OAK VALLEY'S SECRET [halilint...

Por -ayrain

4.8K 663 1.9K

❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa e... Más

OAK VALLEY'S SECRET
prologue + ros merah
1 + putera ros merah
2 + hantu sesat
3 + sakura
4 + kenyataan pahit
5 + masa lalu
6 + lelaki dari atlas
7 + bersiar-siar
8 + oak valley
9 + bertahan hidup
10 + roti hangat
11 + gula-gula strawberi
12 + ibu
13 + bilik muzik
14 + harlett rosenberg
16 + hospital
17 + hukuman
18 + pertemuan pertama
19 + nenek beruban
20 + hidup seperti boneka
21 + bermain pedang
22 + bodoh dan cengeng
23 + cahaya yang indah
24 + tawaran
25 + lemas
26 + atuk jerung
27 + melihat masa depan
28 + kematian
29 + para syaitan
30 + penyamaran
31 + tong sampah
32 + terlambat
33 + terima kasih
34 + bekas ketua
35 + cuti sekolah
TAMAT SEASON 1
SEASON 2
36 + tomato
37 + ulang tahun
38 + cinta
39 + ahli baru
40 + kawan 'sementara'
41 + kawasan perempuan
42 + mimpi buruk
43 + lari rumah
44 + kad jemputan
45 + tonton
46 + kamar sakura
47 + kata-kata menyakitkan
48 + kecantikan tak terlihat
49 + mengamuk
50 + lelaki itu
51 + rahsia terungkap
52 + luahan perasaan

15 + hidup dan mati

96 14 40
Por -ayrain

15 + hidup dan mati

FIKIR baik-baik. Apa boleh sekolah menjadi tempat pertumpahan darah semata-mata ingin menjadi yang teratas?

"Ayah akan dalam bahaya..." ujar Hayes perlahan. Apa dia kena membunuh agar selamat di sekolah ini? Bukan itu caranya, bagaimana dia ingin Halilintar kekal hidup?

Rambut dikusutkan. Sekarang Hayes berada di dalam kelas, dia bukan menyalin nota di hadapan papan tulis. Malah menconteng buku nota dengan informasi yang Hayes ingat ketika berada di dunia ini dan masa hadapan.

"Ayah mati sebab si gila tu, ayah bunuh diri. Maksudnya ayah akan mati ketika usianya 16 tahun? Waktu tu ibu mengandungkan aku, apa jadi dengan sekolah ni selepas kematian ayah?" Otaknya sudah tepu.

Tiba-tiba ada yang terlintas di fikiran Hayes.

"Aku tak tahu nama mereka tapi, mereka sepertinya kawan ayah. Apa aku kena cari kawan ayah? Apa-apa pun, aku kena hadap si gila tu dulu." Hayes sudah bertekad ingin berjumpa Gempa hari ini. Kawan-kawan Halilintar yang dimaksudkan Hayes ialah Blaze, Ice dan Thorn di masa hadapan.

Buat masa sekarang, dia akan cuba menghentikan pembunuhan di sekolah ini. Mungkin mengambil masa, tetapi Hayes sangat mengetahuinya. Bahawa si gila itu amat menyayangi Halilintar, mungkin sahaja ada kesempatan untuk bertemu ayah di masa hadapan.

Akhirnya Cikgu Gopal habis mengajar. Tiba masa rehat yang dinanti-nantikan Hayes, senyumnya mula melebar. Misi hari ini, bertemu si gila!

Hayes mula menggalas beg sekolah di bahu seraya berjalan mendekati seseorang. Ternaik kedua-dua bahu lelaki itu apabila Hayes mendekatinya. Taufan tersentak, lelaki ini sudah buang tabiatkah?

"Macam dah lama tak jumpa kau, kawan! Tunjukkan jalan ke bilik Sakura, cepat! Aku ada urusan penting yang menentukan soal hidup dan mati." Terkebil-kebil Taufan dibuatnya.

Waktu itu bukan main tidak menganggapnya kawan. Halilintar terhantuk kepala ke apa? Pahal lelaki ini berubah personaliti tiba-tiba?

"Kau pahal? Bukan kau tak mengaku aku kawan kau?" balas Taufan cuba beriak tenang. Apa Halilintar sedang mempermainkannya?

Hayes mengangkat kening. Bibir tersenyum tipis memandang Taufan. Tiba-tiba ditarik pergelangan tangan Taufan buat Taufan terpaksa berdiri dibuatnya. Matanya membulat dengan tindakan tidak diduga Hayes, apa lelaki ini lakukan?

"Apa maksud kau? Aku tak ingat aku pernah buat macam tu."

Taufan tergamam mendengarnya. Tidak ingat? Jadi selama ini dia menyuruh pelajar lain menjauhi Halilintar, apa Halilintar tidak kisah sedikit pun? Sedangkan dia hanya inginkan sedikit perhatian lelaki itu.

