C | PINJAMAN

By dooniaaas_

9.6K 454 8

[Third book] "Kau adalah Pinjaman yang terindah," - Mampukah seorang penoreh getah memikat hati Uyaina Nasuha... More

PROLOG
Surat 'PINJAMAN'
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
SPECIAL CHAPTER
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31 [END]
EPILOG

BAB 27

154 9 0
By dooniaaas_

Malam yang cukup bermakna kepada pasangan suami isteri tersebut. Mereka tidur dengan sangat nyenyak. Bermaksud, ini ialah pengakhiran yang gembira?

Tidak. Ujian itu diturunkan untuk orang yang kuat. Malam itu selepas berasmara, Uyaina terasa seperti mahu muntah. Dadanya turut menekan sakit. Cepat-cepat dia bangun dan bergegas masuk ke dalam tandas.

Uyaina memuntahkan beberapa cecair ke dalam sinki. Usai muntah, tiba-tiba mahu batuk. Uyaina berdahak kuat sambil menutupkan mulutnya menggunakan tisu.
Beberapa minit kemudian, Uyaina mula reda. Cumanya... dada terasa sesak untuk bernafas.

Uyaina melepaskan tisu yang menerkup mulutnya. Matanya terbutang apabila tisu tersebut dipenuhi dengan kahak yang berdarah. Uyaina kini berasa resah. Kakinya menggigil, badannya mengundur ke belakang.

BAM!

Badannya tersentuh barang mandian. Dia menoleh terkejut kerana penutup botol syampu terbuka menyebabkan isi di dalam tertumpah. Uyaina mahu membersihkan namun selangkah dia bergerak, kepalanya pening. Kepalanya sangat pening, matanya mulai kabur.

"Mhm... sayang? Sayang kat bilik air ke?" seru Ikhwanul dengan nada yang mamai

Uyaina tidak menjawab. Kepalanya sangat pening membuatkan badannya hilang kestabilan. Walaupun begitu, Uyaina sedaya-upaya mencapai sesuatu untuk membantunya bergerak.

"Sayang? Sayang dekat mana?" seru Ikhwanul lagi

Uyaina mengangkat kepala, memandang pintu bilik air yang agak jauh dengannya. Uyaina cuba melangkah perlahan-lahan bersama mata kabur.

"Ikhwan--"

Buk! Uyaina tidak boleh lagi menahan. Dia akhirnya pengsan tanpa pengetahuan Ikhwanul. Namun disebabkan bunyi yang kuat berterusan datang daripada bilik air, Ikhwanul gagahkan diri untuk bangun memeriksa.

"Sayang awak-- YA ALLAH SAYANG!"

Ikhwanul melutut, meletakkan kepala Uyaina ke atas pehanya. Serta-merta mata Ikhwanul menjadi basah. Pipi Uyaina pula dielus olehnya lembut.

"Sayang jangan buat saya macam ni! Bangun sayang, bangun!"

Panggilan daripada Ikhwanul tidak dijawab. Badan Uyaina tiba-tiba menjadi sejuk. Ikhwanul menjadi semakin risau. Tanpa melengahkan masa, dia mendukung Uyaina lalu bergegas ke hospital.

Di hospital, Ikhwanul menolong doktor serta beberapa jururawat menolak katil Uyaina masuk ke dalam wad kecemasan. Sepanjang perjalanan, Uyaina langsung tidak sedar. Ikhwanul tidak mampu berkata apa selain menangis dalam keperitan.

"Encik Ikhwanul tidak dibenarkan masuk. Sila tunggu di luar sebentar." arah doktor

Tidak sanggup untuk melihat Uyaina bersendirian, Ikhwanul akhirnya rebah ke lantai. Kepalanya terangkat melihat susuk Uyaina dan pembantu-pembantu bertugas yang lain masuk ke dalam wad kecemasan.

"Ikhwanul?"

Suara Eryna membuatkan Ikhwanul tertoleh. Ikhwanul terus berdiri menatap Eryna yang bingung kerisauan. Ikhwanul menghamburkan tangisan di hadapan rakan baik Uyaina.

"Ery.... tolong aku Ery. Tolong!"

Mata Eryna terbutang luas. Dia memandang pintu wad kecemasan kemudian memandang semula ke arah Ikhwanul yang sedang dalam tangisan. Eryna mengetap bibir sambil menggenggam tangan.

