SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

By Mrs_pororo

182K 7.5K 259

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
TAMAT
EPILOG
πŸ¦‹

41

2.4K 109 3
By Mrs_pororo

        AIRA mendongak sambil mencari jejaka idaman author itu. Namun tiada.

Dia berjalan keluar halaman rumah, tapi masih tiada. Ariff tiada, tapi tiba-tiba pula ada geng makcik bawang.

"Ha, Aira! Sini!" Roziah memanggil Aira apabila ternampak figuranya. Aira terus berjalan mendekati mereka.

Satu persatu tangan disalami. Dia terus duduk dihujung pondok itu bersebelahan dengan opah suaminya.

"Bini cucu kau ke, Ziah?" Makcik yang bernama Ina mula menyoal.

Hanya anggukan kecil daripada Roziah. Roziah kembali memanggul kepala memandang rumah jiran. 

Ish! Duda rumah sebelah ni mana!?

"Hmm. Dah berapa lama kahwin?" Salah seorang yang bertudung merah jambu mula menyoal.

"Nak masuk 5 bulan dah." Aira membalasnya dengan senyuman manis.

"Ouh, lama dah. Dah lekat belum?" Makcik bertudung merah jambu yang bernama Linda itu menyoal lagi.

"Belum ada rezeki." Aira menunduk. Dia bermain dengan jari jemarinya sendiri.

"Allah. Mandul ke?" Linda menyoal tajam. Ina dan Linda tertawa serentak seraya berkata begitu.

Aira hanya mendiam. Tak tahu nak balas apa.

"Kalau tak mandul, kenapa tak boleh mengandung lagi?" Ina kembali bersuara lalu ketawa kuat.

Macam encik poch pun ada. Ceh!

"Amboi mulut! Aku cili sorang-sorang nanti! Kau cakap jela kau jeles sebab anak kau tak mampu nak kahwin dengan cucu aku. Ikut sedap moyang kau je nak kata bini cucu aku mandul." Roziah memarahi mereka kuat sehingga tersentak mereka berdua.

Roziah bangun dari duduknya lalu menarik tangan Aira masuk kedalam rumahnya.

Orang nak usya duda sebelah, potong line betul lah dua ketul ni!

"Pergi balik lah kalau datang sini semata-mata nak mengata dekat orang. Nak jumpa dengan tanah dah bukan reti nak bertaubat!" Roziah berkata kuat lalu menghempas kuat pintu rumahnya.

Padan muka! Mengata dekat bini cucu aku lagi! Kan dah kena halau, heh!

Tangan Aira ditarik lalu tubuh kecil Aira ditolak lembut duduk disofa itu.

Aira mendiam seribu bahasa.

"Kamu tak payah nak dengar mulut puaka orang tua tu! Tak sedar diri. Ada hati nak kata kamu mandul." Roziah menghempas kuat tubuhnya diatas sofa itu.

"Te-terima kasih, opah.." Aira berkata perlahan.

"Hm. Lain kali jangan keluar rumah kalau ada diaorang tu." Roziah memesan kuat. Muka je garang,  tapi dalam hati ada taman.

Mereka berdua sama-sama mendiam, tiba-tiba Aira berasa tidak sedap badan.

"Aira makan-" Kata-kata Roziah tidak sempat habis apabila figura Aira laju berlari pergi dari situ sambil menekup mulut.

"Aira! Ehh, kenapa tu?" Roziah bangun dari duduknya dan mengejar langkah Aira yang sedang menuju tandas.

Sesampai sahaja Roziah dihadapan bilik air, Roziah langsung terkejut apabila Aira sedang muntah didalam sinki dibilik air itu.

"Astaghfirullah, kamu makan apa tadi Aira?" Roziah mengusap lembut belakang Aira. Habis keluar segala sarapan yang Aira makan tadi pagi.

Usai Aira selesai membasuh mulut, Roziah perlahan-lahan memapahnya masuk kedalam bilik.

Tubuh Aira dengan lembut direhatkan diatas katil king itu.

"Aira makan apa tadi? Okey tak ni?" Roziah dengan lembut menyoal.

Normal pulak makcik ni pagi ni.

"Ai-aira makan roti jer.." Aira membalas perlahan. Dia memegang kerongkongnya yang sedikit perih.

"Salah makan ke macam mana?" Roziah duduk bersebelahan Aira lalu perlahan-lahan tangan naik menggosok belakang Aira.

"Tak. Selalunya okey aje kalau Aira makan roti pagi-pagi. Entah kenapa pulak boleh muntah pagi ni." Aira hanya menunduk memegang perut yang sakit.

Roziah terus terdiam seketika. Dia memandang Aira yang sedang memegang perutnya.

"Mengandung apa?" Ujar Roziah. Roziah mula mengukir senyuman.

"Ushh! Mana ada lah." Aira membalas senyuman itu.

Apa opah ni? Main tembak je.

Shoot karang.

"Ye ke... Em.. berapa lama dah tak datang bulan?" Roziah kembali menyoal. Tangan kecil Aira langsung naik sambil mengetuk dagu.

"Bulan lepas tak datang, bulan ni pun tak datang lagi." Balas Aira. Dia memandang opahnya yang sedang tersenyum ke arahnya.

Dia terus mengerut kening. Apa dho?

Nak gaduh? Meh, meh.

