SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

By Mrs_pororo

182K 7.5K 259

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
TAMAT
EPILOG
🦋

42

2.4K 112 1
By Mrs_pororo

       KERETA Honda Civic itu dipandu keluar dari perkarangan rumah milik Roziah.

Tangan yang dilambai kearah Roziah dibalas.

"Tak payah nak sedih sangat lah. Bukannya opah nak mati dah esok." Mata Ariff tepat tertancap pada pemanduannya.

"Rindu lah dekat opah. Nanti dah tak boleh main kejar-kejar dengan opah dah." Aira memuncungkan bibirnya. Ariff terus memandangnya.

"Aku kan ada. Nanti main lah dengan aku."

"Tak nak main dengan awak. Awak tak best."

Ehh? Apa pula tak best? Best lah.

Pergi memancing nak?

"Ni nak balik rumah mummy ke rumah awak?" Soal Aira. Telefon canggihnya didalam beg tangan diambil lalu dibuka.

"Rumah mummy." Balasnya beberapa patah.

"Kenapa tak nak balik rumah awak?" Soalan demi soalan dilontarkan kepada Ariff. Ariff hanya melayan.

"Bahaya lah. Kau tak ingat kejadian beberapa hari lepas tu?" Ariff kembali membuka kisah beberapa hari lepas sebagai peringatan kepada sang kelembai.

Ceyy wah, ayat. Macam minta penampor.

"Hm.. tapi sampai bila?" Aira memandang sayu wajah Ariff. Ariff hanya membalasnya dengan mengangkat bahu.

Kite pun tak tahu author nak buat jalan cerita macam mana, wakk.

Aira terus menurunkan sitnya kebelakang sedikit untuk senang ia tidur.

Kepala direhatkan lalu tangan bermain telefon.

☜⁠ ☞


"Ehh. Afaf!" Aira yang baru sahaja melangkah kaki masuk kerumah agam milik puan Zulaikha dikejutkan dengan figura Afaf.

"Akak. Seorang ke?" Mereka berdua saling membalas senyuman.

"Ha'ah."

"Abang mana?"

"Ariff keluar kejap."

Dia buang aku dekat rumah mummy dia, lepastu dia blah!

Dasar!

Aira berjalan lalu mencari ibu mertua kesayangan semua itu.

"Mummy mana, mummy?" Soal Aira lembut.

"Mummy keluar dengan abang kembar." Aira hanya membalasnya dengan anggukan.

"Akak, meh lah. Kita tengok movie dalam bilik Afaf, jom." Afaf menarik tangan Aira menaiki tangga.

Niat asalnya turun untuk cari makanan. Nak makan sambil tengok movie, sekali nampak Aira. Tarik sekali aa.

"Ehh, tak pe ker akak masuk bilik awak ni, Afaf?" Aira teragak-agak ingin melangkah kaki masuk ke bilik Afaf. Afaf sudah melangkah masuk, namun Aira belum.

"Masuk jer." Afaf mempelawanya untuk masuk.

Aira perlahan-lahan melangkah masuk, dia berjalan dan duduk di atas katil.

Dihadapan katil mempunyai televisyen, dan dibiliknya juga mempunyai balkoni yang luas dan cantik.

Setiap penjuru bilik diperhati. Bilik berwarna ungu terang. Sangat cantik!

Bilik Afaf hampir sama dengan bilik milik suaminya. Namun, bilik Afaf  sangat terhias dengan kemas, rapi dan semuanya tersusun cantik.

Aira memandang rak buku disitu. Begitu banyak novel yang tersusun membuatkan Aira terpukau.

Noo!! Nak baca!!

Aira tersenyum nipis.

"Akak nak tengok movie apa?"

"Akak ikut jer." Aira membalasnya lembut. Dia tidak begitu kisah akan genre cerita, dia hanya kisah dengan jalan ceritanya.

•Terkadang, kita tidak peduli dengan pertengahan ceritanya kerana sibuk menebak akhir ceritanya.

Betul tak?

"Okey. Kalau macam tu.. kita tengok cerita marvel lah. Afaf dah lama tak tengok cerita Marvel." Afaf bercakap jelas dengan nada yang teruja.

Afaf tersenyum gembira, Aira juga menumpang gembira.

"Akak tau? Marvel ada keluarkan cerita baru." Kata-kata Afaf tidak begitu dihiraukannya kerana Aira sibuk memandang riak gembira si Afaf.
.
.
.

"Sweet dream, kak! Esok kita tengok lagi tau!" Ujar Afaf. Aira mengangguk dan berjalan menuju bilik suaminya.

Dia kembali ke bilik dengan riangnya, namun semangatnya hilang apabila figura suaminya yang sedang memeluk tubuh dihadapan pintu bilik memandangnya tajam.

"Amboi, amboi. Dah lupa jalan balik bilik?" Soal Ariff dengan nada yang datar.

