TOMBOY SEASON 5 - The Supreme...

By FirTreeJune

4.7K 510 410

10 tahun yang lalu, Fir Tandingan dan Jonaz mengorbankan nyawa mereka untuk memberi peluang kepada kawan-kawa... More

Kepulangan - Part 1
Test Power - Part 2
#THROWBACK 'Sayonara Mempy' - Part 3
Cincin Menanti Mimpi - Part 4
Keturunan Rogon Rundawi - Part 5
Asal Usul Putera Rundawi - Part 6
Kerajaan Rundawi - Part 7
Kelahiran Cham - Part 8
A Family Tree - Part 9
You're Not Welcome - Part 10
The Clue - Part 11
Endless Love - Part 12
Merentasi Alam - Part 13
Bambarayon - Part 14
Face to Face - Part 15
Bersatu Kembali - Part 16
RINGKASAN BAGI YANG MALAS MAU BACA BALIK
Faith a.k.a Si Raja Naga - Part 17
Pertarungan Ratu dan Raja Rundawi - Part 18
Luca, Ratu dan Kuma - Part 19
The King of kings - Part 20
I Love You, Beloved - Part 21

The Final Journey - Part 22

30 1 6
By FirTreeJune

"Ahh.... ", Tedd yang dipangku oleh Jonaz dan Fir Tandingan tiba-tiba berhenti secara mengejut sambil memegang dadanya dengan muka kesakitan.

"Tedd, what's wrong?!" Tanya Jonaz dengan sedikit cemas lantas berhenti dan menolongnya untuk duduk walaupun dia tahu mereka mesti terus meneruskan perjalanan di dalam Nunuk Ragang itu. Persetan semua, Tedd ini mesti merasa sukar untuk berjalan dengan kondisinya yang cedera begini, kata si anak Indon itu dalam hati. Sangat kasihan dia dengan kawan lamanya itu, digebuk oleh isterinya sendiri si Lucy, itu sih belum masuk lagi tiba-tiba perempuan itu menjelma menjadi naga. Kalau terjadi sama aku, nescaya aku sudah mati kedua kali, rintih hati kecilnya lagi.

"Tedd, ko okey? Sakit sangat ka? Kita rehatlah sekejap ar," Fir Tandingan ikut duduk di sebelah anak buahnya. Masih segar di matanya apabila menyaksikan si Tedd terhempas di depan mata tatkala Lucy berubah menjadi orang lain. Kerana terlalu sedih,  sepanjang jalan selepas mereka masuk ke dalam Nunuk Ragang, tidak berhenti henti dia mengalirkan airmata. Jonaz sendiri pun tidak larat memujuknya dan terpaksa membiarkan dirinya reda dengan sendiri. 

"Jonaz... I'm worried for my wife. My chest hurts so much thinking about her," mengalir airmata jantan si Tedd sambil tangannya masih mencengkam dadanya dengan kuat.

"Aku percaya Lucy ngak apa-apa, Tedd. She will be fine," kata Jonaz menenangkan anak buah isterinya itu.

"Ondu, mari kasi terus perjalanan. Bahaya kalau kita berenti di tengah jalan," Odu Sambak menghulurkan tangannya pada Tedd. 

"Angkat dia, onong. Kita patut inda buli berenti, kalau inda perkara buruk akan terjadi," bilang Odu Yanis menepuk bahu Fir Tandingan. Mahu tidak mahu, Jonaz dan Fir Tandingan terpaksa berdiri sambil memangku Tedd. 

"Odu... bini sy, macam mana dia? Inda bulikah kita balik pigi ambil dia?" Tedd menanya pada Odu Sambak, enggan meneruskan langkah sebelum soalannya dijawab. Molohing itu menundukkan kepala.

"Jalanlah, kita tidak buli lambat-lambat lagi, bini ko tahu apa yang dia buat jadi jangan sia-siakan harapan dia sama kita," muncul Odu Jipun memberi kata putus pada Tedd, samada kata-kata itu adalah jawapan yang ingin Tedd dengar, atau merupakan amaran yang mesti dipatuhi. Giliran Tedd menundukkan kepala, kelopak matanya sekali lagi digenangi airmata. Dia pasrah dan sebelum kakinya memulai langkah, setulus hatinya bersumpah; Luc, I'll be waiting for you to come back by my side, or I will follow you wherever you go, sweetheart. Remember that, don't forget about us, don't forget my vows, even death wouldn't dare to separate us....

Dan pada detik itu juga jalanan di Nunuk Ragang mula beralun membuatkan mereka terumbang ambing seperti berada di atas ombak.

"Sikapai noh mamanau, kada no doh mindorong dorong mantad doh baino nung muhang dikoyu gumuli id pomuganan! (Cepatlah jalan, jangan lagi singgah-singgah mula dari sekarang kalau kamu semua mau balik ke dunia (manusia)!," Sergah Odu Jipun. Dari riak mukanya, dia sudah dapat mengagak perkara yang tidak diingini akan berlaku sebentar lagi.

Menyedari mereka telah melanggar pantang, rentak kaki segera dipercepatkan. Tiada lagi bantahan atau keluhan namun di wajah masing-masing terpampan harapan agar semua ini berakhir dengan cepat dan mereka yang datang ke Bambarayon selamat kembali ke dunia manusia.

"Kelv, ko okey?" Kirana yang berjalan seiringan dengannya tiba-tiba bertanya. Selalunya dia atau siapa-siapa di antara mereka (maksudnya antara Kelv, Earl, Odeth, Cham dan dirinya) tidak pernah mengambil berat tentang perasaan masing-masing sebab mungkin sudah terlalu biasa bermain dan bergurau senda.

"I wanna go home but I wanted to stay as well, sy indatau," pertama kali juga dia menerima jawapan paling serius dari kawan rapatnya itu (dia tahu secara paranormal, mereka adalah adik beradik kembar).

"Sy rasa begitu juga. Am reluctant to leave but I wanna see grandma," Kirana menahan dirinya dari menangis, tiba-tiba dia berasa emo yang teramat. Kelv menggenggam tangannya erat-erat.

"I wish we could have more time to decide, am half and half now tapi si Earl pun masih di sana, I know my mom couldn't take it if we're both not back home," airmata Kelv menitis, duluan tewas dari "saudara kembarnya".

"Kelv..," Kirana merangkul kepala Kelv erat-erat. Ketika berjumpa dengan ibubapa mereka yang sebenar di Bambarayon, perkara pertama yang mereka diberitahu adalah dia merupakan anak pertama dan Kelv itu adik kembarnya. Secara otomatik dia berasa tanggungjawabnya sebagai kakak adalah untuk menyokong dan berkongsi suka dan duka bersama adiknya. 

Hancur luruh hati Fir Tandingan dan Jonaz yang berjalan di belakang Kelv dan Kirana yang sedari tadi mendengarkan perbualan "kembar mereka" itu. Mereka tidak bermaksud untuk meminta budak-budak itu membelah bagikan kasih sayang antara mereka suami isteri dan keluarga mereka di dunia manusia. Fir Tandingan menggigit bibir menahan tangis. Jonaz yang memahami perasaan isterinya menggelengkan kepala, memberi isyarat supaya jangan sampai budak-budak itu mengetahui kesedihannya. Fir Tandingan mengangguk. Tedd yang dipangku mereka juga diam membisu. Budak-budak yang belum akhil baligh pun boleh merasa sedih begini, apa lagi yang dewasa seperti mereka, yang sudah menjalani hidup hampir setengah abad bersama. Perasaan ini membuatkan dada Tedd rasa terhimpit seolah-oleh tiada bekalan oksigen dibekalkan di saluran darahnya. Jantungnya dirasakan semakin mengembang dan seperti ruang di dalam dadanya tidak cukup untuk menampung size organnya itu.

