C | PINJAMAN

By dooniaaas_

9.6K 454 8

[Third book] "Kau adalah Pinjaman yang terindah," - Mampukah seorang penoreh getah memikat hati Uyaina Nasuha... More

PROLOG
Surat 'PINJAMAN'
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
SPECIAL CHAPTER
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31 [END]
EPILOG

BAB 20

175 10 0
By dooniaaas_

Setelah menyatakan rancangannya pada Ikhwanul, sejujurnya semua berjalan sangat lancar. Modal yang dikumpul menjadi semakin banyak. Tempat yang disewa menjadi semakin cantik dan luas. Permohonan loan pada bank juga diluluskan.

Kini, Uyaina dan Ikhwanul menemani arkitek-arkitek yang terlibat di kedai sewa. Terdapat beberapa design yang masih belum siap menambah baik. Uyaina dan Ikhwanul menolong mereka dengan mengecat setiap dinding yang terpapar.

"Awak," panggil Uyaina secara tiba-tiba

Ikhwanul yang khusyuk mewarna dinding tersebut terhenti. Dia mengerling pada Uyaina dengan bingung.

"Hari yang saya bagitahu pasal rancangan perniagaan saya ni... hari tu juga awak ada sesuatu nak bagitahu. Apa yang awak nak bagitahu tu?"

Ikhwanul terdiam lalu cuba mengingati semula. Seketika kemudian, dia tersenyum kecil. Ikhwanul juga sempat terkekeh. Uyaina yang melihat reaksi Ikhwanul tiba-tiba menjadi bingung.

"Kenapa awak ketawa? Lawak ke sesuatu yang awak nak bagitahu hari tu?"

"Nanti awak tahu la sayang~"

Jawapan yang tidak memuaskan. Uyaina mengerutkan muka sambil mencekak pinggang. Ikhwanul yang ketawa sakan tiba-tiba terhenti.

"Tak ada apa lah sayang. Nanti saya bagitahu okay?"

"Tak nak! Nak awak bagitahu sekarang."

Ikhwanul mendiamkan diri. Dia menghela nafas lembut kemudian sambung mewarna pada dinding. Permintaan Uyaina hanya dibiar sepi. Uyaina sedikit tercengang, dia memegang sebelah lengan Ikhwanul.

"Awakkk bagilah tahu sekarang!! Apa benda yang awak nak cakap hari tu,"

"Kan saya kata nanti awak ta--"

Tiba-tiba kilat menyambar membuatkan Uyaina terjerit. Tangan yang memegang lengan Ikhwanul tiba-tiba memeluk suaminya erat. Ikhwanul hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Kepala Uyaina diusap lembut.

"Kan dah cakap... nanti awak tahu. Sekarang tengok? Kilat pun suruh awak diam."

"Tapi kita curious je... " gumam Uyaina perlahan

Ikhwanul meletuskan tawa. Macam-macam ragam la bini aku ni. Nasib lah comel. Jadi milik aku pula tu. Beberapa minit kemudian, hujan mula lebat. Uyaina membutangkan mata yang kecewa lalu menapak ke hadapan mendekati tingkap.

"Alaaa! Kenapa hujan!! Ish kita dah tak boleh pergi waterpark la cinta huaaaa,"

Terdapat waterpark berhampiran pada sekitar kedai sewa mereka. Niatnya nak pergi singgah tetapi disebabkan hujan menjelma, terbatal la jawabnya. Uyaina memuncung bibirnya sedih.

"Tak baik merungut macam tu. Hujan tu kan rahmat Tuhan? Daripada awak sedih lebih baik awak berdoa semoga segala ujian yang diturunkan tu... dipermudahkan."

Uyaina tersengih sambil menggarukan kepala. Dia menunduk kepalanya. Segan. Jari-jemari kecilnya dimain. Dalam diam, dia mengumam sesuatu. Namun gumaman Uyaina cukup jelas untuk didengari oleh Ikhwanul.

"Tapi saya nak main air.... Dah lama dah tak mandi-manda,"

Ikhwanul menghela nafas dek menggelengkan kepala. Dia menoleh pada tingkap yang basah. Dia tersenyum kemudian menadah tangan.

"Cepat ikut saya,"

Uyaina menoleh pada Ikhwanul. Dia meniru aksi Ikhwanul. Kini, mereka saling menadah tangan. Doa dimulakan dengan Bismillah oleh Ikhwanul.

"Ya Allah, yang Maha Pemurah, yang Maha Pengasih, kau ampunilah segala dosa-dosa kami, segala dosa ibu-bapa kami dan juga orang terdekat kami. Ya Allah, permudahkan ujian kami. Permudahkan juga perjalanan kami. Ya Tuhan, bimbing la kami. Sesungguhnya kami hanya hamba yang lemah. Kami butuh pertolongan dari-Mu ya Tuhan. Amin,"

Uyaina mengamin doa dengan terpegun. Uyaina menatap suaminya yang masih menadah tangan. Tanpa menyoalkan sesuatu, dia merenung Ikhwanul tulus. Seketika itu, dia tersedar terdapat mutiara putih di sekitar kelopak mata Ikhwanul.

