Cikgu Syaqil Rock [ Terbit No...

By Hashily90

79K 2.4K 377

SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalany... More

Sila baca penting
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
BAB 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Buku Fizikal cikgu syaqil Rock

Bab 13

1.8K 153 28
By Hashily90

Hayfa menghulurkan segelas air kepada Syaqil yang sedang membaca buku di gazebo di tepi kolam.

"Nah air abang." Kata Hayfa. Syaqil tersenyum sinis. Dia menyambut huluran air dari Hayfa. Mati langkah Hayfa yang baru nak berlalu pergi dari situ apabila Syaqil menarik lengannya hingga dia terjatuh di atas riba Syaqil.

"Kau nak pergi mana hah? Aku dah kata kan minggu ni layan aku macam raja. Kau nak pergi pun kena minta kebenaran aku dulu. Faham?" Bisik Syaqil tepi telinga Hayfa. Sebelah lengannya dia peluk erat tubuh Hayfa.

"A..abang. Faa..Faa banyak kerja lain lagi nak buat. Nak kemas rumah bagai." Kata Hayfa sambil dia menoleh sedikit melihat muka Syaqil. Sengaja dia buat-buat muka kesian. Berdebar dadanya apabila Syaqil memeluknya begitu rapat.

"Alolo, dia buat muka kesian pulak dah eh. Faa banyak kerja eh? Nak abang lepaskan Faa ke? Tapi kalau abang taknak macam mana?" Soal Syaqil.

"Abang jangan la macam ni. Faa memang banyak kerja nak buat ni. Kejap lagi nak masak lagi. Abang jugak taknak order grab food kan. Tak cukup lagi ke abang buli Faa?" Kata Hayfa. Kali ini tubir matanya telah bergenang. Mana taknya. Dah nak hampir seminggu Syaqil membulinya.

"Ala sayang janganlah nangis. Abang tak boleh la, kalau tengok Faa nangis atau Faa senyum abang rasa macam kena jampi je. Faa pakai mentera apa ni guna-gunakan abang?" Soal Syaqil. Sambil dia cium pipi Hayfa. Hayfa mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Syaqil.

"Jampi..jampi apanya? Faa tak pernah jampi abang apa-apa." Ucap Hayfa perlahan. Dadanya terasa berdebar apabila Syaqil mencium pipinya.

"Selindung di balik wajah indah bila kau senyum. Aku bagaikan terpanah oleh mentera. Sebenarnya lidahmu bercabang dua saat ku sedar hampir saja aku terlewat untuk Selamatkan diri. Curiga,madahmu penuh curiga setia,bodohnya aku setia. Pendusta,kau seorang pendusta Yang penuh dengan drama." Syaqil menyanyi seperti orang psiko di tepi telinga Hayfa. Dia menyanyikan lagu 'drama' nyanyian dari drama band.

Hayfa terdiam mendengar nyanyian Syaqil. Sakit hatinya mendengar bait-bait lirik lagu tersebut. Air matanya mengalir laju ketika ini. Dia tahu Syaqil sengaja nak memerlinya. Syaqil pula menyanyi sambil tersenyum sinis. Memang sengaja dia hendak memerli isterinya. Ambil kau Hayfa. Kau tak habis-habis dengan drama air mata kau tu. Masa kau curang dan tipu aku dulu kau tak fikir pun perasaan aku. Bisik hatinya.

"Dralalalalalalala kau memang dramamDralalalalalalala kau memang drama." Nyanyi Syaqil lagi. Kemudian dia ketawa berdekah-dekah. Hayfa yang geram terus menolak kuat lengan Syaqil yang melingkar di pinggangnya. Dia berlari sambil menangis masuk ke dalam rumah. Syaqil pula hanya memerhati langkah Hayfa dengan riak wajah yang dingin.

****

Syaqil duduk meneliti fail dalam bilik kerjanya. Tiba-tiba Hayfa masuk ke dalam bilik itu membawakan secawan kopi pada Syaqil. Bibir Syaqil tersenyum nakal, memang dia yang mesej Hayfa tadi. Dia suruh Hayfa turun ke dapur bancuhkan kopi tersebut. Dah hampir seminggu ini memang seronok dia membuli si Hayfa.

