C | PINJAMAN

By dooniaaas_

9.6K 454 8

[Third book] "Kau adalah Pinjaman yang terindah," - Mampukah seorang penoreh getah memikat hati Uyaina Nasuha... More

PROLOG
Surat 'PINJAMAN'
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
SPECIAL CHAPTER
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 29
BAB 30
BAB 31 [END]
EPILOG

BAB 28

172 11 0
By dooniaaas_

Rutin biasa, hari yang biasa, Ikhsanul masih merenung siling yang begitu suram di dalam penjara. Dia mengerling pada luar biliknya, banduan-banduan lain kelihatan gembira bermain bersama. Dia menghela nafas, berharap dia merasai kegembiraan itu semula.

"23465, awak ada pelawat." sapa polis bertugas

Ikhsanul bangun lalu mengekori polis tersebut menuju ke bilik pertemuan. Ikhsanul menundukkan kepala ke bawah, segan. Walaupun sudah berbulan dirinya berada di dalam lokap, dia masih segan terhadap Rahman. Dia malu akan sikap lalunya.

Kali ini, dia pasti Rahman melawatnya. Rahman sering melawatnya untuk bertanya khabar. Kadang-kadang, Rahman membekalkan sedikit makanan. Andai waktu boleh berulang, Ikhsanul tidak mahu membuat pinjaman dengan Zarhuddin.

"Aku pasti dapat hidup dengan bahagia bersama-sama ayah." bisik hatinya perlahan

Maafkan Ikhsan, ayah. Ikhsan buat semua benda ni bersebab. Ikhsan nak keluarga kita bahagia. Ikhsan nak memenuhi impian semua orang yang Ikhsan sayang.

"Assalamualaikum aya--"

Kakinya terhenti apabila dia memasuki bilik pertemuan tersebut. Matanya membutang, itu bukan ayah namun sebaliknya--

"Ikhsanul Al-Fatteh, it's been a long time right?"

Meremang badan Ikhsanul sebaik sahaja susuk Zarhuddin ditemani Hayes di sebelah menegurnya. Air liur Ikhsanul menjadi kelu. Dia turut mengundur selangkah ke belakang. Takut.

Zarhuddin masih mendiamkan diri. Dia hanya merenung maut pada Ikhsanul. Beberapa minit kemudian, senyuman sinis terukir. Zarhuddin bangun dan menghampiri Ikhsanul perlahan-lahan.

"Aku tak sangka... Ikhsanul yang begitu yakin akhirnya langgar peraturan AZ Empire."

"Kau buat apa kat sini?! Mana ayah dan adik aku!!"

Zarhuddin terhenti. Dia menundukkan ke bawah lalu tergelak sinis. Kepalanya kembali terangkat, memandang Ikhsanul yang ketakutan.

"Sayang juga kau dengan keluarga kau. Tak apa, jangan risau. Aku tak buat apa-apa lagi pun sebab surat perjanjian kita masih tidak jatuh ke tangan polis. Kan aku kata, sekali jatuh semua lenyap. Aku ni masih berpegang pada janji."

Ikhsanul mengetap gigi. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Ikhsanul menoleh ke belakang, melihat keadaan polis-polis di sekeliling. Nampaknya, mereka ini semua sudah dibayar. Ikhsanul kembali menatap Zarhuddin dengan maut.

"Aku datang ni nak bagitahu, ada orang lain yang berminat dengan Uyaina. Bayaran yang diberi sangat tinggi, bagi manfaat pada aku."

Ikhsanul membutangkan mata. Adakah ini bermakna Zarhuddin mahu menuntut Uyaina kembali? Tidak! Walaupun aku sedikit pun tidak kisah akan gadis itu namun, aku tidak lupa. Dia milik Ikhwanul. Dia milik adik aku!

"Aku tahu kau sayangkan dia Wan, aku akan cuba pertahankan dia," bisik hatinya tekad

Ikhsanul menjongketkan kening. Melihat setiap pergerakan Zarhuddin yang begitu selamba.

"Aku ubah fikiran, aku nak tuntut anak aku semula. Aku perlu bagi Uyaina pada pelabur kaya tersebut."

"Uyaina tak ada. Dia lari."

Zarhuddin terdiam. Lama dia merenung Ikhsanul yang tersenyum sinis. Zarhuddin kemudian menunduk sayu. Tiba-tiba sahaja lelaki itu meletuskan tawa besar. Ikhsanul tercengang, bingung.

"Kau tak payah nak tipu aku Ikhsanul. Baru beberapa hari lepas... adik kau call aku."

Pandangan Ikhsanul berubah risau. Kenapa Wan tiba-tiba menghubungi Zarhuddin? Apa yang sudah berlaku?! Genggaman tangan Ikhsanul menjadi semakin erat.

"Mungkin waktu tu... Uyaina rindukan aku. Menyesal pula aku tolak daripada berjumpa dengannya. Kalau aku tahu, hari tu juga aku tuntut Uyaina."

Ikhsanul terdiam bungkam. Gigi yang diketap Ikhsanul menjadi semakin kuat. Rahang-rahang Ikhsanul bergerak-gerak geram.

"Sekarang ni aku kena cuba reach Ikhwanul balik la nampaknya~ Agak-agak, anak aku tu dalam condition baik lagi atau tidak? Manalah tahu adik kau--"

"KURANG AJAR KAU SETAN!"

Zarhuddin terdiam membisu. Terkejut. Kelakuan Ikhsanul tiba-tiba menjadi terancam. Ikhsanul kelihatan sangat bengang dan marah.

