Mr.Mafia Milik Ashi

By Izzleverty

11.7K 723 141

Raeez Darrian Alexandra.Jejaka berdarah England itu cukup menarik perhatian ramai dengan rupa parasnya dan ha... More

MMMA 1
MMMA 2
MMMA 3
MMMA 4
MMMA 5
MMMA 6
MMMA 7
MMMA 8
MMMA 9
MMMA 10
MMMA 11
MMMA 12
MMMA 13
MMMA 14
MMMA 15
MMMA 16
MMMA 17
MMMA 18
MMMA 19
MMMA 20
MMMA 21
MMMA 22
MMMA 23
MMMA 24
MMMA 25
MMMA 26
MMMA 27
MMMA 28
MMMA 29
MMMA 30
MMMA 31
MMMA 32
MMMA 33
Special Chapter

MMMA 34(Last chapter)

165 5 13
By Izzleverty

Penyapu disandarkan pada dinding rumah. Aku berpeluk tubuh sambil tersenyum memandang suasana di luar rumah.

Papa mengajak Raeez untuk masuk ke kandang haiwan peliharaannya. Hobi baru papa, bela kambing, angsa dan ayam.

Dari jauh sudah dengar keriuhan mereka. Adamson Yi juga turut menyertai. Hampir lupa aku ada abang, sebab jarang sangat berjumpa.

Velerie muncul disebelah ku. Memandang ke arah yang sama.

"Aku bersyukur Adam dan Raeez dah berbaik semula." Dia bersuara.

Aku angguk mengiyakan kata katanya.

"Vel, kau bila nak kahwin? Kau dengan Adam tak ada plan ke macam mana? Ni, adik korang yang langkah bendul apa cerita?" Aku tersengih mengejek.

Velerie jeling aku. "Sibuk, malas lah nak fikir pasal tu."

Tak lama, dia berlalu pergi. Aku ketawa kecil. Pantang sungguh orang bertanya bab kahwin.

Raeez melangkah ke arah rumah. Tubuhku didekati.

"Jangan dekat! Bau kambing, angsa semua ada dekat awak. Saya baru mandi je ni." Laju aku memberi amaran.

Raeez angkat sebelah kening. "Look like i care.."

Bahuku dipautnya. Aku pasrah saja, sia sia beri amaran. Bukannya dia dengar pun.

"Kawan kawan aku nak datang sini. Kejap lagi diorang sampai." Beritahunya. Aku pula menjegil mata.

"Kenapa tak cakap awal awal? Kejap lagi diorang sampai baru sekarang awak bagitahu saya?"

"Relax la.. aku dah bagitahu ibu. Papa pun dah tahu. Aku taknak kau buat kerja berat berat dekat dapur. Lagipun baru semalam kau balik dari mission kan? Aku nak kau rehat, sebab tu aku bagitahu sekarang. Kalau bagitahu awal, confirm kau dah terpacak dekat dapur." Bebelnya sambil bermain dengan telingaku.

"Saya okay aje la nak buat kerja dekat dapur. Bukannya susah pun. Vel ada boleh tolong sekali."

"Tak payah.. sekarang ni..kau ikut aku. Papa suruh bagi makan angsa."

Aku geleng kepala laju. "Taknak, angsa papa suka kejar orang."

Aku tahan kaki daripada bergerak tatkala Raeez sudah bertindak menarik tanganku.

"Dia tak kejar kau. Dia baik..jangan risau. Jom!"

"Mana awak tahu dia baik?! Saya taknak!" Terlambat, tubuhku sudah terdorong membuntutinya secara paksa.

Raeez buka pagar yang menempati angsa-angsa papa. Lalu pagar dikunci kembali agar angsa tidak keluar. Bekas berisi makanan untuk angsa dihulur.

"Letak dekat tempat makanan dia." Arahnya ringkas. Aku geleng kepala. Mata memerhati haiwan haiwan yang sedang berjalan itu. Tak sanggup aku nak redah.

