ZAR

By tihatti

262K 17.2K 2.3K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41

BAB 21

5.6K 381 76
By tihatti

Buat kesekian kalinya Aku tilik penampilan Aku di cermin. Simple berpakain mini dress berwarna soft blue, dengan corak bunga-bunga kecil.

Namun Aku rasakan ada yang tidak kena, rambut diikat gaya messy ponytail, haih sudah hampir setengah jam Aku berdiri di hadapan cermin ini. Zafran juga bakal tiba tidak lama lagi.

“Tak nice la Adwa” Gumamku sendirian.

Aku buka kembali pintu almari baju, diselak satu persatu helain baju namun semuanya tidak kena dengan mood Aku hari ini. Kebanyakan baju yang Aku ada semuanya jenis short dress, jarang sekali Aku membeli pakaian yang lebih bertutup.

Betapa jauhnya Aku dengan tuhanku, hinggakan tiada secebis rasa malu menghinap di hati apabila Aku gayakan pakaian haram ini.

Terlalu jauh Adwa Naila.

Dicari lagi hingga mata Aku tertacap pada satu helain baju, baju yang pernah dihadiakan oleh Dahlia kepadaku. Abaya. Abaya yang berwarna dark maroon berserta shawl yang berwarna sama. Tanpa berfikir panjang, Aku ambil abaya itu. Digosok ala kadar lalu disarungkan pada tubuh badan. Aku tilik penampilan Aku kembali.

Cantik. Ayu. Dua perkataan yang terlintas di akal fikiran.

Tangan Aku mengagau shawl yang disertakan sekali dengan abaya ini, diambil lalu diletakkan ala kadar di atas kepala.

“Tapi lebih cantik macam ini”

Itu ayat yang pernah dituturkan oleh Zar sewaktu dia meletakkan shawl di kepalaku tempoh hari. Aku senyum manis. Kali ini hati terasa lebih selesa dan berpuas hati dengan pakain yang Aku kenakan. Dia sesungguhnya sahabat yang terlalu baik buat diriku.

“Tapi takkan nak pakai macam ini je?”

Dilihat shawl di atas kepala yang diletak secara ala kadar. Tangan mula membuka telefon pintar, carian mengenai style hijab terkini Aku buka. Berkerut-kerut kening dibuatnya.

Susah!

Semuanya style yang susah digayakan. Aku bukanya perempuan yang selalu mengenakan hijab, kalau iya pun hanya beberapa kali sahaja, Aku scroll lagi hingga mata Aku tertacap pada satu style tudung, simple dan mudah.

Tangan mula membelit mengikut panduan yang diberi, jarum peniti pula Aku rembat daripada bilik mama.
Hampir sepuluh minit Aku mencuba dan akhirnya setelah Aku berpuas hati, Aku lirikkan senyuman.

Aku berdiri di hadapan cermin sekali lagi, terasa sesuatu di hati. Satu perasaan yang tidak mampu digambarkan melalui kata-kata.

Ini kalau Zafran nampak, apa agaknya reaksi dirinya ya? Tidak sabar rasanya ingin berjumpa dengan dia hari ini. Sedang Aku memuji diri sendiri, telefon bimbit di atas meja berbunyi menandakan adanya panggilan masuk.

“ Drrrr”

Panggilan telefon daripada Zafran segera Aku jawab dengan hati yang berbunga riang.

“ Hello sayang” Jawabku dengan nada yang terlebih girang.

“Hello dear, Zaf dah sampai ni, Zaf tunggu dekat bawah yaa, pakai yang simple-simple je tau, nanti susah pula nak fitting baju”

“Alright, kejap Adwa turun ok?”

Panggilan daripda Zafran Aku putuskan. Sekali lagi Aku betulkan shawl, dilabuhkan sedikit menutupi dada. Aku gapai handbag di atas meja solek. Dimasukkan segala barang yang Aku rasa perlu Aku bawa. Sebelum sempat Aku melangkah keluar dari bilik ini, mata secara tidak sengaja terlihat akan pemberian hadiah daripada Zar Uzair sempena majlis pertunangan Aku.

