Kerana Cinta

By N_aqilla

45.1K 3.3K 451

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 58
Bab 59
Epilog
NEW STORY ALERT!

Bab 57

301 25 0
By N_aqilla

Jangan mudah sangat percaya dengan orang kerana sebuah pengkhianatan datangnya daripada sebuah kepercayaan.

Arian tanggal pakaian pada tubuh. Ada sisa bubur yang melekat di situ buatkan tubuhnya melekit tak selesa. Dia baru pulang dari rumah sewanya melawat Citra dan habuannya semangkuk bubur dicampak ke arahnya. Alhamdulillah, wanita itu sudah dikeluarkan dari hospital. Namun, keadaan wanita itu sedikit menyentuh hati. Mana kan tidak saban hari, Citra menangis. Dah masuk dua minggu namun keadaannya masih sama. Tak membaik malah memburuk.

"Citra nak mak... Citra nak anak Citra..."

Itulah ucapan yang saban hari wanita itu ucapkan. Wanita itu separuh gila rindukan orang orang yang sepatutnya ada di sekelilingnya.

"Awak? Kenapa awak balik awal sangat ni?" Ayra menyoal pelik.

"Citra yang minta abang pulang." Baju kotor di masukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

"Dia..."

Arian mengangguk. "Dia masih marahkan abang. Kalau abang tak masukkan dia dalam penjara mesti Mak Ngah tak meninggal dunia. Kalau abang tak nikahi dia lebih awal mesti dia tak stress dan makan ubat tu berlebihan. Dan mesti... Anak dia masih hidup." Arian buang keluhan kecil.

"I think you should stop." Ayra menggeleng kesal.

"Stop what?"

"Stop put people as your priority. You have your own pride."

"Tak ada istilah kalau dalam kehidupan ni, Arian. Semua benda dah disusun elok."

Ke kanan sudah. Ke kiri juga sudah. Kali ini Ayra cuba baring terlentang di atas katil. Bantal empuk di pinggang juga sudah di tolak jatuh dari katil. Tak sedar Ayra mendengus kasar. Arian yang lena tidur di sisinya di pandang sekilas. Air liur ditelan berkali kali. Nak tak nak dia kena kejutkan juga lelaki itu.

"Awak..." Pipi Arian dicucuk lembut.

Terbuka mata Arian. Terkebil kebil dia seketika sebelum dia menoleh ke arah Ayra yang sudah duduk di sisinya.

"Kenapa ni? Sakit? Tak selesa?" Arian bangkit dari baring. Tubuh Ayra dibelek sebelum tangannya ditolak lembut oleh wanita itu.

"Saya tak dapat tidur." Akhirnya Ayra luahkan jua rasa di hati. Jemarinya sibuk menguis nguis selimut di atas paha.

"Oh..." Arian garu kening. Nak buat apa ni?

"Meh abang bacakan surah." Baru tangan Arian bergerak hendak mencapai telefon di atas meja, lengannya sudah dipaut oleh Ayra. Serentak itu keningnya terjongket.

"Ya?" Lihat Ayra terkulat kulat tahu lah dia bahawa wanita itu inginkan sesuatu.

"Saya nak order grab food boleh?"

Arian mengerut lagi. Tak mengerti. Seketika dia ukir senyuman kecil bila memahami kehendak isterinya.

"Nak makan apa?" Arian bangkit dari katil. Berdiri di tepi katil sambil memandang isterinya. Rambutnya dibetulkan sedikit.

"Eh! Awak nak ke mana?" Mata Ayra sudah menjernih. Tolong lah jangan tinggalkan dia! Orang nak makan ni!

"Nak turun bawah. Masakkan untuk sayang lah." Arian tahan gelak. Comel!

"Nak makan apa? Abang masakkan." Arian ulang sekali lagi buat Ayra teguk liur.

"Boleh ke?" Ayra kerling jam di dinding. Dah pukul 2 pagi dan dia mengidam nak makan sesuatu!

"Mestilah boleh sayang."

"Betul ni?"

"Yes, lifeline."

"Tapi awak kena kerja esok." Serba salah Ayra jadinya. Malam tadi pun Arian lewat tidur semata mata nak urut pinggangnya yang lenguh. Kasihan lelaki itu.

"Tak apa. Beritahu abang, sayang nak makan apa?" Arian usap kepala Ayra buatkan mata itu terkebil kebil memandangnya.

"Nak... Nak sambal sardin... Telur dadar dengan ulam... Boleh ke?" Bibir sudah menjuih ke depan. Tolong lah boleh! Dia dah tak tahan nak makan!

"Sure, lifeline. Tunggu sini. Abang turun bawah siapkan." Arian pusingkan tubuh.

"Eh! Nak ikut!" Buru buru Ayra turun dari katil. Sarat tak sarat dia nak ikut turun!

"Eh, tak payah. Nanti sayang penat nak kena turun naik tangga. Duduk sini je." Tubuh Ayra ditolak untuk kembali duduk di atas katil buatkan mata itu menjernih dengan titisan air mata.

"Tapi saya nak tengok awak masak..." Air mata sudah mengalir turun.

Ha sudah! Arian kalut. Buru buru air mata itu diseka. Dah serupa kena dera!

"Okay, okay. Abang bawa sayang turun. Dah jangan nangis."

Dalam sedu, Ayra anggukkan kepala. Aduhai anak! Awak buatkan ibu nampak tak matang!

Usai mengelap air mata Ayra, Arian menunduk dan dengan mudah tubuh itu dicempung. Membulat mata Ayra jadinya.

"Saya boleh jalan!"

"Ya, tahu. Tapi abang boleh dukung." Tak beriak wajah itu kembali melagkah dengan Ayra dalam dukungannya.

"Saya berat ke?" Kepala Ayra sesekali menjengguk ke belakang. Kalau Ummi nampak, mahu malu tujuh keturunan!

"Tak juga." Arian menggeleng dengan wajah yakin.

"Maksudnya berat lah kan?"

Melopong mulut Arian. Dah kenapa pusing ayat kita?

"Tak. Tak berat pun." Arian gelengkan kepala.

"Tapi..."

"Dah sampai." Arian lekas lekas turunkan Ayra dan dudukkan wanita itu di atas satu kerusi berhadapan table top.

"Lajunya. Awak berlari ke?" Bibir sudah memuncung tak puas hati. Arian saja nak mengelak!

"Abang lompat je dari tingkat atas ke bawah tu yang laju tu." Selamba Arian membalas sekali gus berpaling membuka kabinet dapur. Tin sardin di keluarkan sebelum dia beralih mencapai telur. Lebih baik dia selamatkan diri sebelum ibu mengandung itu lancarkan perang dengannya.

"Awak tahu ke nak masak macam mana?"

Arian anggukkan kepala. Tahu kot.

Beberapa biji bawang merah dan bawang putih di hiris nipis sebelum dia menoleh memandang Ayra. "Nak pedas ke?"

"Pedas sikit."

Arian mengganguk. 2 biji cili padi dicapai sebelum dihiris bersama daun bawang. Kemudian dia beralih ke arah kuali. Ikan sardin yang sudah diasingkan dari sosnya dipandang silih berganti dengan minyak. Goreng ni agaknya minyak merecik tak?

"Letak tepung gandum sikit kat dalam minyak tu. Nanti ikan tu tak adalah meletup sangat."

Arian menyenggih seraya mengangguk. Arahan Ayra dituruti. Sementara menanti ikan sardin, Arian beralih pula mengupas kulit kentang. Nak goreng sekali. Bukannya dia tak tahu Ayra suka sangat campur kentang dengan sardin.

"Awak..."

"Ya?" Arian menyahut tanpa berpaling.

"Boleh awak janji satu perkara?"

Arian berpaling sejenak kemudian dia menggeleng perlahan. Dia tergelak kecil. "Janji abang tak boleh pakai. Semuanya palsu, kan?"

Ayra mengeluh kecil. "Kita dah lupakan semuanya kan?"

"Lupakan? Ya. Tapi abang tahu, parut tu masih ada kan? Bila bila masa boleh kembali berdarah." Pandangannya kosong.

"Arian, please forgive your old self. You changed, right?"

Diam. Arian senyap tak membalas. Dapur gas di tutup sebelum dia letakkan pinggan di atas meja.

Ayra buang keluhan.

"Mesti sedap kan awak masak?" Saja tukar topik. Dia tak mahu keruhkan keadaan. Hubungan mereka semakin membaik dan dia tak mahu rosakkannya.

"Mestilah. Mari abang suap." Arian cedok sambal sardin kemudian digaul dengan tangan bersama telur dadar.

"Bismillah."

"Sedapnya!" Terpejam mata Ayra menikmatinya. Tak sedar ada air mata mengalir di birai matanya.

"Sedap sangat ke sayang? Sampai menangis ni?" Arian kesat air mata itu dengan tangan kirinya yang masih bebas.

"Saya... Saya cuma teringat dulu awak pernah suap saya macam ni. Masa dekat kampung." Ayra ukir senyuman.

"Rindu?"

Ayra mengangguk. "Saya rindu kita yang dulu."

"Jangan serba salah lagi. Awak tak salah." Ayra cuba memujuk Arian yang kembali senyap.

"Maaf, semua salah abang. Sebabkan abang kita dah tak macam dulu. Abang dah banyak lukakan sayang."

Ayra ukir senyuman. Walau nada Arian kedengaran rapuh, tangan itu tetap gagah menghulur suapan demi suapan untuknya. Dia mengerti. Arian cuma sedang lalui fasa lelahnya.

"Arian, hujan tak pernah faham sesedih apa payung dimusim kemarau." Lengan lelaki itu dia usap lembut.

"Arian, saya tak minta lebih. Jikalau awak tak mampu untuk lepaskan saya... Biar saya yang lepaskan awak." Serentak itu Ayra peluk tubuh Arian. Dia rindu. Dia juga rindukan hubungan mereka yang dulu.

