Cikgu Syaqil Rock [ Terbit No...

By Hashily90

78.6K 2.4K 374

SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalany... More

Sila baca penting
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
BAB 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Buku Fizikal cikgu syaqil Rock

Bab 10

1.7K 149 33
By Hashily90

Syaqil dan Rafee duduk lepak di kerusi batu di halaman depan dewan sekolah. Rafee yang baru lepas keluar dari melawat pusat latihannya singgah di situ kerana dia tahu kini Syaqil kerap balik lewat kerana Syaqil melatih para pelajarnya untuk persembahan hari guru. Tiba-tiba mereka tersentak apabila ditegur oleh Dina.

"Cikgu Syaqil." Panggil Dina  yang sudah berdiri di hadapan Syaqil dan Rafee. Dina menayangkan riak muka serius. Syaqil dan Rafee sudah mengerutkan kening mereka melihat riak wajah serius Dina.

"Hah ada apa Dina?" Soal Syaqil.

"Cikgu pernah kata. Kalau ada masalah boleh beritahu cikgu kan. Saya ada masalah ni. Cikgu boleh tolong tak?" Soal Dina.

"Apa masalahnya. Kalau cikgu boleh bantu. Cikgu bantu." Jawab Syaqil. Rafee hanya memandang wajah Dina dan Syaqil silih berganti. Serius betul muka budak tembam ni. Apalah masalahnya agaknya. Masalah besar ke? Atau masalah negara. Bisik hati Rafee sambil dia teguk air mineral di tangannya

"Masalah putus cinta. Saya suka Raaz tapi Raaz reject saya sebab saya gemuk!" Kata Dina kuat.

Burrr. Terus tersembur air yang diminum oleh Rafee ke wajah Syaqil. Terkejut dia mendengar masalah Dina. Biar betul budak ni masalah cinta pun kau nak minta tolong cikgu kau. Fikirnya.

Syaqil mengelap wajahnya yang sudah basah dengan tangannya lalu dia merenung tajam ke arah Rafee. Dina pula sudah menutup mulutnya dengan kedua belah  tangannya sambil membulatkan matanya apabila melihat adegan itu.

"Kau nak mati ke Raf. Yang kau sembur air tu kat muka aku dah kenapa. Kau sini kau." Kata Syaqil sambil dia tarik kepala Rafee dan dia letak dia bawah ketiaknya lalu dia sekeh kepala rakannya itu berkali-kali.

"Woii, woii, apa ni sekeh kepala aku. Aku tak sengajalah." Rafee menolak kuat lengan Syaqil. Lalu dia memandang tajam ke arah Dina.

"Budak ni la yang salah. Boleh pulak dia kata masalah cinta. Ada tak tersembur air tu dari mulut aku ni." Kata Rafee sambil menundingkan jarinya pada Dina.

"Apa masalahnya kalau saya ada masalah cinta sekalipun. Saya minta tolong cikgu Syaqil bukan minta tolong encik kan." Jawab Dina sambil dia angkat tangannya yang dibentuk penumbuk ke arah Rafee. Dan dia menjegil pada Rafee.

"Kau tengok, kau tengok pelajar kau Syaqil. Kurang ajar betul. Dia tayang penumbuk dekat aku Syaqil. Apa dia ingat aku ni level adik-adik dia ke. Memang masalah ler. Kau mengadu masalah cinta kat cikgu kau. Patut umur macam kau ni mengadu masalah pelajaran ke, masalah keluarga ke. Boleh la diterima lagi. Ini masalah cinta dan masalah berat badan pun kau nak mengadu kat cikgu kau. Kau biar betik sikit budak." Kata Rafee.

"Hoi encik rambut panjang. Jangan sibuk masalah saya boleh tak!" Marah Dina.

"Sudah!!! Korang jangan nak bertekak boleh tak. Serabut kepala aku ni!" Tempik Syaqil. Dia merenung tajam ke arah Dina dan Rafee silih berganti. Terus terdiam Rafee dan Dina apabila ditempik begitu. Almaklumlah cikgu garang.

"Dina betul kata Rafee tu. Patut masa macam ni awak fokus pada pelajaran bukan pada cinta. Pasal masalah berat badan tu, awak kena tolong diri awak sendiri. Kena amal
diet seimbanglah. Lepas tu bersenam. Jangan main bedal je makan itu ini." Kata Syaqil.

"Tapi cikgu, masalah belajar,masalah cinta dan masalah berat badan semua sama penting bagi saya cikgu. Cikgu bagilah tips macam mana nak kurus. Dah kurus barulah saya boleh mengorat Raaz." Jawab Dina selamba. Rafee sudah menepuk dahinya mendengar jawapan si Dina.