Eryna melepasi Ikhwanul dan bergegas mencari Uyaina di dalam wad kecemasan. Ikhwanul menundukkan kepala, masih meratapi akan apa yang sedang berlaku. Ikhwanul melabuhkan punggung pada bangku berhampiran, menerkup seluruh wajahnya.

(2 Jam kemudian)

Bunyi sahaja pintu bilik kecemasan dibuka, Ikhwanul terus mengangkat kepala. Ikhwanul bangun dan bergegas menghampiri doktor yang bertugas akan Uyaina.

"Macam mana dengan isteri saya doktor? macam mana dengan dia?!"

Doktor perempuan itu menatap kuyu ke dalam iris hazel Ikhwanul. Usai beberapa minit, doktor tersebut menghela nafas berat. Doktor tersebut menundukkan kepala lalu menggeleng sayu.

Ikhwanul keras terkaku. Jantungnya bagai ingin terhenti. Dia memandang ke arah wad kecemasan. Tangannya menggenggam kuat. Ikhwanul mengetap giginya membuatkan rahang-rahangnya bergerak.

"Eh--- Encik Ikhwanul!"

Ikhwanul tidak menghiraukan doktor tersebut dan hanya melulu masuk untuk mencari Uyaina dengan segera. Berbagai-bagai langsir dia buka namun masih tidak dapat mencari pesakit yang bernama Uyaina Nasuha.

"Mana Uyaina, mana ISTERI AKU?!"

Itulah kali pertama Ikhwanul menjadi kasar dengan semua orang. Pembantu hospital pun tidak mampu menghalang. Ikhwanul kelihatan sangat marah dan kecewa. Matanya terlakar kesedihan.

"Encik sabar--"

"AKU KATA MANA UYAI--"

Bunyi mesin Ventilator telah menghentikan semuanya. Ikhwanul menoleh ke belakang melihat Uyaina terlantar tidak sedarkan diri. Eryna yang berada di sisi sedang memeriksa air yang dimaksukkan ke dalam badan Uyaina.

"Ya Allah, Sayang macam mana--"

"Sabar Ikhwanul. Jangan bertindak melulu. Ini hospital, hormat pesakit lain." tegas Eryna

Ikhwanul terdiam. Ikhwanul agak sedih dan hanya berdiri tegak di sisi Uyaina. Uyaina dibantu dengan pelbagai wayar dan itu telah menyakitkan hati Ikhwanul. Ikhwanul berasa sebak. Badannya agak terasa longlai.

Eryna yang kini menjadi doktor bertugas kepada Uyaina hanya menghembuskan nafas yang sangat berat. Eryna menoleh, memandang seorang jururawat lelaki.

"Sediakan bilik untuk pesakit. Kemudian sila assign lebih banyak staff untuk pantau Puan Uyaina."

"Baik, doc!"

Jururawat lelaki tersebut kemudian menenangkan semua orang yang sebentar tadi kecoh akan perbuatan yang tidak waras daripada Ikhwanul. Jururawat tersebut turut melaksanakan tugas dengan secepat mungkin.

"Dan awak penjaganya, Ikhwanul. Saya mahu bercakap dengan awak. Sila ke bilik saya selepas Puan Uyaina dipindahkan."

Ikhwanul hanya memandang kelibat Eryna yang berlangsung pergi dengan dingin. Ikhwanul menarik nafas lalu kembali menatap isterinya yang masih tidur dengan nyenyak di hadapan. Pipi Uyaina dielus lembut. Ikhwanul tersenyum tawar, seketika menjatuhkan air mata menyembah bumi.

"Dah tiba masanya ke, Nasuha?"

Wajah Uyaina yang pucat ditatapnya dengan penuh serba salah, sedih, cinta. Tidak lama kemudian, jururawat-jururawat bertugas datang memulakan tugasan. Ikhwanul yang sayu hanya membutut daripada belakang.

Fail-fail tentang pesakit dibelek secara terperinci. Matanya sempat mengerling ke hadapan, melihat keadaan Ikhwanul yang kini seperti tidak terurus. Eryna menghela nafas berat lalu menandatangani semua dokumen.

"Ikhwanul, suami Nas."