Satu set handsock muslimah lengkap.
Alang- alang handsock pemberian darinya kena dengan baju abaya Aku hari ini, kenapa Aku tidak pakai sahaja?

Diambil salah satu handsock itu lalu Aku sarungkan pada lengan.

Hari ini, entah bagaimana terlintas di akal fikiran Aku hendak memakai satu pakain muslimah yang lengkap. Ini kalau Mama tahu ataupun Along lihat, mahu sujud syukur mereka berdua.

Hendak berubah tuu senang, hat susah ni istiqomah

Aku ingat, itu yang dijawab oleh Zar apabila Aku bertanyakan kepadanya sesuatu.

Laju langkah kaki dibawa menuju ke bawah. Aku sarungkan high heel yang Aku selalu kenakan, high heel yang pernah dibaling oleh Zar dahulu. Nasib sahaja dia ambil kembali lalu dicuci bersih dan dipulangkan semula. Dibuka pintu lalu Aku lihat kereta Zafran sudah siap menunggu di halaman rumah.

Tanpa banyak songeh Aku menuju ke arahnya, pintu kereta dibuka lalu Aku labuhkan punggung di seat sebelahnya.

Dia yang tadi ralit melihat ipad di tangan terhenti, dipandang ke arahku dengan riak wajah yang pelik. Tangan kanan miliknya dibawa lalu diletakkan di dahi Aku.

“Hi sayang” Sapaku ceria. Handbag Aku letakkan pada sisi kanan Aku dan mata Zafran tidak henti-henti menilik Aku dari atas hingga bawah. Serupa Aku ini alien gamaknya.

“Sayang demam ke?’ Soalnya.

Aku kerutkan dahi, apa wajahku sekarang ini terlihat seperti sakit kah? Rasanya tidak. Lipstick merah pekat juga Aku siap oleskan pada bibir.

“Tak” Jawabku sepatah, dan dia masih lagi dengan riak hairanya.

“Well, I mean sayang nampak lain hari ini, siap bertudung bagai sebab tu Zaf tanya”

Dia ketawa, kepalanya menggeleng perlahan. Tangan diletakkan pada stereng kereta dan bebola matanya mulai fokus pada pemanduan menuju ke destinasi kami.

“Adwa nampak pelik ke Zaf?”

Soalku padanya. Iyalah ini kali pertama Aku bertudung litup seperti ini, siap dengan handsock pula itu. Sebelum ini mana pernah Adwa Naila berpakain sebergini.

Selalunya Aku akan mengenakan dress pendek paras lutut, itu pakain harian Aku malah setiap kali Aku keluar dengan dirinya, ada kalanya dress sendat menjadi pilihan hati.

Kerana Aku sudah terbiasa. Namun entah mengapa hari ini terdetik di hati Aku ingin berpakain sebergini.

“Cepatlah jawab Zaf, Adwa nampak pelik ke pakai macam ni?” Gesa ku lagi.

Rasa yakin yang Aku rasakan dari tadi mula goyah. Ditambah pula dengan reaksi dirinya yang acuh tak acuh, lagi menambahkan rasa tidak senang ku.

“ Nak Zaf jujur ke?”

“ Iya cepatlah Zaf” Aku pegang lenganya, wajah cemberut Aku tayangkan.

“Sayang nampak macam makcik-makcik nak pergi kenduri or marhaban”

Terus masam mencuka wajah Aku, ditampar perlahan lengan kirinya. Pandangan kembali terhala pada lembuh raya di hadapan. Benci!. Kalau hendak jujur sekalipun, janganlah jujur sampai tahap begitu, menyakitkan hati tahu tak.

“ Adwa suruh Zaf jujur right?”

Dia usap perlahan kepalaku. Aku biarkan, masih melayan rasa di hati. Apa buruk sangat ke pernampilan Aku sekarang ini? Abaya labuh satin berwarna maroon, selendang juga berwarna sama. Bukankah gadis-gadis zaman sekarang banyak berpakain seperti ini? Apa yang peliknya?

