TAN'S NAUFAL

By asyaaqistina

67 3 0

kisah antara seorang gadis yang kerap mendapat mimpi tentang lelaki yang bernama naufal haleeq. bingung. itu... More

BAB 2

BAB 1

56 2 0
By asyaaqistina

prolog.

kali pertama aku terjaga dari tidurku hanya kerana mimpi yang tidak pernah aku inginkan. kosong. mimpi itu membuatkan aku jadi kosong. apa pula hubungan aku dengan dia?. setiap kali bangun dari tidur aku tertanya-tanya tentang kehadiran dia dalam mimpiku. aku ingin tahu semuanya tentang lelaki yang tak bernama itu.

mustahil itu hanya mainan tidur saja. Aileen Medina binti Arman. sebaris nama penuh aku keluar dari mulut lelaki yang tidak aku kenal dalam mimpi itu.

anak bujang siapa pula yang masuk dalam mimpi aku tanpa diundang ni? siap nama penuh aku disebutnya? siapakah dia?

satu kejadian menimpa Aileen yang membuatkan hatinya rasa sakit sangat apabila dia dibuang oleh orang yang dia sayang begitu saja. berat hatinya untuk menerima semua ujian ini tapi dia percaya bahawa semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.

"lap air mata awak yang berharga tu." - Naufal Haleeq

"jangan masuk campur urusan saya" - Aileen Medina

sudah bertahun lamanya Aileen dan Naufal tidak bertemu. kehilangan Aileen cukup membunuh diri Naufal. tenangnya bunyi ombak ditepi pantai menjadi saksi cinta yang Naufal Haleeq adalah lelaki terakhir buat Aileen Medina.

"masih ada bahu saya untuk bersandar, juga masih ada sejadah untuk bersujud" -  Naufal Haleeq

"awak adalah nyawa saya, Aileen Medina" - Naufal Haleeq

"begitu juga dengan saya, suami saya juga nyawa saya." - Aileen Medina

beruntungnya Aileen dipertemukan oleh lelaki seperti Naufal Haleeq yang sangat menghargai isterinya. mampukah Naufal menjaga Aileen hingga akhir hayatnya? Adakah ini kebahagiaannya bagi seorang gadis bernama Aileen Medina?

BAB 1

"Aileen..." aku terus bangun dari tidurku. bingung. itu yang aku rasa sekarang. sepi. mana datang suara itu? suara yang memanggil lembut namaku. mengeluh. seolah dia mengenali kehadiran diriku ini. aku masih bingung apa hubungan aku dan dia yang sebenarnya sehingga ia masuk ke dalam mimpi aku ni?

tanpa berfikir panjang aku terus mencapai telefon pintarku di tepi katil. jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. bergegas aku bangun. aku lupa yang aku sudah berjanji untuk masuk ke m'cafe. walaupun sudah lambat tapi otak aku masih berjalan fikirkan lelaki yang berada dalam mimpi aku.

pasti. mimpi itu bukanlah mainan tidur. melainkan petunjuk atau ada hubungan dengan kehidupan aku. petunjuk apa pula kalini. mahu bertanya diri sendiri banyak soalan pun, aku sudah lambat mahu ke m'cafe. ini kalau kak Bella tahu aku terlambat mahu kena ceramah 7 hari 7 malam depan pintu masuk cafe.

sudah bersiap cantik mahu ke m'cafe, paling malas sekali mahu drive seorang diri. aku paling tak suka kalau kena drive seorang diri. selalu Thaqif yang akan bawa aku kehulur-kehilir. tapi kalini dia takde jadi aku yang kena drive. redha je Aileen.

sampai di m'cafe, aku baru melangkah kaki keluar dari kereta, kak Bella dah terpacak depan pintu melihat kelibat kereta aku. dalam hati dah redha apa kak Bella nak ceramah nanti. ceramah pula macam makcik-makcik kampung aku. dari jauh aku dah nampak yang kak Bella tengah tenung aku. tenungan kak Bella dah boleh tembus semua dosa-dosa aku.

"ni laa anak kesayangan arman, kerja datang lambat je tahu."

belum sempat beri salam lagi kak Bella dah sergah aku dulu. mana tak nye, tadi dah tenung  boleh tembus langit 7 lapis

"medina.."

belum habis ayat aku dah dipotong nya kak Bella. tak pasal-pasal harini dengar ceramah percuma tanpa bayaran.

