Kerana Cinta

By N_aqilla

40.1K 3K 446

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog

Bab 55

241 28 15
By N_aqilla

Normalize not forcing connections. if someone can't see the value in having you by their side, don't try to convince them.

Sekali.

Dua kali.

Masuk kali ketiga menoleh ke arah yang sama, Ayra lepaskan keluhan kecil. Ni dah kenapa muka masing masing macam tapai basi? Dia yang sakit ni rasa nak koma pula bila tengok muka semua orang yang datang seolah olah kehabisan stok senyuman. Dah lah dalam tempoh seminggu hanya Ummi yang melawatnya. Arian hilang entah ke mana. Setelah seminggu baru datang jenguk dia. Katanya nak selesaikan kes Citra namun jangka masa yang diambil terlalu lama buatkan dia ragu ragu.

Arian di penjuru kanan bilik sejak tadi tunduk memandang telefon. Taufik pula duduk di sofa sambil merenung tajam luar tingkap. Nawra di sebelahnya...

Hm, ni lagi sorang. Sejak tadi duk membebel tak jelas dengan kandungannya.

"Nawra..." Ayra tundukkan sedikit tubuh mendekati telinga Nawra.

Nawra jongket kening.

"Arian dengan Taufik tu... Kenapa?" Terluah jua soalan itu dari bibir Ayra. Bukan apa sejak dua lelaki itu masuk ke biliknya, dia dapat rasakan aura tegang antara dua lelaki itu.

"Entah. Tanyalah husband you sendiri." Nawra mendengus kasar. Sakit hati juga dia bila dengar 'laporan' dari Taufik. Mujur saja dia sedang mengandung. Kalau tak, dah lama dia sepak terajang Arian tu biar sedar sikit.

Ayra mengeluh. Tak membantu langsung. "Arian..."

"Yes, lifeline." Arian mendonggak memandang isterinya di atas katil.

"Sakit kat mana?" Buka langkah Arian mendekati Ayra yang berkerut kerut memandangnya.

"Tak sakit." Ayra menggeleng. Sekilas dia mengerling ke arah pasangan suami isteri yang ada di dalam bilik tidurnya. Hubungannya dengan Arian? Entahlah nak kata dah pulih, tak juga. Nak kata masih keruh pun tak juga. Hubungan mereka mendatar. Ada komunikasi dua hala yang wujud antara mereka. Masing masing cuba memulihkan hubungan ini. Ayra dengan caranya. Dan Arian... Entahlah, lelaki itu banyak mendiamkan diri.

Nafas ditarik. "Awak bergaduh ke dengan Taufik?"

Bam!

Terhinggut bahu Ayra dan Nawra. Semua mata berpaling memandang Taufik yang menghentak kasar cawan di tangannya. Bergema seisi bilik.

"Terkejut baby..." Serentak Ayra dan Nawra usap perut masing masing. Nawra sudah menjeling tajam suaminya. Nak marah pun bertempat lah! Terberanak kat sini kang!

"Sorry, wife. Sorry, Ayra. I keluar sekejap tau, wife. Bilik ni rasa bahang lagi lagi ada orang keras kepala kat sini." Taufik bangun dari duduk.

Ayra kerutkan kening tak mengerti dengan tingkah orang orang yang hadir hari ini. "Awak dengan Taufik bergaduh ke?"

Arian buang keluhan. Nawra pasang riak jengkel. "I nak pujuk husband I. Mesti dia penat nasihatkan orang tak reti pakai otak elok elok."

Walau tak mengerti Ayra tetap mengangguk menghantar pemergian Nawra. Hilang saja tubuh itu di balik pintu, Ayra kalih pandangan pada Arian yang juga berura ura hendak keluar. Segera pergelangan tangan itu ditarik sedikit kuat.

Arian berpaling dengan kerutan. Tangan Ayra yang mencengkam ditolak lembut sebelum dia tarik nafas panjang.

"Tangan awak berbalut. Kenapa?" Kening Ayra berkerut. Bukannya dia tak rasakan ada balutan kain kasa nipis di tangan itu.

"Tak ada apa."

"Jangan tipu saya lagi."

"I can't hold myself from doing that."

Rahang Ayra seakan hendak jatuh. Lengan baju Arian ditolak ke atas. Serentak itu dia tekup mulut memandang balutan di tangan itu. Ada kesan darah merah yang mencemari balutan putih itu. Mungkin genggamannya sebentar tadi terlalu kuat.

"Awak..." Berkaca mata Ayra mendengar pengakuan itu. Jemari Arian digenggam erat. Usah risau. Dia sudah lupakan kenangan pahit itu. Buka buku baru. Dia mahukan keluarga yang sempurna. Masjid yang mereka susah payah bina tak boleh runtuh dengan mudah.

"Maaf..." Arian menunduk kesal. Dahulu dia pernah berjanji tak akan lukakan dirinya lagi. Tapi sekarang? Dia sudah tak mampu bertahan.

"Maaf, saya khianati awak." Kali ini air mata Arian murah sekali jatuh mengalir. Menitik nitik air matanya jatuh ke atas tangan kecil Ayra.

"Tak perlu minta maaf. Tak apa. Awak ada saya." Ayra tarik wajah Arian agar memandangnya. Air mata di pipi lelaki itu dikesat lembut.

"Maaf..." Berkali kali kata maaf meniti di bibir Arian buatkan Ayra binggung tak mengerti.

