C | PINJAMAN

By dooniaaas_

9.7K 455 8

[Third book] "Kau adalah Pinjaman yang terindah," - Mampukah seorang penoreh getah memikat hati Uyaina Nasuha... More

PROLOG
Surat 'PINJAMAN'
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
SPECIAL CHAPTER
BAB 11
BAB 12
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31 [END]
EPILOG

BAB 13

241 15 1
By dooniaaas_

Jalan raya yang sunyi pada waktu malam itu digemakan oleh superbike yang dibonceng Ikhwanul dan Uyaina. Uyaina mengangkat kedua-dua tangannya ke atas dengan teruja. Melihat Uyaina yang gembira telah membuat Ikhwanul menyungingkan senyuman.

Mereka singgah di kedai serbaneka untuk membeli ais krim. Selepas sahaja membayar ais krim tersebut, mereka menuju ke Bukit Tinggi. Ikhwanul memakir motosikal itu di tepi pokok lalu membututi Uyaina daripada belakang.

"Terima kasih cinta~ Kita happy sangat hari ni,"

"Anything for my sayang~"

Mereka meletuskan tawa kemudian membuka plastik ais krim. Beberapa minit kemudian, mereka makan sambil merenung bintang-bintang yang bersinaran. Seketika Uyaina terhenti dan berfikir.

"Agak-agak bintang-bintang ni akan bersinar sama macam yang sekarang tak? Waktu saya dah tak ada nanti?"

Ikhwanul terhenti. Dia menoleh pada Uyaina yang masih tenang. Ikhwanul mengenggam batang ais krim. Hatinya tiba-tiba terasa sebak.

"Kenapa sayang cakap macam tu? Saya tak suka la soalan tu,"

"Tapi betul la kan Ikhwanul... Awak kena ingat, penyakit yang saya hadapi ni bukan penyakit biasa. Penyakit tu dah capai tahap paling teruk. Sampai masa Allah akan tarik juga nyawa saya..."

Ikhwanul menundukkan kepala. Dia tahu dan dia sedar itu. Ikhwanul sendiri tidak tahu dia mampu berdiri dengan kuat atau tidak bila waktu yang dimaksudkan Uyaina itu tiba. Uyaina menghelakan nafas berat lalu memegang tangan Ikhwanul sambil tersenyum.

"Saya tahu susah untuk awak dan saya menerima takdir tersebut tapi percayalah... perancangan Allah itu ada hikmahnya. Saya janji dan InsyaAllah, saya akan tunggu awak dalam syurga nanti. Awak doakan saya ya?"

Kepala Ikhwanul terangkat perlahan-lahan. Dia memandang isterinya yang telah merembeskan air mata ke pipi. Senyuman pada isterinya tetap manis terukir.

"Awak jangan la menangis..." bisik Ikhwanul perlahan

"Awak pun... jangan la sedih hrm? Awak kata awak kuat? Tolong kuat untuk kita Ikhwanul,"

Sakit. Sangat pedih. Namun kenyataan itu harus diakui. Ikhwanul menghela nafas berat dan akhirnya tersenyum tawar. Dia mengangguk perlahan-lahan membuatkan Uyaina turut tersenyum.

Ikhwanul terus menyeka air mata Uyaina menggunakan kedua-dua ibu jarinya. Tidak lama kemudian, dia melabuhkan satu kucupan pada dahi licin Uyaina. Mereka tersenyum sambil menatap satu sama lain.

"Sekarang ni, selagi nafas saya terhembus, saya nak kekal luangkan masa dengan awak. Selagi nyawa saya berdetik, saya nak kekal bersama awak. Happy Birthday, cinta."

Uyaina mengeluarkan satu gelang hitam kecil yang mempunyai huruf 'U'. Gelang hitam itu dihulurkan lalu dipakaikan kepada Ikhwanul. Ikhwanul terpaku. Dia masih tergamam akan apa yang sudah berlaku.

"Sa--sayang tahu? Mana sayang tahu?"

"Hihihi~ waktu kita balik kampung hari tu, Mak Ngah dengan akak Haidar yang bagitahu. Disebabkan waktu tak mencukupi, saya sediakan hadiah gelang custom ni je. Anyways~ Happy Birthday Ikhwanul Al-Fattah. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Terima kasih sebab jaga dan bahagiakan isteri awak ni tanpa jemu."