"Arggghhh!!" Untuk kedua kalinya Teddd jatuh, kali ini dia berlutut sambil mencengkam dadanya  sementara mulutnya ternganga nganga seperti ikan kehabisan nafas. Dan serentak itu juga tanah tempat mereka berpijak iba-tiba retak dan berbelah-belah, alunan yang tadinya masih mampu ditangani menjadi dua kali lipat gegarananya membuatkan badan mereka susah untuk diimbagi.

WUUUUUUUUUUUUUU... VIIIIIIUUUUUUUUU ...WOOOOOSHHHH

Angin kencang entah dari mana datang tiba-tiba memenuhi ruangan di Nunuk Ragang, membuatkan perjalanan mereka semakin susah untuk maju ke depan. 

"Molohing semua! Teruskan perjalanan, jangan berhenti!", Teriak si Odu Jipun dan segera mendekati Tedd dengan cemas. "Kamu pun jangan berhenti! Jalan!" Perintahnya dengan tegas pada Fir Tandingan dan Jonaz sekaligus si suami isteri itu menggapai tangan Kelv dan Kirana, berusaha untuk lari walaupun agak sukar kerana angin kuat yang mengganggu penglihatan dan ditambah dengan lantai tanah yang berlipat-lipat dan bergerak setiap masa.

"Odu! Nampak sudah!" Odu Masai yang berada di depan sekali dengan Odeth berteriak. "Mari onong, pigang tangan sy, ko pigi sebelah sana!" Jerit Odu Masai mengarahkan si Odeth. "Pigang kuat-kuat, jangan kasi lepas!" Teriak si Odu Masai. Odeth tidak membantah, seperti sudah tahu apa yang perlu dibuatnya. Don't let go, don't let go! Perkataan itu balik-balik dimainkan Odeth di dalam kepala otaknya.

"Aiso no dii wulan pamatarang doh ralan nga id tinan idd sumilou poposunud sunduon kumaa disio pomogunan. Nasalasai noh pawayaan omm gumuli noh hinonggo norikatan doi ditti sunduan doh huguon. Amu nodi kiruba, auh nodi kotutun Huguan di Tagayo tu ruminompos om nogulion doi tama dii tagayo, id pinolisok hilod id rundawi om ginumuli dii rusod id hamin kinorohingan. Okubo noh ralan disio, kada tutupai koginawaan. Osomok noh doi ditti pomogunan gulio noh poimpasai siliwo noh do matai. Gulii noh, suang noh sunduan huguon doh ngawi"

Badan Odu Masai dan Odeth yang bergandingan itu tiba-tiba dipenuhi cahaya  terang dan dari regangan tangan mereka, terbuka satu ruang yang dipenuhi dengan putaran angin dan kilat seakan-akan ada dimensi lain di dalamnya. 

"Sikapai noh (cepatlah) tiada masa sudah ni," Odu Sambak menggesa Fir Tandingan dan Jonaz apabila mereka berhenti di depan ruang itu. Jonaz yang menggenggam tangan Kirana berlutut dan mencium dahi "anak pertamanya" itu.

"Daddy dan mamy sentiasa ada di dalam sini, aku doakan kalian bahagia sentiasa, ya?" Kata Jonaz sambil meletakkan tapak tangannya di atas dada Kirana. Anak itu terpana, airmata yang dari tadi ditahannya mengalir tanpa dia sedari.

"Kelv, Kirana. Terima kasih kerana sudi menjadi anak-anak mamy dan daddy walaupun cuma sementara. Kamu adalah harta kami yang paling berharga, jaga diri, jaga orang tuamu dengan baik," percuma untuk dia menahan airmatanya, namun masih mampu membekalkan senyuman perpisahan kepada "anak-anaknya".

"Dad, mom... we," Kelv tidak dapat meneruskan kata-kata. Perkenalan yang singkat namun cukup untuk membuat mereka sangat rapat mengguris sanubarinya. 

Kirana tidak dapat berkata apa tetapi terus merangkul kedua-dua suami isteri itu. Pecah tangisannya, tersedu-sedu meratapi perpisahan yang tidak mungkin akan berulang lagi. Keempat-empat "anak beranak" itu berpeluk-pelukan dengan erat, tidak mahu meleraikan renggangan walau sesaat.

"Jonaz... Fir... sudahlah, masa sudah suntuk," kata Odu Sambak dan dia bersama Odu Tingodun segera menggamit tangan budak-budak tersebut.  Fir Tandingan terpaksa melepaskan sambil memegang dadanya kerana terlalu sebak melihat "anak-anak"nya yang akan dibawa pergi selama-lamanya. Jonaz merangkulnya dari belakang, sedaya upaya menahan diri agar tidak menentang hukum alam. Tidak mereka rela namun pasrah menelan kehilangan anak-anak itu untuk kedua kalinya.

Odu Sambak dan Odu Tingodun masuk ke dalam ruang bersama-sama dengan Kelv dan Kirana. Budak-budak itu menoleh ke belakang, namun seluruh badan mereka terus terputar-putar seperti roda. Semakin lama semakin ligat membuatkan kepala mereka semakin pening dan lama kelamaan penglihatan mereka menjadi gelap dan fikiran pun menjadi kosong sama seperti selembar kertas yang putih bersih.

"Odu! Capat!" Odu Masai berteriak memanggil Odu Jipun, Luminah, Olimbu, Gimbau dan Yanis yang masih merawati Tedd yang pada masa itu masih terbaring di atas tanah. Hatinya sayu melihat lelaki itu dan lantas menatap wajah Odu Jipun.

"Nampaknya kita tiada pilihan, kita sudah buat yang terbaik dan cuma ini saja jalannya. Kamu sudah tahu keputusan dia ini," kata Odu Jipun memandang Tedd dengan hembusan nafas berat.

"Odu... tapi nanti diorang dua... keluarga diorang..." Odu Yanis tidak dapat meneruskan kata-katanya tetapi mengusapi muka Tedd dengan penuh kesedihan. Mata Tedd sudah memutih kesemuanya.

"Tidak buli undur sudah, biar dia balik sama kamu sekarang, keluarga dia sedang menunggu," Odu Jipun berdiri dan mengarahkan badan si Tedd diangkat masuk ke dalam ruang putaran yang semakin mengecil. Odu Yanis mengangguk dan dibantu oleh Odu Gimbau dan Odu Olimbu.

"Kalau kamu sudah sampai di pomogunan doh tulun, dia akan sedar kembali dan punyai masa untuk menemui keluarganya. Capatlah kamurang jalan," bilang Odu Jipun sambil mendekati si Odeth. "Ko betul-betul kuat, onong. Odu suka sama ko ini. Poinsikou (terima kasih), guli noh (baliklah), ko punya nenek rindu sudah sama ko," bilang Odu Jipun lantas mengusap kepala Odeth. Budak itu cuma terkebil-kebil namun sebelum dia sempat berkata apa-apa, Odu Masai sudah menarik tangannya masuk ke dalam ruang yang mereka wujudkan tadi. Semakin lama ruangan itu semakin kecil dan akhirnya tertutup dan hilang sama sekali meninggalkan rakyat Bambarayon bersama-sama dengan Odu Jipun di dalam Nunuk Ragang.