"alaa.. bukan selalu pun, kak Bella. kasi can laa." balasku.. sambil tayang muka kesian supaya ceramah di pagi jumaat kalini berhenti.

kak Bella hanya gelengkan kepala dengan perangai anak arman sorang ni. pantang kena ceramah sikit mula laa nak larikan diri tu.

"kakakkk.." jerit seorang pekerja yang bernama melysha.

aku hanya tersenyum dengar nama aku dijerit oleh Melysha. dia laa satu-satunya pekerja yang paling muda manja dengan aku. walaupun banyak mulut tapi itulah penghibur bagi m'cafe ni.

"kak Bella dah kenapa terpacak dekat depan pintu ni?." tanya melysha, pandangan dihalakan ke arahku, seolah aku tahu apa yang sedang terjadi.

"ni kak Medina awak, kalau boleh nak datang selepas zohor."

kena lagi satu das oleh kak Bella

aku hanya senyum dengan menggaru kepala yang tidak gatal. takpelah yang muda memang kena hormat yang lebih tua. positif thinking mungkin kak Bella baru balik dari bulan.

aku melangkah kaki masuk ke dalam m'cafe. tenang. m'cafe satu-satunya nyawa aku. penat lelah aku untuk membangunkan cafe ni hanya aku saja yang tahu. kosong hidup aku tanpa m'cafe. impian aku selama ini untuk membangunkan sebuah cafe sudah pun tercapai.

m'cafe dan staff disini la paling berharga buat aku. mereka saksi dimana aku dalam kesedihan, gembira. hanya mereka ubat satu-satunya untuk Aileen Medina. hadirnya m'cafe dan staff disini satu keluarga untuk aku.

disaat semua sibuk jalankan tugas masing-masing. aku duduk di kerusi bersebelahan dengan tingkap. aku mula mengisi masa lapang dengan membaca novel. membaca novel juga salah satu boleh membuatkan aku tersengih seorang diri. biarpun orang kata aku gila. tapi mereka tidak tahu perasaan membaca novel, kena pula dengan hero dan heroin dia macam hilman dan hazel.

peminat novel sahaja yang tahu perasaan itu semua.

bunyi loceng pintu masuk m'cafe berbunyi yang menandakan ada pelanggan baru yang datang ke m'cafe  lelaki yang berbadan tinggi, mengenakan kaca mata hitam, bau badan yang sangat wangi dengan rambutnya kena selera aku. perfect. aku mula tenung dengan lelaki tersebut. serius lelaki itu tenung menu yang ada dihadapan kaunter itu. berpengaruh besar kak Bella ke tenung sampai nak tembus menu tu?

"yes, boleh saya bantu?."

kalini giliran Melysha yang menjaga kaunter. Melysha memang menggunakan bahasa melayu setiap kali ambil order dari pelanggan. katanya, hidup kena mengamalkan bahasa melayu biarpun kita tak reti bahasa inggeris ahaha. tarik nafas panjang Melysha mahu ambil order dari pelanggan tersebut. sekali tengok macam orang berada, dua kali tengok macam jodoh pun ada. aipp.

"salted caramel macchiato, please." lembut suara lelaki itu memberitahu pesana tersebut...

"boleh tahu? nama siapa?." tanya Melysha, walaupun dahi dah berpeluh, mungkin takut kena tenung sampai boleh tembus semua dosa dia.

"Naufal Haleeq."

segak. nama saja sudah segak, apalagi tuan badan. orang-orang macamni mesti ramai perempuan gilakan dia. sudahla hot. suara pun lembut. dari segi gaya boleh jadi suami idaman. berangan saja Aileen.

bila dipikir balik. suara itu. serupa dengan suara lelaki yang ada dalam mimpi aku. kalau ingat balik pun mesti mainan tidur. boleh jadi bukan dia? bukan dia je ada suara macamtu.

tidak lama kemudian nama lelaki itu dipanggil. menandakan pesanannya sudah siap, dia melangkah ke arah pick up kaunter untuk mengambil pesanannya. aku mengalihkan pandangan aku, apabila lelaki tersebut menoleh ke arah aku. tak pasal-pasal kantoi yang aku tengok dia dari atas sampai bawah.

kerusi di hadapanku ditarik oleh seseorang. damn. lelaki tersebut sudah berdiri di hadapan aku dengan tangan yang memegang pesanannya tadi. terkedu. dia nak soal siasat aku ke? atau dia nak minta bayaran sebab aku tengok dia atas bawah? matilah aku.