Syaqil tidak mengalihkan pandangannya dari isterinya. Mana taknya harini Hayfa nampak lain sedikit daripada biasa apabila Hayfa memakai kaih batik. Dengan baby Tee sendat yang melekat tubuhnya. Rambut Hayfa pula diikat tinggi ala pony tail nampak sexy betul di matanya.

"Nah air abang." Hayfa meletakkan air itu di atas meja kerja Syaqil. Lalu pantas dia ingin beredar dari situ.

"Tunggu dulu. Mari sini jap." Kata Syaqil dengan riak wajah selamba. Hayfa menjulingkan bebola matanya ke atas tetapi di melangkah juga ke arah Syaqil. Apabila dia berdiri dekat dengan Syaqil, pantas Syaqil menarik lengan Hayfa hingga Hayfa terjatuh di atas ribanya. Pantas Syaqil lingkarkan tangannya di pinggang Hayfa.

"A..abang apa ni?" Kata Hayfa.

"Kau lupa ke. Kau patutnya layan aku macam raja kan. Sebab kau dah kalah pertandingan tu." Bisik Syaqil di tepi telinga isterinya. Sebenarnya dia sudah tergoda dengan isterinya malam itu.

"Ohh layan macam raja ke. Faham..faham. biar Faa suapkan abang air kopi yang Faa bancuh tadi tu ya." Kata Hayfa sambil tersenyum menggoda. Syaqil hanya tersenyum mendengar kata-kata Hayfa.

"Aku tak nak air tu. Aku nak kau boleh?" Soal Syaqil.

"Boleh. Boleh sangat. Takkan tak boleh. Abang kan suami Faa. Tapi sebelum tu abang kena minum air ni dulu. Sebab Faa kan dah bancuh air kopi ni untuk abang. Penat tau Faa bancuh air ni. Jadi jangan membazir okey." Kata Hayfa dengan nada manja dan menggoda. Pantas dia ambil air kopi di atas meja Syaqil dan dia suakan mug itu ke mulut Syaqil.

Syaqil hanya tersenyum. Lalu dia minum air kopi tersebut sampai habis. Matanya masih lagi memandang wajah cantik isterinya. Berdebar dada saat itu. Sudahlah Hayfa masih duduk di atas ribanya. Syaqil letakkan mug kopi yang kosong itu di atas meja. Pantas dia dekatkan wajahnya untuk mencium isterinya.

"Abang sedap tak kopi Faa bancuh tu?" Soal Hayfa. Belum sempat Syaqil nak cium Hayfa, Hayfa sudah menutup mulut Syaqil dengan sebelah tangannya.

"Erm.. se..sedap." Kata Syaqil. Padahal dalam hatinya sudah tak sabar nak bermesra dengan Hayfa.

"Baguslah kalau abang dah habiskan kopi tu. Mesti segar kan mata abang nak mengadap file malam ni. Okey lah abang buatlah kerja abang tu." Kata Hayfa. Pantas dia bangun dari atas riba Syaqil.

"Faa a..abang tak nak mengadap file malam ni. Abang nak luang masa dengan Faa." Kata Syaqil. Pantas dia cempung badan Hayfa dan dia melangkah keluar dari bilik kerjanya. Hayfa yang terkejut apabila Syaqil mendukungnya begitu, pantas dia lingkarkan tangannya di leher Syaqil.

"A..abang nak buat apa ni? Nak dukung Faa ke mana?" Soal Hayfa. Rasa berdebar dadanya melihat kelakuan Syaqil.

"Ke bilik abang. Faa kan dah janji nak ikut semua cakap abang. Abang nak Faa layan abang malam ni. " Jawab Syaqil selamba. Hayfa sudah terkedu mendengar jawapan Syaqil. Makin berdebar rasa hatinya.

Sampai saja di dalam bilik Syaqil. Syaqil letak Hayfa di atas katil, dia bacakan doa. Baru saja dia nak mencium Hayfa tiba-tiba dahinya berkerut. Dia pegang perutnya yang terasa sakit dan memulas.

"Abang..abang dah kenapa? Kenapa abang berhenti bukan abang nak Faa layan abang ke malam ni." Soal Hayfa dengan wajah menggoda sambil menahan senyum. Dia lingkarkan kedua belah tangannya ke leher suaminya.