Aira hanya mendiam. Kang kalau balas kena marah sebab balas pulak!

"Tak reti tengok sekarang pukul berapa?" Ariff menyoalnya lagi.

Niat Aira tidak mahu balas, tapi niatnya langsung dibatalkan apabila Ariff memandangnya dengan tatapan helangnya.

"Pu-pukul 12 setengah malam.." Aira membalas sambil menunduk. Takut pula nak eye contact dengan si Ariff ni.

"Pandai pun." Ariff berkata dengan nada tegasnya.

"Masuk." Ariff melangkah masuk apabila melihat Aira semakin kesian.

Nangis nanti susah lah anak makcik Zulaikha ni nak pujuk.

Dah lah jenis keturunan tak reti memujuk. Hampeh betul!

Ariff menghempas kuat tubuhnya diatas katil king itu. Lalu keluhannya terlepas.

Rambut yang serabai ditarik kebelakang.

Dia memandang Aira yang sedang berjalan mendekati katil itu.

Baru Aira ingin melabuh punggung, Ariff menyoal.

"Solat belum?" Aira yang baru sahaja ingin duduk langsung berdiri kembali.

"Da-dah. Saya solat de-dengan Afaf tadi.." Aira membalas perlahan.

"Hm." Sepatah sahaja yang keluar dari mulut Ariff. Lalu Ariff terus tidur membelakangi Aira.

Aira mendiam. Air matanya yang ingin mengalir ditahan.

Dia ingat pantat dia lawa ke nak tonggek dekat orang? Heh!

"Aw-awak marah saya ke?" Aira tidak melabuh punggung. Dia tetap berdiri seperti tiang disitu.

"Awak.." Aira memanggilnya lagi apabila dipalau.

"Kau tidur je boleh tak? Ya Allah." Ariff membalasnya tanpa memandang Aira walau sedikit.

Aira perlahan-lahan membaringkan tubuhnya disebelah Ariff. Tapi Ariff masih tetap membelakanginya.

Aira menggigit bibir bawah.

Dek kerana terlalu takut, air mata perlahan-lahan turun dari kelopak matanya.

"Hiks.. hiks.." terdengar esakan kecil Aira di cuping telinga Ariff.

Ariff terus berpusing. Dia memandang Aira.

"Kenapa nangis pula ni?" Ariff menyoal lembut.

"Sa-saya minta maaf.. hiks.. saya tak sengaja ba-bagi awak marah.." air mata Aira mengalir lalu Aira dengan pantas mengusapnya menggunakan telapak tangan.

"Aku tak marah kau, sayang.. dah, jangan nangis." Ariff menarik Aira masuk kedalam pelukannya.

Makin esak tangisannya didada Ariff.

"Awak jangan marah saya.. hiks.. saya takut.." Aira membalas pelukan itu. Ariff lantas mengeluh perlahan.

Dada Ariff terasa basah apabila Aira merapatkan wajahnya.

"Tak marah, sayang.." Ariff mengucup ubun-ubun isterinya.

Ha, kan! Aku dah cakap! Anak makcik Zulaikha ni tak pandai pujuk!

Nak kena viral sampai masuk m5star ni!

"Dah-dah tidur." Ariff menepuk perlahan belakang gadis kecil itu.

Kini esakan Aira tidak begitu kedengaran. Ariff mendongak kebawah ingin melihat jika baby girl nya sudah tertidur atau tidak.

Aira juga memandang atas melihat wajah Ariff. Ariff perhatikan wajah sembab isterinya.

Suami awak tu tak pandai pujuk. Readers kita pandai. Pergi suruh diaorang pujukkan.

"I'm sorry, kalau aku cakap terlampau kasar." Ariff mencium dahi mulus gadis itu.

Ni lah laki! Kuasa dia sorry jer. Kalau tak sorry, kiss! Dia ingat dengan kiss dia boleh ubatkan hati kita!?

Ceh ayat. Macam pernah kena pula.

"Dah tidur." Ariff menepuk kembali belakang Aira.

Apa tidur awal-awal ni?

Author awak ni sanggup berkorban tidur pukul 1 pagi semata-mata nak up chap baru auu!

Haa.. nampak tak effort seorang author yang comel ni?

Ehh tibernye engkau. Tapi takpe. Asal boleh.

So kita sambung part tadi.

Aira lama-lama terlelap juga apabila Ariff mula berselawat lembut ditelinganya...

Continue Reading

You'll Also Like

47.5K 2.3K 30
Malay ✓ Dia adalah seorang gadis yang amat meminati pada psycho dan Mafia, namanya ialah Rose. Rose sangat suka membaca wattpad/novel dan semestinya...
2.5M 55.5K 43
Aku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri ...
91.2K 704 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
25.2K 1.1K 62
AUTHOR : AUREL > My first book ‼️ > DILARANG COPY ‼️ > Sorry kalau salah eja atau kurang menarik sebab ni first book hehe > Sorry kalau ada tersamar...