dulu eh?" pesanku takut Najwa mencarinya.

" okay." akur Zulfan. Baru saja dia nak bangun tiba-tiba badannya jatuh terduduk balik mendengar ayat terakhir aku.

" good night, my man." aku terus masuk ke dalam khemah usai wish padanya lalu cepat-cepat menarik zip tutup khemah. Ahh, dia malu tiba-tiba.

" tiba-tiba rasa nak tidur terus." tutur Zulfan lemah. Pertama kali Safiyyah gelarkan dia dengan panggilan macam tu.

" good night too, sayang saya." dia menghantar mesej pada Safiyyah sebagai balasan ucapan tadi sebelum dia bangun mencari kelibat dua orang kawannya lagi. Kat mana lah dorang melepak malam-malam ni.





" Najwa, kau ada boyfriend tak?" Haziq cuba mengorek. Takkan orang cantik macam dia tak ada orang nak kan?

" ada." jawab Najwa laju. Mereka berdua duduk di tebing tanah tak jauh dari khemah.

" serious lah?" Haziq terkejut. Kenapa macam tak boleh percaya saja.

" dulu lah tapi." sambung Najwa selamba. Awal-awal dulu saja dia agak sedih tapi sekarang dia rasa semua lelaki sampah kecuali dua orang mamat yang segroup dengan dia ni.

" fuh, nasib ada chance lagi." Haziq bisik perlahan pada dirinya.

" apa chance chance? tak de, aku malas nak bercinta dah." selar Najwa bila dia dengar apa yang Haziq bisikkan.

Haziq bulatkan mata. Dia dengar la pulak minah ni.

" tapi aku tak jahat." dia buat muka comel. Mana tahu tiba-tiba Najwa tercair dengan dia.

" siapa cakap kau jahat?" soal Najwa balik.

" dah tu? aku bagi banyak hint dah kat kau, takkan tak nampak lagi." Haziq mencebik. Jual mahal betul la minah ni.

" orang gila je tak nampak, unless dia betul-betul gila." sampuk Zulfan dari belakang. Puas dia mencari, kat sini rupanya diorang berdua.

" eh? asal kau datang sini?" mereka berdua serentak menyoal.

" kenapa? aku kacau korang dating ke?" Zulfan senyum mengusik.

" dating kepala kau lah, Is. Kau jugak yang halau aku dengan Haziq lepastu banyak bunyi pulak sekarang." selar Najwa. Dah la suka hati halau dia lepastu tuduh dia dating pulak.

Zulfan gelak lepas. Jauh beza betul perangai Najwa dengan Safiyyah. Yang sorang lembut, yang sorang kasar. Yang sorang extrovert, yang sorang introvert.

" mana Pya?" Najwa menyoal. Matanya meliar mencari kelibat kawanny yang satu tu di belakang tapi tak muncul.

" dia penat. Dia suruh aku bagitahu kau yang dia tidur dulu." Zulfan menyampaikan pesanan Safiyyah tadi.

Najwa mengangguk faham. Rasanya dia pun patut balik khemah sebab dah lewat malam.

" kalau macam tu, aku pun nak balik khemah jugak lah. Korang dua je lah borak masing-masing." Najwa bangun mengibas belakang bajunya takut melekat tanah.

" eh, eh. kau tak jawab lagi soalan aku tadi, Wa." jerit Haziq tak berapa kuat. Najwa buat tak peduli, dia terus berlari anak menuju khemah meninggalkan mereka berdua.

" kau lah ni kacau line." Haziq menampar bahu Zulfan kuat.

" baru kau tahu perasaan aku kan? Lain kali kacau lah aku dengan Safiyyah lagi." sindir Zulfan sinis. Macam lah dia tak boleh balas dendam.

" kau tahu tak tadi kan, dia nampak kau jalan dengan Athirah."  beritahu Haziq. Dia baru teringat bila Zulfan sebut nama buah hatinya.

" hah? kau serius lah?" Zulfan goncang badan dia berkali-kali.

" iye ingat aku main-main ke? lepas dari tu dia terus tak cakap banyak. Tapi aku dah fahamkan dia yang kau tu tengah jalankan amanah ustazah je. Nasib dia faham kalau tak aku tak tahu lah macam mana nak yakinkan dia." Zulfan pernah cerita pada dia yang buah hatinya tu rendah diri orangnya, introvert, pemalu, tak ada confident.

Zulfan meramas rambut menjadi serabai. Harapnya betul lah apa yang Haziq cakapkan. Dia berharap Safiyyah faham situasinya sekarang.

" jom lah masuk khemah." dia mengajak Haziq kembali ke khemah. 

" eh kau pun nak bad mood jugak ke?" Haziq mengejar langkah Zulfan. Kenapa lah dia dikelilingi dengan orang-orang yang tak normal.