"Nantilah cikgu tolong buatkan awak jadual diet. Tapi awak kena ikut la jadual tu. Lepas tu lagi bagus kalau awak join mana-mana sukan. Lagi cepat awak boleh kurus. Nak cari jurulatih tak payah pergi jauh-jauh. Ni Encik Rafee boleh tolong awak. Dia ni mahir sukan seni bela diri, sukan renang, sukan bola keranjang. Dia boleh jadi jurulatih awak. Nanti awak ambil nombor dia." Kata Syaqil selamba. Rafee sudah menjegilkan matanya pada Syaqil.

"Kau biar betul bro. Dah la selama ni aku banyak backup kau cari maklumat itu ini. Ini murid kau punya masalah berat badan pun kau nak aku settlekan apa kes ni. Ini dah melebih ni. Kau ingat aku takda kerja lain ke hah?" Marah Rafee.

"Tolonglah bro. Kata brotherhood forever. Pelajar aku, umpama pelajar kau juga, kita kena berjuang demi anak bangsa negara kita." Kata Syaqil sambil tersengih.

"Kepala hotak kau punya berjuang demi anak bangsa. Ini bukan berjuang ini bala namanya." Balas Rafee.

"Encik Rafee. Tolonglah saya Encik Rafee. Kalau saya kurus. Saya bayar Encik Rafee tiga kali ganda dari pelatih-pelatih yang lain. Tolong ya." Rayu Dina sambil tersengih.

"Yang aku latih tu bodyguard lelaki bukan perempuan nak kuruskan berat badan sial. Korang dua ni lah kan. Ishh stress la aku." Kata Rafee.

"Takpe kau relaks dulu bro. Tarik nafas dua tiga kali dah hilang stress nanti kau tolong student aku yer bro." Kata Syaqil sambil dia tepuk-tepuk bahu Rafee. Rafee memejamkan matanya menahan geram. Dia tahu kalau dengan Syaqil ni tak payah la nak menolak. Nanti dia akan kena paksa juga. Perlahan dia anggukkan  kepalanya.

"Yeahh dia setuju!" Jerit Dina dan Syaqil serentak. Rafee sudah menjulingkan kedua-dua bebola matanya ke atas. Ermm... Cikgu dengan anak murid sama je otak senget. Jerit hatinya.

****

Hayfa  berjalan dan merenung ke arah Syaqil yang sedang memakai kasut. Nampak segak betul Syaqil malam ini. Dia tertanya-tanya ke ke mana Syaqil nak pergi malam ni.

"Abang nak pergi mana malam-malam ni. Pakai segak-segak macam ni."Soal Hayfa. Syaqil sudah tersenyum sinis mendengarkan soalan Hayfa.

"Aku nak pergi dating dengan scandal aku." Jawab Syaqil selamba.

"Scandal yang mana satu. Emylia, ke Linda?" Hayfa mengepal penumbuknya menahan geram

"Oh, harini aku keluar dengan perempuan lain. Manalah tahu kan boleh dijadilan calon madu kau. Taklah kau bosan duduk rumah ni sorang-sorang. Lepas tu taklah kau penat nak buat kerja rumah sorang-sorang. Ada juga kawan kau nanti teman kau masak, basuh baju, lipat baju." Kata Syaqil  sambil tersengih nakal.

"Hei, takda kawan pun selama ni. Faa okey je buat kerja tu semua. Ke itu alasan abang je untuk kahwin lain hah? " Soal Hayfa. Syaqil hanya tersenyum sinis. Dia tidak menjawab soalan Hayfa sebaliknya dia menyanyikan lagu madu tiga dari arwah Tan Sri P.Ramlee.

"Aih senangnya dalam hati. Kalau beristeri dua. Oh seperti dunia. Ana yang punya. Kepada isteri tua kanda sayang padamu." Syaqil menyanyi sambil dia kenyitkan matanya pada Hayfa. Hayfa mengetap bibirnya menahan geram. Dadanya terasa panas mendengar nyanyian Syaqil.

"Oh kepada isteri muda. I say I love you. Isteri tua merajuk balik ke rumah isteri muda. Kalau dua-dua merajuk. Ana kahwin tiga." Nyanyi Syaqil selepas itu dia  ketawa berdekah.

