Cikgu Syaqil Rock [ Terbit No...

By Hashily90

78.8K 2.4K 374

SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalany... More

Sila baca penting
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
BAB 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Buku Fizikal cikgu syaqil Rock

Bab 11

2K 144 29
By Hashily90

Malam itu Syaqil turun ke ruang makan. Dia tengok Hayfa tiada di situ. Dia melepaskan keluhan kecil. Makanan atas meja pun tak ada untuk makan malam. Sudahlah perutnya dah terasa lapar ni, selalu waktu begini Hayfa sudah siap menghidangkan makanan. Ini betul-betul si Hayfa lancarkan mogok padanya. Pantas Syaqil pergi ke dapur. Dia bancuh satu mug air coklat buat mengisi perutnya. Lalu dia labuhkan duduknya di kerusi berdekatan island table.

Ketika Syaqil sedang menikmati air coklatnya tiba-tiba Hayfa lalu di depan Syaqil. Terus tersembur air coklat yang diminum oleh Syaqil. Mana tidaknya. Hayfa selamba berjalan di depannya dengan memakai baju tidur satin bewarna cream separas paha. Dengan bahagian dada yang terdedah siap dengan tali halus di bahu mengalahkan mee. Siap rambutnya yang panjang dilepaskan. Memang nampak cantik sungguh isterinya saat ini. Terus bergejolak naik nafsu lelakinya saat melihat ke arah isterinya.

Hayfa terus mengambil gelas dan dia juga bancuh segelas air coklat. Sengaja dia tidak mempedulikan si Syaqil, dan memang sengaja dia pakai begitu untuk mengajar si Syaqil. Syaqil berdehem beberapa kali apabila dia perasan Hayfa buat tak tahu padanya. Air liurnya ditelan berkali-kali apabila melihat ke arah Hayfa yang kelihatan begitu menarik malam ini.

"Hei, ke..kenapa kau tak masak malam ni?" Sengaja Syaqil ingin memulakan perbualan. Hayfa duduk bersandar di table top dapur dia merenung Syaqil sambil memberikan senyuman yang menggoda. Sambil dia minum sedikit air coklat di tangannya. Kemudian dia letak gelas air itu di atas table top.

"Dah beberapa hari Faa masak abang tak makan pun. Abang dok sibuk makan kat luar dengan scandal. Kenapa malam ni tak keluar dengan scandal. Pergilah ajak scandal teman abang makan. Tak pun suruh je scandal abang masak. Masa ni lah abang nak tengok diaorang layak atau tidak jadi madu Faa kan. Lagi satu lepas ni, kalau nak makan cakap awal-awal nanti senang Faa order je dari grabfood." Jawab Hayfa.

"Kau melampau kan Hayfa. Ingat sikit tugas kau sebagai isteri. Kau kena jaga makan minum aku." Kata Syaqil. Matanya tidak lepas dari merenung Hayfa. Jujurnya memang dia tergoda dengan Hayfa malam ini. Tapi dia tahan dirinya demi menjaga egonya.

"Erm.. jagalah tu. Faa tolong orderkan grabfood untuk abang. Janji makan kan." Balas Hayfa selamba dengan mimik muka seakan mengejek.

"Aku taknak makanan beli. Lepas ni aku nak kau masak. Aku nak makan air tangan isteri aku jugak. Kenapa kau pakai macam ni malam ni. Kau sengaja kan nak goda aku. Sengaja nak aku terkam kau kan. Kalau kau nakkan aku. Aku on jer." Kata Syaqil. Kali ini Syaqil tersenyum nakal. Dia melangkah perlahan merapati isterinya yang sedang berdiri sambil bersandar di table top. Apabila Hayfa melihat Syaqil mendekatinya pantas dia capai pisau yang ada di atas rak table top itu, lalu dia tersenyum sinis dan menayang pisau itu pada Syaqil. Terkedu Syaqil melihat tangan Hayfa yang tengah bermain-main dengan pisau.

"Kau..kau nak buat apa pisau tu Hayfa? Kau letak pisau tu sekarang." Soal Syaqil.

