C | PINJAMAN

By dooniaaas_

11.2K 492 8

[Book 3] "Kau adalah Pinjaman yang terindah," - Mampukah seorang penoreh getah memikat hati Uyaina Nasuha set... More

PROLOG
Surat 'PINJAMAN'
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31 [END]
EPILOG

SPECIAL CHAPTER

300 13 0
By dooniaaas_

Selepas sahaja aku menolak pelawaan 'cinta' seorang junior lelaki, aku terus membawa langkah menuju ke perpustakaan. Sejujurnya aku bukan lah seseorang yang minat membaca tetapi tujuan aku datang ke sini kerana suasananya. Tenang dan sepi.

Aku membuka telefon pintar ku. Kot-kot la ada mesej baru daripada papa. Tetapi seperti biasa. Seperti biasa, tiada langsung kata-kata daripadanya. Mesej yang aku hantar masih dibiarkan, tidak terjawab.

Me :
"Papa hari ni... papa tak free ke? Jom la pergi makan. Hari ni birthday Nas,"

Aku pun tak tahu apa yang sibuk sangat seorang Ahmad Zarhuddin. Nak kata kerja... selalu sahaja aku nampak dia di rumah. Namun walaupun serumah, kami jarang bertegur.

"Selepas mama meninggal... papa jadi lain. Papa dingin. Papa dah tak sayang Nas,"

Mata Uyaina tiba-tiba dibanjiri air mata. Tidak mahu menganggu orang lain, dia cuba memujuk dirinya perlahan-lahan.

"Nas sunyi bila papa menjauh. Nas tak ada siapa-siapa dah dekat dunia ni,"

Kenyataan yang perit untuk ditelan. Walaupun cantik bak bidadari, pandai bak puteri, sejujurnya dia sendiri tiada seseorang yang bergelar 'kawan'. Entah kenapa, semua pelajar perempuan yang menuntut ilmu di Universiti yang sama dengannya enggan menegur.

"Muka aku kerek sangat ke? Aku rasa aku senyum je dengan semua orang,"

Memuncung bibirnya. Hairan mengapa hanya Eryna sahaja yang berani mendekat. Itupun atas alasan lain mungkin? Aku tak nampak dia seperti ikhlas berkawan. Aku sering direndahkan bila bersama kelompok nya. Aku juga sering diketepikan.

Me :
"Mana? jom sambut birthday aku berdua hari ni nak? rindu kau la hahaha,"

Eryna Qaisara :
"Erm sorry Nas. Tapi mak aku suruh aku balik rumah terus lepas habis je kelas. Sorry sangat-sangat. Lain kali ya?"

Penipu. Cakap je la kau tak nak keluar dengan aku kan? Hahaha. Kepala Uyaina menoleh pada luar tingkap yang tersedia pada perpustakaan tersebut. Kelihatan Eryna dan kelompoknya rancak bergembira menuju ke mall berhampiran. Uyaina tersenyum tawar.

"Semua nikmat bahagia Nas dah ditarik balik semenjak mama pergi."

Senyuman tawar itu ditemani air mata yang perlahan-lahan dirembeskan ke pipi. Tangan kanannya meraba-raba rantai yang dipakai dengan lembut.

"Kalau diberi pilihan... Nas nak ikut mama..."

Uyaina rebah, mencangkung. Dia menangis tanpa mengeluarkan suara yang kuat. Tersedu-sedan dia merindui akan ibunya, Puan Wardah.

"Nas rindu mama sangat-sangat... "

Sementara itu, Ikhwanul dan dua orang rakannya sedang tergamam dalam melihat sekeliling perpustakaan. Haider yang sudah tersenyum lebar memandang ke arah Kevin.

"Terima kasih do~ Tak sia-sia ada kawan 'bandar' macam kau!" ujar Haider teruja

"Hahahaha tak de hal~ Dah, tadi siapa nak cari buku rujukan untuk subjek sejarah dan perniagaan?"