"Awak aje lah buat. Kenapa saya pulak?" Melawan.

"Papa mengadu anak dia langsung tak sokong hobi baru dia. Sekarang ni, biar aku ajar anak dia." Bibir itu tersenyum miring dan sinis. Ada lah tu nak kenakan aku.

Tak tunggu lama, tubuhku ditolak ke depan. Automatik kaki melangkah dan berhenti. Bunyi angsa juga semakin kuat.

"Letak dalam bekas makan dia." Laung Raeez. Sempat ketawa kecil.

Terketar ketar tangan memeluk bekas makanan. Kaki perlahan lahan melangkah lebih ke depan.

Bingit telinga dengan bunyi angsa. Tak sempat nak menunduk letak makanan, aku panggung kepala memandang seekor angsa yang sudah mengibas kepaknya. Kaki pendek itu bergerak laju ke arahku.

"Arghhhh!!!!" Kaki aku juga laju berlari. Bekas tadi sudah dilempar entah ke mana.

"Jangan lari kalau angsa kejar. Nanti makin dia kejar kau!"

Aku kisah apa. Yang penting selamatkan diri dulu. Tubuh Raeez dituju dengan langkah kaki yang laju. Agak terbatas kerana aku berlanggar dengan angsa lain.

Huru hara keadaan di situ. Raeez kejam! Bukannya nak tolong selamatkan, makin dia lari jauh dari aku ada lah!

"Bukak lah pagar ni!!" Jeritku tidak menyabar.

"Kejap la, berkunci" Dia tenang, sambil bibir masih galak ketawakan aku.

"Siapa suruh awak kunci?! Tutup aje tak boleh ke? Bukannya angsa ni ada jari nak bukak pagar!" Marahku geram. Raeez memang sengaja. Seluar di bahagian lututku sudah kotor, gara gara terjatuh tadi. Nak tunggu Raeez sambut? Mimpi sajalah, jatuh juga aku atas tanah tadi.

"Astaghfirullahalazim, apa dah jadi ni?" Papa bercekak pinggang. Muncul dengan rumput panjang di tangan.

Papa tenung bajuku yang sudah kotor. Aku gigit bibir. "Raeez ni papa! Sengaja biar angsa kejar Ashi. Jatuh pun tak sambut. Tak ada hati perut langsung"

Papa geleng kepala. "Alah..Raeez nak bermanja sikit pun tak boleh. Biasa lah tu mengusik..kamu tu jangan emo sangat. Dia cari yang lain baru tahu!"

Bukannya nak menyebelahi aku, malah keluar pula bebelan papa. Huh, menantu kesayangan...anak sendiri mana nak ingat dah.

"Raeez, nanti bagi kambing makan rumput ni pula. Papa letak dalam bekas tepi kandang. Rumput semua ada dalam tu."

Raeez angguk akur. Setelah papa melangkah pergi, ketawanya terhambur lagi. Aku jeling meluat.

"Buat kerja kat dapur tak seberat bagi makan angsa. Kalau saya tahu, saya tak ikut awak."

"Tak payah buat muka, sebijik angsa. Kejap lagi ikut aku ke kandang kambing pula."

Geleng laju. "Taknak!"

Terus aku berlari masuk ke dalam rumah. Sipi sipi aku dengar tawa Raeez. Dasar! Tidur luar dalam kandang baru tahu.

----------------------------

Riuh rendah kawasan air terjun ini dengan gelak tawa kami. Ibu dan Vel selesai memasak banyak jenis lauk. Asalnya mahu ajak makan di rumah sahaja. Tetapi aku yang mencadangkan untuk berkelah di air terjun ini. Lagipun bukannya jauh, sesekali boleh juga berendam dalam air setelah makan.

Di sinilah kami sekarang. Keluargaku campur dengan kawan kawan Raeez. Memang riuh suasana.