"Pe...perut abang sakit. Adoiii sakit..a..abang kena pergi toilet." Pantas Syaqil tolak kedua belah tangan Hayfa yang melingkar di lehernya. Dan dia berlari ke toilet.

"Abang..sampai hati abang tinggal Faa. Tadi kata nak luang masa dengan Faa!" Laung Hayfa dengan nada mengejek pada Syaqil yang meluru ke arah toilet. Selepas Syaqil masuk ke dalam toilet dia ketawa berdekah-dekah dan berguling-guling di atas katil Syaqil.

"Padan muka kau Syaqil. Kau buli aku kan beberapa hari ni. Aku letak julap dalam kopi kau. Nak luangkan masa dengan aku konon malam ni. Kau luangkanlah masa kau dalam tandas malam ni. Hai!Syaqil..Syaqil..kesian kau..hahahaha." Hayfa sudah ketawa tidak henti-henti.

Syaqil yang baru lepas keluar dari tandas memegang perutnya yang masih terasa sakit. Dia merenung tajam ke arah Hayfa yang masih ketawa dan tersengih nakal.

"Abang okey ke ni? Macam mana jadi ke abang nak Faa layan abang malam ni?" Hayfa tersenyum nakal. Syaqil sudah mengerutkan keningnya melihat ke arah Hayfa.

"Hayfa! Kau cakap dengan aku sekarang. Kau ada letak apa-apa ya dalam air aku?" Soal Syaqil dengan nada tinggi. Kali ini dia melangkah dan berdiri di depan Hayfa.

"Apa abang ni tuduh-tuduh Faa macam tu. Tak baik tau. Tadi elok je abang cakap manja-manja dengan Faa sebab nak Faa layan abang kan. Ini dah marah-marah pulak ke?" Soal Hayfa sinis.

"Kau jangan tipu Hayfa! Kau cakap betul-betul dengan aku sekarang. Kau letak apa dalam air aku sampai perut aku sakit macam ni." Soal Syaqil yang merenung tajam ke arah Hayfa. Hayfa tersenyum sambil dia lingkarkan kedua tangannya ke leher Syaqil.

"Ala..sorry yer abang. Faa tertumpahkan julap dalam air kopi abang tadi. Tapi Faa memang sengaja pun tumpahkan banyak-banyak. Abang nak Faa layan abang kan malam ni, jom lah. Faa on je." Hayfa berbisik nakal di tepi telinga Syaqil.

Terkejut Syaqil mendengar kata-kata isterinya. Gilalah patutlah perutnya rasa sakit memulas macam nak mati rupanya Hayfa letak julap dalam air kopinya, kau ni memang nak kena Hayfa. Jerit hatinya. Pantas Syaqil cengkam bawah dagu Hayfa.

"Kau memang kurang ajar kan hayfa. Kau memang nak kena kan!" Marah Syaqil. Tetapi Hayfa pantas menolak tangan Syaqil yang mencengkam dagunya.

"Abang yang ajar Faa kurang ajar. Faa jadi macam ni disebabkan abang. Ohh, masa nak Faa layan abang. Abang cakap baik-baik. Sedangkan hati abang tu masih dendam pada Faa. Bukan tu je, abang setiap hari buli Faa kan. Sekarang rasakan. Malam ni abang bukan akan luangkan masa dengan Faa. Tapi abang akan luang masa dalam toilet. Abang dengar sini baik-baik. Selagi abang tak lupakan dendam abang dan selagi abang junjung ego abang. Selagi itulah abang takkan dapat memiliki Faa." Kata Hayfa sambil tersenyum. Syaqil yang geram mendengar kata-kata Hayfa sudah mengangkat jari telunjukknya dekat dengan muka Hayfa.

"Kau...kau memang nak kena kan. Kau siap..." Belum sempat Syaqil habiskan ayatnya perutnya sekali lagi memulas. "A..duh perut aku..sakit..." Kata Syaqil. Lalu pantas dia berlari masuk ke toilet.

"Abang datinglah dengan toilet tu ya! Faa balik bilik Faa dulu tau. Good night abang, have a nice dream ya! Jangan tidur dalam toilet pulak tau!" Laung Hayfa di luar pintu bilik air.

"Hayfa!!!! Ni semua salah kau!!!! Kau tunggu kau nanti!!" Jerit Syaqil dari dalam bilik air. Tetapi Hayfa hanya ketawa berdekah dan beredar ke biliknya. Puas hati aku. Kau nak buli akau sangat kan. Rasakan. Bisik hatinya.

