Tears Of Revenge [HIATUS]

Von Naddr12

855 73 24

Raja Navier Aira, perempuan yang dicaci dan dihina oleh ahli keluarga. Kehilangan orang yang paling penting d... Mehr

Ϋ΅
𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ’ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ“ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ” 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ• 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ– 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ— 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ‘ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ’ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ“ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ” 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ• 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ– 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ— 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ‘ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ’ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ“ 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ” 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ• 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ– 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸπŸ— 𝓓𝓻𝓸𝓹
πŸ‘πŸŽ 𝓓𝓻𝓸𝓹

πŸ‘ 𝓓𝓻𝓸𝓹

24 3 0
Von Naddr12

"RAJA NAVIER AIRA!!" suara Qistina yang lantang itu mengejutkan aku dari buaian tidur. Ishh sebuk la dia ni! Baru je mimpi aku naik karpet Aladdin. Kacau betul! Aku membuka mata dan pergi ke arah suara yang lantang itu. Tiba di ruang tamu, orang gaji yang ada di dapur tadi sedang tersungkur di lantai.

Dia memegang pipi yang merah. Saat nampak tubuhku, terus matanya berubah merah. Jari ditunding-tunding ke arah aku. Heh. Aku turun ke bawah dan pandang perempuan tu. Qistina melempang aku lagi. Satu kali. Dua kali. Buat kali ketiga, aku menahan tangan dia. "Apa yang kau dah buat Vier!! Kau tau tak, semua yang minum air kau tercirit birit. Semua pandang aku dengan mata yang...ishh tak nak aku cakap!"

"Semua salah kau! Maid ni kata kau ugut dia suruh kasi ubat cerry berry dekat kau! Yang ni pun satu, bengap! Yang kau ikut cakap perempuan ni dah kenapa. Kan tak pasal-pasal kau cium lantai tu!" makin tinggi noktah suara dia. Orang gaji yang lain buat-buat sibuk dan fokus kerja masing-masing. Aku bercangkung dan berbisik ke telinga perempuan tadi.

"This is what I felt when nobody come to my rescue. How foolish of you to tell the truth when you already know about the consequences. But well, you just make my day ever more happier." aku bangun dan melihat tangan Qistina yang digempal. Oh my heart, it feel so happy! Aku memegang tangan Qistina dan menggosoknya.

"Ibu, ibu jangan la marah dah dia ni. Kesian dia. Vier yang salah sebab ambil barang tak tanya dia dulu. Ibu sabar ye." dia memandang aku dengan tajam tetapi perasan perubahan perangai aku. Dia terus menoleh ke belakang dan melihat papa yang baru sahaja masuk ke dalam rumah dengan Safrina. Papa pandang Qistina dengan mata yang terbuntang.

"Awak buat apa ni? Kenapa dia ada dekat atas lantai tu?" papa berjalan ke arah kami dan menanggalkan tali lehernya sebelum tunduk untuk tolong orang gaji tadi bangun. Beg kerja dia di letak ke tepi. Dia mencabut kot bajunya dan beri kepada aku. "Vier tolong letak kot papa ni dalam bakul ye. Qistina, abang ada benda nak cakap dengan awak." ayah membuka butang lengan bajunya dan berjalan ke bilik peribadi dia.

Padan muka kau. Siapa suruh bagi laxative dekat aku masa aku nak jawab kertas periksa. Nasib tak minum banyak. Aku hanya ikut tunjuk ajar kau Qistina. Dengan hati yang riangnya aku berjalan ke bilik tidur papa untuk meletakkan kot dia. Keluar dari bilik, pipi Qistina menjadi merah memberang. Safrina pula memegang tangan ibu kesayang dia sambil menangis.

Papa jalan belakang mereka dan duduk di meja makan. "Vier, papa nak makan masakan Vier boleh? Dah lama papa tak makan." aku angguk dan pergi ke dapur untuk memasak. Aku masak makanan kegemaran aku iaitu ikan keli goreng berlada dan beberapa sajian lain. Makanan dihidangkan ke atas meja selepas siap masak.