"Kalau papa tahu ramai macam ni, papa dah order sate dah. Boleh bakar, makan ramai ramai." Ujar papa, sambil tangan menggapai buah pelam.

Faiq ketawa. "Melebih sangat tu papa. Ini pun dah cukup, entah habis ke tidak ni. Banyak sangat makanan."

Ya, secara rasminya semua orang di sini menjadi anak papa. Tabiatnya yang satu itu memang tak akan hilang.

"Tu adik kamu tu. Taknak makan ke? Berendam dari tadi." Ibu menjuih ke arah Muiz yang sedang mandi di dalam air.

"Dia memang macam tu ibu, macam ikan tak jumpa air. Mengalahkan budak budak. Anak saya pun tak macam tu." Balas Faiq, sambil mengerling anaknya yang hanya duduk di atas batu besar. Memerhati gelagat Muiz.

"Kejap lagi lapar, dia makan la tu. Lauk banyak jangan risau." Ikram mencelah.

Kami berbual bual lagi. Banyak topik yang dibincangkan. Lagi lagi bila ada bakal pengantin di sini. Ikram tak lama lagi akan mendirikan rumah tangga bersama Mia.

Sesekali tawa kami bergema. Begitu juga aku. Namun tawa terus mati setiap kali Raeez mencelah dalam perbualan. Aku jeling maut. Merajuk! Tak akan lupa tentang di kandang tadi.

Masuk sahaja dalam rumah tadi, terus aku belek tubuhku. Rupanya lututku luka, padanlah pedih. Lagi kuat merajuk, bila Raeez buat tak tahu aje. Sakit hati aku.

Perlahan lahan, aku tinggalkan tempat itu dan berlalu ke arah air terjun yang tidak terlalu dalam, dan tidak terlalu cetek. Tempat kegemaran aku. Lebih privasi. Punggung dilabuhkan, kaki diayun di dalam air.

Berseorangan di sini memang tenang. Sambil dengar bunyi air dan serangga di dalam hutan.

Tiba tiba sekujur tubuh berpakaian merah berenang ke arahku. Tak payah teka dah tahu siapa.

Kaki yang terjuntai di dalam air dipegangnya. Lalu kepalanya diangkat dari permukaan air.

"Kenapa tiba tiba pergi? Sana tengah rancak tu."

Aku jeling sahaja. Tak menjawab.

"Hei"

"Ish taknak lah! Kalau saya jatuh macam mana? Lutut saya sakit la" Mukaku cemberut. Raeez ni sengaja, main tarik kaki aku.

Raeez jongket kening. "Garangnya isteri aku ni."

Kakiku disentuh lagi. "Jom la mandi sekali. Kau bawak baju kan?"

"Taknak, memang la saya bawak. Tapi saya taknak mandi, lutut saya pedih."

Dia mencebik. "Sini lutut kau."

"Tak payah la."

"Merajuk? Sebab aku tak tolong ubatkan?"

Jeling. "Mana ada, semua tu saya boleh buat sendiri la. Tak ada awak pun tak apa."

Rahangnya diketap. Geram agaknya mendengar balasan aku. Terus kaki ku ditarik. Pantas tubuhku disambut.

"Awak! Apa ni!"

Dia berjalan di dalam air. Batu besar ditengah tengah itu dituju.

"Duduk sini diam diam. Aku pergi ambil ubat." Usai meletakkan aku di atas batu, dia berenang pergi.

Licik! Sengaja dia letak aku dekat sini supaya aku tak lari. Nak berenang? Memang tak la dengan lutut macam ni.

Tak lama selepas itu, dia muncul kembali dengan plaster, tisu dan minyak gamat. Kali ini dia berjalan saja, tidak berenang.

Dia turun ke dalam air, menuju ke arahku.

"Mana dapat semua tu?" Aku bertanya. Ada farmasi ke kat sini?