****

Syaqil keluar berjogging di Taman Tasik Titiwangsa dengan Hayfa. Selepas berjogging mereka duduk lepak di kerusi batu yang ada di tepi tasik tersebut.

"Abang dulu kita selalu lepak sini kan? Tak lama lagi cuti sekolah. Abang ada apa-apa plan ke cuti sekolag nanti?" Kata Hayfa sambil dia teguk air mineral yang dibelinya sebentar tadi. Syaqil tersenyum sinis mendengar soalan isterinya.

"Betul. Dulu kita selalu lepak sini. Kita keluar jogging sama-sama. Tapi lepas aku tak da. Kau selalu lepak sini dengan bakal suami tak jadi kau tu kan. Entah-entah dia melamar kau pun kat sini kan." Kata Syaqil sambil merenung tajam pada Hayfa yang duduk di sebelahnya. Hayfa terkedu mendengar kata-kata Syaqil. Benar tekaan Syaqil memang dulu Fazil melamarnya di sini.

"Kenapa kau diam! Betul apa yang aku teka kan." Kata Syaqil sambil tersenyum sinis. Jujurnya hatinya terlalu sakit apabila terkenangkan Hayfa yang dulunya selalu keluar dating bersama Fazil. Dia masih tak dapat melupakan yang Hayfa sanggup curang dan menipunya dulu.

"Abang boleh tak kalau kita stop bincang tentang dia. Dia tu kenangan silam Faa. Sekarang Faa dah ada abang kan. Berapa kali Faa nak kena jelaskan pada abang. Faa dah lupakan dia. Faa dah minta maaf kan. Abang janganlah kejam sangat dengan Faa. Sampai hati abang layan Faa macam ni." Kata Hayfa. Kini tubir matanya sudah terasa hangat. Air matanya hanya menanti jatuh ke pipi.

"Kau pernah tengok tak cerita tenggelamnya kapal Van Der wijck tulisan buya Hamka. Kau pernah dengar dialog Zainuddin. Dia kata 'demikianlah perempuan dia hanya ingat kekejaman orang pada dirinya walaupun kecil dan dia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.' Kau lupa ke siapa di antara kita yang kejam Hayfa. Aku ataupun kau. Kau dah janji yang kau nak tunggu aku Hayfa. Kau kata kau sayangkan aku, kau rindu aku. Mana..mana, janji-janji manis kau tu. Semuanya palsu bila kau curang belakang aku. Kau rentap hati dan perasaan aku Hayfa. Cuba bayangkan kalau kau yang ada di tempat aku. Kalau aku yang curang belakang kau. Apa kau rasa?" Kata Syaqil. Kalini matanya merenung tajam dan tepat ke dalam anak mata isterinya. Hayfa telah menangis teresak-esak di depan Syaqil. Hatinya rasa ditoreh-toreh dengan kata-kata suaminya.

"Apa tak ada peluang kedua ke untuk Faa tebus salah Faa. Abang sebut dialog Zainuddin dalam cerita tu. Tapi abang lupa ke? Pada pengakhiran cerita tu akhirnya bukan Hayati je yang tenggelam. Tapi Zainuddin pun tenggelam bersama perasaaan egonya yang dia julang tinggi lepas kematian Hayati. Mungkin kalau Faa tak ada dalam hidup abang. Macam mana Hayati tak ada dalam hidup Zainuddin, baru abang nak maafkan Faa kan." Kata Hayfa. Lalu dia berlari pergi dari situ meninggalkan Syaqil.

Syaqil memejamkan matanya dan meraup wajahnya apabila melihat Hayfa berlari meninggalkannya. Jujurnya hatinya terasa sakit apabila dia terkenangkan Hayfa keluar bersama lelaki lain di belakangnya. Apabila Hayfa sudah menjauh pantas dia mengejar langkah isterinya.

Hayfa terus berlari keluar dari kawasan Taman Tasik tersebut. Tiba-tiba Hayfa menghentikan langkah apabila ada sebuah motorsikal berhenti betul-betul di hadapannya. Motorsikal itu dinaiki oleh dua orang lelaki yang menutup muka mereka dengan mask hitam.