"Berapa ramai lagi scandal abang kat luar tu! Boleh tak stop jadi buaya darat. Ingat sikit abang tu dah ada isteri! " Marah Hayfa. Kali ini nada suaranya sudah meninggi. Setiap hari dia menahan sabar dengan mulut si Syaqil ni. Mentalnya penat, jiwanya rasa terseksa. Memang Syaqil tidak berkasar dengannya tapi kedinginan dan perlakuan Syaqil betul-betul mendera emosinya. Terus mati tawa Syaqil apabila mendengar Hayfa meninggi suara padanya. Pantas dia tarik kuat lengan Hayfa masuk ke dalam dakapannya.

"Kenapa kau selalu sibuk pasal aku hah? Kau jaga tepi kain kau sendiri sudahlah. Kau nak suruh aku stop jadi buaya darat, jawapannya tak mungkin kot. Nak buat macam mana ya. Aku ni ramai sangat peminat kan." Kata Syaqil sambil sebelah tangannya dia cengkam dagu Hayfa agar mendongak dan memandang wajahnya.

"Ta..tapi Faa ni isteri abang. Faa berhak tahu abang ke mana dan abang keluar dengan siapa." Kata Hayfa dengan mata yang bergenang dengan air mata. Kalau boleh dia tak mahu menangis depan Syaqil. Namun air matanya tidak dapat di tahan. Setiap kali dia fikirkan Syaqil keluar dengan perempuan lain hatinya terasa sakit.

"Kau ingat sikit Hayfa. Kau punca aku jadi macam ni. Kau lupa apa aku bagitahu kau dulu. Kau dah masuk dalam nereka ciptaan aku. Sekarang masanya untuk kau terima balasan sebab kau dah curang dengan aku dan kau dah pijak lumat hati aku." Kata Syaqil lalu dia cium bibir Hayfa sepintas lalu dan dia tersenyum sinis. Terkedu Hayfa melihat kelakuan Syaqil. Dia terasa dirinya dilayan seperti perempuan simpanan Syaqil saat ini.

"Bye sayang. Kau tidur dulu ya. Tak payah tunggu aku." Sambung Syaqil lagi. Sambil dia melangkah laju keluar dari rumah.

Hayfa hanya memerhati pemergian Syaqil. Perlahan tubuhnya jatuh melorot ke lantai. Dia peluk lututnya dan menangis semahunya. Sakit rasanya dilayan seperti ini. Umpama dia ni tiada nilai dalam hidup Syaqil.

****

Syaza yang sejak tadi menunggu Syaqil di depan pintu masuk pawagam telah menarik muka masam. Mana taknya lagi lima minit tayangan akan bermula batang hidung Syaqil masih belum kelihatan. Syaza menunduk melihat ke arah lantai, air matanya terasa nak turun waktu itu. Mesti dia sibuk dengan bini dia ni. Sejak dia kahwin ni, nak keluar dengan aku pun susah. Syaza merengus dalam hati.

"Syaz. Sorry abang lambat." Tiba-tiba Syaqil yang terburu-buru datang menegur Syaza. Syaza pantas mendongak dan memandang wajah Syaqil. Dia bangun dari duduknya lalu dia tumbuk-tumbuk bahu Syaqil berkali-kali.

"Abang ni kan! Kenapa lambat? Lama tahu tak Syaz tunggu. Syaz ingat abang takkan datang dah." Kata Syaza dengan mata yang berkaca.

"Ya Allah Syaz. Apasal tumbuk-tumbuk abang ni. Sakitlah. Tadi abang balik dari office pun lambatkan. Syaz jugak paksa abang tengok midnight movie malam ni. Inipun penat-penat abang datang jugak temankan adik kesayangan abang ni tau. Dah la tak payah nak merajuk nangis bagai. Jom cepat kita masuk. Wayang dah nak mula kan." Kata Syaqil. Pantas dia tarik tangan Syaza masuk ke dalam pangunng wayang. Syaza sudah tersenyum apabila melihat Syaqil yang sedang menarik tangannya.

Sepanjang berada di dalam panggung wayang mata Syaqil fokus memandang ke arah screen. Dia tidak sedar sejak dari mula tayangan Syaza asyik-asyik merenung ke arahnya.

"Abang ingat tak, dulu abang selalu teman Syaz tengok wayang. Kalau abang balik dari Italy pun mesti abang bawa Syaz jalan-jalan dan tengok wayang kan." Kata Syaza dengan nada  berbisik sambil dia merenung ke arah Syaqil. Syaqil sudah tersenyum mendengar kata-kata adiknya.

"Mestilah ingat. Syaz tu asyik nak berkepit je dengan abang. Manja sangat. Sampai abang nak lepak dengan member pun susahkan." Balas Syaqil sambil dia tersenyum sinis pada adiknya. Syaza ketawa kecil mendengar kata-kata Syaqil.

