C | PINJAMAN

By dooniaaas_

9.6K 454 8

[Third book] "Kau adalah Pinjaman yang terindah," - Mampukah seorang penoreh getah memikat hati Uyaina Nasuha... More

PROLOG
Surat 'PINJAMAN'
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
SPECIAL CHAPTER
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31 [END]
EPILOG

BAB 8

261 12 0
By dooniaaas_

Jam menunjukkan sudah pukul 2 petang. Setelah mendapat tidur yang mencukupi, Uyaina bangun dan membawa diri untuk mencari Ikhwanul. Uyaina melihat sekeliling rumah dan akhirnya terhenti apabila tersedar Ikhwanul khusyuk membuka banyak 'parcel'.

"Awak buat apa tu Ikhwanul?"

Ikhwanul menoleh pada Uyaina dan tersenyum. Dia memanggil Uyaina agar mendekat. Uyaina dengan polos menuju ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung ke atas sofa.

"Macam mana tidur? Okay? Lapar tak?"

"Alhamdulillah. Itulah tidur paling puas saya penah rasa. Erm... tak ada lah lapar sangat sebenarnya,"

Ikhwanul mengangguk. Dia sambung untuk mengeluarkan beberapa baju daripada plastik 'parcel'. Uyaina menggaru dahinya yang tidak gatal.

"Banyak nya, siapa punya semua ni?"

"Awak lah sayang~"

Uyaina mengangguk namun terhenti. Dia membutangkan mata lalu memandang Ikhwanul dengan terkejut. Ikhwanul tersenyum lalu menyambung untuk mengeluarkan segala baju yang dibeli.

"Ba--banyak nya! Seingat saya, saya beli satu je baju dekat online. Tapi ini banyak sangat! Siapa punya duit?! Awak ke?!"

"Ha ah. Alah tak apa, saya belanja."

"Ya Allah Ikhwan. Kenapa awak membazir ni! Duit tu awak boleh simpan buat belanja la!"

Ikhwanul terhenti lalu mengeluh. Dia memandang Uyaina yang masih melopong. Ikhwanul tersenyum.

"Apa salahnya kalau saya nak belanja? Lagipun awak jangan risau~ Semua barang yang saya beli ni, semua berfaedah. Meh sini tengok,"

Uyaina terdiam serta mengetap bibirnya. Dia perlahan-lahan mendekati Ikhwanul. Setelah duduk di sebelah suaminya, Ikhwanul menghulurkan semua baju yang disusun serta dikumpul. Uyaina menggapai dengan ragu-ragu namun berhasil menggenggam erat.

"Buka lah~"

Uyaina merenung Ikhwanul tulus. Dia menghelakan nafas berat dan cuba membuka plastik baju tersebut. Dia terkejut kerana terdapat pelbagai jenis abaya, tudung, stokin serta handsock yang dibeli. Uyaina memandang Ikhwanul yang tersenyum manis.

"Lepas ni kalau kita keluar, awak pakai baju-baju ni sahaja. Baju-baju lama boleh nak pakai, tapi dalam rumah je okay?"

"Ikhwanul... "

Ikhwanul menyekat kata-kata Uyaina dengan memakaikan selendang putih padanya. Ikhwanul mengelus pipi gebu Uyaina lembut. Tanpa sedar masing-masing telah mengumpulkan air mata.

"Terima kasih sebab awak sudi nak belajar menutup demi kita. So sebagai penyokong, anggaplah hadiah saya ni sebagai titik mula. Fighting kesayangan Wan!"

Uyaina memuncung bibir, sedih. Dia terus memeluk Ikhwanul dengan erat. Akhirnya gadis itu menangis dalam dakapan jejaka sasa tersebut. Perlahan-lahan dan lembut sahaja Ikhwanul cuba memujuk Uyaina.

"Terima kasih Ikhwanul. Terima kasih sangat-sangat!"

"Sama-sama sayang. Dah la, tak mo nangis. Nanti dah tak comel~"

Uyaina akhirnya ketawa. Dia mengangguk comel lalu sambung memeluk Ikhwanul erat. Ikhwanul turut membalas pelukan tersebut dengan lembut. Kedua-dua daripada mereka mengukir senyuman yang manis.

-

Uyaina yang sedang makan terhenti apabila dia mengerling pada Ikhwanul yang dari tadi tidak lekang daripada memerhatikan dirinya. Uyaina berdahak membuatkan Ikhwanul menghulurkan air.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?"

"Sebab awak cantik."

Tiba-tiba rasa bahang pula dekat muka. Uyaina menundukkan muka, memandang makanan yang dimakan dengan segan. Ikhwanul tergelak kecil. Seronoknya mengusik isteri. Ikhwanul kemudian menarik nafas lantas menghela lembut. Uyaina mengangkat sebelah kening, bingung.

"Kenapa ni Ikhwan? Ada masalah ke?"

"Erm? Tak adalah~ saje... "

Tingkah laku Ikhwanul telah menimbulkan tanda tanya pada pemikiran Uyaina. Dia sambung makan namun pandangannya masih fokus terhadap suaminya.

"Iye-iye je awak ni. Cepatlah... kalau ada masalah, saya boleh dengar."

Ikhwanul menoleh pada Uyaina. Merenung isterinya dengan sangat lama membuatkan Uyaina gugup. Jari-jemari yang terhentak-hentak di atas meja tiba-tiba terhenti. Ikhwanul tiba-tiba mengangguk tekad.

"So...?"

"Saya dah tahu."

"Tahu? Tahu apa?"

Ikhwanul terdiam lagi. Kali ini kesabaran Uyaina telah mencapai limit. Uyaina mengerutkan muka serta meletakkan sudu ke bawah. Dia memeluk tubuh nya sendiri.

