KEJAR | Faiq Amzar

By aksara_arlee

60 10 51

"Kejarlah ia selagi kau bernyawa" ... Kenapa Allah biarkan Faiq macam ni? Allah tak sayang Faiq ke? - Faiq Am... More

PROLOG
BAB 2
BAB 3

BAB 1

23 3 34
By aksara_arlee

"Dari prestasi peperiksaan pertengahan tahun, keputusan Faiq agak merundum berbanding sebelum ni yang amat cemerlang."

"Kenapa keputusan anak saya boleh jadi macam ni ya, puan?" soal wanita 30an itu pada guru kelas yang berada di hadapannya. Dahi wanita itu berkerut ketika melihat keputusan anak bujangnya.

"Jika dari segi sesi dalam kelas dan kerja sekolah, Faiq bagus saja. Tiada masalah pembelajaran dan tidak pernah tak siapkan kerja sekolah. Cuma yang saya dapati ketika minggu peperiksaan tempoh hari, Faiq tak berapa sihat. Mungkin itu yang menjejaskan fokusnya ketika menjawab soalan," Cikgu Adeelah yang merangkap guru kelas Faiq Amzar menerangkan setiap satu.

"Hmm... baiklah, cikgu. Terima kasih, ya." Senyuman dilakar seraya bersalaman dengan Cikgu Adeelah. Kemudiannya dia berlalu pergi sambil memegang sehelai kertas putih yang tertulis padanya keputusan anaknya, Faiq.

Faiq yang sedari tadi berada di sisi wanita itu turut mengekori dari belakang sambil bahu sudah menyandang beg untuk pulang bersama. Debaran hatinya tak kunjung lega apabila melihat reaksi yang ditakutinya sudah terpampang.

Setiap langkah diselangi kekacauan di fikiran. Semua kemungkinan yang akan terjadi terjenguk di minda. Hampir kelam penglihatannya ketika berjalan akibat menunduk sepanjang perjalanan.

Gedebuk!

"Arghhh!" Wanita yang berbaju kurung moden itu terkejut mendengar jeritan itu lantas memandang ke belakang.

"Kau ni jalan tengok guna mata atau lutut?" Membara jiwanya melihat kanak-kanak itu tidak berhati-hati ketika berjalan.

Faiq cuba untuk bangun. Dia terjatuh ke dalam longkang kecil dan lututnya terseret pada jalan tar. Seluar sekolah hampir terkoyak akibat geseran. Lututnya terasa ngeri. Wanita itu cuma melihat tanpa ada belas kasihan untuk membantu. Terjengkit-jengkit kanak-kanak berusia 10 tahun itu untuk berjalan.

"Hidup kau kalau tak pernah menyusahkan aku, tak boleh ke?" Jelingan tajam menikam itu dilemparkan pada Faiq yang memandangnya dengan gaya meminta simpati.

Wanita itu meneruskan langkah menuju ke kereta tanpa menghiraukan Faiq yang masih menahan kecederaan di lutut.

Setiba di muka pintu kereta, Faiq membuka pintu lalu masuk. Kedinginan kereta itu mengurangkan sedikit kesakitannya. Namun ketakutannya masih tidak lega. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, dia menunduk tidak berani untuk memandang wanita yang sedang memandu itu.

Setelah 10 minit di atas jalan, kini kenderaan yang dipandu oleh wanita tersebut masuk ke dalam pekarangan rumah yang gah itu.

"Kalau aku bagi keputusan ni dekat bapak kau pun, dia apa kisah." Wanita itu keluar lalu beredar masuk ke pintu rumah.

Faiq terjengkit-jengkit berjalan masuk ke dalam rumah sambil memikul beg sekolah yang beratnya ibarat membawa batu-bata.

Dia berjalan menuju ke ruang dapur mencari seseorang untuk mengadu kesakitan. Setiba di ruang dapur masak, kelihatan susuk wanita berusia 50an sedang menyediakan makan tengah hari untuk seisi rumah ini. Wajah kanak-kanak itu terlakar lebar hingga sakit di lutut hilang. Dia melangkah menuju ke wanita itu.

"Mak!"

"Allahu Akbar!" Terkejut wanita tua itu apabila disergah dari belakang. Mujur tangannya tidak laju mengetuk kepala kecil itu dengan senduk yang sedang digunakan.

"Faiq! Mujur mak tak ketuk kamu dengan senduk ni tahu." Wanita itu mengusap kepala Faiq dengan tangan kirinya sedang sebelah lagi tangan memegang senduk.