"Tapi sekarang semua dah berubah kan. Sejak abang kahwin ni. Abang dah jarang luang masa dengan Syaz. Abang dah tak sayang Syaz ke?" Soal Syaza yang masih merenung wajah Syaqil. Syaqil yang sedang memandang screen wayang terus menoleh memandang ke arah Syaza.

"Syaz kenalah faham. Abang sibuk kerja kat sekolah lagi, office lagi. Bila abang kahwin memang la abang kena luang masa dengan isteri abang. Tak bermakna bila abang tak luang masa dengan Syaz abang tak sayang Syaz. Berapa kali abang kata Syaz kan adik kesayangan abang." Jawab Syaqil. Lalu dia pandang depan semula dan fokus menonton wayang.

Syaza hanya merenung lama wajah Syaqil, kemudian dia menundukkan wajahnya. Hatinya terasa sakit tiap kali Syaqil berkata yang dia ini adik kesayangan Syaqil. Betapa dia berharap Syaqil memandang dia sebagai  seseorang yang istimewa dan bukan sekadar sebagai seorang adik.

****

Syaqil yang baru lepas balik dari office petang itu menunggang laju motor ducati miliknya. Sampai saja di simpang masuk  perumahan banglo mewah miliknya terbuntang matanya melihat ke arah banner besar yang terpasang di situ. Pantas di brek motorbikenya.

Di banner itu terpampang besar gambarnya. Dengan tulisan suami untuk di lelong. Ciri-cirinya kacak, kaya, mulut manis dan buaya darat. Siap di highlight slogan 'buaya darat tak pe sistur janji banyak duit' Berminat sila contact nombor 013*******

"Gila..gila ini mesti kerja Hayfa ni. Kau pasang banner nak lelong suami kau Hayfa. Kau memang nak kena dengan aku ni. Malu sial muka aku terpampang kat sini. Dah macam banner pilihan raya je gaya." Syaqil menguman perlahan. Pantas dia turun dari motornya. Dia buka begnya dan kotak penselnya. Dia ambil pisau lalu dia potong tali banner tersebut. Dia lipat banner itu dan dia simpan dalam beg sandangnya.

"Kau tunggu kau Hayfa. Kau tunggu kau." Kata Syaqil. Pantas dia tunggang motornya pulang ke rumah. Sampai di depan pintu pagarnya sekali lagi matanya membulat apabila melihat Hayfa tengah menggantung lagi satu banner yang sama di pagar batu banglo mewahnya.
Pantas Syaqil berhentikan motornya lalu dia buka helmetnya.

"Hayfa!!!" Jerit Syaqil kuat. Lalu dia berlari ke arah isterinya. Hayfa menoleh ke arah Syaqil sambil tersenyum sinis.

"Hayfa! Kau dah gila ke apa hah? Yang kau pasang banner besar-besar gambar aku. Siap letak nombor telefon aku bagai dah kenapa?" Syaqil mengepal penumbuknya menahan geram.

"La..kan abang kata nak carikan madu untuk Faa. Faa cuma mudahkan usaha abang je. Abang kata nak cari calon isteri yang boleh teman Faa dan bantu Faa buat kerja rumah. Biar ramai sikit calon scandal abang. Senang Faa nak interview diaorang satu persatu." Jawab Hayfa selamba sambil tersenyum nakal. Geram Syaqil mendengar jawapan Hayfa. Pantas dia menarik lengan Hayfa hingga Hayfa terdorong dalam pelukannya.

"Kau dah gila ke Faa. Kau bukan nak cari calon untuk aku. Tapi kau tulis situ suami untuk di lelong. Kau nak lelong aku Faa. Apa kau ingat aku ni ikan kat pasar ke. Yang kau nak lelong aku macam tu." Marah Syaqil lalu sebelah tangannya ingin mencengkam dagu Hayfa. Tetapi pantas Hayfa tolak kuat tangan Syaqil. Lalu sekali lagi dia tolak kuat tubuh Syaqil hingga badan Syaqil terundur ke belakang.

"Memang Faa dah gila. Abang yang buat Faa jadi gila. Hei Syaqil Asran! Kau dengar sini baik-baik. Aku tak hairanlah kau nak carikan madu untuk aku pun. Kau nak kahwin tiga kan? Mari sini aku carikan kau calon. Bukan setakat tiga, empat pun aku boleh carikan. Senang sikit kau nak lepaskan aku kan. Buat apa aku nak tunggu lagi lelaki yang mulut celupar macam kau ni!" Tempik Hayfa. Syaqil mengetap giginya menahan geram apabila Hayfa melawannya. Pantas sekali lagi dia genggam pergelangan tangan Hayfa.