"Tak apa..." Dan berkali kali jua Ayra memujuk suaminya walau air matanya juga jatuh membasahi pipi.

"Abang dah nikah dengan Citra."

Bagai di panah petir. Waktu seakan terhenti. Mata Ayra membulat mendengar ucapan yang keluar dari bibir lelaki itu.

"A...apa? Saya salah dengar kan?"

Geleng. Kali ini Arian menggeleng buatkan Ayra terhempap dengan realiti.

Ya Allah, dugaan apa lagi kali ini?

"Maaf..."

"Awak tipu saya Arian? Awak khianati saya lagi?" Bibir Ayra bergetar halus menahan rasa.

Arian menggeleng. "Abang terpaksa sayang... Mak Ngah... Mak Ngah dah tak ada... Dia meninggal sehari selepas abang sumbat Citra dalam penjara." Arian cuba capai tangan isterinya bila Ayra menolak tangannya.

"Citra nak bunuh diri. Abang tak tahu nak buat apa... Abang terpaksa nikahi dia... Dan..."

Anak mata Ayra naik memandang kornea mata Arian. Dia tahu lelaki itu juga terluka. Terluka dengan kaca yang dia genggam erat. Mereka sama sama terluka.

"Dan abang dah tarik semula report."

"Arian!" Tak dapat menahan rasa, naik seoktaf nada Ayra. Jemarinya bergetar mendengar setiap pengakuan yang keluar dari bibir Arian.

"Awak bukan saja khianati saya tapi awak juga khianati Farraz! Awak sedar ke tak ni Arian?"

"Maafkan abang... Abang lemah... Abang lelaki tak guna... Abang tak dapat memilih... Citra dah tak ada sesiapa Ayra. Pak Ngah dan Mak Ngah dah bercerai. Pak Ngah tak nak ambil tahu soal kehidupan Citra lagi. Dia hanya ada kita..."

"How about me? Awak ketepikan perasaan saya."

"Abang tahu. Abang juga terluka sama, sayang." Arian menunduk. Bahunya terhingut hinggut. Lemahnya dia sebagai seorang lelaki. Sebagai seorang suami. Sebagai seorang pemimpin.

Ayra kelu. Tak sedar bukan hanya dia yang menanggung rasa sakit ini. Tapi, Arian. Lelaki itu juga sama.

Menanggung peritnya luka yang dilakar orang lain. Pentingkan diri kah dia? Selfish kah dia bila hanya memikirkan sakitnya luka yang dilakar pada dirinya tanpa sedar Arian sedang menggengam kaca bahkan turut melukakan diri lelaki itu sendiri. Perlahan nafasnya dihela. Ikhlaskan. Terima seadanya. Usah takut lagi Ayra. Pengorbanan ini akan melakar bahagia kelak.

"Tak apa. Jangan nangis. Saya ada untuk awak." Entah dari mana kekuatan diserap masuk, Ayra tarik tubuh Arian merapat.

"Tak apa... Awak dah lakukan yang terbaik..." Belakang tubuh Arian diusap lembut dengan linangan air mata yang mengalir tak henti.

Kuatkan aku, Ya Allah.

Bantu aku.

Ikhlaskan aku.

Anak ini layak dapatkan keluarga yang sempurna.

"Maaf..."

"Tak apa. Saya ikhlaskan semuanya. Jangan nangis lagi. Awak ada saya." Berkali kali ayat itu dia ucapkan.

Ayra sedang memujuk Arian atau sedang memujuk jiwa sendiri?

Mereka sama sama hancur.

Mereka sama sama sakit.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Adakah mereka tersilap percaturan?

Atau mereka yang tak kuat menempuh rintangan bersama?

Lost an opportunity, got betrayed, got hurt, and had to accept everything all in one day.

Sakitnya tak sesakit dahulu. Tak mengapa.

"I always act like I'm strong but I'm really not." Senyuman pahit terukir di bibir.

"Tak mengapa, awak dah lakukan yang terbaik. Sekarang saya nak awak berehat. I know how tired you are. You did a good job. Tak semua orang mampu pertahankan keluarga dalam keadaan macam ni." Belakang tubuh Arian di usap lembut. Air mata di pipi di biarkan mengalir. Lembutkan hati ini. Dia lakukan semuanya untuk anak mereka. Andai perpisahan menjadi pilihan mereka, dia tak mahu anaknya membesar tanpa sosok bapa di sisi. Dia tak mahu anak ini rasakan kekurangan. Tak mengapa, biar dia yang tanggung rasa sakit ini.

Mungkin dengan memaafkan, hati akan jauh lebih tenang dan damai.

Menerima apa yang tidak bisa diubah.

Memaafkan semua yang gagal diupayakan.

Memaafkan segala hal yang membuat diri jatuh, patah dan meninggalkan luka

Ikhlaskan.

Ikhlaskan luka ini.

Kelak ianya akan sembuh jua.








Semua orang sedang terluka dengan cara yang berbeza.

Continue Reading

You'll Also Like

20.3K 1.5K 20
[T A M A T] +s h o r t _ s t o r y "Kau nak tahu tak permainan apa yang paling bodoh aku pernah buat?"-Harash Daniel "Permainan paling bodoh? Erm ta...
48.7K 2.4K 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai A...
915K 29.9K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
353K 12.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...