Hayfa panik apabila lelaki yang duduk di bahagian penumpung turun dari motorsikalnya. Dia memegang sebilah pisau. Belum sempat Hayfa nak lari atau menjerit lelaki itu pantas hendak menikamnya. Hayfa cuba mengelak tikaman tersebut namun bahunya tetap terkena tikaman dari lelaki tersebut. Kemudian lelaki tersebut menarik pisau itu keluar dari bahu Hayfa. Lalu pisau itu dia lalukan dia lengan Hayfa dan dia rentap gelang tangan Hayfa dengan pisau tersebut hingga putus. Lengan Hayfa juga terdapat kesan luka besar akibat terhiris dengan pisau sebentar tadi.

"Sa..sakit. Aa..abang tolong." Kata Hayfa perlahan. Hayfa yang merasakan bahunya sangat sakit dan melihat darah yang begitu banyak keluar dari kesan lukanya telah melorot jatuh ke tanah.

"Hoi! Korang buat apa tu?! Hayfa!!!!" Jerit Syaqil. Terkejut dia apabila melihat Hayfa ditikam di depan matanya. Rasa bagai melayangnya jiwanya saat melihat tubuh Hayfa melorot jatuh ke tanah.

Lelaki yang menyerang Hayfa terus melarikan diri menaiki motorsikal yang ditunggang oleh rakannya. Syaqil terus berlari mendapatkan Hayfa yang terbaring di atas tanah, hatinya risau separuh mati melihat baju Hayfa yang penuh dengan darah. Tiba-tiba dia teringatkan apa yang dikatakan oleh Hayfa sebentar tadi. Dia betul-betul takut kehilangan Hayfa. Syaqil pantas mencempung badan Hayfa dan dia berlari ke keretanya.

"Hayfa..Hayfa...jangan tinggalkan abang." Kata Syaqil sambil berlari.

"A..abang... Faa..Faa sakit...Faa minta maaf kalau Faa ada buat salah." Kata Hayfa sambil menangis.

"Shh...jangan cakap macam tu. Faa kuatkan. Faa tak apa-apa. Abang akan selamatkan Faa. Abang bawa Faa pergi hospital ya." Sambil berlari Syaqil masih lagi membalas perbualan Hayfa. Kini air matanya telah gugur membasahi pipinya. Tiba-tiba dia merasakan tangan Hayfa yang menggenggam bajunya melorot jatuh. Hati Syaqil makin di palu rasa risau.

"Hayfa!! Tolong jangan tinggalkan abang! Tunggu abang bawa Faa pergi hospital!" Jerit Syaqil sambil dia melajukan lariannya untuk menghantar Hayfa yang telah pengsan itu ke hospital.

****

Hayfa yang baru terjaga merenung ke arah Syaqil yang sedang menggenggam sebelah tangannya. Bahunya terasa sangat sakit akibat dari kesan tikaman tadi.

"Faa..Faa dah sedar. Alhamdulillah. Abang risau betul tadi
Nasib baik doktor kata kesan tikaman tu kena kat bahu je bukannya organ penting. Nasib juga kesan torehan di tangan Faa pun tak terkena urat." Syaqil genggam tangan Hayfa matanya sudah berkaca-kaca.

"A..abang.. Faa minta maaf susahkan abang. Abang tolong jangan bagitahu papa dan mama ya. Faa taknak diaorang risau. Tolong ya abang." Pinta Hayfa dengan nada yang lemah. Syaqil hanya menganggukkan kepalanya.

Tiba-tiba pintu bilik Hayfa ditolak dari luar. Kelihatan wajah Detektif Tini dan juga Rafee muncul di situ. Terkejut Detektif Tini melihat Syaqil yang tengah memegang tangan Hayfa. Pantas dia melangkah ke arah Hayfa.

"Assalamualaikum. Saya Detektif Tini. Saya bertugas sebagai pegawai penyiasat. Tadi saya dapat panggilan dari Encik Rafee. Dia minta untuk pihak polis hantar pengawai penyiasat bagi kes ni. Boleh saya tanya beberapa soalan pada Cik Hayfa? Sebelum tu boleh saya tahu apa hubungan Cik Hayfa dan Encik Syaqil ya?" Soal Detektif Tini ingin tahu.

