Kerana Cinta

By N_aqilla

45.1K 3.3K 451

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Epilog
NEW STORY ALERT!

Bab 59

490 27 5
By N_aqilla

Lama kelamaan kamu akan sedar bahawa hati terluka itu akan sembuh dengan hati terbuka. Penerimaan kepada takdirNya menjadikan hatimu baik - baik saja.

Jelas kedengaran riuh gelak tawa mengisi setiap pelusuk rumah. Ayra ukir senyuman pada set niiap tetamu yang hadir. Akhirnya, majlis cukur jambul cahaya mata pertama mereka berjalan dengan lancar. Ayra kemaskan tubuh dalam dukungannya sesekali dia tersenyum bila bayi dalam dukungannya tidur dengan lena. Mata yang bulat itu sudah terpejam rapat. Bibir mungkil itu sudah terkatup.  Ayra tunduk sebelum mengucup dahi anak kecil itu. Perlahan jemarinya bergerak mengusik bibir kecil itu.

"Baik betul Hayla ni. Rumah ni punyalah riuh dengan tetamu dia boleh tidur lena macam tak ada apa apa." Suara Arian dari belakangnya buatkan Ayra berpaling dengan senyuman.

Arian bawa jari telunjuknya mengusap pipi gebu bayi itu. Kemudian anak matanya beralih memandang wajah isterinya. Seketika ada senyuman tergaris di bibir milik Arian.

"Hayla, sayang. Bangunlah. Tak elok lah tidur masa tetamu datang."

"Ish dia ni!" Tertahan tahan jeritan Ayra sambil menepis lembut jemari Arian yang bermain di pipi anaknya itu.

"Amboi, dah berani ish ish kan abang sekarang. Berani ya kamu." Arian peluk tubuh sendiri. Matanya menyipi tajam tubuh Ayra di hadapannya.

"Abang tu..." Ayra muncungkan bibir ke arah Arian. Nak marah kita pula? Dia yang salah! Kita pula yang nak di marah!

"Abang apa?" Arian jongket kening sendiri. Bibirnya sudah mengukir senyuman lucu.

"Mari." Sepatah Arian keluarkan arahan sebelum tangannya merangkul erat bahu Ayra.

"Ke mana?" Ayra kerut kening. Kan ada tetamu ni. Tak kan nak tinggal.

"Don't worry. Sekejap je."

Ayra sekadar mengangguk. Langkah Arian dituruti saja tanpa banyak soal sebelum keningnya berkerut hebat. Kolam renang? Buat apa kat sini? Nak berenang ke?

"Tak kita tak datang nak berenang. Entah lah, abang rasa nak spend time dengan sayang. Heart to heart? Maybe." Arian ukir senyum janggal. Dia sendiri pelik. Hatinya yang membawanya ke sini. Janggal. Pelik.

"2 Jun."

"Huh?"

"Hari ni 2 Jun. Ingat tak 2 Jun tu tarikh kita jumpa? Tarikh abang kena cop perompak." Arian tergelak kecil sambil mengimbau memori tersebut.

"Orang tengah patah hati masa tu!"

Meletus tawa Arian buatkan Hayla dalam dukungan bergerak gerak. Terus Arian tekup mulut menahan tawa sendiri.

"What will make you cry?" Ayra soal Arian sambil keningnya di angkat beberapa kali. Tiba tiba soalan itu terlintas dalam kotak fikiran Ayra.

"Nothing can makes me cry." Arian hulur senyum sumbing. Saja nak mengusik.

Ayra? Jelingan padu lah apa lagi. Nak membohong pun beragak lah cik abang oi! Hari tu masa dia sakit nak bersalin, Arian lah orang yang sakan menangis. Kalah kalah orang yang nak beranak!

“Lelaki juga boleh menangis. Tak salah. Lelaki dan perempuan... Semua orang perlu menangis. Bukan sebab menangis itu keperluan tapi untuk pastikan diri kita hidup. Jiwa kita hidup...” Ayra menggumam kecil buatkan Arian ukir senyuman.

"I love everything about you." Ucap Arian tiba tiba. Ayra sudah hendak tergelak. Ni dah kenapa ni? Ucapan Arian tersangatlah tiba tiba. Entah hendak terharu atau tergelak.