Odu Jipun duduk bersimpuh dan menarik nafas panjang. Dia mendongak ke atas untuk seketika dan kemudian mula menepuk-nepuk tanah dengan tapak tangannya sambil mula menyanyi dalam bahasa dusun kuno. Badannya mengikut rentak irama lagu yang mendayu-dayu, suaranya terdengar sungguh sayu. "Sy minta maaf Penghulu, ini adalah permintaan terakhir Ratu dan sudah tersurat dalam takdir. Sy tidak buli membantah," kata Odu Jipun berselang seli dengan nyanyiannya dan kadang-kadang dia berhenti sambil menangis teresak-esak. 

"Kinosikaan ku id olumis doh sogigisom. Nokotuka toh, nakatamung toh, nakasawo toh, nakapagananak toh. Hu ku dihoi ie batak suminuang rumumpus sumuang poginan. Tosodu nukusat ra'aton ngadau, kivoyo do ta'raat kiilut do taransoi, nokolinsunud kororot doh raha, mituka kawagu au tinoguang, nung apasa id tinan do ngadau nung au rumposo. Oh huguon, tompuan ruhinang, kokito koimot minogurasang, minoguramai, papagawit do sunduan, tinahak do doin gulu-gulu pinoturunon kuma diaa huguon sogigisom"

Suara si Odu Jipun semakin kuat, bukan lagi kedengaran seperti lagu tetapi seperti rintihan yang begitu sakit dan menyedihkan. Kadang-kadang Odu Jipun menepuk-nepuk dadanya, lagaknya seperti orang kerasukan. Tapak tangannya pula semakin keras menepuk tanah. Debu-debu mula berterbangan, seiring dengan tiupan angin yang belum reda namun ajaibnya ianya sekarang cuma berpusing di sekeliling Odu Jipun. Gema suaranya yang sayu terpantul ke seluruh dinding Nunuk Ragang, seolah-olah seluruh alam Bambarayon menangis bersama-samanya. 

Dan bermula pada satu detik, debu-debu yang terkumpul tadi mula mempamerkan sebuah bentuk. Fir Tandingan dan Jonaz yang sedari tadi masih bersedih dengan keberangkatan "anak-anak" mereka mula menumpukan perhatian pada Odu Jipun dan berusaha untuk tidak mengelipkan mata walau sesaat. Makin lama rangka bentuk debu-debu tersebut mula terserlah...

"Haaa????" Fir Tandingan dan Jonaz terkejut dengan mulut terlopong, tidak percaya apa yang mereka nampak di depan mata.

"What the... "


*********************************


Angel yang baru tersedar melilau melihat keadaan sekeliling. Asing... lantai, siling, dinding, tingkap ... semuanya terlalu asing di matanya. Sy di mana ni? Tanyanya dalam hati seraya bangun.

"Ah!" Dia tersentap dan lantas terbaring kembali. Ditariknya tangan dan kakinya.

Tengggg, kreeeengggg...

Otaknya jadi bingung, apa yang terjadi? Kenapa dia dirantai begini? Ingatannya yang terakhir adalah dia balik ke rumah Kojack dan menemukan peti kayu peninggalan ibubapa bf dia, lepas tu... oh dia baca surat yang ditulis oleh oleh Kojack yang memintanya untuk memakai gelang... gelang??! Dia segera melihat pergelangan tangannya, ternyata gelang itu betul-betul masih di tangannya.

"Kojack! Kojack! Kojack!" Angel menjerit sekuat hati. Otaknya mula berfungsi, ingatannya juga semakin segar. Dia sudah ingat, dalam surat si Kojack ada menyatakan jika ingin bersama-sama dia, dia kena memakai gelang tersebut.

"Kojack!"

DUP DUP DUP DUP DUP

Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri.

"Ko sudah bangun?" Betul-betul si Kojack muncul tapi sedang mengendong Mempy yang tidak sedarkan diri. Angel menatapnya dengan tajam.

"What do you think you are doing? Kenapa sy kena rantai begini? Kenapa ko masih dengan si Mempy?!" Angel tidak dapat menahan rasa marahnya.

"Mempy?" Kojack menaikkan keningnya sambil mengangkat tubuh Mempy dan dibaringkan bersebelahan dengan Angel. "Maksud ko Puteri Memphis? Bukankah ko tahu dia ini tunangan sy di Rundawi?" Kata Kojack dengan sinis sambil tertawa kecil. Muka Angel merah padam, ingin rasanya dia menendang tubuh Mempy supaya terjatuh dari katil namun badannya tiba-tiba seperti dipaku di atas katil tersebut.

"Let me go, Kojack!" Dia menjerit tapi cuma mata dan suaranya sahaja yang masih berfungsi. Putera Rundawi (Kojack) mengecilkan matanya sambil tersenyum.

"Sy rasa, ko datang ke sini dengan kerelaan ko sendiri, bukan begitu?" Katanya sambil mengetuk-ngetuk gelang di tangan Angel. Semakin sakit hati si Angel diperbuat seperti itu, lain yang diimpikan, lain pula terjadi. Apa yang terjadi pada Kojack yang menjanjikan mereka boleh hidup bersama di dalam suratnya?

"Ko tipu sy! Ko bilang pakai ni gelang kalau mo hidup sama-sama, but you lied to me! You lied to me!" Angel sudah tidak dapat mengawal perasaan sakit hatinya, airmata berjatuhan di pipinya tanpa dia sedari.

"Tipu? Tapi sy tidak pernah berjanji dengan ko? Kalau maksud ko manusia yang bersama-sama ko di dunia manusia itu, dia sudah tiada," kata Putera Rundawi lagi sambil tertawa kecil.

"Give him back! Give him back! Ko buat apa sama dia ar?! Bagi dia balik sama sy!" Jerit Angel sekuat hati.

Paaaakkkkkk!

Satu tamparan keras hinggap di pipinya. Angel terkejut, suaranya terhenti di kerongkong, lidahnya terkelu sementara pusat pemprosesan di dalam otaknya terhenti seketika. Apa yang baru terjadi? Sy kena tampar? Kojack tampar sy? Muka sy inda sakit pun, tapi kenapa hati sy yang pedih ni? Muka Angel terasa panas.

"Diam, sy cuma perlukan ko buat sementara saja. Ko patut berterima kasih sama sy sebab sy cuma pinjam ko saja. Kalau ikut hati sy boleh bunuh ko di sini juga," kata si Putera Rundawi sambil mengusap-usap rambut Mempy yang masih belum sedarkan diri.

"Huuh.. huu... iskk... huuu", Angel menahan sebak namun sakit itu terlalu kuat sehingga dia tidak dapat menahan esakannya. Putera Rundawi tidak memperdulikannya tapi lantas mengambil tangannya dan membuka gelang yang dipakainya.

"Sy tidak perlukan ko lagi, ko boleh pergi sekarang," sehabis saja Putera Rundawi berkata demikian, Angel merasa dirinya berada di awang awangan. Matanya terasa berat dan dengan esak tangis yang masih tersisa, penglihatannya mula kabur, kepalanya menjadi pening dan badannya terasa berpusing-pusing.

Tidak berapa lama selepas itu, Angel tersedar kembali. Dia menatap sekelilingnya, terasa aneh kerana dia masih berada di atas katil di dalam bilik Kojack dengan peti kayu di sisinya. 

"Oh my God!" Angel lantas bangun dan membongkar peti tersebut, gelang dan surat dari Kojack sudah tidak ada. Dia tidak puas hati, diselongkarnya seluruh bilik tersebut namun benda yang dicarinya tidak dijumpai. Dia mencari lagi ke ruang tamu dan di dapur dan di bilik mandi. Habis berantakan dan berselerakan rumah itu dibuatnya.

Angel terduduk, cuba mengingati di mana gelang dan surat si Kojack itu!