"Saya suami dia." Jawab Syaqil selamba. Detektif Tini sudah tersenyum mendengar jawapan Syaqil. Aihh dah kahwin rupanya dia. Ermm..melepaslah aku. Selalu yang begini punya elok mesti laki orang kan. Rungutnya dalam hati.

"Boleh saya bersendirian dengan Puan Hayfa sekejap tak? Saya nak soal beberapa soalan. Nanti saya soal Encik Syaqil pula sebagai saksi ya. Puan Hayfa rasa okey tak ni? Boleh jawab soalan saya tak?" Soal Detektif Tini lagi.

"Boleh..saya okey." Kata Hayfa sambil tersenyum nipis, Syaqil melepaskan tangan Hayfa lalu dia keluar dari wad tersebut bersama Rafee.

Syaqil melabuhkan duduknya di atas kerusi yang ada di luar wad Hayfa. Rafee pula hanya bersandar di dinding sambil memandang Syaqil.

"Kau okey tak ni?" Soal Rafee.

"Okey. Cuma terkejut dan risau tadi. Tiba-tiba je jadi macam ni." Jawab Syaqil. Mereka berdua terdiam seketika masing-masing menunggu Detektif Tini keluar dari wad Hayfa. Setelah beberapa ketika kelihatan Detektif Tini menolak daun pintu wad dan keluar dari situ. Dia merenung ke arah Syaqil dan Rafee.

"Menurut Puan Hayfa. Kes ni, kes ragut. Sebab diaorang ambil gelang emas dia. Kes macam ni memang biasalah terjadi"Kata Detektif Tini.

"Saya tak rasa kes ni kes ragut." Balas Syaqil sambil dia merenung wajah Detektif Tini dan Rafee.

"Maksud kau. Ada orang nak cederakan Hayfa macam firasat kau sebelum ni." Soal Rafee.

"Sebelum ni mungkin firasat aku. Tapi lepas beberapa kejadian aku tak rasa ni firasat aku. Beberapa minggu lepas ada orang nak langgar Hayfa. Nasib aku sempat tarik Hayfa ke tepi jalan. Macam kes harini. Ianya berlaku depan mata aku. Salah seorang lelaki yang turun dari motor dia terus tikam Hayfa. Sedangkan Hayfa tak sempat menjerit atau bergelut dengan diaorang. Lepas tu barulah dia ambil gelang Hayfa. Aku rasa orang tu ambil gelang Hayfa hanya untuk kaburkan pandangan kita. Supaya kita fikir ni kes ragut. Tapi tujuan utamanya, dia memang nak cederakan Hayfa." Sambung Syaqil lagi

"Jadi sebab tu lah kau beriya nak balik ke Malaysia jaga Hayfa. Firasat kau selama ni betullah yer. Orang yang sama ke kau rasa?" Soal Rafee.

"Aku belum dapat pastikan lagi. Tu yang aku nak kita siasat dan kunpul bukti sama-sama. Kalau betul apa yang aku agak ni. Kita memang perlukan pihak polis jugak untuk selesaikan perkara ni. Jadi boleh Detektif Tini bantu kami?" Soal Syaqil sambil merenung Detektif Tini.

"Nampaknya korang tahu something. Okey tell me now everthing about this case. Tapi saya minta tolong Encik Syaqil. Jangan bertindak sendiri. Apapun tolong bincang dengan pihak polis dan Encik Rafee." Ucap Detektif Tini.

"Selagi diaorang kacau isteri saya. Saya takkan bertindak melampaui batas. Tapi jika sekali lagi diaroang kacau isteri saya. Saya tak berani jamin yang saya takkan bertindak sendiri." Kata Syaqil tegas sambil merenung ke arah Detektif Tini dan Rafee.

Rafee melepaskan keluhan kecil. Detektif Tini menganggukkan kepalanya perlahan. Syaqil dan Rafee menceritakan semua maklumat yang mereka ada pada Detektif Tini. Mereka harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

*macam mana bab ni.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 156 16
HARIKU MENJADI INDAH BILA BERSAMAMU Kisah cinta yang bermula sejak zaman kanak-kanak sehingga ke usia dewasa. Cinta monyet sering kali dikaitkan deng...
9.8K 383 47
Tidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh aban...
1.5M 48.1K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
2.6K 130 17
Siapa kata kahwin paksa boleh bahagia? Nope. The truth is not all will have a happy ending.