"Faa nak buat apa dengan pisau ni abang tanya? Faa nak cincang-cincang buaya darat dalam rumah ni. Boleh masak sup bagi anjing kat luar tu makan. Kenapa abang nak dekat-dekat dengan Faa. Tergoda yer, abang nakkan Faa ke malam ni?" Soal Hayfa lalu dia berjalan merapati Syaqil, sengaja dia berjalan mengelilingi suaminya sambil tersenyum menggoda. Tetapi tangannya masih lagi bermain dengan pisau tersebut. Dah macam perempuan psiko yang menggoda jer gayanya.

Syaqil sudah menelan air liurnya berkali-kali. Perasaan tergoda dan risau bercampur menjadi satu. Dia berfikir apa kena dengan isterinya hari ini. Tak ubah seperti seorang perempuan psiko. Kini Hayfa berdiri di depan Syaqil. Jarinya dia sengaja dimainkan di dada Syaqil bagai mengukir sesuatu di dada Syaqil, sengaja dia nak buat Syaqil tergoda padanya. Sebelah lagi tangannya dia genggam erat pisau tadi.

"Faa.. Faa.. na..nak buat apa ni?" Soal Syaqil dengan tergagap-gagap. Dilihatnya wajah isterinya yang begitu cantik. Sudahlah bau perfume Hayfa pun cukup kuat. Betul-betul menaikkan naluri kelakiannya.

"Faa tak buat apa-apa pun. Faa cuma nak tanya abang. Faa ke yang nakkan abang? Atau abang yang nakkan Faa malam ni?" Kali ini sebelah tangannya mengusap rahang suaminya. Dia masih tersenyum menggoda pada Syaqil.

"A..abang yang nakkan Faa malam ni." Spontan ayat itu terkeluar dari mulut Syaqil. Sambil matanya tidak lepas dari merenung ke arah isterinya. Rasa nak runtuh dah imannya setinggi langit ketujuh. Cantik sangat kau malam ni Hayfa. Gila ke apa aku nak tolak kau malam ni bila kau goda aku macam ni. Bisik hatinya.

"Abang... Faa cantik tak?" Soal Hayfa lagi dengan nada menggoda sambil dia dongakkan sedikit wajahnya bagi memandang wajah Syaqil yang lebih tinggi darinya.

"Ca..cantik sangat." Jawab Syaqil. Jantungnya sudah rasa berdebar apabila Hayfa menggodanya begitu. Baru tangannya nak menyentuh bibir Hayfa pantas Hayfa menepis tangan Syaqil.

Hayfa yang mendengar jawapan Syaqil sudah ketawa kuat seperti orang psiko. Kali ini dia angkat pisau di tangannya lalu dia tayangkan di depan muka Syaqil.

"Faa tahu Faa cantik. Sebab tu ramai yang tergilakan Faa termasuklah abang. Abang nak Faa ke? Jangan mimpilah. Abang nampak pisau ni. Jangan sampai Faa cincang-cincang abang sampai lumat. Bukan ke abang yang kata. Abang jijik nak sentuh perempuan murah macam Faa ni. Jadi kenapa abang nakkan Faa malam ni. Abang dengan ego abang tu, boleh jalanlah." Kata Hayfa sambil tersenyum sinis. Dia memulangkan paku buah keras pada Syaqil. Membulat mata Syaqil apabila Hayfa kata begitu sambil menayangkan pisau itu padanya.

"Come, go ahead and try. Baby, you'll never be my type. One thing you'll get tonight. Is just a little kiss goodbye muah. Come, go and waste your time. Baby, I'll never change my mind. One thing you'll get tonight just a little kiss goodbye." Hayfa menyanyi kecil korus lagu 'just a kiss' sambil dia tersenyum ala orang psiko di depan Syaqil. Habis saja dia menyanyikan lagu itu dia bisik di telinga Syaqil.

"I'll drive you crazy tonight. But you never get me and never be my type. Sebab abang tu buaya darat. So malam ni you dapat ciuman selamat tinggal jelah. Muah." Hayfa cium pipi Syaqil. Lalu dia tersenyum sinis dan pantas dia berjalan beredar dari situ. Apabila sudah jauh sedikit dari suaminya sempat Hayfa menoleh dan melambai seperti gaya selamat tinggal pada Syaqil. Dia siap flip hair lagi lalu dia tayang-tayang pisau di tangannya.