"boleh duduk?."  tanya lelaki itu dengan menatap ke arah ku.

aku hanya angguk tanda boleh. seram sejuk je aku tengok lelaki ni duduk dekat depan aku. dah macam kena soal pasal paper math pulak ni. aku hanya diam tanpa keluar satu suara pun, aku hanya meneruskan baca novel aku yang baru ditinggalkan tadi.

"awak baca novel?." soalnya dengan mengangkat kening sebelah.

dia tanya soalan apa ni? dia memang tak nampak ke yang aku tengah baca novel? takkan dia nampak aku tengah uli tepung kot!. Ya Allah Medina lelaki itu cuma bertanya je, kenapa kau nak melenting ni?. bukan melenting tapi soalan dia tak kena sangat.

"yeah, lagi pun saya suka baca novel." jawabku dengan senyuman. kang tak senyum nanti dia kata aku ni sombong, berlagak.

"i see."

wait?. itu je. punya la panjang aku membalas soalan dia, dia jawab tuje?. tapi oke jugak kang dia tanya lebih-lebih kau jugak yang taktau nak jawab.

"what's your name?."

"Aileen Medina." kenapa dia nak tahu nama aku ni? nak list nama aku untuk jadikan skandal dia yang ke 10 ke?. oh Medina, jauhnya otak kau berjalan?.

bila di tengok semula, boleh jatuh hati jugak dekat dia ni. lembut je nada bicara dia. aipp. Medina jangan merepek yang bukan-bukan di hari jumaat yang penuh berkah ni. buatnya dia dah ada kekasih hati, sia-sia kena serang 7 hari berturut-turut sebab kacau boyfriend dia ni. lagipun belum tentu dia pandang kau walaupun sebelah mata!.

"beautiful name, Aileen." senyuman manis campur pujian dia kasi. kalau hari-hari macamni memang melambung aku puji dia.

"Aileen?." tak pernah lagi orang panggil guna nama tu. Aileen. serupa dengan dalam mimpi.

"actually nama Aileen tu cantik sangat, bila gabung dengan Aileen Medina saya suka. nama yang lawa macam orangnya. if awak tak kisah, saya boleh guna Aileen?."

awww. melebih pula dia puji aku ni. kalau dia tahu aku blushing mana aku nak letak muka? kantoi laa adumak. mana nak letak muka konon. padahal suka orang puji macamtu. mak dia ada mengidam apa-apa ke masa mengandungkan dia? manis sangat.

"sure sure, awak orang pertama guna Aileen, selalu ramai orang guna Medina je."

" muka awak merah, malu ke?." sambil gelak dia tanya soalan tu pada aku. tolong jangan ditegur Naufal Haleeq.

problem, mana kau nak sorok muka kau ni Aileen. dia pun satu gi tegur kenapa? taktau ke perempuan kalau dah kena puji memang akan jadi macam ni?.

"saya dah kena pergi sekarang, jumpa next time, assalamualaikum." tergesa-gesa dia melangkah keluar dari pintu m'cafe. tidak lupa sebelum dia melangkah keluar tadi dia belanja senyuman manis dia hehe.

manisnya lelaki pada adab di seorang wanita. walaupun pertemuan kami harini singkat, aku berharap semoga aku jumpa dia di tempat yang sama juga seperti pertemuan harini.

"waalaikumussalam." balasku lambat ketika lelaki itu sudah melangkah keluar dari m'cafe.

kak Bella yang dari tadi perhati dari jauh, datang duduk di sebelah sambil menepuk bahu aku. datang ni sah mengusik aku. kalau sehari tak mengusik aku, tak tenang agaknya kehidupan kak Bella.

"amboi.. anak arman ni senyum sampai ke telinga ek duduk dengan pelanggan tadi." ketawa kecil dibuatnya kak Bella tengok aku yang hanya gelengkan kepala tanda tak mahu mengaku tentang kejadian tadi.

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 139K 47
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
504K 14.6K 61
Silent, unforgiving and strikingly gorgeous, Rylan Parker is a cold-hearted businessman. An intimidating CEO, perfectly fitted in tailored suits and...
608K 49.7K 23
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...
1.8M 127K 45
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...