C | PINJAMAN

By dooniaaas_

9.6K 454 8

[Third book] "Kau adalah Pinjaman yang terindah," - Mampukah seorang penoreh getah memikat hati Uyaina Nasuha... More

PROLOG
Surat 'PINJAMAN'
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
SPECIAL CHAPTER
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31 [END]
EPILOG

BAB 18

149 11 0
By dooniaaas_

Ikhwanul hanya mendiamkan diri serta berwajah bingung. Begitu polos untuk memahami keadaan. Uyaina yang melihat reaksi comel tersebut hanya meletuskan tawa besar. Ikhwanul menggarukan kepala.

"Cintaaaa~ Kawan kita tu perempuan la. Awak jangan la terkejut sangat,"

Setelah beberapa minit, Ikhwanul mula tersedar. Ikhwanul tersenyum hambar kemudian menundukkan kepala ke bawah. Malu. Muka Ikhwanul juga memerah padam. Uyaina terkekeh kecil melihat suaminya segan.

"Mana la kita tahu... awak macam happy sangat je," memuncung bibir Ikhwanul ketika dia mengomel sendirian

Uyaina ketawa lagi lalu mencubit kedua-dua pipi Ikhwanul dengan geram. Ikhwanul terjerit kecil kerana sakit namun akhirnya ketawa. Uyaina dan Ikhwanul kini saling membalas senyuman.

"Comel betul suami Nas ni~"

"Tengok la bini dia siapa,"

Uyaina agak segan namun berhasil ketawa. Mereka memeluk erat antara satu sama lain. Uyaina merehatkan dagunya pada bahu lebar Ikhwanul dengan tenang. Nafas dihembus lega.

"Saya sayang awak Nasuha. Sayang sangat."

Ikhwanul mengusap belakang Uyaina lembut. Hampir 10 minit mereka menikmati pelukan hangat masing-masing. Setelah itu, Uyaina meleraikan pelukan. Tangan kanan Uyaina meraup rambut Ikhwanul sedikit.

"Hari ni cinta pergi mana? Lambat balik. Sebelum ni tak pernah-pernah balik lambat."

Ikhwanul tersenyum. Dia mengeluarkan satu kertas iklan daripada poket seluar. Ikhwanul menghulurkan kertas tersebut kepada Uyaina untuk dibaca.

"Pameran khas TUDM? kenapa dengan pameran ni cinta?"

"Haider minta tolong saya untuk control dekat bahagian pelepasan since saya dah ada basic. Orang yang pihak mereka upah tak boleh nak datang."

Uyaina mengangguk faham. Dia membaca kertas iklan tersebut dengan teliti. Mata Uyaina tiba-tiba bersinar gembira.

"Program ni kan public so saya boleh ikut?!"

"Saya semestinya akan bawa awak Uyaina, sayang. Kita tengok jet Sukhoi sama-sama ya?"

"Yeayyyy terima kasih cinta!"

Uyaina mencium pipi Ikhwanul dengan gembira. Uyaina kemudian mula riuh seperti murai. Gadis itu memikirkan pakaian apa yang mahu dibawa, apa aktiviti menarik yang bakal dia jumpa, apa makanan yang dijual di sana.

Ikhwanul yang duduk di sisi Uyaina hanya merenung isterinya dengan penuh cinta. Tidak langsung dia mencelah akan kegembiraan Uyaina. Dia mengangguk dan mendengar setiap perkataan yang diluah Uyaina.

"Hari kejadian ialah hari minggu. Eryna kemungkinan besar cuti. Mhm.... cinta?"

"Ya, sayang. Kenapa?"

"Boleh saya ajak kawan lama saya? Kitorang dah lama tak spend time sama-sama,"

"Oh kawan yang awak chat tersengih-sengih tu ke? Boleh~ bawa la. Saya tak kisah, itu kan kawan awak."

Uyaina tersenyum lebar. Dia bergegas mencapai telefon pintar kemudian memberitahu Eryna secepat mungkin. Uyaina berharap sangat Eryna cuti agar dia boleh bersemuka buat kali kedua.

Eryna :
"Lucky! Aku cuti. Boleh la, aku ikut. Tapi ada satu syarat,"

Me:
"Aik? Syarat apa pula ni Ery,"

Eryna :
"Jangan terlampau sweet dengan laki kau. Hormat sikit orang single."

Uyaina meletuskan tawa. Aduhai Eryna ni, ada-ada je. Uyaina mengangguk sendiri dan membalas mesej tersebut dengan tenang. Selesai sahaja membalas, dia memandang Ikhwanul.

"Semuanya settle. Kita tunggu hari kejadian je la. Again, thank you cinta."

"As you deserve sayang. Welcome."

Uyaina ditarik ke dalam dakapan. Lengan Uyaina diusap lembut manakala dahi Uyaina dikucup dengan penuh kasih sayang. Sekali lagi, hari tersebut ialah hari paling bahagia pada Uyaina Nasuha.