"Maaf, mak. Saja usik mak. Hehehe..." Faiq membuat wajah bak kerang busuk. Tersengih-sengih pula budak bertuah ni!

"Faiq lapar ke, sayang?" Soal wanita yang dipanggil mak oleh Faiq.

Faiq mengangguk laju sambil tekak menelan air liur apabila hidungnya terhidu bau makanan yang amat enak sekali. Kari ayam!

"Mak masak kari ayam kegemaran Faiq. Pergi bersihkan diri lepas tu kita makan ye," arah wanita itu sambil membasuh barangan yang telah digunakan untuk masak tadi.

"Baik, mak!" Faiq melangkah menuju ke bilik untuk membersihkan diri.

Tiba-tiba Faiq tersedar sesuatu, "Mak, lutut Faiq luka tadi."

"Ha? Luka kenapa?" Terkejut wanita tersebut apabila Faiq mengkhabarkan begitu. Dia lekas membasuh tangan kemudian menuju ke Faiq untuk memeriksa tubuh kanak-kanak itu.

"Tadi jatuh longkang dekat sekolah," balas Faiq sambil jari telunjuknya bergerak ke arah lutut yang terluka.

Wanita itu mengucapkan syukur kerana tidak terlalu teruk luka yang dialami Faiq. Kelihatan luka kecil mungkin kerana seluar Faiq yang terkoyak tidak dapat melindungi kulit itu.

"Faiq pergi mandi dulu. Lepas siap nanti mak sapukan ubat gamat, ya," bicara wanita itu sambil mengusap kepala Faiq. Kanak-kanak itu mengangguk akur lalu pergi ke bilik untuk membersihkan diri.

***

"Assalamu'alaikum." Kedengaran suara garau mengucapkan salam di ruang tamu rumah sambil pintu utama terkuak luas. Faiq yang sedari tadi sudah berada di ruang tamu sambil menonton televisyen bangkit lalu melangkah mendapatkan susuk tubuh yang baru sahaja masuk tadi.

"Papa!" Faiq berlari menuju ke arah lelaki itu apabila melihat figura yang dirindui sudah pulang. Sudah tiga hari bapanya tidak pulang kerana urusan kerja.

"Hai, anak papa!" Tubuh kecil di hadapannya didakap erat. Cuma ini sahajalah penenang jiwa dan pembakar semangat yang dia ada. Jika tak kerana kanak-kanak ini, sudah pasti dia tinggalkan seisi rumah ini.

Berat ujiannya di dunia ini. Namun dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Wajah suci itu dia tatap dalam. Kacak juga anak dia ni. Ikut papa dia lah yang pastinya.

"Papa, Faiq dapat nombor dua dalam kelas." Lamunan tadi dipecahkan dengan bicara Faiq. Namun terpampang wajah sedih pada air muka anaknya itu. Kedua-dua belah tangannya mengusap sisi muka Faiq.

"Kenapa Faiq sedih? Papa bangga dengan keputusan Faiq. Sabtu ni papa belanja apa-apa yang Faiq nak semperna keputusan Faiq ni, ye?" Lelaki itu cuba untuk memujuk. Dia yakin, pasti kanak-kanak ini berduka kerana tajamnya lidah sang ibu yang tak punya hati perut itu.

"Faiq tak nak apa-apa. Faiq cuma nak mama gembira dengan keputusan Faiq ni saja."

Lelaki itu terdiam. Bisu tanpa kata. Tidak tahu bagaimana mahu membalas. Kepala anak bujangnya diusap lembut. Ditarik tubuh kecil itu ke dada lalu pelukkan dihadiahkan.

"Tak apa, Faiq. Nanti mama okey lah tu. Dia cuma nak Faiq berjaya. Peperiksaan seterusnya nanti buat yang terbaik, ye?" Dipujuk kanak-kanak yang berada dalam pelukkan hangatnya. Terasa dadanya basah. Ditarik wajah kecil itu lalu ditatap.

"Jangan menangis, Faiq. Kita lelaki, perlu kuat!" Dia tak henti-henti memujuk Faiq sambil tangan kanan diangkat seperti aksi orang kuat. Semakin lama, tangisan Faiq beransur sambil bibir terukir senyuman melihat lelaki di hadapannya.

"Papa, Faiq nak basikal boleh tak? Bosan lah asyik duduk dalam rumah," pinta Faiq dengar muka seposennya. Lelaki itu tergelak lalu mengangguk.