Terkebil-kebil mata Syaqil memandang ke arah isterinya. Selepas Hayfa hilang dari pandangannya dia mengepal penumbuknya. Dia pejam matanya sebentar menahan geram. Lain macam kau punya balas dendam Raja Hayfa Hanina.

"Bodoh..bodoh kau Syaqil. Yang kau pergi tergoda dengan dia dan kata nakkan dia malam ni dah kenapa. Kan dia dah makin besar kepala. Adoii Hayfa. Kau betul-betul buat aku rasa nak gilalah. Kau siap kau. Kau nak cari pasal dengan aku kan. Aku akan pastikan aku menang pertandingan hari guru nanti. Masa tu kau kena ikut semua arahan aku." Kata Syaqil sambil dia hentak kuat tangannya di meja island table. Sungguh ego lelakiannya terasa tercabar saat itu.

Hayfa yang masuk ke dalam biliknya melepaskan keluhan kecil. Jika di ikutkan hatinya, dia tidak mahu melawan dan mengenakan suaminya. Namun disebabkan Syaqil selalu menuduh dia dengan bermacam tuduhan dan buat perangai buaya darat seperti itu. Dia ingin mengajar si Syaqil. Hayfa mahu Syaqil sedar yang dia tidak mudah dibuli dan diinjak-injak.

****

Hayfa yang duduk bersebelahan dengan cikgu Ridzwan sudah ketawa apabila lelaki itu membuat lawak. Sengaja dia mengambil tempat di sebelah cikgu Ridzwan semasa taklimat kursus Bahasa Melayu peringkat daerah dijalankan, kerana dia sengaja nak sakitkan hati si Syaqil. Kini mereka baru lepas tamat kursus tersebut.
Memang sekolah mereka terpilih sebagai tuan rumah tempat kursus itu dijalankan.

Syaqil menahan amarahnya dari awal kursus itu bermula. Bukan dia tidak perasan pandangan cikgu Ridzwan pada Hayfa. Cikgu sekolah lain itu sememangnya nampak berminat dengan isterinya. Pantas dia teguk air mineral yang tersedia di atas mejanya. Malangnya air itu pun tidak dapat menyejukkan hatinya. Kau memang nak kena Hayfa. Berani kau melayan lelaki lain depan aku kan. Jerit hatinya.

"Cikgu Hayfa. Saya laparlah jom teman saya makan. Boleh tak? Kat kantin sekolah ni makanan apa je yang sedap?" Soal cikgu Ridzwan.

"Oh. Boleh-boleh. Semua lauk kat sini sedap-sedap tau. Pengusaha kantin sini kalau bab masakan memang terbaik." Kata Hayfa sambil tersenyum dan menaikkan ibu jarinya. Sempat dia tersenyum sinis pada Syaqil yang merenungnya tajam sejak dari tadi.

"Kalau macam tu jom kita pergi." Ucap Ridzwan. Hayfa hanya tersenyum dan melangkah pergi bersama-sama Ridzwan ke kantin.

Disebabkan geram Syaqil genggam erat botol air mineral di tangannya hingga kemek. Tak guna punya jantan. Punyalah banyak perempuan lain kat dunia ni. Isteri aku jugak kau nak ajak pergi makan. Yang kau pun Hayfa melayan je. Kau memang nak kena dengan aku. Tunggu kau kejap lagi. Bisik hati Syaqil sambil matanya merenung tajam ke arah Hayfa dan Ridzwan yang kian menjauh.

Selesai makan. Ridzwan meminta diri untuk pulang. Hayfa pula melangkah laju ke bilik kesihatan. Dia memang selalu duduk di bilik kesihatan disebabkan dia bertugas sebagai guru kesihatan. Baru Hayfa buka pintu bilik kesihatan dan melangkah masuk badannya telah ditarik dengan kasar oleh Syaqil.