***********************


"Nampaknya Ratu Rundawi sudah mati, Raja Naga pun sudah berubah kembali pada bentuk badan manusianya. Inilah peluang kita untuk menghabisi riwayat kaum naga asli yang terakhir, bersedia untuk menyerang sekali lagi, serang dengan kuasa yang paling kuat sekali, faham?!" Sang Sawa menepuk bahu Earl dan Cham. Kedua-dua budak yang dipukau oleh kuasa Permaisuri Kunai itu menganggukkan kepala seperti robot, tanpa bantahan atau menunjukkan sebarang perasaan. Mereka menumpukan perhatian mereka pada aunty dan nenek yang berada tepat di depan mata.

Manakala di atas udara, si Ular Naga Putih (Raja Kuma), ular hitam (Permaisuri Kunai, ular hitam keemasan (Puteri Memphis - a.k.a Memph) dan naga keemasan berjalur putih (Putera Rundawi a.k.a Kojack) sudah bersedia untuk turun ke bawah dengan serangan terakhir mereka.

"Segala kejayaan ini adalah berkat usaha kita yang berkurun-kurun lamanya, Raja Kuma. Tidak lama lagi takhta kerajaan Rundawi akan menjadi milik kita! Hahahahaha!" Permaisuri Kunai ketawa terbahak-bahak. Raja Kuma ikut ketawa kerana impian mereka sudah hampir menjadi kenyataan, tinggal beberapa langkah lagi untuk menamatkan semua ini.

"Putera Rundawi, perempuan dari golongan manusia itu sudah ko ambil semangatnya?" Tanya Raja Kuma, ingin memastikan semua rancangan mereka berjalan lancar.

"Ya, ayahanda. Dia juga sudah dikembalikan ke dunia manusia. Dia tidak akan ingat apa-apa lagi selepas ini kerana semangatnya sudah dipindahkan pada Puteri Memphis," Putera Rundawi membalas dan melirik pada Puteri Memphis yang berada di sebelahnya. Ular hitam berjalur emas itu cuma berdiam diri.

"Bagus! Bagus! Sekarang serangan terakhir ini akan memulakan hidup kita sebagai pemerintah baru Kerajaan Rundawi dan semua alam yang berada di bawah taklukannya. Bersedia untuk menyerang Raja Naga, biar dia hangus bertukar menjadi abu, sekalian dengan mayat bondanya!" Jerit Raja Kuma dan sejurus selepas itu mereka semua meluncur laju ke arah Faith dan Luc dengan tujuan untuk mengakhiri riwayat Huguon besar Bambarayon itu.


*********************


"Something really happened but me and mom gonna change that," Tedd tiba-tiba bersuara memecahkan kesunyian sudah beberapa minit krik krik ni. 

"Ondu... ," Odu Masai memegang tangan Tedd dengan erat, airmata sudah mengalir di pipinya. Tedd tersenyum tetapi keluarga yang lain melihat mereka dengan dahi berkerut. 

"Odu, kenapa ko nangis? Ada apa-apa terjadi sama anak sy ka? Dad?" Mary bertanya, sudah sangat keliru dengan keadaan itu. Sudahlah si Earl, Cham dan mummy nya tidak balik bersama-sama mereka, tiba-tiba tu molohing pula menangis tiada sebab.

"Earl sama Cham akan selamat, dorang akan pulang tidak lama lagi tapi sy minta sedikit pertolongan dari kamu," bilang si Tedd sambil menghampiri Mary dan Annie. Kedua-dua perempuan itu berdebar-debar. "Putung rambut kamu sejengkal sebesar beginilah," kata Tedd sambil menunjukkan jari telunjuknya, "Mary kasi taruh rambut ko di tapak tangan dady sini kanan, ko Annie, kasi sini tapak tangan kiri. Buat sekarang, jangan lengah-lengah," bilang si Tedd menyambung. James yang memegang Tedd di sebelah ketika itu berasa sangat pelik yang overdos sudah ni. Tidak pernah bapanya buat benda-benda begini. Something is wrong, James berkata di dalam hati. Dia melihat Annie dan Mary sudah berbuat seperti yang dikehendaki namun dia tidak mahu hal itu didiamkan begitu saja.

"What do you mean akan selamat, dad? What happened?" James  tidak dapat menahan rasa ingin tahunya. "And what's with you and mom gonna change that? Change what? You and mom? What do you mean? And where is mom?", Bertalu-talu soalan dilemparkan pada Tedd. Odu Masai yang berada di sebelahnya cuma berdiam diri, begitu juga molohing-molohing yang mengikuti mereka di belakang, masing-masing menundukkan kepala.

"All will be fine, James. I promised you," kata Tedd sekali tersenyum sambil menepuk mesra pipi anak sulungnya itu.

"Dad, tell me, " James sudah berdiri di depan Tedd, tidak mahu dia berganjak sebelum menerima jawapan pada soalan-soalannya tadi.

"James, Mary, Madi, Annie, Tham, cucu-cucu sy, Hans dan Adrian sekeluarga dan juga Janice. Sy ucapkan terima kasih untuk tahun-tahun yang sudah kita lalui. Sepanjang masa sy mengenali kamu semua, sy minta maaf kalau ada tersilap kata, terbuat sesuatu yang menyakitkan hati, atau ada hutang yang belum sy langsaikan, sy minta halalkan kalau ada. Kalaulah ada peluang untuk sy stay lagi lama, I will take that chance to makeup every single mistake that I did. But most of all, I truly appreciate and really happy to be with you all. I sincerely love you all so much," semua keluarga tergamam dengan ucapan si Tedd seolah-olah dia akan...

"What nonsense are you talking about, dad?!" Mary tiba-tiba menyergah bapanya. Airmatanya sudah berderai kerana ucapan itu seperti perpisahan untuk selama-lamanya. Tedd memeluk Mary dengan erat, dicium dahi anak keduanya itu dengan sedih sekali. Badan Mary bergegar, dia memeluk bapanya lagi ketat, tidak ingin dia leraikan walau sesaat.

"I love you both, Mary and James. Am so blessed to be your dad, " kata Tedd sekali lagi. Dibiarkan sahaja badannya dipeluk erat begitu. 

"Ko kenapa cakap begini, Tedd? Inda buli cakap begini, ko faham?!" Hans memegang bahu kawannya. Tedd tidak menjawab namun tersenyum sambil mendongakkan kepalanya ke atas dan memejamkan mata.

Fuuuuuuuusssshhhhhhh ... Deruan angin yang berhembus di rumah atas bukit itu semakin kuat, begitu juga pelukan Mary pada badan bapanya. Keluarga yang lain mula mengerumuni mereka dalam keadaan berjaga-jaga, takut jika ada perkara buruk yang akan menimpa. Ditambah-tambah lagi dengan molohing-molohing yang tiba-tiba berkumpul dan mula menyanyi atau mungkin membaca ritual dalam irama yang mendayu-dayu.

"Kinosikaan ku id olumis doh sogigisom. Nokotuka toh, nakatamung toh, nakasawo toh, nakapagananak toh. Hu ku dihoi ie batak suminuang rumumpus sumuang poginan. Tosodu nukusat ra'aton ngadau, kivoyo do ta'raat kiilut do taransoi, nokolinsunud kororot doh raha, mituka kawagu au tinoguang, nung apasa id tinan do ngadau nung au rumposo. Oh huguon, tompuan ruhinang, kokito koimot minogurasang, minoguramai, papagawit do sunduan, tinahak do doin gulu-gulu pinoturunon kuma diaa huguon sogigisom"

"I'll be with you soon, sweetheart", ucapan dari mulut Tedd itu membuatkan James dan Mary tersentak.