Ikhwanul terus mengangkat tangannya. Mereka semua angguk dan berpecah mengikut sudut. Tak terkejut jika Ikhwanul begitu fasih dalam selok-belok perpustakaan ini kerana Ikhsanul, abang sulungnya sering juga membawanya dan Rahman berkunjung ke sini.

"Abang Ikhsan buat dia punya Assignment selalunya dekat sini~"

"Oooo patutlah~ faham!!" jawab Kevin dan Haider serentak

Ikhwanul tersenyum. Mereka kembali berpisah kerana Ikhwanul ingin mencari buku yang pernah dia sorok. Buku tersebut ialah tentang cara menjadi penulis. Tidak boleh dinafikan, Ikhwanul sedar, dia agak berminat dengan dunia seni.

"Walaupun perniagaan ialah subjek sampingan yang didaftar bagi peperiksaan SPM ahahaha,"

Geli hatinya apabila teringat akan dilema yang pernah dia hadapi tahun lepas sewaktu dia tingkatan empat. Waktu itu, dia sendiri tidak tahu akan minat dan passion. Jadi, dia buat keputusan untuk mendaftar subjek perniagaan sebagai subjek sampingan yang bakal diduduki olehnya lagi beberapa bulan.

"Benda dah jadi, enjoy je la~"

Ikhwanul telah jumpa buku yang disorok. Dia bercadang untuk mencari Kevin dan Haider semula namun langkahnya terhenti apabila dia mendengar bunyi esakan. Dia menoleh ke belakang serta sekeliling.

Tidak mahu berlanjutan, Uyaina akhirnya bangun lalu menyeka air matanya pantas. Dia menarik nafas lalu menghembus lembut. Baru sahaja mahu ke hadapan namun terhenti apabila satu suara yang tidak dikenali memanggil. Dia menoleh kebelakang dan terkejut.

Badannya mula tidak stabil dan akan terlentang ke belakang namun dia bernasib baik. Kedua-dua tangannya berjaya disambut seorang pelajar lelaki sekolah menengah yang berdiri di hadapannya. Terbutang luas mata masing-masing memandang antara satu sama lain.

"Betul ke dia ni budak sekolah? Kenapa muka matured... Tinggi...Ya Allah handsomenya... wangi pula tu," bisik hatinya perlahan

"Cantik betul mata akak ni. Comel pula tu orangnya. Ya Allah cantiknya..." bisik pula hati Ikhwanul

Setelah beberapa minit, Uyaina tersedar. Dia mengelipkan matanya lalu menepis kedua-dua tangan Ikhwanul secara kasar sehingga tidak sedar diri sendiri telah mencabutkan rantai yang dipakai. Uyaina berdehem janggal.

"Terima kasih. Akak pergi dulu."

Tidak sempat ditahan, Uyaina telah hilang daripada bayangan. Ikhwanul memuncungkan bibir dan mahu beredar. Namun matanya tiba-tiba terkunci pada rantai yang tercicir. Dia menggapai rantai tersebut lalu menilik lama. Dia mengangkat kepala, melihat pada arah Uyaina pergi.

"Ini mesti akak cantik tadi punya. Haih, melepas~"

Ikhwanul menyelup rantai tersebut masuk ke dalam poket. Dia menghelakan nafas dan termenung. Akak tadi macam seumuran dengan abang Ikhsan. Kiranya tak ada lah jauh sangat jarak umur kami, 3 tahun je.

And one more thing that I've realized... she look quite sad.... dissapointed and depressed. Mata dia sembab seperti baru lepas menangis. Agaknya... apa yang dilaluinya? Tidak pernah aku kisah akan hidup orang ataupun wanita sampai macam ni tapi kenapa sekarang... hati aku berbisik sebegini?

Kenapa aku mahu tahu dengan lebih lanjut akan wanita tadi? Boleh ke aku jumpa wanita itu lagi. Banyak soalan aku yang hanya dia sahaja boleh menjawab.