“ You know, Zaf kenal sayang semenjak zaman sekolah lagi, freehair dari dulu so bila sayang tiba-tiba pakai tudung, baju labuh siap handsock bagai, mungkin bagi Zaf nampak pelik tapi untuk orang lain I don't know, so jangan lah ambik hati sangat”

Dia cubit pipi Aku perlahan, lalu bibir itu menyambung kata-kata lagi,

“ Plus kalau kesayangan Zafran ni merajuk, susah Zaf nanti nak pujuk lainlah kalau...”

Dia cium tangan Aku sekilas lalu.

"Kita ini dah halal hmm?”

Cepat-cepat Aku menarik kembali tangan Aku, terasa tidak selesa menusuk ke segenap tubuh. Ahh Aku ini sudah kenapa? Sebelum ini ada hal yang lebih jauh lagi Aku pernah lakukan denganya. Namun untuk hari ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan Aku.

Bermula daripada baju yang Aku pakai, hingga adengan dia mencium, mencubit dan mengelus kepalaku semuanya Aku rasakan tidak selesa.

Kalau laki-laki yang baik, dia takkan sentuh perempuan dia sesuka hati”

Entah ke berapa kali ayat yang pernah dituturkan Zar bermain di kotak fikiran. Lemas. Sesak. Semuanya rasa serba tidak kena hari ini. Demi tuhan, apa yang sudah berlaku dengan Aku hari ini.

“ Sayang ok?” Soalanya mematikan khayalanku. Aku pandang ke arah Zafran. Dia pasang riak wajah risau.

“ Kalau sayang tak ok, kita boleh batalkan appointment fitting baju hari ini, Zaf boleh tunda ke hari lain”

“ No” Aku cantas ayatnya. Tunda?. Huh bukan main susah lagi Aku mencari butik pengantin ternama di Selangor ini, dan dia boleh pula sesuka hati untuk menunda. Kalau dia tidak sibuk dua puluh empat jam tidak mengapa, ini tidak. Bukan main payah lagi Aku mencari tarikh yang sesuai dimana Zafran punya jadual yang tidak padat, seiiring dengan butik ini juga. Mereka punya berpuluh, ataupun beratus pelanggan yang harus dilayan dalam sehari.

“Adwa ok, Zaf jangan risau alright”
Aku sentuh hujung bajunya dan Aku ukirkan senyuman manis.

“ I'm fine, I swear”

Cik, saya rasa design yang ini ok, dengan saiz dan tubuh badan Cik, ditambah pula Cik ada kulit yang putih, fair skin saya suggestkan ambil yang ini”

Aku teliti design baju pengantin yang ditunjukkan. Berwarna putih suci, atas pada bahagian dada terdedah namun ditutupi dengan lace berwarna putih salju. Mermaid style.

Otak mula berfungsi laju, bajunya sudah cantik namun tidakkah ini terlalu terdedah? Bukankah hendak membina masjid itu satu ibadah? Dan kalau Aku memakai pakain sebergini adakah majlis perkahwinan Aku akan dirahmati?

“ I think design ni sesuai dengan sayang”

Aku mengerling sekilas wajah Zafran, tampak dia berpuas hati dengan design baju yang ditunjukkan. Namun lain pula Aku rasakan, baju itu...terlihat sangat tidak sopan.

“Excuse me miss, ada tak design yang lagi simple?”

“Ada miss, kejap ya saya cari. Hmm rasanya our designer ada provide a new design, haa ini dia”

Aku selak satu persatu helain buku katalog ini, dan akhirnya mata Aku terpaku pada satu design baju yang Aku rasakan simple namun manis pada mata yang memandang. Ianya baju kurung pahang berwarna putih, jenis fabrik adalah satin. Hujung lengan dihiasi dengan batu-batu kecil bercorak bunga dan pada bahagian bawah pula dilapisi fabrik yang tidak sarat coraknya. Aku senyum simpul. Ini yang Aku mahukan.

“I ambil yang ini”

Zafran pegang perlahan tanganku, dia menatap seketika pilihan baju yang Aku pilih. Berkerut dahinya.

“ Are you sure sayang?”