Syaqil pantas mengunci pintu bilik kesihatan tersebut. Dia tolak badan Hayfa kuat merapat ke dinding lalu dia dekatkan tubuhnya dengan tubuh Hayfa sehingga boleh rasa tubuh mereka berlaga. Kini dia merenung tajam ke arah isterinya.

"A..abang kenapa ni? Kalau orang nampak macam mana?" Soal Hayfa. Takut dia melihat muka bengis suaminya.

"Biarlah orang nampak pun. Ada aku kisah. Kau tanya aku kenapa Hayfa. Kau tu dah kenapa? Yang gatal melayan lelaki lain dah kenapa? Aku ni suami kau tau. Kau bermesra dengan lelaki lain depan aku dah kenapa?" Marah Syaqil dengan nada yang tertahan. Matanya merenung tajam. Bagai nak ditelannya Hayfa hidup-hidup.

"Kenapa, abang cemburu ke lelaki lain suka pada Faa? Abang ingat abang je ke yang ramai peminat. Jangan ingat abang je boleh pasang scandal. Kalau Faa nak, Faa pun boleh buatlah." Kata Hayfa. Dia memberanikan dirinya untuk menatap wajah Syaqil.

"Hei! Kau sedar diri kau tu sikit Hayfa. Kau tu perempuan. Kau dan aku takkan sama. Lelaki boleh kahwin empat. Perempuan tak boleh. Jadi aku bagi amaran pada kau Faa. Kau jangan nak menggatal dengan lelaki lain. Kalau tak siap kau." Kata Syaqil tegas. Hayfa yang geram pantas kedua belah tangannya mencengkam kolar baju Syaqil.

"Oh, abang buat boleh. Faa buat abang tak bagi. Abang cakap jelah abang jealous. Abang mengaku jelah yang abang cintakan Faa. Faa tahulah abang masih lagi sayang dan cintakan Faa. Tapi ego abang tu terlalu tinggi. Kita boleh je bahagia kalau abang sudi maafkan Faa. Tapi abang tetap nak junjung dendam dan ego abang tu. Faa pun bagi amaran pada abang. Kalau abang boleh ada scandal. Faa boleh buat." Ucap Hayfa. Kini Hayfa dan Syaqil merenung tajam ke arah satu sama lain.

Panas hati Syaqil mendengar kata-kata Hayfa. Pantas dia tarik badan Hayfa agar lebih mendekat dan dia cium bibir Hayfa dengan rakus. Hayfa cuba menolak Syaqil, tetapi sebelah tangan Syaqil menahan kepalanya dari belakang hingga membuatkan dia tidak dapat melepaskan diri. Air mata Hayfa sudah mengalir waktu itu.

Syaqil terus mencium Hayfa dengan kasar. Apabila dia puas barulah dia lepaskan Hayfa. Selepas itu dia tersenyum sinis pada Hayfa. Dia merenung wajah Hayfa yang sudah merah menahan marah dan dengan mata Hayfa yang penuh dengan air mata.

"Seronok kena cium dengan aku. Kau nak aku layan kau ke. Aku boleh bagi. Tak payah cari lelaki lain. Kau dengar sini Raja Hayfa Hanina. Sekali lagi kau buat perangai melayan lelaki lain. Aku akan buat lebih lagi dari ni. Kau tu milik aku faham." Bisik Syaqil di tepi telinga.

"Isteri nakal. Biasa dia tu. Nak kena tampar punggung tu." Kata Syaqil lalu dia tampar kuat punggung isterinya sambil tersengih nakal. Sengaja dia nak balas apa yang Hayfa lakukan padanya semalam. Selepas itu dia terus melangkah keluar dari bilik tersebut.

Hayfa hanya terkedu. Air matanya masih mengalir. Syaqil melayannya tak ubah seperti perempuan simpanan. Hayfa geram bila dia rapat dengan lelaki lain Syaqil marah. Tetapi Syaqil keluar dengan perempuan lain boleh pula. Hatinya terasa sakit. Dia juga tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan hidup dengan Syaqil. Walaupun pada hakikatnya dia masih sayangkan Syaqil.

****

Pagi itu Syaqil dan Hayfa keluar dari bilik masing-masing. Syaqil merenung ke arah Hayfa yang sudah memakai dress punjabi kembang bewarna cream gold. Siap dengan selendang lagi tu. Hayfa juga merias wajahnya dengan solekan yang simple tapi sangat cantik.