"Aku bawak, memang rancang nak ubatkan kau kat sini pun."

"Saya buat sendiri." Aku ingin mencapai tisu. Namun terjerit pula bila dia gigit tanganku dengan laju.

"Auch!! Sakit la!" Meringis aku. Tak kuat dia gigit, tapi boleh rasa sakit sikit.

"Biar aku yang buat kerja. Selak sikit seluar kau."

Aku redha sahaja. Seluarku diangkat hingga ke paras lutut. Tak risau, sebab di sini agak terpencil, dan tiada orang. Semuanya pergi mandi di bahagian depan sana.

"Kau marah?" Tanya Raeez, sambil tangan fokus menyapu minyak gamat.

"Tak"

"Baguslah, boleh aku buli kau sikit." Lukaku ditiup perlahan. Terpejam sekejap mataku. Aduh Raeez ni.

"Saya taknak mandi eh. Awak jangan pandai pandai nak tarik saya." Amaran awal aku bagi. Raeez bukan boleh dipercayai sangat.

"Kalau aku tak buat macam tu, bukan buli lah namanya." Selamba menjawab. Plaster dilekatkan pada lukaku.

"Raeez! No. Awak nak buat apa hah" soalku cemas bila dia berura ura mahu mendukungku lagi.

"Nak dating kejap dengan kau"

"Tak payah merepek la Raeez!"

"Biarlah, kau isteri aku."

Mulut banyak pula Raeez ni. Tahu nak menjawab aje.

Dan harini banyak juga aku pasrah dengan Raeez. Penat aku nak melayan.

Tangannya menjalar naik ke pipiku.

"Hello my wife.."

"Hello husband.."

Tak lama, kami berdua ketawa kuat. Rasa cringe tiba tiba! Tapi aku bersyukur, sejak Raeez muncul dalam hidup aku, aku banyak tersenyum dan ketawa. Begitu juga Raeez, yang dahulunya konon dingin, sekarang dah macam ulat bulu.

Hidup diteruskan seperti biasa. Berharap kebahagiaan ini akan terus berkekalan.

Tamat

-----------------------------------
Dengan ini, Mr Mafia Milik Ashi melabuhkan tirai setelah dua tahun (if I'm not mistaken) tergendala. Izz mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa support, sentiasa tunggu Izz update, sentiasa vote, sentiasa komen pada karya Izz yang tak seberapa ni. Izz mengaku, penulisan memang tak matang langsung. Banyak kesalahan. Oleh itu, Izz buat keputusan untuk unpublish story Izz yang lagi dua ketul tu. Tapi entah bila nak unpub, taktahu lagi. Dua ketul tu memang hmm..

And sorry ending agak rushing, ignore typo semua tu ye. Takpun, kalau ada typo, komen aje nnti Izz betulkan. Kalau rajin la.

Apa apa pun, Izz akan buat comeback dengan cerita baru. Berunsurkan kerajaan kerajaan gitu. TAPI tak confirm lagi, jalan cerita masih terabur. Cover, tajuk, nama watak belum ada.

Untuk MMMA ni, Izz ada terfikir untuk buat special chapter. Tapi entahla, tengok dulu macam mana.

So..bye bye semua! Thanks again :)














Continue Reading

You'll Also Like

207K 6.3K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
242K 8.5K 72
" Awak ni, kan kita bukan mahram. Nanti kena tangkap basah pulak. " kata Adelia " Biarlah kawin free. " jawab Nubhan dengan bangganya. " Amboii sedap...
40K 1K 75
Kisah seorang wanita yang dijodohkan dengan CEO kacukan orang putih yang pendiam akibat mempunyai kisah silam yang gelap. Setelah bertemu dengan jodo...
14.1K 597 23
Short story challenge by @Angel_k20 Hani Qistina- dia pemilik Cafe The Three Colors Rose. Perwatakan yang lemah lembut dan baik hati membuatkan peker...