Angin yang bertiup berhenti perlahan-lahan. Molohing-molohing yang tadinya bernyanyi sudah tidak kelihatan, suara mereka pun tidak kedengaran.

"Dad...?" Mata Mary berkaca-kaca sebelum menjerit histeria. Tubuh bapanya yang dipeluk sudah tiada, tinggal pakaian semata-mata.

"DADDDDDDDDD!!"


*****************


Faith menutup mata, dengan tangan masih merangkul tubuh ibunya yang sudah tiada, dia mengosongkan fikiran. Dendangan rinait yang berkumandang di telinganya sejak dari tadi dihayatinya. 

"Kinosikaan ku id olumis doh sogigisom. Nokotuka toh, nakatamung toh, nakasawo toh, nakapagananak toh. Hu ku dihoi ie batak suminuang rumumpus sumuang poginan. Tosodu nukusat ra'aton ngadau, kivoyo do ta'raat kiilut do taransoi, nokolinsunud kororot doh raha, mituka kawagu au tinoguang, nung apasa id tinan do ngadau nung au rumposo. Oh huguon, tompuan ruhinang, kokito koimot minogurasang, minoguramai, papagawit do sunduan, tinahak do doin gulu-gulu pinoturunon kuma diaa huguon sogigisom"

Dia tahu erti lirik itu. Dia mengerti mengapa rinait itu diucapkan. Dia tahu kegunaan ritual tersebut namun tidak pernah berharap dia akan mendengarnya seperti ini. Hatinya sungguh pedih namun darah di dalam tubuhnya terasa mendidih seperti lava gunung berapi. 

EEEEEEEKKKKKKKK!

ZUP ZUPPP ZUPPP ZUUUPP!

BOOOMMM BOOOMM BOOOMMM!

Tinggal beberapa meter lagi sebelum ratusan anak panah ular putih yang berapi, halilintar dan bola-bola api menghujani si Pemerintah Bambarayon itu apabila...

"Faith"

Semua benda yang bergerak termasuk bunyi bunyian terhenti apabila Faith tiba-tiba mendengar suara bapanya.

"Dad?" Faith seperti tidak percaya bapanya betul-betul muncul di depan matanya. Tedd tersenyum dan menghampiri Cham dan Earl sebelum mendekatinya.

"You've done all that is to be done, Faith. We're so proud of you. It will all be over now," kata Tedd sambil mengambil tubuh kaku Luc dari dakapan anak bongsunya itu. Dia mencium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang sambil mengusap-usap lembut pipinya.

"Dad, don't tell me you also... " Faith tidak dapat berkata-kata. Disangka cuma ibunya seorang yang perlu mengorbankan nyawa. Molohing-molohing pun tidak memberitahu perkara ini padanya. 

"This is our final journey together, my beloved. I will do whatever to be with you even only a few seconds but if it is not possible, then I'll make sure to have you again in our next life," kata Tedd sambil berdiri dan perlahan-lahan mundur ke belakang.

"Why? Kenapa ko juga, dad? Why you too?! Don't do this to me!" Faith bangun namun tidak dapat mencapai bapanya.

"It's your mom decision, it is my decision. Don't ever regret it, but cherish us from your deepest heart. Farewell now, love" dan bersama-sama deru angin yang tiba-tiba menyapa hujung telinga Faith, Tedd dan Luc hilang begitu sahaja. 

Pada detik itu juga badan Faith turut beransur-ansur menjadi jernih seperti air tetapi dia boleh merasakan kuasa yang tidak henti-henti memasuki tubuhnya. Setiap bendalir yang mengalir di uratnya bergerak laju seperti cahaya dan molekul-molekul tubuhnya seperti berada di seluruh ruang udara.

BOOOOOOMMMMM!! BOOOOMMMMM!! 

Serangan Raja Kuma, Permaisuri Kunai, Putera Rundawi dan Puteri Memphis yang ditujukan pada si Pemerintah Bambarayon itu kena tepat pada sasarannya. Mereka segera mendarat ke bawah dengan menjelma menjadi tubuh asalnya mereka.

"Luca sudah mati?!" Sang Sawa tiba-tiba disergah oleh Raja Kuma. 

"Budak-budak itu di mana, Sang Sawa?!", penolong kanan Raja Kuma itu terpinga-pinga dengan soalan-soalah yang diajukan padanya.

"Mereka tadi di depan sy... " cuma itu sahaja jawapan si Sang Sawa, dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi. Sebelumnya dia sudah memagari badannya dengan perisai untuk mengelakkan dirinya dari terkena tempisan serangan anak beranak itu namun ada satu ketika dia terasa seperti dirinya terapung-apung di dalam kegelapan selama beberapa detik, dan kemudian pemandangannya kembali seperti sedia kala tetapi kedua-dua budak itu sudah tiada, begitu juga dengan Huguan Luca dan Ratu Rundawi.

"Ah, ah, ah! Arkk!" 

Belum sempat mereka mencari jawapan di mana si Cham dan Earl berada, tiba-tiba sahaja badan Puteri Memphis terangkat ke udara, kayaknya seperti dia tengah digantung namun tiada apa-apa yang memegangnya.

"Puteri Memphis!" Putera Rundawi segera melonjak tinggi cuba untuk menyelamatkannya namun sebelum sempat dia mendekati, dia sudah terpelanting jauh ke udara. 

"EEEEEKKKKKK!"

Raja Kuma bertukar semula menjadi jelmaan ular naga putih, sedia untuk menyerang balik tetapi musuhnya masih tidak kelihatan di mana-mana.

"Keluar ko Luca! Lawan sy kalau ko berani!" Tempik si Ular Naga Putih dan terus sembarangan menyembur bola-bola apinya di mana-mana sahaja di ruangan udara.

ZAAAAPPPPP! ZAAAAAPPPP! ZAAAAAPPPPPP! ZAAAAAAPPPP! ZAPPPPPPP!

"Ra... Ra... Raja Kuma...," terkelu lidah Permaisuri Kunai dan terbeliak matanya apabila tubuh si Ular Naga Putih berjatuhan dari langit dan berhempasan di atas tanah. Setiap cebisan badan ular naga putih itu telah diliputi ais. Setitik darah pun tidak kelihatan di badannya.

"Sialan! HEEEEEEEKKKKKKK!" Giliran Putera Rundawi menjelma. Dia terbang lagi tinggi ke angkasa dengan harapan dapat melihat siapa gerangan musuh yang menyerang hendap dan membunuh ayahandanya.

ZAAAAPPPPP! ZAAAAAPPPP! ZAAAAAPPPPPP! ZAAAAAAPPPP! ZAPPPPPPP!

Badan si naga putih berjalur keemasan itu menerima nasib yang sama seperti Raja Kuma.

"Tidakkkkkkkk!! Erkkkkkkk!"

Belum sempat Permaisuri Kunai berbuat apa-apa, dia juga telah terangkat ke udara oleh suatu kuasa yang tidak dapat dia pastikan kepunyaan siapa. Sejuknya bukan kepalang dan dia boleh merasakan organ dalamannya sudah berhenti bergerak dalam beberapa saat sahaja. Biji matanya melirik pada Puteri Memphis. Tubuh gadis itu sudah putih semuanya. 

Krakkkk kraaaakk ....

Kulit mukanya mendadak diselimuti ais dan seketika kemudian biji matanya pun berhenti bergerak. Mulutnya terlopong dengan mata melotot hampir terkeluar dari kelopaknya. Tamat sudah riwayat si Permaisuri Kunai setelah menyaksikan semua ahli keluargannya dibunuh di depan mata.