"Ya Allah, aku titipkan satu nama untuk kau restui jalannya. Uyaina Nasuha, kau lindungilah setiap langkah dan perbuatannya. Permurahkan rezekinya di dunia dan di akhirat kelak. Ya Allah, aku sangat mencintai hamba mu yang dipinjamkan ini. Jaga kan hatinya di mana-mana dia berada. Harumnya syurga hanya untuk dia. Kuatkan dia ya Tuhan, dia seorang perempuan yang sulit untuk menceritakan sesuatu ketika dalam kesusahan. Walau bagaimanapun kau sihatkan dia, panjangkan umurnya agar kami bisa menemui mu dengan cukup amalan yang ada. Amin amin Ya Rabbal Alamin."

Ikhwanul akhirnya mengaminkan doa. Sesuai dengan situasi, Uyaina akhirnya mengalirkan air mata ke pipi. Allahu Ya Rabbi, dia ialah lelaki yang paling sempurna. Setiap perbuatannya sering menyentakkan hati ku.

Ikhwanul menoleh pada Uyaina dan tersenyum. Dia menyeka air mata Uyaina yang deras mengalir. Mereka saling bertatapan dengan penuh cinta.

"Orang cakap doa ketika waktu hujan tu... Mustajab kan?"

Uyaina turut tersenyum. Dia memeluk pinggang Ikhwanul erat. Ikhwanul pula mengusap belakang Uyaina lembut. Setelah beberapa minit, Ikhwanul meleraikan pelukan tersebut. Dia merenung iris Uyaina lama cukup buat Uyaina bingung.

"Ya, cinta?"

"Awak kata nak mandi-manda kan?"

Uyaina menganguk perlahan. Dia masih bingung dan hanya mendongak pada Ikhwanul dengan polos. Ikhwanul turut menganguk, dia meletakkan semua berus cat ke tepi.

"Eh kerja tak siap lagi--"

"Jom!"

Ikhwanul menarik tangan Uyaina untuk keluar daripada kedai. Uyaina dibawa untuk bermandi hujan. Uyaina agak terkejut pada mulanya tetapi turut gembira apabila Ikhwanul mula ketawa.

Mereka berpusing dalam bulatan, mereka menari dalam hujan, mereka belari, mereka menyorok, semuanya ketika hujan. Mendengar suara Uyaina yang sedang ketawa itu sungguh menyenangkan. Ikhwanul tidak henti daripada mengagumi isterinya.

-

Pulang sahaja daripada bermandi-manda, Ikhwanul menyiapkan Uyaina agar dia tidak dijangkiti demam. Setelah selesai bermandi di dalam bilik air, Uyaina menghalakan dirinya pada Ikhwanul yang menunggu di meja solek.

"Awak duduk pakai skincare, kita tolong sikat rambut awak."

"Okayyy thank you, cinta!"

Uyaina melabuhkan punggung pada kerusi kecil. Dia menatap dirinya pada cermin. Tidak lama kemudian, dia memulakan sesi menjaga muka. Begitu juga dengan Ikhwanul, dia memulakan sesi menyikat rambut isteri. Ketika mereka begitu tekun, Uyaina tiba-tiba menyoal.

"Cinta, kita nak tanya boleh?"

"Boleh, sayang. Apa tu?"

"Kita nak tanya sebab kita curious. Sepanjang awak berkahwin dengan saya, tak pernah pun awak minta sesuatu. Selalunya saya sahaja yang minta itu ini. Saya minta nak naik superbike la, nak buka cafe sendiri la tapi awak? Awak tak nak ke bagitahu apa yang awak nak daripada saya selain sehidup semati? Bukan apa... kadang-kadang saya rasa saya ni pentingkan diri."

Uyaina selesai menempel ke semua skincare. Dia menoleh dan mendongak pada Ikhwanul yang masih lagi terdiam dengan tenang.

"Awak tak runsing ke sebab tak dapat hadiah? Awak tak nak ke minta hadiah? Kalau nak, saya boleh belikan."

Ikhwanul tersenyum manis. Dia meletakkan rambut Uyaina ke belakang telinga. Ikhwanul kemudian mengelus dagu sendiri. Lepas beberapa saat, Ikhwanul menghela nafas lega. Dia menatap iris Uyaina tulus.

"Saya kan dah ada hadiah paling bermakna jadi kenapa saya perlu minta? Tak payah beli sayang. Simpan untuk pergi haji nanti,"

Uyaina mengangguk faham. Namun tiba-tiba dia terkaku. Dia mengangkat kening dan kembali memandang Ikhwanul.

