"Assalamualaikum bakal-bakal jenazah!"cetus satu suara dari pintu.
"Kak Qaseh, pandang siapa?" Tanya kelibat-kelibat yang baru masuk.
Muka Qaseh dah mencuka dan pandangan yang diberikan. Bukan main-main tajamnya. Namun, masam tetap masam, mata dia masih meliar mencari kelibat pujaan hati, Aziq.
"Senyaplah, leher. Dahlah tak de leher , acah player rugby. Alahhh." Balas Qaseh.
"Kau pun, buncit! Banyak makan, kerja nak makan ke!" Balasnya lagi.
"Entah kau, buncit. Banyak makan."
Kata YB, dia yang olok Qaseh tapi dia tak kena sembur pun. Kawan-kawan dia yang kena. Sian Hasan aka. buncit
"Aku tak cakap apa pun, aku jugak yang kena." Dengan muka yang acah innocent.
"Seny-" belum sempat habis ayat Qaseh.
"Assalamualaikum." Ahli syurga dah masuk. Pujaan Hati Qaseh lah tu.
Qaseh terus senyap, kelibat-kelibat tu pun ambil kesempatan untuk membuat bunyi-bunyi yang nak minta penampar.
"Botak, jadual hari ni apa?" Tanya Bob. Nama je macam gangster tapi dia ni baik sangat.
"Pagi ni ada RBT." Kata-kata tu mampu hancurkan mood sekelas.
"ISHHHH!" Kata Dina tak puas hati. Basirah hanya menayangkan muka nonchalant nya.
"Wei, projek ni.....macam mana!" Ucap Merah kepada Bas.
Tapi bas, dia hanya mengangkat bahu sambil makan kismis diambil dari Dewan Selera. Nonchalant.
Merah hanya menahan sabar. Kami semua dah mula mengorek loker masing-masing untuk keluarkan segala folio, lakaran, idea projek dan sebagainya. Pinggang ni nak patah angkat segala mak nenek kertas.
"Ish, aku ni penatlah nak angkat segala mak nenek kertas ni. Sekolah ni kan sekolah sains berasmara penuh tapi kenapa kena ada RBT juga. RBT ni menyusahkan, tahu. Otak aku ni dah kering sebab perah idea untuk projek. Dah banyak idea keluar tapi kena reject. Dia ingat kita ni engineer je."
Bebel Teha sepanjang perjalanan ke bengkel. Mengalahkan mak cik jual karipap tepi jalan. Kami hanya tadah telinga dan gelak-gelak sebab apa yang dia cakap betul.
Kami duduk di meja batu di hadapan bengkel. Nak beratur menunggu cikgu datang, memang tercabut dulu kaki ni .
"Korang dah ada idea untuk projek ke?" Tanya Ameera dengan muka cuak.
Ada yang geleng, ada yang angguk. Adilah mengangkat bahu.
Ameera meraup muka dia, dah tertunduk dah kat meja batu. Mungkin kalau diikutkan dia, dia dah hentak kepala dia kat meja tu.
"Tak yah gelabah sangatlah, partner kau okay je." Mata tertumpu pada Teha.
"Apa?" Berkerut seribu muka dia.
"Projek RBT." Pendek aja balas Ameera.
"Bapak aku ada bagi idea, jangan risau." Balas Teha.
Ameera terus melepaskan nafas dengan lega. Habis dah beban kat bahu dia.
KTAK. KTAK. KTAK. Terus badan jadi tegak, kaki automatik berlari untuk beratur di hadapan bengkel.
"Masuk." Kami hanya menunduk dan mengikut arahan.
Masuk je terus kami duduk pada kerusi. Kerusi yang kat makmal tu, yang sakitkan tulang belakang. Seksanya duduk sini.
"Projek?" Satu kata yang membuat kami boleh kencing dalam seluar tapi ada beberapa dah mula ke hadapan untuk menunjukkan hasil-hasil perahan idea pada malam semalam. Malam? Sampai jam 2 pagi pun ada.
"REJECT! REJECT! REJECT!" Semua duduk di tempat semula dengan muka yang pasrah. Ada yang dah menangis pun ada.
"Ini ke kualiti budak asrama sekarang? Yang lain mana idea projek? Diz? Awak presiden tak tulis homework ke dekat papan tulis. Borang kat sini belajar je tau, ada ke yang tolong mak jual karipap, ada?"
Dan dengan itu, mula lah sesi penceramah yang tidak berbayar. Kami? Angguk....angguk....angguk.
1 jam 20 minit kemudian...
"Terima kasih, miss....maafkan kami, miss." Kaki dah bergegar keluar bengkel. Hampir 2 jam duduk je dalam tu. Adoi! Sakit tapi terpaksa juga berjalan walaupun lambat.
"Kita dah lambat dah ni, subjek apa lepas ni?" Tanya aku semasa kami dah berada di hadapan kelas.