Apa dia dipermainkan lagi?

"Aku betul-betul kawan kau? Tak tipu?" soal Taufan meminta kepastian.

Hayes tertawa kecil. Ditarik Taufan agar mengikuti setiap langkahnya. Entah apa yang Taufan mengarut, Hayes sedikit pun tidak mengerti.

"Hish, habis tu kau musuh aku? Jangan banyak cakap, tunjukkan jalan cepat!"

Terdiam Taufan mendengarnya. Entah kenapa hatinya tiba-tiba senang mendengarkan itu. Tidak sedar tawanya terletus, apa Halilintar bodoh? Kenapa ingin berkawan dengan dia yang menyedihkan ini?

"Okey, okey. Janganlah marah."

+++

"APA yang menentukan soal hidup dan mati? Kau bunuh orang?" soal Taufan sambil menunjukkan jalan ke bilik Sakura. Hayes menekup mulut, tiba-tiba rasa ingin menguap.

"Aku tak sekejam tu. Tapi kenapa kau tanya? Kau tertarik dengan aku?" Sengaja Hayes menyakat buat wajah Taufan berubah menjadi epal masak ranum. Merah!

"Ke... kenapa kau tiba-tiba berubah? Masa tu kau marah aku," beritahu Taufan. Nadanya berubah menjadi sedih.

Dia tidak suka Halilintar dekat dengan orang lain, dsebabkan itu Taufan menyebarkan gosip buruk mengenai Halilintar. Hanya dia yang layak berkawan Halilintar, bukan orang lain. Pada awalnya semua ini hanya kerana cemburu semata-mata.

Hayes mengangkat kening. Apa ayah memarahi Taufan? Dia cuba menahan ketawa, tidak sangka ayahnya bertingkah comel. Gara-gara tidak suka Taufan mendekati Gempa, sanggup memarahinya? Benar-benar sahaja.

"Mianhae. Kita kosong-kosong, okey?" ucap Hayes seraya tersenyum manis. Taufan terkebil-kebil.

"Kau belajar bahasa asing ke Hali?" soal Taufan ingin tahu. Hayes tersentak. Ah, dunia ini kan tidak begitu kenal bahasa orang luar.

Apa hanya dia penggemar Kim Yerin di sini? Tiba-tiba hatinya sebak merindukan Kim Yerin, sudah lama tidak menatap gadis cantik itu. Stroot! Hayes menarik hingus.

"Kau... kau nangis?" 'Aku ada buat salah?' gumam hati Taufan mula tidak tentu arah. Hayes laju menggelengkan kepala, dia hanya merindukan Yerin.

Taufan mengurut kedua-dua bahu Hayes, cuba menenangkan lelaki itu. Dia tidak berniat membuat Hayes menangis.

"Maaf. Aku cuma rindukan orang yang aku cinta. Ah..."

'Yerin... aku mencintaimu... aku merindukanmu..." gumam hati Hayes yang sedang sedih.

Taufan tersentak. Gadis yang Halilintar cintai? Apa itu tunangannya? Taufan tahu bahawa Halilintar mempunyai tunangan, tetapi hubungan mereka berdua tidak begitu rapat. Mereka berdua bahkan tidak pernah bertemu, hanya saling memberi hadiah.

Tidak silapnya, tunangan Halilintar bersekolah di sini. Taufan meneguk liur.

"Cup, cup, jangan nangis. Kita kan nak jumpa ketua?" pujuk Taufan. Bagaikan bayi.

"Cup-cup apa? Kau nak cium aku? Aku tak sangka kau macam ni." Merah wajah Taufan mendengarnya. Diketuk kepala Hayes selamba buat Hayes mengaduh sakit.

"Ap... apa kau mengarut? Siapa nak cium kau? Aku ni straight! Dahlah, cepat!" Tergagap-gagap Taufan dibuatnya. Kalau Halilintar seorang perempuan, sudah lama dia jatuh cinta.

Halilintar begitu cantik, kalah perempuan.

Hayes hanya berdecit kecil. Diurut dahinya sedikit. Kenapa orang-orang yang berada di sekeliling ayah seperti ini? Semua ini kerana wajah ayah yang begitu tampan!

Tidak lama itu, Hayes tiba di bilik Sakura. Nafas dihembus berat, malas sebenarnya nak tatap wajah si gila itu. Sudahlah gila, terlalu memaksa pula tu! Macam mana Halilintar boleh bertahan hidup dengan abang segila itu.

"Gempa, Hali nak jumpa!" Selamba Taufan membuka pintu bilik Sakura. Oh, ternyata namanya Gempa?

"Blaze! Apa kau cuba buat?"

