C | PINJAMAN

By dooniaaas_

9.6K 454 8

[Third book] "Kau adalah Pinjaman yang terindah," - Mampukah seorang penoreh getah memikat hati Uyaina Nasuha... More

PROLOG
Surat 'PINJAMAN'
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
SPECIAL CHAPTER
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31 [END]
EPILOG

BAB 5

342 13 0
By dooniaaas_

Matanya membulat memandang ke arah suaminya yang sudah mengenyit mata. Juruwang yang menyaksikan 'kemanisan' tersebut berdahak secara tiba-tiba. Juruwang lantas meminta maaf dan langsung memasukkan semua barangan dapur ke dalam plastik.

Melihat Ikhwanul yang masih angau dengan kecantikannya membuatkan dirinya mula segan. Lantas juga dia menolak dada sasa Ikhwanul lalu keluar daripada situ secepat mungkin. Ikhwanul tergelak kecil dan hanya menghulurkan kad debit kepada Juruwang untuk membayar.

Setelah selesai, Ikhwanul terus bergegas ke arah Uyaina yang sedang berpura-pura bermain telefon. Uyaina tidak sedar bahawa Ikhwanul tahu yang sebenarnya dia diperhatikan sejak tadi.

"Settle barang dapur. Now nak pergi mana?"

"Entah. Awak yang kata nak lepak. Kalau tak ada idea kita balik je la. Jimat minyak,"

Ikhwanul memuncung sambil mengangguk. Uyaina ni memang dry ke? Haih tak apa. Aku takkan mengalah. Ikhwanul terus mengangkat barang-barang dapur kemudian menuju ke bonet kereta. Uyaina membututi suaminya daripada belakang.

"Apa kata kita pergi pantai? Tengok sunset nak tak?"

Uyaina mengeluarkan telefon pintarnya untuk melihat jam. Dia mengangkat sebelah kening.

"Sekarang dah pukul 6. Asar dah nak habis. Saya ni memanglah tak cukup kain tapi nak tinggalkan 5 waktu tu tak sampai hati lagi eh,"

Ikhwanul terus meletuskan ketawa. Dia memegang perutnya yang senak menahan ketawa. Gelagat Ikhwanul membuatkan Uyaina tiba-tiba malu dan kemerahan. Uyain mengetap bibir sambil mengerut muka.

"Kenapa awak gelak! Saya tahu la saya hin--"

Jari telunjuk diletakkan pada bibir munggil Uyaina membuatkan gadis itu terkejut. Wajah Ikhwanul yang ketawa tiba-tiba menjadi serious. Kening Ikhwanul terangkat sebelah.

"Awak tak pernah hina Nur Uyaina Nasuha. Awak ialah wanita paling sempurna,"

"Habis tu kenapa awak ketawa?!"

Tangan Uyaina terus menepis tangan dan jari telunjuk Ikhwanul yang menyentuh bibirnya. Ikhwanul mendiamkan diri sambil tersenyum.

"Mestilah saya akan singgah masjid atau surau berdekatan sebelum ke pantai. Apa awak ingat saya ni period ke sampai nak fikir berseronok je,"

Eh... Ya tak ya.... Uyaina mula berasa segan. Dia menundukkan kepala serta menghela nafas berat. Ikhwanul menggelengkan kepala serta tersenyum suam.

"Sampai macam tu sekali tanggapan awak pada saya. Jahat sangat ya saya di mata awak? Tak apa saya faham,"

Uyaina mula berasa bersalah. Dia mengangkat kepala dan memandang wajah Ikhwanul yang mula mengendur. Ikhwanul tersenyum tawar.

"Sampai macam tu sekali awak tak nak keluar dengan saya... Tak apa. Saya faham juga Uyaina... "

"Ikhwan--"

"Tak apa. Sekarang kita nak kena gerak. Terlepas pula asar hahaha."