"Eh, tak de lah. Tak de subjek." Celah cikgu dari dalam. Miss dah mengangkat barang-barangnya.
"M-miss...miss nak pergi mana?" Tepuk dahi dah kami bila miss hanya buat bodoh dengan soalan tu dan pergi.
"Ya Allah, apa dugaan pagi-pagi ni." Kata Syiqin yang dah menghempas folio di mejanya.
Kami dah menekup muka, badan dah lonlai gila. Miss marah, cikgu merajuk. Penattttttlahhhh.
_______________________________________
"weh, kerusi ni aku punyalah! Kau ambillah kerusi kau ni. Rembat kerusi aku macam bapak kau punya!" Mamat terpaling acah ni dah bising pulak!
Botak ni memang macam ni Baru nak menenteramkan hati dengan baca novel lepas penat dengan sesi akedemik.
"Kau ambik lah kerusi lain, aku nak pinjam kejap je." Selamba aku cakap kat dia.
Beraninya kau ni Shy! Member dah lah baran! Dari hujung kelas boleh nampak Qaseh tengah gelak ala vibrate dengan dhania yang buat muka meluat. Yang si YB ni apahal tetiba datang kat tengah nak kena pukul ke?
"Aduh Botak, lawaklah kau ni! HAHAHA." YB gelak tak ingat dunia.
Aku macam aikk, kenapa gelak? Muka Botak dah merah dah ni. Okay, aku tahu nak buat apa sekarang.
"Nah, ambik kerusi kau balik." Aku bangun dan pergi tarik kerusi berdekatan dgn aku. Ambik kerusi sendiri? Aku malas.
YB masih mengikut si botak. Matilah dedua tu dah lah baran! Aku buat bodoh dan sambung baca novel. What I supposed to do? kalau betul dia orang nak buka gelanggang MMA sekalipun, Aku persilakan. Sebab perkara ni bukan first time jadi. Why not? dapat aku tengok aksi plus drama waktu prep ni. HAHAHAHA.
"SHY!!" Nah,budak kecil seorang ni. Dina, budaknya kecil tapi percayalah dia ni terpaling suka cari pasal dan dia ni penaik mood kami jugalah.
"Yo, Yo, Yo, Yo". Ouh trend ni! Aku ni tak bawa phone sebab aku ni ikut peraturan, bukan macam dia orang. but sebab faktor persekitaran aku tahu trend ni. aku pun balas lah trend tu!
"Mantap doh, Shy!" Melompat pulak minah ni sebijik macam toyol. HEHEHE.
"I know" acah style flip rambut versi tudung dua lapis. So Slay!
"Turn kau pula, Tuan" Jangan silap dari nama. Dia ni perempuan, "Tuan" tu faktor keturunan dia tapi kami lebih suka panggil dia "Tuan" dibandingkan nama sebenar dia. Tuan balas juga, Mantap doh!
Tangan yang dia buat macam gaya pistol tu ditukar dan menunjuk ke arah Bas pula. Bas ni nama pendek dia. Jujur kata dia paling cantik dan kelas. First Bas, second Tuan, third Essa. Kebanyakkan semua perempuan dalam kelas ni cantik aja.
"Kau ni kenapa, sial!" dan terjadi lagi. member dah pijak orang. Dia Aqil aka Gluteus Maximus. Why? bontot dia besar, pelik sebab dia laki tapi lagi besar dari perempuan. Insecure aku!
"Aqil, sakitlah!" Cuba untuk melawan walaupun kepala dah kena pijak.
Raja aka dahi luas, jelas dan terang kenapa aku gelarkan dia macam tu. Kaki member tepat kena sumber keturunan Aqil. Damn so hurt! Masing-masing nak lepaskan diri punya pasal. Bagus juga movie tengah petang macam ni.
"Kenapa tu?" Essa, happy go lucky girl and pinky girlie tapi dia ni busybody macam aku. HIHIHI
"Raja main nama awek dia". Selamba Amar jawab dari luar kelas. Dia selamba sebab dia tahu 2 makhluk tu tak dengar, bayangkan dia orang dengar. Gelanggang MMA pula buka kat tengah-tengah koridor kelas.
Seorang tanya, seorang jawab tapi 28 minus 2 orang makhluk tadi, dengar perbualan Amar dan Essa. Semua jenis busybody termasuk aku.
"Jam dah menunjukkan pukul 16:25 to clear aras with me. Salah satu faktor kenapa aku ikut peraturan sebab jawatan pengawas sekolah yang aku pikul. Kalau tak, aku sesama naik dengan dia orang.
"pelajar pantaskan pergerakan anda!" berkat suara mikrofon aku ni. Aku tak perlu nak bergerak ke setiap kelas untuk suruh dia orang keluar kelas This is my prep ended everyday!