“Yes, apa yang peliknya Zaf? Adwa rasa baju tu lebih better, lebih sopan, and plus dia akan sertakan sekali white veil and shawl” Balasku terhadap soalanya.

“Design yang awal lagi better sayang...yang ini...”

Mati seketika ayat itu, halkumnya bergerak-gerak. Anak matanya juga.
Redupan mata itu berubah rentak menjadi satu pandangan tersirat yang Aku tidak mengerti.

“ Nampak...kolot, I'm so sorry sebab cakap macam ini, lagipun majlis kita nanti ramai kenalan papa akan datang, and Adwa tahu mereka semua itu macam mana, Zaf taknak sayang jadi topik bualan mereka, lagipun baju yang Adwa pilih tu simple sangat sayang’

Tuturnya selembut yang boleh.
Aku pandang tepat pada matanya, jadi dia memilih pakain yang lebih mencolok mata berbanding baju yang sopan? Aku ketap bibir perlahan dan Zafran masih lagi statik dengan riak wajah yang lembut itu.

“Kita yang nak kahwin atau uncle and aunty tu Zaf?”

“ Saya..”

“ Kita kan, jadinya Adwa boleh pakai apa yang Adwa nak. Titik. Fullstop. Takkan sebab baju pun kita nak gaduh? Lagipun that's is my weeding, Adwa tahu apa yang terbaik buat Adwa dan Zaf, kalau pakai macam itu boleh buatkan Adwa nampak hodoh ke?”

Dia raih tanganku lembut, Aku tahu adanya mata-mata yang memandang ke arah kami kerana suara Aku yang agak lantang, namun peduli apa Aku?. Ini majlis Aku dan Aku tahu apa yang cantik pada tubuh badan dan apa yang menyebabkan Aku merasa selesa.

“Alright sayang...alright anything untuk Adwa kesayangan Zaf”

GAMA, did you copy?”

“ We copy”

Zar mengangguk kepala, faham akan arahan ketuanya. Isyarat tangan diangkat lalu diberikan pada setiap ahli kumpulanya. Masing-masing menyusup masuk di sebalik orang ramai yang sedang berhimpun menunggu tembakan bunga api. Tepat pukul dua belas malam, di tengah-tengah kota Kuala Lumpur mereka sedang menjalankan misi. Masing-masing berpakain seperti biasa, namun di sebalik jaket terselit pistol yang disarungkan kemas.

“ OCEAN, gave me update”

Zar meliarkan mata dan setelah beberapa ketika, pandangan nya terhenti pada seseorang yang sedang berdiri di tengah-tengah kerumunan orang ramai.

“ Target found, arah jam dua belas” balasnya perlahan, namun mata masih tajam menikam akan lelaki itu. Diliar pandangan atas dan bawah pada penampilan lelaki asing ini.

“ Target tak sedar dengan kehadiran Aku. Aku akan try approach dia, and Ustaz please cover Aku”

“ Copy ocean”

Zar mengangguk tanda berpuas hati, earbug yang diletakkan di telinga cuba disembunyikan menggunakan topi hitam yang dipakai. Diselit badanya melepasi orang ramai. Sesaat sebelum dirinya mengapai belakang badan lelaki itu...

“ Hello, we are tourist, can you help us? Did you know this location?”

Dirinya secara tiba-tiba ditegur oleh dua pelancong asing menyebabkan fokusnya terganggu. Diketap bibir perlahan, dengan tergesa-gesa dia membalas.

“ Sorry, I don't know”

Sebaik sahaja pandangan dibawa ke arah hadapan, lelaki yang dikatakan suspek tadi sudah menghilang. Berbakul-bakul carutan terlepas dari bibirnya.

“Dia dah hilang” Gumamnya perlahan.

Namun tidak lama apabila dia perasan adanya satu kelibat lelaki yang berdiri tidak jauh dari kerumunan orang ramai itu sedang melihatnya dengan pandangan yang cuak. Lekas kakinya dibawa deras menuju ke lelaki itu namun lelaki itu terlebih dahulu berlari menyelusuri lorong gelap di sebalik bangunan tinggi itu.