"Kecuali..."

"Kecuali?"

"Pemergian sayang."

Ayra tahan air mata sendiri. Oh, Arian. Sekeras keras hati lelaki pasti ada lembutnya juga.

"What if you lost me? Again?" Ayra soal ringkas. Tangannya setia menepuk lembut bayi dalam dukungannya.

"I will lost myself. Again. Cukup sekali. Abang dah tak mampu untuk hilang orang yang abang sayang lagi." Arian tundukkan pandangan. Bayi dalam dukungan Ayra bertukar tangan.

"Tolong jangan tinggalkan abang lagi. Abang tak sanggup hilang Ayra dan Hayla lagi." Wajah Arian sudah merah menahan sebak.

"Kita ni hanya manusia. Milik Allah. Dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali." Ayra tarik nafas perlahan. Matanya tunak memandang dada langit.

Tak sanggup rasanya untuk dia menatap wajah Arian saat ini. Hatinya masih berbolak balik. Luka lama sudah tak berdarah. Namun, parutnya masih ada. Rasa sakit itu... hingga kini dia masih dapat rasakan.

"Ayra tak janji akan terus hidup dengan abang. Tapi, Ayra selalu doa supaya Allah tarik nyawa Ayra dulu. Ayra tahu yang Ayra tak mampu teruskan hidup tanpa abang. Tapi Ayra yakin yang abang mampu. Sebab suami Ayra ni kuat." Ayra bawa jemarinya ke wajah Arian. Mengusap lembut pipi itu. Air matanya tanpa segan silu mengalir mencemari wajah.

"Kenapa cakap macam ni lifeline? Abang tak suka lah. Boleh tak kalau kita sembang topik lain." Arian muncungkan bibirnya buatkan Ayra tergelak.

"Tadi kata nak heart to heart." Ayra seka air mata sendiri. Ni siapa yang perempuan? Dia ke Arian? Complicated betul bapa Hayla ni! Eh, laki sendiri.

"Ayra sayang abang. Sampai hujung nyawa."

"Walaupun masa tu jasad Ayra dah tertanam tapi dengan izin Allah cinta antara kita tak kan pernah terpadam. Kerana cinta kita sederhana namun mendalam."

Arian segera tarik Ayra ke dalam pelukan. Entah kenapa hari ini berlalu terlalu cepat buatkan Arian tidak puas menatap wajah bersih Ayra. Wajah itu. Bagaikan ada sinarnya tersendiri.

Arian terjaga bila mana suara rengekan Hayla menguasai indera pendengarannya. Terpisat pisat dia membuka mata. Selimut pada tubuh di tolak ke tepi, wajah lena Ayra di tatap seketika sebelum wajah itu di usap lembut.

"Shh, jangan nangis Hayla." Tubuh kecil Hayla di capai dan di tepuk lembut. Beberapa kali percubaan namun Hayla masih lagi dengan rengekannya.
Arian lepas keluhan. Matanya melirik pada wajah Ayra yang jelas kepenatan. Tak apa! Kita lelaki kena strong!

Arian buka langkah ke arah meja kecil di penjuru bilik. Ruang bancuhan susu Hayla. Ya, Hayla minum susu formula. Awalnya Arian bantah juga tapi bila dengar alasan kukuh Ayra buatkan dia mengalah.

"Susu formula ni bagus je. Saya bagi juga Hayla minum susu badan tapi susu formula ni untuk biasakan dia jauh dari saya. Abang kan dah janji nak bagi saya rest dan holiday. Jadi nanti tak adalah dia meragam tak dapat susu. Senang. Semua orang boleh tolong tengokkan dia kalau saya tak ada."

Arian sekadar membenarkan bila Ayra sudah kemukakan sebab munasabah. Apa apa saja asalkan wanita itu tak rasa terbeban.

"Sabar, Hayla. Abah tengah buatkan susu ni." Sebelah tangan dukung tubuh kecil itu sebelah lagi duk bancuh susu. Nampak tak bertapa sadonya abe Arian kita ni?

"Nah, bismillah." Arian sumbat puting botol susu itu ke dalam mulut Hayla. Huh! Dah boleh hirup udara segar. Hayla ni macam ibunya juga. Kalau lapar semua orang nak di bahamnya!