Ikhwanul melepasi Uyaina untuk menuju pada tempat pemandu. Agaknya kali ini... suami ku Ikhwanul betul-betul terasa akan perbuatan dan layanan ku terhadapnya. Mengapa aku tebak begini? Aku tebak begini kerana sebelumnya Ikhwanul akan membukakan pintu kepada ku. Kali ini, dia hanya membiarkan aku buka sendiri...

"Awak termenung apa lagi tu? Jom. Kita dah lambat ni,"

Uyaina cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Dia memasang tali pinggang sambil mengerling pada Ikhwanul. Ya, dia pasti sedih dengan aku. Sebelum ni juga... dia selalu renung aku tapi kali ini dia tidak mengendahkan kehadiran aku.

"Saya minta maaf Ikhwan... " bisik hati Uyaina sambil menundukkan kepalanya sayu.

Selesai sahaja solat pada masjid berhampiran, Uyaina terus menunggu Ikhwanul di pintu hadapan. Setiap minit, setiap saat Uyaina menjenguk keadaan suaminya. Uyaina memuncung kerana hampir 10 minit, suaminya masih tidak keluar.

"Dia buat apa lama sangat ni? Kata nak tengok sunset.... "

Uyaina menyepak batu-batu kecil sementara menunggu Ikhwanul keluar. Entah ke berapa kali dia toleh ke belakang tetapi masih tidak nampak bayang Ikhwanul Al-Fattah. Dia mula risau dan ingin masuk ke dalam. Namun sekali dia menoleh, dia terhenti mengejut. Tersentuh hatinya apabila dia lihat Ikhwanul sedang memimpin seorang kanak-kanak lelaki.

"Terima kasih uncle sebab tolong Arash cari duit yang mommy bagi~ Sorry tau menyusahkan uncle,"

"Takkk pun! Sama-sama. Lain kali jaga elok-elok okay? Kirim salam semua, assalamualaikum"

"Waalaikumussalam!"

Budak lelaki tersebut terus berlari ke arah basikal berhampiran. Budak lelaki tersebut membonceng basikal dan beredar. Ikhwanul tersenyum lalu terhenti memandang Uyaina yang terkaku.

"Sorry sayang. Awak tunggu kita lama ya?"

Uyaina mengelipkan mata lalu menoleh pada arah lain. Dia menggelengkan kepala sambil menggosok lengan baju sendiri.

"Tadi kita nak keluar tapi tengok budak tadi tergopoh-gapah cari sesuatu. Kita decide la nak tolong itu yang lambat sikit,"

"Em... okay"

Uyaina masih kekal menjawab semua soalan dan jawapan Ikhwanul dengan dingin. Ikhwanul tetap tersenyum, dia menarik lengan Uyaina agar rapat ke dadanya. Uyaina membutangkan mata serta terkaku.

"Ik--ikhwan... sini public,"

"Ya... kita tahu. Tapi kita tak puas dengan jawapan awak. Dengan setiap jawapan awak,"

Mata kuyu dek menggoda itu telah menggugat iman Uyaina. Uyaina menelan air liur walaupun dia sedar wajah merahnya tidak tersorok lagi. Dia kemudian memberanikan diri bertanya.

"T--tak puas? Apa maksud awak?"

Ikhwanul tidak menjawab dan hanya merenung iris berwarna coklat milik Uyaina. Uyaina pula hanya mencerminkan perbuatan Ikhwanul. Tiada apa yang boleh dibuat selain berpandangan antara satu sama lain. Wajah Ikhwanul tiba-tiba merapat membuatkan Uyaina terkedu.

"Ikh--ikhwan--"

"Awak marah saya ke Nasuha?"

Marah? Sepatutnya soalan itu aku tuju pada kau. Kau marah aku kan Ikhwan? Semestinya... setelah apa usaha kau terhadap aku namun aku sia-sia kan tanpa perasaan... tentunya kau marah pada aku kan Ikhwan? Aku terima dan bersyukur jikalau satu hari nanti kau benci aku Ikhwan.