Sang Sawa cuba meluncur masuk ke dalam mahligai tetapi seluruh lantainya sudah berubah menjadi ais batu membuatkan badannya melekat seperti digam di posisi yang sama.

"Jangan!! Tidak!!" Sang Sawa menjerit, cuba untuk lari namun mautnya sudah menanti. Sama seperti Permaisuri Kunai dan Puteri Memphis, tubuhnya juga serta merta mengeras menjadi pepejal yang lagi keras dari batu.

Sunyi senyap istana Rundawi, tiada siapa yang hidup untuk bisa menceritakan apa sebenarnya yang terjadi dan bagaimana keluarga ular itu semua menemui ajalnya. Asap yang sejuk mula menebal dan menutup dinding istana dan perlahan-lahan kesemua kawasan di sekitar mahligai itu diselimuti oleh kabus tebal seperti puncak gunung Himalaya. Kerajaan Rundawi sudah tidak dapat dilihat di mana-mana.


***********************


"Daddy... "

"Cham! Cham! Cham! Ko sudah pulang! OMG ko sudah pulang! Uwaaaaaa!" Annie menangis sambil menerpa ke arah anak perempuannya yang tiba-tiba keluar dari dalam rumah si Summer. James ikut memeluk bini dan anakknya dari belakang namun dalam kepalanya masih belum dapat menghadam apa yang baru terjadi pada bapanya.

"Mana Earl?! Earl!?" Mary terus berlari masuk ke dalam rumah si Summer apabila dia nampak Cham keluar.

"Mummy! Uwaaaaaa! Mummy!"

"Anak mami, anak mami, ko ok, ko ok! Omg ko ok! Uwaaaaa!"

Suasana kembali riuh dengan suara tangisan budak-budak dan mama-mama diorang itu. Keluarga yang lain turut serta menangis kerana terlalu terharu kerana anak beranak itu sudah bersatu.

VROOOOMMM!

Masuk sebuah motosikal kuasa rendah di kawasan perkarangan rumah, tidak henti-henti keluarga-keluarga tersebut mendapat kejutan dari tadi.

"Angel!" Giliran Hans dan keluarganya bergembira kerana anak pertama mereka sudah pulang ke pangkuan mereka.

"Where's Kojack?" Tanya Hans. Muka Angel menjadi murung.

"I don't know dad. Dia tiada di rumah masa sy sampai tapi ada benda hilang dari rumahnya," bilang si Angel sambil duduk memegang kepala.

"Apa yang hilang?" Tanya Summer.

"Gelang tangan sama surat si Kojack," jawab si Angel tanpa berteka teki.

"Surat ini?" Bilang si Hans sambil mengeluarkan surat yang diberikan oleh Faith sebelum dorang semua "berangkat" dua hari yang lalu.

"Ya! Surat ni lah! Gelang mana?" Tanya si Angel dengan penuh rasa gembira.

"Manada gelang. Si Faith jumpa ini saja di rumah si Kojack tapi debilang ko tiada di sana?" Kata si Hans keliru. Angel mengerutkan dahinya.

"Ha? Faith? Manada si Faith datang sana tadi," bilang si Angel lagi dengan hairan. Sepanjang masa dia cuma berada di dalam rumah dan tidak keluar ke mana-mana.

"Dua hari yang lalu kami pigi cari kak Angel juga di rumah Kojack tapi kak teda sana," bilang si Noel menyampuk dari belakang. Bertambah hairan pula si Angel. Kenapa dorang inda jumpa dia padahal dia tidur atas katil di bilik si Kojack?

"Ehhh, apa kamu cakap ni? Dua hari yang lalu? Eh! Sakit kepala sy terus oh..." bilang si Angel sambil mengurut-urut kepalanya. "Mummy, sy macam inda sihat, buli sy masuk dalam?" 

"Bah, rest lah. Kasitau kalau ko mau makan apa-apa, " balas si Summer agak hairan juga dengan situasi si Angel tu. Takkan si Faith sama dorang si Noel inda dapat cari si Angel di rumah si Kojack yang besarnya inda sampai 1000 sqf itu? 

Angel masuk ke dalam rumah dan terus ke biliknya. Badannya tiba-tiba terasa seram sejuk, dia menyentuh dahi. Sejuk saja pun, tidak demam. Terus dia baring di atas katil, selimut ditarik sehingga cuma tinggal ubun-ubunnya sahaja yang kelihatan. Angel berasa penat yang amat sangat ni dan tidak sampai seminit, dia sudah terlelap.

Di luar rumah pula, setiap mereka juga merasa penat secara mendadak dan keinginan untuk tidur meluap-luap. Selepas mengucapkan goodnight and goodbye, semua keluarga pulang ke rumah masing-masing. Tiada siapa yang larat untuk becakap mengenai apa-apa pada saat itu kerana masing-masing tidak sabar untuk menemui katil dan bantal mereka.


****************


"Tedd! Kenapa sama si Luc?!" Fir Tandingan yang masih terkejut apabila debu-debu yang terkumpul itu membentuk menjadi Tedd dan Luc menyergah apabila Luc dipangku oleh suaminya. Tedd cuma dapat mempamerkan kesedihan wajahnya.

"Kasi limpang dia sini, ondu" bilang si Odu Jipun mengarahkan si Tedd yang terus akur dengan kehendaknya itu. "Pigang tangan dia baik-baik," Tedd menurut sambil menggenggam tangan Luc. Airmatanya menitik lagi, melihat jasad isteri yang mukanya sudah pucat dengan bibir kebiruan. "You will be fine, sweetheart. Am here right by your side, always and forever," gumam Tedd perlahan dan mencium jari jemari Luc yang sudah sejuk.

Si Odu Jipun mula terkumat kamit membaca sesuatu tetapi suaranya langsung tidak terkeluar cuma bibirnya sahaja yang bergerak-gerak. 

FUUSSSSSH...... angin mula bertiup lagi dan seketika kemudian tanah di dalam Nunuk Ragang menjadi sangat sejuk. Jonaz memeluk isterinya untuk memberi sedikit kehangatan di dalam kesejukan yang tiba-tiba itu. Walaupun mereka adalah roh tetapi menurut molohing, kerana sesuatu perkara dan pengecualian, mereka masih mempunyai badan sama seperti semasa mereka hidup, berbanding dengan roh-roh di Bambarayon yang cuma kelihatan seperti kabus yang tetapi dalam rupa bentuk manusia. Mungkin sebab itu badan mereka masih mempunyai suhu seperti manusia.  Sementara Tedd yang juga sama seperti mereka, tidak pula lelaki itu mengendahkan perubahan cuaca yang mendadak ini, tetapi setia bersimpuh di sebelah mayat Luc tanpa bergerak walau sedikit pun. Jonaz dapat merasakan penderitaan yang sedang dialami oleh kawannya itu, lantas mengeratkan lagi pelukannya pada Fir Tandingan.

"Ko kenapa?", tanya Fir Tandingan apabila Jonaz semakin ketat memeluknya.

"Ngakk apa-apa," kata Jonaz yang meletakkan dagu di atas bahunya.

"Cakap saja bah... jangan tapuk-tapuk sama sy," Fir Tandingan mengagak yang suaminya itu sedang berfikir mengenai Tedd dan Luc.

"Aku turutan sedih atas kehilangannya Tedd, lantas aku terpikir kalau aku ditempatnya, aku mungkin ngakk setabah dia. Aku takut kehilanganmu, Fir," dugaan Fir Tandingan tidak salah, Jonaz membenamkan muka di atas bahunya.