"Hadiah apa paling bermakna? Apa maksud awak? Hadiah apa tu? tapi saya rasa saya tak pernah beli apa-apa untuk awak. Atau... saya terlepas pandang?"

Ikhwanul meletuskan tawa kecil. Seronok mengusik Uyaina yang begitu polos. Muka bingung Uyaina juga sangat comel. Uyaina yang melihat tindak balas reaksi Ikhwanul mula hairan.

"Hahahaha comel la awak ni eeee rasa nak cubit! Okay awak dengar betul-betul ya Uyaina Nasuha. First, you did buy me something. Here."

Ikhwanul menunjuk pada gelang yang dihadiahi Uyaina kepadanya pada hari lahir lepas. Uyaina melopong apabila teringat. Dia mulai tersengih hambar. Kepalanya digaru janggal.

"And second is hadiah bermakna. Disebabkan memiliki hadiah bermakna ni la saya tak minta apa-apa dengan awak. Hadiah bermakna ni pun dah terlampau cukup. Saya sangat bersyukur."

"Haih ya lah tahu tapi persoalannya di sini apa hadiah bermakna tu!!"

Ikhwanul merenung Uyaina yang dari tadi mendongak kepadanya. Ikhwanul tersenyum. Dia membongkokkan badannya untuk samakan paras muka. Mata Uyaina membulat, lidah Uyaina menjadi kelu. Tiada jarak langsung antara dia dan aku!

"Awaklah hadiah bermakna tu~"

Ikhwanul menyentuh sekilas hidung mancung Uyaina menggunakan jari telunjuk. Dia turut mengenyit sebelah mata pada isterinya tanpa ragu-ragu. Badan yang dibongkok sebentar tadi dibetulkan. Kepala Uyaina diusap lembut.

"Dah la awak pergi tidur. Lepas mandi nanti baru saya join sebelah awak ya sayang~"

Parau betul suara Ikhwanul membuatkan badan Uyaina terasa bahang dan longlai. Sebelum melangkahkan kaki masuk ke dalam tandas, dia menoleh.

"Awak kena tidur kalau tak~"

"Kalau tak apa?"

Ikhwanul menayangkan senyuman sinis. Dia menyandarkan sebelah bahunya kepada birai pintu. Dia turut memeluk tubuh.

"Kalau tak saya NGAP! awak,"

Uyaina membutangkan mata. Mukanya menjadi merah padam. Telinganya terasa bahang. Dia terus mengerutkan muka, mengambil tisu gulung yang berada di meja solek. Dia membaling pada Ikhwanul kemudian berlari lompat ke atas katil sambil menerkup telinga.

Ikhwanul ketawa besar. Ya, seronok sangat mengusik Uyaina. Ikhwanul akhirnya berhenti selepas beberapa saat. Dia menarik nafas kemudian hembus.

"Tak ada lah saya gurau je~ Tapi saya serious. Awak kena tidur sekarang sebab esok kita ada aktiviti ekstrem yang nak dibuat."

Uyaina kembali membuka selimut dan menjenguk Ikhwanul. Dia bangun dengan teruja.

"Kita nak pergi mana!!"

"Tidur dulu. Esok, lepas sarapan kita gerak. Saya yakin awak mesti suka. So... tidur ya sayang?"

Uyaina mengangguk akur. Dia terus menyelimuti dirinya. Dia memejam matanya beberapa minit kemudian. Ikhwanul yang melihat kesungguhan bdan keterujaan Uyaina hanya tersenyum suam. Ikhwanul menggelengkan kepala kemudian menapak masuk ke dalam bilik mandi.

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

5.6K 331 7
#InkfinityNovellaChallenge #INC2024 Status : hiatus kejap. Nanti mai balik. Start date : 6 March 2024 End date :
2.1K 275 17
|| ๐‡๐”๐ƒ ๐‘๐€๐…๐€๐„๐‹ & ๐๐”๐‘ ๐€๐™๐€๐‹๐„๐˜๐€ ๐€๐™๐‡๐€๐‘๐€ || "Saya bukan perempuan baik macam yang awak fikir. Saya ada kisah silam yang terlalu ge...
4.3K 402 60
Lima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri...
5.9K 277 35
[KARYA KEEMPAT] [COMPLETE] [ ROMANCE] ~~~~~ "๐‘พ๐’‚๐’‰๐’‚๐’Š ๐’‚๐’…๐’Š๐’“๐’‚๐’•๐’๐’‚, ๐’”๐’Š๐’๐’‚๐’“ ๐’“๐’๐’Ž๐’‚๐’๐’Ž๐’– ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’‚๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐’”๐’Š๐’‚๐’‘๐’‚ ๐’”๐’‚๐’‹๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ...