Kerana Cinta

By N_aqilla

40.8K 3.1K 447

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog

Bab 56

241 32 4
By N_aqilla

I want to love you without getting hurt.

Lengkap dengan telekung di kepala, Ayra labuhkan duduk di atas katil. Perutnya yang sudah sarat diusap penuh kasih. Alhamdulillah, kandungannya membesar dengan baik. Hatinya saat ini lebih tenang menerima dan menelan realiti. Terpaksa? Mungkin ya. Tapi dia sudah terbiasa.

"Lifeline..." Bunyi pintu dikuak buatkan Ayra berpaling sejenak. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Sorry, abang lambat balik." Puncak kepala Ayra dikucup sayang.

"Dah batal wudhuk saya." Ayra mengeluh kecil sambil kepala tergeleng.

Arian lepaskan tawa kecil. Sejenak dia duduk di samping Ayra. Tubuh itu ditarik merapat mendekatinya.

"Citra macam mana?" Walau berat meniti di bibir, Ayra kuatkan hati untuk bertanya.

"Dia sihat. Cuma bayi dalam kandungan dia lemah." Arian buang keluhan kecil. Niatnya hendak keluarkan Citra dari penjara akhirnya dilaksanakan. Lagi pula Citra sekarang sudah menjadi isterinya. Cuma dia tinggalkan Citra di rumah sewanya dahulu. Rumahnya dan Farraz. Buat sementara waktu biarlah wanita itu berada di sana.

"Minggu depan dia nak bersalin kan? Awak bawa lah dia tinggal kat sini. Boleh Ummi tolong tengok tengok kan dia." Ayra bersandar pada bahu Arian.

"Can't we stop talk about her? How about my little baby here?" Arian menunduk mengusap perut Ayra sebelum kepalanya ditarik lembut kembali menghadap wajah Arian.

"Arian..."

"Tengok lah macam mana." Kepala Ayra diusap lembut.

Serabut.

Entah di mana silapnya. Dia rasakan keputusan yang dia ambil sudah cikup untuk puaskan hati semua orang. Tapi tak. Dia silap besar! Hari di mana dia beritahu Ummi tentang pernikahannya dengan Citra, Ummi mengamuk besar. Hampir saja penamparnya singgah ke wajah Arian.

Ayra mengeluh kecil. Dia tahu hubungan Arian dan Ummi sedang dingin. Ummi mengamuk besar sebab keputusan Arian. Namun, tak pula Arian jelaskan segalanya. Sekadar menyatakan anak dala kandungan Citra bukan anaknya dan sekadar menikahi Citra atas dasar tanggungjawab sesama keluarga. "Nanti Ummi baiklah tu. Ummi marah tak lama."

Nak tak nak Arian anggukkan kepala. "Nanti abang tengok kesihatan dia. Abang takut kalau dia masih tak sihat."

Bukan apa, Citra sekarang sedang dalam pemantauan rapi. Ada beberapa orang jururawat yang memantaunya di sana. Lagi pula kebelakangan ini wanita itu kerap berhalusinasi. Sekejap menangis. Sekejap ketawa. Arian cuma beranggapan wanita itu stress dengan kehilangan Mak Ngah.

"Jangan risau. Saya yakin dia boleh sembuh." Dalam diam Ayra ukir senyuman nipis di bibir.

Orang tulus memang cintanya itu gagal terus ya?

Melihat kebisuan Arian, Ayra tarik wajah itu menghadapnya. "Arian, I've learned to be tough and to keep my heart in check when necessary. I've learned that history does not always repeat itself, and that sometimes you have to let go and move forward to receive the blessings you deserve."

Pipi Arian di usap lembut. Wajah itu di tatap lembut. Menerima Arian semula ke dalam hidupnya buatkan dirinya lebih tenang. Walau sampai saat ini dia tak mengerti sebab di sebalik setiap keputusan lelaki itu.

Mungkin...

Mungkin juga dia sudah sembuh...

Tapi dia takut andai sembuhnya diikuti dengan mati rasa.

Arian tersenyum kelat.

"Don't worry, lifeline. I'm good." Sekadar menyedapkan hati Ayra memujuk lembut. Arian usap jemari Ayra yang mengelus pipinya.

"Silence has a voice but it needs a soul that understands it." Kata kata Ayra buatkan Arian pejam mata sambil mengucup dahi wanita itu.


Bunyi telefon berdering buatkan Ayra terpisat pisat bangun dari tidur. Sempat matanya mengerling jam di dinding. 2 pagi. Toleh ke sebelah dia lihat Arian sudah terlelap dengan keadaan duduk bersandar pada sofa. Dalam diam Ayra simpan rasa kagum pada lelaki itu. Lelaki itu sanggup beralah untuk tidur di atas sofa hanya kerana Ayra kurang selesa malam tadi.

Sekali lagi deringan telefon buatkan Ayra berpaling. Telefon Ayra. Kemudian dia toleh semula memandang Arian. Dia ni memang tak nak bangun ke?

Perlahan lahan Ayra bangkit dari katil. Telefon Arian dicapai. Lihat saja nama pemanggil terus dia buka langkah mendekati Arian.

"Awak..." Bahu Arian dicuit sedikit. Lihat saja lelaki itu bergerak gerak terus Ayra hulur telefon milik Arian.

"Nurse yang jaga Citra tu call..."

Arian mengeluh kecil. Malas malas di sambut huluran itu. Sempat lengan Ayra dicapai agar duduk di sebelahnya. Jemari Ayra digenggam erat sambil sebelah lagi tanganya melekapkan telefon ke telinga.

"Hello?"

Ayra di sebelah dipandang sekilas. Sempat rambut wanita itu ditolak ke belakang telinga.

"What?!" Arian bangkit dari duduk. Nafasnya turun naik akibat terkejut. Matanya meliar memandang sekeliling sebelum dia melangkah laju mencapai dompet di atas meja. Sedar tak sedar dia heret Ayra melangkah bersamanya buatkan Ayra yang mengikut sudah berkerut tak mengerti.

"Sekejap! Saya datang sekarang!" Kelam kabut Arian saat ini sehingga lah dia rasakan lengannya di tarik.

"Awak nak bawa saya ke mana?"

"Huh?"

"Awak heret saya sekali." Ayra tunjuk jemari mereka yang bertaut erat.

"Abang... Abang..." Mata Arian meliar memandang sekeliling. Blur! Panic!

"Awak kenapa ni?"

"Citra nak bersalin!"

Serasa hendak jatuh rahang Ayra mendengar. Tak pasal pasal dia pun ikut panik!

"Dah tu awak buat apa dekat sini? Pergi! Dia perlukan awak!" Serentak itu bahu Arian ditolak ke arah pintu.

"Betul. Tapi..." Arian berlari ke arah almari pakaian. Laci di tarik kasar sehingga terlepas laci itu dari kedudukan asal. Tangannya lincah menyelongkar sehingga dia temui apa yang dia inginkan.

"Sayang kena ikut abang." Arian berlari anak ke arah Ayra. Tudung disarung ke kepala Ayra. Jaket miliknya juga di sarung ke tubuh wanita itu.

"Eh! Bukan saya yang nak bersalin!" Tak sempat mencerna apa yang terjadi Ayra kembali tersentak bila tubuhnya disauk ke dalam dukungan lelaki itu. Terus saja dia berpaut pada leher Arian.

"Tahu. Tapi abang perlukan kekuatan sayang. Abang takut... Abang takut kalau abang tersilap lagi..." Sambil melangkah Arian membalas. Ada sinar ketakutan pada matanya buatkan Ayra kelu. Perlahan jemarinya naik mengusap dada Arian. Berharap agar lelaki itu lebih tenang.

Ayra lihat saja Arian yang duduk di sebelahnya. Sudah 30 minit mereka tiba namun khabar dari doktor belum jua kunjung tiba. Bahu Arian diusap lembut cuba menenangkan hati lelaki itu. Dia tahu Arian risau. Dia tahu Arian takut.