Hayfa dan Syaqil melangkah ke arah lift bersama-sama. Syaqil menekan button lift untuk turun ke bawah. Hayfa juga menjeling ke arah Syaqil yang kelihtan segak mengenakan kurta bewarna cream lebih kurang senada dengan bajunya. Eh..eh samalah pulak warna baju kau dengan aku. Kau tiru aku eh. Bisik hatinya. Apabila pintu lift terbuka pantas mereka berdua masuk ke dalam lift.

"Jangan lupa yer janji awak cikgu Syaqil. Kalau kelas awak kalah. Awak kena dengar cakap saya seminggu." Kata Hayfa selamba. Dia yakin kelas Syaqil akan kalah. Entah-entah kalah sebelum bertanding. Yelah bukan senang nak control kelas Sapphire apatah lagi nak ajak buat latihan persembahan. Syaqil yang berdiri di sebelah Hayfa tersenyum sinis. Pantas sebelah tangannya menarik pinggang Hayfa merapat dengannya.

"A..awak buat apa ni. Lepaslah!" Marah Hayfa. Tapi Syaqil hanya tersenyum nakal. Sebelah tangannya mengusap pipi Hayfa.

"Kenapa tiba-tiba guna awak, awak pulak dengan abang ni? Mana pergi panggilan abang tu sayang? Sayang yakin sangat ke, yang kelas sayang akan menang harini?" Soal Syaqil sambil tersenyum mengejek pada Hayfa.

"Saya yakinlah yang kelas awak akan kalah! Jadi jangan lupa janji awak. Apa peluk-peluk ni lepaslah!" Marah Hayfa.

"La.. takkan nak peluk isteri sendiri pun salah. Kan dapat pahala peluk isteri sendiri. Takkanlah sayang nak abang peluk perempuan lain kan. Abang takkan lupa janji abang. Tapi abang nak sayang pun jangan lupa janji sayang tau." Kata Syaqil sambil sebelah tangannya kini menarik dagu Hayfa dan dia cium bibir Hayfa sepintas lalu. Entah kenapa sejak dia mencium Hayfa sejak pertama kali dulu dia bagai ketagih ingin mencium isterinya, tapi dia cuba menahan dirinya. Tetapi semalam alang-alang dia dah cium Hayfa, jadi harini pun selamba dia cium Hayfa sekali lagi. Hayfa hanya terdiam seketika. Merah mukanya saat itu menahan malu. Apabila pintu lift terbuka pantas Syaqil melepaskan Hayfa.

"Abang pergi dulu ya. Bye sayang terima kasih untuk kiss tu. Jangan lupa touch up lipstick tu tau." Kata Syaqil sambil tersengih nakal. Sengaja dia nak sakitkan hati Hayfa.

"Kau tak guna! Tak guna!" Laung Hayfa.Makin merona merah muka Hayfa mendengarkan kata-kata Syaqil. Dia mengepal penumbuknya menahan geram. Dia nekad dia akan menang hari ini. Kau tunggu kau Syaqil, aku akan pastikan kau jadi kuli aku.

*Bab seterusnya lepas seminggu baru kita update.
Harini saya dah update dua bab ya.


Continue Reading

You'll Also Like

1.3K 116 5
๐“—๐“ช๐“ฒ๐”ƒ๐“ฎ๐“ต ๐“œ๐“ผ: ๐“๐“ผ๐“ฝ๐“ป๐“ธ๐“น๐“ฑ๐“ฒ๐“ต๐“ฎ ๐“ก๐“ช๐”‚๐“ช "Biarlah orang nak pandang abang pun. Itu hak diorang, dan itu mata diorang kalau nak pandang abang...
23.1K 1.3K 42
Cover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sah...
55.5K 1.7K 54
kehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa ban...
86.9K 2.9K 63
Pengubat Hati Indah Adriana Status:Complete Iskandar Adrian | Indah Adriana Tengku Iskandar Adrian-Seorang Ceo berkacukan spain,hemsem,kaya,sado,per...