"Ishh apa sebenarnya yang awak nak sampaikan ni? Awak betul-betul ada masalah? Ikhwan kalau ada masalah bagi je tahu--"

"Jom balik kampung?"

Uyaina membutangkan mata, badannya mengeras. Balik kampung?! Adakah ini masanya untuk aku berjumpa dengan pelbagai lagi jenis keluarga nya? Aku kena bergaul lagi la ni? Alamak!! Tak Nakkkk!!

....
....
....
....

Kereta porche diparkir tepat di hadapan rumah kayu. Apabila muncul sahaja susuk lelaki sasa keluar daripada perut kereta, seorang budak lelaki berumur 10 tahun terus menjerit memanggil ahli keluarga yang lain dengan teruja.

"Mak Ngah!! Pak Ngah!! Semuaa!! Abang Wan dah sampai!"

"Apa? Ikhwanul dah sampai? MasyaAllah!"

"Abanggg Wannnnn!"

Seorang gadis kecil berumur 5 tahun berlari ke arah Ikhwanul. Ikhwanul terus membuka dakapannya lalu memeluk gadis itu erat. Dia mendukung gadis kecil itu lalu menayangkan senyuman yang lebar.

"Alhamdulillah~ Datang juga Wan dekat rumah Pak Ngah. Wan macam mana? Sihat?"

Sapaan daripada Pak Ngah membuatkan Ikhwanul lega. Ikhwanul menangguk kepala serta menayangkan lesung pipit.

"Alhamdulillah, syukur Pak Ngah. Berkat juga doa Pak Ngah hehehe. Wan okay je, sihat."

Mak Ngah memeluk lengan Pak Ngah lalu tersenyum.

"Amboi-amboi! Borak sakan sampai lupa yang belakang ni ya?"

Mereka menoleh pada seorang jejaka yang kelihatan sama umur dengan Ikhwanul. Ya, dia lah anak bongsu Pak Ngah dan Mak Ngah. Dia...

"Uik! Haider! Kau ada? Bila balik!"

Ikhwanul meletakkan gadis kecil itu ke bawah dan lantas bersalaman serta berlaga bahu dengan salah satu rakan sekolahnya. Haider turut membalas dengan mesra.

"Baru-baru je Wan. Aku pun bukannya cuti lama. Banyak benda nak kena settle dalam kem tentera tu."

Haider Arziq. Dia lah rakan sekolah ku yang paling terbaik aku pernah jumpa. Disebabkan minatnya terhadap udara meninggi, dia melanjutkan pelajaran dalam subjek pertahanan. Kini, dia rasmi bergelar seorang tentera udara diraja Malaysia.

Aku? Jikalau rezeki tu meluas, aku sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Namun, aku kena sara keluarga. Aku kena tolong abang Ikhsan untuk mencari rezeki. Lalu, aku bertekad untuk berkerja di bawah arahan Pak Ngah. Menjadi seorang penoreh getah. Alhamdulillah, walaupun tak seberapa tetapi aku gembira.

"Ha ini, kau seorang je ke? Mana bini? Tahu la bini cantik tapi tak payah la kedekut sangat sampai tak nak tunjuk dekat public,"

Ikhwanul ketawa. Dia mengangguk faham. Dia kemudian menoleh ke belakang. Dia menghulurkan tangan agar Uyaina mendekat. Dia tahu, Uyaina masih lagi segan dan tidak selesa akan orang sekeliling.

"Mak Ngah, Pak Ngah, Haider, kenalkan.... Inilah isteri Wan. Isteri yang sah, Uyaina Nasuha."

Uyaina tersenyum kelat namun tetap menyalam Mak Ngah walaupun ragu-ragu. Mereka semua tersenyum lebar dan teruja. Tidak sempat Mak Ngah bersuara, tiba-tiba seorang gadis menyapa.

"Wahhhh cantiknya bini kau ni Wan!! Yeayyy akhirnya akak ada kawan~"

Gadis yang berumur agak tua daripada Ikhwanul dan Haider itu terus memeluk Uyaina tanpa amaran. Namun Uyaina sendiri hairan, pelukan daripada gadis itu sejujurnya buat dirinya nyaman. Uyaina membalas pelukan tersebut dengan lembut.

"Ha semua dah ada ni, jom la masuk! Kita borak kat dalam."

"Baik!" balas Haider dan Ikhwanul serentak.

Mereka semua masuk ke dalam dengan teruja. Namun Uyaina masih terkaku dan Ikhwanul sedar itu. Ikhwanul tersenyum suam dan menghulurkan tangan sekali lagi. Uyaina mengangkat kepala serta menatap bola mata Ikhwanul lama.

"Don't worry. Saya ada dekat sini, sayang."

Berkaca mata Uyaina apabila mendengar pujukan tersebut. Uyaina tersenyum lalu menangguk faham. Dia menggapai tangan Ikhwanul dan akhirnya masuk ke dalam rumah.

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

12.6K 648 38
Harraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda...
78.7K 6.9K 61
Mystery | Romance π€π²π«πš 𝐗 π…πšπ«π‘πšπ§ "I Accepted Her" β€’β€’β€’ AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang dengan kekeliruan masa silam. Satu demi s...
1.8K 86 32
pertemuan yang tidak diduga dapatkah qis menawan hati jejaka pilihannya? cinta monyet menjadi cinta selamanya adakah mr.mm dapat menerimanya? "hens...
3.3K 143 10
[New version of Dr. Hayqal Ridzwan] Cinta itu ialah suatu perkara yang indah bagi sesetengah orang, tetapi cinta tidak boleh dipaksa. Dr. Hayqal Rid...