Aku duduk menceduk nasi untuk papa. Selepas baca doa makan, tangan baru nak capai ikan keli goreng berlada tetapi Safrina mengalih pinggan itu. "Papa, kalau Safrina nak semua ikan ni boleh? Safrina dah lama tak makan. Nampak sedap je akak masak." papa senyum dan angguk. Dia tidak perasan pun tangan aku yang ingin mencapai ikan itu.

Aku yang masak, aku yang tak dapat makan. "Kenapa tangan tu Vier? Nak juga ke ikan ni? Ish Safrina ni. Bagi la dekat akak seekor. Sian dekat akak, nanti tak makan dia. Makin kurus akak ni," ujar Qistina dengan intonasi yang agak menjengkelkan. Cara dia cakap macam aku ni mengemis ikan tu. Ini baik yang dia tunjukkan depan papa.

Aku mengambil lauk lain dan hiraukan Safrina yang cuba letak ikan ke dalam pinggan aku. Papa hanya tengok perbuatam Safrina dan menggeleng sambil ketawa. "Kenapa papa ketawa?" hairan juga dengan papa aku ni. Tiba-tiba aje. "Papa tengok kau orang berdua ni suka gaduh. Gaduh-gaduh manja. Sejuk hati papa dapat dua orang puteri."

Panas hati aku dapat seorang puteri dan seorang lagi ratu yang bermaharaja lela di dalam rumah ni. Aku ketawa olok-olok dengan kata-kata papa seperti bersetuju dengan dia. Safrina dan Qistina ikut sekali ketawa. Kuat pula tu. Sepadanla, mak macam hantu kak limah anak pulak mak lampir.

Qistina menggosok lengan papa dengan manja. "Baby minta maaf ye abang. Baby marah sangat sebab kawan-kawan baby semua kena cirit birit lepas minum air yang Vier. Malu la baby. Mana baby nak taruk muka ni kalau tak marah orang gaji tu. Vier, lain kali biar Safrina ajela buatkan air. Ibu takut jadi lagi," dia bertutur dengan penuh lemah lembut.

Papa menghela nafas berat dan meraup wajahnya. Dia menggenggam tangan ibu dengan kuat. "Abang minta maaf sebab tampar baby abang ni. Abang janji lain kali abang tak akan naik tangan dan marah baby dah ye." meluat pulak aku dengar dia orang berborak. Aku bangun dan mengangkat pinggan untuk makan di dapur. Papa menahan tanganku.

"Vier nak pergi mana tu? Nasi tak habis lagi kan. Duduk makan dekat sini. Nak pergi mana pula?" Qistina memandang aku dengan mata yang menyampah. Perempuan, kau ingat kau seorang je yang menyampah. Aku pun meluat la tengok perangai gedik kau tu! Aku memegang tangan papa dan tolak ke bawah. "Vier tak lalu nak makan dah papa. Vier rasa kenyang sebab tadi minum air banyak sangat ibu kasi."

Aku senyum ke arah Qistina dan sambung berjalan ke dapur. Papa terpinga-pinga memandang Qistina. "Apa maksud Vier?" Qistina gelak gementar dan bermain-main dengan hujung selendang dia. "Baby bagi Vier minum air tadi sebab dia dahaga sangat-sangat. Terlebih bagi minum pula," suara dia menjadi gementar. Aku tertanya-tanya akan apa yang berlaku kalau papa tahu semua benda yang Qistina dah buat dekat aku.

Aku bersandar di dinding dapur dan mendengar perbualan mereka. Orang gaji tadi yang baru di tampar Qistina memandang aku dengan mata yang takut. Cemas, risau akan apa yang terjadi lagi. Aku menarik kolar bajunya. Dia terjatuhkan cawan yang dipegang tapi mujurla aku sempat tangkap.

"From now on, you'll have to listen to whatever I ask you to do. And if somehow you manage to get caught by Qistina, I will defend you. But it depends on how you done your work. Okay?"