Namun aku tahu... kau takkan berbuat sedemikian kepada aku. Kau terlalu baik untuk menyakitkan semua orang tidak kira lah orang itu aku atau pun tidak. Jejaka yang sudah bergelar suami ku ini memang lain daripada yang lain dan itu buat aku kecewa. Kecewa dengan diri sendiri.

"Sa--sayang?! Kenapa menangis ni?"

Uyaina mengabaikan soalan tersebut dan hanya merembeskan air mata tanpa berbunyi suara. Pandangan matanya tidak lekang daripada Ikhwanul membuatkan Ikhwanul semakin resah. Kedua-dua bahu Uyaina digenggam lembut.

"Saya minta maaf ya? Saya minta maaf sebab tinggal awak lama dekat sini. Saya minta maaf sebab sakitkan awak. Saya janji takkan buat lagi. Saya--"

"Tak adil!"

Ikhwanul terkaku dan bingung. Dia hanya memandang Uyaina yang sedang menarik nafas serta menenangkan diri. Uyaina tersenyum tawar lalu memegang pipi kiri Ikhwanul sehingga membuat Ikhwanul terkejut.

"Tak adil jika saya sahaja yang membenci, marah kalau awak buat salah. Tapi kalau saya buat salah awak tetap tunjukkan yang awak sayang pada saya. Awak tetap tunjukkan yang awak cintakan saya!"

Ikhwanul tercengang lalu mendiamkan diri. Uyaina menatap Ikhwanul sayu lalu menghela nafas lembut. Air matanya kembali mengalir perlahan-lahan.

"Saya dah sakitkan awak Ikhwanul. Saya tak yakin semua akan berjalan lancar. Tolong benci saya. Jangan sakitkan hati awak dengan mengemis cinta dan kasih sayang saya... Saya tak sempurna. Saya ada kisah silam yang hitam. Saya benci lelaki awak pun tahu itu."

Tersedu-sedan Uyaina menjelaskan segala yang terpendam di dalam hati. Perlahan-lahan dia melepaskan diri daripada sentuhan Ikhwanul lalu dia menerkup mukanya sendiri. Melihat Uyaina sakit turut membuat dirinya sakit. Tangan Ikhwanul digenggam erat, giginya diketap sehingga bergerak-gerak rahangnya.

"Tolong benci saya Ikhwanul.... saya merayu. Awak terlalu baik untuk saya. Saya kecewa. Kecewa sebab tak setanding dengan awak tetapi tetap menjadi isteri kepada awak. Saya minta maaf... saya tak sangat tak berguna... "

Teresak-esak. Uyaina tidak kisah lagi akan orang sekeliling dan hanya menangis sambil menerkup wajahnya. Dia sungguh malu dengan diri sendiri. Dia rasa sangat bersalah terhadap Ikhwanul. Dia tahu dia layak terima balasan bukannya dikurniakan pinjaman yang terindah.

"Awak isteri saya.... "

Uyaina terhenti lalu menatap Ikhwanul. Ikhwanul tersenyum dan lantas menyeka air mata isterinya menggunakan kedua-dua ibu jari. Kedua-dua tangannya kemudian dilabuhkan pada bahu Uyaina. Dia mengenggam bahu kecil itu dengan lembut.

"Jom? Kita sambung dekat pantai?"

Uyaina merenung Ikhwanul lama. Ikhwanul kemudian menarik tangan isterinya dan membawa Uyaina masuk ke dalam kereta. Uyaina agak terkejut namun akur dengan perintah. Dia tidak berkata apa dan hanya menemani Ikhwanul di sebelah.

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

12.6K 648 38
Harraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda...
576K 19.8K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
8.4K 165 71
๐“’๐“ฑ๐“ช๐“น๐“ฝ๐“ฎ๐“ป -his pov ๐•ฎ๐–๐–†๐–•๐–™๐–Š๐–— -her pov Tengku Rafael, lelaki yang akan berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali. Berkahwin secara paksa...
1.7K 104 30
FIRST STORY AFINA ARISSA-seorang budak yang berumur 18 tahun dia seorang yang pandai berdikari sejak kecil lagi akan tetapi dia selalu menjadi mangsa...