"Insha Allah, Sabtu ni kita beli basikal untuk Faiq." Terukir kegembiraan pada hatinya. Walaupun penat bekerja beberapa hari berturut-turut, namun kerana adanya Faiq dia masih bersyukur kerana ada anugerah yang terindah ini.

"Yeah!" jerit Faiq dengan girang.

***

Encik Firdaus melangkah masuk bilik kamarnya. Kelihatan sang isteri sedang berdandan. Yang pasti bukan berhias untuknya tetapi untuk keluar rumah atas urusan kerja.

"Saya dengar awak nak belikan Faiq basikal. Buat apa membazir belikan budak tu basikal?" Belum sempat Encik Firdaus membuka bicara bertanya khabar, sudah disiat pula dengan soalan yang menyakitkan. Apa salahnya dia berikan hadiah buat anak mereka?

"Tak, yang awak sekarang ni kenapa sembur minyak wangi kuat sangat ni? Saya dah banyak kali tegurkan supaya jangan pakai benda tu bila nak keluar rumah," cantas lelaki itu. Amarahnya makin tidak terkawal apabila wanita di hadapannya masih berdegil tidak mahu mendengar tegurannya.

"Excuse me. Encik Firdaus, saya tanya soalan lain, awak konar soalan lain pula." Riak wajah wanita itu makin membengis. Dia pantang apabila orang tidak menjawab soalannya tapi lari pada soalan lain pula.

"Okey, fine. Saya jawab soalan awak. Itu hak saya lah nak kasi hadiah untuk Faiq. Dia anak saya. Anak kita!" Naik oktaf suara Encik Firdaus namun dikawalnya dari terjadi sesuatu di luar kawalan.

Tangan wanita itu dihentak pada meja solek."Dia bukan anak aku. Dah lama aku tak mengaku dia anak aku."

"Amirah! Kenapa awak sanggup kata macam tu pada anak kandung awak sendiri?" Kesabaran Encik Firdaus hampir paras meletus. Dia cuba untuk redakan kemarahannya dengan melabuhkan punggung pada tilam katil yang empuk itu.

"Sudahlah. Saya malas nak bergaduh dengan awak. Saya kena jumpa client kejap lagi." Puan Amirah terus membelit tudung selendangnya yang berwarna coklat cair itu.

"Saya dah jawab soalan awak. Giliran awak jawab soalan saya tadi," Encik Firdaus mencelah sambil memandang ke arah isterinya yang sedang bersiap untuk keluar bekerja.

Kedengaran dengusan berterbangan ke atmosfera. "Suka hati saya lah nak pakai perfume tu. Apa lagi Ustaz Firdaus nak tazkirahkan saya? Bersyukurlah saya masih pakai baju tutup aurat tak macam perempuan lain yang seksi dedah sana sini," Puan Amirah membalas jawapan suaminya. Beg dicapai lalu melangkah keluar bilik.

"Tapi Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasalam dah warning wanita yang pakai wangian kemudian lalu depan lelaki umpama penzina," Encik Firdaus cuba berusaha untuk mengingatkan Puan Amirah.

Pintu bilik dikuak oleh Puan Amirah kemudian berlalu pergi meninggalkan suaminya yang masih berlabuh di atas katil.

Keluh Encik Firdaus. Rambutnya diramas kuat lalu tubuh mendarat ke tilam. Mata dikatup sambil fikirannya melayang memikirkan masalah.

***

Luluh hati Faiq apabila mendengar perbualan kedua ibu bapanya di dalam bilik sana. Air mata jatuh terus ke lantai. Dia berlalu pergi ke biliknya bersama tangisan air mata.

Tsk... tskk... Tangan mengesat air mata yang jatuh. Semakin laju titisan yang keluar dari mata.

"Kenapa mama benci dekat Faiq?" Degus di sudut hatinya yang terdalam.

Continue Reading

You'll Also Like

114K 5.2K 41
Gaga Ginandar Alexandra dan Raya Anindya Syarief. Cerita ini adalah cerita yang bisa membuat kamu iri dan menginginkan memiliki relationship seperti...
7.2K 280 19
Najuwa Farhana, seorang tentera laut diraja Malaysia yang berpangkat leftenan komando. Fateh El Mukmin, seorang lecturer yang mengajar dalam bidang s...
3.4K 342 7
πŸ’žSONG JIHYO X IDOL GRUP
80.6K 249 15
Transgender woman x bisexual girl