Pejam celik, pejam celik, hari kejadian tiba. Eryna dan Uyaina kini menunggu pada bahagian penonton. Kelihatan penonton-penonton lain juga teruja dan tidak sabar.

"Hensem nohh laki kau! Bagai pinang di belah dua la kalau dengan kau!"

Eryna memuji Uyaina sambil mengerling ke arah Ikhwanul yang sedang mengambil tempat di dataran pelepasan. Uyaina hanya terkekeh kecil serta mengukir senyuman.

"Tapi tak boleh lawan pilot sukhoi aku, Wooooo smarttt nyaaa abee!"

Eryna yang menyertai penonton menjerit ketika Haider dan rakan pasukan masuk ke dataran membuatkan Uyaina ketawa. Semua pilot sukhoi yang terlibat menunduk hormat pada penonton sebelum mereka menuju masuk ke dalam kapal.

Ketika Haider mengambil langkah pergi ke kapal terbang miliknya, dia sempat berlanggar bahu dengan Ikhwanul. Ikhwanul yang memegang bendera hanya ketawa kecil. Ikhwanul sempat berbisik memberikan sedikit kata-kata srmangat.

"Baiklah tuan² dan puan², jet sukhoi kita bakal berlepas!"

Kata-kata daripada pengurusi majlis membuatkan semua orang semakin teruja. Mereka mengeluarkan telefon pintar masing-masing dan mula merakam saat-saat yang dinanti-nantikan.

PWITTTTT!!

Jet Sukhoi mula terbang apabila Ikhwanul membunyikan wisel serta melambaikan bendera. Sorakan daripada pihak penonton menjadi semakin kuat. Ketika itu, Uyaina dan Eryna memandang satu sama lain kemudian tersenyum lebar. Mereka menepuk tangan seperti anjing laut.

"You did it. Aku bangga dengan kau Haider,"

Senyuman daripada Ikhwanul menjadi semakin lebar. Dia bangga dengan sahabatnya. Impian Haider untuk menjadi Tentera Udara kebanggaan masyarakat akhirnya tercapai. Ikhwanul turut menepuk tangan sambil menyaksikan jet mengawang di langit.

-

Selepas daripada membeli makanan pada sudut jualan, Uyaina dan Ikhwanul menyapa ke arah Haider yang akhirnya selesai daripada melaksanakan tugas. Eryna yang khusyuk menikmati makanan turut membututi mereka daripada belakang.

"Baik do Ader! Gempak gila tadi,"

Mereka bersalaman kemudian melanggar bahu antara satu sama lain. Haider tersenyum segan. Belakang lehernya diurut janggal.

"Saya suka sangat waktu awak menari-nari atas langit dengan jet sukhoi lain tadi. Rasa macam, wow! Professional!"

Haider terkekeh serta mengangguk setuju. Dia menarik nafas dalam kemudian menghela lega. Dia menoleh pada jet sukhoi yang kini menjadi tempat penonton untuk mengambil gambar.

"Terima kasih. Jet tu memang dah banyak berjasa dengan saya. Bila ramai bagi sorakan dan kepercayaan fuhhh semangat dia lain macam,"

Mereka semua tersenyum kemudian turut mengalihkan pandangan pada jet sukhoi. Beberapa minit kemudian, Haider menoleh. Dia memberikan isyarat menggunakan kepala.

"Korang kalau nak tangkap gambar, baik tangkap gambar sekarang. Dekat sana ada profesional guider yang boleh tolong korang kalau ada masalah."

"Ohh betul ke?! Cinta, jom!"

Ikhwanul mengangguk. Sebelum tangan Ikhwanul ditarik, dia memberhentikan Uyaina. Uyaina yang tidak sempat melangkah ke hadapan memandang suaminya hairan. Kening lebatnya terjongket.

"Tak nak lah.... nanti dia terbang tinggi,"

"Lah kenapa? Awak gayat ke cinta?"

"Bukan... "

"Habis tu?"

Ikhwanul terdiam dan hanya menatap isterinya tersebut. Haider dan Eryna yang berdiri di sisi turut menantikan jawapan Ikhwanul. Ikhwanul tiba-tiba tersenyum.

"Awak takut kan sebenarnya cinta?"

"Ha ah. Saya takut."

"Dah kenapa pula kau nak takut Wan oii, kau tu lelaki kot. Badan pun sado!" Haider mencelah dengan selamba

Uyaina dan Eryna ketawa kecil apabila mendengar lawak jenaka Haider. Ikhwanul hanya mampu pasrah dan mengeluh. Haider ketawa apabila dapat mengenakan Ikhwanul. melihat Ikhwanul malu adalah salah satu cita-cita nya.

"Bukan takut tu."

"Habis tu awak takut apa cinta..."

Sekali lagi Ikhwanul terdiam. Kesabaran mereka mulai menjadi tipis. Mereka semua menghela pasrah dan menampar dahi licin masing-masing dengan perlahan.