Ikhwanul akhirnya merembeskan air mata jantannya di hadapan Uyaina. Dia terus menarik Uyaina masuk ke dalam dakapan sasa. Dia memeluk isterinya dengan erat tanpa sedar dia turut tersedu-sedan.

"Terima kasih sayang. Terima kasih sangat-sangat,"

"Hahahaha iyeee~ dah la tak mo nangis!"

Ikhwanul ketawa sambil menangis. Dia tetap memeluk Uyaina dengan erat kerana dia merasakan saat itulah saat yang paling hangat. Beberapa minit kemudian, dia meleraikan pelukan serta memegang bahu Uyaina dengan tekad. Mereka mengunci pandangan antara satu sama lain.

"Saya janji akan bahagia kan awak,"

"Iyee Ikhwanul. Saya tahu~ saya percayakan awak. Awak dah buktikan lebih daripada itu,"

Ikhwanul tersenyum. Dia menilik gelang hitam yang dipakaikan kepadanya sebentar tadi.

"Lepas ibu meninggal, saya tak pernah sambut birthday lagi. Saya sibuk cari rezeki keluarga. Tapi sekarang~ impian yang lama saya kuburkan sudah menjadi kenyataan. Terima kasih sayang, hadiah ini sangat bermakna,"

Uyaina mengangguk faham. Dia merenung Ikhwanul yang masih terpaku dengan gelang hitam tersebut. Renungan Uyaina terganggu apabila Ikhwanul mengerling pada pergelangan tangan Uyaina.

"Oup! Sayang pun ada? Nak tengok!!"

Uyaina ketawa melihat Ikhwanul yang begitu teruja. Uyaina menyerahkan tangannya kepada Ikhwanul. Ikhwanul memegang tangan Uyaina sambil menilik gelang hitam yang dipakainya. Terdapat huruf 'I' pada gelang tersebut.

"Uyaina for Ikhwanul," sampuk Uyaina

"Dan Ikhwanul for Uyaina," sambung Ikhwanul

Mereka tersenyum manis antara satu sama lain. Pandangan dialihkan sekilas pada gelang kemudian dialihkan semula pada satu sama lain. Tanpa melengahkan masa, Ikhwanul menyambar bibirnya pada Uyaina.

-

Nasib Ikhwanul baik kerana terdapat sebuah kedai buku gabungan perpustakaan yang masih dibuka. Bermakna, selain membeli buku-buku yang terpapar, mereka juga boleh meminjam buku-buku tersebut jikalau bajet mereka tidak mencukupi.

Ketika mencari buku kegemaran, langkah Ikhwanul terhenti. Dia menoleh ke belakang, memandang Uyaina dengan bingung. Uyaina tidak bersuara selain menjongketkan sebelah kening ke atas.

"Bila difikirkan balik, kita tak pernah tahu benda-benda asas masing-masing kan? Birthday saya pun awak tahu daripada Mak Ngah dan Haidar. Ha itu pun pasal saya, pasal awak? Birthday awak bila?"

Tanpa henti. Dengan senafas sahaja. Dah macam rapper. Hahaha. Uyaina mengelipkan mata berkali-kali dan akhirnya ketawa. Ikhwanul tersengih hambar. Dia menggarukan kepala yang tidak gatal.

"Satu-satu Ikhwanul... Ya~ kita tak pernah borak benda-benda kecil macam tu. Tapi boleh je kalau awak nak start sekarang. Birthday saya bulan 24/9 nanti."

"Oh bulan depan? Tak lama dah la. Eh jap... 24?! So tarikh kita sama?"

"Hihihi iya~ Cumanya awak 24/8 saya 24/9,"

"Awww apa ke yang sweet sangat kita ni? Memang jodoh dari dulu rupanya!"

Uyaina ketawa lagi. Ikhwanul sangat comel orangnya. Ada sahaja idea daripada kepala. Walaupun aku agak tua daripadanya, tetapi lawak dia tak pernah membosankan aku. Aku boleh faham malah masuk dengan vibe seorang Ikhwanul.