“Ustaz, Dika, Suspek sedang berlari dalam lorong Tun Hussein, Aku tengah kejar dia sekarang, Hempa dua standby dekat hujung sana!”

"We copy!’

Dipacu langkah nya lebih laju, tangan dengan lincah mengambil pistol di sebalik jaket hitam yang dipakai, lalu dia halakan pada lelaki yang sedang berlari deras itu.

“ Berhenti, sebelum Aku tembak!’

Herdiknya kuat, namun hampa lelaki itu langsung tidak berhenti malah tangan itu laju menolak tong sampah di tepi lorong gelap itu sehingga ianya terjatuh pada jalan tar ini dengan harapan mampu melambatkan pergerakan Zar Uzair.

Zar menghindari dengan mudah, huh. Hendak bermain tarik tali dengan nya? Ini Zar Uzair lah, bekas atlet lumba lari terbaik peringkat negeri Pulai Pinang.

Pistol masih tetap dihalakan namun tidak dilepaskan tembakan. Ini misi yang dilakukan di tempat awam. Atasan mereka juga sudah berpesan supaya hindarkan sebarang aktiviti yang mampu membuatkan orang awam merasa cemas. Lagipun mereka perlukan lelaki itu secara hidup-hidup kerana ianya adalah satu-satunya petunjuk bagi kes Macau Drugs. Kes yang sudah berbulan-bulan mereka cuba selesaikan.

Di hujung lorong itu, lelaki itu pantas menyusup masuk ke lorong kecil sebelah kiri. Ahh sudah seperti permainan pagar sesat. Zar berhenti melangkah, di hujung lorong itu hanya tembok yang tinggi, mana mungkin lelaki itu berlari menembusi dinding konkrit itu. Padahal dia tidak silap tengok, laki-laki itu memang masuk ke arah ini.

“ Ocean” Arthar dan Endika yang baru sahaja sampai di situ juga termangu, Zar cuba menghirup nafas setelah penat berlari.

‘ Dia pergi mana?” Arthar bertanya, jaket kulit yang dipakai dibuka lalu dilempar ke tepi. Ahh tidak kuasa dirinya hendak memakai jaket kulit itu, cukup bulletproof jacket yang dikenakan di tubuhnya mampu melindungi dirinya.

“ Dia pergi belah kiri, Arthar hang masuk belah kiri, Aku dan Dika akan pergi belah kanan, apa-apa yang terjadi dekat hang Qaid akan cover”

Masing-masing mengangguk faham sebelum mereka berpisah arah. Zar dan Endika laju berlari menuju ke lorong kecil sebelah kanan, masing-masing melangkah deras. Hingga kaki mereka berhenti apabila terjumpa rumah kedai usang di hujung lorong. Bau colok menusuk ke dalam hidung.

“ Tuan?”

Zar mengangguk faham, pistol dibawa ke arah sisi sebagai langkah berjaga-jaga.

“Hang pakai bulletproof jacket dak?”

Bisiknya perlahan, namun ekor mata masih tidak lepas memandang ke segenap rumah kedai ini, takut-takut serkiranya ada serangan hendap.

“ Pakai tuan”

“ Aku lead, hang cover dari belakang”

Perlahan-lahan mereka menapak masuk ke dalam rumah kedai lama itu, bunyi engsel pintu karat menandakan rumah ini sudah lama tidak berpenghuni, ditambah pula debu merata-rata. Patung dewa-dewa agama lain yang jatuh di merata-rata tempat juga semakin menyakinkan mereka berdua bahawa rumah ini memang tidak berpenghuni.

Takkan kumpulan Macau Drugs akan melakukan kegiatan haram di tempat seperti ini?

Continue Reading

You'll Also Like

276K 10.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
490K 28.5K 57
Sebuah kisah cinta karya Sabrina Marrose. Yara Ameena Syed Attar Mula: 8/9/2023
2.4K 124 19
Najuwa Farhana, seorang tentera laut diraja Malaysia yang berpangkat leftenan komando. Fateh El Mukmin, seorang lecturer yang mengajar dalam bidang s...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...