Bunyi pintu dikuak buatkan kedua dua mereka mendonggak. Masing masing sudah bangkit menanti berita dari doktor.

"Awak suami pesakit?"

Arian angguk. Mukanya tak beriak namun kepalanya sudah haru biru dengan pelbagai perkara.

"Keadaan puan Citra agak teruk. Tubuh dia lemah semasa dia tiba di sini." Doktor wanita itu tarik nafas sebelum matanya naik memandang dua tubuh di hadapannya.

"Maaf, kami tak dapat selamatkan bayi dalam kandungan dia. Bayi lemas dalam perut."

Arian dan Ayra kelu.

"Mengikut rekod kesihatan, bayi puan Citra lebih kecil dari usianya. Lagi pula rekod sebelum ni ada nyatakan yang puan Citra kerap ambil ubat tahan sakit secara berlebihan. Buat masa ni, kita tunggu hingga puan Citra sedar. Dia mungkin perlukan rehat."

"Maafkan kami."

Melihat kebisuan Arian, Ayra mengangguk membalas kata kata doktor tersebut. Tubuh Arian di tarik untuk duduk di atas kerusi bila mana doktor tersebut sudah brrlalu pergi.

"Abang gagal lagi ke sayang?" Arian menunduk memandang lantai.

"Tak, abang tak gagal." Tubuh Arian di tarik ke dalam dakapan.

Ya, Allah.

Jangan biarkan pelindungku terus rapuh.

Berikan dia kekuatan, Ya Allah.

Kasihani dia.

"Abang punca Citra selalu ambil ubat tahan sakit tu. Abang punca Citra hilang anak dia..."

"Tak. Ni semua takdir." Tak henti tubuh itu diusap bagaikan anak kecil.

"Sayang terlalu kuat."

Ayra tersenyum kelat. Andai saja Arian tahu bahawa dirinya yang sekarang adalah keretakan diri yang telah dia cantumkan menjadi satu. Tak teguh tapi semoga dia kekal kuat.

"You look so calm..."

"Yes, I am. But, Wallahi only Allah knows how broken my heart is."

Ucapan Ayra buatkan Arian kelu. Bening mata itu penuh luka. Terlalu banyak dia lukakan hati seorang isteri hinggakan dia tak tahu bahagian mana yang perlu dia rawat terlebih dahulu.

"Abang minta maaf kalau sepanjang perkahwinan ni abang banyak lukakan sayang."

"Yes, you're." Ayra mengangguk tak menafikan.

"But I know that both of us are tired too. We lose our beloved one. We lose our motivation. We lose our happiness. We even lose ourselves. Yet, we still wake up and put a smile on face. So that, you dont have to worry about me. And I don't have to worry about you." Bibir Ayra melakar senyuman kecil.

"How come... How come you still accept me after all the bad things I've done?"

"Cause I want you and our child need you. Anak kita perlukan keluarga yang sempurna. Dia perlukan kita berdua. Tak apa, kita korbankan diri kita untuk berikan keluarga yang terbaik... Untuk anak ni..." Ayra usap perutnya. Tak ada lagi air mata yang mengalir. Ya, disaat dia ikhlaskan maka dia juga ikhlaskan segala hal. Termasuklah hatinya. Jiwanya. Dan perasaannya. Segalanya.

"It’s all about mindset. Act it and you become it. Act happy and you become positive. Life changes when your mindset does." Matanya naik memandang Arian. Sejenak sebelum dia larikan anak matanya. Sakitnya bila dia terpaksa ikhlaskan perkongsian ini. Berkongsi suami? Tak semua mampu.

"Mari kita jenguk Citra." Ayra bangkit dari duduk. Lengan Arian ditarik bersama. Walau hati tak rela, dia kuatkan jua.

Kau yang pilih jalan ini Ayra.

Continue Reading

You'll Also Like

28.2K 1.7K 62
ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR)...
22.1K 1.3K 28
HAWA DALILA × HARRAZ DZAQWAN
291K 19.5K 32
[SELESAI] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa gadis yang sedang taat dengan Allah dan mematuh...
162K 10.3K 32
Adam Hirdy | Azalea