Kami sampai di pusat pemulihan akhlak kira-kira pukul 9 pagi. Aku dan Najwa hanya merancang untuk jalan pusing-pusing di tempat itu tanpa bertegur sapa dengan sesiapa. Jiwa introvert aku sangat tak bekerjasama.

" weh, apa kata kita duduk dengan Ibu Aisyah tu. Boleh kita tanya pasal tempat ni dengan dia." Najwa mengajak aku mendekati penjaga tempat ni. Alang-alang student lain tengah sibuk set up dewan untuk program kejap lagi.

Aku hanya bersetuju. Kami sama-sama berjalan ke arah Ibu Aisyah yang dari tadi perhati saja gerak-geri kami semua.

" Assalamualaikum, ibu." Najwa sapa terlebih dulu. Macam mana dia tahu nama wanita yang berusia hampir 50an ni, dia pun tak tahu.

" waalaikumussalam. Najwa ya?" yang aku peliknya, wanita tu pun tahu nama Najwa.

" ya, betul tu Ibu. Saya lah orang yang contact Ibu untuk datang buat program kat sini." Najwa mengiyakan. Kami berdua bersalaman dengan wanita separuh abad tu.

" boleh tak nanti Ibu tunjuk sikit apa yang ada kat sini?" pinta Najwa sopan. Dia dah lama teringin nak tengok suasana pusat pemulihan akhlak.

" boleh, boleh tapi kena hati-hati sikit lah. Diorang ni kalau nampak orang luar je, terus keluar perangai lama tu. Macam-macam hal dorang ni." Puan Aisyah cukup takut kalau ada pihak yang nak datang melawat pusatnya. Kadang-kadang ada yang datang sihat, balik cedera. Ada yang datang bawa duit, balik habis kena sapu dengan anak-anak jagaannya.

" baik, Ibu." setelah itu macam-macam soalan Najwa tanya pada penjaga wanita tu sampai dia yang dengar pun naik letih.

" Wa, jom. Dorang dah start." aku menggamit Najwa datang ke dewan utama bila Zulfan selaku ketua fasilitator dah berucap.

" kata nak pusing-pusing kawasan ni."  

" takpa, satgi lepaih habih program hampa boleh la pusing-pusing kalu nak." Ibu Aisyah menyampuk. Dari loghatnya saja boleh tahu dia orang utara.

" baik, Ibu." kami berdua akur. Tangan Najwa aku tarik ke dewan utama.

" okay, kita akan main game explorace. Semua ada 6 checkpoint, semua kena cari checkpoint tu berdasarkan klu yang diberi." Zulfan bagi taklimat game pada penghuni-penghuni Rumah Nur Kasih. 

" Safiyyah." satu suara menegur aku dari belakang. Tak menunggu aku terus pusingkan badan memandang empunya suara.

"err.. Athirah. Ada apa?" aku tersenyum kelat. 

" Is suruh bagitahu awak yang awak dengan dia jaga checkpoint keenam nanti. Najwa dengan Haziq jaga checkpoint pertama." Athirah sampaikan pesanan Zulfan bagi pada dia sebelum berkumpul tadi.

" kenapa tak buat perempuan dengan perempuan yang jaga?" sampuk Najwa.

" saya pun tak tahu. Is yang arahkan, kami semua ikutkan saja." tutur Athirah. Dia pun tak tahu kenapa tapi mungkin ni arahan dari Ibu Aisyah sebab dia nampak Zulfan bersembang dengan wanita tu tadi.

" okay. Terima kasih inform." ucapku padanya. Aku tak membencinya tapi cuma tak selesa dengan pandangannya yang agak tajam bila dia nampak Zulfan dengan aku.

" ya, sama-sama. Kalau perlukan apa-apa bagitahu lah saya. Saya boleh tolong." dia menawarkan bantuannya.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum mendengarnya. 

" saya nak ke depan balik. Apa-apa mesej saja saya, eh." dia meminta diri bila tahu aku dan Najwa tak nak mengulas apa-apa lagi.

" okay." laju Najwa menjawab. Macam menghalau pun ada.

" ish, kau ni. cover lah sikit kot iye pun tak suka." aku marah dia bila Athirah kembali ke depan dewan.

" Apa? Mana ada aku buat apa-apa." Najwa menafikan. Aku hanya menggeleng, bukan tak tahu perangai dia.








Saya akan update sampai hari sabtu je minggu ni, then next week rest kejap. Doakan urusan saya dibedah Isnin dimudahkan, ya. Ahad dah masuk wad. Btw, saya happy tengok TAMD dapat sambutan😭Love you, guys.






Continue Reading

You'll Also Like

149K 13.2K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
4.6K 355 5
ATIQQ RAFIKI | DILLA NATASYA . . mereka tidak boleh bersama tetapi takdir mereka untuk bersama. β€’PERINGATANβ€’ - kisah ini adalah ulang tayang untuk hi...
568K 19.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
48.9K 2.4K 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai A...