Baru Arian hendak membalas, keningnya bertaut pelik memandang Ayra yang melepaskan pelukan mereka.

"Kenapa?"

"Saya rasa sakit lah..." Kening Ayra berkerut hebat.

"Sakit? Nak buang air ke? Eh! Sayang keracunan makanan ke?" Arian lekas lekas bangun ke singki. Tangan di basuh bersih. Palingkan tubuh dia lihat Ayra sudah berdiri sambil memegang perut.

"Nak terberak ke?"

"Saya nak beranak!"

"Huh?!"

"Anak awak nak keluar lah, Arian!"

"Saya nak buat apa ni? Sekejap saya cari bidan!" Arian berlari hendak keluar dari dapur. Belum sempat dia keluar dari ruangan itu, dia berpatah balik semula.

"Bidan apa nya? Hospital!" Serentak itu tubuh Ayra dicempung. Rasa tak jejak tanah kaki Arian bila dia berlari memecut ke kereta.

Dalam menahan perit sempat Ayra tergelak lucu. Lelaki ini tak pernah berubah! Sentiasa menyenangkan hatinya.

Arian rasa tak tenang. Ke hulur dan ke hilir dia berjalan buatkan orang pening memandangnya.

Encik Khalid dan Ummi salaing berpandangan sebelum kedua duanya buang keluhan.

"Arian, duduk dulu. Ayah pening lah tengok kamu ni."

"Ayra nak bersalin ayah. Arian risau lah."

"Arian!"

Masing masing berpaling memandang Taufik yang seakan tak cukup nafas berlari ke arah mereka.

"Ayra mana?"

"Nawra mana?"

Serentak keduanya bertanya buatkan Encik Khalid menggeleng. Orang muda bila dah jadi bapa macam ni lah jadinya.

"Nawra kat rumah. Dia jaga baby, tu yang dia suruh aku datang sini jenguk kau orang. Katanya Ayra nak bersalin. Mana anak kau?" Taufik labuhkan duduk di sebelah Ummi, sempat senyuman mesra di hulurkan buat wanita itu. Alhamdulillah, mereka sudah selamat menimang cahaya mata beberapa bulan yang lepas. Anak lelaki. Kata Nawra nak jodohkan dengan anak Ayra, mereka dah pakat katanya. Apa apa sajalah. Budak tu sunat pun tak lagi dah nak dijodohkan dengan anak orang yang tak lahir lagi.

"Ayra masih kat dalam. Tak bersalin lagi."

"Encik?"

Arian berpalingemandang doktor yang menguak pintu.

"Encik boleh masuk. Isteri encik nak encik temankan dia."

Buru buru Arian masuk. Lihat saja Ayra yang sudab berpeluh sakan terus lututnya terasa longgar. Sakit sangat ke?

"Lifeline..." Peluh di dahi Ayra diseka lembut. Jemarinya di biarkan saja berada dalam genggaman Ayra.

"Awak..." Birai mata dah berkaca. Tunggu masa saja nak pecah.

"Yes, lifeline." Arian menunduk rapat ke telinga Ayra. Selawat di bisikkan perlahan dengan harapan Ayra lebih tenang.

Sekali nafas, kedengaran tangisan bayi bergema seisi ruangan.

"Bayi perempuan puan."

Mengalir air mata Ayra melihat tubuh kecil di atas tubuhnya.

"Thank you, sayang." Dahi Ayra dikucup syahdu.

"Assalamualaikum, Hayla Irdina."

Arian tersenyum lebar. Terima kasih, Ya Allah. Mengalir air mata kegembiraan di pipinya. Bahagianya tak terucap.

"Encik boleh iqamatkan bayi. Sekejap lagi kami akan pindahkan isteri encik ke wad."

Arian turuti saja setiap arahan. Usai semuanya Hayla di ambil semula oleh jururawat manakala dia di minta untuk keluar.

Kuak pintu, dia pandang wajah cemas Ummi. Pasti ada yang tak kena.

"Jururawat yang jaga Citra call. Dia kata Citra mengamuk kat rumah. Tolong... Tolong pergi jenguk dia sekejap boleh? Tak apa, Ayra Ummi boleh tolong tengokkan."

Berat hati. Akhirnya Arian anggukkan kepala. Serentak itu lengan Taufik di tarik bersama.

"Eh! Kenapa aku kena ikut pula?"

"Jangan banyak bunyi. Cepat ikut aku."










Pernah dengar tak tentang last paper syndrome? Yes, situasi sedang sama tapi sekarang saya di fasa last chapter syndrome kot..

Continue Reading

You'll Also Like

122K 6.5K 32
[C O M P L E T E D] Ini kisah kita berdua. Yang pengakhirannya takkan bahagia dan bersama. Walaupun pada awalnya kita sering tersenyum. Seorang Ha...
263K 9.3K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
8.3K 539 23
Her Knight: His Queen (1# Knight Series) "Aku tak buta lagi untuk pilih kaca dari permata, but you're my treasure for sure." - RIYAZ QALISH Status d...
710K 41.1K 59
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...