"Astraghfirullah... aku nak kena bagi tahu ayah ni. Haider dan sekeluarga pun kena tahu. At least mereka boleh bagi jawapan dan nasihat yang tepat kan?"

"Ikhwanul Al-Fattah! Mana kau ha?" jerit Haider

Ikhwanul menoleh ke arah suara yang dijerit. Dia tersenyum lalu melambaikan tangan pada kedua-dua susuk rakan baiknya. Kevin dan Haider kemudian memanggil Ikhwanul agar datang ke mari. Mereka sudah harus balik.

"Fi Hifzillah," ujarnya sambil merenung pada arah yang diambil Uyaina sebentar tadi. Dia turut tersenyum.

.
.

Kuasa Tuhan. Dengan izin Tuhan, kini kita dipertemukan semula. Mungkin bukan dalam situasi yang baik tapi syukur. Mengenali dan memiliki Uyaina ialah Pinjaman terindah yang pernah Tuhan turunkan.

Ikhwanul tersenyum malu di luar pintu Haidar. Dia turut memeluk tubuhnya dan mendengar setiap perbualan Uyaina dan Haidar. Betul, kami ni comel juga rupanya~ Terkekeh Ikhwanul seorang membuatkan Haider mencuit bingung. Terkejut dibuatnya.

"Haaa buat apa tu!"

"Ishh shhhh. Jangan kecoh,"

"Inilah generasi zaman sekarang, angau sangat dengan cinta sampai lupa kawan. Hiks Hikss,"

"Alololo baby Haider jealous ya? Jangan la jealous, nanti i cari masa untuk you okay? Sekarang i kena priority my cutie wife dulu. Nanti dah settle, I bawa you keluar warung malam ni."

Bersinar mata Haider. Tiba-tiba badannya menjadi lembut dan terselah 'kepondanan' yang lama disorokkan selama ini. Dia menyisir rambut tepi telinga walaupun tiada la panjang mana bila ditengok balik.

"Betul ni you belanja? Janji eh? Kalau you tak janji, i dah tak nak kawan dengan you. Hmph!"

"Iye baby Haider ku~ Sekarang you pergi solat maghrib dan mandi dulu. Kita ni daripada sawah... lupa?"

"Hehehe okay sayang ku~ I masuk dulu ya? Byeee muahhh sayang Ikhwanul!"

Ikhwanul tergelak perlahan, tidak mahu Haidar dan Uyaina sedar akan keberadaan mereka. Kaki kanannya kemudian membuat posisi seperti mahu menyepak punggung Haider. Haider turut ketawa lalu menjelir lidah. Jejaka itu masuk ke dalam bilik lalu membersihkan diri. Ikhwanul tersenyum suam sambil menggelengkan kepala. Dia mengerling semula pada Haidar dan Uyaina.

"Hahaha okay lah. Akak lapar ni, jom makan nak? Akak dengar tadi umi masakkan lauk kegemaran akak! Ikan singgang. Pastu ditambah pula dengan sambal belacan fuhhh Nas kena rasa! Kalau tak rugi la~"

Mendengar Haidar berkata sedemikian membuatkan Ikhwanul mula berangkat ke bilik. Senyuman manis daripada bibirnya tidak lekang semenjak dia tahu akan sejarah antaranya dan Uyaina bertahun lalu.

-Tamat Special Chapter-

Continue Reading

You'll Also Like

107K 9.4K 21
Kim Ah Reum, a girl with heart disease falls in love with a guy she meets in the hospital. Yang Jungwon, a sweet and caring person. But she doesn't w...
979K 29.5K 71
Sarcasm, a term which here means the use of irony to mock or convey a message, is a defining feature of The Umbrella Academy, shaping the dynamics an...
1.4M 51.5K 67
Kirishima sends Midoriya to study with Bakugou in place of the rest of the Bakusquad, who received detention. However, his little scheme works a bit...
1.5M 41.9K 200
Entirely cut off from Earth, the United States finds itself in a scientific impossibility: the entire country, including the continental landmass and...