"Aku tak tahu yang Thorn akan pengsan sampai macam tu! Aku cuma... tunjuk orang bercium je. Tapi, kenapa sampai macam tu? Dia bayi ke?" soal Blaze agak aneh. Dia dan arwah Asteria sudah pernah bercium, lihat orang bercium, tidak pernah lagi pengsan.

Gempa sedang mendukung Thorn yang pengsan menatap tajam wajah Blaze. Cuba bersabar. Thorn yang malang, terlalu innocent untuk ini.

"Aku dah kata jangan beri ajaran sesat kat Thorn, kan? Dia terlalu suci untuk benda macam ni."

Blaze mula bengang.

"Kau ayah dia, hah? Kau larang dia bercinta dengan mana-mana perempuan! Lepas tu kau tak suruh dia ada kawan perempuan! Gempa, sebenarnya kau suka Thorn, kan? Eww, aku tak sangka kau macam ni! Kau lebih menjijikkan! Entah-entah kau menaruh perasaan terhadap adik kau, kan? Sebab tu kau terlalu melindungi dia!" kata Blaze panjang lebar, sudah lama pendam sebenarnya. Tidak sangka Gempa seorang yang begini.

Hayes dan Taufan yang menonton tercengang mendengarnya. Apa benar Gempa begitu?

"Kau tak sedar kau sedang cakap dengan siapa? Aku cuma tak nak Thorn dirosakkan oleh orang-orang macam kau. Dan tentang Hali, dia satu-satunya keluarga aku. Perasaan? Ya, aku memang ada perasaan terhadap Hali. Bukan yang macam kau fikirkan, perasaan yang aku ada terhadap dia ialah rasa ingin melindungi. Sebab aku sayang dia macam adik aku sendiri. Apa kau dah puas, Blaze?" balas Gempa agak kesal. Blaze mendengus kasar, disepak kasar meja sofa tanpa rasa bersalah.

Kenapa Gempa bolah pandai berbicara begini? Ugh! Blaze rasa sudah kalah. Hayes yang dari tadi mendengarnya tidak sedar tersenyum tipis, penilaiannya mengenai si gila ini automatik berubah.

Tok, tok. Ternaik kedua-dua bahu Gempa dan Blaze saat mendengar bunyi ketukan pintu. Taufan menayangkan senyum, sudah habis drama mereka?

"Hali..." Perlahan Gempa menyebut Halilintar. Hayes membuka langkah seraya melabuhkan duduk di atas sofa, empuk.

Blaze sudah bersinar-sinar matanya. Halilintar datang ke sini? Mendadak teruja.

Ini soal hidup dan mati! Hayes berdehem menyentakkan mereka yang ada di sini kecuali Ice, tidur mati.

"Hentikan pembunuhan di Oak Valley."

Gempa terdiam mendengarnya.

"Ini permintaan kau?" soal Gempa.

"Tak, ni arahan aku. Aku tak tahu apa sebab kau masih biarkan pembunuhan berjalan di Oak Valley sedangkan kau memegang kekuasaan di sekolah ni. Apa yang kau cuba lakukan dengan membunuh banyak orang?" Dingin nadanya menyoal Gempa. Tatapan Gempa mulai berubah, tajam menatap mata merah milik Halilintar a.k.a Hayes.

Taufan dan Blaze menggosok tangan serentak, entah kenapa merinding tiba-tiba.

Rahsia. Misteri yang belum terungkap. Dan masa lalu yang menyakitkan.

Di dunia ini, Hayes tidak mempercayai sesiapa. Mereka ialah musuh yang bila-bila masa akan menikamnya dari belakang.

Asal tidak lengah, ayahnya tidak akan ditikam.

"Apa kau cuba buat Hali?"

"Ni untuk kebaikan Oak Valley." Lebih tepatnya, ayah.

Gempa menggenggam tangan membentuk penumbuk. Belum sempat bibirnya ingin mengatakan sesuatu, tiba-tiba seseorang masuk ke dalam dengan ceroboh mengejutkan sesiapa yang ada di dalam ruangan.

"Ketua! So... Solar..."

Wajah Gempa berubah ketat.

"Solar bunuh orang... tak, dia dah bunuh lebih daripada 20 orang..."

Tersentak Gempa, Taufan dan Blaze apabila Hayes terus berlari keluar dari ruangan.

"Hali!"

Jika dia berjaya mengubah sekolah ini, apa seterusnya?

Tentang itu nanti Hayes fikirkan.

Finished on Sunday, 18 February 2024
Published on Thursday, 29 February 2024

1422 words

Seguir leyendo

También te gustarán

68.1K 340 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
9.9K 537 5
[COMPLETE] A VERRRRRYYY SHORT STORY HaliGem of course! Damn yaoi! MPreg! Ya' gonna cursing for me after this. uwu idc Cover book by : Pinterest
1.6K 515 39
GENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi...
1.4M 102K 57
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...