"Buduh bah ko ni, bukan kita mati sama-sama ka? Till death do us part ko bilang tu, lepas mati pun ko ikut sy, dasar betul hahahha," katanya tertawa kecil, dia cuba untuk menceriakan Jonaz yang ikut bersedih seperti Tedd. The situation is too upsetting and makes her feel suffocating. Dirinya sendiri masih belum stabil selepas "anak-anaknya" pulang ke dunia manusia. 

"Aku lagi bukan bercanda, Fir... " kata Jonaz sambil menghentakkan dahinya perlahan pada bahu isterinya.

"I know, I was just trying to comfort you a little bit," Fir Tandingan mengusap rambut Jonaz dengan lembut.

"Sungguh... aku sayang kamu Fir, jangan tinggalin aku, ya?" Fir Tandingan dapat merasakan kain di bahunya sudah basah. Dia melingkarkan tangannya di kepala Jonaz sambil berkata, 

"I love you too, I will never leave you"..

 Tedd yang masih duduk kekal di kedudukannya masih memejamkan mata tetapi deria pendengarannya masih terbuka. Terhiris lagi hatinya mendengar perbualan aunty dia di belakang dengan lakinya. Airmatanya semakin deras dan membasahi tangan Luc yang masih digenggamnya. Luc, I hope you'll never leave me too, come back now, I can't move on without you by my side. Please, come back to me, am begging you, rintihnya dalam hati

"Fuuuuuuu.... fuuuu... fuuuuuu... " si Odu Jipun tiba-tiba meniup muka Luc sebanyak tiga kali, kemudian dia terkumat kamit lagi.

"Fuuuuuuu... fuuuuu.... fuuuuuu," sekali lagi rutin itu diulangi, tiupan nafas sebanyak tiga kali ke muka Luc.

"Kasi duduk dia bersila ondu, ko bikin begitu juga, duduk di belakang supaya dia inda jatuh. Dua-dua tangan taruh di paha, ko pigang saja. Dari sini, jangan tanya apa-apa. Selepas semua ini selesai, kamu akan faham sendiri. Sy pun tidak buli kasitau atau mo jawab apa-apa mulai dari sekarang. Ko faham?" Odu Jipun merenung muka Tedd dengan serius. Lelaki kacukan bermata hijau itu mengangguk dan segera membuat apa yang disuruh olehnya. Tedd melentokkan kepala Luc di atas bahu kirinya supaya badannya tidak tumbang ke mana-mana sisi.

Odu Jipun yang sudah memastikan segalanya teratur seperti yang dia minta, mula terkumat kamit lagi. Fir Tandingan dan Jonaz memerhati dengan resah, namun Tedd tetap sabar menanti di belakang mayat isterinya.

Suhu di dalam Nunuk Ragang menjadi bertambah sejuk, lantai tanah kini bertukar warna menjadi putih seperti salji. Sejuknya bukan alang kepalang, ianya sampai menyucuk ke tulang belulang. Tedd kedinginan namun dia tetapi tidak bergerak. Bibirnya terketar-ketar menahan dingin yang luar biasa itu. Fir Tandingan dan Jonaz pula yang kebetulan mempunyai kain selendang sudah menutupi kepala masing-masing sehingga cuma mata sahaja yang terlihat sekarang. 

"Pogulion noh ie sunduan doh nokiamung om nirompos om minatai kumaa dikoyu oh Huguon tagayo. Onuai noh somporot doh pinohobo nuh om lingasai noh ngawi id nopigis, tingkadai noh id songian ie koruruol ginawo om langad ie sunduon. Notingkod om nasalasai noh kamaon ie mantad dii pogulu, nokosiliw noh dii Huguon doh toririom ie kasanganan dii pomugunan om Bambarayon. Tolu ragang tongus, tolu koposion, om iti noh kolilimposon ie sunduan," Odu Masai yang menghadap mayat Luc (dan Tedd di belakang Luc), menyembah tunduk sebanyak sembilan kali sebelum dia berdiri dan berundur beberapa langkah ke belakang dan meninggalkan ruang yang agak besar di antara mereka.

Krakkkkkkk....

Lantai Nunuk Ragang terpecah pecah seperti ada benda yang sedang meluncur di bawahnya. Suhu yang tadinya begitu dingin perlahan-lahan berubah menjadi suam, tidak panas namun cukup untuk memanaskan badan yang sudah kecut kerana kesejukan. Muka Tedd yang pucat sedikit demi sedikit berubah kembali normal. Tedd mengusap-usap tangan Luc dengan ibu jarinya, berharap agar ada keajaiban terjadi, namun badan itu tetap kaku dan sejuk seperti tadi. 

"Haaaaaaaaa..... "

Tedd merasa terkejut apabila terdengar seperti ada hembusan nafas dari pecahan-pecahan lantai Nunuk Ragang. Jantungnya tiba-tiba berdebar. 

"Haaaaaaa... " Lagi sekali hembusan nafas itu didengarnya. Lantas dia melihat Odu Jipun dengan dahi berkerut, tanda meminta penjelasan namun tiada satu perkataan pun keluar dari molohing itu tetapi tetap tajam pandangannya pada mereka berdua.

"Haaaaaaa..." Hembusan yang ketiga kali disertai dengan tiga utas benang merah panjang sejengkal keluar dari celah-celah rekahan lantai. Utas benang-benang ini seperti ditiup-tiup menghampiri badan Luc. Tedd menahan nafas, tidak sabar menunggu apa yang akan terjadi.

Benang pertama bergerak dan berhenti di atas kepala Luc. Benang kedua di atas bibirnya dan yang ke tiga di atas dada. Odu Jipun masih tetap menatap mereka berdua namun Tedd lebih berminat dengan benang-benang merah yang terapung-apung di atas badan isterinya. Benang-benang itu berhenti bergerak dan menegak, dan serentak memasuki ubun-ubun, mulut dan dada mayat si Luc. Semakin kencang debaran jantung Tedd, airmatanya mengalir lagi, airmata yang mengharap keajaiban akan terjadi.

"Tedd.... "

"Uwaaaaaaaaaa!!!!" Pecah akhirnya tangisan si Tedd yang ditahan-tahan, bermula dari berita kematian Luc, dan berakhir dengan kepulangannya kembali. Perasaan sedih, pedih dan gembira bercampur baur namun rasa bersyukur yang teramat sangat mengatasi semua reaksinya. 

"Thank goodness... Luc... my sweetheart, my baby, my one, my love, my beloved.. huuuuu huuuuuu huuuu... you came back to me, you really came back to me! Huuuuuuuuuu!" Tidak pernah dalam hidup Tedd menangis sedemikian rupa, tetapi hari itu adalah hari yang terindah baginya. Sudah dia bertekad untuk menangis semahu-mahunya, biarpun sampai terlena.

"Tedd... huuuu huuuuuu, I was so scared. Huuuuuu huuuuu," bertambah keras tangisan si Tedd apabila Luc menyatakan perasaan takutnya. Sempat dia menyalahkan dirinya mengapa bukan dia sahaja yang menempuhi itu semua, mengapa Luc? 

"My poor baby sweetheart, am so sorry. I won't let you go alone from now on, I promise," kata Tedd dalam esakannya yang mula mereda. Di ciumnya Luc berkali-kali, sebagai tanda betapa leganya dia sekarang Luc sudah hidup kembali.

"Ondu, onong... ," Odu Jipun berjalan menghampiri mereka dengan mempamerkan rasa gembira. "Syukurlah, kamu dua sudah bersatu kembali," katanya sambil tersenyum, akan tetapi, mukanya menjadi serius semula. "Tapi, kamu tahu kan hidup kamu berdua sudah tamat di dunia manusia?" Tanya Odu Jipun ingin memastikan suami isteri itu tidak terkejut.