"Hayla bangun ke abang?" Suara serak Ayra buatkan Arian segera berpaling. Perlahan dia anggukkan kepala.

"Tidur lah. Hayla ni pun dah tidur dah pun." Arian letak tubuh Hayla di atas katil.

"Tak apa. Ayra nak tunggu subuh. Tak lama lagi nak masuk waktu subuh."
Arian anggukkan kepala sekali lagi. Dia labuhkan duduk di tepi katil. Memandang dua wajah kesayangannya.

"Ni kenapa ni?" Arian menyoal jengkel bila Ayra selamba badak labuhkan kepalanya dalam pangkuan Arian. Mulut bebel tapi tangan tu duk usap juga kepala Ayra. Hish!

"Ayra penatlah. Nak rehat." Ayra pejam kelopak matanya. Bibirnya masih lagi dengan senyuman.
"Nanti Hayla besar sikit abang bawa pergi holiday." Arian usulkan cadangan dengan senyuman. Yahoo, holiday! Boleh honeymoon sekali.

"Boleh. Tapi sekarang..." Ayra buka kelopak mata seketika. Panahan mata Arian yang sedang memandangnya buatkan Ayra cepat cepat tutup kembali kelopak mata. Act cool!

Arian gelak macho. Malas dia nak layan pemalu Ayra ni. Cubit kang!

"Ayra nak rehat, abang tolong jagakan Hayla tau." Ayra peluk pinggang Arian. Kepalanya menghadap perut lelaki itu.selamba saja kepalanya dirapatkan ke perut Arian.

"Nak rehat tu, rehat je lah. Nak peluk peluk pula." Arian gelak lagi. Haih bahagia sungguh dia. Jikalau boleh hendak saja dia putarkan waktu. Hendak saja dia tarik balik semua perbuatan bodohnya sebelum ini.

"Nak peluk. Nanti rindu."

"Rindu kenapa? Kan abang ada je ni." Arian kucup dahi Ayra.

"Orang nak rehat ni. Jangan rindu tau?" Ayra cubit sikit perut Arian.

"Ngorat abang ke ni?"

"Nanti Ayra tak ada siapa nak ngorat abang?" walaupun mata dah layu, Ayra tetap gigih hendak berbual dengan Arian.

"Nawra.” Layankan sajalah topik perbualan Ayra. Arian usap puncak kepala itu sebelum satu kucupan dia hadiahkan pada dahi Ayra.

"Nawra tu bini orang lah!" Automatik suara Ayra naik seoktaf.

"Shh, anak tidur tu kan." Arian cubit bibir Ayra. Geram lah! Dah jadi mak pun perangai tu haih macam budak budak!

"Sorry..." Ayra cebikkan bibir. Sorry lah kita tak sengaja!

"Kalau lifeline tak ada nak ngorat abang, tak apa abang ada mini Ayra. Tu ha Hayla nanti ngorat abang."

"Kalau Hayla tak apa." Ayra kembali pejamkan mata. Nak tidur!

"Can you give me last goodbye?" Ayra menggumam perlahan.

Arian menunduk memandang wajah Ayra. "Untuk apa?"

"Nanti kejut tau!" Dalam mamai Ayra beri peringatan. Soalan Arian langsung tak di balas.

Arian sekadar mengangguk dengan senyuman. Wajah itu ditatap. Entahlah. Mungkin betul kata Ayra, takut rindu. Akhirnya dia turut terbuai lena.

30 minit. Arian tegakkan duduknya. Azan sudah jelas berkumandang menandakan masuknya waktu subuh.

"Ayra, sayang. Bangun. Dah subuh dah ni." Arian goyangkan tubuh Ayra.

"Ayra... Kenapa liat ni? Bangun jom." Arian paksa tubuh Ayra untuk duduk. Namun, tubuh Ayra yang melembik ke arah bertentangan buatkan jantung Arian hendak terhenti.

"Sa-sayang?" Segera pergelangan tangan itu di capai. Nadi cuba di cari. Tiada! Jemarinya pula di bawa ke hidung Ayra. Tiada udara yang keluar dan masuk dari situ!

"Ayra! Jangan bergurau macam ni sayang!" Tertahan tahan suara Arian. Matanya sudah bergenang dengan air mata.