"Awak suka apa selain daripada superbike? Nak bagi bunga tapi awak tak suka bunga,"

"Erm~ buku agama? Kan saya kata saya tengah belajar."

"Buku kita boleh beli sekarang. Maksud saya, benda-benda yang ekstrem. Contohnya awak suka emas ke..."

"Siapa je tak suka emas?"

"Oh emas la eh? Okay..."

Uyaina ketawa lalu menggelengkan kepala sambil mengawang tangan. Uyaina tersenyum dan lantas membelai kepala Ikhwanul. Polos juga Ikhwanul ni. Senang nak diusik.

Uyaina terdiam sejenak. Dia memikirkan akan hadiah apa yang dimahukan. Lama dia berfikir, pandangan nya terkunci pada satu buku. Dia mendekatkan diri pada buku tersebut. Ikhwanul pula membututi Uyaina daripada belakang.

"Saya nak pergi umrah... Boleh?" pandangannya kemudian teralih pada Ikhwanul.

Ikhwanul melirik pada buku yang diusap Uyaina. Buku tersebut yang bersinopsis keindahan tanah suci. Ikhwanul memandang Uyaina yang tersenyum tenang. Dia turut tersenyum dan mengangguk.

"Okay~ settle decide hadiah. Awak dah pilih buku yang awak nak?"

"Erm, teringin nak tengok bahagian fiksi. Jom?"

Ikhwanul menggapai beberapa buku agama yang dipilih Uyaina kemudian dimasukkan ke dalam troli. Uyaina tersenyum lebar lalu memegang erat tangan Ikhwanul. Mereka berangkat menuju ke sudut fiksi.

"Best juga sinopsis cerita-cerita Melayu ni~ Daripada dekat sini... mana satu pilihan awak?"

Uyaina menatap Ikhwanul yang masih menilik buku apa yang hendak dibeli. Ikhwanul terhenti lalu memandang ke arah Uyaina. Pandangannya kembali pada buku-buku yang tersusun elok. Dia tersenyum kemudian menggapai satu buku.

"Yang ini."

"Checkmate by Rehan Makhtar? Best ke cerita ni?"

"Best tapi agak sedih. Tapi buku ni juga banyak mengajar saya pasal takdir."

Uyaina melopongkan mulut. Dia mengangguk faham lalu merenung buku Checkmate tersebut. Uyaina terus membaca sinopsis buku tersebut. Bermacam-macam reaksi dilakar membuatkan Ikhwanul ketawa kecil.

"Macam jahat je Hanbali ni... Tapi nak tahu!"

"Beli lah. Nanti awak tahu kenapa Hanbali jadi macam tu."

Uyaina terdiam dan merenung buku tersebut kembali. Dia tersenyum kemudian meletakkan kembali pada tempat asal. Dia memandang Ikhwanul yang bingung.

"Tak nak lah. Apa kata awak sahaja yang cerita. Saya nak dengar~"

"Aw--awak nak dengar?"

Tergagap Ikhwanul. Dia tidak percaya. Sebelum ini tidak pernah orang sukarela untuk mendengar dia bercakap tentang buku. Kebanyakan daripada rakan-rakannya akan cepat bosan.

"Yaaaa nak dengar awak cerita. Jom kita duduk dekat situ. Awak cerita dari awal sampai akhir okay?"

Lama berpandangan antara satu sama lain dan akhirnya Ikhwanul tersenyum lebar. Mereka menuju pada meja berdekatan. Troli yang dipenuhi buku diletakkan di sebelah meja. Kusyen-kusyen yang tersedia dipeluk Uyaina.

Beberapa jam kemudian, mereka berhasil keluar daripada kedai tersebut memegang beberapa beg kertas. Birthday Ikhwanul berjalan dengan lancar. Hari itu, hari yang paling bahagia buat Ikhwanul dan Uyaina yang tercinta.

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

10.2K 942 63
"Aku nak kau percaya dengan aku. Aku akan pastikan air mata kau tak akan mengalir lagi dah. Di sebabkan orang dekat luar sana." Selamat Membaca semu...
87.4K 3K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "๐‡๐ข๐ฌ ๐ญ๐ž๐ž ๐ซ๐š๐ค" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...
4.4K 402 60
Lima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri...
579K 19.9K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...