"Harini dah 30 hari bulan, memang selalu datang akhir bulan ke?" Aira membalas dengan gelengan.

Apa ni kena soal tanya ni? Kenapa ni? Kenapa ni?

Roziah dan Aira kini saling berpandangan.

☜⁠ ☞

"Awak!" Aira berlari masuk kedalam pelukan Ariff. Ariff hanya mampu membiarkannya dan turut membalas pelukan itu.

"Awak pergi mana?" Aira mendongak sedikit untuk melihat suaminya yang tinggi.

"Aku pergi pasar, beli barang ni ha." Ariff menunjuk plastik yang berisikan kehijauan.

"Kenapa tak kejutkan saya? Saya nak ikut juga." Aira meleraikan pelukan itu dan mengikuti langkah suaminya kedapur untuk menaruh barang.

"Dah kejut lah. Kau yang tak bangun."

Ariff menjelingnya. Sesedap Adabi jer fitnah orang.

"Ouh, yeke? Tak perasan pun." Aira menggenggam erat telapak tangan Ariff usai Ariff menaruh plastik diatas meja.

"Ha genggam, genggam. Bekas darah ayam lah apa lah ni kau genggam."

Ariff memandang wajah isterinya yang sudah membuat muka seraya membau tangan yang sudah pun selamat menggenggam tangan Ariff.

"Eww. Busuk! Macam awak." Aira berjalan membasuh tangan, begitu juga dengan ariff.

Aira merenjis air kearah Ariff usai membasuh.

"Stop it, Maira." Ariff mengarahnya. Tapi Aira tetap merenjis.

"Ish, kau ni." Ariff mula mengejar langkah kecil Aira. Aira dengan pantas tapi perlahan berlari pusing satu rumah.

Itu kan rumah kayu, jadi bila lari mestilah ada keluarkan bunyi. Ye nokk.

"Hoih! Main apa ni? Roboh rumah opah karang, nak bayor balik?" Opah terus keluar dari biliknya apabila rumah dia bergegar seakan-akan mahu roboh.

Aira terus berlari ke opahnya dan menyorok dibelakangnya.

"Ariff ni. Nak buli Aira." Aira tersenyum menayangkan lesung pipitnya di belakang Roziah. Roziah terus bercekak pinggang memandang Ariff.

"Jangan nak main kejar-kejar dekat sini. Pergi main dekat bawah." Opah menjeling Ariff. Aira sudah menjelirkan lidahnya kepada Ariff.

Ariff hanya mengeluh. Balik-balik aku jugaaaaa yang kena.

"Kamu pun sama. Jangan lari sangat. Bahaya. Nanti ana- emhh!"

"Shush!" Aira menekupkan tangannya dimulut Roziah.  Terus terhenti segala percakapan Roziah.

Lupa pulak. Aira nak surprise!

Surprise apa?

#ytjt. HAHAHA

"Apa ni? Main rahsia-rahsia tak ajak." Ariff berjalan mendekati mereka.

Entohnye. Kenapa tak ajak kitee??

"Ini hal perempuan. You tak boleh tahu." Aira mula tersenyum menyenget sambil jari digoyang-goyangkan dihadapan mata Ariff.

Amboi! Main you-you lak.

"Asal lak?" Ariff memandang Aira atas bawah. Tunggu masa je nak cekik.

"Ish. Nanti awak tahu lah." Aira berjalan ke sofa dan melabuh punggung disitu.

Opah sudah keluar ke halaman belakang rumah. Nak usya duda lah tu.

Ariff berjalan dan melabuh punggung tepat disebelah Aira.

"Ehh, Maira. Kita duduk sini nak dekat 5 hari dah, esok jom balik. Kerja aku yang tertunggak banyak lagi tu." Aira mendiam sambil kepala direhatkan dibahu jejaka itu.

"Awalnya. Saya suka lah duduk kampung awak. Nanti balik rumah kita bukannya ada orang nak main dengan saya pun." Aira membalas perlahan. Tangannya mula mengenggam tangan Ariff.

"Kerja aku banyak sangat lah. Nanti kalau tangguh banyak-banyak susah pula." Ujar Ariff kembali.

"Hm.. ikut awak lah." Aira mengangkat kepalanya dan memandang televisyen dihadapannya.

Ariff terus mengeluh perlahan.

Tapi, Ariff. Mak saya kata tak baik mengeluh.

Ehh, biar lah! Ni character akuhh!

"Kau jangan lah merajuk. Asyik merajuk jer." Ariff menekup kedua belah tangannya dipipi bulat Aira sehingga termuncung mulut gadis itu.

"Mana ada merajuk. Jom je lah balik. Lagi pun saya ada benda nak bagitahu mummy." Balas Aira pula.

Continue Reading

You'll Also Like

614K 37.3K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
284K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
77.9K 3.8K 68
Tengku Rose Arellyn...bdk nerd yg x seberapa nerd sebab perwatakan dia..dia adalah nerd 2.0..dia jadi mcm tu bersebab... keluarga adalaha seorang maf...
813 52 15
HANYA SEPARUH BAB SAHAJA YANG DI-PUBLISHED, SEKIAN. [π‘π¨π¦πšπ§πœπž 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 𝐈𝐈] AYYUB ALQADRI Γ— AISYA HUMERA Apabila extrovert ditemukan denga...