"Sayang... Bangunlah... Tolong bangun..." Arian goncangkan tubuh itu lebih kasar.

"Jangan macam ni... Bangunlah Ayra... Abang takut..."

"Ayra..."

"Jangan tinggalkan abang..."

Mendayu dayu tangisan Arian bergema dalam ruangan itu. Dengan tubuh Ayra dalam pangkuannya Arian kuatkan hati untuk bangun dari duduk.

Pintu bilik di buka sebelum kelibat Umi yang siap bertelekung menyapa ruangan mata.

"Umi..."

"Arian? Kenapa ni?" Panik Ummi jadinya bila lihat wajah sembap Arian. Lagi lagi tangisan Hayla sudah nyaring bergema. Mungkin saja anak itu terjaga akibat kekecohan yang berlaku. Apa sudah jadi? Tersentak wajah tua itu bila tubuh longlai Ayra dalam dakapan Arian menyapa kornea matanya.

"Ayra, Ummi... Tolong... Tolong kejutkan Ayra... Isteri Arian tak nak bangun..." Tenggelam timbul suara Arian memohon pertolongan.

Pantas Ummi mencapai tubuh Ayra. Di belek setiap pelusuk tubuh itu. Hanya satu yang ingin dia cari. Nadi! Tiada! Punah!

"Innalillahi-"

"No, Ummi! Ayra tak-" Arian tarik tubuh Arian merapat dengannya. Kepala wanita itu dikucup syahdu. Ya, Allah!

"Ayra pilih untuk berada di tempat yang lebih baik."

"No! Ayra! Ayra tak boleh buat abang macam ni! Bangun sayang! Bangun! Jangan tinggalkan abang! Hayla perlukan sayang! Abang pun perlukan sayang! Buka mata sayang! Buka! Bangunlah Ayra! Jangan rehat! Ab-" Arian meraung sekuat hati.

Bagaikan anak kecil Arian teresak tanpa penghujung. Tidak! Bukan ini yang dia mahukan! Setiap kata kata Ayra sebelum ini bagaikan kaset rosak berputar dalam mindanya.

"Saya tak minta lebih. Jikalau awak tak mampu untuk lepaskan saya... biar saya yang lepaskan awak."

Suara Ayra bagaikan batu menghempap jiwanya sendiri. Kata kata itu satu doa. Sekarang yang tinggal hanya lah sebuah penyesalan.

Hari ini,

2 Jun. Tarikh penyesalan terbesar Arian.

2 Jun. Tarikh di mana isterinya pergi buat selamanya.

2 Jun. Tarikh pertemuan pertama mereka. Tarikh keramat yang menemukan mereka dengan kedua duanya sedang berduka lara.

2 Jun. Hari terakhir mereka bersama.

2 Jun yang mengajarnya untuk melepaskan. Mengajarkan ku di mana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

Melepaskan mu.

Mungkin saja aku belum benar benar ikhlas tapi aku redha.

Tak perlu khawatir, sayang.

Aku cukup kuat untuk berpura pura tak terluka.

Munafik kah aku? Munafik sekali diri ini jika aku berkata ianya tak menyakitkan.

Bah kan, sehingga hembusan nafas terakhir...

Ayra tak pernah tahu kebenaran yang disimpan rapi oleh Arian. Soal mengapa lelaki itu sentiasa mendahului keluarganya. Soal mengapa hatinya terluka parah.

Sehingga hari pemergian Ayra, dia masih membawa luka yang dia sendiri tak pernah mengerti.










Saya cuma ikut plot asal cerita ni dan ya saya rasa ini adalah ending yang sesuai.
Kedua dua mereka berhak bahagia walau bukan bersama. Biarkan Ayra merawat lukanya di taman syurga dan Arian terus berjuang menebus kesilapannya.



Continue Reading

You'll Also Like

372K 23.1K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
Kau Takdir Aku (OG) By myaz

Mystery / Thriller

6.4K 196 5
Tengku Qays Lucca Bergvall- Seorang lelaki yang dingin membuat orang gerun dengannya dan dia mempunyai rupa paras yang boleh membuatkan wanita tergod...
128K 5.2K 31
Cerpen Publish semula
369K 9.9K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...