"KAU MEMANG AYAH YANG TAK BERHATI PERUT! KAU TAK KESIAN KE DENGAN UYAINA YANG PENAT MENANGGUNG SAKIT DISEBABKAN MEMILIKI AYAH BERTOPENGKAN IBLIS MACAM KAU!"

PAP!

Tamparan kuat dilabuhkan pada pipi Ikhsanul. Agak pijar namun Ikhsanul tidak kisah. Senyuman sinis terukir pada bibir Ikhsanul. Dia memandang Zarhuddin yang sedang marah membara.

"Apa aku cakap, ialah fakta isn't? Lagipun aku tak kisah kau nak fitnah apa pun pasal adik aku. Aku tahu Ikhwanul bukan spesies iblis macam kau! Yang aku risaukan, Uyaina. Macam mana lah boleh ada benih kau dalam diri dia! Dia dengan kau, bagai langit dengan bumi!"

"DIAM! KAU TAK ADA HAK--"

"Tak ada hak? Habis tu, kau ada hak ke dalam menjual anak kau sendiri?!"

Sekali lagi Zarhuddin terdiam membisu. Dia amat geram akan sikap Ikhsanul yang agresif. Dia hanya mampu merenung tajam ke dalam iris hijau gelap milik Ikhsanul.

"Sudah la Zarhuddin. Bertaubat sebelum terlambat. Kau tak kesian ke dengan Uyaina? Dia tu penat menagih kasih sayang kau!"

Zarhuddin tidak tahan lagi. Dia mahu beredar. Dia melepasi susuk Ikhsanul diikuti Hayes di belakang. Namun sebelum dia menghilang sepenuhnya, dia diberi amaran.

"Kau tak ada hak terhadap Uyaina lagi. Aku boleh bagi semua barang yang aku pinjam tapi bukan Uyaina. Kalau kau masih berdegil dan tamak dengan keputusan kau, aku tak boleh buat apa."

Zarhuddin menoleh menghadap Ikhsanul. Ikhsanul tersenyum tenang. Dia menarik nafas lalu menghembus puas.

"Sebab yang ada hak terhadap dia sekarang ialah Ikhwanul, suami dia. Kalau kau nak Uyaina, pastikan kau langkah mayat Ikhwanul dulu."

Zarhuddin bengang. Lelaki itu sudah panas membara. Tidak sanggup untuk meneruskan debatnya lagi. Zarhuddin berpusing untuk beredar. Sempat dia dan Hayes terserempak dengan Rahman. Rahman menayangkan senyuman namun senyuman tersebut dibalas cengeng.

Rahman agak terkejut dan bingung. Kepalanya memandang ke dalam bilik pertemuan. Kelihatan Ikhsanul seperti sudah lelah dengan hidup. Kepala jejaka tersebut hanya tertunduk sayu, bersalah.

"Ikhsan? Kenapa ni? Ikhsan okay? Siapa lelaki-lelaki tadi?"

Mendengar suara Rahman telah menenangkan hati yang dilanda ribut. Kepala sayu itu terangkat perlahan-lahan. Rahman tersenyum sambil memegang bekal makan. Ikhsanul terasa sebak, dia terus berlari dan memeluk ayahnya erat.

"Ya Allah Ikhsanul... kenapa ni nak?"

"Ikhsan minta maaf ayah. Ikhsan minta maaf sebab dah kecewakan ayah."

Rahman terdiam. Dia mengangguk faham. Rahman sudah redha dengan apa yang berlaku. Dia tidak mahu sedih. Dia tahu, Ikhsanul pasti ada sebab.

Badan Ikhsanul diusap lembut. Mereka merehatkan dagu pada bahu masing-masing. Lama mereka meratapi kesedihan tersebut. Akhirnya, Rahman meleraikan pelukan.

"Sudah, jangan menangis. Anak laki-laki mana boleh nangis. Nanti dah tak handsome."

Ikhsanul akhirnya menghamburkan tawa. Dia mengangguk setuju. Mereka kemudian mengambil tempat duduk untuk menjamah sedikit makanan.

"Wahh! Ayam masak kicap, my favorite!" ujar Ikhsanul teruja

"Hahahah ya~ hari ni ada rezeki lebih. Makan lah. Ayah buat dengan penuh kasih sayang tau!"

Ikhsanul tersengih lebar. Sebelum dia menyentuh makanan tersebut, dia membaca doa. Selepas membaca doa, dia bersedia untuk kenyang namun tangannya terkaku apabila Rahman bertanya.

"Siapa lelaki-lelaki tadi? Kenapa diorang jumpa Ikhsan dekat sini?"

Ikhsanul menatap Rahman. Dia tidak mahu bersembunyi lagi. Dah tiba masa, sedikit demi sedikit, dia membongkarkan akan tujuan kenapa dia memohon pinjaman.

"Ayah, Ikhsanul nak minta tolong sikit boleh?"

Rahman mengangkat sebelah kening. Bingung. Apa pula permintaan Ikhsanul kali ini? Adakah ini berkaitan dengan lelaki tadi? Adakah ini berkaitan dengan pinjaman?

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

8.4K 165 71
𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 -his pov 𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 -her pov Tengku Rafael, lelaki yang akan berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali. Berkahwin secara paksa...
6.4K 256 18
"Nama budak perempuan dalam lif tu apa?" Soal Kapten Anas Fateh kepada Zarith tatkala mereka masuk ke dalam bilik hotel yang mereka kongsi bersama. "...
5.6K 331 7
#InkfinityNovellaChallenge #INC2024 Status : hiatus kejap. Nanti mai balik. Start date : 6 March 2024 End date :
4.9K 283 16
[COMPLETE] 2nd MILIK SERIES AZREEYA x LUTH AUFAT Dalam diam, suka sama suka ❤️ Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ring...