›♡‹

Pada malam yang tenang, cahaya bulan menerangi bilik menjahit mama. Aku sedang menjahit beberapa baju yang aku sudah lakar. Pelbagai jenis fabrik dibeli untuk menjahit baju yang akan aku pakai pada hari perkahwinan aku dan Hazim. Walaupun kami belum bertunang tapi sekali sekala jadi delulu.

Telefon aku berdering. Nama Hazim muncul di skrin telefon. Laju tangan menekan ikon hijau. "Hello, kenapa you? You nak ajak I keluar lagi ke?" dia tidak bersuara. Dua minit kemudian baru aku mendengar suara dia. "Haah sayang. Tapi I nak ajak you pergi satu tempat yang best gila-gila. Nak ikut?" suara dia kedengaran pelik dari biasa. Hazim Fikri apa benda yang kau dah buat?

Aku tanya dia nak bawa pergi mana dan dia tidak jawab tapi hanya suruh tunggu di depan pagar. Aku hanya menuruti dan tunggu di depan pagar. Kardigan disarungkan. Entah kenapa tetapi aku terasa untuk bawa sebilah pisau lipat dan letak ke dalam beg tangan. Sepuluh minit kemudian Hazim tiba di depan pagar rumah. Dia keluar dari perut kereta Mazda 6 kepunyaannya.

Dia menanggalkan cermin mata hitam dan pandang aku dari atas hingga bawah. "Uishh, cun la girlfriend I ni. Ready to go?" aku angguk dan masuk ke tempat duduk penumpang. Sepanjang perjalanan, kami berdua tidak bersuara sehinggalah dia bawa ke tempat yang aku tidak suka. "Kenapa bawa I pergi club? You nak buat apa dekat club ni?"

Dia tersengih dan membuka seatbelt. "Saje saje. Kawan I kata ada barang baik dekat sini. Bukan perempuan! Tapi benda lain. Ala, jom la try pergi club. We're still young so why don't we try everything before we die? Humm, humm?" dia menolak lembut bahu aku. Kening sebelah terangkat-angkat.

Oh for the sake of love! Aku angguk dan dia menarik tangan aku untuk masuk ke dalam club. Mujurla pakai baju tidur dengan kardigan aje. Kalau aku pakai lawa-lawa, mahu kena ngorat. Aku menggenggam kuat tangan Hazim supaya tidak hilang dan sesat. Bunyi musik kuat yang datang dari speaker memekakkan telinga aku.

Dia tiba berhenti di sebuah meja yang mempunyai beberapa orang lelaki dan perempuan. Di atas meja terdapat botol minuman keras yang sudah dibuka dan belum. "Hey Hazim! Uishh cantiknya dia tu. Awek kau ke weh?" lelaki yang terlihat seperti rapat dengan Hazim menjabat tangan Hazim.

Hazim angguk dan menyuruh aku duduk di sebelah dia. Sambil dia berborak dengan lelaki tadi, aku tengok perempuan di hadapan kami sedang hayal. Ishh benci sungguh la aku dengan dia ni! Bawa pergi tempat macam ni pulak dah! Aku mendengus kasar saat melihat Hazim seperti tidak mahu berhenti berborak. Lelaki itu tiba menuangkan minuma keras ke dalam gelas kaca dan ditolak ke arah Hazim.

"Try la weh. Sedap ni. Minum sambil ambik benda ni sekali." dia menggoncangkan satu paket plastik yang mempunyai serbuk berwarna putih. Aku serta merta mencuahkan minuman di dalam gelas itu ke atas meja. "Hazim, jom balik." aku cuba menarik tangan dia tetapi ditahan oleh lelaki tadi. "Wow calm down girl. We are just having fun here. Jangan la tergopoh gapah sangat. Enjoy dulu~"

Dia menarik tangan aku dengan kuat sehingga aku hilang keseimbangan dan terjatuh ke tubuhnya. Tangan mendarat ke dada dia. "Uu let's know eachother names first before moving to the next step darling~ I'm Luthman Naim. What's your name darling?" rambut aku dipuntal-puntal dengan jarinya.