Ikhwanul yang berwajah muram mengangkat kepalanya. Ikhwanul menatap Eryna tanpa perasaan. Hidupnya seperti kosong. Eryna sekali lagi menghela nafas berat.

"Aku minta maaf Ikhwan, aku minta maaf sebab tak dapat buat yang terbaik untuk Nas."

Mata Ikhwanul kini terasa pedih. Seperti ada habuk bakal merembeskan sesuatu ke pipi. Ikhwanul hanya mendiamkan diri serta mengenggam kedua-dua tangannya erat.

"Penyakit kanser dia dah worse. Jangkitan kuman sudah merebak teruk ke bahagian jantung. Mengikut laporan, kami dah cuba reduce jangkitan kuman tersebut dengan ubat xxxx tetapi nampaknya Nas gagal mengikut perancangan pemakanan."

"Nas pernah pergi hospital untuk ambik ubat?"

"Dia pernah datang pada ****** hari bulan hari tu. Rasanya kalau tak silap, waktu tu ialah waktu first time aku bertemu dengan Nas semula."

Tuhan.... Uyaina dah lama menderita. Kenapa dia tidak beritahu aku? Kenapa dia tak cakap dia sakit? Ikhwanul akhirnya menghamburkan tangisan. Air liur kelu ditelan.

"Disebabkan jangkitan kuman tu dah merebak ke dalam kawasan paru-paru dan jantung, Uyaina koma tidak sedarkan diri. Kalau jangkitan kuman tu merebak pula pada saluran otak, peratus untuk dia hidup tu.... tipis."

Semakin perit kenyataan yang harus ditelan. Ikhwanul tidak dapat berkata apa lagi. Dia sudah larut dalam kesedihan. Dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Eryna, selaku doktor bertugas turut berasa sebak.

"Dia pernah cakap dengan aku... dia akan mati. Dia pernah cakap dengan aku... dia dah tak tahan lagi." ujar Eryna

Kedua-dua daripada mereka meraung kesakitan. Bilik tersebut hanya berbunyi tangisan. Ikhwanul menatap serta mengelus gelang hitam yang pernah diberi oleh Uyaina. Senyuman pahit terukir.

"Aku selalu cakap... aku tak bersedia. Aku tak sangka pula hari yang aku tak bersedia tu... dah tiba."

Eryna menatap Ikhwanul yang sudah kelihatan lelah. Senyuman tawar jejaka itu cukup melakarkan keadaan sekarang. Ikhwanul akhirnya menghela berat. Dia memandang Eryna membawa senyuman tawar tersebut.

"Terima kasih sebab dah jadi kawan yang baik untuk Nasuha. Aku yakin Nasuha hargai semua yang kau dah buat. Terima kasih, sebab dah banyak tolong aku."

Ikhwanul bangun, berusaha mencari keredhaan. Ikhwanul masih cuba menelan kepahitan. Dia dan Eryna memandang satu sama lain buat kali terakhir.

"Aku pergi dulu. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang."

Eryna membalas dengan senyuman tawar. Dia mengangguk faham. Rancangan Tuhan, siapa kita mahu menghalang kan? Kedua-dua daripada mereka harus menerima. Insyaallah, mungkin ada keajaiban? Kita tak tahu. Ikhwanul beredar daripada bilik tersebut. Dan waktu itu, Eryna kembali menghamburkan tangisan.

Manakala Ikhwanul berbuat perkara yang sama. Ikhwanul mencangkung di hadapan bilik Eryna lalu menerkup seluruh wajahnya. Menangis teresak-esak dalam keperitan yang agak sukar untuk ditelan.

"WHAT?! MASUK LOKAP?!!"

BERSAMBUNG

*Maaf, agak perit bukan? sediakan lah tisu sebelum hujan selepas ini hahahaha. Terima kasih kerana sudah membaca sehingga ke sini. Maaf atas segala kesalahan dari segi penulisan dan lain-lain. Saya rasa chapter kali ini juga agak messy. Walaubagaimanapun, kita jumpa sebelah ♡

Thank you readers and ghost readers sekalian!

Continue Reading

You'll Also Like

12.6K 648 38
Harraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda...
8.4K 165 71
𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 -his pov 𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 -her pov Tengku Rafael, lelaki yang akan berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali. Berkahwin secara paksa...
4.3K 402 60
Lima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri...
87K 3K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...