"Apa kau cakap ni Raja Hayfa Hanina. Kau nak aku lepaskan kau. Tak semudah tu Hayfa. Aku takkan lepaskan kau sampai bila-bila." Kata Syaqil sambil dia dekatkan wajahnya dekat dengan  wajah Hayfa seperti nak mencium Hayfa. Tetapi pantas Hayfa rentap tangannya dan dia tolak kuat badan Syaqil. Kali ini dia angkat jari telunjuknya hingga terkena batang hidung Syaqil.

"Kau! Memang suami tak guna. Memang patut pun aku lelong kau. Lelaki murahan tak cukup dengan satu perempuan. Kau kata aku murahan sebab curang. Kau tu lagi murahan melayan perempuan sana sini. Tak ada class lansung. Kau tak layak pun jadi suami aku. Faham!" Jerkah Hayfa sambil dia jegilkan matanya pada Syaqil. Syaqil terkedu, terkebil-kebil matanya memandang Hayfa yang sudah mengamuk seperti dirasuk hantu itu. Sepanjang mereka kahwin tak pernah lagi Hayfa menengkingnya.

"Buaya darat nakal. Biasa dia tu! Nak kena rotan punggung dia tu." Kata Hayfa yang tersenyum sinis sambil dia tampar kuat punggung Syaqil sebelum dia berlalu pergi.   

Ternganga Syaqil apabila Hayfa menampar kuat punggungnya. Gilalah minah ni. Kau boleh tampar punggung suami kau Faa. Memanglah kau ni dasar isteri derhaka. Getus hatinya.

Setelah beberapa ketika barulah Syaqil membuka banner yang Hayfa pasang di dinding batu rumahnya. Selepas itu dia parking motornya di garaj lalu dia melangkah masuk ke dalam banglo.

Tiba-tiba iphonenya berdering kuat. Dilihatnya nombor yang tidak dikenali menghubunginya, pantas dia angkat panggilan tersebut.

"Hello assalamualaikum. Ini Encik Syaqil Asran ke?" Sapa satu suara perempuan di hujung talian.

"Waalaikumussalam. Yer saya. Siapa ni ya?" Soal Syaqil.

"Ohh tadi saya ada tengok banner iklan suami untuk dilelong. Saya nak tanya. Encik ni available lagi tak. Saya pun tengah nak cari calon suami untuk sara saya dan anak-anak saya. Saya janda anak sepuluh." Kata perempuan itu. Syaqil sudah memecit pelipisnya apabila mendengarkan kata-kata perempuan tersebut. Keningnya sudah berkerut. Pantas dia matikan panggilan tersebut.

"Gila..gila..janda anak sepuluh nak kat aku. Habis jatuh standart aku weii. Ni semua kau punya pasallah Hayfa. Kau memang gilalah. Sampai hati kau nak lelong aku." Syaqil membebel sendirian. Tidak lama kemudian Iphonenya berbunyi lagi. Syaqil pantas memutuskan untuk menolak panggilan tersebut, tetapi iphone terus berdering tak henti-henti. Pantas dia off Iphonenya.

"Hayfa!!!!!!" Jerit Syaqil kuat. Panas betul hatinya saat ini. Disebabkan Hayfa selepas ini dia perlu tukar nombor telefon baru.

Hayfa yang membuka sedikit pintu biliknya untuk mengintai Syaqil dari tingkat atas sudah menutup mulutnya dengan tangannya bagi menahan tawa. Padan muka kau Syaqil Asran. Ini Raja Hayfa Hanina tau. Kau jangan cabar aku sangat, aku lelong kau satu sepuluh sen nanti. Bisik hatinya.

*kak raja hayfa hanina dah membalas dendam gaiss..puas hati anda.

Continue Reading

You'll Also Like

23.1K 1.3K 42
Cover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sah...
55.4K 1.7K 54
kehadiran jejaka secara tiba-tiba di dalam hidup seorang gadis yang bernama Hanan Dahlia banyak mengubah kehidupan yang sedia ada. menerima tanpa ban...
9.8K 362 47
Tidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh aban...
86.8K 2.9K 63
Pengubat Hati Indah Adriana Status:Complete Iskandar Adrian | Indah Adriana Tengku Iskandar Adrian-Seorang Ceo berkacukan spain,hemsem,kaya,sado,per...