"Pergi balik je la Wa--"

"Takut jet yang terbang meninggi tu lawan cinta saya yang sudah meninggi kat awak,"

Tak kena! Punchline teruk la Ikhwanul oii. Tapi apakah daya? Uyaina tetap merah malu. Uyaina ketawa kecil apabila dia ternampak Ikhwanul tiba-tiba mengenyit mata.

Tapi disebalik pickup line yang tidak jadi itulah... terdapat seorang jejaka yang sudah mahu muntah manakala seorang lagi gadis tak habis-habis tersedak. Diorang ni gila agaknya.

"Dahhh la jom! Nanti kita kena beratur pula. Aku pergi dulu ya Haider? Bye~ assalamualaikum."

Ikhwanul menarik tangan Uyaina berlari ke arah jet sukhoi. Mereka berdua bergembira tanpa menghiraukan orang sekeliling. Eryna yang ditinggalkan agak tercengang namun dia berhasil tersenyum suam. Kepala Eryna digeleng kemudian teralih ke arah Haider. Eryna tersenyum manis.

"Congrates for your ride, I really love it. No, we really love it. Gempak gila woo waktu awak pusing-pusing, bergelut dengan jet lain tadi. Macam mana awak buat? Boleh la lepas ni ajar saya kan? Hahahaha,"

Personaliti Haider yang ramah mesra seketika tadi tiba-tiba berubah menjadi dingin. Haider langsung tidak senyum apatah lagi membalas persoalan Eryna. Eryna yang teruja berasa agak hambar dan janggal. Eryna mencuba nasib lagi.

"Erm tak pelah! Saya faham. Tapi nak tahu la, selain jet sukhoi awak boleh bawa jet apa je? Mesti hebat kan? Lepas ni awak tak nak ke mohon dekat pihak atasan untuk pamer jet lain. Apa kata awak try."

Haider memberikan pandangan jijik. Sebelah kening Haider terangkat tidak percaya. Eryna ketawa hambar lalu menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Tak ada lah bukan apa. Saya cuma bagi cadangan sebab saya tahu satu hari nanti awak mesti terkenal gila gempak sebab skill yang awak tunjuk pada kami tu pun bukan calang-calang skill. And awak boleh terkenal dari segi individu sekali tau~ Maklumlah, awak ni segak orangnya. Tapi segak-segak macam ni mesti dah berpunya en en?"

Berombak-ombak kening Eryna apabila menekankan soalan terakhir. Haider mula rasa bahang. Dia tidak tahan dan terasa muak. Another day, another gediks girl. Haider menghela nafas berat. Dia turut menjulingkan mata ke atas sambil berdecit. Beberapa saat kemudian, Haider meninggalkan Eryna ke belakang.

"Eh eh eh berlagak. Kau ingat aku hamak sangat ke dengan kau? Dasar pilot sombong! Aku pun ada taste lagi tinggi la. Jangan ingat kau tu terpaling handsome."

Ngomelan daripada Eryna telah memberhentikan kaki Haider. Walaupun tidak lah jauh mana, Eryna yang mengomel masih jelas kedengaran.

"Setakat pilot, huh aku pun frontliners la. Aku doktor apa. Silap besar la dia nak berlagak dengan aku. Dia-- Ah! Malas la aku. Makin difikir makin serabut. Eeee menyampah!"

Berkerut-kerut wajah Eryna. Geram. Dia akhirnya menarik nafas dalam lalu menghembus. Eryna bercadang untuk menyertai Uyaina dan suami. Dia sempat menoleh ke arah Haider buat kali terakhir namun tersedar akan tenungan rawak yang diberikan Haider tersebut.

"Apa pandang-pandang?! Nak saya tolong jolokkan mata bagi nampak lagi perfect dengan perangai awak ke?"

Noh. Macam singa hutan. Terbutang mata-mata Eryna kepada Haider. Nampaklah geram di situ. Eryna kemudian hanya menoleh dan meninggalkan Haider ke belakang. Dia turut menghentak kaki untuk menunjuk bahawa dia sangat marah.

Namun tidak dijangka, kemarahan Eryna telah mengundang tawa pada Haider. Haider menunduk kepala ke bawah dan terkekeh. Setelah lama meratapi kecomelan tersebut, Haider mengangkat kepalanya semula. Dia tersenyum suam memandang Uyaina, Eryna dan Ikhwanul.

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

7.7K 216 44
Known as: Cinta Bukan Paksaan "Boleh jadi Allah ambil sesuatu yang istimewa dalam hidup kamu kerana Dia cemburu. Hamba-Nya sudah terlalu jauh." Start...
10K 935 62
"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semu...
162K 14.2K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
3.3K 143 10
[New version of Dr. Hayqal Ridzwan] Cinta itu ialah suatu perkara yang indah bagi sesetengah orang, tetapi cinta tidak boleh dipaksa. Dr. Hayqal Rid...