Tangan dia ditepis kuat. Dia menjilat bibir saat aku membaiki lengan baju yang sedikit herot. Dengan marahnya, aku berjalan ke luar club dan hiraukan panggilan Hazim yang memanggil nama aku. Kau boleh tengok aje kawan kau tu buat aku macam tu Hazim?

Aku terlanggar bahu dengan seseorang. Aku mendongak kepala untuk melihat orang yang dilanggar. Laki ni lagi! Dia memandang aku dari atas hingga bawah. "Kau memang semua tempat aku pergi mesti nak ikut ke macam mana?" hey, excuse you! Tak hingin la aku nak ikut kau! Kau ingat kau tu siapa.

Aku menoleh ke belakang saat mendengar nama aku dipanggil oleh Hazim dengan kuat. "Raja Navier Aira, you dekat mana?!" aku cemas dan cuba berlari keluar tetapi lelaki yang ada di depan mata ini menarik aku ke tempat lain. Kami kini berada di dalam sebuah bilik yang cukup besar.

Seperti hanya boleh di akses oleh orang tertentu sahaja. "Kenapa kau tarik aku? Bilik apa ni?" dia tidak menjawab dan duduk di sofa panjang yang berada di dalam bilik tu. "Since we always runs into eachother, might as well introduce ourselves right? Aku Irwan Zafriel." dia mengeluarkan sepuntung rokok dan nyalakannya.

"Raja Navier Aira." dia teleng kepala ke tepi. "Huh? Apa dia kau cakap? Kuat sikit. Macam orang bisu." ai sabar je la. Nama sedap doh. Perangai pulak yang buat orang naik darah. "Raja Navier Aira. Nak aku ejakan satu-satu? R A J A N A V-" dia mengangkat tangan untuk aku berhenti mengeja. Kita nak kasi dengar lebih jelas jadi eja la satu-satu. Cukup baik dah ni.

"Kau tak payah nak eja satu-satu macam tu. Raja Navier Aira? Okay then, apa yang kau buat dekat club malam-malam macam ni? Tengok pemakaian kau tu macam bukan kau nak berhibur. Ke kena jual dekat club ni?" dia menjongket kening dan mengeluarkan asap rokok dari mulutnya. Ee busuk.

Aku menutup hidung. "Hane hade la." dah macam sengau la pulak suara aku ni. Tangan dilarikan dari hidung dan aku sambung bercerita sambil terbatuk-batuk. "Aku kena bawa dengan boyfriend. Lagipun aku mana tahu dia nak bawa pergi sini so aku ikut je la. Kalau tau memang dah lama aku tolak." Zafriel angguk.

"Habistu, kau balik macam mana? Grab ada tapi mahal la sikit." hamboi, kau ingat aku tak ada duit ke? Aku bercekak pinggang dan kaki mengetuk-ngetuk lantai. Dia menghembus asap rokok sambil merenung tajam. Telefon tiba-tiba berdering. Darling dengan emoji heart merah.

Aku mematikan telefon selepas nama itu muncul supaya dia tidak boleh menelefon aku lagi. Aku tengah marah gila-gila dekat kau Hazim. Jangan sampai aku terlepas cakap benda yang boleh hancurkan hubungan kita.

Aku keluar dari bilik itu dengan minda yang berkecamuk. Tiada hala tuju untuk pergi ke mana. Yang pasti untuk jauhkan diri daripada Hazim. Tanpa aku sedar yang ada beberapa pasang mata memerhati aku dari mula masuk ke tempat ini lagi.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

2.5M 61.4K 31
Thea Mason. A broken girl with scars. Scars that have stories. When her life is flipped upside down Thea is sent to live with her father and brothers...
10.2M 299K 36
"Don't touch me" He said through gritted teeth, "I don't know what I'll do if you touch me" My heart dropped. "I don't want to see you like this" I...
6.9M 163K 52
Book 1 of HIS series Cara is tired of being a booty call to the billionaire playboy Quinn. So she comes up with a plan to make him hers. To the outs...
115M 5.1M 99
"It is your choice," he said, stepping so close to me that our lips were almost touching. "Either do what I say - or get another job." My heart s...