"Ya odu, kami sudah tahu. Kami dua-dua sudah bincangkan masa kami mula-mula sampai sini Bambarayon," bilang si Luc sambil menyembunyikan muka Tedd di dadanya sebab lakinya itu masih menangis bah. Mungkin betul-betul dia mau lanjut sampai tertidur kali?

"Kiranya, masa mencari diri kamu sebenar itu, kamu sudah dapat mengetahui apa yang bakal terjadi sama kamu dua?" Tanya Odu Jipun lagi sedikit penasaran. Walaupun Ratu Rundawi sudah tahu pasangan manusianya (si Tedd) akan menemui ajal di Bambarayon, namun tiada informasi masa hadapan yang si ratu perang itu juga akan mati di tangan anaknya sendiri.

"Cuma masa depan laki sy saja yang kami nampak. Masa Ratu Rundawi diserang oleh Raja Kuma dan keluarganya, sebenarnya kuasa itu tidak mampu mengalahkannya tapi hati sy jadi lembut bila ternampak cucu sy. Dan memandangkan sy sama Ratu Rundawi sebadan... " Luc tidak dapat meneruskan ceritanya.

"Oh, begitu pula... rupanya ada peristiwa yang bertukar... ", kata Odu Jipun menganggukkan kepala.

"Peristiwa apa, odu?" Tanya Tedd tiba-tiba, reda sudah pula tangisnya.

"Masa depan ko tu bertukar sama bini ko. Si Penghulu (Faith) tidak tahu perkara ini sebab kami rasa tidak mungkin akan terjadi sebab tu kami tidak bagitahu dia. Yang kami tahu ialah, si Penghulu buli kasi kalah si Kuma jika si Ratu Rundawi mengorbankan nyawa. Tapi apa yang terjadi ialah, dia dibunuh oleh cucunya sendiri, bukan dengan mengorbankan nyawa. Bila kami dapat tahu si Ratu Rundawi sudah terbunuh, barulah molohing kami yang pandai tingu masa depan nampak laki ko ini mesti sanggup memberi nyawanya untuk kasi selamat cucu-cucu kamu dari tempat si Kuma dan untuk buat ko hidup balik tapi cuma setakat kehidupan di Bambarayon saja. Jadi, sy bagitahu laki ko apa yang ramalan tersebut. Sy minta maaf onong sebab kasi libat kamu laki bini tapi untuk keseimbangan alam, sy sama molohing-molohing lain sudah tidak ada cara," kata Odu Jipun sambil menundukkan kepala.

"Asal cucu-cucu sy sudah selamat, dan sy bersama dapat bersama-sama laki sy di sini, itupun sy sudah cukup bersyukur odu. Terima kasih," kata Luc dengan nada yang lembut. Ya, apa boleh buat jika tiada jalan lain.

"Sama... si Penghulu pun tidak akan balik ke dunia manusia lagi sebagai orang sebab emm... macam mana mau bagitau ini..." Odu Jipun menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Haaaaaaaaa... "

Tedd terdengar kembali bunyi nafas seperti sebelumnya. Dia memandang Luc, Luc juga memandangnya.

"Iya... baik Penghulu," kata Odu Jipun sambil melutut dan menyembah. "Mari kita keluar dari sini, Bambarayon sudah selamat," katanya tiba-tiba tanpa menyambung ceritanya. Luc ingin bertanya namun Tedd menggeleng-gelengkan kepala. Dan semua yang berada di dalam Nunuk Ragang mengikuti Odu Jipun dari belakang....


**********************

Semua ahil keluarga, baik di rumah dorang si Hans atau di rumah dorang si Tedd atau di rumah Datuk Adrian, masing-masing sudah berada di atas katil. Satu persatu meletakkan kepala di atas bantal dan secara serentak, perlahan-lahan mereka melelapkan mata dan tidur nyenyak... pada satu saat, tiba-tiba mereka semua sudah berada di bawah sebuah pohon di tengah-tengah padang yang menghijau. Mereka semua berpandangan namun tidak ada seorang pun yang dapat bersuara. Dalam kekeliruan itu, Faith tiba-tiba muncul dengan berpakaian t-shirt putih dan seluar jeans yang lusuh namun mukanya tampak lebih matang dengan aura yang cukup menenangkan.

"My beloved... " Faith menyapa sambil tersenyum. Tangannya memberi signal untuk duduk dan mereka semua cuma menurut sahaja. 

"Kamu semua mesti tertanya-tanya kenapa sy, mom, dad, si Mempy dan Kojack belum balik? Sebelum itu sy minta maaf sebab sudah melibatkan kamu semua dengan hal-hal yang sepatutnya kamu tidak patut tahu, apa lagi mengalami. Tapi syukurlah, hal-hal itu sudah selesai dan kamu semua tidak perlu risau lagi cuma ada berita buruk dan sedih yang sy mahu kamu ketahui. Sy harap kamu menerima berita ini dengan hati yang kuat dan redha dengan takdir itu." Faith berhenti dan melihat mereka berpandangan satu sama lain.

"Mom and dad are gone, they've sacrificed themselves for all of you, and all humans beings. Tapi walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia, mereka tetap bersama-sama di alam maya dan meminta kamu semua untuk mendoakan kebahagian mereka," mata Faith terhenti pada James dan Mary yang nampak kebingungan. Faith meneruskan kata-katanya.

"Mempy dan Kojack juga sudah pergi selamanya, mereka tidak akan kembali lagi kerana memang asal usul mereka sepatutnya bukan dari dunia manusia. Sy minta maaf pada Angel dan keluarga atas pemergian Kojack, dan Janice my love, am sorry for your lost, am sorry I can't bring back Mempy to you.," Giliran Janice dan Angel terpinga-pinga, namun Faith tetap menyambung ayat-ayat seterusnya.

"As for myself, kamu akan sentiasa sy ingati dan sy juga minta maaf kerana kedatangan sy ini adalah untuk yang terakhir kali. Tham, thank you for being a wonderful person and always loyal being my right hand, I'm sorry I couldn't continue this life with you. I wish you well in everything you do, I do truly cherish you. James, Mary. I cannot say a lot of thing because my time is limited. But know this, I am really thankful to be your sister, to share blood and grew with both of you. It's a shame we couldn't see each other anymore but I can ensure, I will be always around you.

Farewell now, my big hugs and kisses to all of you."

Selepas ucapan terakhir itu, Faith terus hilang begitu sahaja meninggalkan keluarga-keluarganya yang sudah mula beremosi.


*****************

"Uwaaaaaaaaaaaaa!!"

Dan susana pagi yang dimulai dengan awan berarak hitam itu dipecahkan dengan esak tangis dari ketiga-tiga rumah tersebut.

Guruh di langit berdentum dentum dan seketika kemudian hujan lebat turun mencurah-curah seolah-olah turut merasakan kesedihan setiap ahli keluarga...



THE END.





Continue Reading

You'll Also Like

165K 3.3K 10
Sieg. Sempurna di mata para wanita. Seorang yang tampan dan serba-serbi lengkap. Berduit? Berharta? Ah! Semua dusta! Mana mungkin kesempurnaan it...
829K 66.1K 110
Pengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. da...
4.9K 174 24
SINOPSIS SST Kali terakhir kami sekeluarga pulang ke kampung, Abang Rahim berkata seorang nelayan sungai terjumpa parang panjang ya...
1.2K 68 11
āˆš Kisah PARANORMAL āˆš Kisah Benar āˆš Bukan calang calang cerita āˆš Boleh dipercayai āˆš Malay Vote and share! Thanks!